Tajuk: Sandwich Pisang Objective: - Mengambil pengajaran dari kisah pisang.
Persediaan: - Fasi (yg pandai bercerita) - Sandwich pisang (kalau sesape berminat nk buat/makan la)
Perlaksanaan: 1. Fasi memulakan cerita:
Pada suatu hari 2 orang pekerja buruh Ahmad & AhChong sedang berehat dan bersedia untuk makan tengahari. Maka terjadilah perbualan seperti berikut: Ahmad: Alahai, sandwich pisang lagi. AhChong, kau bawa apa untuk lunch? Aku bawa sandwich pisang. Tukar nak? AhChong: Haiya Ahmad. Gua tak suka itu pisang la.. Sandwich pisang ka? Haiyyoo.. Ahmad: O ye ke.. Kalau camtu tak mengapalah AhChong. Apa nak buat. Makan je la. Bon Appetite. Keesokkan harinya, pada waktu tengahari: Ahmad: Pisang oh pisang.. Kenapa la harini aku kena makan ko lagi. Sandwich pulak tu.. Eh AhChong. Jom la tukar lunch sama gua punya. AhChong: Haiya itu simalam gua sulah bagitau, gua talak suka sama itu sandwich pisang. Lu makan la dah lu bawak. Ahmad: Haa ok ok la.. Tak nak tak pe. Jangan la lecture gua pulak. Keesokkan hari, di tempat yg sama: Ahmad: AhChong, lu besfren gua, apa kata kita tukar lunch, skali je... please... come la AhChong, takkan skali pun tak boleh. AhChong: Hai Ahmad, lu ni sulah gila ka? Gua sulah bagitau gua talak suka pisang. Kalau lu tak mau makan sandwich pisang, lu suloh la itu you punya wife masak benda lain.. Ahmad: Wife? Haha AhChong, saya belum kahwin mana ada wife. Sandwich ni gua buat sndiri la..
2. Teruskan dengan sesi perbincangan dan kesimpulan. Jika peserta pasif, boleh diskus dan menulis di atas kertas, bentang di hadapan rakan2.
Kesimpulan: - Sendiri mahu, sendiri harus tahu. - Jangan fikir nak apa yg milik orang lain punya je, focus untuk improve diri sndiri. - Bertindak. Jangan mengeluh je, tanpa tindakan. - Orang yg bodoh mengulangi kesilapan yg sama tiap-tiap hari. - ... dan banyak lagi.. (sila tambah pada bahagian komen) =)