Couple

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Couple as PDF for free.

More details

  • Words: 684
  • Pages: 3
Assalamualaikum, Terimakasih kerana bertanya tentang hukum bercinta di kalangan remaja. Pertamanya ana minta maaf kerana tidak dapat menjawab soalan mengenai perkara tersebut melalui SMS. Seperti yang dimaklumi bahawa ruang dalam SMS terlalu terbatas, sedangkan persoalan yang hendak dibincangkan ini memerlukan penjelasan yang agak panjang. Ana sedar bahawa tidak mudah sebenarnya untuk memahamkan orang lain sesuatu perkara, kerana orang yang menerima penjelasan itu tidak sama dengan yang memberi dari banyak segi; pengalaman, pengetahuan, kebiasaan, adat dan budaya, keterbukaan fikiran atau sebaliknya, kepercayaan dan banyak lagi. Walaupun begitu ana akan cuba membincangkan perkara ini dengan harapan apa yang ingin ana sampaikan di sini dapat difahami sepenuhnya seperti apa yang ana maksudkan. Seperti yang kita maklum bahawa diri kita hari ini sudah banyak berubah. Sifat semula jadi (fitrah) kita sudah hilang atau setidak-tidaknya sudah rosak. Perubahan yang berlaku pada diri kita dan hilangnya fitrah kita adalah disebabkan suasana hidup yang langsung tidak sesuai dengan fitrah kita yang terpaksa kita harungi, adat dan budaya yang juga tidak selaras dengan keperluan fitrah dan ditambah pula dengan perkara dosa yang berlaku ke atas diri kita samada dengan sengaja atau sebaliknya telah mengikis habis fitrah kita. Semua ini membuat ruhani kita berada dalam keadaan tidak bermaya, lumpuh, kebas dan tidak berpungsi lagi. Kalau sudah jadi begini, kemanisan iman, kelazatan ibadat, keseronokan perjuangan dan kenikmatan munajat tidak mungkin dapat dikecapai lagi bahkan sebaliknya semuanya itu dirasakan pahit dan menyeksakan. Kalau keadaan ini terjadi pada diri kita, apa boleh kita menilai maksud kata-kata yang mengatakan bahawa sembahyang itu lazat dan manis? atau apa boleh kita menikmati kemanisan iman?...

Mungkin dengan penilaian yang sama kita akan nilai apa yang ana bincangkan di sini mengenai cinta. Cinta adalah salah satu daripada perasaan-perasaan yang banyak yang ada pada manusia, seperti marah, benci, rindu dan sebagainya. Perasaan-perasaan ini ada kalanya baik dan adakalanya tidak baik. Benci misalnya boleh dianggap baik sekiranya digunakan ditempat yang betul seperti bencikan perkara mungkar dan sebaliknya ia menjadi tidak baik kalau diletakkan di tempat yang tidak betul seperti bencikan perkara ma`ruf. Begitulah juga cinta. Kadangkala ia menjadi wajib, seperti mencintai Allah, Rasul, orang-orang mukmin dan sebagainya. Kadang kala ia menjadi harus, seperti mencintai barangan yang halal dan kadangkala menjadi haram, seperti mencintai kekufuran dan perkara-perkara mungkar... Sudah diketahui umum bahawa memandang kepada orang yang halal nikah dengan kita hukumnya haram samada dengan syahwah ataupun tidak. Oleh itu memandang kepada orang yang halal nikah itu dianggap sebagai anak-panah syaitan, kerana melalui pandangan itulah lahirnya cinta dan melalui cinta itulah pula lahirnya pertemuan dan apa-apa lagi selepas itu. Islam sangat cemburu terhadap hubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram atau ada hubungan perkahwinan. Oleh itu ia bukan sahaja melarang mereka berjumpa bahkan sebelum itu melarang mereka berpandangan. Oleh kerana mungkarnya cinta itu terutama di kalangan remaja, maka kita dapati Islam menganggap orang yang mati kerana melawan perasaan cinta sebagai mati syahid. Dari sudut moral, apa kita tidak rasa malu mencintai orang yang bukan isteri/suami, ibu/bapa, saudara kita? Suatu yang cukup memalukan. Tetapi mungkin soalan ini dilihat sebagai janggal kerana semua orang begitu. Kalau kita dah biasa dengan sesuatu perkara, walau bagaimana perkara itu memalukan kita tidak akan merasai apa-apa. Kata orang alah bisa tegal biasa.

Mungkin berbogel di hadapan khulayak ramai bagi kita suatu yang sangat memalukan tetapi bagi orang kafir di barat sana perkara itu biasa bagi mereka. Rosaknya akhlak, perasaan, penilaian, pemikiran dan norma kita, selain daripada apa yang disebut sebelum ini, ialah kerana kita saban hari disogok dengan budaya dan nilai yang sangat asing daripada ugama kita melalui media cetak dan elektronik. Di akhir tulisan ini, ana kira ada baiknya kalau kita merenung sebab-sebab kenapa Allah menjanjikan kepada ahli syurga bidadari-bidadari yang tersimpan di khemah-khemah mereka, tidak memandang kepada orang lain selain suami-suami mereka dan tak pernah disentuh samada jin atau manusia. Bukankah kerana Tuhan tahu idaman sebenar orang lelaki. Orang lelaki memang mengidamkan isteri yang tidak pernah tercemar perasaannya dengan menaruh hati kepada sesiapa, tidak pernah bercakap dengan lelaki dan tidak pernah disentuh bahkan dilihat oleh mana-mana lelaki lain... Di sini ana percaya anti dapat menilai sendiri buruk baiknya bercinta dan berkawan lelaki dan perempuan terutama di kalangan remaja. Sekian.

Related Documents

Couple
July 2020 19
Couple
December 2019 47
Couple
November 2019 54
Resume Couple
April 2020 20
Couple Edit
June 2020 17
Couple-surfing
December 2019 38

More Documents from "Juliana Rocha"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31