Kepentingan Perlembagaan

  • Uploaded by: cikgu ikwan
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kepentingan Perlembagaan as PDF for free.

More details

  • Words: 590
  • Pages: 4
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan diwujudkan atas beberapa tujuan. Pertama taraf, maksudnya ialah untuk mencapai taraf yang dikehendaki oleh rakyat. Untuk mencapai citacita mestilah mempunyai cara-cara yang diperlukan. Perlembagaan ini dapatlah disifatkan sebagai satu undang-undang yang diperlukan bagi menjayakan keutuhan sesebuah negara. Kedua, menyelesaikan masalah. Dengan adanya perlembagaan pihakpihak yang sering bertentangan agak sukar untuk wujud. Keadaan tidak akan menjdi terlalu tegang atau huru-hara kerana rakyat di negara itu diwajibkan menurut apa yang tercatat di dalam perlembagaan. Masalah ketidakfahaman boleh dibicarakan dengan tenang. Berlandaskan undang-undang yang telah tersedia di dalam perlembagaan. Apabila semua pihak yang tidak begitu bersefahaman dapat membincangkan masalah mereka sacara bersama, maka masalah yang mungkin timbul tentulah tidak begitu sukar dan ketara. Oleh itu dengan adanya perlembagaan kita dapat menyelesaikan konflik-konflik yang berlaku di dalam sesebuah negara dengan lebih mudah. Ketiga, menjamin riwayat sesebuah negara. Tanpa perlembagaan rakyat sesebuah negara tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka dalam menghasilkan sebuah negara yang makmur dan utuh. Semangat nasionalisme juga tidak wujud di kalangan rakyat yang tidak memikirkan tentang negara mereka. Apabila semangat ini tidak terdapat di dalam diri seorang rakyat, mereka tidak akan cuba untuk menyumbangkan tenaga mereka terhadap negara, maka dengan ini negara akan menjadi lemah. Apabila sesebuah negara tidak mempunyai kekuasaan yang utuh dan pemerintahan yang kuat, musuh dengan mudah mengambil alih kerajaan atau tampuk pemerintahannya. Jadi, dengan adanya perlembagaan, rakyat dapat berpegang kepada satu undang-undang yang pasti dan mereka akan menyatupadukan tenaga bagi mewujudkan sebuah negara yang kuat dan berpanjangan.

Keempat, mengekalkan keamanan walaupun terdapat pindaan. Pindaan yang dilakukan di dalam sesebuah negara mestilah berdasarkan kepada perlembagaan. Ini bermaksud pindaan dalam negara tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Jika pindaan dilakukan dengan mudah dan mengikut kehendak pemimpin, ia menghasilkan satu keadaan yang kucar kacir di mana pemimpin itu mungkin bertindak sesuka hatinya dan mengabaikan kemahuan rakyat. Oleh itu, jelas betapa perlunya perlembagaan bagi mengekalkan keamanan dalam sesebuah negara. Kelima, perjalanan kerajaan dapat dipastikan. Dengan adanya perlembagaan, segala tindakan para pemimpin dapat diketahui atau dipastikan. Ini kerana segala tindak tanduk mereka mestilah berdasarkan pada perlembagaan yang telah dicatatkan. Oleh itu, pihak pemerintah tidak dapat melakukan sebarang perbuatan yang boleh menyeleweng daripada perlembagaan. Ini bererti perlembagaan dapat menjamin agak pihak pemerintah tidak menyalahgunakan kuasa. Keenam, mengekalkan keamanan walaupun pemerintah ditukar. Pertukaran pemimpin juga tidak akan mengakibatkan sebarang kesan ke atas negara mahupun corak pemerintahan. Ini kerana setiap pemimpin mestilah mempunyai cita-cita atau konsep yang sama dalam mengendalikan negaranya. Mereka sepatutnya memerintah negara dengan tujuan yang sama sebagaimana pemimpin-pemimpin yang terdahulu memerintah. Oleh itu, walaupun terdapat pertukaran pemimpin, tujuan pemerintahan tidak akan terkeluar dari maksud rakyat. Ketujuh, perlembagaan menjamin kestabilan sesebuah negara. Ini memanglah tidak dapat dinafikan kerana bukti-bukti atau sebab-sebab yang nyata. Dengan adanya perlembagaan rakyat dapat berpegang kepada satu matlamat dalam mengutuhkan negara kerana dengan adanya perlembagaan jugalah segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan lebih mudah. Ia

juga menjamin sesebuah negara agar mengekalkan keamanan walaupun pemerintah ditukar, perjalanan kerajaan dapat dipastikan dan dapat menghasilkan standard yang dikehendaki rakyat. Oleh itu, adalah wajar untuk menyatakan bahawa salah satu tujuan perlembagaan adalh untuk menstabilkan negara.

RUJUKAN Bottomore,T., 1983. Sosiologi Politik, (terjemahan Hussain Mohamed). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Feith, H., 1999. ‘Rejim Tirani di Asia’, Dewan Masyarakat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ramanathan, K., 1999. Asas Sains Politik edisi ke-9. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Marican, Y. Mansoor (ed.,) 1982. Dasar Ilmu Politik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Salleh Abas, 1979. Mengenal Undang-undang. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Pickles, D. M., 1984. Pengantar Ilmu Politik, (terjemahan Hussain Mohamed). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Related Documents


More Documents from ""

A Magic Square
June 2020 18
Definisi Perlembagaan
June 2020 16
The Simple Past
June 2020 22
Ciri-ciri Perlembagaan
June 2020 16