Bml3043 Individu.docx

  • Uploaded by: ayie
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bml3043 Individu.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 6,016
  • Pages: 40
Isi Kandungan

Muka surat

Pengenalan

2-3

Alat Artikulasi

4 – 10

Bunyi Vokal dan Konsonan Bahasa Melayu

11 – 30

Sistem Ejaan Bahasa Melayu

31 - 33

Keselarasan Vokal

34 - 37

Pasangan Minimal

38

Kesimpulan

39

Bibliografi

40

1

PENGENALAN Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi setiap manusia yang ada di muka bumiini. Fonetik, yang berasal daripada perkataan Inggeris iaitu ‘phonetics’. Fonentik ialah satu pengkajian terhadap bunyi pertuturan bahasa yang dikeluarkan oleh manusia ketika bertutur. Ia adalah kajian yangmembincangkan deskripsi yang dilakukan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa denganmenggunakan organ. Sesuatu pertuturan terdiri daripada satu aliran arus bunyi yang bersambung-sambung lalu membentuk perkataan-perkataan yang bermakna. Bunyi-bunyi bahasa dikaji bagi membuat deskripsi bunyi-bunyi sesuatu bahasa, membuat penggolongan bunyi-bunyi tersebut dan membuat transkripsinya. Bunyi-bunyi itu didengar terlebih dahulu sebelum membuat transkripsinya. Oleh itu, bunyi-bunyi yang dikaji dirakamkan dahulu. Ini bermakna, kajian bergantung kepada kualiti rakaman mesin tersebut. Mesin perakam yang baik dapat merakamkan bunyi suara dengan baik, dapat menghasilkan deskripsi bunyi yang baik.Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (llinguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.

Manakala

mengikut

Merriam

Webster’s

Collengiate

Dictionary

tenth

edition(1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of languages”. Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionanry of current English (1992:671) fonetik merupakan “the study of speech sounds and their production”. Kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) pula menjelaskan fonetik sebagai “the science that deals with pronunciation andtherepresentation of the sounds of speech.” Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai “ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa.” Akan tetepi mengikut Encyclopedia Americana (1994:955) mendefinisikan fonetik sebagai “the science that investigates the soundsmade by the speech organs, seeking to describe them, account for their production, and classifythem.ce on the hearer.” Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopedia beberapa pandangan dan pengertian tentang fonetik oleh beberapa orang sarjana bahasa juga disertakan disini bagi menjelaskan konsep fonetik tersebut.

2

Mengikut Ferdinand de Saussure dalam buku Pengantar Lingustik Umum yang diterjemahkan oleh Ajid Che Kob Course in General Linguistics menyatakan “fonetik merupakan bahagian yang asas dalam ilmu bahasa, manakala fonologi hanya satu disiplin bantu dan terangkum ke dalam pertuturan (1993:37). Mengikut Adrian Akmajian et. Al . dalam buku Linguistik: Fonetik ialah kajian yang diperhatikan berdasarkan organ atau anggota tubuh manusia yang mewujudkan bentuk ucapan, mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi, yakni menurut Drs. Lufti Abas (1985). Menurut ahli linguistik Barat seperti Kenstowicz dan Kisseberth (1979) pula, “The study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics.” Pernyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan kira-kira seperti berikut: “Pengkajian tentang bunyi- bunyi oleh manusia yang digunakan semasa bertutur ialah fonetik.” Di sini, terdapat tiga pendekatan yang boleh kita rumuskan, yakni penyebutan, pendengaran, dan sifat bunyi iaitu pendekatan yang digunakan oleh ahli-ahli linguistik dalam pengkajian fonetik. Pertama sekali ialah pendekatan penyebutan. Dalam pendekatan ini, para pengkaji akan meneliti cara bunyi- bunyi bahasa itu dihasilkan oleh alat-alat artikulasi seperti paru-paru trakea, kotak suara, pitasuara, epiglotis dan farinks.

3

ALAT-ALAT ARTIKULASI Konsep/ Definisi oleh Tokoh Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 93), alat artikulasi ialah organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu alat yang boleh digerak- gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut serta daerah pengeluaran (Mardian Shah Omar, 2006) dan alat artikulasi adalah alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu yang pasif dan aktif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan manakala yang pasif pula adalah sebaliknya.

4

FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI DEFINISI Anak tekak Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008). Ia adalah daging yang tergantung dari lelangit lembut (Frank Parker, 1994). Anak tekak juga merupakan sekeping otot yang terdapat di bahagian hujung lelangit lembut (Radiah Yussoff, 2006).

Lidah Lidah terbahagi kepada lima bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, belakang lidah dan daun lidah (Siti Hajar, 2008). Kedudukan bahagian belakang lidah ialah bertentangan dengan lelangit lembut manakala kedudukan tengah lidah ialah bertentangan dengan pertemuan lelangit keras dengan lelangit lembut. Hadapan lidah terletak bertentangan dengan lelangit keras. Hujung lidah pula terletak bahagian yang paling akhir lidah. Sementara itu, daun lidah berada di sepanjang garisan yang menghadap gusi.

5

Pita suara Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok (Siti Hajar, 2008). Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Pita suara terdiri daripada dua pasang selaput nipis yang tumbuh di kiri kanan bahagian dalam rengkung bertentangan dengan halkum (Dr Abdullah Hassan, 1983).

Rongga Rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga tekak, rongga mulut dan rongga hidung. Rongga tekak bermula dari bahagian atas selaput pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian dalam,sementara rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung.

6

Bibir Bibir terletak di bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan. Menurut Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, bibir ialah kumpulan otot yang kenyal dan boleh diubah-ubah bentuknya dengan mengawal otot-otot pada bibir.

Gigi Gigi terbahagi kepada dua,iaitu gigi atas dan gigi bawah. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, gigi bermaksud lidah yang tidak bergerak.

7

Gusi Gusi terletak antara gigi dengan lelangit keras. Gusi ialah bahagian yang cembung di gigi menurun ke bahagian dalam rongga mulut. Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut (Siti Hajar Abdul Aziz, Bahasa Melayu 1). Lelangit keras terletak di antara gusi dengan lelangit lembut manakala lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Manakala lelangit keras ialah tulang yang berbentuk cembung pada bahagian atas mulut manakala lelangit lembut ialah bahagian belakang lelangit keras.

Epiglotis. Epiglotis ialah anak tekak yang terdiri daripada sekolompok otot yang berbentuk bujur daun yang boleh bergerak ke depan atau ke belakang bagi menutup rongga rengkung. Epiglotis ialah tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke larinks.

8

FUNGSI ALAT ARTIKULASI ANAK TEKAK Anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut, khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak (Siti Hajar, 2014). Bahagian hadapan, tengah, belakang lidah

Lidah

penting dalam pengeluaran bunyi- bunyi vokal, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Hujung lidah pula berfungsi untuk menyekat perjalanan udara. Pita

Pita suara

suara

berperanan

penting

dalam

menentukan sama ada sesuatu bunyi yang dihasilkan itu bersuara ataupun tidak bersuara. Rahang berperanan penting dalam pembuyian

Rahang

vokal. Rongga

Rongga

berperanan

dalam

menetukan

penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Bibir berfungsi untuk menyekat perjalanan

Bibir

udara. Bibir juga berfungsi untuk membuat sekatan kepada udara yang keluar melalui rongga mulut. Gigi berfungsi untuk menahan udara daripada

Gigi

terus keluar dengan bebas melalui rongga mulut. Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa, tetapi peranannya tidaklah aktif.

9

Gusi

Gusi berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan dan tidak boleh digerakdigerakkan. Gusi juga berperanan dalam pengeluran

bunyi-bunyi

bahasa

dengan

bantuan hujung lidah yang berfungsi untuk membuat

penyekatan,

misalnya

ketika

mengujarkan bunyi [ t ] dan [ d ]. Lelangit

Lelangit

keras

berfungsi

sebagai

daerah

artikulasi dalam mengeluarkan bunyi- bunyi bahasa. Lelangit lembut berperanan dalam menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bunyi oral atau bunyi nasal. Lelangit lembut berfungsi untuk mengawal udara untuk sama ada keluar melalui mulut atau hidung. Epiglotis

Epiglotis berfungsi menutup peti suara semasa makan, justeru itu ia melindungi saluran ke paru-paru. Epiglotis juga berfungsi sebagai penutup kepada masuknya makanan dan minum ke trakea.

10

BUNYI VOKAL DAN KONSONAN BAHASA MELAYU Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara. Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of languages”. Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages”.

Huraian huruf Vokal Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut. Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [‫ ]כ‬dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokalvokal Kardinal. Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

11

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap. Huraian Huruf konsonan Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara. Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu : a) Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ). b) Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ). c) Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ). d) Satu konsonan hentian glotis. ( ? ) e) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j ) f)

Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran

glotis bersuara ( h ). g) Satu konsonan getaran bersuara ( r ). 12

h) Satu konsonan sisian bersuara ( i ). i)

Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )

j)

Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w).

k) Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ). Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung. Cara membunyikan huruf vokal Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu. a. Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

13

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut: Awal

Tengah

Akhir

Ikan

Bila

Tali

Ibu

Tiba

Padi

(a) Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya: ·

Keadaan bibir hampar

·

Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi

·

Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga

·

hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari

·

paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut: Awal

Tengah

Akhir

Enak

Teleng

Tauge

Elok

Leher

Tempe

14

b. Vokal depan separuh luas atau lapang [ε]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut (e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε] seperti pada perkataan berikut: Awal

Tengah

Akhir

Esa

Belek

Tauge

Enak

Belok

Tempe

c. Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

15

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang berikut: Awal

Tengah

Akhir

Awan

Kadar

Siapa

Anak

Beras

Nama

d. Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut: Awal

Tengah

Akhir

ubat

Bulat

Batu

ular

Sudu

Palu

16

a. Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang berikut: Awal

Tengah

Akhir

Orang

Tolong

Pidato

Otak

Bohong

Koko

b. Vokal belakang separuh luas atau lapang [‫]כ‬. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

17

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [‫ ]כ‬seperti pada perkataan yang berikut: Awal

Tengah

Akhir

Orang

Borong

Soto

Oleh

Bolot

Teko

f. Vokal tengah [ə]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar (b) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut: Awal

Tengah

Akhir

Emak

Penat

Sosialisme

Empat

Tenat

Behaviurisme

18

Cara Membunyikan Konsonan Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut: Daerah sebutan Cara

bibir

Gigi-gusi

Lelangit keras Lelangit

Glottis

lembut

sebutan Letupan

Pb

Td

-

Kg

-

Letusan

-

-

Cj

-

-

Sengau

M

N

(ny)

(ng) ŋ

-

Geseran

-

S

-

-

H

Getaran

-

R

-

-

-

Sisian

-

L

-

-

-

Separuh

W

-

Y

-

-

vokal

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, rdan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman. Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap konsonan tersebut dihasilkan.

19

a. Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [p]

Bunyi konsonan [b]

1.

Cara

Dua bibir dirapatkan untuk membuat

membunyikan

sama

seperti

sekatan penuh pada arus udara dari paru- membunyikan konsonan [p]. yang berbeza ialah:

paru ke rongga mulut. 2.

Lelangit

lembut

dinaikkan

ke

belakang atau ke dinding rongga tekak 1.

Pita suara dirapatkan.

untuk membuat sekatan udara dari paru- 2.

Arus udara dari paru-paru keluar melalui

paru ke rongga hidung.

rongga mulut dengan mengetarkan pita suara.

3.

Pita suara direnggangkan.

3.

4.

Udara dari paru-paru keluar ke bibir bersuara [b].

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua

rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5.

Sekatan pada dua bibir dilepaskan

serta- merta. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].

Contoh perkataan: Huruf

Awal

Tengah

Akhir

Konsonan [p]

Palu

Lapik

Atap

Konsonan [b]

Batek

Rabun

Adab

20

(b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d] Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [t] 1.

Bunyi konsonan [d]

Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi Cara membunyikan konsonan sama seperti

untuk membuat sekatan penuh pada arus membunyikan konsonan [t]. yang berbeza ialah:

udara. 2.

Lelangit

lembut

dan

anak

tekak

dinaikkan ke belakang atau ke dinding 1.

Pita suara dirapatkan.

rongga tekak untuk menutup arus udara ke 2.

Arus udara dari paru-paru keluar melalui

rongga hidung.

rongga mulut dengan menggetarkan pita

3.

Pita suara direnggangkan .

suara.

4.

Arus udara dari paru-paru keluar 3.

Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi

melalui rongga mulut tanpa menggetarkan bersuara [d]. pita suara. 5.

Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah

dan gusi dilepaskan serta-merta. 6.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi

tidak bersuara [t].

Contoh perkataan: Huruf

Awal

Tengah

Akhir

Konsonan [t]

Takut

Batas

Padat

Konsonan [d]

Dalam

Tanduk

Abad

21

(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [k] 1.

Bunyi konsonan [g]

Belakang lidah dirapatkan ke lelangit Cara membunyikan konsonan sama seperti

lembut untuk membuat sekatan penuh membunyikan konsonan [k]. yang berbeza ialah:

pada arus udara . 2.

Lelangit lembut dan anak tekak 1.

dirapatkan

ke

rongga

tekak

bagi 2.

Pita suara dirapatkan . Arus udara dari paru-paru yang keluar

menyekat arus udara dari paru-paru ke melalui rongga mulut mengetarkan pita suara. rongga

hidung.

renggangkan. 4.

3. Pita

suara

di 3.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan

Arus udara keluar dari lelangit lembut bersuara [g].

paru-paru melaui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5.

Sekatan

udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta merta. 6.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan

lelangit lembut tidak bersuara [k].

Contoh perkataan: Huruf

Awal

Tengah

Akhir

Konsonan [k]

Kala

Makan

Tamak

Konsonan [g]

Garam

Pagar

Dialog

22

d. Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya: (a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung (b) Pita suara dirapatkan sepenuhnya (c) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara. (d) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut: Awal

Tengah

Akhir

Anak

Saat

Lemak

Ikan

Rakyat

Budak

(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [Ĵ]. Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [č] 1.

Bunyi konsonan [Ĵ]

Hadapan lidah rapat ke lelengit keras Cara membunyikan konsonan sama seperti

untuk membuat sekatan pada arus udara. 2.

Lelangit

lembut

dan

anak

membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza

tekak ialah:

dinaikkan ke belakang atau ke dinding 1.

Pita suara dirapatkan.

rongga tekak untuk membuat sekatan 2.

Arus udara dari paru-paru keluar melalui

terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. rongga hidung.

3.

3.

Pita suara direnggangkan.

lelangit keras gusi bersuara [Ĵ]

4.

Arus udara dari paru-paru melalui

rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 23

Bunyi

yang dihasilkan

ialah

letusan

5.

Udara yang tersekat oleh hadapan

lidah di lelangit keras dilepaskan pelahanlahan. 6.

Bunyi yang dihasilkan ialah letusan

lelangit keras gusi tidak bersuara [č].

Contoh perkataan: Huruf

Awal

Tengah

Akhir

Konsonan [č]

Cara

Laci

Koc

Konsonan [Ĵ]

Jala

Kanji

Kolej

f. Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]: (a) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. (b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Pita suara di renggangkan. (d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara (e) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]. Contoh perkataan: Awal

Tengah

Akhir

Silap

Lasak

Pedas

Satu

Lesu

Lemas

24

f. Konsonan getaran gusi bersuara [r]: (a) Hujung lidah dikenakan pada gusi. (b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Pita suara dirapatkan. (d) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara (e) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut: Awal

Tengah

Akhir

Rapat

Tiram

Sabar

Rugi

Seram

Lebar

(f) Konsonan gusi bersuara [I]: (a) Hujung lidah dikenakan pada gusi. (b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Pita suara dirapatkan (d) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara (e) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

25

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut: Awal

Tengah

Akhir

Lagu

Tilam

Tebal

Lipat

Kelam

Kekal

f. Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]: (a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara. (g) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paruparu ke rongga hidung. (h) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung. (i) Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. (j) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut: Awal

Tengah

Akhir

Macam

Teman

Ketam

Murah

Lumba

Badam

26

(k) Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya: (a) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara. (b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paruparu ke rongga hidung. (c) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung (d) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut: Awal

Tengah

Akhir

Naga

Tanah

Taman

Nilam

Panah

Laman

e. Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] cara membunyikannya: (a) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara. (b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung. (c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan (d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. (e) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahanpelahan.

27

Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang berikut: Awal

Tengah

Akhir

Ngilu

Bingka

Lalang

Ngeri

Rangkap

Tulang

f. Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [‫] תּ‬. Cara membunyikannya: (a) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara (b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung (c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan (d) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung (e) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara (‫ )תּ‬seperti perkataan yang berikut: Awal

Tengah

Akhir

Nyaris

Banyak

-

Nyala

Senyap

-

28

(f) Separuh vokal dua bibir bersuara [w]: (a) Bibir di bundarkan. (b) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. (c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung (d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [w].

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang berikut: Awal

Tengah

Akhir

Waris

Kawan

Takraw

Wajar

Lawan

-

g. Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya: (a) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi. (b) Bibir di hamparkan. (c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung. (d) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j]. (e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

29

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan berikut: Awal

Tengah

Akhir

Yakin

Tayang

-

Yuran

Payah

-

30

SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2008 ), pada tahun 1959, satu mesyuarat untuk menstandardkan sistem ejaan Rumi telah dijalankan. Hasil daripada mesyuarat tadi, diumumkan Sistem Ejaan Malindo, iaitu singkatan kepada dua negara, iaitu Malaysiadan Indonesia. Dalam hal ini, sistem ini tidak dihebahkan kepada masyarakat. Pada tahun 1967, rundingan antara Malaysia dengan Indonesia untuk kali kedua berkenaan sistem ejaan Rumi bagi kedua-dua buah negara telah mewujudkan Sistem Ejaan Bersama Malaysia – Indonesia yang disebut Ejaan Baru hasil daripada kesepakatan. Antara perkara yang dipersetujui melalui rundingan ini adalah sistem penulisan vokal dalam suku kata akhir tertutup ( vokal i, e, u, dan o ). Sebagai contoh, titik, belek, tikus, dan belok. Selain itu, penulisan awalan dan akhiran mempunyai satu cara sahaja, iaitu digandingkan atau ditulis serangkai dengan kata dasar. Misalnya, memukul, berbaju, dan tertinggi. Selanjutnya, penulisan partikel dan kata sendi nama ditulis berasingan daripada perkataan lain. Walau bagaimanapun, Ejaan Baru ini mempunyai beberapa masalah, iaitu menimbulkan kesukaran masyarakat pada peringkat awal berikutan penambahan grafem sy dan c tersebut, pemisahan partikel dan kata sendi nama kah, lah, tah, di, dan ke daripada perkataan lain tidak menghasilan tipologi yang baik, dan tidak menjelaskan penulisan vokal dalam kata pinjaman. Selain itu, Ejaan Baru ini juga tidak ada pelaksanaanya secara rasmi. Malah, dalam tempoh menunggu perasmianya, timbul pula Ejaan Cadangan yang telah membuat beberapa perubahan pada Ejaan Baru tadi. Ejaan Cadangan telah mempertahankan penggunaan sh dan c, dan menggandingkan partikel dan kata sendi nama kah, lah, tah, di dan ke dengan perkataan lain. Seterusnya, cita-cita bagi penyatuan ejaan rumi di Malaysia dan Indonesia sebagaimana yang dicadangkan dalam Kongres Ketiga (1956) terlaksana juga apabila Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan pemerintahan Republik Indonesia mengadakan perjanjian persahabatan pada 17 April 1959. Pertemuan itu telah menghasilkan gagasan sistem ejaan bersama yang dikenal dengan Ejaan Malindo. Sistem Ejaan Malindo mengandungi maklumat tentang fonem vokal, diftong, dan konsonan serta perlambangannya, kaedah penulisan dan penyebutan abjad, penggunaan tanda sempang, penulisan kata ulang dan penggunaan angka dua, penggunaan tanda baca.

31

Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan Rumi Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah hasil kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Sistem ejaan tersebut adalah seperti berikut: (i) Huruf vokal: a, e, i, o, u (ii) Huruf diftong: ai, au, oi (iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal (iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy

Huruf Vokal Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u.

32

Kesalahan Ejaan dan Imbuhan Contoh: Kesalahan Ejaan

Sepatutnya

Kesalahan Imbuhan

gulongan

golongan

perbuatan

Sepatutnya itu perbuatan

menyalahkan

undang- itumenyalahi undang-

undang. kretif

undang.

…supaya

kreatif

pembaca …supaya

mendidik

dan

sebagai

insan

lahir pembacaterdidik dan yang lahir sebagai insan yang

mulia. spisies

mulia.

..kepupusan

spesies

spisies

pelbagai …kepupusan

haiwan,

dan spesies

pemusnahan hutan. Penduduk kawasan

di Penduduk

pelbagai haiwan,

dankemusnahan hutan.

di

kawasanpedalaman

pendalaman erial

aerial

…masalah

yang …masalah

dihadap oleh mereka.

yangdihadapi oleh mereka.

antenna

antena

Penambahan kenderaan Pertambahankenderaan berenjin…

berenjin… …melembutkan kulit

losyen

losen

…melembuti kulit

lanskap

landskap

…berbuat

displin

disiplin

pelbagai …membuat pelbagai

urusan…

urusan…

Menyintai

mencintai

33

SISTEM KESELARASAN VOKAL Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf yang membentuk dua suku kata pada kata dasar,iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.Prinsip keselarasan vokal ini berlaku dengan syarat-syarat yang berikut: A. Keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar. B. Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup. C. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata,yang terlibat dengan sistem keselarasan vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja. Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu,18 pola keselarasan huruf vokal seperti berikut: Bil.

Suku Kata Praakhir Suku kata Tertutup

Contoh Perkataan

1

a

-a

asah,balak,halaman

2

a

-i

alih,balik,sumbangsih

3

a

-u

asuh,datuk,lembayung

4

e pepet

-a

emas,kelam,tembeling

5

e pepet

-i

lebih,betik,sembelih

6

e pepet

-u

telur,tempuh,temenggung

7

e taling

-a

elak,dewan,belerang

8

e taling

-e taling

leceh,gelek,selekeh

9

e taling

-o

esok,telor,selekoh

10

i

-a

ingat,kilang,selinap

11

i

-i

intip,sisih,belimbing

12

i

-u

riuh,tidur,tembeliung

13

O

-a

otak,boring,selekoh

14

O

-e taling

oleh,boleh,celoteh

15

O

-o

obor,borong,kelompok

16

U

-a

ubat,tumpang,ketupat

17

U

-i

usik,kuih,gerusih

34

18

U

-u

untuk,tunduk,tengkujuh

Bagi memudahkan kita mengingat dan memahami kesemua 18 pola tersebut,maka rajah berikut telah dirumuskan daripada jadual di atas.Berdasarkan Rajah 6.1,ada empat perjelasan seperti yang berikut: (i) Garisan segi tiga yang berhubungan manunjukkan vokal-vokal yang boleh dipasangkan antara satu sama lain,maka terbentuklah pola: a-i

u-i

i-u

i-a

u-a

e-o

a-u

o-e

(ii) Huruf yang berada di dalam bulatan dan separuh bulatan menunjukkan bahawa setiap vokal tersebut boleh dipasankan dengan vokal itu sendiri,maka terbentuklah pola: a-a i-i u-u e-e o-o

35

(iii) Huruf yang berada di dalam separuh bulatan menunjukkan vokal e taling dan o berada bertentangan dan masing-masing mempunyai anak panah yang menghala ke atas,maka terbentuklah pola: e-a o-a

(iv) Huruf vokal e pepet yang berada dalam segi empat mempunyai tiga anak panah yang menghala ke huruf a,I dan u,maka terbentuklah pola: e-i e-u e-a

Daripada 18 pola itu,ada lapan pola yang merupakan pola yang berubah daripada sistem ejaan lama.Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vocal i atau u pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir menggunakan huruf vokal a,e pepet,I atau u seperti yang berikut: Bil

Ejaan Lama

Ejaan Baru

Pola

Contoh

Pola

Contoh

1

a-e taling

Aleh

a-i

Alih

2

a-o

Batok

a-u

Batuk

3

e pepet-e taling

Lebeh

e-i

Lebih

4

e pepet-o

Tempoh

e-u

tempuh

5

i-e taling

Pileh

i-i

Pilih

6

i-o

Tidor

i-u

Tidur

7

u-e taling

Usek

u-i

usik

8

u-o

Untong

u-u

untung

36

Perkataan yang terlibat biasanya mengendungi huruf konsonan yang berakhir dengan h,k,ng dan r. Bagi pola yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama,maka digunakan huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup jika suku kata praakhir menggunakan huruf vokal e taling atau o juga.Contoh: Bil

Pola

Contoh Perkataan

1

e taling-e taling

leceh,gelek,teleng,selekeh

2

e taling-o

tempoh,belok,telor,selekoh

3

o-e taling

oleh,boleh,ponteng,celoteh

4

o-o

pokok,boron,kelompok,seloroh

37

PASANGAN MINIMAL BAHASA MELAYU Pasangan minimal adalah satu cara bagi mengenal pasti bunyi-bunyi fonem berdasarkanperkataan-perkataan berpasangan minimal. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran

kerap

menghadapi

masalah

dalam

menyebut

bunyi-bunyi

konsonan

tertentu.Mereka kerap tersalah menyebut konsonan yang mempunyai perbezaan bunyi yang palingminimum dalam perkataan sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh, misalnya

“d”

dalam

perkataan

ladang

disebut

sebagai “l” sehingga bertukar menjadi

perkataan“lalang”. Oleh itu guru perlu menyediakan senarai perkataan yang mengandungi konsonan “d” dan “l” dan meminta

murid

menyebutnya

berulang-ulag

kali

sehingga

mahir.Dengan menggunakan bahan pasangan minimal ini, kita dapat pelbagai kebaikan kepadapelajar.

Antaranya

ialah

dapat

melibatkan

murid

secara

langsung

dalam

aktivitipembelajaran selain murid dapat membunyikan perkatan itu dengan bunyi fonem yang betul.Ini

dapat

mengelakkan

daripada

salah

faham

dalam

membunyikan

sesuatu

perkataanterutamanya perkataan yang membawa maksud yang berbeza. Selain itu,bahan ini mudahalih selain dapat membantu pelajar dengan melihat gambar seterusnya menyebut namagambar tersebut. Tambahan pula, bahan pasangan minimal ini sesuai untuk kanak-kanakpemulihan yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.Guru boleh membuat bahan dengan menyediakan beberapa perkataan yang hampir samabunyinya dan setiap perkataan itu disertakan dengan gambar. Kemudian,muri larid dimintauntuk menyebut perkataan tersebut sehingga mendapat bunyi fonem yang betul. Aktiviti inidiulang sehingga murid dapat menyebut perkataan yang diberikan dengan bunyi yang betulsehingga murid tidak keliru dengan perkataan tersebut..Latih tubi pasangan minimal bertujuan melatih murid menyebut perkataan yang hampirsama sebutan bunyinya tetapi mempunyai makna yang berlainan. Pasangan kata inimempunyai perbezaan kata yang kecil sahaja kerana melibatkan dua fonem yang berbeza.Biasanya perkataan ini mempunyai bilangan suku kata yang sama tetapi perbezaan fonemini boleh mengubah maksud perkataan tersebut.Murid-murid yang dikenal pasti kurang mahir menyebut perbezaan fonem ini perlulah dilatihuntuk menyebut perkataan ini berkali-kali agar sebutannya fasih dan betul. Ini juga dapatmembantu murid-murid yang pendiam, malu atau tidak yakin untuk bertutur. Selain itu gurudapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bersifat dua hala. 38

KESIMPULAN Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi. Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.

39

RUJUKAN Abdullah Bin Hassan (1982). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia: Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana. Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar.( 2006 ).Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Pedoman umum sebutan baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim (1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai ejaan baharu bahasa Melayu. Kuala Lumpur Syarikat Percetakan Bintang Baru. Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik: Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.Dewan Bahasa (2005). Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. ( 2000 ). Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu, Affluent Master Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

40

Related Documents

Bml3043 Group.docx
November 2019 10
Bml3043 Individu.docx
November 2019 13

More Documents from "ayie"

Bml3043 Group.docx
November 2019 10
Bml3043 Individu.docx
November 2019 13
Chapter 8.docx
June 2020 5
Llda Letter.pdf
October 2019 12
Manuscript.pdf
November 2019 8