Cabaran dan Budaya Keusahawanan Oleh: Prof. Madya Dr. Mohamed Dahlan MEDEC, UiTM Shah Alam
PROUD/DIS/2003
Kandungan Modul
Cabaran Keusahawanan Jenis cabaran Peringkat cabaran Menangani cabaran Budaya Keusahawanan Takrif budaya keusahawanan Penerapan budaya keusahawanan Beberapa contoh budaya keusahawanan
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
2
PROUD/DIS/2003
Cabaran Keusahawanan Usahawan yang berjaya suka kepada cabaran. Cabaran kepada usahawan boleh diibaratkan seperti layang-layang (wau) dengan angin. Lebih kuat angin (cabaran), lebih tinggi wau (perniagaan) akan terbang, maka semakin seronoklah pemain wau (usahawan)
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
3
PROUD/DIS/2003
Jenis atau Bentuk Cabaran Untuk berjaya, usahawan perlu menghadapi cabaran. Justeru itu, setiap usahawan perlu bersedia menyahut cabaran. Sebelum menyahut cabaran, usahawan perlu tahu apakah jenis dan bentuk cabaran yang bakal mendatang. Ini penting kerana ia akan membantu usahawan membuat persediaan yang sewajarnya.
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
4
PROUD/DIS/2003
Jenis atau Bentuk Cabaran
Secara umumnya, jenis atau bentuk cabaran boleh dikategorikan seperti berikut: Cabaran dalaman (internal challenges) Cabaran luaran (external or environmental challenges) Peringkat keluarga Peringkat masyarakat Peringkat Industri Peringkat negara
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
5
PROUD/DIS/2003
Cabaran Dalaman Cabaran dalaman adalah unsur-unsur yang mencabar kewibawaan seseorang dalam merealisasikan impian seseorang. Unsur-unsur ini boleh memberi rangsangan positif atau negatif bergantung kepada tanggapan atau cara bagaimana kita mengatasinya.
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
6
PROUD/DIS/2003
Cabaran Dalaman Sebagai contoh, salah satu cabaran dalaman kepada seseorang usahawan ialah keyakinan terhadap dirinya untuk memulakan kerjaya sebagai seorang usahawan. Pada peringkat ini, beliau mungkin memikirkan beberapa natijah atau kemungkinan yang akan berlaku ekoran daripada keputusannya menjadi seorang usahawan. Antaranya adalah sama ada berjaya (lebih baik), tiada perubahan (status-quo) atau gagal (lebih teruk).
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
7
PROUD/DIS/2003
Cabaran Dalaman Masalahnya di sini ialah siapa yang tahu kemungkinan yang mana akan berlaku! Sekiranya, kita tidak mahu mengambil cabaran (melupakan keinginan menjadi usahawan) maka kemungkinan pertama dan ketiga tidak akan berlaku. Dalam ertikata yang lain, perubahan tidak akan berlaku. Untuk mendapatkan perubahan, usahawan perlu kepada cabaran dalaman (mencabar dirinya sendiri – “internal push”)
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
8
PROUD/DIS/2003
Cabaran Dalaman
Peribahasa kita banyak mengungkapkan kata-kata semangat untuk kita menyahut cabaran. Antara lain; “Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” “Yang pipih tak akan datang melayang, yang bulat tak akan datang bergolek” “Belum cuba, belum tahu” “Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar basah” “Biar putih tulang jangan putih mata”
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
9
PROUD/DIS/2003
Cabaran Dalaman
Begitu juga dengan lain-lain cabaran dalaman berikut: Kurang pengalaman atau pengetahuan Mudah selesa dengan apa yang ada Tahap kesabaran dan kesungguhan Cabaran psikologi dan fisiologi Kehendak sendiri atau orang lain Kedudukan kewangan
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
10
PROUD/DIS/2003
Cabaran Dalaman
Untuk mengatasi cabaran dalaman, orang paling baik dapat membantu ialah…… DIRI ANDA SENDIRI Dapatkan nasihat serta pandangan orang lain. Orang lain ini tidak semestinya…… • “PAKAR” tetapi • Seorang yang berpengalaman Guru yang paling baik ialah ‘pengalaman kita sendiri’. Bagaimana hendak menimba pengalaman, kalau kita tidak berani mencuba. Oleh itu, anggaplah cabaran dalaman itu umpama ranjau-ranjau yang perlu disisihkan di sepanjang perjalanan ketika kita memburu cita-cita menjadi seorang usahawan.
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
11
PROUD/DIS/2003
Cabaran Luaran
Datang dari beberapa peringkat: Keluarga terdekat. Masyarakat setempat (jiran dan rakan) Industri Negara (nasionalisma/patriotisma) Cabaran keluarga – beberapa persoalan? Pendapatan tetap vs. pendapatan luwes Menambah pendapatan atau mengurangkan simpanan Pembahagian masa
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
12
PROUD/DIS/2003
Cabaran Luaran
Cabaran masyarakat setempat (paradigma metal yang sempit) Mengapa nak jadi usahawan? Orang Melayu pandai berniaga ke? Kalau tak kaya – kayap! Lebih suka lihat kegagalan drp kejayaan Lebih suka mengata drp memberi sokongan
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
13
PROUD/DIS/2003
Cabaran Luaran
Cabaran peringkat industri Mencari perniagaan yang sesuai Mendapatkan pembiayaan tambahan Mengeksploitasi insentif dan peluang yang ada Memahami kaedah perniagaan “business model” dalam industri berkenaan Mewujudkan “networking” yang relevan Persaingan (cooperate not compete) Produk dan perkhidmatan (quality, price, customer service, branding etc)
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
14
PROUD/DIS/2003
Cabaran Luaran
Cabaran peringkat negara Menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Sebagai penggerak utama pengembelingan sumber-sumber negara Menambah nilai (added-value) kepada produk atau perkhidmatan yang diberikan Menjadi peneraju dengan memperhebatkan “R & D” dan inovasi yang berterusan
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
15
PROUD/DIS/2003
Peringkat-peringkat Cabaran
At the entrepreneur’s level: As you move from conquering your internal challenges to external challenges, the intensity of those challenges increases. At the enterprise’s level: As the enterprise moves on from its infancy to adolescence to maturity, the intensity of challenges also increases. However, when it reaches the highest level, the entrepreneur has already gained so much experience so much so that assuming those challenges has become part and parcel of their entrepreneurial life.
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
16
PROUD/DIS/2003
Budaya Keusahawanan Takrif budaya ialah sebagai satu cara hidup, tradisi, pegangan, kefahaman, peradaban sesuatu masyarakat yang diwarisi secara indoktrinasi atau secara sukarela. Walau bagaimana pun, proses pembudayaan memakan masa yang agak lama untuk dilihat kesannya.
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
17
PROUD/DIS/2003
Budaya Keusahawanan
Proses pembudayaan melibatkan: Sumber budaya (agama, kepercayaan, adat, perbuatan nenek moyang, kata-kata orang tua atau pemimpin sesuatu bangsa) Pengajaran atau penerapan budaya melalui proses sosialisasi, pendidikan formal dan informal, role-model, hukuman atau secara metafizik (ritual) dsbnya.
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
18
PROUD/DIS/2003
Budaya Keusahawanan
Proses pembudayaan melibatkan: Mengamalkan atau melaksanakan budaya dalam kehidupan Mempertahankan serta memastikan kelangsungan budaya kepada generasi seterusnya. Dalam konteks budaya keusahawanan dalam negara, kita akan memfokuskan kepada budaya dua bangsa iaitu Melayu dan Cina.
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
19
PROUD/DIS/2003
Budaya Keusahawanan
Adakah bangsa Cina lebih mantap budaya keusahawanannya berbanding dengan bangsa Melayu? Apakah contoh-contoh yang menunjukkan budaya keusahawanan bangsa Cina lebih mantap? Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada kemantapan budaya keusahawanan di kalangan bangsa Cina? Adakah budaya keusahawanan bangsa Cina wajar dipelajari serta diamalkan oleh bangsa Melayu?
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
20
PROUD/DIS/2003
Budaya Keusahawanan
Faktor Perbedaan (bukan pertentangan) budaya antara masyarakat Cina dan Melayu termasuk: Sumber budaya – dari mana datangnya sumber tersebut? Penerapan budaya – bagaimana prosesnya? Sukarela atau terpaksa? Amalan budaya – sekadar amalan biasa atau satu tanggung jawab bangsa? Kelangsungan budaya – tanggung jawab siapa?
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
21
PROUD/DIS/2003
Budaya Keusahawanan
Oleh kerana, proses penerapan budaya memerlukan masa yang panjang di samping komitmen yang berterusan, namun usaha-usaha ke arah penerapan budaya keusahawanan khususnya, di kalangan orang Melayu sudah pun bermula. Antaranya, dalam bidang pendidikan… Dari tadika ke IPT Kurikulum dan ko-kurikulum Latihan keusahawanan berterusan
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
22
PROUD/DIS/2003
Budaya Keusahawanan
Dari segi polisi…. Peruntukan yang besar untuk mewujudkan usahawan yang berwibawa Matlamat seorang usahawan setiap lima rumah Pemberian insentif serta kemudahan perniagaan Adakalanya pemberian ini “counter productive” kerana menerapkan budaya “gantung” Penggabungan pintar – mempercepatkan proses pembudayaan
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
23
PROUD/DIS/2003
Budaya Keusahawanan
Dari segi masyarakat….. Memberi pengiktirafan kepada golongan usahawan Memberi sokongan moral Bekerja sama untuk manfaat bersama Dari segi keluarga…. Galakkan anak-anak berniaga Budaya makan gaji ditukar kepada kerja sendiri
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
24
PROUD/DIS/2003
Kesimpulan Setiap kerjaya mempunyai cabaran. Cabaran boleh dijadikan “inspirasi” atau “pembunuh motivasi”. Setiap cabaran ada ganjaran. Budaya keusahawanan Melayu masih baru. Budaya boleh dipelajari dan diterapkan. Masyarakat perlu merubah paradigma mental.
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
25
PROUD/DIS/2003
16 DIS 2003
DR. DAHLAN
26