Arahpadu2

  • Uploaded by: bestari
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Arahpadu2 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,137
  • Pages: 20
INI ADALAH CONTOH SAHAJA

PENTERNAKAN KAMBING PEDAGING SECARA SISTEM INTENSIF (FIDLOT) DAN SEPARA INTENSIF DI JENDERAM, SELANGOR

ARAH PADU ENTERPRISE +NO. PENDAFTARAN 000975876-X Tingkat 2, 3374, jalan 18/31,Taman Seri Serdang 43300 Seri Kembangan, Selangor Tel/Fax : 603 89619713 e-mail [email protected]

PENGENALAN

3

LATAR BELAKANG KAWASAN 4 OBJEKTIF SYARIKAT 4 OBJEKTIF KERTAS KERJA 4 PLAN PEMASARAN 5 PENGURUSAN SYARIKAT 7 STRUKTUR PENTADBIRAN SYARIKAT 8 HARTA SYARIKAT Harta Tetap Harta Semasa

9

MODAL AWAL PROJEK YANG DIJALANKAN 11 KONSEP PENTERNAKAN 14 SISTEM PENTERNAKAN 14 ANGGARAN PERBELANJAAN / MODAL UNTUK MEMBESARKAN PROJEK TERNAKAN KAMBING 17 INFRASTRUKTUR 18

2

DAYA MAJU PROJEK 18 KESIMPULAN

19

LAMPIRAN/RUJUKAN

3

PENGENALAN Keperluan daging kambing negara. Amnya permintaan terhadap komoditi ini terus meningkat dari tahuan ke setahun, sepertimana yang ditunjukkan oleh data berikut. Pengeluaran Dan Permintaan Daging Kambing Tahun Pengeluaran Permintaan KSD(%)

2002 1.21 15.10 8.01

2003 1.30 15.60 8.33

2005 1.50 16.80 8.93

2010 2.18 21.30 10.23

Jabatan berpendapat, perlunya ada satu system pengeluaran yang produktif dan berdaya maju bagi meningkatkan bekalan punca tempatan dalam masa yang terdekat. Bermakna asas baka kambing yang sedia ada perlu digembeling ke dalam usaha pembangunan ini dan bagi mengurangkan pengantungan bekalan baka daripada luar negara, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan impot barangan makanan.

4

LATAR BELAKANG SYARIKAT Arah Padu Enterprise telah ditubuhkan pada tahun 1992. Syarikat ini banyak menumpukan aktiviti pembinaan / ubahsuai bangunan secara kecil-kecilan dan pengangkutan. Syarikat mempunyai kontrak untuk menghantar suratkhabar dengan The New Straits Times Press (M) Bhd yang bermula daripada tahun 2001 hinggalah sekarang ini. Walaupun bidang penternakan ini baru bagi syarikat ini, namun kemahiran untuk menjalankan penternakan ini datangnya daripada salah seorang rakan kongsi syarikat yang mempunyai pengalaman selama hampir 15 tahun dalam bidang penternakan. Penternakan kambing telah bermula pada bulan November 2004 dengan permulaan sebanyak 10 ekor. Sehingga pada tarikh ini jumlah kambing yang dipelihara telah ditambah menjadi 20 ekor kesemuanya. Oleh dengan itu, syarikat amat yakin bahawa rancangan untuk menceburkan diri dalam bidang penternakan ini adalah satu tindakan yang boleh mendatangkan keuntungan kepada pihak selain daripada memenuhi permintaan terhadap daging kambing.

OBJEKTIF SYARIKAT Selama ini syarikat menumpukan kepada pekhidmatan pengangkutan dan juga pembinaan / ubahsuai, walaubagaimanapun pihak syarikat telah membuat satu pelaburan dalam bidang penternakan dengan membela kambing bagi. Sehubungan dengan itu pihak syarikat telah melaburkan sejumlah modal dan telah membina kandang kambing di Balakong, Sg Besi. Pada masa sekarang terdapat lebih kurang 20 ekor kambing yang dipelihara. Pada masa akan datang syarikat bercadang akan meluaskan dan mengembangkan lagi bidang penternakan kambing ini dengan cara menyewa tanah bagi membina kemudahan kandang yang lebih besar.

5

OBJEKTIF KERTAS KERJA Tujuan utama kertas kerja ini dibuat adalah untuk mendapat pinjaman modal tambahan bagi memperbesarkan lagi perniagaan ini. Modal akan digunakan untuk menambahkan bilangan kambing yang diternak, membeli mesin perincih makanan (rumput gajah) dan bagi membeli makanan tambahan untuk kambing) pallet PKC/PKE).

PELAN PEMASARAN Pihak syarikat akan menjual sendiri ternakan. Kriteria yang digunakan bagi menentukan masa jualan ialah berat hidup. Kambing boleh mula dijual apabila mencapai berat badan antara 30 - 35 kg. Keyakinan bahawa daging kambing sentiasa mendapat pasaran adalah tinggi memandangkan permintaan terhadap daging kambing tempatan yang segar sentiasa ada dan bekalan di pasaran pula adalah tidak mencukupi. Selain daripada itu konsep pemasaran seperti berikut juga akan dijalankan bagi menjual hasil daging kambing. Pendekatan yang diambil adalah seperti: a. Jualan sendiri: menjual kambing hidup kepada sesiapa yang dirasakan sedia menawarkan harga yang baik dan menguntungkan. b. Melalui Jabatan: Pegawai Penyelaras Projek (TAC) boleh membantu untuk menjual ternakan kepada pembeli yang lebih besar seperti FAMA atau Syarikat Pembeli/Penyembelihan kambing yang besar dengan mengambil kira kos pengangkutan. c. Menjual Daging di Pasar/Pasar Tani: Penjualan dilakukan melalui timbangan berat hidup. Harga kambing yang dipelihara secara fidlot adalah lebih tinggi daripada kambing biasa, kerana mutu dagingnya lebih baik.

6

Contoh pengiraan jualan kambing secara terus : Harga belian

: RM300

Berat awal kambing

: 20kg (a)

Berat akhir kambing

: 35kg (b)

Kadar kenaikan berat

:b–a

= 20kg

Harga pasaran

: RM16.00 – RM21.00 / kg

Purata harga

: RM18.00

Jumlah jualan

: RM18.00 x 35 = RM630.00

Kos bagi 6 bulan/ekor

= RM100.80

Untung kasar

= RM630.00 – RM100.80

Untung bersih

= RM529.20 – RM300*

= RM529.20/ekor = RM229.20/ekor

Nota : * anggaran harga belian awal kambing pedaging

7

PENGURUSAN SYARIKAT Pengurus Besar - Pentadbiran dan Kewangan Mohd Sufian bin Kasim Dilahirkan di Negeri Sembilan, berumur 38 tahun. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepj.) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Bertindak sebagai Pengurus Pentadbiran dan Kewangan syarikat. Pengalaman beliau dalam bahagian pentadbiran dan kewangan banyak membantu dalam pelaksanaan projek ini. Selain daripada itu beliau juga mempunyai pengalaman selama lebih kurang 8 tahun menternak lembu milik keluarga.

Pengurus Projek Ternakan Aziz bin Ri Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur, berumur 40 tahun. Beliau adalah pengasas syarikat Arah Padu Enterprise. Mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan kejuruteraan, pengangkutan. Selain daripada itu beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pertanian dan juga penternakan. Telah mengikuti kursus penternakan lembu kelolaan Jabatan Haiwan di Pusat Latihan Vaterinar, Cermin Kiri, Trengganu.

Pengurus Pemasaran Mejar (B) Sarmidi bin Marjudin Beliau adalah seorang bekas pegawai tentera yang telah berkhidmat selama lebih 22 tahun. Lulusan Maktab Turus Angkatan Tentera dan mempunyai Diploma dalam Pengajian Strategik dan Keselamatan. Mempunyai dedikasi yang tinggi untuk mejayakan projek ini. Bidang pemasaran adalah salah satu daripada kemahiran beliau. Beliau juga adalah salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur. Hubungan baik dengan ahli-ahli dewan membolehkan beliau memasarkan produk syarikat dengan lebih luas lagi.

8

Disiplin yang ada pada beliau adalah begitu tinggi dan selalu mengendalikan kerja secara teratur dan professional.

STRUKTUR PENTADBIRAN SYARIKAT ARAH PADU ENTERPRISE

PENGURUS BESAR

PENTADBIRAN & KEWANGAN

PENGURUS TERNAKAN

PENGURUS PEMASARAN

9

HARTA SYARIKAT Pada masa sekarang syarikat mempunyai dua buah lori (3 tan dan 1 tan) dan sebuah van yang dimiliki sepenuhnya, kandang kambing dan kambing induk dan baka. HARTA TETAP Perkara

Nilai (RM)

Lori

35,000.00

Lori

15,000.00

Kandang kambing Kambing

6,000.00 22,800.00

----------------------------------------------------------Jumlah

78,800.00

===================================

10

HARTA SEMASA ORANG BERHUTANG The New Straits Times Press RM19,900.00 DEPOSIT Baki di bank setiap bulan untuk kegunaan = RM2,434.00 tiap bulan.

11

MODAL AWAL BAGI PROJEK YANG DIJALANKAN Pihak syarikat telah mengambil inisiatif sendiri dengan mengeluarkan modal untuk memulakan projek ternakan kambing ini. Modal yang dikeluarkan adalah untuk membina kandang kambing, membeli baka kacukan dan tempatan (induk dan baka). Sehingga sekarang ini syarikat mempunyai sejumlah 24 ekor kambing yang dipelihara.

Perkara

Nilai (RM)

Kandang kambing

6,000.00

Belian kambing

10,000.00

------------------------------------------------------Jumlah

16,000.00

======================================

12

UNTUNG RUGI BULANAN Perkara Kredit/bulan

Debit/bulan

Servis pengangkutan akhbar NSTP

9,950.00

Percetakan Keselamatan Negara Minyak / tol

500.00 1,720.00

Gaji pekerja

2,200.00

Telefon

150.00

Servis kenderaan

200.00

Bil bulanan : i.

Kereta

480.00

ii.

Rumah

750.00

iii.

Southern Bank

1,016.00

iv.

Kad kredit

1,500.00

---------------------------------------------------------------------------------Jumlah

10,450.00 8,016.00

---------------------------------------------------------------------------------Jumlah bersih

2,434.00

======================================= ==============

13

TAHUNAN Cukai jalan/ Insuran (setahun) Lori Mitsubishi

1,527.00

Lori Hicom

1,118.00

Van Toyota

359.00

Kereta

394.30

-----------------------------------------------------Jumlah

3,398.30

14

KONSEP PENTERNAKAN

Tujuan Tujuan utama pihak syarikat memelihara kambing adalah untuk mendapatkan baka dan mendapatkan anak untuk dipelihara, digemuk dan dijual untuk pengeluaran daging.

Penggemukan (Fattening) Memelihara anak-anak kambing terutamanya jantan dari 6 bulan hingga setahun atau setahun setengah dengan berat badan sekurangkurangnya 25 kg sebelum dijual untuk sembelihan.

SISTEM PENTERNAKAN Pada masa ini pihak syarikat telah mengamalkan sistem penternakan secara berkurung (intensif) dan separuh berkurung (semi-intensif).

Sistem Berkurung (intensif) Sistem ini memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut. Makanan dan minuman terpaksalah dibawa kepada mereka setiap hari iaitu konsentrat, rumput dan garam jilat. Kebiasaannya, sistem pemeliharaan begini diamalkan oleh penternakpenternak yang tidak mempunyai kawasan ragut atau untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak dan selepas beranak dan juga bagi kambing jantan baka. Oleh kerana kambing tidak dilepas langsung, kemungkinan jangkitan penyakit adalah tinggi. Oleh itu, kandang hendaklah sentiasa bersih dan kering. Selain daripada itu, kambing senang diawasi untuk tujuan rawatan dan pengesanan penyakit.

15

Sistem Separuh Berkurung (Semi-intensif) Pemeliharaan kambing secara sistem ini dilakukan dengan melepaskan kambing pada siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Sistem ini mempunyai faedah di mana selain daripada perlindungan pada malam hari dan dari cuaca yang buruk, ianya juga memberi kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih baik. Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya. Pemeriksaan terhadap penyakit boleh dijalankan apabila kambingkambing ini masuk ke kandang pada petang hari. Sistem Intensif Projek yang dijalankan adalah berbentuk intensif dan ala fidlot. Ternakan sepanjang masa berada di dalam kandang masing-masing. Bermakna satu-satu projek komersil hanya memerlukan kawasan seluas 2 ekar. Penyimpanan rekod Sepertimana peternakan kambing yang lain, setiap ekor ternakan diperlukan memakai tag telinga yang bernombor. Rekod-rekod pengurusan yang lain juga perlu ada dan dikemaskini seperti biasa. Rekod yang lengkap dan senantiasa kemaskini akan memudahkan pegawai yang akan memberikan perkhidmatan LTJ ke projek, usaha ini sudah pasti dapat memperbaiki prestasi dan kecekapan pengurusan dan akhirnya keuntungan bidangusaha. Pemakanan Pemakanan adalah merupakan perkara terpenting dan menjadi pendorong utama kepada system pengeluaran kambing. Baka kacukan yang baik tidak akan mampu memberikan kadar pertumbesaran yang tinggi jika kualiti dan kuantiti makanan tidak diperbaiki. Makanan Kaprima Feeds (701 ) yang dirumus khas oleh sebuah syarikat tempatan dengan menggunakan kepakaran luar negara mempunyai ciri ransum makanan yang berkualiti tinggi, dengan kadar nutrien yang boleh dihazamkan ( total digestable nutrients, TDN) sebanyak 79%(purata) dan kandungan nutrien seperti berikut;

16

Nutrien

Kandungan (%)

Bahan Kering Protein kasar Lemak kasar Gentian kasar Abu ( Jumlah ) Kalsium Phosphorus T.Metabolaizable Energy (mJ/kg)

90.4 18.5 3.3 8.1 5.4 0.05 0.43 12.12

Seekor ternakan dewasa memakan kira-kira 400 ke 500gm sehari, dengan demikian menjadikan kos makanan seekor sebanyak 30 sen sehari. Ternakan amat digalakkan supaya diberikan juga serat yang diberikan dalam bentuk pelepah sawit, mahu pun daripada silage jagung. Ini bagi memastikan fungsi rumen tidak terjejas.

PEMBIAKBAKAAN Satu keunikan system ini ialah penggunaan baka katjang ( baka kambing tempatan ) sebagai baka asas di permulaan program. Dengan itu lebih ramai serta memudahkan penternak kambing sedia ada terlibat. Bermakna kos projek dan masa diperlukan untuk memulakan sesuatu projek dapat dikurangkan. Oleh kerana itu kami percaya system ini mampu mempercepatkan pertumbuhan industri peternakan kambing tempatan. Baka kambing tempatan dipilih oleh kerana beberapa ciri serta kekuatan yang terdapat pada baka ini, dan setelah dikacukkan ciri-ciri ini menyumbang kepada penambahbaikan baka kacukan yang dihasilkan, diantaranya termasuklah:1. Ketahanan penyakit, khususnya jangkitan cacing. 2. Kadar kelahiran yang baik, 3. Pertumbuhan daging dibahagian paha yang lebih baik daripada lain-lain baka. Pembiakbakaan merupakan kacukan 3 baka. Baka kambing yang terlibat ialah Katjang, Jumnapari dan Anglonubian. Anak kambing yang unggul akan dilahirkan hasil kacukan 3 baka tersebut yang disertakan dengan pemilihan sifat/cirri tertentu di setiap peringkat kacukan.

17

ANGGARAN PERBELANJAAN / MODAL YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBESARKAN PROJEK TERNAKAN KAMBING Kos untuk memperbesarkan lagi projek penternakan kambing adalah seperti Jadual 1 di bawah :

Ladang Kambing Kos Pembangunan Bil. Unit Kos/Unit

Jadual 1 Jum Kos

1. PEMBANGUNAN TANAH a) Pembaikan Pastura / Fodder

4 ekar

2. PEMBAIKAN BANGUNAN LADANG a) Pejabat /Setor /Rumah KT b) Kandang / Kemudahan d) Pemagaran

1 1 1

3. LETRIK & UTILITI 4. PERALATAN LADANG JUMLAH KECIL 5. PEMBELIAN KAMBING Baka Pejantan Baka Induk Betina JUMLAH KECIL JUMLAH KOS PROJEK

1

3 120

700

2,800

10,000 55,000 10,000

10,000 55,000 10,000

2,500

2,500

4,500

4,500 84,800

1,000 500

3,000 60,000 63,000 147,800

18

INFRASTRUKTUR Kandang kambing tidak banyak berbedza dengan perumahan kambing lain. Perumahan yang dibuat ini adalah berasaskan kayu serta beratapkan zing atau asbestos. Tinggi lantai daripada tanah adalah kira-kira 6 kaki. Setiap ekor ibu diberikan keluasan 9 kaki persegi. Konsep kandang yang akan dibina adalah seperti yang sedia ada sekarang ini Cuma dari lebih besar segi saiz . Kandang yang baru ini akan dapat menampung sebanyak 120 hingga 200 ekor kambing pada satu-satu masa. (Rujuk gambar)

DAYA MAJU PROJEK Bagi projek kambing tempatan sedia ada, bagi membangunkan semula projek ke tahap komersil (120 ekor ibu) kos terlibat dianggarkan sebanyak RM 100,000. Kekuatan projek ini ialah ianya berdaya maju dan komersil, berpandukan andaian-andaian parameter teknikal yang dinyatakan. Saiz minima projek ialah 120 ekor ibu. Modal untuk membangunkan projek yang 100% baru ialah sekitaran RM 200,000.00. Kadar pulangan dalaman(IRR) ialah 14% dengan titik pulangan modal diperolehi pada tahun yang ke 6. Bagi projek kambing tempatan sedia ada, bagi membangunkan semula projek ke tahap komersil (120 ekor ibu) kos terlibat dianggarkan sebanyak RM 100,000. Bagi projek transformasi ini Kadar Pulangan Dalaman(IRR) ialah sebanyak 14% dan titik pulangan modal pada tahun ke 5 juga (Lampiran). Model pengiraan daya maju projek ini mengambil kira purata pendapatan sebulan bagi pengusaha ialah RM3,000.00 sungguhpun pada tahun pertama kami meletakkan pendapatan pada kadar RM2,500.00/sebulan.

19

KESIMPULAN Oleh dengan itu syarikat Arah Padu enterprise ingin menambahkan lagi jumlah bilangan kambing dan membesarkan kandang bagi tujuan mencapai tahap komersil yang lebih mendatangkan keuntungan. Oleh yang demikian, dengan pembangunan komoditi ini, kami berharap dapat mempercepatkan dan akhirnya meningkatkan pengeluaran daging kambing tempatan, dan dalam kes ini daging kambing bermutu tinggi dan akhirnya mampu mengurangkan impot komoditi ini.

20

Related Documents

Arahpadu2
December 2019 6

More Documents from "bestari"

Arahpadu2
December 2019 6
Tpbgi Kalsit.docx
December 2019 18
Bab I.docx
December 2019 12
Gcp Letterhead.pdf
November 2019 7