BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU TUGASAN 3 PENSYARAH PEMBIMBING: TUAN HAJI ABDUL RANI BIN HASSAN AHLI KUMPULAN: NUR ZINNIRAH BINTI AHMAD SHUKRI SITI NUR KHALIDA BINTI AMERI NURUL FATINI BINTI AHMAD SUKRI
Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari serta bahasa yang mementingkan kebenaran daya intelektual dan logik
SELOKA & SYAIR
NAZAM & MANTERA
GURINDAM
PANTUN
Sarang merbah dicelah dahan, Tempat punai bermain di situ, Berkejar-kejaran anak rusa, Tanpak dari tanah seberang, Bersyukur aku kepada Tuhan, Kalau nasib memang begitu, Akan merana sepanjang masa, Harap pada kasihan orang.
Pantun dua kerat
Sudah gaharu cendana pula, Sudah tahu bertanya pula
PANTUN
Pantun lapan kerat
Lada dan santan dalam gulia, Beri tambahan daun salam, Sayur buat pemakan nasi, Selama badan kita bercerai, Nasi dimakan rasa sekam, Air yang dimimun rasa duri.
Pantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang digunakan untuk menyampai pemikiran dan perasaan yang gembira, sedih, rindu, marah dan sebagainya.
Pantun enam kerat
Pantun empat kerat
Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga
Pisang emas itu sangat bernilai dan berguna untuk orang yang pergi belayar jadikan makanan. Pisang emas merupakan buah yang agak tahan lama. Boleh dimakan begitu sahaja. Sesuatu yang sangat berharga, terutama bagi musafir di pelayaran.
Pisang yang berharga itu berguna. Boleh dijadikan makanan. Ada manfaat atau kebaikan. Diletakkan di atas peti. Peti itu bukan peti biasa. Peti itu peti keranda.
Andai berhutang boleh dilunaskan. Baik duit, ringgit, emas, perak, pasti boleh dibayar. Oleh kerana emas itu ada nilai, mesti boleh dicari galang ganti. Emas dibayar dengan emas. Pisang emas bawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.
Kaitan dari rangkap kedua itu tadi, masak sebiji di atas peti. Sesuatu yang bernilai. Kalau diberi semasa memerlukan, pasti sesuatu yang sangat-sangat berharga. Susah untuk disandarkan nilainya. Itulah budi. Hutang budi dibawa mati. Budi tak boleh dibayar dengan wang ringgit. Meski gunung itu jadi emas, dan lautan itu permata yang berkilau, harga budi belum tentu boleh dibayar. Itulah erti menghargai.