Tragedi Hari Pertama PRAKTIKUM CERPEN Hari ini hari pertama PRAKTIKUM . Buku laporan praktikum yang tercetak Institut Perguruan Persekutuan terletak kemas di tempat duduk di sisinya. “Buku PRAKTIKUM tu ibarat nyawa PRAKTIKUM kamu”, pesanan Ketua Unit PRAKTIKUM maktabnya tidak pernah lekang dari fikiran. Lima puluh saat menanti persimpangan lampu isyarat itu terasa lima puluh jam lamanya. Di hadapan sanaada lagi dua persimpangan yang akan memaksanya berhenti. Tidak sabar iamenanti lampu itu bertukar warna. Hijau sahaja, Norizal terus memecut laju. Terasa dirinya bagai Schumacer di litar F1. Sesekali ia memandang ke cermin pandang belakang Wira hijaunya. Lega . Tak seorangpun mampu memotong dan melambatkan perjalanannya. “Aah! Dah pukul 7.30, mati aku hari ni,” katanya sendirian. Kebimbangan menerobos lubuk hatinya. Berbagai-bagai persoalan bermain difikirannya. “Bagaimana kalau aku terlewat hari ini? ,”Apa akan terjadi jika sesampainya aku di pintu sekolah, Puan Norizan, Pensyarah Pembimbingku sudah sedia menanti?”’” Apakah tanggapannya kepadaku nanti?’,’ Adakah beliau akan menerima alasanku bahawa aku terlewat tidur semalam kerana menyiapkan rancangan mengajarku?”. Satu demi satu, persoalan muncul bagaikan ada skrin besar 36 inci di hadapannya. Pedal minyak terus ditekan. Tanpa disedari meter Wiranya telah menunjukkan angka seratus empat puluh. Cermin keretanya tiba-tiba di titisi tompok-tompok air. Semakin lama semakin banyak. Inilah hujan pertama sejak seminggu yang lalu. Bagaikan tindakkan refleks, tangan nya terus menarik pengawal ‘viper’ ke bawah. Kedengaran bunyi derupderap pada cermin keretanya kuat sekali. Barulah dia teringat, pengilap cermin keretanya tidak pernah ditukar sejak lima tahun yang lalu. Norizal begitu sibuk sekali akhir-akhir ini, dengan kerja kursus bertimbunan ditambah lagi orang gajinya baru pulang ke Indonesia. Tidak jauh di hadapan, sudah kelihatan persimpangan seterusnya. Lampu isyarat persimpangan itu kelihatan hijau dalam samar-samar hujan lebat. Ini peluang baik baginya menjimatkan masa. Norizal terus
memecut laju memotong kereta di hadapan satu demi satu. Hanya beberapa meter sahaja lagi untuk sampai di persimpangan. Tumpuan diberi sepenuhnya. Tiada apa yang boleh mengganggu konsentrasinya pada masa itu. ‘KUNING!’ meletus perkataan itu sebaik sahaja lampu di persimpangan bertukar warna. Dia serba salah. Pesan guru kelas memandunya , “kuning bersedia untuk berhenti, bukan bersedia untuk pecut”. Brek ditekan serta merta. “Shreeet! Kereta terseret ke hadapan dan berhenti serta-merta. Suasana sunyi seketika. Syukur, dia menarik nafas lega. Tayar Michelinkeretanya begitu berkesan mencengkam dada jalan. Namun, belumpun sempat dia melepaskan nafasnya leganya itu, tibatiba, “ Boommm!”. Norizal tertolak belakang menghempas ke tempat duduknya. Malang sekali, masalah baru kini muncul. Takut untuk di selia pagi itu kini hilang dek kejutan belakang keretanya di langgar. Dengan perasaan marah bercampur geram , diameluru keluar menuju ke arah kereta Wira BMW di belakangnya . Mukanya merah padam seolah-olah akan ditelannya pemandu tidak berhemah itu. Dia bercekak pinggang di tepi kereta itu dan pandangannya tajam menerusi cermin kereta yang agak gelap. Panas perasaannya mengatasi sejuk hujan, pagi itu. Pintu BMW dibuka perlahan. Seorang perempuan bertubuh kecil tercegat di hadapannya dengan wajah cemas. Tiba-tiba wajah Norizal berubah. Matanya seolah-olah tersembul keluar. Tehambur perkataan dimulutnya, “Puan Norizan! Err puan nak ke sekolah saya ke” Perasaan serba tak kena bersimpang-siur di kepalanya.
rby 17 Dis 2008