Cabaran 3 Pola Konflik

  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cabaran 3 Pola Konflik as PDF for free.

More details

  • Words: 2,032
  • Pages: 7
Cabaran- cabaran Hubungan Etnik di Malaysia Malaysia sebagai sebuah Negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama, bahasa dan budaya sudah tentu tidak dapat lari dari menghadapi cabaran hubungan etnik. Pelbagai cabaran yang harus ditempuhi oleh masyarakat Malaysia disebabkan wujudnya konflik dalam masyarakat majmuk ini. Cabaran-cabaran hubungan etnik di Malaysia mempunyai lima aspek utama, iaitu dari segi politik, ekonomi, sosial, agama dan budaya, dan globalisasi. 1. CABARAN DARI ASPEK POLITIK Kepelbagaian kaum yang ada menyebabkan masyarakat masing-masing menubuhkan persatuan dan parti politik yang berasaskan kepada kaum masing-masing. Contohnya kaum Melayu memperjuangkan hak orang-orang Melayu melalui parti United Malaysian National Organisation (UMNO), orang Cina melalui parti Malaysian Chinese Assosiation (MCA), dan kaum India melalui parti Malaysian Indian Congress (MIC). Oleh kerana setiap parti bebas menyuarakan pendapat dan isi hati, semangat perkauman semakin menyemarak dalam diri masyarakat di Malaysia. Alasan parti-parti politik ini ditubuhkan mengikut kaum adalah untuk mengelakkan kaum itu ditindas oleh kaum lain. Hakikatnya, keadaan inilah yang sebenarnya akan lebih menimbulkan konflik tentang sesuatu isu yang dibangkitkan. Perjuangan mereka lebih mementingkan pembelaan kaum masing-masing melebihi kepentingan negara. Manakala krisis nilai dan akhlak yang membelenggu personaliti ahli-ahli politik masa kini juga mengakibatkan berlakunya perselisihan kaum yang menyumbang kepada perpecahan. Perkara ini berlaku disebabkan kegagalan kita dalam melahirkan pelapis pemimpin negara yang menghormati dan memahami kaum lain. Hal ini bukan hanya berpunca daripada sikap kaum itu sendiri yang ego dan mementingkan kaum serta gagal untuk menerima perubahan yang terdapat dalam dasar pendidikan. Sebagai contohnya, perlaksanaan dasar bahasa kebangsaan dan sekolah integrasi yang ditentang hebat oleh pelbagai kaum tanpa memikirkan kebaikan dan tujuan murni kerajaan untuk melahirkan generasi yang memahami dan peka terhadap kaum lain. Corak politik yang sebegini akan menyumbang kepada perpecahan dan pertelingkahan dikalangan ahli-ahli politik dan para penyokongnya, seterusnya akan menghalang berlakunya perpaduan kaum di Malaysia. Politik yang berasaskan kaum ini seringkali menimbulkan ancaman yang besar terhadap kesejahteraan negara. Malah, ada dalam kalangan ahli politik yang cetek ilmu pengetahuan tentang sejarah di Malaysia mempertikaikan kuasa Raja-raja Melayu dan status kedudukan orang-orang Melayu. Isu-isu ini bagaikan mencurahkan minyak ke dalam bara api. Ia boleh membangkitkan api kemarahan orang-orang Melayu dan boleh mencetuskan pertumpahan darah di negara ini. Setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti politik masing-masing. Namun begitu, kewujudan parti politik yang pelbagai boleh mencetuskan konflik antara satu sama lain. Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik tidak akan mampu menyumbang kearah masyarakat yang

bersatu padu. Semua etnik saling berusaha untuk mengekalkan identiti masing-masing sehingga boleh membawa kepada hilangnya semangat taat setia kepada Negara. Ada juga masyarakat yang sukar menerima kaum lain sebagai pemimpin mereka kerana setiap persatuan hanya akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya serta menyuara, menjaga dan memperjuangkan kepentingan dan kelangsungan kaum masing-masng sahaja. Mereka juga memperalatkan isu perkauman hanya untuk tujuan politik. 2. CABARAN DARI ASPEK EKONOMI Cabaran dari aspek ekonomi yang mempunyai dua ciri iaitu dominasi sektor ekonomi dan perbezaan pekerjaan. Dari segi dominasi sektor ekonomi , wujudnya jurang pendapatan antara setiap etnik dan penguasaan ekonomi yang berbeza. Tiap-tiap etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud. Sebagai contoh, majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Selain itu, kaum cina yang umumnya menguasai perniagaan, perdagangan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Perkara ini memberi implikasi terhadap ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik terutamanya kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian. Di samping itu, kaum India juga berdepan dengan nasib yang sama di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja. Hal ini akan mewujudkan ketidakseimbangan dan persaingan berlaku dalam masyarakat menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Seterusnya, dari segi perbezaan pekerjaan pula, jenis pekerjaan pada masa kini tidak lagi menggambarkan identiti sesuatu kaum di Malaysia. Semua kaum bebas memilih pekerjaan yang mereka inginkan, sama ada dalam sektor awam, swasta atau bekerja sendiri. Keadaan ini adalah hasil daripada dasar kerajaan yang telah berjaya memberi pendidikan kepada semua kaum.

Dalam sektor awam, jawatan guru contohnya, terdiri daripada pelbagai kaum, Melayu, India, Cina, Iban, Kadazan dan sebagainya. Melalui percampuran pelbagai kaum, ianya memudahkan lagi matlamat kerajaan untuk mencapai perpaduan dan integriti kaum di negara ini. Golongan ini lebih mudah memahami dan menghormati budaya dan adat resam kaum lain. Semasa pemerintahan British, mereka telah menetapkan bidang-bidang kegiatan ekonomi penduduk di Tanah Melayu mengikut keperluan ekonomi British. Oleh itu, orang Melayu, Cina dan India dibiarkan menjalankan aktiviti ekonomi yang berlainan. Kebanyakan orang Melayu di luar bandar merupakan petani, pekebun kecil, penoreh getah atau nelayan. Mereka merupakan komuniti yang kurang mendapat perhatian untuk terlibat secara langsung dalam rancangan pembangunan teknologi oleh British. Sebaliknya, orang Cina yang tinggal di kawasan bandar terlibat secara langsung dalam sektor perniagaan, perlombongan, pembinaan dan kewangan. Sebilangan besar masyarakat India pula menjadi buruh di ladang-ladang getah dan buruh kasar Kereta api Tanah Melayu dan Pejabat Kerja Raya. Pengenalan kaum mengikut jenis pekerjaan yang berlaku di Tanah Melayu pada ketika itu sedikit sebanyak mencorakkan kehidupan rakyat Malaysia sekarang. Sebagai contoh ialah bidang perniagaan yang kebanyakkannya dikuasai oleh kaum Cina. Perbezaan sosioekonomi yang berlaku boleh menimbulkan rasa cemburu, sangsi dan takut terhadap kaum yang berkuasa. Tambahan pula, pengasingan kegiatan ekonomi ini telah mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang di antara kaum. Apabila wujud jurang ekonomi yang nyata, maka akan wujud tanggapan negatif yang bakal mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan kaum. Ianya merupakan satu lagi faktor yang menyebabkan timbul ketidakpuasan hati antara kaum terutamanya masyarakat Melayu dan masyarakat Cina. Tidak dapat dinafikan suasana sosioekonomi ini telah mengancam proses pembinaan negara bangsa Malaysia.

3. CABARAN DARI ASPEK SOSIAL

3.1) Sistem pendidikan yang berasingan Corak pendidikan vernakular yang menekankan kepada empat aliran pendidikan yang berbeza iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India telah lama wujud sebelum kita mencapai kemerdekaan. Apabila kita berbalik kepada sejarah, belum wujud lagi sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu sehinggalah Penyata Razak 1956 dibentuk. Sebagai contoh, sekolah Melayu hanya tertumpu kepada pendidikan agama di sekolah pondok. Pendidikan sekolah rendah pula dibentuk bagi membolehkan orang Melayu tahu membaca, menulis dan mengira sahaja. Bagi masyarakat Cina, mereka telah menggunakan kurikulum, buku teks dan guru-guru yang diimport dari Negeri Cina. Bagi kaum India, sekolah-sekolah Tamil didirikan di estet-estet berasaskan kurikulum dan buku teks yang diimport dari India Selatan. Malah, sekolah aliran Inggeris yang didirikan oleh mubaligh-mubaligh Kristian dan British pula didirikan di bandarbandar dan mendapat sambutan yang baik daripada kalangan penduduk bandar sama ada Melayu, Cina atau India. Akan tetapi, ia tidak mendapat sambutan daripada masyarakat Melayu luar bandar kerana bimbang anak-anak mereka dipengaruhi agama Kristian. Malah, Sistem pendidikan ketika itu tidak menitikberatkan perpaduan sosiobudaya dalam kalangan penduduk yang berbilang bangsa. Walaupun terdapat usaha-usaha untuk mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan dan menghapuskan sekolah-sekolah vernakular seperti Laporan Barnes 1951 dan Laporan Razak 1956, ianya mendapat tentangan yang hebat daripada masyarakat Cina. Namun pada hakikatnya, matlamat utama yang sebenarnya adalah untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional seterusnya menyatupadukan penduduk pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. Seperti mana yang kita tahu, penyelarasan kurikulum dan kokurikulum telah telah dijalankan di semua sekolah di Malaysia. Namun begitu, ia tidak begitu menyumbang kepada perpaduan dan integrasi nasional kerana masih terdapat sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang menempatkan pelajar-pelajar yang terdiri dari kaum-kaum yang sama dalam satu sekolah. Kewujudan sekolah-sekolah ini telah mengurangkan peluang-peluang untuk berinteraksi dan berhubung dengan pelajar-pelajar dari kaum-kaum yang berlainan. Semestinya ia menjadi penghalang kepada perpaduan. Sesetengah ibu bapa juga cenderung untuk menghantar anakanak mereka ke sekolah-sekolah jenis kebangsaan seperti kaum Cina dan India. Hal ini kerana mereka tidak begitu yakin dengan pengurusan sekolah-sekolah kebangsaan yang kebanyakannya terdiri dari pelajar-pelajar Melayu.

Sehingga kini, kita boleh melihat kewujudan sekolah-sekolah pelbagai aliran seperti sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK(C), sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJK(T), sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan sekolah menengah Cina persendirian. Kesannya, ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Keadaan ini berlanjutan sebagai warisan sejarah yang amat bahaya ibarat ‘api dalam sekam’. Adalah tidak mustahil bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan menjadi bakal pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman.

3.2) Pemisahan fizikal Pemisahan fizikal berlaku timbul akibat daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia. Kesannya, orang Melayu menjadi petani dan menetap di kampung-kampung. Orang Cina pula di tempatkan di kawasan lombong biji timah yang mana akhirnya menjadi pekan-pekan baru dan berkembang menjadi bandar. Manakala kaum India pula bekerja sebagai buruh ladang getah dan menetap di estet-estet. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini menyebabkan peluang untuk berinteraksi sesama mereka menjadi kurang. Malah, pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan memberi kesan terhadap pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Perkara ini meningkatkan perasaan kekitaan atau etnosentrisme iaitu satu pandangan yang melihat kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka dan stereotaip sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Selain itu, tahap kefahaman yang rendah tentang cara hidup kaum yang lain menyebabkan kita kurang menghargai kaum yang berbeza daripada kita. Sebab itulah wujudnya masalah perkauman yang mengundang kepada permusuhan kaum. Tahap kefahaman yang rendah tentang kaum lain ini biasanya disebabkan kurangnya pendedahan mengenai kepelbagaian etnik di Malaysia. Contoh yang jelas ialah kebanyakan penduduk di Semenanjung Malaysia sangat kurang memahami cara hidup masyarakat di Sabah dan Sarawak. Contohnya dari segi budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin berlaku jika kita hanya mengambil berat tentang etnik diri sendiri sahaja.

Bukan itu sahaja, kebanyakkan masyarakat di Malaysia lebih cenderung untuk tinggal di satu kawasan yang terdiri dari penduduk yang sama kaum. Contohnya penduduk Bugis lebih banyak tertumpu di kawasan Tawau. Kaum Cina di kawasan Sibu di Sarawak dan Bajau di kawasan Kota Marudu. Keadaan ini berlaku kerana mereka merasakan lebih selamat tinggal dan selesa bersama penduduk-penduduk yang sekaum dengan mereka.

3.3) Polarisasi dalam kalangan pelajar Polarisasi dalam kalangan pelajar dapat dilihat pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah, institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS). Mereka cenderung dalam memilih rakan yang seagama atau sekaum dengan mereka. Keadaan sebegini semestinya menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Kesannya, nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan. Hal ini kerana wujudnya jurang di antara semua kaum. Di samping itu, satu perkara baru yang wujud pada masa kini ialah, para ibu bapa kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih cenderung menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.

RUJUKAN BUKU 

Community in Malaysia. Petaling Jaya: Pelanduk Publications. Tan Liok Ee (1988) Chinese Independent Schools in West Malaysia: Varying Responses to Changing Demands. Dlm. Cushman, Jennifer W. and Gungwu, Wang. (ed.).

JURNAL

 Mohd Izham Haji. Mohd Hamzah & Jamalullail Abdul Wahab.(2006). Perlaksanaan Sekolah Wawasan: Memenuhi Kepelbagaian Pelajar Dan Perpaduan Kaum. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. Institut Aminudin Baki (IAB) 1 – 13

LAMAN SENSAWANG  https://prezi.com/mixc2-ih80bd/pola-konflik-hubungan-etnik-di-malaysia/

Related Documents

Cabaran 3 Pola Konflik
August 2019 16
Konflik
June 2020 35
Konflik
November 2019 38
Konflik
November 2019 35
Konflik
May 2020 28
Konflik
June 2020 28