Definisi Perlembagaan

  • Uploaded by: cikgu ikwan
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Definisi Perlembagaan as PDF for free.

More details

  • Words: 598
  • Pages: 3
DEFINISI PERLEMBAGAAN Umumnya perlembagaan telah banyak menimbulkan konflik dalam fahaman dan pegangan masyarakat kerana mereka tidak mempunyai keyakinan yang kuat terhadap konsep yang terdapat dalam perlembagaan. Manusia mengalami masalah dalam mencari dan membentuk satu perlembagaan yang dapat memberi keadilan kepada semua dan tidak meragukan mana-mana pihak sekalipun. Namun, adakah perlembagaan itu sesuatu yang terlalu abstrak atau terlalu teknikal sehingga ia dikatakan agak mengaburkan? Ia dirasakan sedemikian kerana kini telah wujud perubahan dan sikap manusia jika dibandingkan pada abad ke-16 atau abad ke-18 dahulu. Manusia kini telah menyedari dan percaya kepada apa yang diperkatakan sebuah kerajaan oleh undang-undang dan bukannya manusia sebagai satu formula hakiki yang harus diterima dan dipraktikkan selaras dengan perkembangan ilmiah manusia itu sendiri. Di sinilah peranan perlembagaan dapat ditekankan dalam menguatkan kehendak-kehendak manusia berhubung dengan penguatkuasaan undangundang. Bahkan, konsep perlembagaan itu perlu juga diperluaskan dalam banyak perkara dan aspek yang berhubung dengannya seperti sumber, ciri, jenis, siapa yang mengekalkannya dan lain-lain perkara yang akan cuba diperjelaskan seboleh mungkin. Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan.

A.S. Hornby dalam kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary of Current English, perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut adalah berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah. Menurut Geoffrey Marshall dan Graeme C. Moodie dalam buku mereka mentafsirkan bahawa perlembagaan itu sebagai satu gabungan dan fungsi kepada prinsip bahagian-bahagian tertentu sesebuah Negara yang mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat. C.H. Pitchett mentakrifkan perlembagaan sesebuah negara itu sebagai satu rangka kerja peraturan perundangan yang menjadikan atau membuatkan sistem pemerintahan negara itu. Apabila dikatakan ‘Keluhuran Perlembagaan’ ia bermaksud perlembagaan satu undang-undang tertinggi Persekutuan. Menurutnya, jika mana-mana undang-undang tidak selaras dengan perlembagaan, undang-undang tersebut tidak sah dan tidak berkesan. Perkataan perlembagaan sesebuah negeri dan mana-mana undang-undang yang telah diluluskan oleh badan perundangan negeri berkenaan juga mesti selaras dengan perlembagaan negeri tersebut. Robert A. Dahl dalam bukunya Modern Political Analysis pula menyatakan bahawa apabila sistem politik sesebuah negara itu kompleks dan seimbang, peranan politik dengan sendirinya terbentuk. Peranan ini ditadbir dan koleksikoleksi pentadbiran dalam satu sistem politik akan memberikan perlembagaan kepada kerajaan untuk menggunakan sistem itu. Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diisytihar, sama ada dibentuk dalam undang-undang, adat kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian. Demikian pandangan yang dinyatakan oleh C.A. Leeds dalam bukunya, Politics.

C.F. Strong dalam bukunya, Modern Political Constitution, menyatakan bahawa perlembagaan boleh ditegaskan sebagai koleksi prinsip-prinsip kuasa pemerintah, hak-hak memerintah dan hubungan antara keduanya akan diubah. Tetapi walau apa jua bentuknya, perlembagaan yang sebenar akan mempunyai beberapa fakta. Pertama, cara agensi yang banyak itu dibentuk, kedua kuasa yang bagaimanakah yang dipercayai ke atas agensi yang berkenaan dan ketiga, dalam apa jua keadaan pun kuasa tersebut boleh digunakan. Objektif perlembagaan adalah untuk menghadkan tindakan kerajaan yang tidak berpandukan sebab, sebaliknya nafsu, untuk menjamin hak-hak memerintah dan menandakan satu operasi ke atas kedaulatan kekuasaan yang sedia ada. Menurut R.N. Gilchrist dalam bukunya Principles of Political Science, perlembagaan mengandungi satu badan atau peraturan yang bertulis atau tidak bertulis yang dapat mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satu pembentukan kuasa untuk pelbagai organisasi kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang akan menggunakan kuasa ini. Kesimpulannya, perlembagaan dapat dirumuskan sebagai prinsip-prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara, memastikan bagaimanakah sesuatu keputusan kerajaan itu akan dibuat, bagaimana kuasa akan diagih-agihkan antara institusi-institusi kerajaan, menetapkan satu kewibawaan ideal sesebuah negara itu dan memperkenalkan satu sistem pemerintahan seperti termaktub sama ada dalam undang-undang, adat mahupun Majlis Piagam Perjanjian.

Related Documents

Definisi Perlembagaan
June 2020 16
Perlembagaan
May 2020 23
Keluhuran Perlembagaan
April 2020 23
Definisi
May 2020 53
Definisi
June 2020 45
Definisi
April 2020 55

More Documents from ""

A Magic Square
June 2020 18
Definisi Perlembagaan
June 2020 16
The Simple Past
June 2020 22
Ciri-ciri Perlembagaan
June 2020 16