Hadiah Hari Guru 2008

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hadiah Hari Guru 2008 as PDF for free.

More details

  • Words: 344
  • Pages: 1
KUALA LUMPUR: Guru di seluruh negara dijangka menerima `hadiah istimewa' pada sambutan Hari Guru tahun ini iaitu kenaikan pangkat atau gred sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap pengorbanan besar mereka. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mat Dom, berkata berita gembira berkenaan akan diumumkan Perdana Menteri pada perayaan Hari Guru 2008 peringkat kebangsaan, Jumaat depan di Dewan Sri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu kerana ingin memastikan pengumuman oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu nanti menjadi `kejutan menggembirakan' buat guru kepada guru sebagai dorongan untuk terus maju. "Apa yang boleh saya katakan ialah pengumuman bakal dilakukan ialah berkaitan cadangan yang dikumpulkan sejak dulu lagi menerusi memorandum pelbagai pihak, termasuk kesatuan guru yang dikaji Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). "Insentif khusus ini sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap golongan guru selama ini dalam membina serta membangunkan modal insan berkualiti bagi menjadikan Malaysia setanding negara maju lain," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, beberapa perkara berkaitan kenaikan pangkat atau gred dituntut pelbagai pihak, antaranya Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Tuntutan lain yang dimajukan kepada Kementerian Pelajaran untuk diselesaikan segera adalah masalah guru bukan siswazah yang mendapat gaji rendah walaupun dinaikkan gred DG41 selepas menamatkan pengajian peringkat ijazah dan kenaikan pangkat menerusi sistem `timebased' bagi guru gred DGA29 ke DGA32. Tuntutan ini dibuat berikutan dakwaan guru yang mereka tidak dinaikkan pangkat walaupun sudah berkhidmat melebihi 10 tahun serta lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sekurangkurangnya tahap III. Alimuddin berkata, pemberian insentif memang sering dilakukan pada setiap sambutan Hari Guru dan tahun ini, tumpuan diberikan kepada kenaikan pangkat guru terutama yang layak. Pada sambutan tahun lalu, Abdullah mengumumkan skim kenaikan pangkat, tetapi ia membabitkan guru besar iaitu kenaikan gred DGA34 kepada DGA38 bagi guru besar sekolah rendah bukan siswazah yang menunjukkan prestasi cemerlang. Menerusinya, 1,600 jawatan itu diwujudkan merangkumi 30 peratus daripada keseluruhan guru besar di seluruh negara dan sebagai permulaan 300 jawatan berkenaan diisi. Selain itu, anak guru juga diberi buku teks secara percuma selain penyediaan dana khas bagi menjaga kebajikan guru menerusi penubuhan Yayasan Guru Tun Hussein Onn. BH-- 14.05.08

Related Documents

Hadiah Hari Guru 2008
April 2020 18
Hadiah Hari Guru
June 2020 9
Hari Guru
May 2020 24
Teks Mc Hari Guru
May 2020 20
Pengenalan Hari Guru
May 2020 15
Tema Hari Guru
November 2019 30