CERPEN MALAM TERAKHIR (Hassan Ali)
TEMA Bertemakan nasib malang seorang bekas pejuang yang Tersisih dari perjuangannya. Hashim yang berjuang menentang penjajah tetapi Perjuangannya tidak diterima oleh partinya. Dia tersisih dan dilupakan begitu saja.
CERPEN MALAM TERAKHIR (Hassan Ali) PERSOALAN Cinta akan tanah air Hashim sangat benci pada penjajah Jepun dan Inggeris kerana berpendapat penjajah menghancurkan kedamaian dan kerukunan tanah air. Kesan buruk penjajahan Penjajahan yang dilakukan ke atas negara menyebabkan negara kucar-kacir. Penjajahan Jepun dan Inggeris telah memberi kesan buruk kepada negara dan juga rakyat. Cinta kedamaian Perjuangan yang dilakukan oleh Hashim adalah untuk mencapai kedamaian. Walaupun bentuk perjuangannya keras, dia mengharapkan kedamaian akan wujud kelak.
CERPEN MALAM TERAKHIR (Hassan Ali) PERSOALAN Pengorbanan Hashim sanggup berkorban demi tanah air dengan meninggalkan kepentingan diri dan keluarga. Tugas beliau guru juga ditinggalkan demi perjuangannya. Cita-cita yang menjadi kenyataan Cita-cita Hashim untuk melihat negara mencapai kemerdekaan sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Kedaifan sebuah keluarga Keluarga Hashim hidup dalam keadaan daif. Dia hanya tinggal di sebuah rumah papan yang burukdan tidak mempunyai wang dan harta ketika meninggal dunia.
CERPEN MALAM TERAKHIR (Hassan Ali) Amanat dan Pengajaran Pentingnya sikap cinta tanah air. Semangat ini diperlihatkan oleh Hashim yang berusaha sedaya upaya dalam perjuangannya menentang penjajah walaupun tidak diterima oleh partinya. Pentingnya semangat keberanian dalam perjuangan Hashim berani berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Walau bagaimanapun, keberanian itu mestilah ada batasannya. Sanggup berkorban dalam perjuangan Hashim sanggup mengorbankan masa bersama anak, isteri, dan kerjayanya untuk berjuang demi negara.
CERPEN MALAM TERAKHIR (Hassan Ali)
Amanat dan Pengajaran Kita mesti menghormati pejuang-pejuang tanah air.. Mamat membatalkan jemputan merayakan hari kemerdekaan kerana menghormati perjuangan adik iparnya Hashim. Mesti ikhlas dalam perjuangan Hashim ikhlas dalam perjuangannya. Buktinya dia tidak meninggalkan apa-apa dan tidak mahu disanjung atau diheboh-hebohkan.
CERPEN MALAM TERAKHIR (Hassan Ali) Latar Tempat Rumah Hashim. Rumah ini digambarkan buruk, menggunakan pelita minyak tanah, dan beratap daun rumbia yang sudah merekah dan berlubang. Hashim berada di tempat pembaringan Halaman rumah Hashim Mamat menjelaskan kepada jiran-jiran mengenai perjuangan Hashim. Rumah Mamat Bibah datang ke rumah Mamat untuk memberitahu tentang kematian Hashim. Tanah Perkuburan Tempat Hashim disemadikan
CERPEN MALAM TERAKHIR (Hassan Ali)
Latar Masa Sebelum negara mencapai kemerdekaan. Sebelum pengisytiharan kemerdekaan berlaku Hari pertama negara mencapai kemerdekaan Selepas pengisytiharan berlaku
CERPEN MALAM TERAKHIR (Hassan Ali) Latar Masyarakat Masyarakat kampung. Masyarakat kampung yang hidup dalam kemiskinan Masyarakat berkerjaya Guru, juruhebah Masyarakat pejuang kemerdekaan Diwakili oleh Hashim.Nama-nama pejuang seperti Maharaja Lela, Dato Bahaman, dan Dol Said Masyarakat penjajah Penjajah Inggeris dan Jepun
CERPEN MALAM TERAKHIR (Hassan Ali) Latar Masyarakat Masyarakat beragama Islam. Lamah mengaji semasa ayahnya sedang sakit tenat Masyarakat golongan muda Lamah dan Bibah Masyarakat hidup berjiran Jiran-jiran menziarahi Hashim dan menghantar jenazah Hashim ke tanah perkuburan Masyarakat penyayang Lamah dan Bibah menjaga Hashim sewaktu sakit tenat hingga meninggal dunia.