Catatan Refleksi.docx

  • Uploaded by: JEZZ KOH
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Catatan Refleksi.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 746
  • Pages: 3
CATATAN REFLEKSI

1. Isu/ Perkara yang difokus: Dalam projek ini, akan difokuskan kepada sub tajuk yang menceritakan bentuk 3-Dimensi dan ciri-cirinya dalam tajuk Ruang tahun 2. Objek 3D terdiri daripada pelbagai bentuk seperti kuboid, kon, kiub, sfera, pyramid dan silinder. Berdasarkan pengalaman saya semasa mengajar, saya mendapati bahawa banyak murid selalu menghadapi masalah seperti mudah keliru dengan bentuk-bentuk 3D dan tidak dapat mengenal pasti ciri-ciri bentuk 3D. Projek The Maze Runner Booth dijalankan untuk mengatasi isu tersebut dengan menarik minat murid supaya menyukai mata pelajaran matematik. Projrk ini juga memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan idea yang kreatif dan berinovatif dalam bidang matematik.

2. Analisis isu / perkara yang difokus: 2.1 Kekuatan: Melalui projek ini, saya dapat mengetahui dan mempelajari tugas seorang guru kerana ini bukan suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak pengalaman seperti menguruskan sesuatu program. Saya juga belajar cara untuk mempamerkan sesuatu kepada murid. Selain itu, saya dapat lebih memahami tahap kreativiti dan latar belakang murid-murid tahun 2. Secara tidak langsungnya, saya mendapat pengalaman tentang perancangan pengajaran dan pembelajaran bagi murid tahun 2 yang boleh membantu saya pada masa hadapan. Projek yang dijalankan ini juga dapat meningkatan pengurusan masa saya dalam mengendali sesuatu program kerana pengurusan masa ini adalah berbeza jika dibandingkan dengan masa semasa saya mengurus pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu sahaja, saya mempelajari sesuatu bahawa penyediaan tempat hendaklah dilakukan awal kerana perkara tersebut akan memakan masa dan menyebabkan program bermula lewat. Kekuatan yang saya perolehi ialah dapat bekerjasama dengan guru lain untuk menjayakan projek ini. Walaupun projek ini tidak sebesar peringkat sekolah dan hanya melibatkan murid tahun 2 sahaja, namun kerjasama daripada semua guru berkaitan adalah baik. Banyak tunjuk ajar dan cadangan telah saya perolehi untuk mengadakan projek ini. Kerjasama dan komitmen daripada semua rakanrakan guru pelatih juga telah menjadi faktor utama dalam menjayakan projek ini. Mereka telah membantu saya untuk mengurus murid-murid semasa projek dijalankan.

Rajah 1: Murid belajar sambil bermain Projek ini telah dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran Matematik, di mana mereka dapat belajar sambil bermain dengan seronok. Projek ini dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk mempertingkatkan daya imaginasi, kreativiti dan bakat mereka. Ia juga mampu meningkatkan motivasi murid-murid dan murid-murid belajar dengan lebih gembira dan berkesan. The Maze Runner dapat menggabungkan permainan interaktif dengan soalan-soalan yang dapat membantu murid-murid dalam menguasai topik bentuk 3D. Dalam hal ini, murid dapat membuat latihan sambil bermain. Dengan membuat latihan, murid-murid dapat mengukuhkan kefahaman mereka tentang ciri-ciri bentuk 3D. Mereka dapat bertambah mahir dalam topik tersebut.

2.2 Kelemahan: Terdapat beberapa perkara yang menjadi kekangan sepanjang melaksanakan projek ini. Antaranya ialah terdapat kelas yang datang ke Dewan Kenanga pada masa yang sama dan tidak mengikut jadual waktu yang telah disediakan sebelum projek dilaksanakan. Hal ini menyebabkan terlalu ramai murid pada suatu masa semasa projek dijalankan. Keadaan menjadi sedikit kelam-kabut kerana saya tidak dapat mengurus 70 orang murid sambil menjalankan projek pada masa yang sama. Selain itu, terdapat sesetengah murid yang tidak pandai menggunakan tetikus komputer yang menyebabkan mereka menghadapi kekangan semasa menggunakan The Maze Runner. Meja yang digunakan juga tidak berfungsi dengan baik di mana ia mudah bergoyang apabila murid bersandar pada meja. Ia menyebabkan murid menghadapi masalah semasa bermain permainan maze. Selain itu, kebersihan selepas tamat projek adalah kurang memuaskan. Terdapat murid yang tertinggal barang-barang di Dewan Kenanga dan tidak membawa balik ke kelas.

3. Cadangan penambahbaikan: Pegurusan masa akan ditingkatkan untuk mengelakkan masa pelaksanaan projek ditangguh. Persediaan yang rapi haruslah dirangka dahulu sebelum memulakan sesuatu program. Murid sepatutnya datang ke Dewan Kenanga pada masa pukul 8.30 pagi tetapi mereka datang 15 minit lewat disebabkan guru kelas tersebut tidak mendapat informasi yang betul tentang program yang dijalankan. Saya sepatutnya memastikan semua guru kelas tahun 2 mendapat informasi yang betul tentang projek yang dijalankan sebelum sehari projek dilaksanankan. Kesannya keadaan menjadi sedikit kelam-kabut apabila beberapa kelas datang pada masa yang sama. Terdapat murid yang terpaksa duduk di Dewan Kenanga dan menunggu giliran kelas sendiri. Namun segalanya berjalan dengan lancar tetapi pengurusan masa saya terhadap sesuatu program haruslah ditingkatkan. Penambahbaikan yang seterusnya ialah tempat pelaksanaan projek boleh dijalankan di dalam kelas. Murid lebih mudah dikawal di dalam kelas berbanding dengan di Dewan Kenanga. Saya juga boleh mengurus pelaksanaan projek dengan lebih mudah sekirannya dijalankan di dalam kelas di mana kelas merupakan kawasan yang tertutup manakala Dewan Kenanga merupakan kawasan yang terbuka. Selain itu, persiapan tempat seharusnya disediakan dengan lebih rapi. Saya sepatutnya memastikan meja yang digunakan untuk meletak laptop berfungsi dengan baik dan tidak bergoyang supaya projek dijalankan dengan lebih lancar.

Related Documents

Catatan Penulis.docx
April 2020 38
Catatan Mesyuarat.docx
November 2019 43
Catatan Pengalaman.docx
November 2019 42
Catatan Waris.docx
April 2020 39
Catatan Pertemuan.docx
December 2019 45

More Documents from "Yuni Elfiera"

14.3.19.docx
November 2019 15
Timetable.docx
November 2019 16
Rujukan Lestari.docx
November 2019 20
28.2.19.docx
November 2019 14
Doc1.docx
November 2019 26
Catatan Refleksi.docx
November 2019 25