Bm Tips

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bm Tips as PDF for free.

More details

  • Words: 9,174
  • Pages: 32
Some help in BM.Thanks cikgu tan c l Untuk SPM 2006, beri perhatian pada: i) Peristiwa dalam perkembangan plot ii) Peristiwa berkaitan dengan tema iii) Latar masa iv) Gaya bahasa ( kebarangkalian amat rendah) v) Persoalan ( aspek khusus) vi) Faedah mempelajari novel vii) Kesedaran yang ditimbulkan melalui novel viii) Plot – awal cerita dan impaknya ix) Perasaan pembaca ( marah, kecewa, gembira dan lain­lain) x) Nilai yang didukung oleh watak utama

ASPEK PERBANDINGAN  SOALAN WAJIB UNTUK BAHAGIAN Solaan 4 xi) Perbandingan tema xii) Persamaan aspek persoalan xiii) Perbandingan persoalan xiv) Persamaan nilai kemanusiaan xv) Persamaan unsur pengajaran xvi) Persamaan watak utama

xvii) Perbezaan watak utama xviii) Persamaan peristiwa kegembiraan atau kemarahan xix) Perbandingan latar masa xx) Perbandingan latar masyarakat (VIRUS ZEL UNTUK ABAH - KERUSI) Pada pendapat anda, apakah punca-punca penceraian ibu bapa Zel? (Empat markah). Pada pendapat saya, punca penceraian yang diagak oleh Win ada benarnya, iaitu reputasi abah Zel sebagai guru sekolah rendah telah tercabar apabila melihat isterinya jauh lebih berjaya, dalam bidang komputer dan perniagaan. Namun demikian, saya rasa ibu Zel bukanlah sengaja menunjuk ego sehingga berlaku perceraian. Ia seorang yang beriman dan ia juga menghargai abah Zel serta Aunt Pah sebagai pendidik yang baik. Satu lagi punca perceraian yang munasabah pada pandangan saya ialah ibu Zel terlalu keras untuk dibentuk oleh ayah Zel sebagai isterinya. Saya dapat juga menerima kemungkinan bahawa ibu Zel berkahwin dengan abah Zel lebih kerana simpati. Aunt Pah mungkin lebih lembut dan menunjukkan kasih sayang kepada abah Zel, di samping bertugas dalam bidang yang sama serta tidak mengatasi pencapaian abah Zel. (Sebutir Pasir Di Kaki - KERUSI) Jika anda menjadi Fuad, apakah yang akan anda lakukan di akhir cerpen ini? (Tiga markah). Jika saya menjadi Fuad, saya akan masuk semula ke rumah Datuk Sukar untuk memberikan pertolongan cemas dan memanggil ambulance jika perlu, atas rasa kemanusiaan, walaupun Datuk Sukar telah menghalau saya dan melakukan perbuatan yang tidak wajar. Tambahan pula, Datin Sipah yang sentiasa baik terhadap saya meminta saya supaya masuk dahulu kerana Datuk Sukar pengsan. Di samping itu, saya mencintai Junainah. Namun demikian, setelah memastikan keselamatan Datuk Sukar, saya akan meninggalkan rumah itu dan tidak akan menjejakkan kaki lagi di situ kerana inilah tindakan yang sesuai untuk menjaga maruah saya. Kalaupun Junainah dan Datin Sipah menghubungi saya dan meminta saya bertemu dengan mereka tanpa pengetahuan Datuk Sukar, saya akan menolak dengan halus kerana perbuatan demikian tidak baik serta akan membawa penderitaan jiwa. Hanya jika Datuk Sukar benar-benar berubah sikap dan meminta maaf serta merestui hubungan saya dengan anaknya, barulah saya akan membuang yang keruh, mengambil yang jernih. ( Kerana Manisnya Epal - ANAK LAUT) Pada pandangan anda, wajarkah kebun epal Buchanan dipertahankan? (Empat markah). Pada pandangan saya, kebun epal itu wajar dipertahankan. Kebun itu merupakan maruah

keluarga Buchanan iaitu pusaka nenek moyang, yang pernah dikunjungi dan diberi penghormatan oleh Raja Edward Ketujuh. Bagi Buchanan kebun itu “nostalgia” kerana dihubungkan dengan usaha gigih nenek moyangnya dan beliau sendiri bersama-sama mendiang isterinya malahan beliau telah berjanji dengan isteri yang setia itu akan terus mengusahakan kebun kesayangan mereka. Buchanan juga mempunyai impian murni iaitu tidak akan membiarkan epal-epal yang begitu lazat dan istimewa pupus dari muka bumi. Saya berpendapat bahawa lapangan terbang tentera itu harus dibina di tempat strategik yang lain tanpa memaksa seorang tua yang rajin dan jujur menyerahkan kebun sumber ketenangan jiwanya untuk dimusnahkan. (Lambaian Malar Hijau - ANAK LAUT) Andainya anda mejadi Daneng ketika remaja, nyatakan konflik dalam jiwa anda setelah mendengar kata-kata Cikgu anda dan mengapa anda membuat keputusan menyambung pelajaran. (Tiga markah). Jika saya menjadi Daneng sewaktu remaja, konflik dalam jiwa saya ekoran kata-kata Cikgu Jo adalah antara keengganan meninggalkan hutan kesayangan saya dan keinginan melanjutkan pelajaran sehingga berjaya dan dapat berjasa. Saya tidak mahu berpisah dengan cara hidup turun-temurun kaum saya dan kemurnian alam semula jadi di hutan yang telah sebati dengan diri saya. Saya tidak menerima pandangan Cikgu Jo bahawa hidup kaum saya yang tidak mempunyai harta benda seperti orang bandar itu adalah miskin dan patut dibela. Bagi kami, konsep miskin tidak wujud kerana seisi hutan milik kami bersama sejak berzaman dan kami tidak pernah kekurangan. Hujah Cikgu Jo yang meyakinkan saya ialah bahawa hutan yang saya cintai itu memerlukan usaha saya sebagai seorang terpelajar, mungkin sebagai pegawai perhutanan negara atau seorang saintis, supaya kepupusan akibat penebangan melulu dapat dielakkan. Saya juga diyakinkan oleh pengalaman pahit saya sendiri iaitu tidak dapat berbuat apa-apa apabila pohon-pohon di kawasan simpan habis ditebang sindiket rakus. (drama: kerusi - kerusi) Setujukah anda jika dikatakan Masayu telah berpaling tadah daripada suaminya Putra kerana terpengaruh dengan kedudukan dan kuasa Srisegala? (Tiga markah). Saya tidak setuju dengan anggapan tersebut. Hanya Srisegala yang berkata bahawa “cinta kasih sayang” antara suami isteri telah musnah oleh kuasa sebuah kerusi dan bunyi gong. Gerak-geri Masayu iaitu meraba wajah Putra, merenungnya kosong dan berkata ia tidak kenal padanya ternyata perlakuan orang yang dikenakan sihir, bukan isteri yang berpaling tadah kerana terpengaruh dengan lelaki lain yang berkedudukan dan berkuasa. Sebelum itu, Masayu telah merayu kepada Srisegala supaya mengembalikan suaminya. Kemudian Srisegala bersetuju tetapi gong dibunyikan, ia bertepuk tangan sekali, segalanya gelap, terdengar jeritan perempuan dan tempikan lelaki, lalu dalam cahaya Masayu kelihatan separuh terbaring di hujung kaki Srisegala. Semua ini menunjukkan bahawa Masayu tidaklah mengkhianati suaminya dengan rela dan sedar untuk kepentingan diri. Lagipun, perbuatan demikian bercanggah dengan watak Masayu yang setia, berani, mencintai

Putra dan meniupkan semangat juang ke dalam jiwanya. (SABOR - KERUSI) Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku selepas jauhari terbunuh) Setelah jauhari itu dibunuh dan saya sedar bahawa mungkin adik saya tidak bersalah, saya akan bercakap panjang dengan isteri saya. Secara lembut tetapi tegas saya akan memintanya mengaku bahawa ceritanya tentang Sabor sebenarnya fitnah, juga bahawa ia telah berzina dengan jauhari itu. Saya akan berjanji tidak mengapa-apakannya kerana saya tetap mengasihinya dan saya tidak mahu mencemarkan nama keluarga. Jika ia bertaubat dan berjanji akan hidup sebagai isteri yang salih serta setia, saya akan memulakan hidup baru dengannya. Untuk melindunginya daripada tergoda, saya akan memberikan perhatian yang lebih banyak kepadanya serta mengelakkan kemungkinan dia bertemu dengan lelaki muda. Saya akan bercakap dari hati ke hati dengan adik saya dan saya yakin ia akan beredar dari rumah saya. Sekiranya isteri saya tidak dapat mendisiplinkan dirinya, saya akan menceraikannya secara baik supaya ia dapat berkahwin dengan orang muda. Saya tidak akan berkahwin lagi. Sisa hidup saya akan saya habiskan dengan beribadat dan membantu orang susah. (PGL - ANAK LAUT) Pada pendapat anda, adakah cerita "peminangan Puteri Gunung Ledang " sebuah prosa yang benar? Pada pendapat saya kisah Sultan Melaka meminang Puteri Gunung Ledang bukanlah cerita benar. Tidak ada bukti sejarah tentangnya, malah wujudnya puteri itu sukar dipercayai. Saya rasa cerita ini patut digolongkan sebagai legenda berunsur satira atau sindiran. Cara penulis versi ini mempersembahkan legenda itu menunjukkan hasratnya menyedarkan pembaca bahawa manusia, walau betapa berkuasa pun, harus ingat kuasa itu ada batasnya. Raja yang inginkan sesuatu di luar kemampuan manusia disindir melalui pantun tentang orang mengkhayalkan lazatnya makan ikan yang masih bebas berenang dan bersiap-siap membuat rencah untuk memasak burung yang sedang terbang. Sindiran juga disampaikan melalui syarat-syarat mustahil yang dikenakan oleh Puteri Gunung Ledang: jambatan emas dan perak antara Melaka dengan Gunung Ledang, hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air pinang muda setempayan, air mata setempayan, darah raja semangkuk, darah puteranya Raja Ahmad semangkuk.

KARANGAN BERGAMBAR *Amalan berbudi bahasa *amalan rumah trbuka KARANGAN BERPANDU *Cara memajukan sukan negara *kepentingan sungai *peranan telekomunikasi *sumbangan dan masalah pekerja asing *kruntuhan akhlak remaja -sektor perindustrian: kerajaan mengutamakan sektor perindustrial drp pertanian.PENDAPAT -Keruntuhan akhlak remaja -punca2 penyakit wabak lanun:ceramah -pertubuhan posat2 internet.Huraikan-kesan positif -kegawatan ekonomi-pendapat -pencemaran sungai-rencana-punca -kehadiran pendatang asing-punca buruk -kemajuan teknologi komunikasi-kesan positif

Contoh Karangan 1 Kempen Budi Bahasa

Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi. Yang indah itu bahasa yang elok itu budi”, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dalam kehidupan masyarakat kita. Ungkapan ini disusuli pula dengan bidalan yang mengatakan bahawa budi bahasa tidak boleh dijual beli. Namun, semuanya ini hanya suatu retorik sehingga kerajaan terpaksa melancarkan Kempen Berbudi Bahasa untuk menghidupkan kembali budaya berbudi bahasa ini. Kempen Berbudi Bahasa yang dilancarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) baru-baru ini jelas menunjukkan betapa kroniknya budi bahasa masyarakat kita pada hari ini. Melalui kempen ini, kita digalakkan supaya memberi ucapan dalam salam dan senyuman manis sebagai tanda perkenalan atau menjalinkan hubungan yang lebih mesra. Dengan cara ini, kita akan dapat membersihkan jiwa nurani kita daripada sifat sombong, meninggi diri dan ujub. Malah, agama Islam menganggap senyuman itu sebagai satu ‘sedekah’ antara sesama manusia. Selain memberi senyuman dan ucapan salam, amalan hormat-menghormati antara satu sama lain juga amat dianjurkan melalui kempen itu. Amalan ini akan dapat menjalinkan kemesraan dan seterusnya merapatkan hubungan masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi jika penghormatan itu diberikan kepada orang tua tidak kira di mana-mana sahaja kita berada. Bukankah pepatah ada menyebut bahawa yang muda kita kasihi manakala yang tua harus kita hormati? Sekiranya amalan ini dapat dipraktikkan, saya yakin bahawa matlamat kempen ini dapat dicapai dalam jangka masa yang sangat singkat. Bagi kakitangan kerajaan dan swasta yang bertugas di bahagian kaunter, layanan mesra terhadap pelanggan atau orang ramai yang berurusan di kaunter mestilah diberi keutamaan. Layanan yang sedemikian bukan sahaja akan memberi kepuasan maksimun kepada orang ramai bahkan dapat meningkatkan imej kerajaan atau agensi tertentu yang selama ini telah tercalar. Pada masa yang sama, amalan bertegur sapa yang dicanangkan melalui Kempen Berbudi Bahasa ini dapat memenuhi aspirasi kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersifat penyayang. Secara tuntas, amalan berbudi bahasa bukan bersifat sementara atau hangat-hangat tahi ayam. Sebaliknya, amalan ini harus menjadi paksi kehidupan kita yang mesti diteruskan kerana amalan ini merupakan nilai-nilai murni yang telah kita warisi sejak turun-temurun. Bak kata pepatah, hidup dikandung adat mati dikandung tanah.

Contoh Karangan 2 Kepentingan Sektor Pertanian

Sektor pertanian pernah menjadi tunjang kekuatan ekonomi negara pada suatu ketika dahulu. Hasil getah, kelapa sawit, padi dan seumpamanya juga pernah menjadi penyumbang terbesar pendapatan negara dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk rakyat di negara ini. Namun, kemajuan arus pembangunan negara yang lebih menjurus kepada sektor perindustrian telah menenggelamkan bidang pertanian sedikit demi sedikit terutamanya dalam dekad terakhir abad kedua puluh. Walau bagaimanapun, keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu pada permulaan awal alaf baharu ini, mengembalikan semula kepentingan bidang pertanian di negara kita. Peralihan pucuk pimpinan negara pada akhir tahun 2003 mungkin dapat dilihat sebagai permulaan terhadap kebangkitan semula sektor pertanian di negara ini dari zaman suramnya kira-kira dua dekad yang lalu. Kesungguhan kerajaan bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam memajukan bidang pertanian dapat dilihat melalui peruntukan pembangunan yang sangat banyak untuk memajukan bidang ini kita saksikan dalam belanjawan tahun 2005. Langkah ini amat tepat memandangkan negara kita mengimport bahan makanan yang terlalui banyak seperti gula, beras, buah-buahan dan sebagainya sedangkan kita mampu menghasilkan sendiri bahan makanan tersebut. Oleh itu, tumpuan terhadap bidang pertanian mampu mengurangkan pengaliran wang ke luar negara dan sekali gus mengelakkan defisit pada imbangan perdagangan luar negara. Selain dapat mengukuhkan imbangan perdagangan negara, penumpuan terhadap sektor pertanian berupaya mengelakkan pergantungan negara pada bekalan bahan makanan dari luar negara. Hai ini disebabkan kadar pertumbuhan pesat penduduk di negara ini yang sudah pasti akan memerlukan jumlah makanan yang lebih besar. Kebanyakan bahan makanan asas seperti beras, gula dan bijirin yang lain sesuai ditanam di negara ini. Jika kekurangan buruh dijadikan alasan,kita boleh menggunakan buruh-buruh asing yang bekerja di sektor perkilangan, perkhidmatan dan sebagainya untuk bekerja di sektor pertanian. Dengan cara ini, kita bukan sahaja dapat menggunakan khidmat buruh yang murah bahkan dapat mengelakkan buruh-buruh asing ini daripada merampas peluang pekerjaan yang sepatutnya diberikan kepada rakyat tempatan. Pada hemat saya, keadaan dunia yang kucar-kacir akibat peperangan yang sering tercetus mewajarkan kita menumpukan perhatian untuk membangunkan sektor pertanian secara lebih serius. Dalam masa yang sama, negara kita Malaysia mempunyai tanah-tanih yang subur, bebas daripada bencana alam atau keadaan huru-hara yang boleh memusnahkan sebarang kegiatan ekonomi. Jika kelebihan ini tidak dimanfaatkan, bermakna kita telah mensia-siakan anugerah Allah ke atas bumi kita. Dari satu sudut yang lain pula, kita telah melihat kegagalan banyak syarikat yang berasaskan industri dan perkilangan di negara ini

untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Sebaliknya, jika kita menumpukan pengeluaran negara kita dalam menghasilkan produk pertanian, persaingannya di peringkat antarabangsa tidak sehebat persaingan dalam sektor perindustrian terutamanya sektor yang berasaskan teknologi maklumat. Kata orang tua-tua, ukur baju di badan sendiri. Satu lagi alasan yang mewajarkan negara kita memberi tumpuan semula kepada sektor pertanian ialah bahan-bahan mineral yang ada di negara kita sudah semakin berkurangan. Petroleum dan gas asli dijangka akan habis menjelang tahun 2050 jika telaga yang baharu tidak ditemukan. Bijih timah dan bijih besi pula sudah tinggal sisa-sisanya sahaja sedangkan bahan-bahan ini amat penting untuk menggerakkan sektor perindustrian dan pembinaan. Sementelahan, kerajaan kita mempunyai pelbagai agensi yang dapat membantu meningkatkan kemajuan sektor pertanian seperti Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan agensi yang lain yang telah membuktikan keberkesanan peranan mereka. Malah sektor perikanan di negara kita khususnya perikanan laut dalam juga berpotensi untuk dimajukan sebagai sumber ekonomi yang baharu. Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa sektor pertanian mempunyai asas yang kukuh dan potensi yang baik serta prospek yang cerah untuk dimajukan. Kita harus menggunakan segala kepakaran yang ada untuk memajukan bidang ini demi kestabilan ekonomi negara. Rakyat Malaysia pertu berfikiran terbuka dan positif terhadap potensi sektor ini. Kita juga wajar menjadikan kejayaan negara-negara maju khususnya Jepun yang telah berjaya menguasai sektor perindustrian tetapi dalam masa yang sama terus membangunkan bidang pertanian untuk kesejahteraan hidup rakyatnya. Bak kata peribahasa Melayu, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Contoh karangan 3Tabiat merokok Sekiranya kita merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan,semakin banyak rakyat Malaysia yang merokok setiap tahun terutamanya lelaki. Malah,golongan wanita juga mula menunjukkan peningkatan yang mendadak. Pelajar sekolah juga tidak terkecuali. Sejak November 2004, didapati golongan belia terutamanya pelajar sekolah menengah menyumbang 20% daripada statistik tersebut. Persoalannya, adakah mereka tidak mengetahui bahawa merokok membahayakan kesihatan setelah banyak kempen telah dilancarkan? Atau mereka memang sengaja menempah maut? Banyak faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku. Antara faktor yang membawa remaja sekarang merokok kerana pengaruh rakan sebaya. Rakan menunjukkan diri mereka yang sebenar. Sekiranya mereka memilih rakan yang salah, secara tidak langsung mereka juga terlibat dalam perkara yang tidak baik. Faktor kedua kerana ingin menunjukkan kematangan diri. Mereka berpendapat, apabila mereka merokok, maka mereka telah dewasa. Tanggapan ini salah sama sekali. Faktor ketiga ialah pengaruh bapa atau abang mereka. Pada hemat mereka, sekiranya bapa atau abang mereka boleh

merokok, kenapa mereka tidak boleh? Tanggapan-tanggapan inilah yang kita perlu perbetulkan agar tidak banyak rakyat Malaysia yang akan merokok pada masa akan datang. Sebagaimana kita semua sedia maklum, terlalu banyak risiko kesihatan akan wujud sekiranya kita merokok. Di dalam sebatang rokok terdapat lebih kurang 25 bahan kimia yang telah diuji boleh menyebabkan kanser. Antaranya ialah karbon monoksida, nikotin, tembakau, dan tar. Antara penyakit yang mungkin dihidapi oleh perokok ialah pereputan alveolus dalam paru-paru, Parkinson, kanser paru-paru, kanser rahim, katarak mata dan kanser gusi. Setiap kekusutan boleh dileraikan, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Pelancaran Kempen Katakan Tak Nak kepada Rokok. Walakin begitu, bilangan perokok makin bertambah. Kalau pendekatan tersebut tidak berkesan, eloklah kiranya perokok dikenakan denda yang tinggi. Namun begitu, ada juga golongan kaya yangmampu membayar denda yang dikenakan.Atau kerajaan boleh mengharamkan sahaja rakyatnya daripada merokok. Sesiapa yang didapati merokok sama ada di tempat awam atau persendirian akan dikenakan hukuman yang berat. Walau bagaimanapun, cara yang telah dicadangkan memerlukan kecekalan hati dan ketabahan diri sendiri untuk menghindari rokok. Konklusinya,merokok secara terang, jelas dan nyatanya tidak membawa apa-apa kebaikan kepada manusia malah merosakkan serta mendatangkan bahaya kepada kita. Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Sekiranya ingin membanteras gejala merokok, banteraslah hingga ke akar umbi.

Tajuk Karangan :  Ramai remaja yang melibatkan diri dalam masalah sosial seperti mencari, menghisap  rokok, merompak dan sebagainya. Analisis punca­punca yang menyebabkan fenomena ini  berlaku.

Karangan Contoh 4:

Sebagaimana kita sedia maklum, remaja yang berusia antara 12 hingga 19 tahun  merupakan golongan yang menghadapi proses perubahan dari segi fizikal, mental, gaya  hidup dan sebagainya. Malangnya, dada­dada akhbar sering kali terpampang berita  mengenai masalah sosial yang mengaitkan golongan remaja yang masih bersekolah. 

Realitinya, masalah ini amat membimbangkan semua pihak terutamanya ibu bapa.  Sebenarnya terdapat banyak punca yang menyebabkan masalah ini semakin berleluasa. ( 63 patah kata ) 

Ibu bapa merupakan saudara terdekat dengan anak­anak. Satu hakikat yang tidak dapat  dinafikan ialah kebanyakan ibu bapa pada zaman moden ini kurang prihatin terhadap  anak mereka. Mereka sentiasa kelihatan sibuk mencari harta daripada mendampingi anak­ anak mereka. Sikap meterialistik yang ditunjukkan mereka jelas menunjukkan bahawa  mereka hilang nilai keibubapaan. Mereka sanggup menyogok wang perbelanjaan yang  banyak untuk menggantikan nilai kasih sayang terhadap anak­anak. Remaja yang  bermasalah tetapi enggan berkongsi dengan ibu bapa tetapi berkongsi dengan perasaan  dan meluahkan perasaan bersama rakan sebaya.  ( 81 patah kata )

Selain itu, remaja pada hari ini senang dipengaruhi oleh rakan sebaya. Pada hemat  mereka, kawan­kawanlah merupakan orang yang paling dipercayai dan boleh berkongsi  rahsia. Malangnya, rakan sebaya yang nakal akan mengajak mereka melakukan gejala  sosial tanpa rasa segan silu. Malangnya, banyak berita yang tersiar di dada akhbar yang  bersangkut paut dengan kumpulan remaja yang melakukan jenayah rogol bergilir­gilir  untuk memuaskan nafsu remaja mereka. Ada antara mereka yang mencuri, menghisap  rokok, ganja dan lain­lain lagi. Natijahnya, masalah sosial yang melibatkan remaja  bersekolah semakin hari semakin membimbangkan semua pihak. ( 87 patah kata )

Media massa yang tersebar luas juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan  masalah sosial sekian terjadi­jadi sejak kebelakangan ini. Remaja yang mempunyai  perasaan ingin tahu selalunya menyalahgunakan internet sebagai wadah untuk  mengetahui, membaca dan menonton sesuatu yang dianggap segar bagi mereka. Mereka  sanggup membuang masa melayari laman­laman web lucah, berinteraksi melalui “ICQ”  dengan orang yang tidak dikenali dan melanggan majalah­majalah lucah menerusinya.  Tambahan pula, mereka mampu membeli VCD lucah dengan harga yang murah dan  senang didapati. Natijahnya, minda remaja kini telah tercemar dengan budaya kuning  yang merupakan satu masalah sosial serius. 

( 89 patah kata )

Memang tidak dapat dinafikan bahawa remaja kini suka memperbodohkan diri dengan  kelakuan yang negatif. Mereka suka menunjuk­nunjuk kepada semua kematangan  pemikiran mereka sebagai Remaja. Ada antara mereka yang ingin menjadi “hero” dalam  sekolah terutamanya di hadapan pelajar perempuan. Mereka biasanya menghisap rokok,  bergaduh menunjukkan sifat kelelakian mereka dan sikap “macho” mereka ini sebenarnya  tidak lagi popular. Malangnya, mereka tidak menyedari Perbuatan negatif ini akan  mendatangkan natijah yang tidak baik seperti memudaratkan kesihatan. Sebenarnya,  sikap ingin dipandang tinggi telah disalahtafsirkan oleh mereka sehingga mewujudkan  masalah sosial.  ( 85 patah kata ) Ada pihak berpendapat, masalah sosial wujud akibat terpengaruh dengan gaya hidup  bebas yang dipraktikkan oleh negara barat. Remaja kini menganggap semua yang datang  dari barat itu melambangkan kemajuan. Gaya hidup bebas, hiburan yang melampaui batas  dan gejala sosial negatif yang diimport dari barat sedikitkan tidak bersesuaian dengan  gaya hidup ketimuran kita. Malangnya, remaja kini tanpa rasa segan silu pergi ke pusat  hiburan disko dan berkenalan dengan orang luar yang tidak dikenali. Akibatnya, ramai  remaja yang dirogol dan ditipu menjadi pelacur. Oleh hal yang demikian, jelaskan  pengaruh barat ini sedikit pun tidak melambangkan kemajuan sebaliknya meruntuhkan  akhlak remaja kita. ( 88 patah kata )

Satu lagi punca yang tidak dapat disangkal ialah tekanan pelajaran yang dihadapi oleh  pelajar masa kini. Realitinya, sistem pendidikan di Malaysia terlalu mengorientasikan  pencapaian akademik. Pelajar­pelajar kini dibebankan dengan kerja sekolah yang  melambak dan pelbagai peperiksaan umum serta peperiksaan dalaman menjadikan jadual  pembelajaran mereka semakin ketat. Akibat daripada itu, remaja sanggup ponteng  sekolah, ponteng kelas tambahan demi melepaskan diri daripada menghadapi tekanan  yang dianggap berat ini. Selain menjejaskan pelajaran mereka, ramai antara mereka yang  mengambil pil khayal untuk menghilangkan stress yang dihadapi. Ini jelaskan menjadikan  masalah sosial sebagai masalah serius. 

( 89 patah kata )

Sudah sampai masanya kita mengorak langkah drastik untuk mengatasi masalah ini.  Sekiranya ditangguh, masalah ini akan menjadi semakin rumit dan akan mempengaruhi  sikap generasi muda lain pula. Remaja sepatutnya memikul tanggungjawab memajukan  negara. Golongan ini merupakan pemimpin pada masa depan dan penggerak Wawasan  2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita. “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi  Tiang Negara”. Kita berharap agar remaja Malaysia dapat bersama­sama merealisasikan  wawasan murni negara. ( 67 patah kata )

Jumlah Kata : 649 patah kata

Karangan Contoh 5 ­ kesesakkan lalu lintas 

Sebagaimana kita sedia maklum, senario kesesakan lalu lintas di nusa kita tidak pernah  mencapai titik noktah. Malang tidak berbau, rakyat Malaysia masih mengamalkan sikap  berpeluh tubuh menyebabkan masalah ini tidak pernah diselesaikan.Hal ini menyebabkan  pelbagai sektor seperti pelancongan terjejas. Nescaya, kesesakan boleh berlaku akibat  beberapa faktor tertentu.

Faktor kegagalan kerajaan menyediakan jadual perjalanan kenderaan awam yang  bersistematik.Bak kata peribahasa “hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih”..Selain  itu, pembinaan stesen yang tidak strategik juga merupakan satu faktornya.Sebagai  contohnya, stesen yang dibina antara tanam perumahan agak jauh.Lagipun, tambang yang  mahal seperti sistem aliran ringan (LRT) tidak diminati oleh para pengguna kerana hal ini  akan menambahkan pebelanjaan pengguna.

Haruslah kita menerima hakikat bahawa bilangan kereta bertambah ekoran kemampuan  rakyat membeli selaras dengan kestabilan ekonomi.Misalnya, sebuah keluarga memiliki  beberapa buah kereta Hal ini kerana pengeluaran kereta yang banyak dan tidak dikawal  oleh kerajaan,bak kata pepatah “cendewan tumbuh selepas hujan. Malah harga kereta  yang mudah, khasnya kereta buatan Malaysia. [/size]  Sehubungan dengan hal itu, pelbagai impak telah ditimbulkan.Kesan utama yang  ditimbulkan ialah kelewatan kantor.Hal ini juga menyebabkan pelbagai kesan sampingan  kepada pengguna seperti pemabaziran masa, tenaga dan wang.Pada masa kini, kita  haruslah menyedari masa itu emas. Tambahan pula, urusan harian pengguna turut  terpaksa tergendala

Untuk mengatasi senario ini, semua pihak haruslah mengamalkan sikap bagai aur dengan  tebing untuk menyelesaikan masalah kesesakan. Langkah utama yang harus diambil ialah  menaiktarafkan pengangkutan awam dengan membina jadual perjalanan yang  bersistematik, sesuai dan pembinaan stesen yang strategik.Selain itu, kemudahan LRT  harus dipromosi, diperluas, dan diperjauh supaya rakyat dapat menikmati kemudahan ini  dan mengadakan kempen berkongsi kereta “ jom naik bas bersama­sama”

Tidaklah menghairankan jika menyatakan bahawa kesesakan lalu lintas bukan lagi satu  fenomena lumrah, namun pelbagai impak masih tetap ditimbulkan.Tegasnya, semua pihak  haruslah bekerjasama mengekang masalah bersama­sama agar kesejahteraan dan  keharmonian rakyat terjamin dan tidak sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak  berguna pada masa akan datang.

[size="3"]  Karangan Contoh 6:

Rumah ibadat di Malaysia

Haruslah kita menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara majmuk  yang terkenal dengan adat resam, budaya yang unik di pentas dunia .Dalam meniti hari  demi hari ke arus globalisasi lambang “kekuasaan” rumah ibadat tidak berubah walakin  negara kita sedang membangun.Rumah ibadat dibina berdasarkan ciri­ciri eksklusif dan  perlu ddihormati oleh masyarakat.  Sebagaimaana kita sedia maklum, agama Islam diisytiharkan sebagai agama utama di  Malaysia dan perlu dianuti oleh semua orang Melayu.Majlis merupakan tempat beribadat  bagi orng Islam.majlis merupakan satu tempat yang suci. Penganut Islam akan mendengar  kutbah sembayang di majlis setiap hari.Penganut Islam diwajib menunaikan solat lima  waktu sehari semalam.Mereka menyerah diri kepada Tuhan. Memang tidak dapat dinafikan ialah tokong merupakan tempat bersembayang bagi orang  Cina yang beragama Buddha.Selain itu, pengunjung juga akan membayar nazar di tokong  untuk mendoa semua ahli keluarga sihat dan selamat setahun.Tokong juga tempat  membakar colok pada hari­hari tertentu dalam sebulan.Bukan sahaja membayar nazar dan  membakar colok, malah penganut juga dapat khidmat nasihat di sana. Kuil merupakan tempat pemujaan Vishu, Krishna dan Siva. Sukar dinafikan ialah kuil  juga merupakan tempat masyarakat Hindu akan berlangsung majlis perkahwinan di  sana.Hal ini demikian kerana merupakan mereka percaya perkahwinan mereka akan  sepanjang tahun dan tidak berpisah.Mereka juga akan mempelajari kebudayaan  tradisional di kuil yang diajar oleh seorang “guru” Tidaklah menghairan jika menyatakan bahawa gereja dibina bercirikan bangunan  barat.Gereja juga merupakan satu tempat penganut Kristian berlangsung perkahwinan  mereka di gereja di bawah semua restu ibu bapa dan kawan­kawan serta buktian  Tuhan.Selain itu, gereja juga merupakan tempat membaptis penganut.Penganut­penganut  Kristian akan “mendoa” pada hari penghujung. Semua rumah ibadat merupakan tempat yang suci dan dianggap mewakili Tuhan “  menjaga” kita.Oleh itu, kerajaan haruslah menjadikan rumah ibadat sebagai pusat  pelancongan untuk diketahui oleh orang ramai. Bak kata pepatah,rumah ibadat bagai tak  lekung dek panas,tak basah dek hujan.

RENCANA ­ Hubungan Kekeluargaan Semakin Renggang [/size] [size="3"][/font] [font="Times"] Dalam era pascainovasi ini, negara Malaysia sedang mengalami anjakan paradigma daripada sebuah negara yang sedang membangun kepada sebuah negara yang pesat dan rancak pembangunannya. Dewasa ini, Malaysia mengorak langkah dalam menyongsong arus kemajuan yang kian deras. Namun, sejajar dengan arus pembangunan negara, perkara yang acap kali merimaskan masyarakat sarwajagat ialah isu hubungan kekeluargaan yang semakin renggang. Dalam keghairahan mengejar kebendaan dan kemewahan, hubungan kekeluargaan yang semakin renggang mula berakar umbi sejak dahulu lagi. Keluarga boleh ditakrifkan sebagai satu institusi yang terdiri daripada orang­orang yang  tersayang dan dikasihi termasuk keturunan moyang yang sama. Keluarga boleh  diklasifikasikan kepada dua jenis, yakni keluarga nukleus dan keluarga luas. Keluarga  nukleus terdiri daripada ibu, bapa, abang, kakak serta adik. Keluarga luas pula terdiri  daripada keluarga nukleus, nenek, datuk, sepupu, mak cik, dan pak cik. Mutakhir ini,  hubungan kekeluargaan yang semakin renggang kian menggamit perhatian semua pihak. Memang tidak dapat dinafikan bahawa hubungan kekeluargaan yang semakin renggang  mampu menyumbang kepada pelbagai impak negatif. Antara kesan daripada kemelut ini  ialah kegagalan ahli keluarga dalam memahami serta saling menghormati sesama sendiri.  Hubungan kekeluargaan yang semakin renggang dapat dilihat dengan ketara menerusi  beberapa kejadian yang bobrok. Tamsilannya, keratan akhbar daripada Berita Harian pada  17 Julai 2005 melaporkan bahawa seorang bapa bertindak mencabuli kehormatan dan  merogol anak perempuannya semasa ketiadaan orang lain di rumah. Kejadian sumbang  mahram ini ialah satu insiden yang amat menyedihkan dam memalukan. Seandainya  hubungan kekeluargaan semakin renggang, ahli­ahli keluarga akan menghadapi masalah  untuk berkomunikasi dan saling bertukar fikiran. Hal ini demikian kerana hubungan yang  renggang ini telah memusnahkan jalinan kekeluargaan yang akrab dan erat. Oleh itu, ahli­ ahli keluarga tidak memahami antara satu sama lain dan seterusnya konflik dan  perselisihan faham mudah berlaku. Kejadian ini akan mengakibatkan pergaduhan dan  sekali gus ahli­ahli keluarga bermusuhan sesama sendiri. Di samping itu, hubungan kekeluargaan yang semakin renggang turut menyumbang  kepada masalah pengabaian ahli­ahli keluarga khususnya golongan tua dan bayi.  Penghantaran golongan warga emas yang uzur dan pembuangan bayi yang masih belum 

mencecah usia tiga bulan tidak lagi asing kepada masyarakat metropolitan khususnya di  Kuala Lumpur. Masyarakat moden hari ini beranggapan bahawa golongan warga emas  merupakan suatu beban yang menyusahkan mereka. Oleh itu, mereka bertindak  menghantar golongan ini khususnya ibu bapa mereka yang tua dan uzur ke rumah orang  tua­tua. Mereka langsung tidak memahami perasaan ibu bapa mereka yang terasa  diabaikan oleh cahaya mata sendiri. Selain itu, ada pula golongan ibu bapa yang masih  muda dan mentah pemikirannya bertindak membuang bayi mereka ke dalam tong sampah  mahupun meletakkannya di tepi jalan dan kaki lima. Amalan yang hina ini dipercayai  dilakukan atas sebab ibu bapa tidak bersedia dan tidak mampu untuk memikul  tanggungjawab untuk membela seorang bayi. Angkara­angkara mengabaikan ahlii  keluarga khususnya warga emas merupakan senario yang amat memalukan. Oleh itu, isu  ini tidak seharusnya dipandang enteng oleh semua pihak.  Pepatah Melayu ada mengatakan “Masakan pokok boleh bergoyang kalau tiada angin  yang bertiup”. Tiada pihak yang patut dipersalahkan melainkan ahli keluarga itu sendiri.  Isu hubungan kekeluargaan yang semakin renggang kian hangat diperdebatkan oleh  media massa. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sikap ibu bapa yang individualistik  dan materialistik merupakan pemangkin utama kepada kemelut ini. Dewasa ini, golongan  ibu bapa taksub mengejar kebendaan dan beranggapan bahawa kerjaya dan wang ringgit  adalah lebih afdal daripada keluarga sendiri. Mereka turut beranggapan bahawa  kemewahan dan kerjaya dijadikan sebagai kayu ukur dalam menilai status sosial mahupun  kemampuan individu dalam masyarakat. Anggapan ini adalah salah sama sekali kerana  keluarga merupakan aset paling berharga bagi semua insan di seantero marcapada.  Keluarga merupakan aset yang paling signifikan dan tidak dapat ditukar beli dengan  wang ringgit. Akan tetapi, golongan ibu bapa yang lebih mementingkan kerjaya semata­ mata untuk kepuasan dan keselesaan diri sendiri telah mengabaikan anak­anak mereka  dan menggantikan kasih sayang dengan sogokan wang ringgit. Anak­anak ini telah  kehilangan satu wahana untuk bertukar fikiran dan pendapat dengan ibu bapa mereka.  Mereka bertindak mencari rakan sebaya dan meluahkan segala isi hati kepada rakan yang  dipercayai berupaya membantu mereka. Bertitik­tolak dari sinilah gejala sosial mula  berlaku dan menular tanpa mencapai titik noktahnya. Isu ini yang diumpamakan seperti bangkai gajah yang ditutup dengan nyiru haruslah  ditangani dengan segera. Pelbagai langkah penyelesaian yang pragmatik, sistematik dan  konkrit haruslah diambil secara berterusan. Ahli keluarga haruslah lebih banyak  meluangkan masa untuk keluarga. Masa yang diperuntukkan pula haruslah dimanfaatkan  dengan sepenuhnya. Sebaik­baiknya, segala konflik atau masalah yang dihadapi oleh  sesiapa sahaja dalam keluarga itu dibawa bersama untuk dibincangkan. Tambahan pula,  ahli­ahli keluarga pula seharusnya menjadikan hari Ahad sebagai hari keluarga supaya 

ahli keluarga dapat bersama­sama tanpa gangguan aktiviti lain seperti mesyuarat dan  aktiviti kokurikulum.  Selain itu, ahli­ahli keluarga khususnya golongan remaja haruslah didedahkan kepada  didikan agama dan moral. Masyarakat kontemporari acap kali memandang enteng  mengenai didikan agama dan moral. Didikan agama dan moral mampu membentuk jati  diri dan hubungan kekeluargaan yang utuh. Melalui pengenalan Kurikulum Bersepadu  Sekolah Rendah (1983) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1989), subjek  Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama telah diperkenalkan. Program ini bertujuan  untuk menerapkan nilai­nilai murni dalam jiwa pelajar khususnya dalam menghargai dan  mencintai keluarga. Namun demikian, pelajar mutakhir ini hanya menganggap bahawa  subjek­subjek ini lebih berorientasikan peperiksaan daripada ilmu praktikal. Dengan erti  kata yang lain, ilmu teori lebih diutamakan daripada ilmu praktikal. Jadi, pihak sekolah  dan pelajar haruslah berganding bahu sama ada dalam memberi kesedaran tentang  kepentingan hubungan kekeluargaan yang erat atau dalam menghargai hubungan  kekeluargaan agar pergolakan mahupun konflik tidak ditimbulkan sesama ahli keluarga. Sebagai intiha, komitmen yang jitu dan padu haruslah diberikan daripada semua pihak.  Penerapan nilai­nilai murni mengenai hubungan kekeluargaan dalam jiwa anak­anak  muda haruslah dilakukan sejak dari usia yang muda lagi. Bak kata pepatah, “Melentur  buluh biarlah dari rebungnya”. Generasi muda khususnya golongan muda haruslah  diberikan kesedaran mengenai keperluan sebuah institusi keluarga yang harmonis.  Remaja merupakan pemangkin dan pelopor kepada kepimpinan negara kelak. Merekalah  bakal pemimpin dan akan mengetuai pucuk pimpinan negara kelak. Tambahan pula,  remaja haruslah melengkapkan diri dengan lunas keluhuran moral supaya hubungan  kekeluargaan yang erat dapat dijalin. Sebelum nasi menjadi bubur, eloklah kita  mengjangkau sehabis tangan dan menggembleng tenaga dalam membendung kemelut ini.  Janganlah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur dari segi ekonomi  tetapi muflis dari segi kebudayaan dan nilai­nilai murni. Namun demikian, sekarang  bukanlah masanya untuk menopang dagu dan menuding jari. Misi dan visi rakyat jelata  untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang tersohor dan terkemuka di  seantero marcapada pasti bersifat fatamorgana seandainya kemelut ini tidak dapat  ditangani. Institusi keluarga yang harmonis amatlah penting dalam melahirkan golongan  pemimpin negara kelak. Kejayaan seseorang individu bermula daripada institusi keluarga  yang sempurna. Pendek kata, segenap lapisan masyarakat di seluruh pelosok negara  haruslah berganding bahu dalam menangani kemelut hubungan kekeluargaan yang  semakin renggang. Jadikanlah “Rumahku Syurgaku”. Jangan jadikan rumah sebagai  lembah pergaduhan mahupun pertelingkahan. Rumah sepatutnya dijadikan sebagai satu  tempat yang gembira dan bukannya sebagai satu tempat yang menimbulkan suasana yang 

tegang.

angkah memajukan sukan Negara

Acap kali negara kita menganjurkan sukan berprestij di dunia seperti Formula One ,Le  Tour De Langkawi,Sukan komenwell dan sebagainya.Pecapaian Malaysia sebagai  penganjur tidak dapat dinafikan kehebatannya. Walakin begitu, pencapaian Malaysia  sebagai peserta amatlah mengecewakan. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha haruslah  dilakukan untuk memajukan sukan negara. Punca utama para atlet tidak bergiat lama dalam bidang ini kerana tiada jaminan masa  depan kepada mereka. Oleh itu, suatu usaha harus dilakukan untuk menjamin masa depan  mereka. Terutama peluang pekerjaan jika berlaku kecederaan kepada mereka. Selain itu,  elaun dan pencen harus diberikan kepada mereka yang bergiat aktif dalam mewakili  Malaysia, tidak kira sama ada atlet tersebut menang ataupun kalah. Di samping itu, suatu  organisasi harus ditubuhkan untuk menjaga kebajikan atlet Malaysia. Bak kata pepatah,meluntur buluh biar dari rebungnya. Oleh itu, untuk membentuk atlet,  pendedahan haruslah dimulakan dari peringkat kanak­kanak. Sekolah sukan haruslah  dibina di setiap daerah atau di setiap negeri. Sekolah sukan berkaitan pula dibina dari  peringkat sekolah rendah. Di sekolah tersebut, kelengkapan sukan haruslah lengkap.  Segala ilmu seperti teknik pernafasan yang betul diajar selain teknik menguasai  permainan sukan yang dipilih. Subjek sukan dimasukkan dalam silibus dan diuji, sama  seperti ujian bagi mata pelajaran lain. Oleh itu, pelajar tersebut akan memandang serius  dalam subjek tersebut. Di peringkat sekolah pula, Bulan kesukanan perlulah diadakan. Pelbagai aktiviti  kesukanan haruslah diadakan dan hadiah yang menarik pula perlulah ditawarkan sebagai  ganjaran. Selain itu, perlawanan persahabatan dalam sukan serta perlawanan peringkat  sekolah haruslah ditingkatkan untuk mencungkil bakal terpendam para pelajar yang  seharusnya menjadi pelapis atlet yang sedia ada. Sementelahan, kemudahan untuk sukan  dan peruntukan untuk membeli peralatan sukan haruslah disediakan selain galakan  daripada pihak guru dan ibu bapa. Konklusinya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk memajukan lagi sukan di negara 

kita. Pihak Kerajaan haruslah giat menjalankan kajian untuk memantapkan lagi sukan  negara. Semua pihak termasuklah ibu bapa seharusnya memberi bimbingan dan galakan  kepada anak­anak yang berkecenderungan terhadap bidang sukan. Majulah sukan untuk  negara.

Keluarga Idaman Saya  [/font] [font="Times"] "Rumahku, syurgaku". Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam kehidupan seseorang. Keluarga idaman saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik tolak daripada manifestasi, setiap individu harus memikul dan melaksanakan  kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia. Ibu bapa memainkan peranan yang  paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan  membentuk keperibadian dan sahsiah anak­anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan  kehidupan sempurna kepada anak­anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu  bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa  depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang  baik. Ibu bapa ialah teladan anak­anak, bak kata pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah  kuihnya.” Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak­anak untuk  membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan  dan memantau kegiatan luar anak­anak supaya mereka yang baru berumur setahun  jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus  memastikan anak­anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu,  ibu bapa harus mencurah kasih saying sepenuhnya kepada anak­anak seperti “menatang  minyak yang penuh” . Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa  anak­anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.  Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan  seperti “kapal tanpa nakhoda”. Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak­anak dan  memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah 

mengambil berat terhadap anak­anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar  fata morgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab  mereka terhadap anak­anak. Hukuma­hakam Arab pernah mengatakan anak­ anak yang  kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak­anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa.  Anak­anak harus belajar bersungguh­sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk  membalas jasa ibu bapa. Anak­anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan  keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme,  lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak­anak yang berjaya hendaklah  mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak­ anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga  mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita? Anak­anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli­ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli­ ahli keluarga sepatutnya bertolak­ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya  pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani,  aman dan damai. Ahli­ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata  pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi  keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta­juta batu­bata.  Keluarga bahagia memerlukan banyak unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama,  toleransi dan sebagainya. “Rumahku, syurgaku.” Keluarga bahagia ialah keluarga idaman  saya.

Soalan: penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah kini menjadi satu trend, oleh  itu, baru­baru ini jawatankuasa kabinet telah menarik balik kebenaran membawa telefon  bimbit ke sekolah.

berikan komen anda tentang tindakan kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan  telefon bimbit di sekolah

penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah kini menjadi satu trend.  Penggunaan telefon ini bukan sahaja dimiliki oleh pelajar sekolah sahaja malah kanak­ kanak sehingga orang tua juga memiliki telefon bimbit . Oleh itu, baru­baru ini  jawatankuasa kabinet telah menarik balik kebenaran membawa telefon bimbit ke sekolah.  Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor yang menyebabkan penggunaan telefon bimbit di  sekolah ditarik balik. Sememangnya, tindakan kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan telefon bimbit di  sekolah itu adalah wajar. Hal ini demikian kerana ada kalangan pelajar tidak dapat  mendisplinkan diri apabila membawa telefon bimbit ke sekolah kerana pelajar sering  membuat masalah yang tidak patut berlaku di sekolah., hal ini dapat dibuktikan apabila  pelajar bergaduh antara satu sama lain semata­mata untuk bermain permainan video  dalam telefon bimbit tersebut. Sering kali semasa rehat, para pelajar sering bermain  permainnan video dalam telefon bimbit masing­masing. Hal ini dapat menunjukkan  bahawa para pelajar hanya membuang masa dengan bermain permainan video dalam  telefon bimbit sedangkan masa yang digunakan untuk bermain permainan video itu boleh  digunakan untuk menelaah atau mengulang kaji pelajaran serta menyiapkan kerja sekolah  yang diberikan oleh guru. Selain itu, sememangnya wajar tindakan kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan  telefon bimbit di sekolah kerana telefon bimbit ini boleh membawa kepada perbezaan  taraf hidup antara para pelajar. Hal ini demikian kerana bagi sesiapa yang terdiri daripada  golongan kaya akan memiliki telefon bimbit yang canggih dan moden manakala bagi  pelajar yang terdiri daripada golongan miskin, mereka cuma mampu memiliki telefon  bimbit yang murah sahaja. Hal ini juga boleh menyebabkan kecurian berlaku kerana  pelajar yang hanya memiliki telefon bimbit murah ini akan berasa kecewa dan iri hati dan  pelajar ini juga mempunyai keinginan untuk memiliki telefon bimbit yang lebih canggih  dan moden menyebabkan pelajar yang terdiri daripada golongan miskin ini mencuri  telefon bimbit pelajar daripada golongan kaya. Di samping itu, proses pembelajaran dan pengajaran tidak dapat berlaku dengan  sempurna juga merupakan tindakan kerajaan wajar bagi menarik balik kebenaran  penggunaan telefon bimbit di sekolah. Hal ini demikian kerana ketika guru sedang  mengajar, pelajar tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran  kerana pelajar lebih mementingkan permain permainan video dalam telefon bimbit dan  menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada rakan lain.Kerajaan mengambil  tindakan ini juga kerana tidak mahu pelajar meniru semasa peperiksaan sedang 

dijalankan. Hal ini dapat dibuktikan dengan pelajar menggunakan telefon bimbit untuk  menanyakan jawapan kepada rakan yg lain. Hal ini menyebabkan keperibadian dan  sahsiah diri juga tidak dapat maju. Selain itu juga, tindakan kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan telefon bimbit  adalah wajar kerana tidak mahu berlaku pembaziran wang, masa, dan tenaga. Hal ini  demikian kerana ibu bapa terpaksa berkorban untuk membelikan kad tambah nilai kepada  anak­anak mereka sedangkan anak­anak mereka banyak menghabiskan nilai kad kredit  mereka dengan menghantar SMS kepada teman wanita atau teman lelaki istimewa  mereka tanpa pengetahuan kedua­dua orang ibu bapa mereka. Sehubungan dengan itu, tindakan kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan telefon  bimbit di sekolah adalah wajar kerana bimbang pelajar akan malakukan perlakuan yang  lebih teruk lagi seperti mempengaruhi rakan­rakan yang lain melayari laman web  pornografi menerusi telefon bimbit. Seperti yang kita ketahui, telefon bimbit pada zaman  yang canggih dan moden ini semuanya di hujung hari. Kemudahan internet yang  membolehkan pelajar melayari internet dengan menggunakan sistem generasi ketiga  (3G ) atau GPRS. Selain itu, pihak kerajaan bimbang kalau­kalau pelajar akan  menangkap gambar lucah semasa pembelajaran sedang dijalankan. Hal ini menyebabkan  pelajar tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya sebaliknya ketagihan unsur­unsur  negatif. Di samping itu juga, tindakan kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan telefon  bimbit de sekolah adalah wajar supaya para pelajar tidak menggunakan ayat sistem  perkhidmatan ringkas (SMS) dalam karangan Bahasa Melayu. Seperti yang kita sedia  maklum, penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan orang Melayu sendiri semakin  merosot. Hal ini demikian disebabkan kerana pelajar yang menggunakan ayat­ayat sistem  perkhidmatan ringkas (SMS) seperti "yg, dn x" dan banyak lagi menyebabkan Bahasa  Melayu yang indah tidak dapat dikuasai dengan baik. Hal ini juga menyebabkan para  pelajar mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan. Walau bagaimanapun, terdapat juga kebaikan penggunaan telefon bimbit di sekolah oleh  para pelajar seperti para pelajar dapat menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi  ibu bapa untuk perkara­perkara penting seperti meminta ibu bapa untuk mengambil  mereka di sekolah pada awal waktu atau lewat kerana terpaksa menghadiri kelas  tambahan yang diadakan. Selain itu juga, bagi para pelajar yang tinggal di asrama, telefon  bimbit merupakan wahana antara para pelajar dengan ibu bapa. Hal ini demikian kerana  pelajar yang terpaksa tinggal di asrama hanya boleh pulang ke rumah sebulan dua kali  sahaja untuk bertemu dengan keluarga. Oleh itu, telefon bimbit dapat mengeratkan 

silaturahim sesama keluarga bagai aur dengan tebing kerana para pelajar perlukan  hubungan yang berterusan untuk mengetahui keadaan ibu bapa mereka. Walaupun telefon bimbit mempunyai kebaikan, jawatankuasa kabinet telah memutuskan  bahawa kebenaran membawa telefon bimbit ke sekolah ditarik balik. Hal ini demikian  kerana keburukan membawa telefon bimbit di sekolah lebih banyak daripada kebaikan  penggun telefon bimbit di sekolah. Oleh itu, kerajaan perlu menitikberatkan isu ini kerana  bimbang nila setitik habis merosakkan susu sebelanga. Jadi, sememangnya tindakan  kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan telefon bimbit di sekolah adalah wajar  demi kebaikan diri sendiri, para pelajar, ibu bapa dan juga negara

Contoh Karangan 11 BUDAYA PUNK BERTENTANGAN DENGAN BUDAYA TIMUR

Globalisasi pesat yang sedang melanda negara kita mutakhir ini telah membawa Malaysia  menuju era modenisasi. Negara kita, Malaysia sedang mengalami anjakan paradigma  daripada sebuah negara yang sedang membangun kepada sebuah negara yang maju.  Pelbagai bidang seperti perindustrian dan pertanian telah mengalami reformasi yang  drastik. Kemunculan bangunan­bangunan pencakar langit dan pertambahan penduduk  yang pesat di bandar­bandar juga merupakan bukti kemajuan yang telah dicapai oleh  negara kita. Justeru, tidak hairanlah bandar­bandar utama seperti Kuala Lumpur telah  menjadi bandar metropolitan yang terkenal di Asia Tenggara sekali gus di persada benua  Asia. Walau bagaimanapun, selaras dengan kepesatan pembangunan negara, perkara yang  merimaskan kita ialah jumlah bilangan kes gejala sosial seperti budaya ‘punk’ turut  mengalami peningkatan yang mendadak. Di Malaysia, masalah sosial telah acap kali  diperdebatkan oleh media massa. Kes­kes gejala sosial yang dipaparkan pada muka  hadapan akhbar­akhbar tempatan bukanlah satu perkara yang asing lagi kepada  masyarakat pada hari ini. Fenomena ini turut mendapat perhatian pelbagai pihak  termasuklah kerajaan. Barangkali, kita sering tertanya­tanya apakah itu ‘punk’ dan punca­ punca timbulnya gejala sebegini. Budaya ‘punk’ yang juga dikenali sebagai budaya ‘skinhead’ telah sekian lama bertapak  di benua Asia sebelum merebak ke bumi Malaysia. ‘Punk’ ialah perbuatan menaikkan 

rambut semata­mata untuk menjadi bahan tontonan masyarakat setempat. Bukan itu  sahaja, wajah dan rambut mereka juga disemburi cat semprot dan goresan spidol. Baju  yang dipakai oleh mereka pula dipenuhi dengan tandatangan dan nama manakala rambut  mereka dihiasi dengan pelbagai cat warna. Aksi gila ini acap kali menjadi mendapat  perhatian pelbagai lapisan masyarakat mahupun pihak berkuasa. Budaya ini sebenarnya  bertentangan dengan budaya Timur yang menjadi amalan masyarakat negara kita. Budaya ‘punk’ atau ‘skinhead’ sering dikaitkan dengan golongan remaja. Pendedahan  remaja kepada budaya Barat telah menjejaskan kedaulatan budaya Timur yang menjadi  amalan kita. Ada yang mengatakan bahawa pembangunan yang pesat merupakan antara  faktor perdana kepada penglibatan remaja dalam kancah ini. Mereka juga mengatakan  pembangunan negara yang terlalu drastik telah menyebabkan kejutan budaya dalam  kalangan remaja Malaysia mahupun di Asia. Adakah benar bahawa pembangunan yang  begitu pantas ini telah menjadi ‘duri dalam daging’ kepada kemelaratan budaya ‘punk’ ini  atau terdapatnya faktor­faktor lain yang turut mendorong kepada masalah ini? Memang tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan menjadi faktor dominan kepada  keruntuhan akhlak dan peningkatan budaya ‘punk’ dalam kalangan remaja. Hal ini  demikian kerana pembangunan yang melanda secara implisit mahupun eksplisit  mengubah sikap ibu bapa menjadi lebih materialistik. Pembangunan pesat telah  menyebabkan ibu bapa lebih cenderung mengejar kemewahan dunia tanpa mengambil  kisah tanggungjawab untuk mendidik anak supaya menjadi orang yang berguna.  Kesibukan ibu bapa ini telah menyebabkan golongan remaja kehilangan tempat untuk  mengadu segala masalah yang dihadapi mereka kerana ibu bapa sering tiada di rumah.  Ibu bapa seumpama ini yang taksub mengejar kebendaan telah menghapuskan suasana  kekeluargaan yang harmonis dan stabil.  Remaja amat memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan dan membincangkan  segala kesulitan yang dihadapi oleh mereka dalam menghadapi kehidupan dunia moden  yang penuh dengan cabaran. Ibu bapa bagaikan tongkat kepada mereka yang buta ;  “menyuluh dalam kegelapan”. Sebagai langkah mudah, remaja lebih gemar mencari  rakan­rakan sebaya yang mempunyai masalah yang hampir serupa dengan diri mereka  untuk mencurahkan segala isi hati yang terpendam selama ini. Bertitik­tolak dari sinilah  budaya ‘punk’ mula meresap ke dalam jiwa anak­anak muda. Remaja yang dianggap  sebagai aset penting dan pemangkin kepada kepimpinan negara pada masa hadapan mula  terjebak dalam lembah budaya ‘punk’ semata­mata untuk menarik perhatian orang ramai  dan melepaskan tekanan yang dihadapi oleh mereka hasil kekurangan kasih sayang ibu  bapa.

Selain itu, faktor lain yang menyumbang kepada masalah budaya ‘punk’ ini ialah  kelunturan jati diri dalam kalangan remaja. Mereka terlalu mengagung­agungkan serta  meniru budaya masyarakat barat yang dianggap bertamadun. Sikap meniru semua cara  hidup barat ini tanpa memikirkan baik buruk tingkah laku tersebut telah menyebabkan  remaja mudah terpengaruh dengan budaya kuning dan hitam yang dibawa dari Barat.  Budaya ‘punk’ atau ‘skinhead’ bukti ketara menunjukkan remaja kita telah jauh  terpesong daripada budaya ketimuran yang menjadi kebanggaan masyarakat. Kurangnya  didikan agama berpunca daripada kecuaian ibu bapa yang lebih menumpukan prestasi  akademik anak­anak mereka sahaja tanpa mengambil kira nilai­nilai murni yang  sepatutnya disemai dalam jiwa anak­anak. Didikan agama dan moral yang diajar di  sekolah juga lebih berorientasikan peperiksaan. Hal ini terbukti apabila pelajar  bermasalah juga mampu lulus dalam mata pelajaran ini. Penghayatan dan perkara­perkara  praktikal yang sepatutnya disemai dalam diri pelajar hanya “Seperti mencurahkan air ke  daun keladi” sahaja. Kegagalan untuk menerapkan nilai­nilai murni ke dalam jiwa remaja  kontemporari telah menyebabkan golongan remaja kehilangan arah dan ‘kiblat’ hidup  mereka. Sebagai tamsilannya, seseorang yang tidak berakhlak mulia dan tidak  mempunyai jati diri tinggi akan terpengaruh dengan aktiviti yang terpesong seperti  budaya ‘punk’. Pada masa yang sama, budaya ‘punk’ juga berpunca daripada pengaruh media massa.  Dalam dunia yang serba moden ini, media massa dan dunia komunikasi kini telah  menjadi semakin mudah, cepat dan tiada sempadan mahupun batasan. Terdapat segelintir  masyarakat mula mengambil kesempatan untuk tujuan peribadi mahupun kepentingan  mereka sendiri. Pembangunan dalam teknologi maklumat ™ khususnya internet telah  menyebabkan sesetengah individu menggunakannya untuk menyebarkan budaya ‘punk’  melalui laman­laman web tertentu dengan memuatkan bahan­bahan grafik yang menarik  dan dianggap ‘cool’. Laman­laman web ini akan tersebar ke seluruh pelosok negara  mahupun ke seantero dunia. Fenomena ini sekali gus akan menyebabkan masyarakat  terpengaruh dengan propaganda yang diutarakan. Lebih membimbangkan lagi apabila  terdapat sesetengah daripada mereka mencetuskan dan menyebarkan budaya ‘punk’  dalam kalangan rakan sebaya dan masyarakat setempat. Golongan remaja kontemporari  tidak mempunyai sebarang rasa malu terikut­ikut dengan budaya barat “ala punk”  sedangkan mereka sedang berada di bumi yang penuh dengan nilai­nilai ketimuran.  Di samping itu, kegagalan institusi pendidikan telah memberi implikasi yang besar  kepada masalah budaya ‘punk’. Persekitaran sekolah kini telah tidak menjadi seperti yang  diharapkan kerana terdapat sesetengah guru kurang berminat dalam profesion perguruan  ini. Sikap guru yang bersahaja dan tidak prihatin dalam mendidik anak­anak muridnya  telah menyebabkan mereka tidak menghormati guru tersebut. Guru tersebut bukan sahaja 

mengambil sikap acuh tak acuh dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi turut  mengabaikan tanggungjawab membentuk disiplin pelajar. Sekolah merupakan rumah  kedua kepada para pelajar. Hal ini bermakna para guru mempunyai peranan yang cukup  besar untuk membantu pembentukan dan perkembangan sahsiah serta disiplin para  pelajar. Sekiranya sahsiah dan disiplin para pelajar cemerlang, sudah pasti budaya ‘punk’  dapat dihindari dan tidak menjadi ‘duri dalam daging’ yang boleh merosakkan remaja  Malaysia. 

Kendatipun begitu, kita mesti membendung masalah yang semakin parah dan kronik  ini.Komitmen yang jitu dan padu amat diperlukan daripada semua pihak. Pelbagai  langkah yang pragmatik, konkrit dan sistemik haruslah diambil secara berterusan. Malah,  penerapan nilai­nilai murni ke dalam batin anak­anak yang masih muda dan mentah  pemikirannya haruslah diimplementasikan bak kata pepatah “Melentur buluh, biarlah dari  rebungnya”. Maka, kerajaan juga haruslah menguatkuasakan undang­undang dan  mengenakan pemeriksaan mengejut di bandar­bandar utama bagi menangkap golongan  punk ini. Pengimplementasian Program Khidmat  Negara juga tidak seharusnya dipandang enteng.

Sebagai intiha, budaya punk yang sememangnya bertentangan dengan budaya timur  haruslah ditentang secara habis­habisan oleh semua lapisan masyarakat mahupun pihak  kerajaan. Dalam hal ini, golongan ibu bapa tidak harus menuding jari ke arah pihak  kerajaan sahaja sedangkan peranan ibu bapa dalam mendidik anak­anak mereka adalah  jauh lebih penting dan meluas berbanding sekolah mahupun pusat pengajian tinggi.  Selain itu, ibu bapa turut lebih banyak menghabiskan masa dengan anak­anak mereka  berbanding dengan pihak sekolah. Walakin begitu, sekarang bukanlah masanya untuk  menopang dagu dan menuding jari. Cara yang lebih imperatif sepatutnya diambil oleh  semua pihak. Maka, marilah kita berfikir sejenak impak­impak negatif yang akan  melanda negara kita seandainya budaya ‘punk’ semakin meluas di seluruh pelosok  negara. Sememangnya, gambaran mengenai impak­impak negatif adalah ngeri dan  eloklah jika kita berganding bahu dan menggembleng tenaga dalam usaha membendung  kemelut budaya ‘punk’ yang semakin kronik dan parah ini.

undefined

undefined More...

undefined [Close]

PERBANDINGAN JENIS SOALAN DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN

BAHASA MELAYU SPM 2006 ANTARA NEGERI/DAERAH/ZON/SEKOLAH

KERTAS 2 NEGERI CERPEN/ BIL /DAERAH DRAMA /ZON (2(b)) 1 Gombak, Pusaran Selangor

2

WPKL

Annyss ...

3

MRSM

Virus Zel Untuk Abah

PROSA KLASIK (2(c)) Sabor

PUISI (2(d))

TB 3(b)

Syair Pembunuhan Angreni

Asal Usul Raja Syair Gabungkan ayat Kecil Pembunuhan Angreni Peminangan PGL

TB 3(e)

NOVEL (4(a)(b)) - Faedah membaca novel

Kemukakan peribahasa

-Teknik plot - Kesesuaian tajuk novel

- 3 teknik plot Pantun Lapan Pisahkan subjek Kemukakan - Kepincangan Kerat dan predikat peribahasa yang masyarakat dalam sama maksud novel dengan

PENYUMBANG /SUMBER Maliza Arifin

Zam

Klik di sini (pdf)

4

Bentong, Pahang

Di Sisi Rinda

Sabor

Pantun Kiasan

Cakap ajuk

peribahasa yang diberi - 3 latar masa dan peristiwa Kemukakan - 2 persoalan peribahasa keberanian

Klik di sini (pdf)

- Perasaan selepas membaca novel 5

6

7

Petaling, Lambaian Selangor Malar Hijau

Johor

Sekolah Lambaian Berasrama Malar Hijau Penuh (SBP)

8 Terengganu

9

10

11

12

Mariah

Perak

MTD

Melaka

Kedah

Pertarungan Tuah dengan Jebat

Peminangan PGL

Pantun Enam Kerat

Sajak Jalanjalan Raya Kotaku

Pertarungan Tuah dengan Jebat

Pantun Enam Kerat

Drama Kerusi

Pertarungan Tuah dengan Jebat

Gurindam Memelihara Anggota...

Lambaian Malar Hijau

Sabor

Aku, Kris dan Kristal

Mariah

Pertarungan Tuah dengan Jebat Pertarungan Tuah dengan Jebat

Lambaian Asal Usul Raja Malar Hijau Kecil

Cakap ajuk

Pisahkan ayat majmuk

Kemukakan peribahasa

Kemukakan peribahasa

- Peristiwa yang menggunakan teknik kejutan. - Peristiwa yang menjadi pengajar - Watak sampingan

- Teknik plot, imbas kembali dalam 2 novel. Ayat aktif/pasif Berikan maksud - Binaaan plot peribahasa klimaks.

- Persoalan. Pantun Kiasan Analisis ayat Isikan tempat - Dua sifat subjek predikat kosong yang bertanggungjawab peribahasa yang dalam novel. sesuai. - Jelaskan tema dari dua novel.

Pantun Kiasan

Hey Jing Ying

- Nilai kerjasama dalam dua novel Analisis jenis Berikan maksud - Teknik plot - suspens. Klik di sini (pdf) ayat peribahasa - Persoalan dalam dua novel Ayat aktif/pasif Kemukakan - Teknik plot. Klik di sini (pdf) peribahasa - Latar masyarakat.

Pantun Enam Binaan ayat, Kemukakan tiga - 2 teguran pengarang Kerat subjek predikat peribahasa terhadap amalan tidak sihat dalam novel.

Gurindam Memelihara Anggota...

Nuraini

Klik di sini (pdf)

En. Hairul

Tuan Hj. Samat Buang Set lengkap (doc)

Set Soalan Ujian Pengesanan Pertengahan Tahun (doc) Pisahkan Kemukakan tiga -Perwatakan antagonis En. Tio Swee menjadi tiga ayat peribahasa Meng, Johor -Banding tema dalam dua novel

13

14

Perlis

Kelantan

15 Negeri Sembilan

Lambaian Asal Usul Raja Syair Tukarkan ayat Kemukakan tiga -Dua bukti yang Malar Hijau Kecil Kelebihan ilmu biasa kepada aat peribahasa menunjukkan kita perlu songsang bersabar menghadapi dugaan

Kerusi

Pertarungan Tuah dengan Jebat

Gurindam Memelihara Anggota...

MARIAH

SABOR

PANTUN KIASAN

-Bandingkan perwatakan utama dalam dua novel Ayat aktif/pasif Kemukakan tiga -Dua teknik plot. peribahasa -Bandingkan satu latar masyarakat daripada dua novel RINGKASKAN PETIKAN MENJADI 6 AYAT

NYATAKAN

(a)

PERIBAHASA

EMPAT PENGAJAR AN

En. Tio Swee Meng, Johor

En. Tio Swee Meng, Johor

Cikgu Tan

(b) BANDINGK AN WATAK SAMPINGA N DALAM 2 NOVEL 16 Jabatan LAMBAIAN PEMINANGAN GURINDAM RINGKASKAN Pelajaran MALAR PUTERI MEMELIHARA PETIKAN Terengganu HIJAU GUNUNG ANGGOTA MENJADI 6 (2) LEDANG DAN HATI AYAT DARIPADA KEJAHATAN

ISI TEMPAT (a) KOSONG Bandingan DENGAN 2 PERIBAHSA kepincanga YANG SESUAI n yang berlaku dalam 2 buah novel. (b)

17 Jabatan Pelajaran Raub, PAHANG

KERANA PERTARUNGAN MANISNYA TUAH DENGAN EPAL JEBAT

DI KOTA KECILKU

TUKARKAN KEMUKAKAN (a) AYAT BIASA TIGA KEPADA AYAT PERIBAHSA SONGSANG BERDASARKAN SITUASI

(b) 18 Jabatan Pelajaran Klang, Selangor

PUSARAN

SABOR

PANTUN KIASA

Cikgu Tan

Huraikan plot dalam novel Cikgu Tan Bandingka n Konflik watak utama dalam kedua-dua buah novcl Tiga pengajaran

BETUKAN KEMUKAKAN (a) KONFLIK KESALAHAN PERIBAHSA WATAK IMBUHAN BERDASARKAN UATAMA DALAMPETIKAN AYAT (b) PERSOALA

Cikgu Tan

19 Pejabat Pelajaran Daerah Utara tengah, sekolah kelompok M6 (Negeri ??)

MARIAH

N YANG SAMA DALAM KEDUADUA BUAH NOVEL PEMINANGAN PANTUN TUKARKAN KEMUKAKAN (a) DUA PUTERI ENAM KERAT AYAT BIASA TIGA KEPINCAN GUNUNG KEPADA AYAT PERIBAHSA GAN LEDANG SONGSANG BERDASARKAN DALAM SITUASI MASYARAK AT DALAM SATU NOVEL

Cikgu Tan

(b) BANDINGK AN TEMA DALAM KEDUA-DUA BUAH NOVEL

20 Pejabat LAMBAIAN PERTARUNGAN ANAK LAUT Pelajaran MALAR TUAH DENGAN Daerah HIJAU JEBAT Bongawan, Sabah

PISAHKAN PETIKAN MENJADI 6 AYAT

KEMUKAKAN (a) Sinopsis TIGA PERIBAHSA (b) Huraikan BERDASARKAN teknik SITUASI imbas kembali dalam satu novel

Cikgu Tan

21 Negeri Kedah

CERAIKAN PETIKAN MENJADI 3 AYAT

BERIKAN (a) Huraikan PERIBAHASA watak BERDASARKAN antagonis DIALOG (b) Bandingkan tema dalam kedua-dua buah nocel

Cikgu Tan

(Lebih kurang sama dengan no.12)

LAMBAIAN MALAR HIJAU

ASAL USUL RAJA KECIL

PANTUN KIASAN

Terima kasih atas sumbangan. Semoga sumbangan anda dapat dimanfaatkan oleh para pelajar yang lain. Ke Menu Utama

here are some karangan subjects that 'may' come out... 1. Sebab pelajar kurang berminat aktiviti kokurikulum 2. Cogan kata ada mengatakan ※Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara§. Sebagai remaja berwawasan, huraikan peranan anda dalam membangunkan negara yang kita cintai. 3. Semangat petriotik dalam kalangan remaja - Perbincangan. 4. Punca-punca remaja terlibat dalam aktiviti yang tidak berfaedah dan langkah-langkah mengatasinya. 5. Kenaikan harga barangan - Perbincangan. 6. Penggunaan telefon bimbit telah merubah gaya hidup para pengguna khususnya golongan remaja masa kini. Berikan pendapat anda berkaitan fenomena ini. 7. Pendapat 每 Remaja perlu melangkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan nilai murni di samping menyemai semangat patriotic. 8. Ceramah-peranan ibu bapa dalam manangani masalah disiplin 9. Persatuan penduduk di kawasan tempat tinggal anda telah mengadakan program gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran. Selaku setiausaha, anda dikehendaki menyediakan laporan untuk dihantar kepada pihak berkenaan. Tulis laporan itu selengkapnya. 10. Peranan keluarga memupuk budaya membaca - Perbincangan. 11. Masalah sosial remaja berpunca daripada kesibukan ibu bapa - Setujukah anda? 12. Cara-cara mengeratkan hubungan kekeluargaan. 13. Sokongan keluarga terhadap kejayaan cemerlang anak - Pendapat. 14. Kemiskinan keluarga bukan faktor utama yang menghalang kejayaan seseorang dalam bidang akademik. Ulaskan pernyataan di atas. 15. Pendapat 每 Cara-cara seseorang anak membalas jasa kedua-dua ibu bapa 16. Implikasi rakyat asing 每 Pendapat 17. Anda berminat untuk menyertai pertandingan syarahan yang akan diadakan pada peringkat daerah. Tajuk yang anda pilih ialah ※Budi Bahasa Budaya Kita§. Tulis teks syarahan anda selengkapnya. 18. Kempen Budi Bahasa Amalan Kita - Surat kiriman biasa. 19. Jenayah juvenil - Rencana. 20. Kawasan hutan negara kita yang selama ini menjadi tempat tinggal hidupan liar sudah semakin terancam. Seorang rakan anda dari luar negara ingin mengetahui tentang faktor-faktor kepupusan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengawalnya. Balas surat sahabat anda itu. 21. Rencana- pencemaran alam sekitar 22. Kesan penggunaan telefon bimbit 23. Bantuan kepada mangsa bencana alam - Perbincangan. 24. Dunia hari ini sering digemparkan dengan pelbagai bencana alam. Kejadian

ini memberi kesan yang mendalam kepada penduduk negara yang terlibat. Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut. 25. Sumbangan kepada mangsa bencana alam - Perbincangan. 26. Bencana alam - Bantuan Malaysia - Pendapat. 27. Bencana alam - Komen. 28. Bencana alam, sumbangan - Perbincangan. 29. Kenaikan harga petrol di seluruh dunia menyebabkan harga pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan meningkat. Bincangkan langkah-langkah untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga petrol. 30. Ulasan- Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu mendorong Malaysia mempelbagaikan sember ekonomi berasaskan pertanian 31. Langkah-langkah untuk memajukan sector pertanian 32. Keistimewaan sebuah novel - Perbincangan.

notice that bencana alam and keluarga keeps coming up...

Related Documents

Bm Tips
November 2019 4
Tips Upsr (bm)
May 2020 24
Bm
May 2020 47
Bm
May 2020 58
Bm
June 2020 31
Bm
May 2020 37