CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN Semua negara mempunyai perlembagaan dan ada cirri-cirinya yang tertentu. Pertama, kestabilan dalam melaksanakan perkara-perkara yang menjadi kebiasaan umum ataupun tatacara yang lazim. Ia membolehkan rakyat mengetahui apakah hak-hak mereka, menggunakan hak-hak tersebut dan membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam pembangunan negara. Kedua, unsur-unsur tanggungjawab. Pemerintah adalah bertanggungjawab ke atas rakyat, segala permintaan rakyat adalah sebagai panduan kepada tindakan-tindakan kerajaan. Rakyat berhak mengetahui segala perbelanjaan kerajaan dan berhak menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan melalui saluran-saluran yang betul. Ketiga, perwakilan dipilih melalui pilihanraya oleh rakyat bagi mewakili mereka di dalam sidang-sidang Parlimen. Keempat, pembahagian kuasa. Kerajaan memainkan dua peranan yang penting, sebagai pemerintah dan pembuat undang-undang. Kelima, kerajaan terbuka dan tidak dirahsiakan. Perkara-perkara yang tidak sulit diumumkan agar rakyat dapat bertindak. Perbincangan di parlimen diumumkan menerusi media massa seperti belanjawan negara dan pembuatan dasar-dasar baru.