PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGING Di KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)
PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGING DI KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH
1.0
PENGENALAN Nama
:
Ali bin Kassim
Nama Syarikat
:
XYZ Enterprise
No. Kad Pengenalan
:
651212-10-5432 (LAMPIRAN 1)
Alamat Rumah
:
Lot 1234, KAMPUNG BARU KUALA
NERANG 41250 KEDAH. No. Telefon (bimbit)
2.0
:
012-3456789
LATARBELAKANG 2.1
Butir-butir Syarikat No. Pendaftaran
:
001122334-U (LAMPIRAN 2)
Tarikh Daftar
:
12 Disember 2002
Tarikh Luput
:
28 Disember 2006
Alamat Syarikat
:
Lot 5678, KAMPUNG BARU KUALA
NERANG 41250 KEDAH
2.2
Bentuk Perniagaan :
Pemilik Tunggal (Ali bin Kassim)
Jenis Perniagaan
Menternak & menjual lembu & kambing.
:
Butir-butir Peribadi Umur
:
41 Tahun
Taraf Kelulusan
:
Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
Taraf Kesihatan
:
Baik dan tiada kecacatan anggota
Taraf Kekeluargaan :
Berumahtangga
Nama Isteri
:
Aminah binti Abu
Pekerjaan Isteri
:
Suri rumahtangga
Bil. Tanggungan
:
5 orang anak (3 sudah bersekolah)
1
PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGING Di KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)
Pekerjaan Tetap
:
Pekerjaan Sambilan: 2.3
Kerja-kerja kontrak Menternak Kambing
Pendapatan & Perbelanjaan / Bulan 2.2.1 Pendapatan a.
Pekerjaan Tetap
:
RM1,500.00
b.
Hasil Pertanian
:
0.00
(Belum keluar hasil) Jumlah Pendapatan
RM1,500.00
2.2.2 Perbelanjaan a.
Sarahidup keluarga
:
RM 800.00
b.
Anak sekolah
:
150.00
c.
Bil-bil air, elektrik dll
:
150.00
d.
Kos luar jangka
:
150.00
Jumlah Perbelanjaan 2.2.3 2.4
Lebihan Pendapatan
RM1,250.00 :
RM 250.00
Harta & Tanggungan 2.4.1 Harta a.
Kereta
:
RM34,000.00
b.
Motosikal
:
2,000.00
c.
Simpanan
:
2,000.00
d.
Tabung Haji
:
15,000.00
d.
Kambing / Lembu
:
16,850.00
Jumlah Harta
RM69,850.00
2.4.2 Tanggungan a.
Pinjaman
:
RM
0.00
:
RM69,850.00
(Tiada pinjaman dimanamana Institusi Kewangan) 2.4.3
Harta Bersih
2
PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGING Di KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)
2.5
Pengalaman Saya telah memulakan projek ternakan kambing sejak 5 tahun yang lalu dengan hanya 4 ekor sahaja. Kini saya telah mempunyai 25 ekor kambing dan 3 ekor lembu. Sila rujuk LAMPIRAN 3, Gambar Ternakan Kambing di tapak projek masa kini. Selama 5 tahun ini saya telah menimba banyak pengetahuan tentang menternak kambing dengan bimbingan pegawai Pejabat Haiwan, Daerah KEDAH. Saya telah menghadiri kursus menternak kambing / lembu kelolaan Pejabat Haiwan di Ipoh selama 1 hari pada bulan Julai 2006 untuk mendapatkan teknik ternakan yang lebih sistematik dan menguntungkan.
3.0
PROJEK 3.1
Keadaan Projek Masakini Kandang kambing seluas 20’ X 40’ dibina di atas tanah seluas 1 ekar yang disewa dari seorang pemilik (sewa RM60.00 sebulan). Sila rujuk LAMPIRAN 4, Perjanjian Sewa Tanah. Kandang ini dibina sendiri dengan bahan binaan yang bercampur aduk, dibuat sedikit-sedikit bila ada modal. Walau bagaimanapun ia mungkin dapat bertahan sehingga 5 tahun lagi. Dari 25 ekor kambing yang ada sekarang, 21 ekor darinya adalah betina dan 4 ekor jantan (induk). Kesemuanya dari jenis Jamnapari dan kacukan dengan jenis tempatan (Katjang). Sehingga kini sejak mula-mula projek dimulakan tidak seekorpun kambing ini dijual. Hanya susu kambing dijual, itupun diatas permintaan. 3
PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGING Di KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)
3.2
Projek Cadangan 3.2.1 Stok Kambing Saya bercadang
untuk
membesarkan
projek ternakan
kambing pedaging saya dari jumlah sekarang (25 ekor) kepada
260
ekor.
Tambahan
sebanyak
175
ekor
(kesemuanya dari jenis Jamnapari) perlu dibeli pada awal projek
cadangan
sebanyak 200 ekor.
untuk
menjadikan
jumlah
ternakan
Jumlah ini akan bertambah sehingga
260 ekor pada tahun ke 3 dan seterusnya sebab kandang yang akan dibina dapat menampung jumlah tersebut. 3.2.2 Tapak Projek Saya telah mendapatkan sebidang tanah TOL kurniaan dari Kerajaan Negeri Selangor seluas 3 ekar untuk diusahakan berdekatan dengan tapak projek masakini.
Sila rujuk
LAMPIRAN 5, Butir-butir Tanah Tapak Projek. 3.2.3 Kandang Sungguhpun tanah ini terletak di luar ban, kandang akan dapat dibena di atas pelantar (Menggunakan piling konkrit dan kayu bakau) dengan keluasan 40’ X 90’. Setor untuk makanan dan peralatan dibina seluas 400’ persegi. 3.2.4 Bekalan Makanan Selain dari dedak makanan yang disediakan dari campuran jagung, hampas kelapa dan hampas soya serta garam galian, rumput Napier dan rumput gajah dapat di tanam di sepanjang ban selebar 20 kaki dan sepanjang 2 km. 3.3
Kedudukan Tapak Projek Tapak projek seluas 3 ekar terletak di luar ban ditepi sungai KEDAH dan anak sungai Telok Godam. Terletak tidak jauh dari tapak projek 4
PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGING Di KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)
sekarang iaitu di KAMPUNG BARU KUALA NERANG . Sila rujuk LAMPIRAN 6, Lakaran Ke Tapak Projek. 4.0
PENGURUSAN Buat masakini projek sedia ada di uruskan oleh saya sendiri dengan dibantu anak lelaki saya. Walau bagaimanapun untuk projek cadangan projek perlu dibantu oleh 2 orang pekerja tetap dengan bayaran RM700.00 sebulan. Dari segi kawalan penyakit, saya dapat merawat jika kambing terkena penyakit biasa seperti kembung, luka dan masalah kambing bunting. Tetapi jika terkena penyakit kronik, pegawai perubatan haiwan dari Pejabat Haiwan KEDAH dapat membantu pada bila-bila masa sahaja.
5.0
PEMASARAN Kambing akan dijual kepada penjual daging kambing di pasar KEDAH yang sentiasa memerlukan bekalan pada setiap hari. Jualan juga dapat dibuat kepada penduduk tempatan untuk tujuan Aqikah, kenduri kahwin dan kepada restoran-restoran yang banyak terdapat di Bandar KEDAH. Kesimpulannya pemasaran tidak menjadi masalah. Kambing boleh dijual mengikut berat atau jualan dibuat seekor-seekor. Purata harga kambing dewasa dapat dijual dengan harga RM800.00 seekor, manakala anak kambing adalah RM300.00 seekor.
6.0
KEWANGAN 6.1
Modal Permulaan Projek Cadangan Perbelanjaan permulaan adalah Kos Tetap untuk membina kandang dan setor termasuk jalan masuk ke tap projek, pagar, elektrik, pam air dan peralatan adalah sejumlah RM117,300.00. Sejumlah 175 ekor kambing akan dibeli dengan pecahan anak kambing (60 ekor), kambing betina (100 ekor) dan kambing jantan (15 ekor), kesemua berjumlah RM52,500.00.
5
PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGING Di KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)
Jumlah Modal Permulaan Projek Cadangan adalah RM169,800.00, sila rujuk LAMPIRAN 7, Perincian Kepada Aliran Kewangan. 6.2
Modal Pusingan Perbelanjaan yang tinggi bagi modal pusingan adalah keperluan makanan,
perubatan
dan
upah
pekerja.
Perbelanjaan
ini
bergantung kepada bilangan kambing, sila rujuk LAMPIRAN 7 (Perincian Kepada Aliran Kewangan) dan LAMPIRAN 8 (Struktur Stok Ternakan). 6.3
Penyata Untung Rugi Kadar Pulangan Pelaburan (ROI)
=
65.6%
Pulangan Keatas Pelaburan (IRR)
=
15.6%
Bagi projek ternakan kambing ini, dengan kedar pulangan pelaburan serta kadar keuntungan yang positif dan memberengsangkan, maka ia menunjukkan projek yang akan diusahakan adalah berdaya maju dan mampu memberi pulangan yang baik dan menguntungkan. 6.4
Susunan Pembiayaan Projek Sila rujuk LAMPIRAN 11 – Aliran Kewangan Projek •
Kurangan Terkumpul Tertinggi
RM170,156 100.0%
•
Pembiayaan Bank
RM150,000
88.2%
•
Modal Sendiri (Ekuiti)
RM 20,156
11.8%
Pembiayaan Bank diperlukan sejumlah RM150,000.00 untuk menampung sebahagian besar perbelanjaan projek cadangan terutamanya pada permulaannya iaitu Kos Tetap.
Cadangan
Pembiayaan Projek (Pinjaman Bank dan Ekuiti Sendiri) adalah sebagaimana LAMPIRAN 12. Jumlah pinjaman ini termasuk faedah dapat dibayar balik dalam tempoh 5 tahun termasuk penangguhan pokok pada tahun pertama.
6
PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGING Di KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)
Pada tahun ke 3 hingga 5, projek masih mencatatkan lebihan positif selepas bayaran balik pinjaman sejumlah RM2,266.00 / bulan. Pada tahun ke 6 dan seterusnya, projek akan menerima keuntungan bersih tanpa tolak bayaran balik sejumlah RM5,860.00 / bulan.
7.0
PENUTUP Projek cadangan ini sangat berdaya maju dan menguntungkan.
Ianya
dapat meningkatkan taraf hidup saya sekeluarga dan membantu kerajaan meningkatkan pengeluaran daging kambing dalam Negara. Masalah yang paling minima pada pengurusan sebab saya mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas dalam ternakan kambing ini. Dari segi pemasaran, permintaan adalah sangat tinggi di Lembah KEDAH ini disebabkan kita masih lagi mengimport daging kambing dari Negara luar. Saya berasa sangat positif keatas kejayaan projek cadangan ternakan kambing pedaging ini dan pembiayaan dana dari institusi kewangan sangat diharapkan. Sekian, terima kasih.
XYZ Enterprise, KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH.
7