Contoh Soalan Hbef 3203 Kdp

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Contoh Soalan Hbef 3203 Kdp as PDF for free.

More details

  • Words: 757
  • Pages: 5
Contoh soalan exam lepas topic 1 : HBEF 3203 (Pengukuran & Penilaian Dalam Pendidikan) Soalan 1; Pengujian,pengukuran dan penilaian adalah beberapa konsep penting dalam bidang penilaian. Jelaskan perbezaan antara pengukuran dan penilaian. J : Pengukuran ialah proses untuk mendapatkan penjelasan secara numeric tentang sebanyak mana pelajar mempunyai sesuatu nilai yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Manakala pengujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkahlaku individu.

Soalan 2: Skala sela merupakan salah satu daripad 4 aras ukuran. Nyatakan dengan ringkas dua cirri skala ini. J: 2 ciri skala sela ialah: 1. Kategori yang digunakan saling berkaitan antara satu sama lain 2. Ukuran yang digunakan menunjukan susunan pemeringkatan secara logic

S 3: Terdapat beberapa tujuan penilaian dalam bilik darjah. Jelaskan 2 daripada tujuannya. J: 2 tujuan penilaian dalam bilik darjah ialah: 1. Diagnosis, di mana ia dapat member maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap P & P. 2. Pencapaian, di mana ianya dapat menguji tahap pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran murid yang telah ditetapkan.

S 4: Terangkan bagaimana keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dapat ditentukan. J: Keberkesanan P & P dapat ditentukan melalui penilaian,pengukuran dan pengujian terhadap pelajar secara sistematik. Dengan ini kite dapat mengukur perubahan tingkahlaku pelajar serta tahap pencapaian prestasi pelajar

S 5: Jelaskan mengapa penilaian diagnostic dijalankan. J : Penilaian diagnostic dijalankan adalah untuk memberi maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar sepanjang P & p dijalankan. Ia juga membolehkan guru membuat keputusan samada pelajar tersebut memerlukan aktiviti pengayaan atau pemulihan serta membolehkan guru membuat keputusan tentang strategi pengajaran yang perlu digunakan.

S 6: a. Apakah yang dimaksudkan dengan skala pengukuran? J: Skala pengukuran bermaksud sesuatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numeric tentang sebanyak mana pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu.Ia juga boleh diukur tanpa menggunakan pengujian. S b:. Jelaskan 4 ciri utama skala sela. Antara 4 ciri skala sela ialah:

J: 1.

Kategori yang digunakan bagi menjelaskan data adalah saling berkait

2. Ukuran yang digunakan menunjukkan pemeringkatan secara logic 3. Ukurannya mempunyai pemberat samada lebih kecil atau lebih besar 4. Ukuran dalam skala ini bernilai arbitrari S c: Tentukan jenis skala ukuran dibawah i. Jawatan ( Pengarah JPN,PPD,Pengetua) J: skala ordinal ii. Gred pencapaian ( Gred 1,2 dan 3 ) J : Skala ordinal iii. Skor ujian matematik ( 43,54,63 ) J : Skala ordinal

iv.Skala linkert ( contoh lain bagi skala ordinal) J : skala ordinal

S 7: Bincangkan secara ringkas 2 tujuan penilaian dalam pendididkan. J: 2 tujuan penilaian dalam pendidikan ialah: 1. Diagnosis, di mana ia dapat member maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap P & P.

2. Pencapaian, di mana ianya dapat menguji tahap pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran murid yang telah ditetapkan.

S 8 : Nyatakan 2 perbezaan di antara skala nominal dengan skala ordinal. J : Perbezaan antara skala nominal dan ordinal ialah 1. Skala nominal mempunyai nilai pengkelasan sahaja manakala skala ordinal mempunyai nilai pengkelasan dan pemeringkatan 2.

Skala nominal mengkategorikan pembolehubah berdasarkan persamaan manakala skala ordinal menggambarkan ukuran asal pembolehubah mengikut susunan

S 9: Nytakan tujuan menjalankan ujian diagnostic dalam manamana matapelajaran. J: ujian diagnostic dijalankan untuk memberi maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar dalam P&P . Selain itu,ianya memberi maklumat tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam P&P. Secara tidak langsung guru dapat mengenal pasti samada pelajar memerlukan aktiviti pengayaan atau pemulihan serta member peluang kepada guru untuk memilih strategi pengajaran yang bersesuaian dengan pelajar.

S 10: Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan memberi maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Berdasarkan maklumat di atas jawab soalan2 berikut .

a. Nyatakan 4 tujuan sesuatu penilaian dijalankan dengan member definisi setiap satu daripadanya secara ringkas. J : 4 tujuan penilaian ialah i.

Diagnosis – iaitu ujian yang dijalankan oleh guru untuk mengesan tahap penguasaan pelajar dalam p&p .

ii.

Pencapaian – ujian yang dijalankan pada akhir sesi p&p untuk menguji tahap penguasaan pelajar

iii.

Pemilihan Dan Penempatan – untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu sebelum p&p bermula

iv.

Bimbingan dan kaunseling – untuk meningkatkan motivasi pelajar supaya belajar dengan lebih gigih dan memperolehi pencapaian akademik yang lebih baik.

b. Terangkan salah satu tujuan yang anda nyatakan dalam soalan 10 a . J : Penilaian diagnostic dijalankan adalah untuk memberi maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar sepanjang P & p dijalankan. Ia juga membolehkan guru membuat keputusan samada pelajar tersebut memerlukan aktiviti pengayaan atau pemulihan serta membolehkan guru membuat keputusan tentang strategi pengajaran yang perlu digunakan.

Related Documents