Disleksia

  • Uploaded by: Hikari Sota
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Disleksia as PDF for free.

More details

  • Words: 1,190
  • Pages: 5
DISLEKSIA Maklumat dikumpul oleh: Admin Sumber : Pelbagai Definisi Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3) “Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah; •

Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik



Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa



Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan

APA ITU DISLEKSIA Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan. SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak. (Pengenalan Ke Dyslexia) JENIS-JENIS DISLEKSIA Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu; •

Disleksia visual (penglihatan) ○

Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk

diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik •

Disleksia auditori (pendengaran) ○



Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori

Disleksia visual-auditori ○

Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah; •

Keturunan atau genitik ○



Biologi ○



Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalahmasalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanakkanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum

Kematangan ○

Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

CIRI-CIRI DISLEKSIA Tanda bagi kanak-kank pra-sekolah •

Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan



Suka mengganti perkataan dan hiperaktif



Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah



Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari



Tidak merangkak semasa bayi



Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri



Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan

Kanak-kanak Sekolah Rendah 6 hingga 9 tahun •

Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor



Menggunakan jari untuk mengira dan membaca



Keliru dengan kiri dan kanan



Tulisan cermin atau terbalik

9 hingga 12 tahun •

Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman



Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan



Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks



Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang



Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah



Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa

Sekolah Menengah •

Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten



Kesukaran menulis karangan



Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral



Kesukaran mempelajari bahasa lain



Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan



Jenis orang yang suka senyap



Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten



Kuran kemahiran bersosial

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANK DISLEKSIA Masalah utam yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada; •

Mengeja



Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti; m–w c–e



y –g – j p–q

u–n h–n

m–n b–d

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti t–h

f–v



Membaca ○

Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti; Batu – tuba



Gula - lagu

Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut; pada masa yang sama – dapa masa yang masa



Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut;

Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu Jam – jem •

cat - cat

Menulis ○

Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka jiga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan.



Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik



Bercakap dan mendengar



Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.



Nombor ○

Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut; 3–5-8

9-6



Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial



Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkna baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut



Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh



Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah

LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA •

Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya



Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam

banyak hal tetapi tetap disayangi. •

Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi



Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.



Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa



Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika



Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni



Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik



Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri



Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

Related Documents

Disleksia
June 2020 23
Disleksia
December 2019 18

More Documents from "nur atikah Ishak"

Cerebral Palsy
June 2020 24
Terapi
June 2020 40
Folio Pbs
June 2020 20
Dasar Pendidikan Khas
June 2020 28
Definisi Kanak
June 2020 18
Cover Kkbi
June 2020 21