KETUA UIP JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU
KUPASAN PENTING
• Rasa • Fikir • Nampak
KENAPA KITA MEMERLUKAN ORGANISASI?
KECEMERLANGAN
• Kecemerlangan merupakan satu matlamat yang diimpikan bukan sahaja oleh individu tertentu tetapi juga oleh sesuatu organisasi yang berwawasan. • Kecemerlangan memerlukan pengorbanan, dedikasi, kesungguhan, kesabaran, iltizam, kepimpinan dan pelbagai lagi sikap serta sahsiah yang positif. • Amalan budaya kerja cemerlang mampu menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti.
KECEMERLANGAN • Biasa dikaitkan dengan peningkatan kualiti dan produktiviti. • Merupakan satu matlamat yang diimpikan bukan sahaja oleh individu tetapi juga oleh organisasi. • Kecemerlangan membawa implikasi maju kehadapan, bersifat dinamik, gemilang, menerima sanjungan dan menjadi “role model” kepada masyarakat. • Budaya kerja cemerlang yang hendak dibentuk hendaklah menggambarkan komitmen pengurusan meningkatkan kualiti dan produktiviti.
KECEMERLANGAN • YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir b. Mohamad ada menegaskan bahawa: “…Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang tetapi ia tidak terhad kepada satu tahap sahaja. Apabila kita mencapai kualiti, ada lagi kualiti yang lebih baik yang mesti dikejar.” • Kenyataan Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid (1995): “Perlumbaan kepada peningkatan kualiti sebenarnya adalah dua perlumbaan.Satu untuk kehadapan dan satu lagi sentiasa dihadapan”.
Kecemerlangan tidak datang dalam mimpi atau vakum, tetapi merupakan natijah setelah bekerja dengan keras dan bersungguh-sungguh dengan matlamat yang jelas dan berprinsip, dengan mempunyai sikap yang betul dan berpegang teguh kepada nilai-nilai murni keinsanan yang terpuji demi keredzaan Allah swt semata-mata
UNSUR KECEMERLANGAN • Menghayati matlamat (ada misi dan visi) – Fokus dan spesifik – Dapat diukur pencapaiannya – Boleh dicapai – Realistik – Sabar (masa)
• Perancangan yang rapi – Penilaian terhadap kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan dari pelbagai aspek (material, jasmani, sosial, emosi, rohani dan intelek)
UNSUR KECEMERLANGAN • Ketrampilan (intangible) – Berfikir – Komunikasi – Pengurusan masa
• Pemantauan – Pentadbiran(governan) – Polisi – Matlamat – Tatacara dan prosedur – Kaedah
UNSUR KECEMERLANGAN • Adab dan akhlak (etika) yang terpuji yang membangun jati diri, sahsiah dan peribadi. – Adab: ‘Perlakuan yang betul yang dilakukan sesuai dengan masa, ketika dan suasana’ – Akhlak terpuji: ‘ Mengamalkan segala sifat mahmudah dan menjauhi segala sifat mazmumah’
DEFINISI Budaya kerja ialah cara kerja yang berdasarkan suatu sistem nilai yang dipegang oleh setiap kakitangan dalam organisasi
NILAI
.... sesuatu yang dipegang dan diterima oleh seluruh masyarakat dalam sesebuah organisasi. Jika apa yang dipegang itu adalah baik, maka nilai itu adalah baik dan positif
ETIKA Adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion.
INTERGRITI
Secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dalam tindakan sehari hari.
BUDAYA KERJA CEMERLANG PRA-SYARAT: 1. Mewujudkan ‘mind-set’ yang berorientasikan kecemerlangan. • Supaya kakitangan lebih komited kepada pencapaian matlamat dan mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap dasar kualiti organisasi. • Agar kakitangan bersedia untuk berubah dan menyesuaikan keadaan dalam menghadapi perubahan di sekitarnya melalui anjakan paradigma demi mencapai kecemerlangan.
PRA-SYARAT: 2. Penerimaan hakikat bahawa usaha mewujudkan kecemerlangan dalam organisasi bukan pelaksanaan yang mudah dan boleh diperolehi dengan sekelip mata. • Usaha untuk mencapai kecemerlangan adalah suatu usaha yang berterusan tanpa ada had masa yang ditetapkan. • Pihak pengurusan perlu peka tentang ruangruang yang boleh diperbaiki dari masa ke semasa bagi menampung kelemahankelemahan yang masih ada.
TINDAKAN POSITIF DALAM……
MEMBUDAYAKAN CEMERLANG
TINDAKAN NEGATIF DALAM……
MEMBUDAYAKAN CEMERLANG
KATA-KATA ORANG TAK CEMERLANG
PENGURUSAN PERUBAHAN BUDAYA KUALITI
Peningkatan Produktiviti Kuantiti, Kualiti, Masa, Kos Pengetahuan, Sikap, Kemahiran,Kesihatan,Rohani Kerajianan,Displin,Kegigihan,Daya Cipta, Semangat Bekerjasama/Berpasukan,Mementingkan Kualiti
GERAKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG • Benar – Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab – Bercakap benar dan menepati janji – Cermat dan berhemah dalam membuat keputusan – Bertindak berasaskan profesionalisme – Memberikan arahan yang jelas dan tepat – Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas – Sanggup menerima teguran dan nasihat
NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG • Amanah – Berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima tugas dan tanggungjawab – Komited dan tekun melaksanakan tugas ke tahap yang terbaik – Berusaha meningkatkan kualiti dan hasil kerja – Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang masa – Bertanggungjawab ke atas hasil kerja, tindakan dan keputusan yang dibuat
NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG • Bijaksana – Berilmu dan berkemahiran – Minda yang sentiasa aktif dan badan yang sihat – Terbuka dan responsif kepada perubahan, idea, pengetahuan – Pertimbangan teliti sebelum bertindak atau keputusan – Bertindak atau membuat keputusan dengan segera dan cekap – Tertib dalam bertindak dan membuat keputusan – Menegakkan kebenaran dan menegur kesilapan – Melaksanakan keputusan muktamad – Kreatif, inovatif dan proaktif, bersabar menangani tekanan
NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG • Telus – Mengamalkan kaedah syura dalam apa tindakan dan keputusan yang hendak dibuat – Bersikap terbukan dalam memberi buah fikiran dan pendapat serta yakin dalam menegakkan kebenaran – Memaklumkan tindakan dan keputusan kepada pihak-pihak yang berhak mengetahuinya, samada pihak-pihak dalam organisasi atau di luar organisasi – Menepati piawai kualiti perkhidmatan.
NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG • Besyukur – Menghargai dan berkongsi kejayaan bersama – Menghargai kejayaan orang lain dan memberi pengiktirafan kepada yang layak – Sabar dan tenang menghadapi masalah – Bersederhana dalam meraikan kejayaan – Berterima kasih atas bantuan – Bersyukur, bersungguh-sungguh, bersedia menabut bakti ke tahap optimum
NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG • Adil – Membuat penilaian secara objektif dan profesional – Menerima pandangan dan bersedia membuat pertimbangan semula apabila mendapat maklumat dan fakta yang lebih lengkap dan tepat – Kritikal dalam membuat pertimbangan menggunakan kaedah yang betul – Menghargai hak dan keperluan setiap invidividu dan kumpulan serta bertindak dengan penuh bertimbang rasa – Memberi peluang yang saksama kepada pembangunan diri dan kemajuan kerjaya – Seimbang pembawaan dan adil kepada diri sendiri serta adil terhadap ketua, orang bawahan dan rakan sekerja
NILAI-NILAI KEMBANGAN BUDAYA KERJA CEMERLANG •
•
Bertanggungjawab
– Tanggungjawab bererti sesuatu kerja, tugas atau janji yang mesti ditunaikan dan seseorang yang diberi tanggungjawab handaklah melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan bersungguh-sungguh.
Berdedikasi
– Berdedikasi bermaksud kesungguhan seseorang bagi melaksanakan tugas dengan sempurna dan sanggup melaksanakan kerja lebih daripada yang diharapkan.
•
Berdisiplin – Merupakan satu sifat yang mengawal diri seseorang untuk sentiasa berperilaku berlandaskan undang-undang, peraturan, prinsip dan nilai mulia.
•
Berkerjasama – Saling tolong-menolong untuk kebaikan dalam menjadikan kerja yang berat menjadi lebih ringan dan dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Merupakan elemen yang penting kepada peningkatan kualiti dan produktiviti.
•
Bersih – Adalah nilai yang melambangkan sifat suci daripada kekotoran rohani dan jasmani di dalam menjalani kehidupan. Seseorang yang bersih akan terjelma pada perawakan dan pembawaannya yang bersih dan kemas dari segala sudut (pemakaian,tempat kerja dan tempat tinggal)
•
Berbudi Mulia – Merupakan satu nilai yang ada pada seseorang yang mudah memberi kesenangan atau menolong orang lain tanpa disuruh dan tanpa mengharap apaapa balasan.
•
Ikhlas – Bermaksud hati yang bersih dan suci dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh keredhaan dan berusaha membuat yang terbaik secara berterusan.
•
Tekun – Bermaksud bersungguh-sungguh, komited, sabar dan teliti dalam melaksanakan sesuatu tugas. Ketekunan akan menghasilkan output yang berkualiti dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
•
Sederhana – Merupakan sifat yang menolak keterlaluan atau berlebihan melalui kebijaksanaan dalam membuat pertimbangan.
•
Sabar – Adalah sifat kekuatan dan ketahanan diri dalam menerima kesusahan atau halangan dengan menganggap tekanan dan kesukaran tugas adalah dugaan dari Tuhan.
“Jangan masukkan sampah sarap dalam otak kita. Kalau kita sangka kita malas maka Malaslah kita. Kalau kita sangka kita lembab, maka lembab lah kita.Kalau kita fikir kita mangkuk maka mangkuklah kita tetapi Kalau kita fikir kecemerlangan itu mudah, maka mudahlah untuk kita jadi cemerlang “ “Orang yang cemerlang menunjukkan hasil. Orang yang gagal memberikan alasan.”