Bml3043 Group.docx

  • Uploaded by: ayie
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bml3043 Group.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 662
  • Pages: 4
Pengenalan Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi setiap manusia yang ada di muka bumiini. Fonetik, yang berasal daripada perkataan Inggeris iaitu ‘phonetics’. Fonentik ialah satu pengkajian terhadap bunyi pertuturan bahasa yang dikeluarkan oleh manusia ketika bertutur. Ia adalah kajian yang membincangkan deskripsi yang dilakukan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan organ. Fonetik ialah bidang linguistik yang khusus mengkaji penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa ialah bunyi bermakna yang dikeluarkan oleh alat ujaran manusia, iaitu rongga mulut dan hidung. Fromkin dan Rodman (1988) mendefinisikan fonetik sebagai ‘the study of the speech sounds that are utilized by all human languages to represent meanings is called phonetics´. Bunyi-bunyi bermakna menolak bunyi seperti batuk, bersin, danberdengkur kerana bunyi-bunyi ini tidak mendukung makna. Bertil Malmberg (1968) mendefinisikan fonetik sebagai pengkajian bunyi-bunyi bahasa dan memberatkan pelahiran bahasa dan bukan kandungannya. Sesuatu pertuturan terdiri daripada satu aliran arus bunyi yang bersambung-sambung lalu membentuk perkataan-perkataan yang bermakna. Bunyi-bunyi bahasa dikaji bagi membuat deskripsi bunyi-bunyi sesuatu bahasa, membuat penggolongan bunyi-bunyi tersebut dan membuat transkripsinya. Bunyi-bunyi itu didengar terlebih dahulusebelum membuat transkripsinya. Mengikut Ferdinand de Saussure dalam buku Pengantar Lingustik Umum yang diterjemahkan oleh Ajid Che Kob Course in General Linguistics menyatakan “ fonetik merupakan bahagian yang asas dalam ilmu bahasa, manakala fonologi hanya satu disiplin bantu dan terangkum ke dalam pertuturan (1993:37). MengikutAdrian Akmajian et. Al . dalam buku Linguistik: Fonetik ialah kajian yang diperhatikan berdasarkan organ atau anggota tubuh manusia yang mewujudkan bentuk ucapan. Mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Menurut ahli linguistik Barat seperti Kenstowicz dan Kisseberth (1979) pula, “The study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics.” Pernyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan kira-kira seperti berikut: “Pengkajian tentang bunyi- bunyi oleh manusia yang digunakan semasa bertutur ialah fonetik.”

Hentian Glotis Hentian glotis, atau letupan glotis tak bersuara, merupakan sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam banyak bahasa lisan. Hentian glotis yang terdapat di dalam bahasa Melayu adalah berbentuk huruf k di akhir perkataan atau di akhir suku kata yang diikuti konsonan, contohnya tidak/tidaʔ/. Dalam bahasa Inggeris, konsonan ini diwakili oleh tanda sempang dalam kata seruan uh-oh!, dan juga tanda koma atas atau ʻokina dalam nama Hawaiʻi. Dalam bahasa Melayu, penyebaran geluncuran berlaku dalam kata dasar, sempadan imbuhan (sempadan awalan dan sempadan akhiran) sekiranya vokal pertama dalam urutan vokal terdiri daripada vokal [ + tinggi].

Rajah menunjukkan cara hentian glotis berlaku.

Contoh dalam perkataan /buah/ [buwah], /diam/ [diyam], lburu + an/ [buruwan] dan /tari + an/ [tariyan]. Manakala, proses penyisipan hentian glotis yang berlaku secara default tidak berlaku dalam kata dasar, sebaliknya proses ini hanya berlaku dalam sempadan imbuhan dan kata morfologi (sempadan awalan, sempadan akhiran, kata ganda, kata majmuk dan sintaksis). Contoh dalam perkataan /guna + an/ [guna?an], /mula + i/ [mula?i], /di + am bill [di?ambel], /anai-anai/ [anai?anai] dan /satia + usaha/ [satiya?usaha]. Oleh sebab proses penyisipan hentian glotis dalam BM tidak berlaku dalam kata dasar tetapi hanya berlaku dalam sempadan imbuhan dan kata morfologi, proses ini dikenal sebagai proses pasca leksikal.

Ciri-ciri hentian glotis Cara artikulasinya ialah letupan atau hentian, dihasilkan dengan menyumbat aliran udara sepenuhnya dalam saluran vocal. Daerah artikulasinya adalah glotis, iaitu disebut pada pita vokal (lipatan vokal). Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal. Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut. Udara dibenarkan keluar melalui mulut.

Bibliografi Farid M.Onn, (1980). Aspects of Malay Phonology and Morphology: A Generative Approach. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Teoh Boon Seong, (1994). The Sound System of Malay Revisited. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajul Aripin Kassin, 2002. "Penasalan Vokal dalam Bahasa Melayu Standard dan Dialek Pattani Gerik: Satu Huraian Perbandingan". Jurnal Bahasa, Vol 2:3. Zaharani Ahmad, 1998. "Phonology and Morphology Interface in Malay an Optimality Theoretic Account". Disertasi PhD. Department of Language and Linguistics, University of Essex at Colchester. Zahid, I. H., & Omar, M. S. (2006). Fonetik dan fonologi. Akademia.

Related Documents

Bml3043 Group.docx
November 2019 10
Bml3043 Individu.docx
November 2019 13

More Documents from "ayie"

Bml3043 Group.docx
November 2019 10
Bml3043 Individu.docx
November 2019 13
Chapter 8.docx
June 2020 5
Llda Letter.pdf
October 2019 12
Manuscript.pdf
November 2019 8