Blogstarz Fokus Dengan Perniagaan Internet

  • Uploaded by: Aiman Ilham
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Blogstarz Fokus Dengan Perniagaan Internet as PDF for free.

More details

  • Words: 6,956
  • Pages: 27
Fokus dengan perniagaan Internet Pernahkah kita muhasabah diri kita, bila masanya? Sekarang ialah masa yang sesuai untuk kita muhasabah diri kita, dan semak kembali apakah perancangan yang sepatutnya kita lakukan adakah masih di atas landasannya? Lebih-lebih lagi kita berada di Bulan puasa, bulan puasa bukan bermakna bulan untuk 'slow' tapi bulan yang mengalakkan kita beramal dan berkerja dengan lebih tekun serta banyak bersabar. Anda mesti pernah dengar, "kerja satu jam sehari berdepan dengan computer dan internet sudah cukup untuk menghasilkan sekian-kian..". Ya! saya juga pernah dengar sejak dari tahun 2000 lagi rasanya ayat sebegitu, namun kini sudah tahun 2008. Adakah anda masih guna pakai perkataan sedemikian dalam perniagaan anda? Sekiranya masih, rupanya anda sudah ketinggalan keretapi. Kenapa...? 1) Semua orang yang sama macam pun bekerja 1 jam sehari di depan komputer bagi mencari pendapatan sampingan seperti anda. Majoriti memang begini dan selalaunya akan tenggelam timbul! Macam tak serius. 2) Mengalakkan orang lebih malas bekerja, ianya memberi kesan yang buruk kepada industri internet di mana banyak yang mengharapkan sesuatu kejayaan dengan kerja yang sedikit dan akan menyalahkan industri internet itu sendiri sekiranya mereka gagal, mereka akan berkata " bukannya boleh buat duit dengan internet!". Anda sebenarnya perlu menerima kenyataan, perniagaan melalui internet memerlukan daya usaha dan masa yang banyak bagi memastikan anda menempa kejayaan yang di impikan, bagaimana agaknya sekiranya kita hanya bekerja 1 jam sehari bagi mempromosikan produk A, tetapi orang lain berkerja 10 jam mempromosikan produk yang sama, anda rasa siapa yang lebih kehadapan? Saya sendiri bekerja lebih dari 12 jam di Internet, sebabnya saya mahu jadi lain dari yang lain, lebih banyak kita memberi FOKUS kepada perniagaan kita, lebih cepat kita berjaya. Banyak teknik dan kemahiran baru saya perlu belajar setiap hari, improve diri kita setiap hari, berfikir bagaimana mempertingkatkan perniagaan kita setiap hari, buat perancangan yang teratur dan tersusun yang mana perlu di buat dahulu dan kenapa. Anda kena buang jauh2 dan berfikir, contohnya dengan hanya meletakkan iklan anda di satu website atau menghantar 100 email setiap hari sudah cukup buat anda berjaya, anda SILAP!. Sepatutnya anda fikir bagaimana mahu 'automate' semua itu di mana satu hari pelanggan yang mencari anda, bukan lagi anda mencari pelanggan. Proses automate itu bukan boleh di dapati dengan hanya setiap hari membuat iklan semata-mata, anda perlu belajar dan menggunakan

tools yang berkaitan, bukan maksud saya iklan anda buat tidak bagus tetapi saya mahu setiap iklan anda itu membawa pelanggan dan anda boleh mengekalklan pelanggan anda dari satu perniagaan asas anda ke perniagaan-perniagaan lain yang anda ada. Untuk anda mencapai tahap ini, benarlah apa yang saya kata, anda tidak boleh lagi berpegang dengan ayat " 1-2 jam sehari!". Banyak lagi faktor yang membawa anda lebih cepat berjaya, terpulang kepada anda. 1) Promosikan iklan anda ke mana-mana website dalam 1 jam sehari dan dapat satu pelanggan setiap hari.. atau 2) Susun dan atur cara promosi dan perniagaan anda, bekerja 10 kali ganda dari (1), mendapat 10 kali ganda dan kejayaan anda 10 kali ganda ! Anda akan faham apa yang saya maksudkan, bekerjalah (cari ilmu) di internet seperti apa yang saya kata dan anda akan dapat satu persatu bagaimana cara untuk anda berjaya! Teruskan membaca blog ini untuk tip2 kejayaan anda.

You own a website ? You must pretend like your website visitor! Okey tahniah ada sudah punyai website! Boleh share tak apa URL website anda tu di http://www.bazaarlot.com. hari ini saya mahu kongsikan sesuatu yang mungkin ianya asas bagi yang pakar, tapi ini akan menjadi titik tolak kejayaan bagi yang baru nak memulakan sesuatu dengan website mereka. Sekiranya kita ada website, kita perlu meletakkan diri kita sebagai pelawat website kita sendiri dan memandang dari sudut pelawat, senang sahaja..Tanya diri kita dahulu soalan2 di bawah : 1) Dari mana kita jumpa URL website ini..? 2) Kenapa perlu kita 'stay' dekat website ini..? 3) Kenapa kita perlu datang lain kali ke website ini..? 4) Kenapa kita perlu membeli dari website ini..? 5) kenapa perlu kita hebahkan tentang website ini? itu dari sudut pandangan pelawat website secara amnya, kita sebagai pemilik website mestilah ada jawapan bagi soalan2 di atas tu kan..? kalau tidak ada.. anda Jawapan ringkas dari saya bagi soalan di atas ialah 1) Masuk ke website kita melalui search engine, link, banner, email? 2) Kita ada servis yang bagus untuk mereka guna berkali-kali! ataupun produk dan servis yang mereka tercari-cari! 3) Untuk menggunakan servis kita yang berguna kepada mereka, tentunya mereka akan kembali lagi, atau anda anda sesuatu maklumat dan perbincangan serta iklan mahupun gimik yang menimbulkan sifat "ingin tahu" , "tertunggu-tunggu" kepada pelawat. 4) Anda ada promosi di website anda, maybe ada dateline promosi untuk dapat harga tawaran! 5) Anda anda sistem affiliate di mana WIN-WIN situation di antara anda dana pelawat, atau anda memberikan sesuatu yang akan memastikan URL anda di 'bawa' perlu cari dahulu jawapannya dan barulah anda akan menerima pelawat! kemana sahaja seiring dengan aktiviti pelawat website anda.

Shopping Cart system penggunaan nya masih di peringkat awal Anda mempunyai perniagaan yang berbentuk menjual produk fizikal? adakah anda mempunyai website untuk perniagaan anda itu. Tahniah kerana anda sudahpun punyai website, yang belum ada, anda jangan lepaskan peluang untuk bersaing dengan lebih efektif pada zaman teknologi ini. Tidak di nafikan sudah banyak website-website perniagaan yang kita boleh dapati di internet, namun penggunaan Shopping Cart system masih di peringkat awal kerana hanya sedikit peratusan yang menggunakannya. Shopping cart system membantu pelanggan membuat pesanan terus dari website kita secara online dan pengiraan harga dan kos berkaitan boleh di kira secara automatik melalui sistem shopping cart. Pelanggan juga dapat memilih product terlebih dahulu dan 'checkout' apabila tamat bagi membuat pesanan dan seterusnya pembayaran melalui 'payment gateway' atau menghantar pesanan ke email pemilik website dari 'order form'. Shopping cart system ini ada juga di berikan percuma oleh penyedia hosting dalam package Fantastico, namun ianya tidaklah sesuatu yang dapat mengikuti keperluan 'flow' pesanan perniagaan anda, contohnya dari segi teknik pembayaran yang berbagai. Bagi menyelesaikan masalah ini, 'customize shopping cart' adalah amat penting bagi memberi pilihan cara pembayaran kepada pelanggan. Website perniagaan anda tidak lengkap sekiranya perniagaan anda merupakan perniagaan penjualan barangan, upgrade fungsi website anda hari ni supaya anda dapat menerima pesanan dari sesiapa sahaja melalui internet. Mana tahu dengan adanya fungsi ini anda boleh menambah jualan anda..!

Payment Gateway And Credit Card Payment : Adakah kita memerlukannya? Payment Gateway : Adakah kita memerlukannya? Sebuah website yang mempromosikan serta menjual produk fizikal mahupun digital memerlukan Payment gateway yang membolehkan penerimaan bayaran terus dari pembeli dari website mereka. Banyak penyedia perkhidmatan payment gateway dari percuma hingga berbayar dgn servis charge yang berlainan antara satu sama lain, ada yang memberian khidmat setup secara percuma tetapi mengenakan servis charge yang tinggi, ada juga yang mengenakan setup fee dan mengenakan servis charge yang lebih murah. Di Malaysia, tidak ada penyedia perkhidmatan payment gateway yang percuma seperti di lain-lain negara, contohnya PayPal.com menyediakan payment gateway ke banyak negara, namun malaysia tidak termasuk. Sebelum ini, iKobo, stormpay meyediakan khidmat percuma dan hanya mengenakan charge bagi setiap transaction serta pengguna Malaysia boleh menggunakannya. Namun selepas beberapa masalah, kedua-duanya tidak lagi menyediakan perkhidmatan itu. Bagaimana bentuk perniagaan anda, adakah produk dan perkhidmatan anda memerlukan payment gateway untuk beroperasi dan adakah anda amat memerlukannya untuk pasarkan perniagaan anda ke seluruh dunia, sekiranya anda ingin memasarkan hanya di malaysia, saya mencadangkan anda menggunakan Maybank2u.com sahaja kerana ianya menjimatkan dan juga pertimbangkan perniagaan anda yang masih kecil bagi memaksimumkan profit. Ada juga paid provider yang kos berpatutan di malaysia seperti... http://www.neowave.com.my/pay88_paymentswitchinggateway.asp

Namun, anda boleh mencuba untuk gunakan PayPal walaupun ianya tidak ada saluran ke malaysia, ada kaedahnya...cuba buat carian di Google..!

Start Business S.O.H.O? Let know the requirements Start

S.O.H.O?

Let

know

the

requirements

Mahu start S.O.H.O? Sebelum itu, kita perlu tahu apa nak makna S.O.H.O ni, ianya adalah 'short word' bagi small Office Home Office. Pengusaha S.O.H.O adalah peniaga yang mempunyai perniagaan yang di jalankan melalui rumah atau ruangan pejabat yang berskala kecil. Ianya terdiri dari pelbagai bidang perniagaan yang tidak memerlukan banyak kakitangan, atau 'one man action'. Kelebihan S.O.H.O ini ialah 'net profit' yang diperolehi ialah 100% di miliki oleh pemilik S.O.H.O. Apakah keperluan untuk menjalankan S.O.H.O? di bawah ialah secara ringkas. Perkakasan *Ruangan ofis di rumah atau pejabat yang kecil *Sekurang-kurangnya syarikat berstatus "enterprise" yg memerlukan RM70 yuran tahunan melalui SSM *Satu unit komputer *Satu unit printer + scanner *Satu unit telefon & talian & broadband *Satu unit mesin fax *Satu unit kabinet file Keperluan Digital * Website perniagaan yang lengkap (www.yourdomain.com) * Email perniagaan yang professional ([email protected]) bagi setiap bahagian urusan, cth : sales, accounts, admin. * CRM management seperti autoresponder system, customer database Keperluan Ilmiah * Mengetahui perniagaan anda dengan mendalam * Mengetahui cara penjimatan kos dalam urusan logistik, business flow dan supplier * Ada unique selling proposition yang berlainan dengan pesaing * Marketing strategi yg berkesan Keperluan lain

* marketing budget secara online dan offline * menyediakan tester,portfolio atau demo bg produk dan services anda * kad perniagaan, risalah perniagaan

Local Advertisement And Marketing : Adakah Berkesan? Advertisement bagi 'preferences' local membolehkan anda mendapat 'target' customer yang lebih dekat dengan anda dan ianya amat penting bagi perniagaan fizikal yang menggunakan internet, seperti e-dagang, perkhidmatan dan 'convincing business'. Di mana semua itu memerlukan pertemuan dengan pelanggan dan juga perniagaan yang menggunakan logistik setempat. Sekiranya anda di bidang yang disebutkan, biasakah anda buat iklan di website-website 'local', maksud saya website yang dioperasikan di website, seperti iklan banner, text, classified?. Bagaimanakah prestasi iklan tersebut? Sekiranya anda membuat carian Google dengan keyword "Iklan", anda pasti mendapat senarai website yang membolehkan anda membuat iklan percuma atau berbayar. Namun sebagai 'guide' untuk anda, semak dahulu website tersebut sebelum anda menempah iklan, lagi-lagi iklan berbayar, jangan laburkan budget anda di tempat yang tidak berpotensi kerana ianya merugikan anda, buatlah kajian terlebih dahulu, pilih yang terbaik supaya anda dapat yang terbaik. Quality Vs Gimick! Anda perlu faham bahawa untuk memberikan respond yang baik kpd iklan anda, website itu sendiri perlu mempunyai rekod yang baik dari segi hit dan membership mereka, lebih amai membership memberi makna lebih banyak hit. Anda jangan terpengaruh dengan kos pengiklanan yang murah dan berlambakan di internet dengan gimik yang berbagai tetapi respondnya belum tentu, tetapi biarlah kos yang lebih tinggi tetapi respond yang aggressif dengan website yg lebih berkualiti.

Internet Marketing - 20 Kesilapan- Kesilapan Biasa Yang Merugikan Usahawan Internet 1. Buat website 'hentam saja lah labu' Ini adalah masalah yang serius bagi para usahawan internet yang baru, mereka mahu membuat website, tetapi tidak ada 'draft' apa yang akan di letakkan di website, maka jadilah website yang berterabur kandungannya, sepatutnya mereka mengkhususkan kandungan website kepada maklumat produk dan perkhidmatan mereka tetapi nampaknya di website mereka ada lebih banyak tools seperti, terlalu banyak 'blink-blink', guest book, ramalan kaji cuaca, link kepada news paper online, link kepada organisasi kerajaan dan syndicates page yang entah apa-apa tujuannya . Website mereka juga tidak menyediakan fungsi 'link' setempat yang menyenangkan orang 'surf' website mereka, sekejap di atas, sekejap Sebagai usahawan internet yang memahami keperluan website bagi tujuan mengembangkan pasaran, sepatutnya kita letak lebih banyak maklumat tentang produk dan perkhidmatan kita, maklumat terkini yang berkaitan. Namun perlu di ingat bahawa membuat satu 'page' bagi tujuan memberikan segala maklumat seperti juga memberikan satu buku setebal 500 muka surat kepada seorang kanak-kanak meminta mereka membacanya. 2. Tidak ada 'Unique Selling Proposition ' - Offer Jualan Yang Unik Orang buat website, kita pun nak buat website! Namun sebelum itu adakah kita sudah ada produk dan perkhidmatan yang unik untuk di pasarkan, adakah ianya sudah lapuk atau terlalu banyak saingannya? Cari kelebihan produk dan perkhidmatan anda terlebih dahulu supaya anda dapat bersaing dengan baik. di bawah. Sekiranya anda ada menyertai program affiliates, sudah tentu anda akan dapat banyak pesaing yang memasarkan produk affiliates yang sama, namun ada cara dan strategi bagi anda menjadi lain dari yang lain bagi memastikan anda mendapat ramai pelanggan. Contohnya, perkhidmatan percuma dari anda sekiranya mereka membeli produk affiliate tersebut dari anda. 3. Fungsi website biasa sahaja Website anda hanya berjaya menarik seseorang dan seseorang itu tidak akan kembali ke website anda. Ianya adalah amat merugikan. Fungsi website anda yang statik tanpa sebarang 'update' terbaru dari anda membuatkan orang masuk sambil lewa dan tidak akan bertandang lagi ke web anda. Contohnya kandungan pada bulan lepas masih ada pada bulan ini. Pastikan fungsi-fungsi website anda dapat menarik pelawat setiap hari dengan kandungan terbaru, konsep 'curious' & questioning' memang berkesan, contohnya maklumat berkala yang akan anda

berikan tentang sesuatu yang istimewa atau ruangan perbincangan dengan topik yang hangat!. 4. Gelojoh nak berjaya Hari ini bina website, esok up website dan lusa mahu jadi kaya! Inilah banyak lumrah usahawan baru di internet. Maka apa yang mereka buat ialah kumpul alamat XXXXXgroups, ruangan forums dan membuat spamming di tempat yang tidak sepatutnya letak iklan. Kaedah ini sudah lapuk, dan kebanyakkan pengguna internet sekarang bijak memilih yang mana iklan yang berkualiti dan memberikan manfaat pada mereka. Berusahalah mengiklan di tempat yang betul, keluar modal sedikit mengiklankan di tempat yang sepatutnya, bina mailing list sendiri dengan menyediakan mailing list subscription di website, gunakan ayat yang betul, ringkas, padat dan tepat bagi tujuan mempromosikan website, pastikan website anda ada daya tarikan sendiri. Tidak kisahlah anda mahu gelojoh sekalipun, tapi biar di tempat yang betul. Jangan buang masa anda, anda juga yang rugi. 5. Tidak tahu asas pemasaran internet Ini juga masalah yang besar, anda tidak tahu di mana kategori website anda untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran di internet. Anda sepatutnya mengetahui 'target market' anda dengan baik, contohnya anda pasarkan barangan keperluan remaja, iklan tidak sepatutnya letak di ruangan veteran ataupun ruangan jual beli kereta. Lucu apabila pelawat iklan tu membaca iklan anda, dia akan fikir anda ni betul ke buat business atau hanya tahu spam sahaja. Banyak terjadi di ruangan 'classified' di www.cari.com.my, tempat itu sudah jelas dan terang memberikan kategori bersesuaian, tapi banyak lagi yang entah apaapa iklannya. Anda juga perlu tahu tentang 'search engine' seperti teknik meta-tag, description dan keyword yang akan di gunakan di website anda dan membuat submittion di enjin carian. Pastikan keword yang digunakan bersesuaian dengan kandungan website anda, penggunaan title juga penting bagi membuat ringkasan kepada brand name product dan perkhidmatan anda. Pada masa kini, ianya sudah menjadi teknik asas pemasaran internet, semua orang sudah boleh membuat meta-tag, banyak perkhidmatan percuma bagi tujuan membantu anda membuatnya. 6. Mudah putus asa Aduh, bangkit kawan-kawanku, buat perniagaan sudah tentu banyak halangan dan dugaan. Jangan mudah putus asa. Hari ini kita mengiklankan perniagaan internet, belum tentu esok ada orang melawat website perniagaan kita, begitu juga seminggu kita mengiklankannya, belum tentu juga. Namun usaha keras berterusan akan di nilai oleh 'surfer' di luar sana bahawa anda benar-benar

usahawan sejati yang tidak kenal putus asa. Semak kembali bagaimana anda membuat pengiklanan, adakah anda sudah melakukan kesilapan yang tekah disebut dalam artikel pertama sebelum ini?. Anda boleh menghadiri seminar yang berkaitan pemasaran internet, bertukar pendapat dengan internet marketer dan usahawan internet yang lain. Mungkin anda belum menjumpai teknik yang betul dalam mempromosikan website anda. Biasanya orang gelojoh sahaja yang selalu putus asa. Namun harus di ingati, anda juga perlu putus asa sekiranya perniagaan anda itu sebenarnya tidak ada sambutan, jangan masih di takuk yang sama, tinggalkan ia dan buat sesuatu yang benar-benar di perlukan oler ramai orang, gunakan 'Uniq Selling Proposition' bagi plan perniagaan baru anda. Biasalah, kita haru menerima kegagalan bagi membina kejayaan. Sekiranya terjatuh, lain kali lompatlah lebih tinggi ye. 7. Tidak membuka minda Anda seharusnya membuka minda anda seluasnya, banyak produk dan perkhidmatan di luar boleh membantu anda mengembangkan perniagaan anda. Contohnya anda sudah mendapat hit yang tinggi di website anda kerana anda aktif mempromosikan website anda. Di satu tempat berlainan ada yang menyediakan produk dan perkhidmatan yang seakan sama dengan anda akan sedikit sebanyak 'mencuri' hit anda iaitu pelawat website(pelanggan) anda. Anda tidak patut masih mengharapkan aktiviti 'static' oleh anda sendiri dalam membawa hit ke website anda lagi pada waktu ini, teknik JV (join venture) adalah satu perkara yang anda harus lakukan, contohnya anda membuat sistem affiliate bagi website anda, memberikan banyak lagi servis percuma kepada pelawat website anda melalui teknik "tell frend", mencari rakan kongsi yang menyediakan perkhidmatan berlainan dan menawarkan skim 'WIN-WIN' dengan menggunakan teknik 'cross selling'. Contohnya, anda memberikan 50% dari penjualan produk dan khidmat anda kepada rakan kongsi anda dan sebaliknya. Buka minda kita , lagi besar contact kita, lagi besar keuntungan dan potensi perniagaan kita. 8. Fanatik kepada satu sumber Anda ada produk hebat, anda memang mempromosikan produk itu saja, di situlah anda menjana keuntungan yang hebat. Namun, dari masa ke semasa, anda lihat keuntungan anda itu makin berkurangan, Ah! aku sudah ramai pesaing!. Lihat pada kaedah yang digunapakai oleh AirAsia, menawarkan penerbangan dengan kos yang rendah dengan mengaplikasikan penjimatan dalaman operasi syarikat, namun kini MAS juga menggunakan kaedah yang sama, tetapi AirAsia telah bersiap sedia dengan servis penginapan hotel kos rendah. Begitu juga kita, sebelum perniagaan kita merudum (biasa lah perniagaan ada pasang surutnya), kita patut ada 'backup action' yang berkaitan dengan produk kita namun ia boleh di katakan 'priority' produk juga.

Contohnya, anda menyediakan khidmat pembelian domain sahaja pada mulanya , kemudian anda upgrade jadi penyedia hosting, seterusnya jadi penyedia ASP system (Application Service Provider) atau kemudan portal melalui hosting anda sendiri. Selain anda membina sumber pendapatan baru, anda boleh menjana hit baru kepada perkhidmatan sedia ada. 9. Brand name tidak jelas Satu pagi, seseorang masuk ke website anda dan berkata, "website apa ni...??". Maka ini kesilapam besar yang anda lakukan, mungkin anda telah meletakkan kandungan berbetuk graphic yang terlalu besar menyebabkan pelawat tidak sempat untuk download page atau kata singkatnya anda menyusahkan mereka. Malah mereka tidak sempat pun melihat header logo website anda. Anda juga tidak ada title yang jelas bagi website anda, contohnya anda menyediakan forum tentang bola sepak, di title website anda hanya letak 'Jom berbincang' malah domain anda pula contohnya www.jombincang.com tetapi sebenarnya kandungan berkaitan dengan bola. Ianya adalah kesilapan besar, itu contoh yang mudah, bagaimana dengan kes satu website yang memasarkan aksesori komputer, contoh domainnya ialah www.jualbeli.com dan titlenya ialah Website Jual Beli. Maka itu maksud saya 'brand name' anda tidak jelas mengkhusukan perniagaan anda. 10. Tidak suka menambah ilmu Ilmu akan memberikan anda pendapatan, tidak sebaliknya. Sekiranya anda mahu menambah pendapatan anda, tambahlah ilmu anda. Sebagai usahawan internet, anda jangan taksub dengan apa yang anda sudah tahu, anda patut membeli buku atau ebook yang berkaitan walaupun anda sudah tahu kandungannya dan sudah mempraktikkanya, tetapi di sebalik itu, anda perlu tahu bahawa cara penyampaian seseorang dalam berkongsi pengetahuan adalah berbeza, ini akan membantu anda lebih jelas tentang apa yang anda sudah tahu, mungkin ada lagi perkara yang anda terlepas pandang. Sebaik anda mendapat ilmu, berkongsilah dengan apa cara sekalipun, ada ilmu yang memerlukan sedikit bayaran kerana si pemilik ilmu itu sudah banyak menghabiskan wang tinggit untuk mendapatkannya, apa salah kita untuk membayar sedikit sebanyak, ianya untuk kepentingan kita juga.

11. Terlalu desprado dan banyak gimik Wah semuanya anda katakan Mudah, Cepat Dan Hebat! Anda boleh berikan maklumat bagaimana menjana pendapat RM1 Juta dalam masa 10 hari. Belilah e-book anda, sertailah program anda. Kemudiannya anda meletakkan testimontestimoni anda yang hebat, kononya mereka juga sudah mendapat manfaatnya. Anda anggap orang yang menggunakan internet ni main hentam saja membuat keputusan. Mereka sebenarnya boleh lihat gambar testimoni anda yang main super impose atau ambil gambar orang yang tidak berkenaan sebagai testimoni, saya ketemui satu website yang menggunakan gambar pelakon sebagai seseorang yang lain, lucu betul!. Mereka ini ialah golongan desprado dan memberikan gimik lebih bagi memasarkan produk mereka, memang mereka boleh pasarkan, tetapi hanya kepada yang tidak tahu dan malas mengambil tahu tentang unsur-unsur penipuan di internet. Berhati hatilah di internet, jangan anda cepat terpengaruh. 12. Tidak sempat menguruskan operasi web Tahniah anda sudah mendapat hit yang tinggi, namun anda tidak sempat memberikan respond kepada pelawat anda dan menjadikan meraka sebagai "close prospect" bagi penjualan produk dan perkhidmatan anda. Anda sebenarnya sudah ada banyak sumber website perniagaan yang berbagai, namun anda sebenarnya adalah entiti "one man action" tidak mampu untuk membalas semua email yang di hantar oleh pelawat website anda, anda sepatutnya mengumpulkan semua email dari perniagaan anda kepada satu pusat, teknik ticketing system adalah bagus, teknik POP3 & SMTP ke satu client email software juga bagus, asalkan anda dapat email itu semua di satu tempat membolehkan anda menguruskan semua sekali serentak. Dari segi kandungan web pula, anda perlu menggunakan CMS system supaya anda tidak perlu masuk FTP atau control panel bagi mengupload website anda, dengan CMS, anda boleh terus login ke web anda (bhg administrator) dan terus mengisi kandungan website terkini, contohnya sistem wordpress. 13. Tidak ada fungsi CRM Apakah CRM , ianya kata singkat bagi Customer Relationship Managent. Anda perlu ada sekurang -kurangnya satu page yang membolehkan pelawat website anda menghantar email kepada anda. Sekiranya boleh anda sediakan sistem yang dapat mengumpulkan senarai pelanggan anda termasuk 'preferences' mereka di dalam sistem anda bagi membuat urusan followup yang automatik seumpama anda mempunyai satu dept marketing yang sistematik, contohnya anda terus membalas email sebaik sahaja pelawat mendaftar di website anda dan membuat followup secara berkala menggunakan sistem mailing list anda

yang di hubungkan terus ke database pelanggan. Anda boleh menunjukkan sistem anda adalah sistem yang automatik, berskala besar walaupun anda sebenarnya "one man action". 14. Semuanya tentang domain & hosting Anda sudah perolehi satu domain dan hosting yang amat murah, anda bayar hanya RM100 untuk setahun, namun selepas setahun anda sudah tidak dapat gunakan lagi domain dan hosting itu kerana kompeni itu tidak lagi ada, sekiranya ini yang berlaku anda sudha kehilangan kredibiliti perniagaan anda, hit ke website anda sudah tidak ada sebaik sahaja website anda sudah tidak ada. Berhati-hatilah memilih penyedia hosting, biar ia benar-benar berkualiti, anda perlu tahu pada masa kini terlalu banyak penyedia hosting dan domain yang murah kerana mereka sebenarnya boleh mengoperasikan perniagaan ini sebagai S.O.H.O (one man action), tragisnya risiko sekiranya terjadi apa-apa kepada penyedia hosting sebegini menyebabklan perniagaan anda juga lingkup. Bukan anda tidak boleh subscribe dengan mereka ini, tapi sekurang-kurang anda perlu mengawal domain name anda sendiri supaya anda boleh transfer ke registrar domain yang lain, backup file dan database di hosting anda. Dengan ini, anda bersedia untuk transfer website anda ke penyedia hosting yang lain sekiranya terjadi apa-apa kepada penyedia hosting yang sedang di gunakan. 15. Tidak mengetahui sumber trafik ke website anda Anda biarkan sahaja website anda itu di internet, jengok hanya sebulan sekali. Anda juga tidak tahu berapakah hit yang anda perolehi dari website itu sebab anda tidak tahu di mana untuk anda melihatnya, kalau anda ada guna hosting, biasanya anda akan dapat cPanel, anda boleh lihat statistik pelawat website anda. Sekiranya ini anda gagal lakukan, anggaplah perniagaan anda sudahpun berkubur. Saya faham sekiranya anda gunakan hosting percuma, ataupun domain name yang dipoint subdomain hosting yang tidak boleh memberi akses kepada root bagi melihat statistik, namun banyak tools yang anda boleh dapati di internet bagi tujuan ini, saya tidak mahu senaraikan disini, anda boleh membuat carian di XXXXX yer dengan keyword FREE WEB STATISTIC REPORT. Googke juga sediakan tools yang percuma bagi tujuan ini. Anda boleh install tools ini bagi memeriksa hit anda, siapakah pelawat website anda, dengan ini anda boleh membuat kesimpulan bagaimana anda boleh menambah hit kepada website anda melalui keputusan dari manakah sebenarnya hit yang anda perolehi. "concentratelah" di tempat yang memberikan hit tinggi bagi menambah hit kepada website anda.

16. Website terlalu banyak graphic Adakah website anda menarik? Penuh dengan graphic yang canggih, penuh dengan animasi dan flash? Namun apakah sebenarnya motif website anda?. Sekiranya website anda menjual barangan di internet dan web anda ada unsur yang saya sebutkan, maka sebaiknya anda tukarlah ia lebih kepada format teks, bukannya anda tidak boleh gunakan teknologi graphic sebegitu, tapi ianya hanya besesuaian dengan website yang membuat perkhidmatan animasi dan graphic sahaja, bukan kepada portal perkhidmatan dan penjualan produk melalui ecommerce. Wah pandai pandai pula saya minta tukar, namun ini sebenarnya untuk kebaikan website anda. Anda masih boleh menggunakan teknologi sebegini, contohnya di ruangan header, footer dan side menu atau di bahagian demo produk, bukan keseluruhannya. Ini kerana enjin carian hanya mampu membaca meta tag berformat teks bukannya graphic, ini sudah ttentu memberi kesan kepada listing website anda di enjin carian. Anda tidak mahu web anda tidak di list ke enjin carian bukan, terimalah hakikat ini. 17. Anggap meniru itu salah Anggap meniru itu adalah salah. Mahu cipta 100% idea baru sampai otak pun berkeliru. Meniru dalam peperiksaan adalah salah, tetapi meniru dalam perniagaan internet ini adalah bagus, namun bukannya tiru, copy, ciplak web dan kandungan website orang lain 100%, anda boleh tiru konsep yang digunakan dalam mana-mana website yang anda minat, anda fahami tekniknya, anda aplikasikan konsep itu dan gabungkan dengan idea anda sendiri supaya ianya menjadi lebih baik dari website yang anda jadikan sumber inspirasi itu. Anda juga boleh meniru bagaimana teknik promosi, tools yang di gunakan dan teknik penggunaan ayat promosi, kaedah meniru ni bukannya salah, seperti mana kita tahu, kereta nasional kita juga menggunakan konsep meniru, at last pengilang kereta nasional kita boleh cipta enjin sendiri. Sama juga dengan perniagaan internet, kaedah itu sememangnya boleh diguna pakai. 18. Terlepas pelanggan Aiseh, ini memang masalah besar dan merugikan, anda boleh terlepas pelanggan yang berpotensi? bagaimana tu?. Contohnya anda menerima email pelanggan pada jam 1 pagi, aaii..biasalah, anda mungkin tengah tidur kan..bagaimana nak balas email tu.. tapi penghantar email ni terasa beria-ia untuk menerima email balasan dari anda sebaik sahaja dia klik send. Selepas 1 jam anda tidak balas, dia pun masuk enjin carian dan membuat carian baru, dan perolehi satu website yang baru dan hantar email pertanyaan, dengan kehebatan website itu yang ada autoresponder sistem, penghantar email itu terus dapat

email mengatakan, "Terima Kasih Namapenghantar. Kami telah merekodkan maklumat anda dan kami akan hubungi anda. Sebelum itu, kami berharap anda boleh membaca maklumat lengkap bagi produk kami di http://.. . Terima kasih sekali lagi, yang benar...dot dot dot". Agaknya penghantar email ini mahu membeli produk siapa? Maka anda sebenarnya perlu ada sistem autoresponder yang beroperasi 24 jam bagi membantu anda membalas secara automatik segala pertanyaan email supaya anda tidak terlepas pelanggan yang berpotensi. 19. Tiada perancangan dan analisis Anda sudah gagal kalau anda tidak ada planning! Bagi seseorang usahawan, perancangan dan analisis adalah penting bagi memastikan perniagaan mereka sentiasa menghasilkan keuntungan, begitu juga perniagaan internet, bermula dari mempromosikan website, membawa hit ke website, menghasilkan jualan, menambah nilai website, menambah hit website dan menghasilkan produk baru / program baru yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang sedia ada dan seterusnya berbalik kepada pusingan asal. Setiap kali anda membuka 'cawangan' perniagaan anda, samada produk sama atau berlainan, anda akan menambah bilangan pelanggan yang berpotensi (cross selling ). Ini akan memastikan perniagaan anda menghasilkan "Long Term Profit". 20. Harga produk tidak bersesuaian. Anda ada produk hebat! tetapi anda meletakkan harga yang juga hebat bagi anda, namun tidak bagi pelawat website anda. Anda perlu menetapkan harga yang bersesuaian dengan mengkaji pasaran semasa, contohnya e-book anda di jual dengan harga RM30, tetapi pesaing anda hanya RM20, tidak kisahlah walaupun kandungan e-book anda itu lebih bermutu, tetapi sebaiknya sebaiknya letaklah dengan harga RM25 dan memberikan add-ons (hadiah percuma) kepada pembeli. Jangan di sebabkan beza RM10, anda langsung tidak dapat menjual e-book anda, apatah lagi kalau pesaing anda memberikan add-ons juga. Namun situasi ini tidak sihat sekiranya harga tidak terkawal, sentiasalah anda menambah nilai kepada produk anda seperi upgrade version, tambah add ons dan sebagainya dan tetapkanlah harga di tahap yang sama.

Internet Payment And Purchase? No Credit Card? No Problem! You Got Debit Card. No Credit Card? No Problem! You Got Debit Card. Anda tidak ada kredit kad untuk di gunakan dalam proses pembelian dan pembayaran di internet? Masalah untuk mengaktifkan akaun PayPal, menggunakan khidmat XXXXX adword, membeli barangan di eBay, membeli domain dan hosting murah dari 'provider' luar negara?Kini ianya bukan lagi masalah besar, anda kini boleh gunakan debit card dalam urusan ini, kini polisi Visa untuk menerima tidak kira debit atau kredit kad dari perkhidmatan mereka. apakah debit card?, sepertimana kita tahu credit card ialah 'kad hutang' tetapi debit card ialah kad prabayar! di mana anda perlu memasukkan duit ke akaun kad tersebut sebelum boleh digunakan bagi tujuan pembelian secara SWIPE di kedai biasa atau membuat internet transaction. Anda boleh mencuba debit card dari * AlRajhi Bank, proses permohonan hanya mengambil masa 30 minit sahaja dan kad anda boleh dapat terus, boleh terus digunakan bagi urusan internet, hanya perlu RM20 sebagai deposit awal. Lawat.. •

http://www.alrajhibank.com.my

* AMbank, borang boleh didapati cawangan AMbank atau dirangkaian kedai 711. Kad anda boleh digunakan akan sebaik sahaja di aktifkan oleh pihak bank (kena call minta aktifkan untuk purchase online), sekiranya anda mengambil borang di 7-11 dan hantar menggunakan pos ke bank, ianya agak mengambil masa untuk anda boleh gunakannya walaupun anda sudah mendapat kad. Untuk lebih cepat, terus ke cawangan AMbank terdekat. •

http://www.ambank.com.my

* PublicBank, anda boleh memohon dari cawangan terdekat dan agak mengambil masa untuk mendapat kad tersebut kerana ianya tidak di buat serta merta. •

http://www.pbebank.com.my

Kesimpulannya.. anda boleh dapatkan kad debit Visa dari AlRajhi bank, lebih cepat urusan, lebih cepat anda berurusniaga di internet.

Search Engine Optimization Meta Tag : Dead Or Alive? META TAG! - Artikel Pertama. Ada orang kata Meta-tag is dead! tetapi di saat orang semua sudah tidak menggunakannya lagi, apa salah kita terus menggunakannya bagi membuat ringkasan pada website kita dan menjadi satu guide kepada kita supaya kandungan website kita tidak lari dari motif sebenarnya. Apa yang perlu ada dalam tag-tag tersebut? Di bawah ialah meta tag bagi perantisinternet.com. <meta http-equiv='Content-Language' content='en-us'> <meta http-equiv='Content-Type' content='text/html; charset=windows-1252'> <meta name='GENERATOR' content='Microsoft FrontPage 4.0'> <meta name='ProgId' content='FrontPage.Editor.Document'> <META name='description' content='Pusat Sumber Usahawan Perniagaan Internet Malaysia'> <meta name='keywords' content='Pusat Sumber Rujukan Internet, Analisis Pemasaran Internet, Peluang Perniagaan Internet, Tip Perniagaan Internet , Strategi Pemasaran, Usahawan Internet, Motivasi Usahawan'> <META NAME='Classification' CONTENT='Internet'> <META NAME='Author' CONTENT='perantisinternet.com'> <META HTTP-EQUIV='Expires' CONTENT='0'> <META NAME='Robots' CONTENT='ALL'> <META NAME='Robots' CONTENT='INDEX, FOLLOW'> <META NAME='XXXXXBOT' CONTENT='NOARCHIVE'> <META NAME='Revisit-After' CONTENT='2 Days'> <META NAME='Distribution' CONTENT='Global'> <META NAME='Rating' CONTENT='General'>

<meta name='verify-v1' content='aUeyi6LvgY2CwijAQijOyrP/gHtCV8igjP4UXgkPoiw=' /> PerantisInternet.Com : Pusat Sumber Usahawan Perniagaan Internet Malaysia

Meta tag ini di gunakan bagi mempercepatkan proses listing anda di search engine, dengan keyword dan description yang berkaitan, ianya menjadikan summary yang lengkap bagi search engine faham apakah kandungan sepenuhnya website anda. Di dalam setiap page HTML, meta tag di letakkan di antara dan . Anda boleh anggap kegunaan Meta tag ini ialah First Impression bagi website anda! bagaimana anda boleh menganalisi meta tag anda? saya biasa gunakan SubmitExpress.com dan ianya adalah percuma. Anda boleh cuba dahulu untuk website anda. www.submitexpress.com

Hi, bertemu lagi dalam cerita Meta Tag. Kali ini saya menceritakan tentang Apakah Google Web Master Tools Ianya adalah satu wizard bagi memudahkan anda mengetahui 'performance' website anda apabila di senaraikan di Google. Ianya terdiri dari SiteMap, Google Robots and Keyword Analysis dan banyak lagi, Google sentiasa menambah tools yang berguna kepada para webmaster. Dengan menggunakan tools ini, XXXXX dapat crawl website anda ke keseluruhan direktori yang di benarkan oleh anda bagi paparan di carian XXXXX (XXXXX index). Teknik yang selalu dan biasa di gunakan oleh Internet Marketer ialah melalui nama file, subdomain dan folder name yang menjadi 'cloning keyword' yg berpotensi, anda boleh lihat bagaimana Google membuat crawl ke blog-blog yang mengandungi kandungan yang berbagai menerusi folder name dan file name. Bagaimanakah

bentuk

Sitemap?

Sitemap ialah file berjenis XML yang menyenaraikan folder dalam hosting bagi memudahkan XXXXX membuat 'crawling'. Lebih banyak sitemap, lebih bagus 'listing' website anda di carian XXXXX. Di bawah ialah contoh format sitemap. Anda boleh 'copy' dan 'save' sebagai sitemap.xml menggunakan notepad dan isikan di ruangan berkaitan di akaun XXXXX webmaster tools anda. Pastikan anda tukar domain dan nama file terlebih dahulu dan anda perlu melakukan 'process verify' website anda dgn

pihak XXXXX terlebih dahulu, semuanya boleh di lakukan melalui webmaster tools.

Berjayakah Perniagaan Internet Kita? Perniagaan Internet merupakan satu bidang yang baru untuk kita semua ceburi. Kini sudah ramai yang mula berjinak dengan bidang ini dan menanam cita-ciat menjadi peniaga internet yang berjaya. Selari dengan teknologi, banyak website tumbuh macam cendawan selepas hujan, dari yang berunsurkan maklumat, pengenalan perniagaan dan perkhidmatan. Namun, dalam kebanyakan website itu, ada juga website yang tidak mampu hidup ataupun terus mati. Kenapa ada yang mati, gagal dan tidak bertahan lama? sudah tentu ia bersebab kan?. Di sini saya ingin berkongsikan serba sedikit tentang sebab-sebab tersebut. 1) Pemilik website hanya tahu mereka ada website tapi tidak pernah jenguk website mereka sendiri. 2) Menganggap apabila sudah ada website maka mereka sudah melakukan perniagaan internet. 3) Tidak tahu menahu apa itu search engine dan internet marketing dan motif website mereka. 4) Website yang tidak di update, dan ada tarikh kemas kini tahun 2006 pada pertengahan tahun 2007. 5) Website static - pelawat masuk sekali sahaja. 6) Tidak ada sedikitpun sistem CRM di website (contohnya web to email) dan tidak membalas email pelawat. 7) Tidak mempunyai domain brand name sendiri, menjadikan website perniagaan sepertimana website-website percuma di internet 8) Masalah serius - ada website tetapi tidak sesiapa pun tahu tentang kewujudan website itu. 9) Website product "retail" e-dagang yang tidak mempunyai shopping cart. 10) Domain name yang terlalu susah nak di taip dan di ingati. Semoga dengan beberapa sebab-sebab di atas, kita dapat memastikan kita sudah terkeluar dari golongan yang merugikan...

Adsense : Bina Result Adsense Di Page Sendiri Jana Pendapatan Lumayan? Ohh! Adsense Lagi... Saya pasti sudah ramai yang menceburi bidang publisher adsense XXXXX kerana ianya sudah membuktikan bahawa boleh menjana pendapatan dari internet tanpa sebarang modal penyertaan dan di bayar dalam REAL TIME serta dalam matawang USD! Namun teknik dan strategi dalam memaksimumkan akses kepada adsense adalah perkara paling utama bagi memastikan aktiviti itu mendatangkan hasil ataupun tidak. Di Malaysia sendiri, sudah ramai mendapat ratusan ringgit setiap bulan malah ribuan dari aktiviti ini tetapi masih ramai yang tidak tahu! Samada tidak tahu bagaimana sebenarnya adsense ataupun bagaimana memaksimumkannya. Google Adsense menyediakan wizard dan tools yang unik untuk kita guna bagi memaksimumkan pendapatan kita, adakah anda tahu bahawa sekiranya anda membangunkan sendiri blog anda menggunakan sistem tersendiri, anda boleh mengintegrasikan adsense dengan keyword artikel di blog anda, menjadikan result carian dan kandungan adsense itu berkait rapat dengan artikel yang anda tulis, dan memberikan peluang yang lebih cerah untuk sesiapa sahaja KLIK untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya anda dapat bayaran dari aktiviti itu. Sekiranya anda perasan, setiap artikel yang saya taip ini akan memberikan keyword yang berkaitan bagi memaparkan result carian XXXXX yang memaparkan link adsense! bukan sahaja dari kotak carian, malah juga dari link yang di jalankan secara automatik dari database artikel. Namun, jangan lupa! anda juga kena bawa pelawat ke website anda. Kelebihan blog yang mengandungi kandungan artikel yang berbagai akan memastikan pelawat sentiasa ke website anda di samping teknik SEO yang digunakan. Anda mahu belajar cara-caranya? Contact saya, maybe saya boleh jadi personal coach anda!

Penggunaan Mobile PC dalam urusan perniagaan Anda pengguna Mobile PC? Smart Phone? Adakah anda sudah memaksimumkan penggunaanya bagi kemudahan perniagaan anda, seperti menyemak pesanan, membaca dan membalas email, menerima fax, melayari internet, instant message communication dan sebagainya?. Pada masa kini, telefon sudah banyak di lengkapi sistem Windows Mobile yang membolehkan penggunaan internet melaluinya dengan perkhidmatan GPRS, EDGE mahupun 3G dari penyedia rangkaian telekomunikasi. Sebagai seorang usahawan internet, anda perlu mempertimbangkan penggunaan mobile pc ini sebagai medium untuk anda berurusan ketika anda tidak berhadapan dengan komputer. Lebih senang untuk anda menyemak email dengan gadget sebegini dibandingkan dengan penggunaan notebook. Saya juga menggunakan smart phone utk menyemak maklumat pelanggan, mengaktifkan ID, membaca email dan menggunakan XXXXX mesengger melaluinya, gadget sebegini memang nampak professional di depan bakal pelanggan anda!. Sekiranya anda kini sedang menggunakannya, adakah ia betul2 berguna kepada anda atau sekadar anda menerima SMS, MMS dan membuat panggilan telefon?. Mulai hari ini bolehlah anda memaksimumkan penggunaannya. Sila semak cara dan susunan untuk anda mendapat talian ke internet melalui penyedia perkhidmatan yang berkenaan. Contohnya EDGE from digi hanya memerlukan RM99 sebulan dengan akses tanpa had dengan rangkaian yang luas, apa yang anda perlu ialah satu smartphone yang mempunyai fungsi EDGE dan anda terus boleh gunakannya sebagai medium perniagaan anda.

Berminat menjadi Reseller Hosting? Sekiranya anda berminat menjadi seorang usahawan internet, tidak semestinya anda perlu tunggu produk keluaran anda sendiri untuk merealisasikan impian anda itu. Kita juga boleh menjual produk dan perkhidmatan orang lain yang berkait rapat dgn produk, kemahiran dan pengetahuan kita. Di sini saya mahu kongsikan manfaat jadi reseller kepada produk atau servis orang lain, contoh yang saya mahu ambil ialah reseller hosting. Setiap hari ada sahaja website yang baru di hasilkan memandangkan pada masa kini sudah ramai yang sedar potensi pemasaran melalui internet. Ini menunjukkan bidang perniagaan di internet ini tidak akan berhabisan seperti mana produk keperluan yang di perlukan seseorang manusia apabila lahir ke muka bumi, website juga memerlukan produk keperluan tersendiri, iaitu yang paling utama ialah HOSTING dan DOMAIN. HOSTING dan DOMAIN adalah sesuatu perniagaan internet digital yang tidak memerlukan anda menyimpan stok fizikal, hanya dengan membeli package hosting yang melayakkan anda menjadi reseller sudah memberikan anda peluang untuk menjana pendapatan di internet. Malah, sesiapa yang sudah biasa dengan Cpanel membolehkan mereka membuat perniagaan di dalam hosting biasa (bukan reseller) tetapi mampu menyediakan khidmat HOSTING dan DOMAIN pada sub domain kepada domain utama (teknik ini ialah teknik yang paling mudah dan murah serta menguntungkan! - Nak Cuba? saya boleh ajarkan caranya melalui khidmat personal coach). Sebagai contoh, sebagai subscriber hosting menyediakan package minimum hosting dan domain dengan kos RM250 setahun (10 GB file/50GB bandwith/50 MYSQL) dan berkemampuan memasukkan 10 domain dalam hosting yang sama, melalui teknik ini anda boleh mendapat pulangan sebanyak RM1000 setahun dengan menjual hosting & domain yang di pointkan (subdomain) kepada 10 pelanggan dengan harga yang di kira murah iaitu RM100-RM150 (Domain+Hosting). Sebelum itu anda boleh juga menjadi reseller kepada domain registrar dan mendapat untung dari penjualan domain juga! Memang boleh buat untung. Ini secara ringkas, kalau mahu cuba berniaga di internet melalui idea ini, bolehlah buat study atau contact saya untuk jadi personal coach anda.! Tak percaya? Cubalah!

Menceburi industri MLM melalui internet Bagaimana Menceburi Industri MLM melalui Internet? Pada masa kini kita sudah biasa dengar industri Multi Level Marketing(MLM) atau Network Marketing telah berjaya melahirkan banyak kejayaan. Bidang ini telah di iktiraf sebagai bidang kerjaya yang memberikan pendapatan yang lumayan kepada sesiapa sahaja yang menyertainya. Namun, bilangan yang berjaya adalah amat sedikit nisbahnya berbanding dengan jumlah keseluruhan penyertaan, hanya yang sentiasa melakukan penajaan dan jualan ulangan sahaja yang mampu bertahan lama dan membina kejayaan demi kejayaan. Dalam MLM, penajaan (Sponsoring) adalah amat penting, penajaan boleh dilakukan dengan memperkenalkan peluang perniagaan kepada kenalan dan kepada sesiapa sahaja, samada bermula dengan pengenalan produk sehingga penerangan plan pemasaran. Secara konvesional, usahawan MLM perlu menambah bilangan kenalan(Prospek) yang berpotensi menjadi rakan kongsi (downline) mereka, tidak di nafikan ada usahawan yang sudah biasa dengan proses penambahan prospek ini secara konvesional dan tradisional iaitu melalui kawan kepada kawan, risalah perniagaan, kad perniagaan dan sebagainya. Namun, ianya jelas apabila sesuatu yang memerlukan hebahan fizikal memerlukan kos yang tinggi, contohnya penyebaran risalah, berjumpa dengan prospek di sesuatu tempat dan perhubungan telefon. Namun proses ini mengambil masa dan belum tentu prospek berminat kerana di sebabkan maklumat dan cara 'Approach' yang belum tentu bersesuaian. Kini dengan teknologi Internet, proses ini lebih senang di mana anda tidak perlu berjumpa dengan prospek, hanya berdepan dengan komputer yang di lengkapi kemudahan internet, anda boleh membuat perniagaan MLM anda dengan lebih mudah, menjimatkan dan lebih cepat. Namun ianya bukan bermakna anda tidak perlu berjumpa dengan orang ramai, tetapi apabila seseorang yang anda akan jumpa sudah faham tujuan perjumpaan, anda lebih senang untuk membentangkan peluang perniagaan anda kepada mereka. Internet telah secara tidak langsung membuat tapisan yang berguna (hanya orang berminat sahaja) perlu anda jumpa dan berhubung. Banyak penjimatan kos boleh di lakukan..! Namun bagaimanakah cara-cara yang anda perlu lakukan bagi tujuan ini..? Pada pengalaman saya yang berpengalaman hampir 5 tahun membuat perniagaan MLM melalui internet, sekurang-kurangnya anda seharusnya ada : 1) Website yang lengkap tentang produk dan pelan pemasaran

2) Sistem Email Opt-In dan Opt-Out 2) Sistem Auto Recruitment (AutoSponsor) dan website replication 3) Sistem followup yang berkesan melalui email semasa, followup dan berita terkini 4) Sistem pengurusan rangkaian yang lengkap dengan struktur rangkaian. 5) Sistem pengurusan keahlian di mana anda boleh UPGRADE status keahlian Sekiranya unsur di atas ada sudah ada, maka anda perlu ada "add-ons service" seperti 1) Ruangan perbincangan atau chat room 2) Ruangan Blog bagi memaklumkan berita terkini 3) e-Catalog dan Shopping Cart Dan yang akhir sekali , promosi di internet amatlah penting dalam memastikan website anda itu di kenali ramai.. bagaimana teknik promosi? Anda boleh merujuk kepada kategori yang berkaitan.

Ketahui Maksud Perniagaan Internet Yang Sebenar Apakah maksud Business Internet? Maksud Business (perniagaan) sudah di ketahui ramai, iaitu satu aktiviti yang akan memberikan keuntungan daripada hasil penjualan produk atau perkhidmatan, manakala Internet ialah jaringan komputer tanpa batasan secara "Real Time". Business Internet, secara amnya bermaksud, membuat keuntungan jualan dari penggunaan internet. Namun, ianya terbahagi kepada 2 jenis, samada 100% berdasarkan produk internet, atau hanya teknologi internet yang di gunakan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan. Pada masa kini, kebanyakkan usahawan menggunakan internet sebagai medium untuk memasarkan produk mereka, tetapi kebanyakkan bukan produk internet. Mereka ini ialah pengguna kepada sistem internet itu sendiri, atau nama yang khususnya E-Commerce, atau E-Dagang. Maka siapa di sini yang melakukan Business Internet 100%? Untuk pemahaman yang lebih jelas, mereka ini ialah "service provider" kepada teknologi internet, contohnya seperti internet access provider, web hosting company, Search Engine seperti Google di mana produk mereka ialah digital 100% tidak termasuk "Hardware & Software" yang di gunakan. Sekiranya anda kini mengatakan anda membuat Business Internet, adakah anda sudah tahu di mana anda sebenarnya? adakah : 1) Pengusaha E-Dagang / E-Commerce - Memasarkan produk fizikal melalui internet 2) Pengusaha Business Internet - Memasarkan servis dan produk digital melalui internet Apa beza 2 jenis Business internet di atas? 1) E-Dagang / E-Commerce : Perlu ada stok dan khidmat penghantaran 2) Business Internet 100% : Tidak perlu ada stok dan menggunakan penghantaran digital. Dengan ini kita boleh SET minda kita, apa sebenarnya bisness yang kita sedang lakukan di internet!

Related Documents

Fokus
June 2020 22
Fokus
June 2020 12
Blogstarz Presentation
November 2019 23

More Documents from "saiful hattmi bin hamsan"