Ahli kumpulan: Low Fang Rong Foo Pey Wen Lim Phei Chia Ciri-ciri guru yang efektif dalam urusan bilik darjah Guru merupakan pekerjaan yang penting dan diperlukan oleh masyarakat. Mereka memerlukan komitmen untuk menjaga, mendidik dan memimpin kanak-kanak mencapai kemajuan yang sepenuhnya dan menyediakannya untuk menghadapi cabaran pada masa depan. Bagi memastikan hasrat sistem pendidikan kita tercapai, guru perlu beri perhatian serius terhadap keberkesanan P&P di dalam bilik darjah. Semua orang boleh jadi guru, tetapi bukan semua orang boleh menjadi guru yang efektif. Guru efektif ialah guru yang dapat menguruskan bilik darjah dengan berkesan. Mereka juga dapat membentuk suatu suasana agar murid terangsang dengan apa-apa yang dipelajari dan berusaha melakukan yang terbaik. Selain itu, mereka juga menggunakan masa P&P dengan efisien. Ciri-ciri guru yang efektif di dalam bilik darjah dilihat dari 3 aspek iaitu : 1. Kualiti Peribadi 2. Kompetensi Pengajaran & Pembelajaran 3. Penghayatan budaya penyayang
Kuantiti peribadi adalah kualiti yang ada pada seseorang individu. Kualiti ini membantu guru dalam melaksanakan tugas dengan baik di dalam bilik darjah. Ciri-ciri guru efektif dan kurang efektif boleh dikategorikan seperti jadual yang di bawah:
Mesra, peramah, penyayang Tabah & tidak mudah putus asa Inspirasi,motivasi Empati Simpati Analatikal
Ciri-ciri Guru Efektif kreatif tenang Kejenakaan Spontan Fleksibel
yakin sistematik Adil Proaktif Bersemangat
Ciri-ciri Guru kurang Efektif Cepat Marah Tidak Yakin Pesimis
Tegar Tiada daya usaha Autokratik
Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran menrangkumi pengetahuan dan kemahiran guru dalam mendidik murid. Antara jenis pengetahuan termasuklah pengetahuan am, pengetahuan ikhtisas sebagai guru & pengetahuan tentang KSSR. Antara jenis kemahiran termasuklah kemahiran pedagogi & penggunaan TMK dalam pendidikan. Sebelum seseorang guru mula melaksanakan pengajaran, mereka perlu memahami objektif-objektif, pengetahuan, pengalaman pembelajaran dan kaedah penilaian dalam
kurikulum tersebut. Guru perlu sentiasa berusaha mempelajari perkara-perkara baharu misalnya membaca, menghadiri seminar atau bengkel yang berkaitan subjek yang diajar, agar pengajarannya kekal relevan. Guru perlu memahami konsep, prinsip & struktur subjek yang diajar dengan mendalam. Guru yang memahami isi kandungan subjeknya dengan baik, mampu memberikan pelbagai contoh & mengaitkan dengan kehidupan harian. Pengetahuan itu membolehkan guru menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan sesuai untuk murid. Selain itu, guru juga perlu memilih strategi dan kaedah yang bersesuaian dengan keperluan murid, tahap pencapaian murid dan perbezaan di kalangan murid. Guru juga perlu mahir menggunakan teknik penyoalan. Teknik ini dapat mencungkil idea dan memperkembangkan daya pemikiran murid. Menurut Kounin (1970), kemahiran guru yang perlu ada untuk pengurusan bilik darjah dengan berkesan iaitu guru perlu mengamalkan sikap peka tentang semua tingkah laku murid di dalam kelas. Contohnya semasa menerangkan atau menulis sesuatu pada papan putih, guru akan sentiasa memerhati murid dan tidak membelakangkan mereka. Guru juga tertakluk kepada amalan nilai iaitu penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, bersedia menolong pada setiap masa & patuhetika profesion keguruan. Guru yang menghayati dan mengamalkan nilai-nilai seperti yang dituntut oleh profesion keguruan adalah penting menjadi role model kepada murid, sekolah dan masyarakat ditempat mereka berkhidmat.