Couple

  • Uploaded by: abu hanafiah
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Couple as PDF for free.

More details

  • Words: 2,635
  • Pages: 10
Khas Untuk Para Daie Yang Ber-couple Khas buat dirimu...

P

ernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna... Duduk dalam kelas kawan2 semua tak suka... Saya nak join, diaorang kata saya menyibuk... Ada juga yang kata saya kuat emo... Sikit2 nak marah... Padahal sebenarnya saya nak tegur diaorang buat salah... Lepas tu saya cuba buat lawak konon nak tarik perhatian orang lain saya paling gembira bila ade orang gelak dengan lawak saya espcially budak2 perempuan... Budak2 lelaki semua kata saya Mat Capap... tapi saya tak kisah... asalkan ada yang terhibur... Tapi saya tetap merasakan kekosongan... Memang lumrah manusia... Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita. Macamtulah yang saya rasa... Saya tengok kawan2 dah ada yang couple... kat dorm SMS awek smpai pagi... ada yang call awek sampai 1 mlm boleh habis 10 ringgit... Saya mula fikir... Adakah aku perlu BERCINTA? Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu... saya pun mula menanam tekad untuk bercouple... dan masa tu la saya kenal awak... saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya... Mula2 awak jual mahal... tapi saya tak kisah...nak beli juga... last2 pendek cerita... saya pun mulalah BERCINTA... Masa bercinta, memang saya sangat2 bersemangat. Ape org minang kata... ALL OUT lah... 

Huhu~~ Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya... gayut malam2... kadang2 saya pun habis RM10 satu malam... Tapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa tu... Tak terasa pun kehilangannya... Masa bercinta memang indah... Semuanya indah... Sikit2 gurau2 dan gelak2. Kalau merajuk main pujuk2... Kalau birthday main wish2... Untuk diri ini, terasa amat bahagia... Sebab masa tu la terasa diri ini dihargai... Saya pernah fikir... Biarlah kawan2 saya tu pandang saya semacam dan kata saya macam2... Asalkan awak memahami saya... Satu hari saya dengar ceramah... Alhamdulillah... Dalam ceramah tu saya sedar, saya banyak buat dosa dan saya kena berubah... Hidup saya mesti selari dengan Islam... Saya kena jadi baik... Sebab memang itu fitrah manusia... Inginkan kebaikan... semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari tu saya mula rapatkn diri dengan masjid... Rapat­ kan diri dengan Al-Quran... Selalu solat jemaah... Selalu dengar tazkirah... Saya tak nak jadi baik sorang2... so saya ajak awak sekali... Saya ajak awak baca quran... saya kejut awak bangun subuh...(calling) saya bagi tazkirah... Mula2 awak terkejut dengan perubahan saya... Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat salah... bercinta kerana Allah... Kita couple tak macam orang lain... Orang lain couple jiwang2 je... ada yang siap buat maksiat lagi... pegang2 tangan and so on... Tapi kita couple baik2... Jaga batas2 syara’... tak nak guna ayat jiwang2 janji tak nak jumpa, takut berlaku maksiat... Dan awak terima perubahan saya tu... Saya pun banyak nasihat awak... Awak pun terima... Walaupun kadang2 awak merajuk sebab teguran saya tu awak tak dapat nak adapt... tapi saya faham, perubahan memerlukan masa... Dan akhirnya saya rasa... Hubungan kita semakin diredhai... Saya selalu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan... Dalam proses perubahan saya, saya mula sedar dakwah itu 

wajib... Kita kena menyampaikan pada orang tentang kebenaran. Kalau tak... kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. sesuai dengan firman-Nya: Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka ber­ kata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan mem­ binasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?” Mereka menjawab: “Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa”. Al-A’raf: 164 Pastu saya mulalah bagi tazkirah pada kawan2... adik2... Tegur dia orang apa2 sahaja yang dia orang buat silap... Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa... Saya mesti nak tegur. Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang yang kuat iman... apa lagi... tegur je la direct... Pastu satu masa... saya terbaca tentang couple... “Couple HARAM” Saya tak percaya... tapi bila baca detail2 yang dia bagi... macam betul pulak... huhu~~ tapi biasa la kan... kalau kita suka satu benda tu... kita tetap akan cari alasan untuk meneguhkan pendapat kita... Saya pun buat tak tahu pasal benda tu... dan teruskan je hubungan kita... kita tak buat maksiat... Kita tak jalan2 pegang tangan... tak jiwang2... Just saling ambil berat... Tanya khabar... Borak2... Siap bagi tazkirah2 lagi... Apa yang haramnya dengan benda macamni kan? huhu~~ Tak kisahlah... Masa terus berlalu.... Masa ni dah nak dekat Trial SPM... lagi 3 minggu kot trial... ntah... lupa la... tak catat dalam diary... sebab saya takde diari pun... huhu... Dalam masa tu, saya memang rajin ajar2 kawan... Pada masa yang sama bagi tazkirah kat dia orang... Ada yang respek... ada yang prospek... (pandang slack). Kadang2 bila tegur... saya kene marah balik... macam2 la ada kata tegur tak berhikmah... ada yang kata saya poyo je... Tapi takpe... saya ada tempat ngadu... huhu~~ 

Suatu masa... ketika sedang bertadabbur Al-Quran seorang diri... saya terjumpa ayat ni... Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berpikir? - Al-Baqarah : 44 Saya pun terfikir... “Selama ni aku dok tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, cepat marah, suka buang masa, ada gak dosa2 kecil yang masih dilakukan... macam mana ek?” Pastu terjumpa lak ayat ni... Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. - Al-Baqarah : 42 Tetiba saya terfikir satu kritikan kawan... “Ala ko tu...cakap berasap... gaya alim, tapi couple gak... sama je ko dengan kita orang... tegur orang konon...” Berfikir sejenak... Sebenarnya bercouple ni boleh ke tak? Adakah selama ni saya hanya menganggap ia boleh? Dah tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu contact perempuan? Dan terkadang rasa serba salah? Kerana saya terperasan parent saya mengerling ke arah saya semasa saya leka berSMS, pasti dengan awek, fikir parent saya. Macam2 yang saya fikir... Dipendekkan cerita lagi sekali... saya ke Penang untuk mengikuti satu seminar dakwah... Saya harap dengan seminar ini kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap... Sebelum pergi seminar tu... saya still SMS2 lagi dengan awak... tanya khabar... sempat lagi pesan2 supaya jangan lupa baca quran arini... dalam fikiran saya... “Ni kira dakwah gak ni... saling ingat-mengingati...” ****** Majlis malam tu berakhir dengan sesi ta’aruf, pukul 10 semua orang dah bebas nak buat apa2... Lagipun kita orang penat... 

tak kan nak panjang2kan program sampai tengah malam... pihak penganjur pun faham... Tetiba saya tergerak hati untuk berkongsi masalah dengan fasilitator yang ada kat situ... Saya rasa ini la masa terbaik hendak tanya pendapat dia pasal couple. Tapi saya teragak2... “kalau betullaa couple tu salah... habis tu, nak buat macamana? Aku kene clash ke? Aaah, kenapa fikir macamtu... tanya je la. Kalau tak buat salah nak buat apa takut...” Lalu saya menghampiri Brother fasilitator tu... Masa tu dia tengah belek2 terjemahan quran sorang2... “Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit boleh?” “Em, boleh... duduklah. Anta nak tanya apa?” “Er... macamni, saya nak tanya sikit. Sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada la kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa... rapat gak la. Bukan rapat biasa, tapi rapatla...” “Bercinta ke?” Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula Brother tu kata... mesti dia pandang slack nanti. Saya angguk je la. Pastu saya tanya... “Sebenarnya... couple ni boleh ke tak bang?” “Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kapada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan tu perlu ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Kan Allah berfirman dalam surah Al-Isra’, dlm ayat yg ke 32: Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” “Tapi bang, saya tak nampak pun menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. SMS2 pun takla jiwang2, selalu bagi tazkirah. Kami selang2 bagi, harini saya, esok dia. Kan ke baik tu?” Saya tak nak mengalah. “Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil, yang haq tetap haq. 

Cuba tengok ayat ni.” Sambil Brother tu buka quran dia, dan tunjuk kat saya ayat ni: Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orangorang yang berpandangan tajam. - Al-Ankabut : 38 “Akhi, kalo anta tengok ayat ni, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memangla pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan...” Saya pun cakapla... “Tapi bang, saya dah janji dengan dia tak nak jumpa lagi. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama2 menjaga diri. Tak kan ia boleh membawa kepada zina jugak bang?” “Em, betul, anta dah janji tak nak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji tak nak call dia selalu, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akhi... masih ada zina yg tetap anta tak dapat elak bila bercouple...” “Zina hati?” Saya mencelah. “Betul, zina hati. Semua ni la yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh check dlm Riyadhus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah sabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan kata2, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati, membayangi si dia. Hakikatnya, macamana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati.” Saya terdiam... kelu. Tak tahu nak kata apa2. Semua yang Brother tu kata tak nampak apa yang salahnya. Pastu dia sambung... “Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada anta. Sejak 

sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar pasal ni, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak2 ana. Kalau nak ikutkan lagi besar masalah ana daripada anta.” “Saya risau la bang. Nanti apa kawan2 dia kata. Dulu saya selalu minta tolong dia orang untuk rapat dengan dia. Sure nanti diorang semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri lak, saya takut apa akan jadi kat dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat2.” Masa tu saya dah mula sebak dah. Malu betul. Nangis depan Brother tu cerita pasal bende ni. Ntah ape2. Nasib baik takde orang lain tengok masa tu. Brother tu jawab... “Kalau kawan2 dia tak puas hati pun, dia orang nak buat apa? Paling teruk pun, dia orang akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagi pun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa2 sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi.” Saya terdiam lagi. “Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta secara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia tak kan buat apa2 perkara bodoh. Kalau dia buat sekali pun, tu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sendiri.” Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa tu saya nangis, saya dah sedar gaya saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, Couple tu haram. “Jadi macamana nak buat bang?” “Ana dulu, hantar 1 SMS je kat dia. Ana terangkan kat dia hubungan yang dibina tu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Pastu ana terus tukar nombor handphone. Dia tak contact ana langsung dah lepas tu.” “Maksudnya, saya tak boleh contact dia lagi ke? Tapi bang, saya ada gak kawan perempuan lain, boleh pula saya contact diaorang?” 

“Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada ‘sejarah’ dengan dia. Tapi, kalau nanti ditakdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepastu kena pula buat group discussion, masa tu anta hanya layan dia just as group discussion partner.” Tetiba saya terfikir... “Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?” Saya cakap... “Saya rasa saya belum ada kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan baru saya tinggalkan bende ni?” Saya bajet nak lari la. Sekali dia jawab... “Akhi, anta kena ingat. Kekuatan tu tak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tak kan ubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaan dirinya sendiri, boleh rujuk surah Ar-Ra’du, surah ke-13, ayat 11. Lagipun, anta nak tunggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni... abang2 kat sini pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, dia orang tinggalkan.” Alamak.... tak leh lari lagilah nampaknya... saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga. ”Semuanya dah jelas rasanya... Nampaknya saya kene tinggalkanlah benda ni juga ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button telefon ni. Rasa tak sanggup.” “Kalau tak sanggup meh ana tolong tekankan.” “Eh, takpe la bang. Biar saya taip sendiri.” Teragak2 saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkan juga diri... “Semuanya dah jelas... buat apa aku tangguh2 lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah lak nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat... jadi rasanya, inilah masanya...” Lalu perlahan-lahan saya taip SMS tu... “Assalamualaikum... Sebenarnya selama ni hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah teruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang 

dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu jua. Assalamualaikum...” Berat betul nak hantar msg tu kat awak. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam SMS tu saya just akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika... saya tekan gak button [send]. Pastu tertera kat skrin... [SENDING...] [MESSAGE SENT] Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya je... saya dah hantar 1 SMS, dan clash dengan awak... “Terima kasih bang...” “Takpe, dah tanggungjawab...” Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata... Tak sangka... memang tak disangka... Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi tu la yang terbaik untuk kita sebenarnya... Teringat ayat Allah... surah Al-Baqarah, ayat 216... Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ******* Masa terus berlalu... Saya terus sibukkan diri dengan kerja2 lain... Dalam usaha nak lupakan awak... bukan senang... tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah... ingatkan orang. Saya bagi taklim kat masjid, cerita kat orang, couple haram, tunjuk segala dalil... Macam2 yang berlaku.... ada kritikan... ada gak yang setuju... tapi tak kisahlah semua tu... 

Tibe2 1 pg ni... dapat lak msg dari awak... awak bagi gambar bunga... bawah tu ada ayat... “Seindah gubahan pertama...” Saya rasa awak still tak boleh lupakan saya... Saya pun fikir...k ene tegaskan rasanya... Lepastu saya hantarlah SMS ni... Dan rasanya itulah yang terakhir... “Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredhaan Ilahi... seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredhaan-Nya, tetap tak berguna... Assalamualaikum... saya tahu dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya tak nak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan... Lagi 1, jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal... Tapi carilah cinta Allah... tiada penipuan, tidakkan pernah mengecewakan itulah cinta abadi... Cinta yg diredhai... -Yang Terakhir[send] [SENDING...] [MESSAGE SENT] Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya. Saya tak kan berpatah balik... Tak kan... buat selama-lamanya.

10

Related Documents

Couple
July 2020 19
Couple
December 2019 47
Couple
November 2019 54
Resume Couple
April 2020 20
Couple Edit
June 2020 17
Couple-surfing
December 2019 38

More Documents from "Juliana Rocha"

Couple
December 2019 47
Goda
December 2019 22
Godaan_syaitan
December 2019 13
Komiksyaitan_dis05
December 2019 19
Cover.docx
April 2020 13
Doc-20190401-wa0028.docx
October 2019 23