Contoh Soalan

  • Uploaded by: wan nuranis
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Contoh Soalan as PDF for free.

More details

  • Words: 580
  • Pages: 5
VISI SEKOLAH Melahirkan insan yang cemerlang dan berakhlak mulia selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjelang Tahun 2010.

MISI SEKOLAH Berusaha ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan semua program pendidikan untuk mewujudkan budaya ilmu serta amal soleh yang berterusan.

LAGU SEKOLAH Megahnya berdiri sekolah kami Sekolah Pasir Panjang Tetap bersama membantu membina Mencapai cita-cita. Berikrar berjanji Membantu membina Berbakti dan berjasa Kepada guru kepada semua Wahai bangsa negara. Megahnya berdiri sekolah kami Sekolah Pasir Panjang Tetap bersama membantu membina Mencapai cita-cita.

SEJARAH SEKOLAH

Bangunan asal sekolah

Bangunan tambahan sekolah

Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Kuala Terengganu telah dibuka pada tahun 1939.Wujudnya sekolah ini adalah atas usaha gigih orang-orang kampung bersama-sama penghulunya Tuan Haji Ahmad bin Hitam yang telah memohon dan mendesak pihak kerajaan mengadakan sebuah sekolah tempat kanak-kanak di sekitar kawasan Pasir Panjang ini belajar. Sekolah ini terletak dalam kawasan seluas 4.406 ekar.Pada mulanya sebuah bangsal didirikan dan disumbang oleh seorang pemborong tempatan iaitu En.Wan Salleh bin Ahmad.

Bangunan pejabat sekolah

Laman utama sekolah

Bangunan tempat belajar bertambah dari masa ke semasa mengikut perkembangan murid. Pada akhir tahun 1968 sekolah mempunyai 4 buah bangunan separuh kekal sebagai tempat belajar berukuran sebagaimana berikut:

i. 120 kaki x 22 kaki ii. 60 kaki x 22 kaki iii. 47 kaki x 20 kaki iv. 48 kaki x 20 kaki Pada tahun 1969, bangunan iii dan iv telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan lain yang juga bangunan separuh kekal berukuran 300 x 24 kaki.Bangunan ini mempunyai 9 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru. Pada tahun 1980, sebuah bangunan kekal 2 tingkat berukuran 190 x 24 kaki dibangunkan.Bangunan ini mempunyai 6 buah bilik darjah, perpustakaan sekolah, bilik pusat sumber sekolah,ruang pejabat dan bilik Guru Besar. Pada tahun 1990, sebuah lagi bangunan separuh kekal dibina bagi menampung pertambahan murid yang mendadak dengan bangunan berukuran 22 x 146 kaki dan mempunyai 4 buah bilik darjah. Semenjak ditubuhkan pada tahun 1939, hanya murid lelaki sahaja yang belajar si sekolah ini dengan keramaiannya 20 orang.Keramaiannya meningkat dari masa ke semasa, dengan peningkatan kepada 40 orang selepas beberapa bulan dibuka.Pada tahun 1946, barulah sekolah ini mula menerima murid perempuan,menjadikannya sebagai sebuah sekolah bercampur.Pada tahun 1954, pentadbiran sekolah ini telah dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu Sek.Keb.Pasir Panjang (Lelaki) dimana Guru Besarnya ialah En.Muhammad bin Hassan dan Sek.Keb.Pasir Panjang (Perempuan) pula Guru Besarnya ialah Cik Emi Shamsiah binti Abd.Hamid.Tetapi selepas berjalan selama 7 tahun kedua-dua sekolah ini telah disatukan semula di bawah pentadbiran seorang Guru Besar.Penyatuan ini adalah atas nasihat Lembaga Jemaah Pengurus Sekolah dalam mesyuaratnya pada 15.02.1961. Semenjak dibuka juga, ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta.

LOGO SEKOLAH Sek.Keb.Pasir Panjang 1939 Belajar dan Berbakti

: Nama Sekolah. : Tahun sekolah ditubuhkan. : Pagangan motto sekolah. Sekolah adalah tempat murid-murid menerima pelajaran dan pembelajaran dan akan berbakti kepada masyarakat. Perpaduan diantara guru,murid dan : masyarakat serta menunjukkan hubungan yang baik dalam pentadbiran sekolah. Ketatasusilaan guru-guru dan murid-murid : serta mentaati peraturan-peraturan sekolah. Kekuatan dan kesungguhan guru dan murid : mengikuti kurikulum dan gerakkerja ko-kurikulum.

Buku dan Obor :

Biru

Kuning

Merah

ENROLMEN PELAJAR TAHUN

1 2 3 4 5 6 JUMLAH

MELAYU L 66 56 69 70 54 74 415

P 66 61 81 69 65 72 438

CINA

INDIA

LAIN-LAIN

L -

L -

L -

P -

P -

P -

JUMLAH L 66 56 69 70 54 74 415

P 66 61 81 69 65 72 438

JUM 132 117 150 139 119 146 853

Related Documents

Contoh Soalan
October 2019 34
Contoh Soalan Ukcg
August 2019 24

More Documents from ""