Ciri Kecemerlangan Diri Sebagai Guru

  • Uploaded by: Kamal Ariffin Bin Saaim
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ciri Kecemerlangan Diri Sebagai Guru as PDF for free.

More details

  • Words: 5,380
  • Pages: 33
SMK DATO’ BENTARA LUAR BATU PAHAT

Mengekalkan Ciri Kemerlangan Diri Untuk Meningkatkan Kualiti Pendidikan Demi Menjana Modal Insan Unggul.

KAMAL ARIFFIN BIN SAAIM SMK DATO’ BENTARA LUAR BATU PAHAT http://kemhawk.webs.com/ kamal_ariffin2006@yahoo,com

1

ISI KANDUNGAN Perkara

Muka surat

1.0

PENDAHULUAN

3

2.0

MENGHAYATI MATLAMAT PENDIDIKAN 2.1 Jurubina Modal Insan 2.2 Menterjemah Matlamat Pendidikan

8 8 8

3.0

MEMANTAPKAN PENGUASAAN ILMU 3.1 Celik Komputer 3.2 Teknologi Maklumat

9 10 10

4.0

MEMBUDAYAKAN KERJA CEMERLANG 4.1 Sikap/kehendak/niat Kecemerlangan Diri 4.2 Budaya Kerja Cemerlang 4.3 Kerja Berpasukan 4.4 Menguasai pelbagai kemahiran dan kepakaran

11 12 12 13 13

5.0

MEWUJUDKAN SISTEM PEMANTAUAN BERKESAN 5.1 Pemantauan Sistematik 5.2 Perancangan Rapi Dan Sistematik 5.3 Amalan Kerja Berkualiti

14 15 15 16

6.0

MENYUMBANG TENAGA DAN KEPAKARAN 6.1 Perkongsian Kepakaran Meningkatkan Potensi Diri 6.2 Perkongsian Kepakaran Menajamkan Kepakaran 6.3 Perkongsian Kepakaran Memantapkan Organisasi

16 17 17 18

7.0

MENINGKATKAN KETERAMPILAN DIRI 7.1 Keterampilan Mampan

18 19

8.0

MENJAGA TINGKAH LAKU 8.1 Tingkah Laku Sempurna

19 20

9.0

MUHASABAH DIRI

20

PENUTUP

21

RUJUKAN

23-24

LAMPIRAN

25-32

2

1.0

PENDAHULUAN Bismillahirrahmannirrahim. Sebelum menghuraikan dengan lebih lanjut

soalan perbincangan yang diberi, beberapa istilah perlu diteliti dan difahami. Istilah-istilah yang dimaksudkan adalah seperti berikut: Mengekalkan : Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP mendefinisikan mengekalkan sebagai menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlanjutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dsb) Ciri : Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP mendefinisikan ciri sebagai sifat (unsur, tanda) yang khusus pada sesuatu (yang membezakannya daripada yang lain). Kecemerlangan : Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP mendefinisikan kecemerlangan sebagai keelokan, keindahan atau kegemilangan. Kualiti : Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP mendefinisikan kualiti sebagai darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi. Pendidikan : Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP mendefinisikan pendidikan sebagai didikan, latihan atau ajaran. Modal Insan : Buku Rasmi Tahunan Malaysia 2006 oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendefinIsikan modal insan sebagai

individu yang berilmu,

berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti,

bersopan-santun,

berdisiplin,

dinamik,

inovatif,

kreatif,

sihat,

bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing, yang memiliki personaliti unggul. Hasrat : Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP mendefinisikan hasrat sebagai keinginan yang kuat untuk memiliki (melakukan) sesuatu. 3

Pendidikan adalah teras utama pembangunan insan. Guru yang cemerlang adalah asas kepada pendidikan berkualiti ke arah penjanaan generasi bestari yang cemerlang, gemilang lagi terbilang. Menurut Wan Mohd Zahid Bin Mohd Hashim (1993), menyatakan bahawa misi Pendidikan Malaysia bertujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan terbaik untuk meghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara. (Lihat Lampiran 1) Kecemerlangan membawa implikasi maju ke hadapan, bersifat dinamik, gemilang, menerima sanjungan, dan menjadi idola atau "role model" individu atau masyarakat. Kecemerlangan guru melaksanakan tugasnya di dalam mahupun di luar bilik darjah akan menjadi titik tolak ke arah peningkatan kualiti pendidikan bagi pembentukan modal insan yang memiliki personaliti unggul. Guru mesti mengangkat dirinya sebagai ‘murabbi’. Guru mesti terlebih dahulu menjadi insan yang unggul. Guru mesti terlebih dahulu beriltizam mengekalkan ciri-ciri kecermerlangan dirinya demi meningkatkan kualiti pendidikan ke arah menjana modal insan yang memiliki personaliti unggul bagi memenuhi misi Teras Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). “Teras 2 : Membangunkan Modal Insan “ Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010: Edisi Perlancaran Rajah 3.1: Teras Strategik PIPP m.s. 31

Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha 4

membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. (Buku Rasmi Tahunan Malaysia 2006 , Jabatan Penerangan). Ketika

menyampaikan

ucaptama

sempena

Sambutan

Hari

Pekerja tahun 2006; Perdana Menteri Malaysia telah menegaskan; “Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan...

kerajaan dan rakyat harus bersama-sama

mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen... Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat.” YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, Edisi Pelancaran: (Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei 2006) m.s. 52

Bertepatan dengan hasrat kerajaan menjadikan sistem pendidikan Malaysia bertaraf dunia, satu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM 2006-2010 telah dilancarkan oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007.

PIPP merupakan satu dokumen

perancangan pembangunan pendididikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh, yang meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia. (Lihat Lampiran 1). Sehubungan dengan itu dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membangunkan modal insan seperti yang terkandung dalam Teras 2 5

PIPP,

adalah sangat bertepatan dengan saranan Y.A.B. Perdana Menteri

Malaysia. Bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan, maka KPM telah merangka fokus dan strategi perlaksanaannya. (Lihat Lampiran 2). Berdasarkan Kerangka PIPP 2006-2010, di antara faktor penyumbang kearah kejayaan pencapaian matlamat Teras Kedua PIPP ialah kecermerlangan institusi pendidikan. Sebagai kumpulan yang berhubung rapat dengan modal insan, guru sebagai komponen utama dalam institusi pendidikan mestilah sentiasa berusaha mengekalkan ciri-ciri kecemerlangan dalam dirinya demi untuk meningkatkan kualiti pendidikan terhadap kumpulan sasaran. Jemaah Nazir Sekolah KPM, 2003 telah menggariskan profil guru cemerlang dengan jelas. Guru cemerlang ialah seorang guru istimewa dan bermotivasi yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya khususnya di bilik darjah. Guru cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladani serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang. Guru cemerlang berusaha membentuk akhlak yang mulia dan membuktikan peningkatan prestasi akademik serta kokurikulum para muridnya secara berterusan. (Lihat Lampiran 3). Rumusannya,

pendidikan

berkualiti

tinggi

menjamin

kejayaan

pembentukan modal insan yang memiliki personaliti unggul,. Bagi menjamin kejayaan ini, guru mestilah mempunyai ciri kecemerlangan profesionalisma, kecemerlangan

peribadi,

kecemerlangan

pengetahuan

dan

kemahiran,

kecemerlangan kerja, kecemerlangan komunikasi dan kecemerlangan potensi. Ciri-ciri kecemerlangan bagi seseorang guru mungkin berbeza dari guru yang lain. Oleh itu amatlah penting bagi guru mengenal pasti ciri-ciri kecemerlangan 6

dalam dirinya dan seterusnya berusaha sedaya-upaya untuk mengekalkannya. Guru berkualiti adalah guru yang dapat mengekalkan ciri-ciri kecemerlangan dalam dirinya. Guru mestilah menjadi insan yang cemerlang terlebih dahulu bagi menjana lebih ramai modal insan dan memenuhi aspirasi negara. Pada

pendapat

saya

guru

mesti

berusaha

mengekalkan

ciri-ciri

kecemerlangan dirinya bagi meningkatkan kualiti pendidikan ke arah melahirkan modal insan seperti hasrat Teras Kedua PIPP. Di antara usaha-usaha yang perlu saya lakukan untuk mengekalkan ciri-ciri kecemerlangan diri saya bagi meningkatkan

kualiti

pendidikan

ialah

dengan

melaksanakan

8M

iaitu

menghayati visi negara dan misi KPM, memantapkan penguasaan ilmu, membudayakan kerja cemerlang, mewujudkan sistem pemantauan berkesan, menyumbang tenaga dan kepakaran, meningkatkan keterampilan diri, menjaga tingkah laku, dan muhasabah diri. (Lihat Rajah 1).

Menghayati Matlamat Pendidikan

Muhasabah Diri

Menjaga Tingkah Laku

Memantapkan Penguasaan Ilmu

Mengekalkan Kecemerlangan Diri

Meningkatkan Keterampilan Diri Rajah 1 7

Membudayakan Kerja Cemerlang

Mewujudkan Sistem Pemantauan Berkesan

Menyumbang Tenaga dan Kepakaran

2.0

Menghayati matlamat pendidikan

Untuk menjadi seorang yang cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi, seseorang itu mestilah memahami dengan jelas terhadap matlamat yang ingin dicapai, bagi membolehkannya merancang strategi perlaksanaan ke arah pencapaian matlamat.

Oleh itu amatlah penting bagi guru, sebagai seorang

jurubina modal insan memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara, misi dan objektif KPM. (Lihat Lampiran 4). Penghayatan matlamat pendidikan negara boleh dimantapkan lagi dengan memahami visi, misi, matlamat dan objektif sekolah sendiri. (Lihat Lampiran 5).

2.1

Jurubina modal insan

Guru sebagai seorang jurubina insan mestilah mempunyai satu lakaran yang sempurna dan difahami sebelum meneruskan tugasnya. Pada pandangan saya, bertugas sebagai seorang guru menuntut kecemerlangan profesionalisme. Guru(saya) mestilah berusaha untuk menjadikan matlamat profesion pendidikan ini sebagai ‘santapan’ dan ‘makanan’ seharian agar ianya menjadi satu lakaran yang sempurna. Lakaran inilah yang menjadi panduan guru, dalam memenuhi matlamat pendidikan negara. Ianya mestilah sentiasa boleh dilihat atau mudah dicapai di persekitaran kerja, agar ianya sentiasa subur dan terpahat dalam sanubari setiap warga pendidik.

2.2

Menterjemah matlamat pendidikan

Di persekitaran sekolah, tempat-tempat seperti bilik guru, bilik darjah, makmal sains dan komputer, pusat sumber, bilik mesyuarat, dan pejabat pentadbiran 8

merupakan tempat-tempat di mana guru sering berada. Untuk memastikan guru sentiasa sedar akan tanggungjawab mereka, maka tempat-tempat

yang

dinyatakan di atas perlu dipamerkan matlamat pendidikan ini. Guru mestilah sentiasa sedar akan kewajipannya untuk meningkatkan kualiti pendidikan bagi melahirkan modal insan cemerlang dengan melaksanakan tugasnya dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna seperti yang dituntut dalam nilai yang perlu diamalkan oleh penjawat awam seperti yang terkandung dalam Tonggak Dua Belas. (Lihat Lampiran 6). Usaha dan keperihatinan guru untuk menjiwai dan menterjemahkan segala falsafah, matlamat, objektif, misi dan visi sistem pendidikan negara di dalam bilik darjah semasa P&P mahu pun di luar bilik darjah semasa menjalankan aktiviti kokurikulum, sudah pasti akan terus mengekalkan ciri kecemerlangan profesionalisme dalam dirinya bagi meningkatkan kualiti pendidikan ke arah menjana modal insan yang gemilang.

3.0

Memantapkan penguasaan ilmu

Guru sebagai barisan hadapan perlaksana sistem pendidikan negara perlu sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menerima gelombang perubahan dalam sistem

pendidikan

negara.

Guru

mesti

mengekalkan

kecemerlangan

pengetahuan dan kemahiran dalam dirinya. Pemantapan ilmu yang menjurus ke arah pembelajaran dan pengajaran (P&P) akan meningkatkan kualiti pengajaran

guru. Ini amatlah penting agar P&P guru tidak dilihat sebagai

ketinggalan zaman oleh para pelajarnya.

9

3.1

Celik komputer Keberkesanan pengajaran guru amat mempengaruhi penerimaan ilmu

oleh anak-anak didiknya. Menurut Ainon dan Abdullah

(1995), guru perlu

memberi dorongan supaya para pelajar mahu belajar. Guru boleh mendorong mereka dengan menjadikan masa belajar sebagai masa yang penuh keseronokan. Ini jelas membuktikan bahawa di samping menguasai isi kandungan sesuatu pelajaran, guru juga mesti berusaha untuk memantapkan dirinya dengan menguasai perisian-perisian komputer dan mengaplikasikannya semasa P&P demi untuk meningkatkan kualiti pendidikan bagi menjana modal insan.

3.2

Teknologi maklumat

Di antara usaha yang boleh dilakukan oleh guru dalam memantapkan penguasaan teknologi maklumat dan komputer/TMK ialah dengan menghadiri kursus-kursus berkaitan pengkomputeran, sama ada yang dianjurkan oleh KPM atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mahupun yang disediakan oleh pihak swasta. Kursus Profesionalisme di peringkat sekolah merupakan landasan terbaik bagi membantu guru agar celik komputer. Guru perlu bersikap proaktif dalam mendalami ilmu TMK. Guru perlu mengikis rasa segan dan malu untuk mendapat bantuan tunjuk ajar dari rakan sejawatan yang lebih muda darinya. Kewujudan makmal-makmal komputer di sekolah memberi lebih banyak ruang kepada guru untuk mendapatkan bahanbahan yang bersesuaian. Guru yang cemerlang akan berusaha menjadikan bahan-bahan ini sebagai tutor dan demonstrasi semasa P&P. 10

Pada

pandangan

saya,

usaha

dan

kemampuan

guru

untuk

menggunakan TMK dalam P&P di dalam mahu pun di luar bilik darjah akan berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran, memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan, meningkatkan motivasi murid dan membolehkan pembelajaran kendiri, membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi, membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Usaha dan kesanggupan guru membawa kaedah baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian dan seterusnya memberi nilai tambah dalam aktiviti P&P akan menonjolkan ciri kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran dalam dirinya. Usaha ini sudah pasti akan meningkatkan kualiti pendidikan dalam menjana modal insan yang gemilang.

4.0

Membudayakan kerja cemerlang

Di dalam sanubari setiap insan tersemat keinginan mahu menjadi manusia sempurna. Kecemerlangan seseorang diperakui kesahihannya apabila orang itu sangup dan mampu melakukan sesuatu diluar kemampuan manusia lain. (Hamdan, Madon dan Syed Hussin, 2003). Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, guru sangat dituntut untuk mengekalkan ciri kecemerlangan kerja mereka. Kecemerlangan kerja guru akan menentukan peningkatan kualiti sistem pendidikan. Oleh itu guru mestilah berusaha untuk mengamalkan budaya kerja cemerlang bagi mengekalkan kecemerlangan dirinya. 11

4.1

Sikap/kehendak/niat kecemerlangan diri

Budaya kerja guru mestilah dirancang berdasarkan falsafah, misi dan objektif KPM. Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam menentukan kejayaan/kecemerlangan. Tiga unsur ini berkait rapat antara satu sama lain dan ianya digelar sebagai "Triangle of Success", yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap. Pada pandangan saya, sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap boleh disamakan dengan kehendak atau niat. Apakah niat kita menerima tangungjawab sebagai seorang guru? Guru boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tertentu bagi melaksanakan tugasnya sebagai seorang pendidik, tetapi jika tanpa kehendak atau niat yang mendorong dan menggerakkan tingkah laku dan perbuatan maka hasil akhirnya sudah pasti tidak akan mencapai matlamat yang diharapkan.

4.2

Budaya kerja cemerlang

Bagi

mengekalkan

kecemerlangan

diri,

guru

mestilah

berusaha

untuk

mengamalkan budaya kerja yang berdasarkan dorongan ke arah pencapaian hasil yang bermutu dan perkhidmatan yang cemerlang, sentiasa menghasilkan idea baru, ilmiah dan profesional, mesyuarah, kerja berpasukan, dan berorentasikan pelajar. Pada pandangan saya, untuk memastikan guru mengekalkan budaya kerja cemerlang ini, guru mesti membuang sikap mudah berpuas hati sewaktu mengembangkan sesuatu tugasan yang dipertanggungawabkan. Guru mesti kreatif dan inovatif, dan berani mengemukakan idea-idea baru dalam bidang 12

pendidikan yang berorientasikan pelajar. Guru mesti menilai kembali hasilan kerja yang dilakukan olehnya,

dan bersedia untuk menerima kritikan dan

pandangan pihak atasan, rakan sejawat mahu pun dari anak didiknya. Sikap guru berfikiran terbuka dengan menganalisis segala kritikan dan pandangan, lalu mengubah kelemahan menjadi kekuatan dalam perkembangan perlaksaanan tugasnya, sudah pasti akan memantapkan lagi ciri kecemerlangan dalam dirinya.

4.3

Kerja berpasukan Kerja berpasukan adalah budaya kerja cemerlang. Menurut Ahmad Fadzli

(2007) kerja berpasukan memerlukan ahli pasukannya berkerja secara kolektif, dengan suasana kerjasama yang bebas. Mereka juga berkomunikasi secara terbuka dan jelas dan komunikasi seperti ini menjadi salah satu tabiat kerja yang penting. Pada pandangan saya, dalam sesebuah organisasi seperti sekolah, guru tidak boleh mengelak dari mengamalkan budaya kerja berpasukan. Guru mesti bersedia untuk dilantik sebagai ahli atau ketua sesuatu pasukan. Apa jua jawatan yang diberikan dalam sesuatu pasukan, guru perlu mengekalkan sasaran yang tinggi bagi melaksanakan sesuatu matlamat tugas.

4.4

Menguasai pelbagai kemahiran dan kepakaran

Untuk menjadi ahli pasukan yang baik,

guru perlu menguasai pelbagai

kepakaran, di samping menguasai kemahiran membuat keputusan, kemahiran mengendalikan konflik, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran interaksi sesama manusia. Segala kemahiran ini perlu ditingkatkan lagi apabila 13

guru di amanahkan untuk mengetuai sesuatu pasukan. Untuk menjadi pemimpin pasukan yang berkesan dan berkarisma, guru perlu memiliki kemahiran berfikir, kemahiran mengurus, kemahiran berucap, kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal dan kemahiran personaliti. Oleh yang demikian apabila guru mengamalkan budaya kerja berpasukan, secara tidak langsung guru mesti berusaha meningkatkan segala kepakaran dan kemahiran dalam dirinya. Kepakaran dan kemahiran guru boleh ditingkatkan melalui pengalaman, pengamatan, pembacaan, kursus dan latihan dalam perkhidmatan, melakukan kajian tindakan, mesyuarah, mencontohi kehebatan idolanya dan pelbagai alternatif yang lain. Sesungguhnya kesediaan guru untuk meningkatkan kepakaran dan kemahiran dirinya melalui kerja berpasukan sudah pasti akan memantapkan lagi ciri-ciri kecemerlangan sedia ada dalam dirinya demi untuk meningkatkan kualiti pendidikan bagi menjana modal insan gemilang.

5.0 Seorang guru yang rajin, berdisiplin, sistematik, bertanggungjawab, mempunyai daya kepimpinan, bermotivasi, matang, kritis dan kreatif, menguasai pelbagai kemahiran, dan berjaya dalam tugasannya, akan dianggap sebagai guru yang cemerlang. Bekerja dengan mengamalkan perancangan secara sistematik akan melancarkan

tugasan

yang

diamanahkan

mengekalkan kecemerlangan kerja guru.

14

terhadap

guru,

di

samping

5.1

Pemantauan sistematik

Sistem pemantauan yang sistematik membantu guru untuk mengekalkan kemerlangan kerjanya. Sistem pemantauan yang sistematik mampu memantau dan menganalisis program yang guru laksanakan. Guru boleh membina sistem pemantauannya sendiri atau mengguna pakai sistem yang sedia ada untuk mengesan keberkesanan pengajarannya. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan dapatan dari analisa audit akademik terhadap keputusan ujian dan peperiksaan pelajarnya untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pengajarannya, dan dalam proses pemantauan ini guru perlu berusaha untuk mengemaskinikan dan mengubahsuai pendekatan pengajarannya. Guru mesti berusaha memantau setiap peringkat perlaksanaan kerjanya untuk melihat keberkesanan dan kekurangan lalu mengenal pasti nilai tambah yang diperlukan untuk menambahbaikan lagi usahanya.

5.2

Perancangan rapi dan sistematik

Perancangan rapi dan sistematik oleh guru terhadap sesuatu program yang dirancang untuk meningkatkan kualiti pendidikan amatlah dituntut dalam amalan budaya kerja cemerlang. Pada pandangan saya, guru mesti berusaha membuat perancangan dengan rapi sebelum meletakkan keutamaan terhadap kegiatan yang akan dilaksanakan. Sebagai contoh semasa P&P ingin dilaksanakan di dalam mahu pun di luar bilik darjah guru mesti mengenal pasti pilihan aktiviti yang terbaik dari pelbagai alternatif kaedah pengajaran yang sedia ada. Keutamaan 15

bergantung kepada keperluan dan kemampuan pelajar-pelajarnya pada sesuatu ketika dan masa tertentu. Guru perlu menerima pelajar seadanya. Guru mesti bersikap realistik. Guru mesti menerima hakikat bahawa tidak semua pelajarpelajarnya rajin, pandai dan berdisiplin.

5.3

Amalan kerja berkualiti

Guru yang berusaha untuk memantau gerak kerjanya dengan membuat persiapan rapi dalam setiap tugasannya adalah merupakan guru yang bijaksana, tekun dan dinamik. Guru yang berusaha agar hasil kerja dan amalannya sentiasa berkualiti adalah selari dengan tuntutan agama. Pada pandangan saya, guru yang bijak menggunakan masa dengan sebaiknya dan menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang akan menjadi sumber inspirasi dan ikutan kepada rakan sejawat yang lain, untuk turut sama berusaha menonjolkan ciri kecemerlangan dalam diri masing-masing dalam meningkatkan kualiti pendidikan bagi menjana modal insan gemilang.

6.0

Menyumbang tenaga dan kepakaran

Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan budaya yang diamal dan dipamerkan oleh setiap pelajar, guru dan juga pentadbir sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru sendiri. Oleh itu tugas dan tanggung jawab serta komitmen guru juga haruslah bertambah dan meningkat dari semasa ke semasa mengikut keperluan organisasi. Guru yang 16

mempunyai kepakaran tertentu dituntut unuk berkongsi kepakarannya dengan rakan sejawat dan pelanggannya. Berkongsi kepakaran akan meningkatkan kecemerlangan komunikasi guru.

6.1

Perkongsian kepakaran meningkatkan potensi diri

Kecemerlangan memerlukan pengorbanan, dedikasi, kesungguhan, kesabaran, iltizam, kepimpinan, dan pelbagai lagi sikap dan sahsiah yang positif. Setiap guru mempunyai kekuatan dan kepakaran yang berbeza-beza hasil dari pengalaman dan latihan yang diterima sepanjang kerjayanya. Pada pandangan saya, kesediaan dan kesanggupan guru berkongsi kepakaran

dan

pengetahuan

bersama

guru

lain

sudah

pasti

dapat

mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan potensi dalam dirinya. Untuk mencapai matlamat ini guru mestilah mempunyai kesedaran diri yang tinggi dan bersedia untuk berkongsi kepakaran yang dimilikinya bersama komuniti persekitarannya.

6.2

Perkongsian kepakaran menajamkan kepakaran

Kepakaran yang dimiliki oleh seorang guru perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti pendidikan. Sebagai contoh, guru boleh berkongsi kepakarannya dengan menawarkan diri sebagai fasilitator atau penceramah dalam kursus motivasi guru-guru baru anjuran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan

Daerah

(PPD).

Usaha

ini

membolehkan

kepakarannya bersama rakan sejawat yang baru.

17

guru

berkongsi

Apabila guru mula berkongsi kepakarannya dengan masyarakat, usaha itu sebenarnya menajamkan lagi kepakarannya, kerana guru itu perlu berusaha mengemaskini,

mengubahsuai

dan

memperelokkan

lagi

kualiti

kaedah

bekerjanya. Pada pandangan saya, usaha guru rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama merupakan satu usaha murni. Guru yang sanggup berkongsi kepakarannya sudah pasti mengekalkan dan memantapkan lagi kecemerlangan dirinya. Guru ini merupakan pemangkin ke arah peningkatan kualiti pendidikan dalam menjana modal insan gemilang.

6.3

Perkongsian kepakaran memantapkan organisasi

Kepakaran guru juga boleh dikongsikan apabila guru melibatkan diri secara aktif dengan program-program kecemerlangan JPN yang berorientasikan pelajar seperti program JULANG, pembinaan modul-modul kecemerlangan, ceramah dan bengkel kecemerlangan peperiksaan. Perkongsian kepakaran guru tidak terhad kepada mengajar mata pelajaran sahaja, bahkan merangkumi semua komponen pendidikan. Guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang ko-kurikulum juga boleh memainkan peranan dengan menurunkan ilmunya sama ada di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, mahu pun di peringkat komunitinya.

7.0

Meningkatkan keterampilan diri

Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang 18

utama dan pertama ialah kesediaan dan kesanggupan guru-guru sendri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat. Guru mesti berusaha untuk memenuhi prasyarat-prasyarat di atas yang amat berkait rapat dengan keterampilan seseorang guru.

7.1

Keterampilan mampan

Untuk mengekalkan kecemerlangan dalam diri, guru mesti berusaha untuk menigkatkan keterampilan dalam dirinya. Untuk menjadi seorang yang berketerampilan, guru mesti mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam dirinya, dengan berusaha meningkatkan keupayaan, kemahiran dan kecekapan menjalankan sesuatu tugas di samping mempunyai wawasan yang jelas. Pada pandangan saya, keterampilan mampan mestilah disertai dengan ciri keunggulan. Guru mesti berusaha untuk menjadi unggul. Guru mesti berusaha meningkatkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, mengurus dan mentadbir. Guru unggul dan berketerampilan akan menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawatnya, untuk turut berusaha mengekalkan kecemerlangan diri demi meningkatkan kualiti pendidikan bagi menjana modal insan gemilang.

8.0

Menjaga tingkah laku

Di antara faktor yang menyumbang ke arah kecemerlangan diri ialah sikap dan sahsiah.

Sikap dan sahsiah positif dalam diri guru akan mengekalkan

kecemerlangan peribadi guru. 19

8.1

Tingkah laku sempurna

Menurut As Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dalam bukunya yang bertajuk Nabi Muhammad: Guru dan Pendidik Terulung, telah menggariskan lima ciri peribadi dari aspek Baginda sebagai seorang guru dan pendidik. Menurut beliau, lima ciri yang dimiliki oleh Baginda Nabi Muhammad ialah bersifat penyayang lagi pengasih, menjauhkan perkara yang menyusahkan dan suka kepada kemudahan, berkasih sayang terhadap golongan pelajar, mengambil berat kepada mereka, dan sentiasa mencurahkan tenaga pada setiap ketika. Pada pandangan saya, tingkah laku yang sempurna akan meningkatkan keyakinan pelajar terhadap guru. Guru dituntut untuk mengamalkan nilai-nilai murni semasa P&P. Guru mesti berusaha mencontohi keperibadian Rasulullah bagi meningkatkan kecemerlangan dirinya dalam melaksanakan tugasnya sebagai pendidik demi meningkatkan kualiti pendidikan bagi menjana modal insan gemilang.

9.0

Muhasabah diri

Manusia mempunyai potensi untuk berfikir, merangka strategi dan melaksana. Guru yang cemerlang, akan menilai kembali setiap tugasan

yang telah

dilaksanakan. Penilaian terhadap tugasan yang telah dilaksanakan menuntut kematangan fikiran, bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri sewaktu melaksanakan tugasan tersebut. Guru perlu muhasabah dirinya. Kesedian guru untuk bermuhasabah dirinya akan menambah nilai potensi dirinya dengan memperbaiki ciri kelemahan dan mengekalkan ciri kekuatan. Usaha ini akan meningkatkan kecemerlangan dirinya sebagai pendidik. 20

PENUTUP Merealisasikan visi negara untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 mengikut acuannya sendiri adalah bergantung kepada sejauh mana kejayaan sistem pendidikan negara mampu menjana modal insan yang memiliki minda kelas pertama. Guru(saya) perlu sedar bahawa dalam sistem pendidikan negara, pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan modal insan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri. Oleh yang demikian, guru mesti terlebih dahulu menjadi modal insan unggul bagi menjana lebih ramai modal insan unggul. Pada pandangan saya, menjana modal insan bukan satu tugas yang mudah, tetapi ianya bukan mustahil untuk dicapai. Menjadi guru cemerlang juga bukan satu tugas yang mudah, tetapi ianya juga bukan mustahil untuk dicapai. Guru perlu sedar akan tanggung jawab berat ini terletak di atas bahu guru selagi mereka bergelar pendidik. Amanah yang diberi tunai tetap kami tunaikan. Itulah ikrar dan janji guru malaysia. (Lihat Lampiran 7). Berdasarkan pembacaan dan pengamatan, saya mendapati bahawa ciri-ciri kecemerlangan memang sudah sedia ada dalam diri seseorang guru. Ianya mungkin berbeza dari satu guru dengan guru yang lain. Tetapi yang pastinya untuk mengekalkan ciri kemerlangan dalam diri, guru memerlukan pengorbanan, dedikasi, kesungguhan, kesabaran, iltizam, kepimpinan, sikap dan sahsiah yang positif. Berdasarkan daripada perbincangan di atas, secara keseluruhannya saya mengutarakan 8M sebagai mekanisma bagi guru mengekalkan ciri kecemerlangan diri. Pertama, guru mesti berusaha menghayati, memahami dan 21

menjiwai matlamat pendidikan. Ianya harus menjadi ‘makanan’ dan ‘santapan’ seharian agar ianya menjadi darah daging dan sebati dalam jiwa guru. Kedua, memantapkan penguasaan ilmu TMK yang menjurus kepada kemantapan P&P agar tidak kelihatan ketinggalan zaman. Ketiga, guru mesti berusaha membudayakan kerja cemerlang dimulai dengan memperelokkan niat dan sikap, bersedia berkerja dalam pasukan dan meningkatkan kepakaran. Keempat, berusaha

mewujudkan

sistem

pemantauan

berkesan

dengan

membuat

persiapan rapi bagi setiap tugasan agar hasil yang diperolehi adalah berkualiti. Seterusnya saya mencadangkan pendekatan kelima, dimana guru bersedia menyumbangkan tenaga dan kepakaran yang dimilikinya bagi meningkatkan potensi diri, menajamkan kepakarannya seterusnya memantapkan organisasi. Keenam, guru mesti berusaha meningkatkan keterampilan dirinya dengan mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi. Ketujuh, guru mesti berusaha memperbaiki tingkah lakunya dengan mencontohi keperibadian Rasulullah sebagai Tuan Guru Agung untuk semua manusia. Kelapan, guru perlu muhasabah diri dalam setiap tugasan yang dilaksanakan untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri dengan tujuan penambahbaikkan. Rumusannya, dalam keterbatasan masa dan ruang saya mengemukakan kaedah 8M sebagai mekanisma bagi guru mengekalkan ciri kemerlangan diri untuk meningkatkan kualiti pendidikan demi menjana modal insan unggul. Kaedah ini mungkin bukan yang terbaik untuk semua guru tetapi sekurangkurangnya kaedah ini adalah landasan yang terbaik bagi saya untuk mengekalkan kecemerlangan dalam diri saya agar menjadi seorang modal insan unggul, bagi membantu negara merealisasikan Wawasan 2020. Wallahuallam. 22

RUJUKAN 1

Ahmad Fadzli B Yusof (2007), Mengurus Kerja Berpasukan. Kuala Lumpur. PTS Millennia Sdn. Bhd. ms. 5, 60-65, 103.

2.

Ainon Bt Mohd., Abdullah Hassan (2005), Kepintaran Daya Cipta & Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd. ms. 10-15.

3.

As Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (2001), Nabi Muhammad Guru dan Pendidik Terulung, (Terjemahan oleh Hj. Shuhadak Mahmud). Seremban:

4.

Al Azhar Media Ent. ms. 25-32. Hamdan Ab. Kadir, Madon Mawel dan Syed Hussi Jaafar (2003). Panduan Menjadi Fasilitator Efektif: PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd.

5.

ms. 35-43. Hamzah b Mohamad (1999), Ceramah Siri 1 Motivasi Personel anjuran Majlis Guru Besar Daerah Maran dan Pejabat Pendidikan Daerah Maran http://www.angelfire.com/journal2/fakir_zamani/index.htm

6.

Hishamuddin Tun Hussein, PIPP Persiapan Paling Getir, Dewan Masyarakat, Mac 2007.

7.

Jabatan Penerangan Malaysia “Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010”, Edaran Dalaman, Bil 1/2007

8.

Kamus Dewan Bahasa, Edisi Keempat.

23

9.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006), Pelan Induk Pembanngunan Pendidikan, Edisi pelancaran.

10.

Rancangan Malaysia Ke-9, http://www.Utusan.com.my/utusan/special coverage/RMK9

11.

Van Hooser, Phillip (1998) Triangle of Success. Van Hooser Associates, Ocala, Florida, USA. (1999), sedutan dari Ceramah Hamzah b Mohamad (1999), Satu Penilaian Dan Cadangan pembaharuan. Program Peningkatan Kurikulum Dan Kemajuan Pendidikan (Edisi Kedua), Jabatan

12.

Pendidikan Negeri Pahang. Wan Mohd Zaid Bin Wan Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. ms 35-39.

LAMPIRAN 1

Kerangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

24

ASAS PEMBANGUNAN Misi Nasional Dasar-Dasar Pembangunan Negara Dasar Pendidikan Kebangsaan Islam Hadhari Pelan Integriti Nasional

TERAS ASAS PEMBANGUNAN PENDIDIKAN Akses Ekuiti Kualiti Kecekapan dan Keberkesanan Pengurusan Pendidikan

PENDEKATAN Kesamarataan Peluang Pendidikan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

TERAS STRATEGIK PIPP Membina Negara Bangsa Membangunkan Modal Insan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Merapatkan Jurang Pendidikan Memartabatkan Profesion Keguruan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

MATLAMAT Pendidikan Berkualiti Untuk Semua

FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN Kerjasama dan Komitmen Warga Pendidikan Kerjasama dan Komitmen Pihak Berkepentingan Sistem Penyampaian Pendidikan Sistem Pemantauan dan Penilaian Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, Edisi Pelancaran: m.s. 35

LAMPIRAN 2

25

Strategi Pelaksanaan bagi Membangunkan Modal Insan FOKUS

STRATEGI PERLAKSANAAN •

Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibubapa dan pelajar

• • • •

Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan

• •

• • • Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan

• • • •

Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik Memantapkan program kokurikulum dan sukan

• • • •

Meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan Meningkatkan peruntukan belanja mengurus kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Meneruskan pendaftaran SAR dan SAN di seluruh negara Memperluas dan memantapkan lagi pelaksanaan MPV di sekolah-sekolah Mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi Memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan Melaksanakan Program Pembestarian Sekolah – Menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang Mencukupi – Menyediakan perisian yang lengkap dan pelbagai – Mengadakan latihan dan bimbingan – Mewujudkan sistem penyelenggaraan yang berterusan Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai jenis kemahiran hard and soft skills Membina penampilan diri yang positif Memupuk pelajar supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab Menekan aspek nilai murni termasuklah keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K) dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti kokurikulum Memastikan sekolah memberi penekanan kepada keselamatan dan kebersihan dan kesihatan pelajar Melipatgandakan program pembangunan insan bagi menangani gejala social melalui penerapan nilai-nilai murni Memantapkan program 3K Menyediakan pentaksiran alternatif Mengkaji semula sistem pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu berorientasi peperiksaan Memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan penilaian Menambah baik aktiviti sukan dan kokurikulum 26



• • • • • • • Memperkukuh disiplin pelajar

• • •

Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin

Penggubalan peraturan disiplin baru Menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid dan Sekretariat Tetap menangani gejala salah laku murid Memantau sekolah–sekolah yang menghadapi masalah disiplin Meningkatkan kerjasama antara KPM dengan agensi keselamatan berkaitan Memperkukuh usaha menangani gejala disiplin melalui Jawatankuasa Bertindak



Mempelbagaikan saluran aduan terus



Meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Penyediaan infrastruktur dan perkakasan mencukupi bagi pembestarian sekolah

Memantapkan kurikulum • Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi

Meningkat semangat patriotik kepada semua lapisan masyarakat dengan memastikan Rukun Negara dipelajari dan dihayati sepenuhnya bermula daripada peringkat awal persekolahan Memperkasakan sukan di sekolah ke arah sukan untuk semua Memantapkan pelaksanaan kokurikulum bagi menggalakkan penglibatan pelajar yang lebih menyeluruh Memantapkan program keguruan dalam kokurikulum dan sukan serta kejurulatihan Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang lebih lengkap di sekolah, pusat kokurikulum, kolej matrikulasi dan IPG Meningkatkan kerjasama KPM dengan kementerian dan pihak luar KPM



Pelaksanaan aktiviti dengan pelbagai agensi

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, Edisi Pelancaran: m.s. 65-66

27

LAMPIRAN 3 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GURU CEMERLANG BORANG PERMOHONAN GURU CEMERLANG 1. ARAHAN Pihak-pihak tertentu seperti Pertubuhan Guru, Guru Besar, Pengetua, Pengetua Maktab Perguruan, Pengetua Politeknik, Pegawai Pendidikan Daerah/Bahagian, Ketua Nazir Negeri, Pengarah Pendidikan Negeri, Ketua Nazir Sekolah atau Pengarah Bahagian yang bertujuan mengemukakan pencalonan hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang ini. Borang yang lengkap hendaklah dikemukakan dalam sampul surat berlakri selewat-lewatnya pada 31 JULAI 2003 kepada pihak Urusetia seperti alamat berikut: Untuk pencalonan dari sekolah, dialamatkan kepada: Urus setia Jawatankuasa Pemilihan Guru Cemerlang d/a Jemaah Nazir Sekolah Negeri ………………….. Kementerian Pendidikan Malaysia …………………………………………………………… (alamat Jemaah Nazir Sekolah Negeri masing-masing) …………………………………………………………… (u.p. : Ketua Nazir Negeri ………………….) Untuk pencalonan dari pihak selain daripada sekolah, pencalonan mestilah melalui Ketua Bahagian masing-masing dan dialamatkan kepada : Urus setia Jawatankuasa Pemilihan Guru Cemerlang d/a Jemaah Nazir Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tingkat 21-23, Bangunan Bank Pertanian Lebuh Pasar Besar 50604 Kuala Lumpur (u.p.: Ketua Nazir Sekolah) 2. PROFIL GURU CEMERLANG Guru Cemerlang ialah seorang guru istimewa dan bermotivasi yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya khususnya di bilik darjah, hasil daripada himpunan pelbagai pengalaman luas dan berterusan sepanjang tempoh perkhidmatannya. Guru Cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kempimpinan yang boleh diteladani serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang. Guru Cemerlang berusaha membentuk akhlak yang mulia dan membuktikan peningkatan prestasi akademik serta kokurikulum para muridnya secara berterusan. Kepakaran dan kecemerlangannya itu ditunjukkan menerusi penilaian dalam aspek-aspek kecemerlangan peribadi, kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran, kecemerlangan kerja, kecemerlangan komunikasi dan kecemerlangan potensi. Borang Permohonan/Pencalonan Guru Cemerlang

28

LAMPIRAN 4

VISI NEGARA Menjadi sebuah negara maju sepenuhnya menjelang 2020 mengikut acuan sendiri.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA M Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha beretrusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

ISI KEMENTERIAN PELAJARAN Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia.

OBJEKTIF KEMENTERIAN PELAJARAN Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera, Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan Negara; dan Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

29

LAMPIRAN 5

VISI SMK DATO’ BENTARA LUAR Pada Tahun 2008, SMK Dato’ Bentara Luar muncul sebagai sekolah premier terunggul di Batu Pahat.

MISI SMK DATO’ BENTARA LUAR 1. Memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar. 2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam sekolah.

MATLAMAT SMK DATO’ BENTARA LUAR Melahirkan tenaga manusia yang berbudi bahasa, berdisiplin, berakhlak mulia dan berteknologi dalam masyarakat bagi memenuhi keperluan negara maju menjelang tahun 2020

OBJEKTIF SMK DATO’ BENTARA LUAR

Meningkatkan kualiti pendidikan dari seg kurikulum dan sahsiah dari semasa ke semasa. Meningkatkan semangat cinta akan sekolah dan perasaan kekeluargaan dikalangan pelajar, guru dan kakitangan. Meningkatkan perhubungan yang akrab dengan masyarakat setempat menerusi permuafatan. 4. Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sekolah.

30

LAMPIRAN 6

TONGGAK 12: NILAI-NILAI AMALAN PENJAWAT AWAM Nilai Amalan

Huraian ringkas

Tonggak 1: Menghargai Masa

Bijak menggunakan masa baik dalam masa kerja atau masa luang.

Tonggak 2: Ketekunan Membawa Kejayaan

Tumpuan perlu diberikan kepada sesuatu tugas sehinggalah sehinggalah ia selesai atau sempurna.

Tonggak 3: Keseronokan Bekerja

Menganggap kerja sebagai satu ibadah dan perlu melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

Tonggak 4: Kemuliaan Kesederhanaan

Menolak keterlaluan atau ekstrism. Mengamalkan kesederhanaan dan rasionalisme.

Tonggak 5: Ketinggian Peribadi

Perilaku dan budi pekerti yang baik, bersopan santun, beretika dan tidak meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan tugas rasmi.

Tonggak 6: Kelakuan Sifat baik

Sikap bersopan santun, pemaaf, berhemah tinggi, berempati dan suka menolong.

Tonggak 7: Pengaruh Teladan

Mempengaruhi orang lain melalui tingkah laku, tutur kata, perbuatan dan lain-lain nilai positif.

Tonggak 8: Kewajipan Mejalankan Tugas

Melaksanakan tanggungjwab atau tugasnya dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna.

Tonggak 9: Kebijaksanaan Berhemat

Sikap berhemat dapat membezakan antara keperluan dan kemewahan dan sentiasa berhati-hati ketika berbelanja atau menggunakan harta awam.

Tonggak 10: Keutamaan Kesabaran

Sentiasa tenang, berfikir dengan jelas dan rasional, dan kondusif.

Tonggak 11: Peningkatan Bakat

Usaha-usaha positif untuk meningkatkan bakat individu akan membawa kepada peningkatan kreativiti, percambahan idea baru, cara bekerja lebih inovatif. 31

Tonggak 12: Nikmat Mencipta

Memberi peluang kepada staf-staf untuk menyumbang pendapat dan idea mereka agar mereka memiliki rasa sepunya kepada organisasi.

LAMPIRAN 7

IKRAR GURU MENJANA KEMERLANGAN MODAL INSAN

KECEMERLANGAN GURU DAN PELAJAR

32

SMK DATO’ BENTARA LUAR

33

Related Documents


More Documents from "nathia"