Modul 9 Penglibatan Ibubapa & Guru

  • Uploaded by: zulkiply yaakob
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Modul 9 Penglibatan Ibubapa & Guru as PDF for free.

More details

  • Words: 7,087
  • Pages: 41
MODUL 9 PENGLIBATAN IBU BAPA DAN GURU II SINOPSIS Kemahiran ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka akan membantu membentuk generasi akan datang dan cara bagaimana generasi tersebut mempengaruhi dunia di sekeliling mereka. Selain daripada itu guru prasekolah juga perlu membantu usaha ini dengan memahami keperluan dan kehendak kanak-kanak serta menyemai harga diri yang tinggi dalam diri mereka. Modul ini mengandungi tiga unit (7.5, 7.6 dan 7.7 masing-masing) berkaitan keibubapaan, kehendak dan keperluan kanak-kanak dan konsep harga diri kanak-kanak.

Unit

Keibubapaan

menghuraikan konsep keibubapaan dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak, kemahiran mengawal diri dan pemahaman tentang keluarga bahagia yang amat penting dan mempengaruhi keberkesanan pendidikan awal kanak-kanak. Garis panduan untuk membantu keluarga memilih pusat pendidikan awal kanak-kanak yang bersesuaian dengan falsafah keluarga dan keperluan kanak-kanak juga dibincangkan.

Keperluan dan kehendak kanak-kanak menjelaskan perbezaan

antara keperluan dan kehendak kanak-kanak. Huraian juga menyentuh bagaimana keperluan dan kehendak kanak-kanak perlu ditangani dengan baik oleh guru prasekolah. Unit akhir dalam modul ini menyentuh tentang konsep, kepentingan dan kesan harga diri kanak-kanak, indikator harga diri dan bagaimana guru dapat meningkatkan harga diri kanak-kanak. PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL 1. 2.

Sebelum menggunakan modul sila jawab semua soalan dalam ujian pra. Cuba fahami dan hayati objektif modul ini.

3. Seterusnya anda perlu membaca nota yang berkaitan dengan tajuk. Anda digalakkan supaya mendapat khidmat kepakaran daripada pensyarah mata pelajaran anda semasa anda hadir untuk kuliah/sesi interaksi di maktab. 4. Setelah membaca nota, sila jawab soalan ujian pasca. 5. Anda digalakkan untuk membuat refleksi semasa menggunakan modul ini. 7.5 KEIBUBAPAAN HASIL PEMBELAJARAN 1

Selepas mengikuti unit ini anda akan dapat : 1.

menjelaskan konsep keibubapaan

2.

mengetahui prinisp-prinsip keibubapaan

3.

memahami matlamat & objektif keibubapaan

4.

merancangkan pemerhatian ke atas kanak-kanak

5.

memahami konsep kawalan diri

6.

memahami cara mengekalkan kebahagiaan dalam keluarga

7.

memahami cara dan kriteria memilih pusat penjagaan/prasekolah untuk anakAnak

Ujian Pra 1. Apakah maksud keibubapaan dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak? Huraikan faedah program keibubapaan kepada murid prasekolah. 2. Bagaimanakah kemahiran keibubapaan dapat membantu membentuk keluarga bahagia? 3. Huraikan bagaimana guru prasekolah dapat menggalakkan ibu bapa kanakkanak prasekolah menyertai program keibubapaan di pusat prasekolah. 7.5.1

Konsep Keibubapaan

Ibu bapa merupakan guru pertama dan paling lama bagi anak-anak mereka. Dalam proses perkembangan yang biasa, ibu bapalah yang banyak menyokong perkembangan bahasa, sosial dan akademik anak-anak mereka. Terdapat bukti positif dalam tempoh 30 tahun yang lepas yang menunjukkan bahawa mengajar kemahiran spesifik kepada ibu bapa dapat membantu dalam perkembangan anakanak di bawah jagaan mereka.

Ibu bapa merupakan unit asas dalam keluarga dan peranannya sangat penting dalam pembentukan keluarga yang bahagia. Ini memerlukan pengurusan keluarga yang dinamik, proaktif dan menepati masa yang kian berubah. Peranan ibu bapa sangat penting dan perlu dilihat secara makro dan semua ini terlibat secara komited. 2

Selain daripada faktor keluarga, faktor persekitaran juga perlu diambil kira. Dalam usaha mendirikan sebuah keluarga yang bahagia dan berkesan, konsep ‘melentur buluh biar dari rebungnya‘ perlu diberi penekanan . Ibu bapa merupakan satu unit dan perlu

menjalankan

pengurusan

yang

proaktif

dari

aspek

sains

dan

kemanusiaan. Keibubapaan merupakan kerja yang paling sukar sekali, tetapi kebanyakan ibu bapa menerima sedikit atau tidak mendapat latihan formal langsung dalam kemahiran keibubapaan. Namun demikian ibu bapa seringkali dikritik bagi setiap kesilapan yang mereka lakukan. Ahli psikologi telah mengkaji amalan keibubapaan yang berkesan dan telah mencadangkan latihan dalam kemahiran keibubapaan untuk para ibu bapa. Banyak keluarga hendak melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak mereka. Ahli profesional pendidikan awal kanak-kanak mengakui nilai dan kepentingan mewujudkan kerjasama berkesan dan bermakna dengan ibu bapa dan keluarga. Penglibatan keluarga dapat dilihat dari pelbagai segi bergantung kepada konteks. Epstein mencadangkan 6 jenis penglibatan ibu bapa. Teori Epstein menghuraikan kerjasama yang perlu wujud di antara pihak sekolah, keluarga dan masyarakat. Jenis penglibatan tersebut bukan berbentuk hieraki tetapi ia merupakan suatu kerangka untuk menghubungkan keluarga, ahli masyarakat dan ahli profesional pendidikan awal kanak-kanak. Enam jenis penglibatan ibu bapa mengikut Epstein ialah : •

Jenis 1 : Keibubapaan – membantu keluarga menguasai kemahiran keibubapaan dan memahami perkembangan kanak-kanak.



Jenis 2 : Komunikasi – mengamalkan pelbagai cara komunikasi yang berkesan di antara sekolah dan keluarga



Jenis 3 : Kesukarelawan – menggalakkan keluarga berkhidmat secara sukarela dengan pelbagai cara.



Jenis 4 : Pembelajaran di rumah – melibatkan keluarga menyokong aktiviti pembelajaran di rumah. 3



Jenis 5 : Membuat keputusan – melibatkan keluarga dalam pengurusan prasekolah dan organisasi berkaitan.



Jenis 6 : Kolaborasi dengan masyarakat – menyelaras perkhidmatan masyarakat untuk kebaikan bersama.

Proses keibubapaan perlu dilihat dari sudut mikro dan makro. Kemahiran keibubapaan adalah asas kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara. Keibubapaan tidak terhad kepada ibu bapa tetapi juga berhubungkait dengan kematangan dan kesediaan institusi-institusi lain untuk bekerjasama. 7.5.2 Prinsip-Prinsip Keibubapaan Keibubapaan boleh memberikan kebahagiaan kepada ibu bapa serta mencabar kerana ibu bapa perlu menemui cara yang berkesan untuk berkomunikasi dan mendidik anak-anak mereka. Terdapat beberapa prinsip keibubapaan yang boleh digunakan untuk membantu ibu bapa dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Amalan prinsip-prinsip ini akan mendatangkan kesan positif terhadap kanak-kanak. •

Mengurus diri dengan baik (Take care of yourself) Mengurus diri dengan baik haruslah menjadi perkara utama dalam diri ibu bapa. Sekiranya ibu bapa mengabaikan diri maka kebolehan mereka mengaplikasikan prinsip-prinsip yang seterusnya akan terbatas. Ibu bapa yang mengamalkan prinsip ini akan berusaha menguruskan tekanan dalam kehidupan mereka. Mereka memiliki identiti tersendiri dan menggunakan kebolehan untuk diri dan keluarga. Mereka akan berusaha mendapatkan ahli keluarga dan kawan yang boleh memberikan sokongan emosi dan praktikal. Mereka akan berusaha mengamalkan ciri-ciri dan aktiviti tersebut dalam kehidupan supaya anak-anak mereka akan meniru dan mengamalkannya apabila dewasa nanti.



Kasihi anak-anak (Nurture your children) Jika kanak-kanak tidak merasa dihargai dan disayangi maka semua usaha ibu bapa tidak akan memberikan pengaruh yang kuat ke atas mereka. Kanak-kanak perlu merasa mereka disayangi dan dikasihi oleh ibu bapa mereka. 4



Bimbing anak-anak (Guide your children) Kanak-kanak perlu diberikan satu set nilai, panduan dan standard untuk membantu mereka menguruskan kehidupannya. Bimbingan adalah lebih baik daripada hukuman, Seorang ibu atau bapa yang membimbing anaknya mengajar anaknya bahawa kesan positif atau negatif akan menyusuli sesuatu tingkat laku. Bimbingan membantu kanak-kanak mendapatkan sesuatu dengan cara yang dipersetujui oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa yang membimbing akan mengajar melalui teladan, menetapkan had yang berpatutan serta melibatkan kanak-kanak dalam menetapkan had bersesuaian dengan umur mereka.



Membela anak anda (Be your child’s advocate) Bronfenbrennner mencadangkan bahawa ibu bapa hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang yang amat kuat terhadap anak mereka. Ibu bapa harus menunjukkan mereka merasa anak mereka lebih baik daripada kanak-kanak yang lain.



Memotivasikan anak anda (Motivate your child) Ibu bapa adalah guru pertama kepada anaknya. Ibu bapa hendaklah menggalakkan anak mereka mempelajari dengan mewujudkan suasana pembelajaran kondusif di rumah. Sediakan buku dan pelbagai bahan rujukan di rumah. Ibu bapa harus membaca supaya menggalakkan anak-anak mereka membaca.



Jangan membincangkan masalah tingkahlaku di hadapan kanak-kanak Apa-apa perkara yang ibu bapa bincangkan di depan anak-anak, ia mungkin mempengaruhi persepsi anak terhadap dirinya. Sesuatu perkara negatif yang didengari mungkin dianggap benar. Sebaliknya perkara positif yang didengari 5

mereka boleh memberikan keyakinan dan menggalakkan tingkah laku positif. •

Melindungi kanak-kanak secara keterlaluan Walaupun kanak-kanak perlu dilindungi, namun perlindungan yang melampau akan menggalakkan tingkah laku pergantungan dan kanak-kanak yang terlalu sensitif. Ibu bapa boleh menunjukkan bahawa mereka baik hati tanpa terlalu bersimpati. Kanak-kanak perlu mempelajari menangani perasaan kekecewaan, kegagalan dan kehilangan dalam kehidupan mereka. Kanak-kanak yang mempunyai sikap berdikari akan akhirnya dapat mengatasi pelbagai halangan dalam kehidupan mereka kelak.



Bersatu, bertolak ansur & bersikap positif terhadap suami/isteri Tingkah laku suami isteri yang selalu tidak sependapat/sehaluan akan mengelirukan anak-anak mereka. Anak tidak akan menghormati ibu bapa yang tidak menghormati satu sama lain.



Menghargai guru, pendidikan & pembelajaran Pendidikan

guru

harus

dititikberatkan.

Kanak-kanak

akan

memahami

mengenainya dengan jelas jika bapa, datuk dan nenek, misalnya menghargai pembelajaran. Ceritalah mengenai guru yang anda hormati dan tunjukkan penghargaan anda terhadap guru anak anda. Ibu bapa harus memberitahu anak bahawa mereka mengharapkan anak mereka mencapai pendidikan sehingga peringkat tinggi. Ini adalah untuk mengelakkan anak-anak mengabaikan pendidikan dan tercicir daripada persekolahan terlalu awal. •

Bersikap positif terhadap kerjaya Ibu bapa yang merungut tentang kerjaya akan menggalakkan anak mereka mempunyai sikap negatif terhadap kerja. Anak-anak akan merungut terhadap kerja rumah dan tanggungjawab yang diberikan di rumah. Ibu bapa yang tidak 6

menyukai kerjaya harus berikhtiar menukar kerjaya mereka supaya anak-anak mereka akan menyedari bahawa pendidikan membuka peluang yang luas kepada mereka yang berpendidikan tinggi. •

Menjadi teladan kepada anak Kanak-kanak selalu memerhati tingkah laku ibu bapa dan ahli-ahli keluarga yang lain.

Orang dewasa yang bersikap tidak amanah dan tidak beretika akan

dicontohi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak akan tertarik dan ingin meniru ibu bapa yang beretika, bersemangat dan mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi. •

Mempelajari bersama dengan anak-anak Ramai ibu bapa menyesal kerana mereka terlepas daripada peluang mempelajari bersama-sama dengan anak-anak mereka. Jadikan pengalaman lawatan, perkhemahan dan aktiviti lain suatu pengalaman untuk belajar bersama dengan anak-anak.



Luangkan masa untuk berseronok Orang dewasa harus meluangkan masa untuk diri sendiri tanpa melibatkan anakanak mereka. Seperti manusia lain, orang dewasa perlu meluangkan masa makan atau bercuti dan menikmati kehidupan mereka. Pada masa tersebut anak-anak akan berpeluang menguruskan aktiviti masing-masing dengan sendiri. Peluang ini akan membolehkan kanak-kanak mempelajari banyak perkara dan menjadi matang.

7.5.3 Matlamat & Objektif Kajian menunjukkan semua kanak-kanak dilahirkan dengan pelbagai potensi yang akan berkembang jika digalakkan dengan betul. Perkembangan otak, misalnya, banyak bergantung kepada pengaruh persekitaran dalam perkembangan awal 7

kanak-kanak. Sekiranya faktor-faktor tersebut tidak disediakan pada masa–masa tertentu maka perkembangan kanak-kanak mungkin tidak berlaku. Kajian

juga

menunjukkan

bahawa

pendapatan

dan

status

sosial

kurang

mempengaruhi prestasi pencapaian murid dalam sekolah berbanding dengan tindakan keluarga murid dari segi : •

mewujudkan suasana rumah yang menggalakkan pembelajaran



menetapkan jangkaan yang tinggi tetapi realistik terhadap pencapaian dan masa depan anak



terlibat dalam pendidikan anak dalam sekolah dan masyarakat

Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dicapai? Bagaimanakah kemahiran dan pengetahuan keibubapaan dapat mempengaruhi kanak-kanak di rumah? Matlamat Keibubapaan Kajian menunjukkan terdapat beberapa kemahiran yang ibu bapa perlu miliki supaya mereka dapat membentuk tingkah laku anak-anak dengan berkesan. Antara kemahiran keibubapaan adalah seperti berikut : •

Membentuk dan menjelaskan jangkaan



Mengawal perasaan apabila anak menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini



Melaksanakan sesuatu tindakan positif atau negatif



Menjadi teladan yang positif



Membentuk tingkah laku



Memotivasikan anak yang bertingkah laku positif

Keibubapaan ialah satu proses yang kompleks dan ibu bapa memerlukan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan supaya dapat mendidik anak dengan sebaik mungkin dalam aspek-aspek berikut : 8



Perkembangan Kanak-Kanak Memahami perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak berkembang serta keperluan-keperluan mereka pada setiap perkembangan dalam kehidupan.



Mengenali Diri Sendiri Memahami diri dari segi dorongan, nilai, dan bagaimana cara mereka dapat menangani kenakalan anak, pertelingkahan dan sebagainya.



Kemahiran & Strategi Keibubapaan Memahami kemahiran & strategi keibubapaan spesifik untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan menangani tingkah laku anak sepanjang proses keibubapaan.



Cara Berkomunikasi Memahami cara berkomunikasi dengan anak, pasangan suami isteri dan guru secara berkesan.



Cara Mengajar Mempelajari cara bagaimana mengajar sesuatu konsep dan kemahiran kepada anak.



Mengurus Keluarga Memahami cara menyara keperluan keluarga dan menguruskan sebuah keluarga.



Mendapatkan Bantuan Menyedari pentingnya mendapat bantuan daripada orang lain serta cara 9

mendapatkan bantuan tersebut apabila memerlukannya. 7.5.4 Pemerhatian ke Atas Kanak-Kanak

Lingkungan umur di antara 4-6 tahun memperlihatkan satu tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berlaku begitu pesat.

Kajian kecerdasan ke atas

remaja pada umur 17 tahun ke bawah menunjukkan bahawa 50% kecerdasan telah berkembang apabila kanak-kanak mencapai umur 4 tahun. Pertambahan 30% berlaku apabila kanak-kanak mencapai umur lapan tahun. Hampir 80% kecerdasan yang terdapat pada umur dewasa, iaitu 17 tahun. Perkembangan pesat berlaku dalam lingkungan umur prasekolah. Implikasi daripada dapatan kajian ini sungguh penting bagi ibu bapa menilai apa yang perlu dilakukan supaya pertumbuhan dan perkembangan dalam semua aspek fizikal, mental dan sosioemosi dapat dioptimumkan dalam lingkungan umur prasekolah. Sebelum

seseorang

ibu

bapa

boleh

memerhati

dan

mentafsir

mengenai

perkembangan anaknya beliau perlu memahami ciri-ciri kanak-kanak pada tahap umur tertentu. Berikut adalah ciri kanak-kanak berumur di antara 3-5 tahun. Ciri Fizikal •

Kanak-kanak prasekolah amat aktif. Mereka dapat mengawal pergerakan badan dan melakukan aktiviti untuk keseronokannya semata-mata.



Kanak-kanak memerlukan waktu rehat lebih kerap. Mereka tidak sedar keperluan untuk berehat.



Perkembangan otot besar berlaku lebih cepat daripada otot kecil. Kanak-kanak prasekolah agak kekok dan kurang cekap melakukan aktiviti seperti mengikat tali kasut dan membutang baju.



Koordinasi tangan dan mata tidak cekap kerana sukar melihat objek kecil.



Badan kanak-kanak fleksibel, tetapi tulang di bahagian kepala lembut.



Kanak-kanak lelaki lebih besar daripada perempuan, tetapi perkembangan kanak-kanak

perempuan lebih cepat dalam banyak aspek perkembangan, 10

misalnya kemahiran motor halus. Ciri Sosial •

Kebanyakan kanak-kanak mempunyai seorang hingga dua orang rakan karib, tetapi persahabatan tidak berkekalan. Kebanyakannya bersedia bermain dengan kanak-kanak lain. Kawan karib biasanya dari jantina yang sama, tetapi persahabatan lelaki dan perempuan mula berlaku.



Permainan secara kumpulan kecil dan tidak terancang dan akan berubah dengan cepat.



Kanak-kanak kecil menunjukkan beberapa jenis tingkah laku semasa bermain seperti bermain sendiri, bermain bersama rakan atau sebagai pemerhati sahaja.



Corak bermain berbeza mengikut kelas sosial dan jantina



Perselisihan sering berlaku, tetapi tidak kekal lama dan cepat dilupai



Menyedari peranan jantina dan perbezaan jantina.

Ciri Emosi •

Meluahkan emosi secara bebas dan terbuka.



Perasaan iri hati sering berlaku di kalangan rakan kerana kanak-kanak ingin mendapat perhatian dan sokongan guru.

Ciri Kognitif •

Kanak-kanak agak mahir dengan bahasa, kebanyakannya suka bercakap terutama sekali di depan kumpulan.



Menggunakan peraturan bahasa sendiri semasa bertutur



Kecekapan bertambah melalui interaksi, minat, peluang dan galakan.

Hasil daripada pemerhatian, ibu bapa akan mengetahui antaranya : •

Bagaimana kanak-kanak belajar 11



Tahap perkembangan kanak-kanak



Tahap perkembangan kanak-kanak seterusnya



Bagaimana menggalakkan perkembangan kanak-kanak



Bagaimana kanak-kanak membentuk hubungan



Apa yang kanak-kanak ingin pelajari

Maklumat yang dikumpul akan membantu ibu bapa mendapat suatu gambaran sebenar tentang anak mereka. Ia dapat membantu mereka menentukan apa masalah yang dialami oleh kanak-kanak dan bentuk bantuan yang diperlukan. Pemerhatian ke atas kanak-kanak akan memastikan tidak ada masalah berlaku secara terus menerus tanpa tindakan diambil.

7.5.5 Kawalan Diri Kawalan diri merujuk kepada kemahiran seseorang untuk mengawal emosi dan tingkah laku secara positif apabila berhadapan dengan sesuatu situasi dalam kehidupannya. Kemahiran mengawal diri berkait rapat dengan psikologi seseorang. Seseorang yang mempunyai kemahiran mengawal diri tinggi akan melihat dirinya sebagai mempunyai kebolehan dan kemahiran untuk berhadapan dengan cabaran. Apabila persepsinya terhadap situasi adalah positif maka dia dapat bertindak dengan penuh keyakinan, tenang dan membuat keputusan dengan berkesan. Perubahan berlaku dengan begitu pesat dalam masyarakat. Dalam keadaan demikian keluarga akan sentiasa berhadapan dengan cabaran baru dan lebih kompleks. Ibu bapa perlu bertindak dengan yakin, tenang dan membuat keputusan yang wajar. Respon ibu bapa terhadap cabaran akan mempengaruhi kebahagiaan keluarganya. Masalah dalam kerja yang tidak diuruskan dengan baik, mungkin akan dibawa ke dalam keluarga dengan cara tidak disedari dan menjejaskan hubungan dalam keluarga. Kemahiran mengawal diri amat penting dipelajari oleh ibu bapa kerana ia dapat : •

membantu seseorang mengawal emosinya dan bertindak dengan penuh 12

keyakinan. •

membantu seseorang mengekalkan komunikasi secara positif dengan ahli-ahli keluarga lain.



membolehkan seseorang membuat keputusan yang berkesan



mengelakkan seseorang daripada merasa tertekan

Kemahiran mengawal diri boleh dipelajari dan dipertingkatkan melalui cara-cara berikut : •

memahami kelebihan dan kekurangan dalam diri seseorang.



membuat refleksi tentang pengalaman atau pembelajaran yang lepas. Amalan refleksi membantu seseorang meneliti tindakan yang telah diambil dan kesannya.



melibatkan diri dalam banyak aktiviti dan dalam pelbagai situasi supaya seseorang mendapat pengalaman yang luas. Seseorang yang berpengalaman luas dan sering kali berjaya akan yakin dengan kebolehan diri dan mempunyai kawalan diri yang tinggi.

7.5.6 Mengekalkan Kebahagiaan Semua ibu bapa mempunyai hasrat dan cita-cita untuk menjadi ibu yang cemerlang tetapi pengalaman telah menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa merasakan prestasi mereka sebagai ibu bapa tidaklah secemerlang yang diharapkan. Malah ramai yang beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai keupayaan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang dan mengekalkan kebahagiaan dalam keluarga.

Usaha membentuk sebuah keluarga yang bahagia memerlukan ibu bapa yang cemerlang. Apakah maksud ibu bapa yang cemerlang? Ibu bapa yang cemerlang akan mempunyai personaliti berikut : 13



Matlamat hidup berkeluarga yang jelas.



Tegas



Berakhlak mulia



Mengambil berat terhadap keluarga



Komitmen yang tinggi



Yakin terhadap diri sendiri



Berketrampilan dalam pelbagai bidang



Konsisten dalam melakukan sesuatu



Pemikiran yang kreatif dan positif



Boleh diharap



Sentiasa bertenaga



Kemahiran berkomunikasi



Mudah mesra dan penyayang



Kuat bekerja



Pandai bergurau

14

Ibu bapa perlu mendidik anak supaya menjadi insan berakhlak mulia

Rahsia Membentuk Rumah Tangga Bahagia •

Landasan ilmu yang kukuh



Amalan berkasih sayang & kasih-mengasihi



Penyuburan bakat



Kejujuran & keikhlasan



Membentuk suasana kondusif



Memainkan peranan & tanggungjawab



Membuat keputusan bersama



Mempamerkan kasih sayang



Mengawal emosi & tindakan



Memberikan tumpuan masa kepada keluarga



Tidak mementingkan diri sendiri



Sentiasa berdoa untuk keluarga



Mendedahkan ajaran agama kepada anak-anak



Bersikap adil terhadap ahli keluarga

7.5.7 Memilih Pusat Penjagaan Prasekolah Untuk Kanak-Kanak Ibu bapa menganggap prasekolah akan menyediakan peluang untuk anak-anak 15

mereka berkembang sebagai seorang pelajar. Hal ini akan berlaku jika ibu bapa merasa yakin dengan kualiti guru dan prasekolah. Terdapat 3 langkah yang perlu diambil oleh ibubapa untuk memastikan kanak-kanak prasekolah mendapat pengalaman positif iaitu : •

Memilih pusat prasekolah yang betul



Menyediakan kanak-kanak untuk prasekolah



Menyokong kanak-kanak semasa belajar di prasekolah

Pemilihan pusat prasekolah untuk anak hendaklah dilakukan beberapa bulan sebelum sesi persekolahan bemula. Terdapat 4 langkah dalam memilih prasekolah, iaitu : (a) Meneliti falsafah pusat prasekolah Terdapat ibu bapa berpendapat prasekolah adalah tempat untuk membolehkan anak-anak mereka mengembangkan kemahiran asas dalam akademik. Ibu bapa yang lain mungkin melihat prasekolah sebagai tempat yang menyediakan peluang untuk kanak-kanak membentuk hubungan yang baik dengan rakan sebaya. (b) Mendapatkan senarai pusat prasekolah tempatan. Selepas menentukan falsafah prasekolah, dapatkan senarai pusat prasekolah untuk dipertimbangkan. (c) Mengumpul maklumat tentang pusat prasekolah Sebelum melawat ke prasekolah, dapatkan maklumat tentang prasekolah. Ibu bapa perlu bertanya kepada pengelola prasekolah mengenai falsafah, lokasi, kos, 16

bilangan hari pembelajaran dan sebagainya. Berdasarkan maklumat tersebut ibu bapa boleh menentukan pusat prasekolah yang sesuai dengan kehendak mereka dan melawat untuk meninjau lebih lanjut. (d) Melawat & memerhati pusat prasekolah Tetapkan temujanji dengan pihak prasekolah untuk melihat dan menemubual stafnya. Semasa lawatan, perhatikan persekitaran, bilik darjah, jadual, aktiviti pembelajaran, dan interaksi guru dan murid. Semasa sesi temu bual, pertimbangkan peraturan disiplin, tahap penglibatan ibu bapa dan kelayakan staf dan sekolah.

Semasa lawatan ibu bapa boleh menggunakan garis panduan berikut untuk membantu mereka : •

Guru Prasekolah Kelayakan, pengalaman & latar belakang guru Samada guru menghadiri latihan professional secara berterusan Jangkaan berbeza untuk kanak-kanak berlainan umur & minat Adakah kanak-kanak & guru nampak mesra Adakah kanak-kanak mendapat perhatian individu Adakah guru bertindak secara positif terhadap kanak-kanak dan berkomunikasi pada tahap kanak-kanak Adakah guru mendengar percakapan murid dan bertindak balas secara aktif Adakah guru menekankan kekuatan dan kejayaan murid Samada guru menunjukkan ciri kecindan Samada guru mempunyai falsafah mendidik kanak-kanak yang sama dengan ibu bapa 17

Adakah ibu bapa merasa mesra dan yakin dengan guru prasekolah Samada guru pandai menyelesaikan konflik di kalangan murid •

Interaksi Kanak-Kanak Adakah kanak-kanak merasa selesa dan gembira Adakah kanak-kanak berpeluang meluahkan pandangan Adakah kanak-kanak mempercayai guru untuk bantuan Adakah guru membantu kanak-kanak bertimbang rasa semasa asertif



Aktiviti Harian Adakah jadual tetap untuk kanak-kanak Bagaimana cara guru mengurus waktu rehat Apa jenis aktiviti disediakn untuk kanak-kanak dan samada aktiviti sesuai dengn umur kanak-kanak Apakah fokus aktiviti – pembelajaran, permainan kreatif atau kedua-duanya Keseimbangan aktiviti fizikal luar dan dalam Samada kanak-kanak dibenarkan memilih aktiviti yang disukai mereka Adakah guru menghargai nilai main dan menggalakkan kreativiti Kepelbagaian bahan permainan yang disediakan Adakah aktiviti main melambangkan masyarakat pelbagai budaya tanpa diskriminasi



Disiplin Bagaimana kanak-kanak dikawal Adakah kawalan disiplin berpatutan dan menekankan pengajaran tingkah laku yang bersesuaian Adakah 'time out' memberi peluang kanak-kanak membuat refleksi kendiri dan bukan sebagai hukuman Adakah kanak-kanak dilibatkan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah



Nisbah orang dewasa dan kanak-kanak 18

Apakah nisbah yang dibenarkan untuk prasekolah Berapa bilangan kanak-kanak di bawah jagaan dan umur kanak-kanak Adakah bilangan orang dewasa mencukupi untuk melayan kanak-kanak •

Persekitaran Ruang mencukupi untuk kanak-kanak bergerak bebas Ruang untuk kanak-kanak bermain, belajar secara senyap dan aktif Bilik selesa, menggalakkan, menarik dan ceria Hasil kerja murid dipamerkan



Makanan & minuman Makanan berzat dan pelbagai disediakan pada masa sesuai Guru dapat menyediakan makanan khas untuk kanak-kanak yang memerlukannya Penyimpanan dan penyediaan makanan dalam keadaan memuaskan



Layanan khas Adakah guru dapat melayan kanak-kanak dengan keperluan khas



Penglibatan ibu bapa Galakan penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan oleh prasekolah Adakah ibu bapa digalakkan untuk hadir atau memerhati semasa kelas dijalankan



Keselamatan Cahaya lampu, dan pengudaraan mencukupi Peralatan selamat dan dalam keadaan baik Ubat-ubatan dan bahan merbahaya disimpan dengan baik Alat keselamatan disediakan Pelan pemindahan kecemasan disediakan dan dilatih dari masa ke semasa Maklumat kecemasan disimpan dalam fail untuk setiap orang kanak-kanak 19



Sakit Peraturan jika kanak-kanak jatuh sakit Samada pembantu yang bertauliah ada untuk membantu sekiranya guru jatuh sakit atau mengalami kecemasan

Berdasarkan maklumat dan pemerhatian, ibu bapa boleh membuat keputusan mengenai prasekolah yang sesuai untuk anak masing-masing. Kesimpulan Untuk menjadi seorang ibu bapa yang berkesan, seseorang perlu mempunyai dedikasi, kasih sayang dan mengelakkan diri daripada suka memberi hukuman. Keibubapaan adalah kerja dan peranan yang mungkin paling penting bagi seseorang. Seseorang perlu meluangkan banyak masa, tetapi ia mendatangkan ganjaran yang amat berharga pada jangka masa panjang. Generasi akan datang (anak-anak kita) akan berkembang secara positif apabila kita memberi sepenuh perhatian dan usaha dalam mendidik mereka.

Ujian Pasca 1. Apakah maksud keibubapaan dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak? Huraikan faedah program keibubapaan kepada murid prasekolah. 2. Bagaimanakah kemahiran keibubapaan dapat membantu membentuk keluarga bahagia? 3. Huraikan bagaimana guru prasekolah dapat menggalakkan ibu bapa kanakkanak prasekolah menyertai program keibubapaan di pusat prasekolah.

20

Unit 7.6 : KEPERLUAN & KEHENDAK KANAK-KANAK HASIL PEMBELAJARAN Selepas mengikuti unit ini anda akan dapat : 1.

Memahami keperluan dan kehendak kanak-kanak

2.

Membezakan antara keperluan dan kehendak kanak-kanak dan bagaimana menanganinya

Ujian Pra 1.

Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan dan kehendak kanak-kanak?

2. Senaraikan 5 keperluan kanak-kanak pada umur 5 hingga 6 tahun 3. Sebagai seorang guru prasekolah, bagaimanakah anda menangani kehendak kanak-kanak yang tidak terbatas? 7.6.1 Memahami Keperluan Kanak-kanak

21

Keperluan adalah kehendak atau kemahuan individu untuk mengurangkan atau membetulkan keadaan kekurangan, kekacauan atau keadaan tidak seimbang berhubung individu tersebut.

Keperluan boleh wujud dalam bentuk fisiologi dan

psikologi. Keperluan fisiologi lebih kuat, lebih tetap dan memberi motivasi dalaman kepada seseorang individu.

Ini juga dipanggil dorongan.

Keperluan psikologi pula lahir

akibat hubungan antara manusia dengan pelbagai aspek persekitaran. Kedua-dua bentuk keperluan fisiologi dan psikologi ini mempunyai kaitan yang sangat rapat. Oleh kerana perkaitan yang rapat itu, makna sesuatu keperluan juga dilihat melalui cara memenuhi keperluan tersebut.

Sebagai contoh, makanan adalah satu

keperluan fisiologi tetapi disebabkan oleh faktor budaya dan agama, makanan bagi sesuatu kaum tidak menjadi makanan bagi kaum lain. Contoh paling mudah bagi keadaan ini adalah daging lembu yang boleh dimakan oleh kaum Melayu beragama Islam tidak boleh dimakan oleh kaum India beragama Hindu. Setelah memahami konsep keperluan, kita akan melihat dan mengaplikasi konsep tersebut kepada kanak-kanak.

Konsep keperluan menjadi asas untuk kita

memahami keperluan kanak-kanak. Keperluan makanan bagi kanak-kanak mungkin berbeza dengan keperluan makanan bagi orang dewasa.

Begitu juga dengan

keperluan-keperluan lain. 7.6.2 Jenis-jenis Keperluan Jenis-jenis keperluan manusia digambarkan dengan jelas oleh Maslow (1954) yang memperkenalkan Hieraki Keperluan Manusia seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.

Kesempurnaan Kendiri

Estetik

Pengetahuan

22

Keperluan Penghargaan

Kasih Sayang dan Rasa Dimiliki

Keselamatan : perlindungan

Fisiologi : makanan, air, oksigen, tidur, kepuasan deria

Rajah 1 : Hieraki Keperluan Maslow Kita akan membincangkan keperluan manusia yang ada dalam Hieraki Maslow itu berdasarkan kepada keperluan kanak-kanak. •

Keperluan fisiologi Keperluan fisiologi merupakan keperluan untuk makanan, air, oksigen, aktiviti (yang diserlahkan dalam bentuk gerakan atau bermain), dan kepuasan deria (seperti merasa makanan yang digemari, melihat gambar berwarna-warni atau mendengar lagu gembira)



Keperluan keselamatan Kanak-kanak memerlukan jaminan keselamatan selepas keperluan fisiologi mereka dipenuhi. Mereka memerlukan penjagaan ketika sakit, ibu bapa sebagai tempat bergantung, jaminan ketenteraman (fizikal dan emosi) dan dunia rutin yang teratur.



Keperluan kasih sayang dan rasa dimiliki Setelah keperluan fisiologi dan keselamatan dipenuhi, keperluan seterusnya adalah menerima dan memberi kasih sayang, juga rasa dimiliki iaitu penerimaan orang lain terhadap mereka. Kanak-kanak mahu diterima dan diberi perhatian 23

dalam sesuatu kelompok. Keperluan ini merupakan permulaan kepada keperluan psikologi.

Kekurangan perhubungan kasih sayang boleh menjadi punca

psikopatologi atau kecelaruan personaliti yang mungkin mengakibatkan tingkah laku agresif dan antisosial. •

Keperluan penghargaan Keperluan ini menghendaki seseorang itu menghormati dirinya sendiri, mendapat penghargaan daripada orang lain dan juga dapat menghormati orang lain. Penghormatan dan penghargaan yang diperlukan adalah hasil daripada pencapaiannya. Keperluan ini dipuaskan dengan cara yakin diri dan mendapat pengakuan, pemerhatian atau penghargaan daripada orang lain.



Keperluan pengetahuan Rasa ingin tahu, penerokaan dan keinginan mendapatkan pengetahuan tambahan lebih nyata bagi sesetengah kanak-kanak sahaja. Apabila keperluan ini sangat kuat maka kanak-kanak akan mula menyusun, mengatur, mencari perhubungan di antara perkara-perkara yang dilihat atau didengarnya.



Keperluan Estetik Keperluan ini biasanya ditunjukkan oleh sesetengah individu yang telah matang tetapi boleh juga diperlihatkan secara ketara oleh sebahagian kanak-kanak. Keperluan ini merupakan keinginan yang mendadak untuk kecantikan, keindahan, keadaan teratur/kemas dan simetri.



Kesempurnaan Kendiri Keperluan kesempurnaan kendiri berlaku apabila seseorang itu berkebolehan menjadi apa yang ia mampu. Pada tahap ini potensinya harus disempurnakan. Sebelum tahap keperluan ini dicapai, keperluan-keperluan lain sebelumnya harus dipuaskan terlebih dahulu. Apabila keperluan ini tercapai, seorang individu yang sihat dari segi mental dan emosi yang telah berjaya mempunyai pencapaian potensinya akan terhasil.

24

Selain daripada keperluan seperti yang dinyatakan oleh Maslow, kanak-kanak juga mempunyai keperluan untuk : •

mendapat kepercayaan Kanak-kanak

mengharapkan

orang

lain

dapat

mempercayai

mereka.

Kepercayaan ini termasuk dari aspek keupayaan menjalankan aktiviti dan kepercayaan terhadap kejujuran mereka. •

berdikari Kanak-kanak perlu berdikari untuk memberi ruang kepada mereka berkembang dan menunjukkan potensi diri. Peluang untuk memenuhi keperluan ini boleh diberikan dalam bentuk melakukan aktiviti rutin seperti menyusun barangan peribadi, mengikat tali kasut atau dalam aktiviti pembelajaran.



kawalan diri Keperluan kawalan diri lebih merujuk kepada keupayaan kanak-kanak mengawal emosi mereka.

Keperluan ini akan membolehkan kanak-kanak mempunyai

emosi yang sihat dan mengurangkan tekanan perasaan dalam proses tumbesaran mereka.

Perlukah kita memenuhi semua kehendak yang disuarakan oleh kanakkanak? 7.6.3 Kehendak Kanak-kanak Sebagai guru prasekolah, kita perlu memahami kehendak kanak-kanak. Kehendak meliputi apa sahaja yang disuarakan oleh kanak-kanak secara verbal atau nonverbal. Kehendak berbeza daripada keperluan. Kehendak kanak-kanak biasanya tidak terbatas dan melampaui daripada keperluan. Perbezaan antara keperluan dan kehendak berdasarkan Hierarki Keperluan Maslow dapat digambarkan dengan lebih jelas seperti dalam Jadual 1.

25

Jadual 1 : Perbezaan Keperluan dan Kehendak Kanak-kanak Hieraki Keperluan (Teori Maslow)

Keperluan kanak-kanak

Kehendak kanak-kanak

Implikasi kepada guru

Keperluan fisiologi

Makanan seimbang

Makanan manis, snek, makanan segera dengan mainan, minuman bergas

Menyediakan makanan seimbang dengan hiasan yang menarik dan berwarna-warni

Keperluan keselamatan

Keselamatan diri dan tempat belajar

Mencuba sesuatu aktiviti mencabar dengan gembira tanpa sedar aspek keselamatan

1. Memastikan alat permainan selamat dan tidak menyebabkan kecederaan. 2. Menyediakan tempat bermain yang selamat

Hieraki Keperluan (Teori Maslow)

Keperluan kanak-kanak

Kehendak kanak-kanak

Implikasi kepada guru

Keperluan kasih sayang dan penerimaan

Perhatian dan kasih sayang, diterima tanpa syarat

Perhatian berlebihan, sentiasa ingin dimanjakan, cemburu bila guru mendekati orang lain, nakal kerana ingin menarik perhatian

Guru adil dalam memberi perhatian, bersikap mesra dengan semua murid

Keperluan penghargaan

Keupayaan, usaha dan pencapaian diakui dan diberi pujian/penghargaan

Pujian berlebihan, mahu sentiasa diberi ganjaran/hadiah berbentuk material

Guru memberi penghargaan atas keupayaan sebenar, bukan semata-mata memuji tanpa sebab yang jelas. Penghargaan diseimbangkan, tidak hanya berbentuk material, tidak mengkritik kesilapan, sebaliknya memberi dorongan untuk memperbaiki usaha

Keperluan pengetahuan

Mendapatkan pengetahuan baru, cuba menghubungkait pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru,

Pertanyaan berlebihan sehingga mengganggu pengajaran dan pembelajaran (P&P), membuat aktiviti untuk

Guru merancang aktiviti pembelajaran berbentuk permainan yang menarik dan merangsang pemikiran mereka serta menimbulkan sifat ingin

26

Keperluan estetik

Hieraki Keperluan (Teori Maslow) Kesempurnaan kendiri

ingin tahu

bermain sematamata tanpa mengambil kira unsur pengetahuan

tahu.

Menyusun peralatan dengan kemas, mengemas diri, melihat gambar berwarna-warni

Inginkan peralatan peribadi yang mempunyai karektor yang digemari mereka (seperti ”Garfield”), menghias diri secara berlebihan, berpakaian mengikut fesyen terkini

Guru menggunakan alat bantu mengajar (ABM) yang menarik dan berwarna-warni, menghias bilik darjah, menyusun peralatan dengan kemas, guru sentiasa ceria, bersih dan kemas.

Keperluan kanak-kanak

Kehendak kanak-kanak

Implikasi kepada guru

Berbangga dengan potensi diri, sentiasa mahu mendahului dalam melaksanakan setiap aktiviti hingga tidak memberi peluang kepada orang lain

Membimbing murid supaya gemar mencuba dan pada masa yang sama memberi peluang kepada orang lain, merancang aktiviti pengayaan untuk murid yang berpotensi, memberi keyakinan kepada murid tentang kebolehan dan bakat mereka

Menyerlahkan potensi diri

KESIMPULAN Setelah kita memahami perbezaan keperluan dan kehendak kanak-kanak, sebagai guru prasekolah kita perlu lebih berusaha memenuhi keperluan mereka, bukan sentiasa mengikut kehendak mereka. Keperluan kanak-kanak yang dipenuhi akan menghasilkan individu yang sihat dan tampil sebagai manusia sempurna yang mempunyai keseimbangan diri.

27

Ujian Pasca 1.

Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan dan kehendak kanak-kanak?

2.

Senaraikan 5 keperluan kanak-kanak pada umur 5 hingga 6 tahun

3.

Sebagai seorang guru prasekolah, bagaimanakah anda menangani kehendak kanak-kanak yang tidak terbatas?

Unit 7.7

:

HARGA DIRI

HASIL PEMBELAJARAN Setelah mengikuti unit ini anda akan dapat : 1.

menjelaskan konsep harga diri

2.

menjelaskan bagaimana konsep diri terbentuk

3.

menghuraikan kepentingan dan kesan harga diri

4.

menyatakan indikator bagi harga diri tinggi dan harga diri rendah

5.

menyatakan strategi untuk meningkatkan harga diri kanak-kanak

Ujian Pra 1.

Apakah yang anda tahu tentang harga diri dan bagaimana anda mendapat harga diri anda?

2.

Mengapakah terdapat kanak-kanak yang pasif, pesimis dan terlalu mengharapkan bantuan orang lain di dalam kelas?

3.

Apakah yang dapat seorang guru lakukan untuk membantu pembentukan harga diri tinggi dalam diri kanak-kanak?

7.7.1

:

Konsep Harga Diri

28

Harga diri melibatkan perasaan dan penilaian yang menyeluruh ke atas diri sendiri. Ada pakar-pakar psikologi yang mengatakan harga diri ialah sejauh mana seseorang itu dapat menerima diri sendiri sebagaimana yang sebenarnya. Maksudnya dapatkah seseorang itu menerima bahawa dia mempunyai crri-ciri yang istimewa pada dirinya dan juga ciri-ciri yang tidak istimewa. Dia juga menerima bahawa dia bukan hanya sudah melakukan banyak perkara yang baik dan bijaksana, tetapi juga pernah melakukan perkara-perkara yang bodoh dan tidak bijaksana. Dia dapat mengakui ada masanya dia berjaya, tetapi ada masanya dia gagal kerana tersilap. Harga diri juga memberitahu sejauh mana seseorang itu berasa dirinya seorang yang baik dan berguna, tanpa mengira apa yang sudah berlaku pada dirinya selama ini. Contohnya walaupun seseorang itu sudah gagal mendapat gred yang baik di sekolah, apabila dia tidak pula berasa dirinya seorang yang bodoh di sekolah malah dia berasa dia seorang yang berbakat dan istimewa, maka itu adalah tanda-tanda dia mempunyai harga diri yang sihat.

Bagaimanakah harga diri kita terbentuk? Harga diri ialah sebahagian daripada unsur dalam konsep kendiri di mana harga diri adalah bahagian yang menilai diri sendiri. Harga diri mempunyai kaitan yang amat kuat dengan keyakinan diri dan kejayaan. Kanak-kanak tidak lahir dengan konsep diri atau harga diri tetapi harga diri terbentuk melalui cara orang lain di sekeliling mereka bertutur, bertindakbalas dan melayan mereka. Sebelum kanak-kanak menjejakkan kaki mereka ke sekolah, ibu bapa atau pengasuhlah yang sangat mempengaruhi pembentukan harga diri mereka.

Apabila kanak-kanak mulai ke

sekolah, guru juga mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pembentukan harga diri kanak-kanak. Guru boleh mengurangkan harga diri kanak-kanak tanpa disedari. Kanank-kanak

yang

dicap

malas,

bodoh,

mengurangkan harga diri kanak-kanak.

lembab

dan

bermasalah

akan

Guru akan menjadi penghalang kepada

pembentukan harga diri yang tinggi apabila mereka membanding-banding, mengkritik atau memberikan perlindungan yang yang berlebihan kepada kanakkanak. Sebaliknya kalau mereka sering diberi pujian dan galakan harga diri akan 29

terbentuk dan harga diri inilah yang akan menjamin kesejahteraan sepanjang hidup mereka. Setiap kanak-kanak adalah istimewa.

Mereka mempunyai bakat dan kebolehan

yang unik yang membezakannya dengan kanak-kanak lain.

Tanggungjawab ibu

bapa dan guru ialah menolong mereka mengetahui kenyataan ini. Sekiranya kanakkanak membesar dengan harga diri yang tinggi, mereka akan mempunyai keberanian dan keyakinan untuk mencuba perkara baru, menghormati idea orang lain dan menghadapi cabaran kerana mereka tahu bahawa mereka akan berjaya sekiranya mereka bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu perkara. 7.7.2 Kepentingan Dan Pengaruh Harga Diri Yang Tinggi Harga diri kanak-kanak adalah sangat penting dalam menentukan perkembangan kanak-kanak yang sihat dalam semua aspek. Harga diri yang rendah akan mengakibatkan pembentukan personaliti yang kurang menarik sebaliknya harga diri yang tinggi akan menjamin kesejahteraan hidup dan kejayaan. •

Seseorang kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi akan mempunyai prestasi yang lebih baik dalam pembelajarannya. Ini adalah kerana beliau berani mencuba, bertanya dan meneroka.



Kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah tidak berani melibatkan diri dan tidak mahu bertanya. Mereka sentiasa takut akan pandangan orang lain terhadap diri mereka.



Kanak-kanak dengan harga diri tinggi juga akan lebih pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan sosial mereka. Mereka tidak senang tersinggung oleh komen atau pendapat rakan sebaya.



Disebabkan oleh keberanian untuk mencuba dan meneroka, kanak-kanak dengan harga diri tinggi juga lebih kreatif dalam pemikiran dan hasil kerja mereka.



Kanak-kanak

yang mempunyai harga diri yang rendah akan cenderung

mengalami keciciran dalam persekolahan mereka. •

Kanak-kanak yang tidak dihargai tidak berani melibatkan diri dalam aktiviti 30

pembelajaran dan tidak berani bertanya sekiranya mereka tidak memahami sesuatu. Bila prestasi mereka tidak baik, guru akan mengkritik atau menghina mereka ataupun mengabaikan kanak-kanak sedemikian. Akhirnya mereka akan tercicir dalam pelajaran mereka. •

Ada juga yang membentuk kumpulan dan menunjukkan kenakalan mereka kerana mereka telah hilang minat untuk belajar. Akibat kenakalan mereka , mereka mungkin didenda atau dimarahi. Masalah ini akan berlarutan sekiranya tidak diatasi pada peringkat awal.



Kanak-kanak yang sering tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran akan menjadi pasif dan akhirnya mereka sering tidak berupaya melaksanakan tugasan yang mudah.

Oleh yang demikian harga diri yang tinggi adalah sangat penting dalam memastikan kanak-kanak berkembang secara sihat baik dari aspek emosi, kognitif atau sosial. Pernahkah anda memarahi atau memberi komen negatif kepada kanak-kanak di bawah jagaan atau didikan anda? 7.7.3 Kesan Harga Diri Yang Rendah Kepada Kanak-kanak Kanak-kanak dengan harga diri yang rendah akan mempamerkan sifat-sifat berikut: •

Pesimis

Mereka akan melihat sesuatu secara negatif dan tidak bersemangat dalam aktiviti harian mereka. Kesan daripada sikap ini akan menyebabkan kanak-kanak hilang minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran kerana melihatnya sebagai sesuatu yang tidak bermakna. •

Keliru

Kanak-kanak akan sering keliru kerana tidak faham apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Keengganan mereka bertanya kerana malu atau takut akan memburukkan keadaan ini. Sekiranya mereka sering diejek dan disindir ini akan menambahkan kekeliruan mereka.

31



Bimbang

Kanak-kanak akan cenderung bimbang dan mempamerkan tingkah laku yang menunjukkan kebimbangan mereka. Ini disebabkan mereka tidak yakin tentang kebolehan diri mereka dan situasi di sekelilingnya. •

Terlalu mengharap

Golongan ini tidak berinisiatif, tidak mahu berusaha atau mencuba sesuatu dengan kemampuan diri mereka.

Mereka sering mengharapkan pertolongan

orang lain dan akan rasa mereka tidak berupaya melaksanakan sesuatu yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. •

Kesilapan menerima mesej

Harga diri yang rendah akan menyebabkan mereka tidak memberi tumpuan kepada apa yang disampaikan oleh guru. Akibatnya mereka sering tidak dapat menerima mesej dengan cekap. 7.7.4

Indikator Harga Diri Tinggi

Kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi akan menunjukkan tingkah laku berikut : •

Mempamerkan kebolehan

Kanak-kanak demikian tidak akan segan silu untuk menunjukkan kebolehan mereka sama ada dalam aktiviti nyanyian, lakonan, aktiviti fizikal dan sebagainya. Ini disebabkan oleh keyakinan mereka terhadap diri mereka kerana penghargaan yang diberikan oleh orang lain kepada mereka.

32

Contoh kanak-kanak dengan keyakinan diri yang tinggi



Mampu mempengaruhi orang lain

Dalam pergaulan dengan rakan sebaya, kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi sentiasa berinisiatif dan menonjolkan sifat kepimpinan mereka dan cara mereka mempengaruhi kawan-kawan yang lain. Kanak-kanak sedemikian sering menjadi pemimpin dan kanak-kanak lain akan mendengar cakap atau arahan mereka.

33

Sifat kepimpinan merupakan indikator harga diri tinggi



Suka belajar perkara baru

Kanak-kanak dengan harga diri tinggi akan sentiasa riang dan gembira serta bersemangat apabila mereka mempelajari sesuatu yang baru. Apa juga pelajaran baru yang diajar oleh guru akan berjaya menarik minat mereka. Mereka tidak akan takut dengan cabaran yang harus ditempuhi. •

Sabar

Golongan kanak-kanak ini juga sabar dalam menunggu giliran , sabar dengan karenah kawan-kawan, tidak banyak bergaduh. Harga diri tinggi menyebabkan mereka yakin giliran mereka akan sampai dan hak mereka tidak akan ke mana. Mereka juga tidak perlu menunjukkan karenah mereka bagi menarik perhatian orang lain. Sifat tolak ansur juga menyebabkan mereka tidak banyak bergaduh. •

Bertolak ansur

Mereka sedia bekerjasama dan bertolak ansur dan tidak takut diri mereka akan rugi sekiranya mereka bertolak ansur. Ini adalah disebabkan oleh cara mereka menghargai orang lain dan menghargai diri mereka sendiri. •

Bertanggungjawab

Kanak-kanak dalam golongan ini juga sentiasa melaksanakan sesuatu yang 34

dipertanggungjawabkan kepada mereka. Tugasan seperti menolong mengemas kelas,

menolong

kawan

dan

sebagainya

dilaksanakan

dengan

penuh

tanggungjawab. •

Memberi respon

Mereka akan sentiasa memberi respon sekiranya ditanya atau diajak bercakap. Kanak-kanak yang tidak mahu memberi respon ialah mereka yang tidak yakin pada diri sendiri dan takut respon mereka akan disindir atau diperkecil-kecilkan. Pada pendapat anda adakah murid anda mempunyai harga diri yang sihat? Sekiranya tidak bagaimankah anda dapat membantu mereka? 7.7.5

Strategi Membantu Kanak-kanak Membentuk Harga Diri Tinggi

Guru prasekolah perlu membantu kanak-kanak membina harga diri yang tinggi. Antara strategi yang boleh digunakan : •

Bentuk peraturan yang jelas dan nyatakan tingkah laku yang diharapkan. Apabila kanak-kanak ada batasan dan tahu tingkah laku yang diharapkan daripada mereka, mereka akan membentuk harga diri yang tinggi.



Galakkan kebebasan dalam diri kanak-kanak. Guru perlu tahu masa yang sesuai untuk memberi kebebasan kepada mereka.



Berikan peluang kepada kanak-kanak untuk bergembira, menjelajah, meneroka, ketawa dan mempamerkan kreativiti mereka.



Izinkan

kanak-kanak

membuat

keputusan

senidiri

serta

memikul

tanggungjawab. •

Sediakan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak untuk menyatakan perasaan dan pendapat mereka.



Tunjukkan rasa hormat kepada semua kanak-kanak di dalam kelas tanpa 35

mengira bangsa, jantina, agama dan latar belakang. •

Sediakan banyak peluang untuk kanak-kanak menikmati kejayaan.



Galakkan

kanak-kanak mencuba

perkara-perkara baru

dan sanggup

menerima cabaran. •

Elakkan daripada mempunyai jangkaan yang terlalu tinggi pada kanak-kanak. Guru harus tahu kebolehan setiap anak muridnya.



Sering gunakan galakan dan pujian daripada kritikan dan pernyataan negatif.



Bantu kanak-kanak melihat diri mereka sebagai unik dan istimewa. Bincangkan ciri-ciri fizikal, personaliti, bakat dan minat yang berbeza.



Jangan harapkan yang kanak-kanak itu sempurna.

Tunjukkan kepada

mereka bahawa sekiranya mereka gagal, itu bukanlah suatu kesalahan. Bantu mereka belajar menyelesaikan kesilapan serta belajar melalui kesilapan. •

Jangan menegur kanak-kanak secara negatif atau dalam keadaan yang menyakitkan hati mereka di khalayak ramai dan jangan benarkan kanakkanak memperkecil-keclkan diri sendiri ataupun orang lain.



Jalani kehidupan ini dengan penuh semangat dan dengan harapan yang tinggi. Fikirkan tentang diri anda, situasi anda dan kanak-kanak di bawah jagaan anda secara positif.



Berikan banyak senyuman dan peneguhan positif kepada kanak-kanak supaya mereka tahu diri mereka dihargai.

36

7.7.6 Aktiviti-aktiviti Menggalakkan Harga Diri Tinggi Terdapat berbagai-bagai aktiviti yang boleh dikendalikan oleh guru sebagai galakan peningkatan harga diri seperti : •

Minta kanak-kanak melihat diri mereka dalam cermin dan nyatakan perkara yang mereka suka berkenaan diri sendiri.



Pilih seorang kanak-kanak setiap minggu. Buat poster besar yang mengandungi gambar, kegemaran, binatang kesayangan dan sebagainya tentang kanak-kanak berkenaan.



Minta kanak-kanak bercakap berkenaan kebaikan kawannya.



Kerap meminta kanak-kanak memberi peneguhan kepada diri sendiri tentang keunikan dan keistimewaan diri sendiri.



Galakkan kanak-kanak melukis gambar dan bercerita tentang diri sendiri.



Simpan gambar kanak-kanak dalam album kelas.



Galakkan kanak-kanak membuat buku “Diri Saya’.

Kandungannya ialah

lukisan gambar keluarga, rumah, kawan, sekolah, perkara yang disukai dan tidak disukai dan sebagainya. •

Minta kanak-kanak melengkapkan ayat : “Saya istimewa kerana…………….”



Buat satu poster “Saya boleh”. Suruh kanak-kanak melukis atau menulis ayat berkenaan perkara-perkara yang dapat mereka lakukan.



Minta kanak-kanak beratur dalam dua barisan dan berhadapan satu dengan yang lain. Seorang demi seorang berjalan dalam lorong. Secara bergilir-gilir 37

kanak-kanak yang sedang berbaris akan menyentuh kanak-kanak tersebut dan nyatakan sesuatu yang positif. KESIMPULAN Persekitaran yang menggalakkan, iaitu suasana yang mesra, penuh rasa hormat dan peneguhan positif akan membuat kanak-kanak merasa disayangi dan dihargai. Pembentukan harga diri yang tinggi merupakan hadiah yang paling ‘tahan lama’ dan berkesan yang dapat diberikan oleh seseorang guru kepada kanak-kanak pada peringkat ini. Oleh yang demikian guru yang komited dan bertanggungjawab tidak akan mengabaikan tanggungjawab ini kerana mereka sedar bahawa apa yang mereka lakukan pada peringkat ini akan memberi kesan yang mungkin berlarutan sepanjang hidup kanak-kanak yang dididik mereka.

Ujian Pasca 1.

Apakah yang anda tahu tentang harga diri dan bagaimana anda mendapat harga diri anda?

2.

Mengapakah terdapat kanak-kanak yang pasif, pesimis dan terlalu mengharapkan bantuan orang lain di dalam kelas?

3.

Apakah yang dapat seorang guru lakukan untuk membantu pembentukan

harga diri tinggi dalam diri kanak-kanak? BIBLIOGRAFI Ainon Mohd. (2004). Panduan Menggunakan Teori Motivasi Di Tempat Kerja. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Krulik, N. (2005). Raise Your Child’s Self-Esteem! 99 Easy Things To Do. New York : Scholastic Inc. Pvt. Ltd. Maslow, A.H. (1954). Motivation and Personality. New York : Harper & Row 38

Publishers. Ms 80-106. Mohd Fadzilah Kamsah & Rahmat Ismail ( 1997 ). Kecemerlangan Kekeluaragaan. Menjadi ibu Bapa Cemerlang. Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd. Mohd Fadzilah Kamsah & Rahmat Ismail ( 1999 ). Kecemerlangan Mendidik Anak. Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2004). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah. Edisi 3. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2003). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.

PANEL PENGGUBALAN MODUL

Bil. 1.

Nama En. Tan Lay Yen Institut Perguruan Sarawak, Miri, Sarawak

Kelayakan / Pengalaman BA (Hons) Diploma Pendidikan Diploma Pengurusan (MIM) Diploma Pengurusan Pentadbiran (UK) MSc. (Pengurusan) Pengalaman Sekolah : 4 tahun Pengalaman IPG : 18 tahun

39

2.

Pn. Low Siew Fah Institut Perguruan Tunku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

BA (Hons) Diploma Pendidikan MEd. (Psikologi Pendidikan) Pengalaman Sekolah : 10 tahun Pengalaman IPG : 6 tahun

3.

Pn. Rashidah Elias Institut Perguruan Sarawak, Miri, Sarawak

BSc. (Hons) Diploma Pendidikan MSc. (Pembangunan Sumber Manusia) Pengalaman Sekolah : 7 tahun Pengalaman IPG : 5 tahun

4.

Nor Fauziyana Mohd. Yusof Pusat Latihan KEMAS, Kepala Batas, Pulau Pinang

Sijil Tinggi Pelajaran Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih : 11 tahun

PANEL PEMURNIAN MODUL

Bil.

Nama

Kelayakan / Pengalaman

1.

Pn. Low Siew Fah Institut Perguruan Tunku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

BA (Hons) Diploma Pendidikan MEd. (Psikologi Pendidikan) Pengalaman Sekolah : 10 tahun Pengalaman IPG : 6 tahun

2.

Pn. Rashidah Elias Institut Perguruan Sarawak,

BSc. (Hons) Diploma Pendidikan 40

3.

Miri, Sarawak

MSc. (Pembangunan Sumber Manusia) Pengalaman Sekolah : 7 tahun Pengalaman IPG : 5 tahun

Pn. Nor Fadhilah Kamahijaz KEMAS Daerah Kuala Muda, Kedah.

Sijil Jurulatih Pendidikan Awal Kanak-kanak Sijil Teknologi Pendidikan USM Jurulatih : 22 tahun Pengetua Pusat Latihan KEMAS : 2 tahun Pegawai KEMAS Daerah : 2 tahun

41

Related Documents

Ibubapa
May 2020 37
Modul 9
July 2020 50
Modul 9
May 2020 71
Modul 9
June 2020 54

More Documents from "Suhadi Sahru"

Perkembangan Fizikal
December 2019 30
Struktur Kdpm Kdc Kemas
December 2019 36
Struktur Kdpm Kemas
May 2020 25
Kbkk Pra
December 2019 34