Bahan-bahan :
1/2 kg daging (potong nipis dan basuh).
2-3 biji kentang (potong ikut suka).
*1 biji bawang besar.
*4 ulas bawang putih.
*1 inci halia.
*2 sudu makan lada hitam.
3 sudu makan sos tiram.
3 sudu makan cili sos.
Kicap lemak manis (tuang ikut hitam mana yang kita suka).
Garam dan perasa.
1 sudu makan gula.
Cili masak/cili hijau, belah.
Cilipadi, 5-6 tangkai.
1 biji bawang besar, hiris bulat.
Cara Membuat : 1. Blend bahan bertanda*. 2. Masukkan bahan blend dalam daging. 3. Masukkan cili sos, sos tiram dan kicap. 4. Gaul rata daging dan bahan. 5. Panaskan sedikit minyak dan tumis daging tadi. 6. Masukkan kentang. 7. Masukkan garam, perasa dan gula.
8. Masak hingga daging dan kentang empuk dan agak pekat (kalau daging belum empuk boleh tambahkan air). 9. Akhir sekali, Masukkan cili padi, cili belah dan bawang hiris. 10. RESEPI DAGING BLACK PEPPER SEDAP 11. Bahan-bahan: 12. Daging Bawang putih 5-6 ulas (mayang or tumbuk) Bawang besar Bombay 2 biji Serai 1-2 btg (diketuk) Serbuk kunyit 1 sudi kcik Sos tiram Black pepper sauce Serbuk lada hitam (yang kasar) Sos cili (ieza guna brand Life) Cili padi 2-3 biji (if xnak letak pun xpe) Cili merah/hijau besar 1 biji Carrot (xnk letak pun xpe) Garam, gula, maggi cukup rasa Minyak masak 13. Cara Masak: 14. 1. Rebus daging sampai empuk. 2. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit 1 sudu kecik, kacau then masukkan bawang putih n serai. 3. Lepas tu masukkan sos tiram 2 sudu besar, blackpepper sauce (agak ² lah eh banyak mana), sos cili & serbuk lada hitam. Pastu kacau. 4. Then masukkn garam, gula secukup rasa. 5. Masukkan carrot. Dah masak carrot last skali masukkan bawang besar & cili. 6. Siap! 😋