Untuk mendapatkan cucur pisang (jemput-jemput pisang) yang cantik dan sedap, seeloknya pisang dikisar bersama gula sebelum diadun bersama tepung. Kemudian tutup dan biarkan adunan selama lebih kurang empat jam sebelum digoreng. Selain itu adunan tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk Resepi Cucur Pisang/Jemput-Jemput Pisang • • • • • • •
2 mangkuk pisang ( pisang asam ) yang sudah dikupas, buangkan urat dan lenyek sehingga lembik. Masukkan 2-3 senduk gula merah dan lenyek & gaul rata. Masukkan sebiji telur ayam ( yang dipukul kembang jika tak pakai bicarbonate soda ), gaul rata. Secubit bicarbonate soda , setengah cawan susu penuh krim dan semangkuk tepung gandum + secubit garam. Gaul semua rata rata.
Panaskan kuali, masukkan minyak yang banyak. Panaskan. Api mesti sederhana. Masukkan daun pandan yang telah disimpul dan bila dah agak garing, keluarkan. Boleh mula gorengkan jemput-jemput. Either guna hujung jari ataupun dua sudu kecil. Goreng terendam sehingga agak garing, balik-balikkan. Boleh angkat dan serve.