GURU SEBAGAI SATU PROFESION
KONSEP PROFESION Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas seperti perguruan dan sebagainya.
• Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai : Suatu pekerjaan yang khusus Dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu Bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi Mempunyai outonomi bertugas Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.
Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion ( Awang Had Salleh 1980 ). Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut . Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya .
KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA Aspek Keguruan Dianggap Sebagai Satu Profesion Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang. Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau
Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.
Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat iaitu Menjadi pengganti ibubapa Menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid Menjadi kaunselor kepada murid-murid Menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok Menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
• Memiliki keterampilan diri sebagai pendidik : – punyai pelbagai ilmu tradisional & moden – kefahaman dasar & aspirasi negara yang jelas dan mantap – bersahsiah tinggi – beretika cemerlang – punyai pelbagai kemahiran pengajaran & pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.
– Perlu bergerak pantas sepantas perkembangan & kehendak dunia mana kini. – Memiliki, memahami, menghayati & mengamalkan nilai, norma dan etika perkhidmatan yang cemerlang.
• Terhadap murid – Punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (anak didik, ibu bapa & rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan kognitif.
– Hubungkan mata pelajaran dengan kehidupan murid-murid. – Kenal, hormati dan percayai muridmurid – Mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis. – Menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya. – Menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran. – Hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan muzik dan kebudayaan.
• Terhadap mengajar – Melakukan refleksi dan kritik kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru. – Berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman – Adil dalam menilai dan menggred – Fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran – Bersemangat dalam mengajar sesuatu mata pelajaran
– Seorang komunikator yang cemerlang, mempu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami – Sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid – Merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk dan menyepadukan mata pelajaran
• Terhadap disiplin – Seorang yang pakar dalam bidang yang diajar – Seorang yang laparkan ilmu, sentiasa up to date dalam bidangnya – Suka belajar perkara-perkara di luar bidangnya – Aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya – Menjadi ahli kepada komuniti yang belajar
Masyarakat & negara Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Memupuk nilai dan sikap murni pelajar sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri murid-murid. Mengeratkan persefahaman dan kerjasama dikalangan guru dan ibu bapa murid.
• Masyarakat & negara Bersopan-santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Berusaha memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat dan negara. Menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat
Profesion keguruan – Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. – Menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. – Mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.
Akauntabiliti Guru ‘ akauntabiliti’ = bertangungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Konsep akauntabiliti satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut.
Akauntabiliti keguruan tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.
Kebaikan Akauntabiliti Memastikan semua pelajar belajar mengikut kemampuan mereka sendiri dan berfaedah bagi sekumpulan kecil pelajar yang lemah Pelajar akan mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar Penekanan pada pencapaian memotivasikan guru untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru. Akauntabiliti dapat memberitahu orang ramai segala yang berlaku di sekolah.
Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Kaedah mengajar sejajar dengan perkembangan kognitif murid-murid. Bersifat optimistik dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam pekerjaannya Kaedah mengajar yang terkini dan canggih Perhubungan sosial yang baik . Kawalan disiplin yang berkesan
Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Membina satu program perkembangan ko- kurikulum yang dinamik Pembimbing kepada muridmurid untuk memotivasikan murid-murid bagi meningkatkan kemahiran pencapaian akademik Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah
Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan Menjadi seorang 'role model' yang baik dalam masyarakat setempat Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan, pertimbangan Memelihara penampilan diri Melibatkan diri dalam hobi aktiviti berfaedah pada masa lapang Mengawal emosi ketika mengajar
Akauntabiliti Guru terhadap Murid Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid Bersedia menyelesaikan masalah murid-murid dengan bersikap adil Ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan Bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa. Tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran
Akauntabiliti Guru terhadap Profesion Menjadi ahli kesatuan guru Elak membuat sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya dalam media tempatan Elakkan daripada menganggotai parti haluan kiri/ kegiatan pengganas , dan politik Selalu bersedia membantu rakan sejawat Elakkan daripada terlibat dalam sebarang kegiatan negatif atau
Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti Tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara Bersopan-santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial Mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat Sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat
TERIMA KASIH…