Cerpen : Hadiah Di Hari Jadi Fiqa

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cerpen : Hadiah Di Hari Jadi Fiqa as PDF for free.

More details

  • Words: 2,881
  • Pages: 13
Cerpen : Hadiah Di Hari Jadi Fiqa

RINGGG.... sekali lagi telefon itu berbunyi. Pasti dia. Alangkah malas...alangkah bosannya untuk aku menjawab panggilan itu. Apa lagi yang dia hendak? Tidak tahukah dia di antara kami sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Segala-galanya kembali kepada normal...zero! Lupakan dia akan perbuatannya dulu? Aduhai lelaki... aku tidak selemah dulu "Fiqa...kenapa tak angkat telefon tu?" Suara emak menerjah ke cuping telingaku. Kalau emak tahu siapa yang mengganggu aku itu, pasti haru jadinya. "Hei budak ni... entah apa saja yang diangankan..." "Eh... tak apa mak, biar Fiqa yang angkat." Kelam kabut aku dibuatnya. Aku tidak mahu emak tahu manusia itu wujud semula di dalam hidup aku. Tentu emak akan berceramah panjang. Hmm.... tak sanggup aku mendengarnya. "Hello... siapa tu? Nak cakap dengan siapa?" Sengaja aku kasarkan suara aku yang merdu ini. "Hoi Fiqa... akulah. Dah kenapa dengan kau ni?" Alamak tersilap dugaanku. Buat malu saja. "Apa mimpi kau ni. Tengah hari buta macam ni telefon aku... dah tak ada kerja lain ke?" Sebenarnya aku malas bercakap dengan sesiapa hari ini. Aku nak bersendirian. Tenangkan fikiran yang sedang berserabut ini. "Kita keluar Fiqa, aku boringlah." "Oh... kalau boring baru nak ajak aku keluar. Kalau happy... batang hidung pun tak nampak."

"Kalau kau tak sudi... tak apalah. Maklumlah aku ni siapa. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong." Kah..kah..kah... tergelak besar aku mendengarnya. Dah buang tabiat ke budak ni? Tak pernah-pernah dia merendahkan dirinya yang tongjang itu. Inilah first time. Mahu tak kelakar. "Anything happened pada kau Hafiz? Tentu ada sesuatu sampai kau berubah macam tu sekali. Frust lagi ke...?" "Frust-frust... malam sikit la kak long ye. Dalam sejarah hidup aku, mana pernah aku ditinggalkan awek. Kalau meninggalkan tu selalulah." Cis... ego! Lelaki memang begitu. Tidak pernah ditinggalkan konon. Tunggulah suatu hari nanti. "Malaslah aku nak layan kau Hafiz. Banyak lagi kerja lain yang aku nak buat." "Kau nak keluar ke tak?" Aikk.... kenapa sayu je aku dengar. Sah! Memang dia frust, tak mengaku konon. Sekilas ikan di air, aku tahu jantan betinanya. Cewah! "Sorry ye Hafiz. Hari ni aku betul-betul tak nak keluar..." "Kenapa?" "Eh... tanya pulak. Ikut suka akulah nak keluar ke tidak." "Alamak... terlupa pulak status aku. Aku ingatkan aku ni boyfriend kau. Okeylah... bye!"

Merajuk ke Hafiz ni? Alah, malaslah nak layan. Esok lusa redalah tu. Merajuk Hafiz tidak pernah berpanjangan. Kerana keistimewaannya itulah maka hubungan kami dalam diam tak diam sudah menjangkau empat tahun. Hari minggu! Boring di rumah aku pergi shopping kompleks. Itupun sekadar window shopping. Hilang juga tension yang menghantu minda. Tiba-tiba mataku menangkap sekujur tubuh yang amat aku kenali. Buat apa dia di sini? Perlahan-lahan aku hampiri dia. "Warghhh.." "Opocot..." Aku tergelak. Terkekeh aku ketawa menahan geli hati. Mengalahkan orang perempuan. "Kau ni Fiqa... kalau aku lemah jantung, kat sini jugak aku mati, kau tahu?" Wajahnya merah. Wah! semakin handsome jejaki seorang ini."Sebab aku tahu kau sihat walafiatlah, maka aku berani sergah kau." Aku terdiam bila matanya terus merenung mata aku. Aikk... marah ke dia ni? Lain macam je aku tengok.

"Kau buat apa kat sini? Ponteng kerja ya?" Aku terus mengekori langkahnya. "Aku off lah. Saja nak relax. Eh... minggu depan birthday kawan aku. Bolehlah kau tolong pilihkan hadiah untuk dia." "Special ke..?" Aku cuba mengorek rahsia sambil tersenyum. "Something like that. Tapi aku tak tahulah sana ada aku ni special atau tidak pada dia." Aku tergelak. "Kiranya bertepuk sebelah tangan lah ni..." Aku dengar dia hanya mengeluh. Kesian! Tapi... padan muka. Hari itu ego bukan main. Selepas membeli hadiah, kami pergi minum. Dialah yang teringin benar nak belanja aku. Aku apalagi... rezeki jangan ditolak. Lagipun aku tak tahu nak ke mana. Nak balik rumah pun boring. Maklumlah aku anak tunggal.

"Macam mana cuti... seronok?" aku toleh ke arahnya. Seminggu tak jumpa... kenapa aku lihat dia semakin menarik? Aduhai perasaan. "Seronok apanya... kau tahu tak betapa boringnya aku duduk di rumah. 45 hari cuti... aku tak tahu nak buat apa. Masuk hari ni baru 8 hari berlalu." Tak sanggup aku bayangkan hari-hari yang bakal mendatang. Pasti aku jemu. "Bukankah bagus duduk di rumah. Belajar menguruskan rumahtangga. Esok-esok bila jadi isteri orang, taklah kelam kabut rumahtangga." "Setakat mengemas, membasuh, memasak... sebelah tangan aku boleh buat." Dia tergelak. "Tak percaya, tak apa. Akan aku buktikan suatu hari nanti." Selepas itu aku mohon diri untuk pulang walaupun dia beriya-iya benar mengajak aku mengambil angin di tepi pantai. Bukan aku tak sudi tapi sejak kebelakangan ini... tempattempat begitu membangkitkan nostalgia silam pada aku. Dan aku tak mahu mengheret Hafiz ke dalam kenanganku. Hafiz tidak berhak diperlakukan demikian. "Fiqa... telefon!" terdengar ketukan di pintu bilikku. Terlalu asyik menghayati Purnama Merindu, deringan telefon pun tidak aku dengar. "Siapa mak?" "Entah! Mak tak cam suara dia. Mak pun tak tanya. Nanti kau kata busybody," Aku tergelak. Ada-ada saja mak aku yang seorang ni. "Assalamualaikum... Fiqa cakap." Senyap. Bisu ke pemanggil ni? "Waalaikumussalam... Afiqa apa khabar?" Sah... memang dia. Suara syahdu dia tu, aku kenal benar. "Baik!" Aku menjawab sepatah. Aku toleh ke arah emak yang sedang memandang ke arah ku. Sejurus kemudian emak beredar. Alhamdulillah. "Maafkan abang kalau abang mengganggu Fiqa."

"Abang nak apa lagi?" Aku bertanya jengkel.

"Abang nak mintak maaf di atas perbuatan abang dulu.." "Dah lama Fiqa maafkan." Aduhai perasaan... tabahlah dikau. "Terima kasih Fiqa. Abang nak jumpa Fiqa, boleh?" Dia merayu lagi. Merayulah pada yang sudi... hatiku mengdongkol. "Tak boleh bang. Fiqa tak nak jumpa abang lagi." Bicaraku tegas. "Abang datang rumah Fiqa." Aku tersentak. "Jangan. Fiqa tak izinkan abang datang ke rumah. Sudahlah bang, ada kerja lain yang Fiqa nak buat." "Tak apalah Fiqa, mungkin lain kali kita boleh jumpa." Terdengar Imran meletak gagang telefonnya. Baguslah kerana dia tidak mendesak. Kalau dia mendesak sekalipun, aku yakin pendirianku cukup teguh. Tidak pernah aku merancang untuk menghabiskan cuti di sini... Desaru. Segala-galanya berlaku dengan mendadak. Malam tadi aku berkira-kira, hari ini aku sudah ada di sini, di chalet No. 001. Puas rasanya dapat bersendirian melayan perasaan ditemani keindahan malam bersama bintang-bintangnya. Aku ternampak buruj Belatik yang menunjuk ke arah selatan. Aku terlihat buruj Aries. Alangkah indahnya ciptaan Tuhan. Alangkah besarnya anugerah Tuhan ke atas segala makhluk ciptaannya. "Assalamualaikum..." "Ya Allah Hafiz! kau ni macam magnetlah. Kat mana aku ada kat situlah kau menyibuk." Aku benar-benar terkejut. Tidak senangkah aku dengan kehadirannya? Hai entahlah...

"Kau tak suka aku datang?" Hafiz sudah duduk di sebelah aku. "Bukan tak suka. Tapi aku terkejut. Macam mana kau tahu aku ada di sini?" Aku memang rasa pelik. Aku tidak beritahu dia aku hendak datang ke sini. Tiba-tiba dia terpacul di hadapan mata. "Aku ke kedai bunga mak kau pagi tadi. Dia kata kau ke sini. Aku pun datanglah." Dia ke sini semata-mata aku ada di sini. Confuse aku. "Kau tak kerja ke?" "Aku ambil cuti seminggu." "Seminggu? Buat apa cuti lama-lama. Mesti ada planning baik ni." Aku berpaling menatap wajah Hafiz. Dia senyum. Membalas tatapanku. Akhirnya aku yang tertunduk, tak sanggup menentang sinar matanya yang tajam menikam. Bisa membuat jantungku gugur! "Sampai hati kau Fiqa. Nak ke sini pun tak bagitau aku. Selalunya kau tak macam ni. Tapi sebulan kebelakangan ni kau agak berubah. Jarang telefon aku, tak ceria macam selalu. Kenapa Fiqa?" Aku terdiam. Selama ini memang tidak ada rahsia di antara kami. Tapi kali ini aku agak keberatan untuk menceritakan segala-galanya pada Hafiz. Kalau dulu gerhana hatiku kerana Imran, kali ini pun kerana Imran. Cuma bezanya dulu Imran meninggalkan aku tapi kali ini dia menagih kembali kehadiran aku. Kalut! Aku malas memikirkannya tapi persoalan itu sering hadir dalam benakku. "Kau sejuk? Nah pakai jaket aku ni." Hafiz menghulurkan jaket hitamnya pada aku. Sekali lagi aku tatap matanya dan sekali lagi mata kami bertembung. "Kenapa kau baik sangat pada aku, Hafiz?" Tanya aku bodoh.

"Kau tak suka aku baik dengan kau? Atau kau takut boyfriend kau jealous?" Aku tergelak. "Kalau aku ada boyfriend, tidaklah aku ada di sini. Bukan macam tu. Cuma kau tak risau ke saham kau jatuh. Kalau kau terlalu baik, terlalu rapat dengan aku, susahlah kau nak dapat girlfriend." "Mereka faham. Lagipun mereka tahu siapa kau di hatiku." Hafiz senyum. Siapa aku di hatimu? Cewah... macam lagu pulak. "Mereka? .. Berapa ramai girlfriend kau?" "Adalah dalam 10 orang. Tapi yang steady cuma satu je. Aku betul-betul sayang pada dia." Memang sah dia ada steady girlfriend. Tapi tak jealous ke dia bila Hafiz bersama aku? Bagusnya dia. Kalau aku dah lama aku melenting. "Bila kau nak kenalkan pada aku?" "Tunggulah... aku pasti kenalkan kau pada dia nanti." Perbualan kami mati di situ. Masing-masing mendiamkan diri. Melayan perasaan. Apa yang pasti, aku terasa lain. aku bakal kehilangan sahabat karib. Bila Hafiz dah kahwin, mustahil hubungan kami akan seerat ini. Sudah tentu dia tidak mempunyai masa untuk mendengar celoteh aku. Argh! Kenapa aku mesti terasa kehilangan? Aduhai perasaan... Kawasan sekitar semakin dipenuhi orang. Tapi aku sudah tidak mampu bertahan lebih lama lagi. Ada sesuatu yang semakin menjalar di hati. "Aku mengantuklah Hafiz. Aku nak balik bilik." Aku bangun dan Hafiz turut bangun. Turut melangkah di sisiku. Jalan beriringan, sesekali tangan kami bersentuhan dan ada sesuatu yang mengasak jiwa. Mengapa malam ini baru ku rasa, setelah ku tahu ada

wanita istimewa dalam hidupnya. Sampai di hadapan chalet, aku berhenti. Hafiz turut berhenti dan berdiri di hadapanku. "Kalau ada yang mengganggu fikiran... kenapa tak luahkan pada aku Fiqa?" Bicara Hafiz lembut. "Aku okay Hafiz." "Dengan melarikan diri begini, masalah tak akan selesai. Esok lusa kau terpaksa berdepan dengan kenyataan yang sebenar." Baiknya kau Hafiz. Tapi apalah dayaku. Kehadiran Hafiz ke sini pun sudah mendatangkan masalah baru pada aku. Aku berpaling dan terus melangkah. "Fiqa!" Aku menoleh semula ke arah Hafiz. "Jangan memendam perasaan seorang diri, tak baik untuk kesihatan. Kata orang tua-tua, memakan diri sendiri." Aku tergelak. Ada-ada saja Hafiz ni. "Macam mak nenek. Walau apa pun... thanks a lot. Good night." Hafiz masih tercegat di situ sewaktu aku menutup daun pintu. Bila bersendirian memori silam mengasak-ngasak menerpa ingatan. Bukan aku tak teringat pada Imran. Sering! Tapi untuk menerimanya sekali lagi adalah mustahil. Bukan sedikit kedukaan yang dihadiahkan pada aku. Berbulan-bulan ku cuba mencari kekuatan untuk bangkit dari keterlukaan itu. Mujurlah ada Hafiz. Dialah yang beriya-iya memulihkan semangat aku. Dan kini, setelah aku berjaya melalui segala-galanya, Imran hadir semula. Mengocak kedamaian yang aku bina bersama Hafiz. Dan aku bakal kehilangan Hafiz. Aduhai, tabahkah aku menghadapi semua itu seorang diri? Ketukan yang bertalu-talu di pintu mengejutkan aku dari lena. Selepas subuh tadi aku tidur semula. Aku capai jam di tepi katil. Tepat 9.30 pagi. Siapalah yang mengganggu

pagi-pagi begini? Dengan malas aku melangkah ke pintu. Pintu terkuak dan tersembol wajah Hafiz dengan senyuman istimewanya. Apa mimpi orang tua ni? "Happy birthday..." Sejambak bunga lili dihulurkan pada aku. Wah! Bunga kebanggaan aku. Tapi betul ke hari ini hari lahir aku? "Thanks Hafiz. Aku sendiri terlupa hari ni my birthday." Sungguh, aku tak teringat langsung. Selepas sarapan kami menyusur ke segenap pelusuk Desaru ini. Memang indah. Aku bangga menjadi anak watan Johor. Kalau orang lain berlumba-lumba nak mandi bila sampai sini, tapi aku sekadar meninjau-ninjau sahaja. Lagipun aku bukannya masih gadis remaja. "Sudah tua aku rupanya." Tercetus rintihan dari dua ulas bibirku. "Apa kau kata Fiqa... kau dah tua." Terhenti langkahku. Tak terduga pula Hafiz akan mendengarnya. Aku tersengih memandang wajahnya. "25 tahun! Dah tualah tu. Ramai di antara kawan aku yang dah ada baby." "Sedar pun kau dah tua. Dah tu bila nak kahwin?" "Kalau boleh besok juga aku nak kahwin. Aku dah teringin benar nak ada keluarga sendiri." "Betul Fiqa?" Ehh... kenapa pulak dia yang beriya-iya. Aku sekadar melawak. Nak kahwin esok konon, pak we pun tak ada lagi. Terkenang pada Imran. Kalau dia tak buat perangai, tentu aku dah bahagia bersamanya. "Kau pulak bila nak kahwin, umur dah 26." Aku duduk di bangku yang terdapat di situ. Nyaman udara di pagi ini. Hafiz mengambil tempat di sisiku.

"Aku tunggu lampu hijau dari my girl. Kalau dia kata on, aku onlah." Ceria suara Hafiz. Maklumlah, sedangkan aku? Masih berhakkah aku merasai kebahagiaan setelah Imran memusnahkan segala-galanya. Lewat tengahari aku balik semula ke bilik. Aku ingin mendamaikan perasaan ku yang kembali berserabut. Lain yang ku rancang, lain pula yang menjadi. Kalau dulu Hafizlah pendamai hati ku tapi kini, di hari jadi ini... kenapa Hafiz juga yang mengocak kedamaianku? Apakah makna semua ini? Aku harus menerima hakikat, sekali aku bakal kehilangan dan sekali lagi aku bakal ditinggalkan. Tepat jam 8 malam sekali lagi pintu bilikku diketuk dan sekali lagi wajah Hafiz tersembul di hadapan pintu. Arghh! Betapa kacaknya dia malam ini. "Siaplah... kita pergi makan." Aku sekadar mengangguk sambil menutup pintu. Setengah jam kemudian aku siap. Tal perlu kelihatan hebat di mata Hafiz. Aku sekadar berskirt labuh

dan

blaus

lengan

panjang.

"Jom.. kita pergi." Hafiz berpaling menoleh ke arah aku. Lama renungannya singgah di anak mata ku. Mengapa gementar? Aduhai hati damailah. "Kenapa Hafiz? Ada yang tak kena dengan aku?" Dia menggeleng. "Oh ya... aku ada satu lagi present untuk kau. Buka selepas kita makan, okey." "Kenapa susah-susah Hafiz? Kau tak perlu meraikan harijadi aku macam ni sekali." "Please... aku amat berbesar hati kalau kau sudi terima." Seperti semalam, malam ini tetap indah. Bintang-bintang masih berkelipan. Cuma perasaan ku yang berbeza. Ada sesuatu yang semakin terasa. Aku sedar, mata Hafiz yang sering singgah di wajah ku. Dan aku tidak berani untuk membalas tatapannya. Tidak seperti selalu. "Fiqa!" Kami tersentak.

"Abang? Macam mana abang kat di sini?" Hafiz memandang aku dan Imran silih berganti. Aku sendiri terkejut. Kemunculan Imran tidak ku duga dan tidak ku harapkan sama sekali. Setelah 2 tahun, Imran masih lagi seorang lelaki yang kacak di mataku. "Abang nak jumpa Fiqa, boleh kita berbincang?" Dia bersuara tenang. Ahh, Lelaki! Lupakah kau pada keterlukaan yang kau hadiahkan dulu? "Biar aku pergi dulu Fiqa. Mungkin ada perkara yang perlu kalian selesaikan." Aku menoleh ke arah Hafiz. Dia sudah berkira-kira untuk bangun. Tanpa sedar, jari-jari aku meraih lengannya. Lama mata kami bertatapan. Biarlah Hafiz mengetahui segalagalanya. Aku sudah tidak berdaya membendung seorang diri. Kami kembali duduk, sama-sama menghadap ke arah Imran. "Baiklah...sekarang abang boleh terangkan apa yang abang nak dari Fiqa." Imran memandang ke arah Hafiz sambil mengeluh. Lama dia terdiam. "Tak bolehkah Fiqa maafkan abang dan terima abang semula. Abang masih sayangkan Fiqa." Aku pandang wajah Imran tanpa perasaan. Kosong! "Kasih sayang abang hanya membuatkan Fiqa terseksa. Cukuplah kasih sayang abang selama 2 tahun kita menjadi tunang. Abang dah lupa apa yang abang dah buat? Abang tinggalkan Fiqa, tunang abang dan kahwin dengan orang lain. Yelah, Fiqa tak setanding dengan abang. Fiqa cuma lulusan maktab perguruan, sedangkan abang..." Aku cuba menahan sebak. Teringat segala apa yang aku lalui setelah Imran memutuskan ikatan pertunangan kami tanpa sebab. "Abang menyesal! Abang tak pernah bahagia bersama Azian. Fiqa... berilah abang peluang untuk menebus dosa abang." "Abang tak berdosa pada Fiqa. Cuma tiada jodoh di antara kita. Abang kembalilah pada Azian. Kalau abang inginkan kebahagiaan, abang kena cari. Bimbinglah Azian, Insya Allah dia akan menjadi isteri seperti yang abang harapkan." Lama Imran menatap

wajahku. Aku cuba berlagak selamba. Walau apa pun yang berlaku, tidak mungkin aku menerima Imran semula. "Thanks Fiqa. Memang abang jahil dalam menilai kasih sayang yang sebenar. Namun abang bangga kerana Fiqa masih seorang wanita yang tabah. Maafkan abang sekali lagi. Oh ya Hafiz... jaga Fiqa baik-baik." Imran memandang Hafiz dan aku silih berganti. Serba salah aku dibuatnya sedangkan Hafiz tersenyum. "Jangan bimbang Imran. Aku akan pastikan Fiqa akan menemui kebahagiaan yang sejati." Selamba Hafiz bersuara. Pandai dia berlakon tanpa arahan. Imran beredar setelah mengucapkan selamat harijadi untuk aku. Ingat lagi dia pada tarikh keramat itu. Hafiz masih lagi duduk di sisiku membiarkan aku melayan perasaan. Sekurang-kurangnya aku lega. Persoalan aku dengan Imran selesai. "Kenapa kau tak bagitahu Imran datang semula jumpa kau Fiqa?" Hafiz bersuara setelah lama berdiam diri. "Aku bukannya apa, cuma tak nak mengganggu kau dengan persoalan aku yang remeh temeh. Sudah terlalu banyak jasa kau pada aku Hafiz. Kali ini biarlah aku berdikari." Terdengar

Hafiz

mengeluh.

Sebentar kemudian kami bergerak menuju ke chalet. Aku tak tahu apa yang Hafiz fikirkan. "Kau masih sayangkan dia, Fiqa?" Aku terkejut mendengar suaranya "Siapa?" Tanya aku tak menegrti. "Imran!" "Kenapa...?" Lama tatapan Hafiz singgah di wajah ku. Sukar untuk ku membuat tafsiran. Hafiz tiba-tiba berubah. Riak wajahnya, gerak lakunya, nada suaranya, adakah Hafiz?

Bukankah Hafiz sudah ada steady girlfriend? Ohh... aku tak mahu terjebak untuk kali kedua. "Fiqa... pergilah buka hadiah yang aku beri tadi." Aku melangkah. Bungkusan hadiah tadi masih ada di atas katil. Perlahan aku membukanya. Bunga kaktus... lambang kekuatan wanita. Bukankah bunga ini yang aku pilih untuk hadiah hari jadi kawan Hafiz? Adakah aku...? Oh alangkah! Aku keluar semula. Hafiz masih lagi duduk di bangku hadapan chalet ku. Aku menghampiri dia dan dia menoleh ke arah ku. Lama mata kami bersatu. Semakin hampir, semakin kuat debaran yang bertandang. "Apa maknanya Hafiz?" "Tidakkah kau rasa apa yang aku rasa?" Aku tersenyum. "Kau rasa apa? Manis, pahit, kelat atau masam? Kah..kah..kah kami sama-sama tergelak. "Aku serius Fiqa. Dah lama aku menyimpan perasaan, sejak kau menjadi tunang Imran." "Kenapa baru hari ini?" "Aku perlukan kekuatan untuk menerima apa jua keputusan dari kau." Dia kembali menatap wajah ku. Aku membalas tatapannya. Lama mata kami bersatu. Ada getaran yang maha hebat di hati. "Kau terima?" Yes..yes.. yes... malam yang indah semakin indah aku rasakan. Buruj Aries kian terserlah kerlipannya. Perlahan Hafiz meraih jejariku, erat dalam genggamannya. Hadiah yang paling berharga di hari jadiku yang ke 25, hatimu Hafiz!

Related Documents