Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

  • Uploaded by: Aiman Ilham
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn as PDF for free.

More details

  • Words: 3,333
  • Pages: 22
ARAHAN TETAP KAWALAN KESELAMATAN LEMBAGA PELABUHAN KAUNTAN (PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN) Arahan tetap ini disediakan bagi memberi penjelasan kepada Bahagian / Unit / Pasukan / Syarikat Kawalan Keselamatan yang melakukan kerjakerja dapat

Kawalan Keselamatan di Lembaga Pelabuhan Kuantan

supaya

menjalankan tugas dengan berkesan dan mematuhi piawaian

yang dikehendaki oleh Pengurus Besar LPKtn Khususnya di Kawasan yang di Gazetkan Kawasan Sasaran Penting Negara. Arahan tetap ini juga disediakan sebagai Garispanduan bagi Pengawal keselamatan menjalankan

di

Bangunan

tugas

Lembaga

berkaitan

Pelabuhan

kawalan

Kuantan

keselamatan

bagi untuk

memantapkan lagi perkhidmatan Kawalan Keselamatan di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan dengan mempertingkatkan pegetahuan dalam bidang kawalan keselamatan, fungsi kawalan keselamatan dan tanggungjawab Pengawal Keselamatan dalam menjaga harta benda dan nyawa di tempat bertugas. 1) PENGAWAL KESELAMATAN. a) Pengawal Keselamatan hendaklah berdisiplin, bersih, kemas, tegas ,jujur dan beretika sebagai Pengawal Keselamatan di Lembaga Pelabuhan Kuantan. b) Pengawal Keselamatan hendaklah ditempatkan di pintu masuk dan keluar bagi mengawal Pergerakan keluar masuk orang dan barangan di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan. c) Pengawal Keselamatan hendaklah berada di Kawasan yang bersesuaian untuk membuat tinjauan kepada Pergerakan keluar dan masuk orang di Bagunan LPKtn dan lokasi tersebut tidak menyukarkan

pengawal

menyalurkan

maklumat

berkaitan

Keselamatan kepada rakan setugas khususnya didalam suasana kecemasan seperti kebakaran dan ancaman. d) Pengawal Keselamatan mestilah bersedia dengan tugas dan sentiasa menunjukan diri mereka sentiasa bersedia dan bertugas kepada pengguna di Bangunan Lembaga Pelabuhan e) Pengawal Keselamatan mestilah peka kepada persekitaran yang menimbulkan ancaman dan menilai maklumat yang diperolehi dengan mengambil tindakan yang perlu dan terbatas kepada maklumat maklumat tersebut. f)

Sistem perhubungan pengawal keselamatan hendaklah selalu berfungsi bagi menyalurkan maklumat kepada rakan penugasan.

g) Segala bentuk perhubungan berkaitan kawalan keselamatan hendaklah dicatatkan kedalam buku pergerakan keselamatan. h) Buku Pergerakan keselamatan hendaklah di tulis dengan kemas dan sempurna bagi memudahkan Pegawai Keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan, Polis dan Agensi Penguatkuasaan yang lain memantau pergerakan keselamatan yang telah dilakukan di Bangunan

dan

persekitaran

bangunan

Lembaga

Pelabuhan

Kuantan. i) Kawasan Post Kawalan / Kaunter pertanyaan hendaklah dilindungi daripada

orang-orang

yang

tiada

kaitan

dengan

Kawalan

Keselamatan dan hendaklah menjadikannya sebagai Kawasan Larangan Keselamatan oleh Pengawal keselamatan. j) Meja

Pertanyaan

hendaklah

mempamirkan

Nombor-nombor

telefon yang perlu dihubungi sewaktu kejadian kecemasan dan sebagainya. 2) Penyelia Pengawal Keselamatan. a) Penyelia

pengawal

keselamatan

hendaklah

disediakan

bagi

melakukan Penyeliaan Pengawal keselamatan yang ditugaskan.

b) Penyelia Pengawal Keselamatan hendaklah memantau penugasan Pengawal

Keselamatan

dan

memberi

pendidikan

kepada

Pengawal Keselamatan c) Penyelia

Pengawal

keselamatan

adalah

bertanggungjawab

kepada disiplin, latihan, kebersihan dan kekemasan anggota, tempat bertugas, arahan penugasan, peralatan keselamatan, buku-buku

rekod

keselamatan

dan

Pengawal

Keselamatan

dibawah seliaannya . d) Penyelia Pengawal Keselamatan hendaklah memeriksa setiap pergerakan kawalan keselamatan seperti mana penugasan yang di buat secara harian . e) Penyelia Pengawal Keselamatan hendaklah berada di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan pada waktu-waktu kecemasan atau adanya kejadian yang melibatkan ancaman keselamatan untuk membantu Pengawal Keselamatan bertugas. f) Penyelia

Pengawal

Keselamatan

hendaklah

menyediakan

ringkasan laporan harian kawalan keselamatan kepada Pegawai Keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan. (Format Laporan seperti yang disediakan di Lampiran 1) 3) Rondaan. a) Rondaan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 1 jam sekali. b) Setiap rondaan hendaklah dicatatkan dalam buku pergerakan Pengawal dengan menyatakan hasil penemuan dari rondaan tersebut. c) Rondaan hendaklah meliputi keseluruhan kawasan yang berisiko kepada ancaman kepada kecurian, pencerobohan, kebakaran dan sabotaj. d) Pengawal ronda hendaklah peka kepada persitaran semasa melakukan rondaan dan hendaklah melaporkan kepada rakan

sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan atau mensyaki perubahan kepada bahagian atau tempat rondaan dilakukan. e) Pengawal peralatan

ronda

hendaklah

didalam

memastikan

kawasan

bagunan

pintu,

dan

lampu

kawasan

dan

luaran

bangunan sentiasa berada dalam keadaan baik dan tertutup. f) Pengawal

ronda hendaklah disediakan dengan kelengkapan

mempertahankan diri, lampu suluh (waktu rondaan malam) dan set perhubungan. g) Pegawal ronda hendaklah memastikan segala peraturan yang perlu dipatuhi oleh orang ramai didalam kawasan Lembaga dipatuhi dan pengawal ronda hendaklah membuat teguran kepada mana-mana orang yang tidak mematuhi peraturan yang telah dikeluarkan atau mengambil tindakan yang sewajarnya kepada kesalahan yang ditemui. h) Pengawal

ronda

hendaklah

sentiasa

bersedia

dan

boleh

mengecam mana-mana kesalahan yang mungkin akan dilakukan oleh mana-mana orang didalam kawasan rondaannya dan bersiap sedia

membuat

teguran

atau

mengambil

tindakan

yang

sewajarnya. 4) Kawalan Keselamatan Had Sempadan a) Pemantauan hendaklah dilakukan oleh Pengawal Keselamatan merangkumi kawasan yang ada dibawah had sempadan Lembaga Pelabuhan Kuantan dengan mengambil kira pintu masuk dan keluar ke kawasan Lembaga Pelabuhan Kuantan dan pintu masuk dan keluar bangunan lembaga pelabuhan kuantan. b) Kawalan

keselamatan

hendaklah

merangkumi

pengawasan

kawasan Lembaga dan bangunannya dari sebarang ancaman kecurian, pelanggaran peraturan didalam kawasan, salah laku, kemalangan dan kawalan kegemparan atau rusuhan.

c)

Kawalan Keselamatan juga hendaklah merangkumi kawalan keselamatan kepada kawasan-kawasan sensitif didalam had kawalan keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan termasuklah kawalan kepada bilik generator elektrik, bilik pam, kenderaan jabatan, penebat arus elektrik, besi penutup longkang dan sebagainya.

5) Tempat Meletak Kenderaan a) Lembaga Pelabuhan Kuantan telah menyediakan 3 zon meletak kenderaan didalam kawasan Lembaga iaitu: i) Zon Kenderaan Jabatan / Ketua Jabatan (Berbumbung) ii) Zon meletak kenderaan di sekeliling bangunan ( Kakitangan LPKtn) iii) Zon meletak kenderaan umum ( Pengguna Bangunan yang bukak kakitangan LPKtn) b) Pengawal keselamatan hendaklah memastikan segala kemudahan ini digunakan sepenuhnya oleh semua kakitangan / pengguna bangunan perdagangan dengan sebaiknya. c) Larangan dan papantanda telah disediakan bagi maksud kawalan meletak

kenderaan

dan

hendaklah

di

kuatkuasakan

oleh

Pengawal Keselamatan yang bertugas. d) Rondaan

hendaklah

selalu

dilakukan

kekawasan

ini

bagi

memastikan tiada pengguna menyalahgunakan kemudahan ini atau menghindar dari sebrang kecurian terhadap kenderaan pengguna. e) Kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan meletak kenderaan haruslah dikawal dan dipantau oleh pengawal keselamatan. f) Tindakan mengunci tayar boleh diambil kepada pengguna yang engkar dan meletakan kenderaan bukan ditempat yang dikhaskan untuk meletak kenderaan.

g) 3 unit alat pengunci tayar disediakan dan tindakan mengunci tayar

kepada

pengguna

yang

engkar

meletak

kenderaan

dkawasan yang tidak dibenarkan meletak kenderaan boleh di ambil

selaras

dengan

arahan

yang

telah

dikeluarkan

dan

dipamirkan di papantanda di sekitar kawasan bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan. h) Pengawal keselamatan yang melakukan rondaan hendaklah sentiasa melakukan pengecaman kepada kenderaan yang keluar masuk ke kawasan Lembaga Pelabuhan Kuantan. i) Pengawal

keselamatan

yang

membuat

rondaan

hendaklah

memeriksa mana-mana motosikal yang tidak berkunci dan bertindak mengunci kenderaan tersebut. j) Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan kawasan parking diterangi

dengan

lampu

yang

mencukupi

bagi

membuat

pengecaman kepada kenderaan yang ditinggalkan. Sekiranya lampu tidak berfungsi laporkan kepada penyelia pengawal keselamatan untuk tindakan Lembaga Pelabuhan Kuantan. k) Sekiranya satu-satu kawasan yang dirasakan oleh pengawal keselamatan tidak sesuia untuk diletakkan kenderaan Kun boleh digunakan untuk menghalang kenderaan dari meletak kenderaan dikawasan tersebut. Kun boleh dimohon daripada Lembaga Pelabuhan Kuantan. 6) KAWALAN

/

PEMANTAUAN

CLOSED

CIRCUIT

TELEVISION

(CCTV) a) Lembaga Pelabuhan Kuantan di lengkapi dengan pemasangan CCTV dengan penempatan kamera sebanyak 18 unit diletakkan ditempat

yang

strategic

bagi

memantau

Keselamatan

di

Bangunan Pelabuhan dan luaran Bangunan. b) Pengawal Keselamatan hendaklah ditempatkan bagi memantau perkembangan Keselamatan melalui CCTV sepanjang masa.

c) Sekiranya Pengawal Keselamatan mengsyaki berlaku perkara yang

mengancam

Keselamatan

segeralah

menghubungi

Pengawal Keselamatan ronda untuk membuat Pemeriksaan dan membuat

pengesahan

kejadian

di

tempat

kejadian

dan

mengambil tindakan segera melaporkan kepada Penyelia dan Pegawai Keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan. d) Sekiranya

berlaku

kerosakan

kepada

mana-mana

kamera

Pengawal Keselamatan hendaklah membuat Pemeriksaan dimana lokasi

kamera

melaporkan

yang

segera

mengalami kepada

kerosakan

Pegawai

dan

Keselamatan

hendaklah Lembaga

Pelabuhan Kuantan. e) Setiap kejadian yang dipantau atau kejadian kerosakan Kamera CCTV pengawal Keselamatan yang mengawal Monitor CCTV hendaklah merekod kejadian tersebut didalam buku laporan Pemeriksaan Keselamatan. 7) PEMANTAUAN LAMPU-LAMPU a) Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan lampu dikawasan laluan hendaklah sentiasa dinyalakan pada waktu malam. b) Lampu

bagi

Kawasan

yang

menempatkan

Kamera

CCTV

hendaklah di nyalakan kecuali kamera CCTV didalam Pejabat. c) Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan lampu didalam pejabat dimatikan selepas waktu pejabat bagi pejabat di Tingkat 5 , 6 dan 7. d) Lampu dikawasan tempat letak kereta hendaklah dinyalakan diwaktu malam bagi mengawasi kenderaan yang ada di Kawasan letak kereta. e) Pengawal Keselamatan hendaklah menguji keberkesanan lampu kecemasan samada boleh digunakan atau tidak dalam tempoh sekali sebulan dan ujian tersebut hendaklah dicatat didalam buku laporan pengawal.

f) Sekiranya

bekalan

elektrik

terputus

pengawal

Keselamatan

hendaklah memastikan Backup generator berfungsi dan kejadian keputusan bekalan elektrik hendaklah dicatatkan didalam buku laporan Keselamatan. g) Setiap kejadian terputus bekalan elektrik dan kegagalan Backup generator berfungsi hendaklah dilaporkan kepada Penyelia dan Pegawai Keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan. 8) PEMANTAUAN PAGAR KESELAMATAN. a) Pagar

keselamatan

disediakan

disekeliling

Bangunan

Perdagangan samada dari jenis Chainlink, tembok dan landskap tumbuhan jenis pokok pagar. b) Pengawal

keselamatan

hendaklah

memastikan

pagar-pagar

tersebut tidak dicerobohi oleh sebarang penceroboh melalui pagar yang disediakan. 9) KESELAMATAN PINTU MASUK. (KAWALAN KELUAR MASUK BARANG DARI BANGUNAN) a) Prosedur kawalan dan pemeriksaan kemasukan / keluarkan barangan dari bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan hendaklah dilaksanakan. b) Kawasan pintu utama tidak dibenarkan bagi laluan atau parking menurunkan barangan besar. Permohonan memunggah barangan besar hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan. c) Kawasan Khas disediakan bagi laluan pengeluaran barangan besar yang adalah melalui pintu Kecemasan di bahagian belakang dan hanya dibenarkan kepada Orang-orang yang mendapat kebenaran dari pihak Lembaga Pelabuhan Kuantan menggunakan laluan tersebut.

d) Barangan yang dibawa bimbit dengan tangan boleh di benarkan kecuali Pengawal Keselamatan mengsyaki bahawa Barangan tersebut adalah Barangan salah yang dibawa masuk dan keluar dari Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan. e) Pegawal keselamatan hendaklah mencatat segala pergerakan barang keluar dan masuk yang dicurigai kedalam buku rekod keselamatan berkaitan pemeriksaan barang dangan mencatat nombor KP pengeluar, nombor kenderaan dan jenis kenderaan yang menganggkut atau memunggah Barangan tersebut. f) Pengawal Keselamatan hendaklah sentiasa memerhatikan dengan cermat dan teliti Semua urusan pemunggahan Barangan. g) Penyelia Pengawal keselamatan hendaklah menyediakan latihan kepada Pengawal Keselamatan kaedah-kaedah untuk membuat pemeriksaan Barangan keluar masuk dari Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan. 10)KAWALAN PINTU MASUK. a) Kawalan keluar / masuk ke Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan melalui pintu utama adalah melalui pengenalan Pas Keselamatan Bangunan yang telah dikeluarkan. b) Semua Penghuni di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan dibekalkan dengan Pas Keselamatan Bangunan bergambar yang sah laku tempoh selama 2 tahun dan ditandatangani oleh Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kuantan. c) Kakitangan Lembaga juga dibekalkan dengan Pas Kakitangan Lembaga Pelabuhan Kuantan bergambar yang mempunyai tarikh tempoh laku selama 2 tahun. d) Pengawal Keselamatan yang mengawal pintu masuk hendaklah memeriksa setiap masa pergerakan keluar masuk ke bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan adalah orang yang sah dibenarkan masuk ke bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan.

e) Pelawat hendaklah mendapatkan Pas Keselamatan Pelawat untuk memasuki bangunan Lembaga pelabuhan Kuantan. f) Catatan

hendaklah

dibuat

didalam

buku

pelawat

setiap

pengeluaran Pas Pelawat kepada pelawat dengan mencatat butirbutir peribadi pelawat spt Nama, no kad pengenalan dan alamat pelawat yang hadir serta tujuan Lawatan pelawat. 11) KAWALAN LALUAN MASUK / LALUAN KELUAR. a) Laluan masuk /keluar di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan hanya terletak di tingkat bawah Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan. Ianya terdiri dari: i) Laluan utama. ii) 4 Pintu kecemasan yang terletak disusur tangga kecemasan Bangunan. b) Dalam waktu biasa laluan yang dibenarkan hanyalah di pintu utama lobi Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan. c) Pintu kecemasan di kedua-dua bahagian susur tangga hendaklah sentiasa berkunci. d) Pintu

kecemasan

boleh

dibuka

hanya

sekiranya

terdapat

permintaan dan kebenaran dari Pegawai Keselamatan Lembaga Pelabuhan

Kuantan.

bertulis

untuk

menghantar

dan

mengeluarkan barangan yang berkuantiti banyak dan besar sahaja. e) Pintu kecemasan hendaklah dibuka apabila berlaku berlaku kecemasan di Bangunan. Pengawal Keselamatan hendaklah bersiap sedia menghadapi suasa kecemasan ini. f) Kawalan laluan masuk dan keluar adalah dengan melakukan pemerhatian dan pengesanan sistem pas Keselamatan sementara barangan adalah melalui Pemeriksaan fizikal barangan yang dibawa masuk dan keluar.

g) Pemantauan laluan masuk adalah dipantau oleh rakaman CCTV di semua laluan masuk di tingkat lobby, 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7 di kedua-dua bahagian pintu masuk dan pintu masuk kecemasan. h) Pengawal Keselamatan hendaklah memantau Pergerakan laluan keluar / masuk yang dirakam melalui CCTV. i) Sekiranya terdapat sebarang perlakuan yang disyaki pengawal Keselamatan hendaklah mengambil tindakan sewajarnya. j) Semua laluan masuk / keluar di Bangunan Pelabuhan Kuantan mempunyai pintu. k) Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan Pintu kecemasan / rintangan api hendaklah sentiasa bertutup. l) Pengawal

Keselamatan

hendaklah

memastikan

Pintu-pintu

pejabat hendaklah bertutup dan berkunci selepas waktu pejabat. Sekiranya pintu pejabat tidak bertutup dan berkunci pengawal Keselamatan

hendaklah

menasihatkan

mana-mana

pemilik

pejabat di Bangunan supaya menutup dan mengunci pejabat. m) Pengawal Keselamatan hendaklah memsatikan pejabat di tingkat 5, 6 dan 7 berkunci selepas waktu pejabat dengan memastikan semua pekerja telah meninggalkan pejabat.

12) KAWALAN

KESELAMATAN

DALAMAN

(KAD

PENGENALAN

PEKERJA / PELAWAT) a) Pas Pekerja bergambar yang disediakan kepada kakitangan dan Pas Keselamatan Bangunan yang disediakan kepada penghuni lain bangunan lembaga pelabuhan kuantan hendaklah dipamirkan setiap

masa

semasa

berada

didalam

bangunan

lembaga

pelabuhan kuantan. b) Buku Kawalan masuk / keluar pelawat hendaklah disediakan dan digunakan untuk mengawal kemasukan pelawat di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan.

c) Pelawat hendaklah mengemukakan bukti pengenalan diri seperti kad pengenalan awam atau lessen memandu atau passport untuk mendapatkan pas pelawat memasuki Bangunan. Semua butirbutir maklumat pelawat hendaklah dicatat didalam buku pelawat. d) Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan pelawat yang memohon

pas

pelawat

adalah

orang

yang

sama

dengan

pengenalan yang diberikan dengan membandingkan gambar yang tertera di dokumen yang diserahkan. e) Sekiranya

pelawat

tidak

mempunyai

sebarang

identity

pengenalan diri untuk disahkan, dapat kan dan orang yang ingin ditemui untuk mengesahkan identity pelawat dan catatkan didalam buku pelawat butir-butir

pelawat dan orang yang

mengesahkan identity pelawat. 13)KAWALAN KAWASAN UTILITI a) Pengawal

Keselamatan

hendaklah

mengawal

dan membuat

Rondaan di Kawasan utility dari dicerobohi untuk tujuan jenayah. b) Kawasan utility adalah seperti:i) Kawasan bekalan air / tangki air di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan di tingkat bumbung. ii) Bilik Generator di tingkat bawah. iii) Bilik pam di tingkat bawah iv) Bilik penghawa dingin berpusat di tingkat loby dan Mazzenine v) Bilik fail di tingkat 6 vi) Surau di tingkat 6 dan bangunan surau awam vii)Semua tandas di semua tingkat bangunan. c) Sekiranya pengawal keselamatan mendapati kawasan tersebut disyaki diceroboh laporkan kepada penyelia dan ambil tindakan awal yang sepatutnya.

14)PELAN

KECEMASAN

BANGUNAN

LEMBAGA

PELABUHAN

KUANTAN. a) Pengawal

Keselamatan

akan

didedahkan

dengan

Pelan

kecemasan Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan bertujuan untuk menilai, mengemaskini dan memahir pelaksanaan Pelan Kecemasan

Bangunan

dan

Tatacara

Pelaksanaan

semasa

kecemasan berkaitan sebarang ancaman. b) Pengawal Keselamatan akan dibekalkan nombor perhubungan agensi penguatkuasaan tempatan seperti POLIS, Bomba, HAZMAT Teams,

Pasukan

kecemasan

Lembaga

Pelabuhan

Kuantan,

pasukan kecemasan Kuantan Port Consortium dan lain-lain untuk dihubungi semasa kecemasan. c) Latihan panggilan kecemasan akan dilakukan setiap tahun dengan melibatkan Pengawal Keselamatan Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan. 15) KAWALAN KUNCI-KUNCI BANGUNAN a) Kunci-kunci Bangunan dipertanggungjawabkan kepada Pengawal Keselamatan Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan. b) Adalah menjadi tanggungjawab Pengawal Keselamatan menjaga kunci-kunci dengan selamat dan tidak disalahgunakan. c) Pengawal Keselamatan hendaklah amanah memegang kunci yang dipertanggungjawabkan. d) Sebarangkehilangan kunci hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan

Lembaga

Pelabuhan

Kuantan

untuk

tindakan

selanjutnya. e) Setiap kehilangan kunci pejabat akan dibuat laporan ke Balai Polis Beserah untuk tindakan. f) Pergerakan kunci mestilah dicatat didalam buku Pergerakan kunci oleh

Pengawal

Keselamatan

dengan

mengambil

butir-butir

peribadi pengambil kunci dan mengesahkan bahawa pemohon adalah orang yang dibenarkan mengambil kunci pejabat. g) Sesalinan surat kebenaran Pegawai yang layak mengambil kunci pejabat akan diedarkan kepada Pengawal Keselamatan untuk tujuan pengesahan. h) Setiap Pengawal Keselamatan yang menyalah gunakan kunci bagi tujuan melakukan salah laku akan di serahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan dan siasatan. 16)TINDAKAN

KECEMASAN

SEMASA

KEBAKARAN

/

MENYELAMATKAN NYAWA. a) Adalah menjadi tanggungjawab Pengawal Keselamatan menjadi orang pertama dalam tindakan kecemasan semasa kebakaran / menyelamatkan nyawa. b) Pengawal Keselamatan hendaklah mengambil tindakan-tindakan yang perlu untuk tindakan semasa kebakaran / menyelamatkan nyawa: i) Bunyikan loceng kecemasan dengan memecahkan kotak alarm. ii) Buka semua pintu kecemasan di tingkat lobi. iii) Hubungi Bomba , Polis pelabuhan, Pegawai keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan, Penyelia iv) Kawal laluan kecemasan dan tenangkan penghuni supaya tidak panik. v) Kumpulkan semua Penghuni bangunan lembaga pelabuhan kuantan di kawasan berkumpul. vi) Kawal laluan dan kenderaan. vii)Serahkan buku pelawat kepada pegawai keselamatan lembaga pelabuhan kuantan viii)Pastikan tiada mangsa yang terperangkap.

17)LAIN-LAIN PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG DI PELABUHAN KUANTAN. a) Name, Contacts and Working Hours of Other Law Enforcement in the Facility (SEPERTI DI LAMPIRAN C)

SENARAI NO PERHUBUNGAN SEMASA KECEMASAN AGENSI NAMA PEGAWAI

BIL

JENIS KECEMASAN

1.

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28.

BOMBA

1

BALAI BESERAH IPD KUANTAN IPK PAHANG BOMBA PELABUHAN POLIS PELABUHAN PENGURUS BESAR PENGURUS OPERASI PENGURUS KEWANGAN PENGURUS KOPERAT PEN. PENGURUS OPERASI (BOMBA) PEN. PENGURUS OPERASI (MARIN) PEN PENGURUS OPERASI (TEKNIKAL) PEN PENGURUS IT PEG KES PEL KUANTAN PEN. PEGAWAI SAINS PEMBANTU TEKNIK JURUTEKNIK PEN. PEGAWAI IT CHARGEMAN PEMBANTU TADBIR KANAN OPERASI PEMBANTU TADBIR KANAN KOPERAT PEMBANTU TADBIR OPERASI 1 PEMBANTU TADBIR OPERASI 11 PEMBANTU TADBIR TEKNIKAL PEMBANTU TADBIR PENTADBIRAN PEMBANTU TADBIR KEWANGAN

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

OPERATOR TELEFON

2 2 2 2 2 2 2

3 3 3 3 3 3 3

5 5 5 5

4 2

3 4

7 6 5 6

4 4

7 7 7

6 4

2

3 4

7

NO HANDPHONE 999 09 5837977 (GEBENG) 09 5135544 (I/PEJ) 09 5442222 09 5132222 09 5902222 09 5833282 09 5833205 019 9878626 019 9161327 019 9878860 019 9878914 019 9539466 019 9401351 019 9152219 019 9163164 019 9047100 012 9613087 012 9080090 019 9380278 019 2270708 013 9323343 013 9237011 019 9893104 019 9511400 012 9486119 013 9109139 019 9155266 013 9819770 019 9845464 09 5835160

SENARAI KECEMASAN MENGIKUT KOD WARNA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

KEBAKARAN / TUMPAHAN KIMIA KECURIAN / ROMPAKAN /KEMATIAN / ANCAMAN BOM PENCEROBOHAN / LOCENG KECEMASAN BANK / LEMBAGA BERBUNYI TERPUTUS BEKALAN ELEKTRIK / HAWADINGIN / LITARPINTAS KEMASUKAN BARANG YANG DICURIGAI CCTV TIDAK BERFUNGSI LAMPU TIDAK BERFUNGSI

BORANG A BORANG LAPORAN HARIAN KAWALAN KESELAMATAN LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN TARIKH

MASA

PENGAWAL RONDA 1. PENGAWAL KAUNTER 2. PERTANYAAN

MAKLUMAT PENUGASAN PENGAWAL NAMA PENGAWAL SHIFT 1 SHIFT 2 SHIFT 3 1. 1. 2.

JENIS PEMERIKSAAN

2.

LAPORAN SITUASI

1. 2. 3. 4.

PEMERIKSAAN PARKING / KENDERAAN PEMERIKSAAN PELAWAT / ORANG PEMERIKSAAN BARANG PEMERIKSAAN PEJABAT TING 5, 6 DAN 7 5. PEMERIKSAAN LAMPU 6. PEMERIKSAAN KUNCI PEJABAT TING 5, 6 DAN 7 7. PEMERIKSAAN PINTU KECEMASAN 8. KEKERAPAN RONDAAN/PEMERIKSAAN CCTV 9. PENGELUARAN KUNCI PEJABAT 10. LAWATAN VIP (KAWALAN VIP) 11. PEMERIKSAAN YG DISYAKI 12. LAWATAN PELAWAT TING 5, 6 DAN 7 13. PEMERIKSAAN PENYELIA 14. PEMERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN LPKTN 15. PEMERIKSAAN POLIS, BOMBA DLL 16. 17.

PERISTIWA 1. KEROSAKAN CCTV/ KEHILANGAN KUNCI/ BLACKOUT/ KEMALANGAN/ KEBAKARAN/ KECURIAN/ KEROSAKAN HARTA / PENCEROBOHAN/ MEMBAWA BARANGAN LARANGAN 2. PELANGGARAN PERATURAN ( PARKING / MASUK TANPA PAS / MEROKOK DLM BGN

KEJADIAN

TINDAKAN

ULASAN PENYELIA

(GUNAKAN BORANG B - LAPORAN KEJADIAN /KEMALANGAN UNT KETERANGAN LENGKAP)

(GUNAKAN BORANG B - LAPORAN KEJADIAN /KEMALANGAN UNT KETERANGAN LENGKAP)

BORANG B LAPORAN PERISTIWA (KEJADIAN) KAWALAN KESELAMATAN LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN TARIKH NAMA PENGAWAL

MASA

KEROSAKA N CCTV

PERISTIWA

KECURIAN

KEHILANG AN KUNCI KEROSAKA N HARTA

BLACKOU KEMALANG KEBAKARA T AN N PENCEROBOHA MEMBAWA BRG N LARANGAN

PELANGGARAN PERATURAN (PARKING / MASUK TANPA PAS / MEROKOK DLM BGN DAN LAIN-LAIN (NYATAKAN) JENIS KEJADIAN TARIKH KEJADIAN TEMPOH MASA KEJADIAN

DARI JAM HINGGA JAM

TEMPAT KEJADIAN PERKARA KEJADIAN

KETERANGAN KEJADIAN

TINDAKAN SEGERA TERHADAP KEJADIAN

SIASATAN KEJADIAN

TINDAKAN PEJABAT TINDAKAN SUSULAN UNIT

ULASAN

SEC

SEF

KEJ

IT

KOP

ADM

OP/K

KEW

ETIKA KERJA PEGAWAI / PENGAWAL KESELAMATAN LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN.

PEGAWAI DAN PENGAWAL KESELAMATAN YANG DITUGASKAN DI BANGUNAN LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS-TUGASNYANYA MESTILAH: MENUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN KEPADA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MENJAGA KESELAMATAN DAN KEHARMONIAN DI BANGUNAN LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN MENDAHULUKAN SOAL KESELAMATAN HARTA BENDA DAN NYAWA DARI KEPENTINGAN PERIBADI. BERBUDI BAHASA SEMASA BERURUSAN DENGAN ORANG RAMAI PEKA KEPADA ANCAMAN YANG ADA DISEKELILING ANDA TELITI DAN DEDIKASI DALAM MENJALANKAN TUGAS SENTIASA KELIHATAN BERSIH, KEMAS DAN RAPI BERDISIPLIN DALAM MENJALANKAN TUGAS PATUH KEPADA ARAHAN PEGAWAI ATASAN ARAHAN PENGURUS BESAR LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN

PENUTUP Saya dan seluruh kakitangan Lembaga Pelabuhan Kuantan mengharapkan dengan adanya arahan tetap ini akan dapat memberi banyak manafaat kepada sistem kawalan keselamatan di Lembaga Pelabuhan Kuantan. Arahan ini juga akan dapat digunakan oleh semua kakitangan Lembaga Pelabuhan Kuantan bagi menjamin keselamatan di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan amnya dan khususnya di Pelabuhan Kuantan sendiri bagi menjamin keharmonian dan keselesaan berkerja yang berpanjangan.

DATO’ KHAIRUL ANUAR BIN ABD.RAHMAN Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kuantan

PELABUHAN KUANTAN MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KANAN LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN 1998-2007

Related Documents

Arahan Keselamatan
May 2020 13
Arahan Keselamatan
November 2019 31
Arahan Keselamatan
June 2020 19
Arahan Keselamatan
May 2020 20
Arahan Keselamatan
July 2020 19

More Documents from "Aiman Ilham"