TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA DISLEKSIA 1.0 DEFINISI DAN KONSEP 2.0 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI DISLEKSIA
Genetik
Neurobiologikal
3.0 JENIS-JENIS DISLEKSIA
Perolehan
Perkembangan
4.0 CIRI-CIRI MURID DISLEKSIA
Kognitif dan bahasa
Emosi
Sosial
Konsep kendiri
5.0 KESUKARAN MURID DISLEKSIA
Pemprosesan maklumat
Pengamatan
Bahasa
Matematik
Contoh Soalan Bahagian A 1. Jelaskan definisi dan konsep disleksia dalam konteks pendidikan pemulihan. Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh.
Mempunyai keupayaan intelek yang normal. Telah
mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi.
Masalah asasnya adalah
perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia. Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.
2. Jelaskan secara terperinci mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi disleksia dalam kalangan murid pemulihan.
Keturunan
Masalah disleksia telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak disleksia. Hal ini telah dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 kes pasangan kembar monozygote dan mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak.
Bagi pendapat John Bradford (1999) pula, simptom disleksia juga terdapat pada keluarga yang mempunyai anggota kidal. Menurut beliau, ibu bapa yang disleksia tidak secara automatik menurunkan gangguan ini kepada anak-anak atau anak kidal yang dikenal pasti disleksia.
Berdasarkan kajian yang dilakukan di Amerika, 80% daripada kesemua subjek yang dikaji mempunyai latar belakang anggota keluarga yang mengalami masalah pembelajaran dan 60% memiliki anggota kidal.
Pemakanan
Berdasarkan beberapa penyelidikan, kajian, dan penemuan, terdapat beberapa unsur penyedap makanan, bahan awet dan pewarna tiruan yang dipercayai serta dikenal pasti boleh mengganggu otak jika diambil secara berlebihan dalam tempoh yang lama. Gangguan terhadap otak ini terjadi bukan melalui reaksi imunologi, tetapi kesan bahan pencemar atau racun yang terkandung dalam bahan-bahan makanan. Antaranya adalah Salicylates, tartazine (zat pewarna makanan), nitrat, monosodium glutamate (MSG), antioksidan, ragi, laktosa, benzoate dan seumpamanya.
Bawaan (Congenital)
Masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak boleh berlaku sejak dilahirkan. Dalam tempoh lima tahun pertama selepas dilahirkan, seseorang kanak-kanak yang sering mengalami selsema dan jangkitan kuman pada bahagian tenggorok, boleh mempengaruhi pendengaran dan perkembangannya dari semasa ke semasa hingga
boleh menyebabkan kecacatan. Keadaan ini hanya dapat dipastikan melalui pemeriksaan intensif yang terperinci daripada doktor pakar.
Masalah pendengaran yang dihadapi sejak dilahirkan akan menyebabkan otak yang sedang berkembang akan sukar menghubungkan bunyi atau suara yang didengar dengan huruf atau kata yang dilihatnya. Padahal, perkembangan pendengaran berkait rapat dengan perkembangan kemampuan bahasa yang akhirnya menimbulkan masalah jangka panjang, terutama jika disleksia ini tidak ditangani dengan segera khususnya daripada doktor pakar.
Perkembangan Otak
Disleksia berlaku secara berkembang sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau dengan kata lain pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.
Berlaku kecelaruan dalam dua hemisfera cerebral untuk menguasai kemahiran bacaan dan ejaan. Pada kebiasaannya hemisfera kiri yang menguasai bacaan. Oleh sebab hemisfera ini lemah, maka terjadilah keterbalikan huruf dan perkataan yang dialami oleh kanak-kanak disleksia.
3. Bagaimana faktor genetik/neurologikal boleh mempengaruhi disleksia dalam kalangan murid pemulihan?
Faktor Genetik Menurut pendapat dan kajian Bradford (2001), dalam kebanyakan kes murid disleksia, terdapat tanda-tanda berkemungkinan disleksia berpunca daripada faktor genetik atau keturunan. Contohnya terdapat beberapa orang ahli keluarga sama ada ibu bapa, adik-beradik atau saudara terdekat yang turut mengalami masalah yang sama. Ini menunjukkan disleksia boleh diwarisi. Namun demikian, darjah keterukkan disleksia yang dialami oleh seseorang individu itu mungkin berbeza antara satu sama lain. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, terbukti
bahawa disleksia adalah disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang diwarisi secara turun-temurun (British Psychological Society, 1991).
Faktor Neurogikal Menurut Kirk, Kliebhan dan Lerner (1978), kebanyakan kanak-kanak disleksia dikenal pasti cenderung mengalami gangguan saraf otak atau kecederaan otak. Murid-murid mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah gangguan otak/neurologi akan menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik yang akhirnya membawa kepada kesan masalah tingkah laku. Selain itu, otak yang tidak berfungsi dengan betul dan sempurna yang mana kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok. Kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen. Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis. Pakar kanak -kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah (lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Misalnya, sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ).
4. Perincikan ciri-ciri murid disleksia dalam konteks kognitif dan bahasa Perkembangan Kognitif Lemah pengamatan, kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru adalah merupakan di antara masalah yang berkaitan dengan perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak yang menghadapi masalah disleksia. Kanakkanak ini lemah terutamanya untuk memberikan tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan semasa belajar. Terdapat dua jenis masalah pengamatan yang utama iaitu kelemahan pengamatan penglihatan serta kelemahan pengamatan pendengaran.
Bahasa Fonologi adalah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa, contohnya makan terdiri daripada dua suku kata dan erbina daripada lima fonem iaitu m, a, k, a, n. Perbezaan ini amat ketara apabila kanak-kanak BP ini menyebut perkataan yang mempunyai fonem konsonan-vokal-konsonan. Bock dan Mercer (1985) menyatakan masalah ekspresi bahasa adalah disebabkan oleh ketidakupayaan artikulasi (articulation disorders). Kajian oleh Wiig dan Semel (1976) mendapati kanak-kanak ini sering keliru dengan konsonan bersuara dan tidak bersuara. Antara huruf-huruf yang sukar dibunyikan seperti b, d, g, p, t, v, z dan th. Contoh kesukaran membunyikan huruf konsonan berikut : p dengan b d dengan t
Bahagian B 5. Bagaimana guru pemulihan dapat membantu murid disleksia yang mempunyai masalah emosi dan sosial?
Membawa berjumpa dengan pakar psikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya.
Membantu kanak-kanak memahami bahawa dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi.
Sentiasa sabar melayani karena mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa.
Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.
Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni.
Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik.
Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri.
Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai dan syabas.
6. Pada pendapat anda, apakah masalah/cabaran yang dihadapi oleh murid disleksia di kelas pemulihan.
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakkannya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada ;
1. Mengeja Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk meyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah punca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti ;
-
m-w, y-g-j, u-n-m
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti ;
-
t, h, f, v
2. Membaca Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanakkanak merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan diri. Mereka cenderung menterbalikan perkataan seperti :
-Batu-tuba
-Gula-lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dlam ayat. Contohnya seperti berikut :
-
pada masa yang sama - dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut : Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
-Jam-jem - cat-cat
3. Menulis Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik. 4. Bercakap dan mendengar Terdapat juga diantara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau memperdulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak meakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
5. Nombor Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya sepertri berikut :
3-5-8
9-6
6. Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial -Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut.
-Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh. -Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.
7. Bagaimana murid disleksia memproses maklumat yang disampaikan oleh guru di dalam kelas?
Masalah Pendengaran Dari segi mendengar, mereka kelihatan seperti tidak mendengar (Sri Cempaka, 2007) atau tidak mempedulikan (SpeEd, 2007). Hal ini kerana mereka lambat dalam memproses maklumat mereka terima. Maka, mereka tidak akan melakukan arahan yang diberi oleh guru, terutamanya jika arahan tersebut terlalu panjang. Mereka juga tidak akan menyusun sesuatu mengikut susunan, contoh melakukan arahan mengikut urutan. Namun, mereka suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat untuk membaca sendiri.
Masalah Pertuturan Dari segi pertuturan pula, mereka menghadapi kesukaran bertutur dan juga mempunyai kesukaran untuk mengeluarkan atau memilih perkataan yang sesuai semasa bercakap bagi menyampaikan maksudnya. (Untung S. Drazat, 2006) Hal ini mungkin kerana perkembangan pertuturan dan bahasa yang lambat. Selain itu, bahasa lisan lebih baik daripada penulisan. Mereka suka belajar dengan irama kanakkanak “nursery rhymes”