1. E-book ini hanya sesuai dilihat dengan menggunakan pelayar laman web ( web browser ) mozila Firefox. Anda boleh download percuma di http://www.mozilla.com/en-US/firefox/. Jika anda menggunakan Internet Explorer, ebook ini tidak akan berfungsi dengan sempurna dan sesetengah kandungan tidak dapat di lihat. 2. Browser anda perlu mempunyai aplikasi java. Maklumat untuk download percuma dan install aplikasi boleh di dapati di http://www.java.com/en/download/windows_xpi.jsp?locale=en&host=www.java.com. 3. Browser anda perlu mempunyai flash player. Anda boleh download di http://www.adobe.com/shockwave/download/download.cgi?P1_Prod_Version=Shockw aveFlash. 4. Segala Kandungan Pakej Lengkap Perniagaan Internet seperti Video Tutorial dan Bonus terdapat pada e-book ini. 5. Selepas memasang kesemua aplikasi diatas anda boleh melihat e-book, video tutorial dan bonus Selamat Maju Jaya. Mohamad Najib Kasimin
Ruangan siber atau internet telah membuka peluang yang amat luas dan tidak terbatas untuk menceburi pelbagai bidang perniagaan. Ianya juga telah memberi peluang kepada mereka daripada perniagaan secara sambilan atau kecil-kecilan hinggalah kepada syarikat-syarikat gergasi seperti Air Asia, MAS, Microsoft dan sebagainya. Terdapat ramai daripada mereka yang bermula secara sambilan ini yang telah berjaya dan ada yang bergelar jutawan internet seperti Dr. Irfan Khairi, Fione Tan dan Shen Ze. Jika diperhatikan mereka-mereka yang telah berjaya ini adalah sama seperti anda dan saya, mereka semuanya bermula daripada bawah iaitu tidak tahu mengenai perniagaan internet ini. Mereka memulakan perniagaan mereka daripada bawah sehiggalah ketahap mereka sekarang. Apakah rahsia kejayaan mereka? Jawapannya USAHA dan ILMU. Tidak kira apa juga perniagaan yang anda lakukan, jika anda berusaha bersungguhsungguh insyallah akan berjaya, TETAPI usaha saja tidak memadai tanpa ILMU. Kata bijak pandai word smart bukan work hard. Dengan ilmu pengetahuan usaha anda akan menjadi lebih mudah dan hasilnya amat menakjubkan. Di dalam e-book dan video tutorial ini saya akan tunjukkan anda ilmu untuk memulakan perniagaan internet yang berjaya ( langkah demi langkah ). Hasrat saya adalah untuk melihat lebih ramai lagi usahawan internet yang akan muncul dan berjaya.
Antara aspek penting membina perniagaan internet yang berjaya adalah menyediakan ruang untuk bekerja. Samada di pejabat atau di rumah anda memerlukan ruang khas untuk anda bekerja. Ini penting supaya anda dapat memberikan tumpuan yang lebih dan mengelakkan gangguan luar. Cuba untuk mendisplinkan diri anda dan menggangap ini adalah pekerjaan sebenar anda dan tidak melakukannya dengan sambil lewa. Supaya anda dapat memahami dan dapat menjalankan perniagaan internet dengan segera, tumpuan dan fokus adalah perkara utama.
Perkakasan Untuk memulakan perniagaan internet anda perlu sekurang-kurangnya mempunyai perkara asas berikut: Komputer, samada desktop atau notebook – Komputer anda tidak semestinya terlalu advance seperti kad grafik berkuasa tinggi, pemproses duo core dan sebagainya. Sewaktu saya memulakan perniagaan internet ini saya hanya menggunakan komputer intel celeron sahaja. Ini bergantung kepada kemampuan anda. Pastikan komputer anda mempunyai network card ( kebanyakkan komputer masa kini telah sedia ada ) untuk membolehkan sambungan ke internet. Printer, Scanner, Digital Camera, Mesin Fax – Ini adalah perkakasan penting yang perlu ada jika anda benar-benar serius dalam perniagaan internet anda. Printer – Penting untuk anda print segala transaksi yang anda lakukan di internet sebagai rujukan. Selain itu dokumen seperti maklumat hosting, domain, pendaftaran anda pada sesuatu laman web dan sebagainya seeloknya anda print untuk memudahkan rujukan anda. Scanner/Digital Camera – Penting untuk memasukkan gambar ke dalam laman web anda. Mesin Fax – Anda boleh menerima pesanan melalui fax. Pelanggan boleh memesan produk anda melalui fax, cepat dan nampak lebih profesional. Sambungan ke Internet – Seelok-eloknya anda mempunyai sambungan broadband seperti streamyx. Ini penting terutama apabila anda ingin upload laman web anda ke hosting. Semasa proses permulaan anda menjalankan perniagaan internet ini anda juga akan kerap melayari internet untuk mendapatkan informasi terkini mengenai perniagaan internet ini. Selain dari akses yang cepat berbanding dengan sambungan dial-up, ia juga menjimatkan wang untuk pengunaan bagi tempoh yang lama. Kad Kredit – Anda perlu mempunyai kad kredit untk membuat pembelian online seperti membeli domain, web hosting, script/software dan sebagainya. Tetapi jika anda tidak mempunyai kad kredit, anda boleh menggunakan kad debit yang banyak di keluarkan bank tempatan seperti Public Bank dan Ambank. Saya sendiri menggunakan kad debit daripada Public Bank, untuk semua pembelian saya di internet. Dengan menggunakan kad debit ini anda tidak perlu risau wang anda dicuri atau kad anda di palsukan kerana untuk menggunakan kad ini anda perlu memasukkan wang terlebih dahulu. Dengan kad debit dari Public Bank ini juga anda boleh memeriksa penyata akaun anda secara online. Untuk mendapatkan kad debit ini, anda hanya perlu memohon dan prosesnya mengambil masa lebih kurang 2 minggu.
Software/Perisian Untuk menjalankan perniagaan internet yang berjaya, anda perlu menggunakan software/script yang bermutu dan up to date. Selain Windows dan Microsoft Office berikut adalah perisian yang mustahak. Web Browser – Perisian untuk melayari laman web seperti Firefox http://www.mozilla.com/en-US/firefox/ atau Internet Explorer http://www.microsoft.com/windows/downloads/default.mspx Graphic editor – Perisian untuk mengubahsuai grafik seperti Adobe Photoshop http://www.adobe.com/downloads/ atau Paint Shop Pro http://www.corel.com/servlet/Satellite/us/en/Product/1155872554948 HTML Editor – Perisian untuk mengubahsuai/membina laman web seperti Dreamweaver http://www.adobe.com/downloads/ Frontpage atau NVU http://nvudev.com/download.php ZIP/UNZIP – Perisian untuk mengecilkan saiz sesuatu file seperti WINZIP http://www.winzip.com/index.htm File Transfer Pro ( FTP ) Program – Perisian untuk memindahkan data antara komputer anda dan komputer lain/hosting seperti Smart FTP http://www.smartftp.com/download/ atau CuteFTP http://www.cuteftp.com/downloads/
Untuk menbina perniagaan internet yang berjaya bukanlah semudah A-B-C. Walau bagaimanapun ianya tidaklah sukar jika dibandingkan dengan membuka perniagaan sebenar. Membina perniagaan internet memerlukan anda untuk memperuntukkan masa dan tenaga serta komitmen yang berterusan dan usaha yang bersungguhsungguh. Jika anda berfikir dengan menjalankan perniagaan internet anda boleh goyang kaki di sofa yang empuk, menonton tv sepanjang hari, pergi melancong sesuka hati anda, maaf kerana terpaksa mengecewakan anda. Perniagaan internet tidak jauh berbeza daripada membina perniagaan sebenar seperti diluar, cuma ianya menggunakan medium dan kaedah yang berbeza. Ini adalah perkara utama yang saya tekankan kerana jika anda benar- benar serius dan berminat dalam sesuatu perkara, maka anda tidak akan bosan dalam usaha yang anda lakukan. Jika anda ingin melakukannya dengan sambil lewa dan berharap wang akan datang mencurah-curah, anda boleh lupakan sahaja program ini dan teruskan dengan pekerjaan anda sekarang kerana anda PASTI akan GAGAL. Anda juga perlu ketahui bahawa kejayaan perniagaan internet ini tidak datang sekelip mata atau datang dalam masa yang singkat. Ianya memerlukan masa untuk mencapai ke satu tahap yang membanggakan, secara puratanya daripada kajian yang di lakukan, perniagaan internet memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk menampakkan hasil jika dilakukan dengan kaedah dan perancangan yang betul. Perniagaan internet bukanlah skim cepat kaya yang menjanjikan keuntungan yang cepat. Saya perlu berterus terang dengan anda mengenai perkara ini terlebih dahulu kerana banyak pihak beranggapan perniagaan internet dapat menjana keuntungan dengan usaha yang sedikit dan mendapat hasil yang lumayan dalam jangka masa singkat. Terdapat banyak laman-laman web yang menawarkan skim mendapatkan wang segera, menabur janji-janji manis, menjual panduan yang kononnya dapat menjana wang ratusan ribu dalam beberapa minggu sahaja dan berbagai-bagai lagi cara yang digunakan untuk menarik orang membeli. Bagi saya tiada istilah yang mudah di dalam dunia ini. Tujuan saya menghasikan pakej perniagaan internet ini adalah untuk menghasilkan usahawan internet sebenar, jujur dan beretika. Baiklah usah risau dengan apa yang saya jelaskan sebentar tadi kerana saya akan membimbing anda dan memudahkan usaha anda untuk membina perniagaan internet anda dengan jayanya. Pakej lengkap membina perniagaan yang berjaya ini akan membantu anda memahami setiap langkah dengan lebih jelas dan mudah.
Samada anda menjual barangan atau perkhidmatan anda sendiri atau barangan pihak lain, kualiti dan permintaan pasaran adalah perkara utama. Anda mestilah memilih barangan atau perkhidmatan yang berkualiti yang akan dapat menarik pengguna untuk membelinya. Saya sering diajukan soalan oleh mereka yang baru hendak menceburkan diri dalam dunia perniagaan internet. • •
Apakah produk yang hendak saya jual di internet ? Adakah saya mempunyai produk atau servis yang di perlukan oleh orang ramai di internet ?
Sebenarnya anda boleh menjual apa sahaja di internet baik barangan fizikal ataupun digital ( di mana pembeli boleh download terus melalui internet ). Baiklah, untuk menjimatkan masa anda berfikir, berikut adalah hasil kajian mengenai produk atau barangan yang mendapat sambutan paling hangat pengguna internet mengikut turutan: • • • • • • • • • • • • • • • •
Pakaian Barangan permainan dan permainan video Elektronik Peralatan Komputer DVD / VCD Buku / E-book Kad Ucapan Perkakasan rumah Barangan Kemas Kesihatan Perlancongan Kenderaan Hartanah Muzik Makanan Sukan
Dalam proses mengenai pasti apakah produk yang anda ingin niagakan di internet, anda perlu terlebih dahulu membuat kajian mengenai perkara-perkara berikut supaya usaha anda tidak sia-sia. Kebanyakan mereka yang gagal adalah mereka yang membina perniagaan internet mereka secara membuta tuli dan tergesa-gesa tanpa membuat kajian pasaran terlebih dahulu. Mereka hanya berpandukan kepada idea dan maklumat yang tidak tepat. Berikut adalah perkara yang perlu anda teliti dan kaji:
1. Pesaing anda. Biasakan diri dengan melihat laman web pesaing anda. Kaji bagaimana mereka melakukan perniagaan mereka. Apakah yang mereka tawarkan kepada pelanggan, apakah sistem yang mereka gunakan dan sebagainya. Gunakan Search Engine seperti Yahoo, MSN atau Google untuk mencari laman-laman web ini, contohnya jika anda ingin menjual alatan memancing anda boleh mencari dengan menggunakan perkataan fishing, fishing tools, fishing lure dan sebagainya dan lihat laman-laman web yang berkaitan dengan apa yang anda ingin jual di internet. 2. Permintaan pasaran. Kajian pasaran ini amat penting kerana dari sini anda akan ketahui berapa ramai orang yang memerlukan sesuatu produk itu. Antara kaedah yang boleh anda lakukan untuk melihat pasaran adalah: Kajian Keywords atau carian perkataan yang sering digunakan oleh pengguna internet. Dengan menjalankan kajian ini perkara utama yang anda ingin ketahui adalah, apakah perkataan ataupun ayat tersebut dicari. Terdapat beberapa tools percuma yang anda boleh gunakan untuk membuat analisis keywords ini: Overture keywords suggestion http://inventory.overture.com/d/searchinventory/suggestion/ Google Keywords Sandbox - https://adwords.google.com/select/KeywordSandbox Google Suggest - http://www.google.com/webhp?complete=1&hl=en Digital point Keywords Suggestion Tools http://www.digitalpoint.com/tools/suggestion/ atau anda boleh download perisian percuma Goodkeywords disini http://www.goodkeywords.com/ Pergi ke laman web lelongan seperti http://www.lelong.com atau http://www.ebay.com. Cuba lihat samada produk yang anda ingin jual terdapat disitu. Lihat berapa ramai penjual bagi produk tersebut dan berapa ramai yang membida untuk membeli produk tersebut. Jika anda ingin lebih mendapat kepastian, sertai lelongan ebay dengan menjual produk atau apa sahaja barangan yang anda rasa mampu dijual dan lihat bagaimana sambutan terhadap barangan anda itu. Sertai ruangan forum-forum perbincangan berkaitan topik yang ada kaitan dengan produk yang anda ingin niagakan. Contohnya jika anda ingin menjual aksesori motosikal, libatkan diri anda sebagai ahli forum motorbike dan sebagainya. Lihat apakah topik terkini yang dibincangkan, apakah masalah-masalah yang mereka hadapi, apakah perkara yang mereka gemari. Dari sini anda akan ketahui sedikit sebanyak keperluan dan permintaan masa kini. Lihat sekeliling anda dan keperluan semasa, apakah yang masyarakat perlukan, apakah masalah-masalah mereka, apakah kegemaran mereka? Cuba fikirkan jika anda dapat menyelesaikan permasalahan mereka atau anda dapat memberikan apakah yang mereka suka. Cuba fikirkan, adakah permasalahan itu dapat diselesaikan menerusi medium internet. Sebagai contohnya pada waktu ini manusia semakin sibuk dengan tugas dan kerjaya masing-masing dan mungkin kesuntukan masa untuk perkara-perkara yang biasa dilakukan, anda boleh menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan contohnya hadiah secara online, pelanggan boleh memilih berbagai jenis hadiah atau bunga-bungaan dari kedai online anda dan terus menghantarnya kepada orang yang dikehendaki.
3 – Memahami Trend atau perkembangan terkini Peluang perniagaan muncul dengan mengetahui trend terkini dan kemudiannya menjadikannya idea perniagaan. Banyakkan membaca majalah, melihat program tv, melayari internet dan sebagainya. Ini akan membantu anda memahami perkembangan terkini dan apa yang digemari atau diperlukan oleh masyarakat baik dari segi bisness ataupun budaya. Sebagai contoh cuba perhatikan perkara berikut: Trend 1: Kebanyakan pasangan suami isteri pada waktu ini masing-masing bekerja dan jumlahnya bertambah dari hari kehari. Kebanyakan kerja-kerja yang biasa dilakukan oleh seorang isteri pada waktu dahulu tidak dapat dilakukan sepertimana biasa. Kehidupan mereka terlalu sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Bagaimana anda dapat menyelesaikan permasalahan ini? Antara peluang perniagaan yang terbit daripada senario ini adalah pusat penjagaan kanak-kanak, perkhidmatan pembersihan rumah, perkhidmatan penghantaran barangan, kedai dobi dan sebagainya. Trend 2: Penggunaan komputer dan internet kini telah menjadi kebiasaan pada kebanyakan orang tidak kira umur dan tahap pendidikan. Kebanyakan pengguna komputer pada waktu ini masih kurang kemahiran dengan perkembangan teknologi komputer yang bergerak begitu pantas. Peluang perniagaan dari senario ini, kelas pembelajaran komputer, kursus-kursus pengunaaan, pereka laman web, pereka grafik dan sebagainya. Memilih Model Perniagaan Internet Sudah membuat pilihan jenis barangan atau perkhidmatan yang anda ingin niagakan di internet? Langkah seterusnya adalah menentukan jenis model perniagaan internet yang sesuai dengan barangan atau perkhidmatan anda itu. Model perniagaan ini mestilah yang tepat dan bersesuaian dengan barangan atau perkhidmatan yang anda akan berikan kepada pelanggan anda. Dalam menentukan model perniagaan yang sesuai, perkara berikut perlu diambil kira: Margin keuntungan – Lebih tinggi keuntungan adalah lebih baik. Contohnya menjual sebuah e-book pada harga RM50.00 adalah lebih baik daripada menjual sebuah buku sebenar pada harga yang sama kerana kos penerbitan dan penghantaran yang lebih besar. Penghantaran – Seharusnya mudah untuk proses penghantaran kepada pelanggan anda. Produk yang kecil, ringan dan tak mudah pecah atau rosak adalah lebih sesuai.
Kos Penghantaran – serendah yang mungkin atau tidak memerlukan penghantaran. ( Produk digital tidak memerlukan penghantaran ) Pemasaran – Model perniagaan yang berbeza memerlukan strategi pemasaran yang berlainan.
Kategori Perniagaan internet Kebanyakan ahli perniagaan samada di internet atau di luar internet yang berjaya, mendapat idea atau mengikut jejak langkah mereka yang telah berjaya. Mereka hanya mengikut, memperbaiki dan mempraktikkan dengan cara yang baru. Anda tidak perlu bersusah mencipta kaedah yang baru sebaliknya cara yang terbaik adalah mengikuti mereka yang telah berjaya. Walau apa jua perniagaan internet yang ada pada waktu ini, secara asasnya ia terbahagi kepada enam kategori: 1. Barangan ataupun produk. Barangan yang di maksudkan di sini termasuklah peralatan elektronik, perabut, pakaian,DVD, CD, komputer, barang perhiasan, software, hardware, hartanah, kenderaan dan segala apa yang terkandung di dalamnya. Kita andaikan perniagaan ini seperti jualan secara terus melalui perantaraan internet. Perniagaan tidak memerlukan modal yang besar untuk di laksanakan. Anda boleh memberikan penerangan secara telus melalui laman web anda. Anda boleh memberikan katalog atau senarai barangan anda dengan mudah kepada berjuta-juta bakal pelanggan. Katalog secara online ini amat murah berbanding secara tradisional selain dapat disampaikan dengan pantas kepada pelanggan. 2. Perkhidmatan profesional. Perkhidmatan profesional di sini adalah seperti menyediakan perkhidmatan akauntan, peguam, perunding kejuruteraan, arkitek, jurulatih dan sebagainya. 3. Industri Maklumat. Pada waktu ini terdapat sejumlah orang perseorangan atau berkumpulan yang mengumpul maklumat dari berbagai sumber atau melalui penyelidikan, menyusun, mengkatalog dan menjualnya semula. Sebagai contoh pakar penyelidikan dari berbagai bidang, pakar runding, penulis profesional dan sebagainya. Industri ini berkembang pesat seiringan dengan kehendak pasaran yang dahagakan informasi dan teknologi. 4. Kerjaya Internet. Pakar-pakar internet dari berbagai bidang kemahiran seperti menyediakan khidmat pereka laman web, pengaturcaraan komputer, pereka grafik, jurulatih komputer, pakar runding internet dan sebagainya. Industri seperti ini berkembang dengan amat pesat seiring dengan perkembangan teknologi komputer. 5. Penerbitan Elektronik. Ini termasuklah majalah dan suratkhabar elektronik. Di Malaysia juga kini terdapat suratkhabar versi elektronik ini yang mengenakan bayaran untuk perkhidmatan mereka. Perkhidmatan seperti ini bukan sahaja memudahkan dan menjimatkan, malah juga mesra alam sekitar kerana mengurangkan penggunaan kertas.
6. Pengiklanan. Teknologi pengiklanan internet berkembang dengan amat pesat dan berubah-ubah. Terdapat banyak syarikat pengiklanan di internet masing-masing mempunyai kaedah yang berbeza-beza seperti membayar untuk setiap klik iklan, setiap paparan laman web, setiap pendaftaran ke sesuatu laman web dan sebagainya. Teknologi ini juga memberikan keuntungan kepada pengendali laman web samada perseorangan ataupun syarikat di mana mereka boleh meletakkan iklan tertentu pada laman web mereka.
Model Perniagaan Internet Popular Dipasaran Kebanyakan model perniagaan internet yang mendapat sambutan di pasaran pada waktu ini adalah yang berasaskan produk dan perkhidmatan. Perniagaan seperti ini tidak memerlukan seseorang untuk mempunyai kepakaran yang tinggi dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Di samping itu, ia hanya memerlukan modal yang cukup rendah malahan sesetengahnya boleh dilakukan dengan percuma. Baiklah disini saya akan terangkan model perniagaan yang di maksudkan: a) MINI SITE iaitu perniagaan yang hanya mengkhususkan kepada menjual satu barangan sahaja atau lebih di kenali sebagai niche product. Sebagai contoh jika anda pakar dalam membuat kek yang enak, anda boleh menulis surat jualan di laman web anda. Jika anda tidak mempunyai produk anda sendiri, anda juga boleh memperolehinya dengan membelinya atau mendapatkan hakcipta barangan tersebut daripada orang lain dan menjualnya kembali. Perniagaan ini lebih di kenali sebagai Reseller. ( sila download E- book How to create Mini Sites that cell like crazy yang di sertakan dalam pakej ini. E- book berharga USD23.00 ini adalah yang terbaik dan menjelaskan dengan terperinci bagaimana membina Mini Site yang dapat menarik perhatian penbeli ) ( sila lihat Video menbina Mini Site ) b) SHOPPING SITE perniagaan jenis ini adalah berasaskan sebuah kedai atau gedung beli belah. Sebagai contoh, laman web anda menjual buku sahaja dan terdapat berbagai jenis buku dalam berbagai tajuk dan bidang. Atau anda menjual pelbagai jenis barangan yang berlainan seperti sebuah pasaraya iaitu pakaian, alat tulis, perhiasan, permainan dan sebagainya. ( sila lihat Video Tutorial Membina Shopping Site )
Ini adalah contoh shopping site
AFFILIATE Perniagaan jenis ini adalah berasaskan perkongsian keuntungan diantara pemilik laman web dan pemilik program affiliate. Sebagai affiliate, tugas anda adalah menolong mempromosikan barangan yang hendak dijual. Anda akan diberikan kemudahan promosi seperti banner, text link dan sebagainya untuk anda promosikan. Banner atau text link ini mengandungi alamat url unik diri anda ( contohnya http://www.ej.com/clients/id=johan123 ) dimana jika seseorang klik pada url ini, program affiliate dapat mengesan klik tersebut dan mengetahui anda adalah pemiliknya. Jika pelawat membuat pembelian, anda akan diberikan komisen tertentu berdasarkan perjanjian anda dengan pemilik program affiliate. Pada kebiasaannya bagi produk berbentuk fizikal, komisen yang diberikan adalah sekitar 5 hingga 15 peratus manakala bagi produk digital pula komisennya lebih tinggi iaitu antara 25 hingga 60 peratus. Bagi pemilik laman web, affiliate adalah cara terbaik untuk mendapat pendapatan sampingan daripada laman web mereka kerana apa yang perlu mereka lakukan hanyalah meletakkan iklan bagi program affiliate tertentu. Program affiliate juga memberikan kebaikan kepada pemilik program. Dengan mempunyai sistem affiliate, mereka seolah-olah mempunyai ramai pekerja yang melakukan promosi untuk mereka. Secara tidak langsung mereka turut memperkenalkan produk ataupun nama syarikat mereka secara meluas tanpa perlu mengeluarkan wang untuk membeli iklan. Pada waktu ini banyak syarikat-syarikat besar telah menggunakan sistem ini kerana potensinya sangat baik dan terbukti. Terdapat juga sesetengah individu yang membina laman web semata-mata untuk program affiliate ini dan mendapat keuntungan yang lumayan daripadanya. Baiklah sebelum anda menyertai manamana program affiliate, pastikan anda meneliti perkara berikut: •
Pastikan siapakah pemilik atau syarikat yang menjalankan program affiliate itu. Adakah mereka berkredibiliti? Berapa lamakah mereka telah beroperasi? Anda boleh memeriksa perkara ini dengan menyertai forum berkenaan program affiliate tersebut atau buat carian di internet [ review atau comment < nama program affiliate > ] pada search engine. Ini penting bagi memastikan anda tidak tertipu kerana terdapat banyak program affiliate di internet, dan anda perlu pastikan yang mana benar-benar berwibawa.
•
Apakah produk atau perkhidmatan yang mereka jual? Adakah produk tersebut berkualiti dan mendapat permintaan? Apakah produk tersebut bersesuaian dengan tema laman web anda? Anda seharusnya memilih produk yang berkualiti dan yang mendapat permintaan ramai untuk hasil yang lebih terbaik. Produk tersebut juga perlu bersesuaian dengan tema atau topik laman web anda. Jika laman web anda mengenai komputer, adalah tidak sesuai untuk mempromosikan produk masakan. Produk yang lebih sesuai adalah aksesori komputer, buku-buku komputer atau peralatan komputer.
•
Apakah tools atau kemudahan promosi yang mereka sediakan. Bagi program affiliate yang baik, mereka akan membekalkan berbagai tools untuk memudahkan anda membuat promosi seperti banner, text link, e-mail, ezine dan sebagainya. Apa yang perlu anda lakukan adalah meletakkan kod HTML yang di berikan kedalam laman web anda. Dengan kemudahan ini anda tidak perlu bersusah payah mereka ayat promosi atau iklan untuk tujuan promosi.
•
Berapakah komisen yang di berikan? Bagaimana mereka membayar komisen dan berapa kerap mereka membuat pembayaran? Cuba dapatkan program affiliate yang menawarkan komisen yang tertinggi kerana anda berhak mendapat yang terbaik. Juga periksa kaedah pembayaran yang mereka gunakan, pastikan kaedah yang di gunakan adalah mudah untuk anda mengeluarkan wang anda. Kebiasaanya program affiliate syarikat yang telah establish akan membayar apabila akaun anda mencapai jumlah yang tertentu USD50.00 dan sebagainya. Pembayaran biasanya di buat sebanyak satu atau dua kali sebulan. Kaedah pembayaran pula adalah melalui cek, akaun bank atau akaun pihak ke tiga Paypal.
Program – program affiliate antarabangsa menarik yang boleh anda sertai Amazon http://www.amazon.com/exec/obidos/subst/home/home.html Walmart http://www.walmart.com/ Linkshare http://www.linkshare.com/ Commision Juction http://www.cj.com/featured_advertisers.html Shareasale http://www.shareasale.com/ Darkblue http://darkblue.com/advdirectory/index.htm Clickbank http://www.clickbank.com/index.html Chitika http://chitika.net/mm_overview.php d ) DROP SHIP. Dropship adalah kaedah di mana anda menjual secara runcit sesuatu barangan tetapi anda tidak perlu membeli terlebih dahulu atau menyimpan barangan tersebut di tempat anda. Apabila pelanggan membeli sesuatu barangan daripada anda, pihak pengilang atau pamborong akan menghantarkannya terus bagi pihak anda kepada pelanggan. Anda menerima bayaran terlebih dahulu daripada pelanggan sebelum anda membuat pembayaran kepada pembekal atau pemborong. Ia adalah sesuatu sistem yang mudah dan murah untuk menjual berbagai barangan bermutu seperti Adidas, Sony, HP, Panasonic dan sebagainya. Perniagaan Dropship di lakukan dengan 8 langkah berikut:
•
Anda perlu membina laman web perniagaan shopping site yang mempunyai kemudahan shopping cart ( sila lihat video tutorial membina shopping site ). Dapatkan kemudahan penerimaan kad kredit seperti Paypal ( percuma ) atau 2 Checkout ( 48USD ).
•
Dapatkan pembekal yang berkualiti yang dapat menyediakan perkhidmatan drop ship kepada barangan yang anda ingin niagakan.
•
Daftar dan buka akaun dengan pembekal tersebut.
•
Pihak pembekal akan menyediakan keperluan untuk tersebut seperti gambar dan maklumat berkaitan untuk diletakkan di laman web anda.
•
Contohnya seorang pelanggan melayari laman web anda dan berminat untuk membeli satu barang bernilai RM100.00. Laman web perniagaan anda akan menerima bayaran daripada kad kredit pelanggan tersebut sebanyak RM100 termasuk kos penghantaran.
•
Anda menghantar e-mail kepada pembekal dengan menyatakan nama, alamat pelanggan, kod dan kuantiti produk tersebut.
•
Pembekal akan menghantar produk tersebut terus kepada pelanggan anda berserta nama kedai anda pada bungkusan tersebut.
•
Pembekal mengenakan bayaran kepada anda sebanyak RM55.00 termasuk penghantaran. Anda juga boleh membayar pembekal tersebut dengan Paypal atau sistem pembayaran yang di persetujui.
Pelanggan anda menerima barangan yang di pesan dan anda menerima keuntungan anda sebanyak RM45.00. Apa yang anda perlu lakukan adalah menghantar e-mail kepada pembekal. Anda tidak perlu menyimpan barangan di dalam stor, mengupah pekerja, membuat pembungkusan dan penghantaran. E ) GOOGLE ADSENSE. Google Adsense adalah salah satu contoh kategori perniagaan internet berasaskan pengiklanan. Adsense adalah program pengiklanan yang di jalankan oleh Google. Ia direka untuk memaparkan iklan-iklan yang berkaitan atau releven dengan kandungan sesuatu laman web. Contohnya jika laman web adalah berkaitan dengan kereta seperti aksesori kereta, pusat jualan kenderaan, pusat servis kereta, barangan keselamatan kereta dan sebagainya. Sebagai pengendali laman web anda klik pada iklan ini maka anda akan mendapat wang. Jumlah wang yang anda akan perolehi adalah bergantung kepada iklan yang di paparkan. Nilai sesuatu klik ini adalah berdasarkan kata kunci atau keywords yang di gunakan pada sesuatu iklan. Contohnya jika iklan tersebut menggunakan kata kunci barangan kecantikan maka nilai setiap klik mungkin RM00.10. Nilai ini adalah berdasarkan bidaan iaitu jika sesuatu kata kunci itu mendapat permintaan ramai maka nilainya akan meningkat. Bagaimana iklan ini di letakkan di laman web anda? Apabila anda menyertai program Adsense ini dan pihak Google meluluskan permohonan anda untuk menyertainya ( bergantung kepada syarat-syarat yang di tetapkan oleh Google ). Google akan memberikan kod HTML untuk diletakan pada laman web anda. Iklan Google akan terpapar pada laman web anda secara automatik bergantung kepada laman web anda.
Langkah-langkah untuk menyertai Google Adsense Anda mesti mempunyai sebuah laman web yang telah siap, seelok-eloknya dalam bahasa English. Kandungan laman web seharusnya tidak diciplak dari laman web lain, pastikan anda mengubah sekurang-kurangnya 15% daripada maklumat tersebut. Cara terbaik adalah dengan memahami sesuatu kandungan atau maklumat dan kemudiannya menulisnya kembali dengan ayat anda sendiri. Untuk mengetahui polisi Google Adsense, layari https://www.google.com/adsense/support/bin/answer.py?answer=48182&sourceid=as o&subid=ww-ww-et-asui&medium=link. Kemudian daftar program adsense di https://www.google.com/adsense/login/en_US/?gsessionid=dPaPWcCYVVc Ikuti setiap langkah yang dipaparkan, setelah proses pendaftaran selesai, tunggu sehingga permohonan anda diluluskan. Kebiasaannya permohonan untuk menyertai adsense ini mengambil masa dari seminggu dan mungkin lebih dari itu. Setelah permohonan anda diluluskan, masuk kedalam laman ahli adsense anda, di sana anda akan diberikan kod HTML untuk anda copy dan paste kedalam laman web anda. Tip Untuk Pendaftaran Anda Di Terima Dengan Segera 1. Bina blog dengan menggunakan blogger.com. Google lebih mudah untuk mengindex blogger kerana ia adalah anak syarikat Google. 2. Masukkan post anda setiap hari selama lebih tiga hari berturut-turut. Kandungan anda mesti dalam bahasa English. Kandungan anda boleh di ambil dari laman web lain tetapi mesti di ubah suai sedikit. Pastikan laman web
yang anda ambil kandungannya tidak di rank yang tinggi, kalau tiada rank lagi elok. 3. Masukkan RSS feed anda pada My Yahoo dan directory yang menerima RSS feed. RSS feed ini adalah seperti http://www.bloganda.blogspot .com/feeds/post/default. Untuk mendapatkan senarai blog directory ini anda boleh pergi ke http://www.masternewmedia.org/rss/top55/. Di sini terdapat 55 blog directory dan anda boleh hantar RSS feed blog anda ke semua directory yang terdapat di sini. 4. Selepas lebih dari 3 hari, anda bolehlah mendaftar dengan Google Adsense. Selalunya permohonan anda akan di terima selepas 3 hingga 7 hari dari tarikh anda menghantar permohonan tersebut. 5. Lakukan teknik Tag & Ping. Untuk lebih mempopularkan blog ( sila lihat pada bahagian pemasaran ). ( Sila lihat video tutorial 5 Easy Ways To Maximize Your Adsense Commisions yang di sertakan sebagai bonus untuk tip-tip menarik Adsense )
GOOGLE ADSENSE – High Paying Keywords Dibawah ini adalah antara keywords bernilai tinggi iaitu diantara 2USD – 100USD ( Ini adalah anggaran sahaja dan berubah-ubah mengikut permintaan pasaran iaitu bidaan pengiklanan ) 1. Acne 2. Adult Diaper 3. Adult Education 4. Advertising 5. Aerobics Cardio 6. Affiliate Revenue 7. Alcohol Treatment 8. Auctions 9. Annuity 10. Anti Spam Software 11. Anti Virus Protection 12. Audio Streaming 13. Asbestos 14. Bextra 15. Bankruptcy 16. Bonds 17. Borrow Money 18. Business Credit 19. Blue Cross 20. Build Muscle 21. Book Marketing 22. Breast Cancer 23. Broadband Internet 24. Bachelor Degree 25. Careers Employment 26. Car Insurance 27. Casinos Online 28. Credit Cards 29. Consumer Credit
51. 52. 53. 54. 55. 56. 57. 58. 59. 60. 61. 62. 63. 64. 65. 66. 67. 68. 69. 70. 71. 72. 73. 74. 75. 76. 77. 78. 79.
Diabetes Divorce Domain Names Doctorate Degree Dedicated Hosting Equity Loans Equity Line Credit Email Hosting Email Marketing Elder Care Ezine Marketing Ezine Publishing Extra Money Eloan Facelift Fashion Style Fishing Fly Fishing Food Fitness Equipment Forums Free Credit Report Games Golf Grief Loss Get Paid Gift Baskets Hair Loss Holiday
101. 102. 103. 104. 105. 106. 107. 108. 109. 110. 111. 112. 113. 114. 115. 116. 117. 118. 119. 120. 121. 122. 123. 124. 125. 126. 127. 128. 129.
Laptop Computer Loans Legal Advice Lasik Leases Leasing Lung Mesothelioma Legal Legal Information Life Insurance Management Master Degree Malpractice Lawyer Mesothelioma Mortgages Marketing Marriage Wedding Martial Arts Medicine Meditation Mobile Cell Phone Mortgage Refinance Motivation Motorcycles Music Need Money Negotiation Network Marketing Networking Nutrition
30. Credit Counseling 31. Cheap Hosting 32. Cash Advance 33. Consolidate 34. Cruising Sailing 35. Cruising Trading 36. Cellular Cell Phone Plans 37. Cell Phone Rental 38. Calling Cards 39. Canadian Pharmacy 40. Credit Score 41. Cancer 42. Death Insurance 43. Dental Plans 44. Debt Consolidation 45. Drug Rehab 46. Depression 47. Distance Learning 48. Data Recovery 49. Dating 50. Debt Relief
80. Home Improvement 81. Home Security 82. Humanities 83. Humor 84. Hardware 85. Homeowner’s Insurance 86. Helpdesk Software 87. Homeschool 88. Innovation 89. Internet Broker 90. Investing 91. IRA Rollover 92. Insurance 93. Interior Decorating 94. Internet Marketing 95. Landscaping Gardening 96. Language 97. Leadership 98. Lenox China 99. Lexington Low 100. Low Interest Credit Cards
130. Online Banking 131. Online Marketing 132. Online Trading 133. Organizing 134. Outdoors 135. Online Auction 136. Online Shopping 137. Online Degree 138. Parenting 139. Pay per Click 140. Personal Injury Attorney 141. Personal Domain Name 142. Private Jets 143. Pay Day Loans 144. Personal Finance 145. Personal Tech 146. Pets 147. Philosophy 148. Photography 149. Poetry 150. Pregnancy
Antara langkah penting dalam membina perniagaan internet adalah nama domain. Anda perlu mempunyai nama domain perniagaan anda sendiri. Nama domain adalah seperti www.namaanda.com atau www.yahoo.com. Nama domain selalu berakhir dengan .com, .net, .org, .tv dan sebagainya. Ianya seperti perniagaan sebenar dimana anda meletakkan nama kedai anda di papan iklan di hadapan premis anda. Jadi sudah tentu anda perlu memilih nama domain yang baik akan memudahkan anda dikenali ramai dan meningkatkan kredibiliti anda pada pandangan ramai. Ianya juga akan memberikan keyakinan kepada pelawat anda dan menganggap bahawa anda mempunyai perniagaan yang berwibawa. Laman web yang di hostkan pada server dan domain percuma akan dipandang remeh oleh pelawat. Pelawat anda akan berfikiran bahawa jika anda tidak mempunyai domain anda sendiri maka anda bukanlah sebuah syarikat atau perniagaan yang berwibawa. Mereka akan mencari perniagaan internet lain yang lebih meyakinkan. Mendaftarkan nama domain adalah satu langkah yang mudah tetapi mungkin memerlukan masa dalam membuat pemilihan yang tepat kerana ianya akan memberikan kesan jangka panjang kepada perniagaan anda. Di sini saya
senaraikan perkara-perkara penting yang perlu anda fikirkan sebelum membeli nama domain. 1. Sambungan – adalah ianya .com, .net, org atau sebagainya. Anda boleh memilih salah satu daripada sambungan ini tetapi sambungan .com adalah yang terbaik dan lebih dari pandangan pelawat. 2. Antara faktor penting semasa memilih nama domain adalah pemilihan kata kunci atau keywords yang digunakan pada nama domain anda. Cuba gunakan kata kunci yang utama yang akan anda gunakan pada laman web anda pada nama domain dan cuba fikirkan nama domain yang sesuai untuk laman web anda. Contohnya jika anda menjual peralatan memancing ikan, cuba dapatkan nama domain yang berkaitan seperti www.joran.com atau www.memancing.com. 3. Jadikan nama domain anda sependek yang mungkin. Nama yang pendek lebih mudah untuk diingati. Tidak menggunakan dash seperti www.pancingikan.com kerana sukar untuk disampaikan kepada orang lain. Pemberitahu perlu menyebut pancing dash ikan kepada orang lain untuk memberitahu laman web syarikat. 4. Gunakan nama domain yang berkaitan dengan laman web yang anda bangunkan. Ini penting kerana untuk memudahkan laman web anda di index oleh pencari seperti Google dan Yahoo. Salah satu kriteria enjin pencari adalah sejauh mana kaitannya nama domain dengan isi kandungan laman web. 5. Menggunakan nama domain yang sesuai dengan pasaran anda. Jika pasaran adalah global, maka nama domain bahasa english adalah lebih praktikal. 6. Semasa hendak mendaftar nama domain cuba elakkan dari mendaftar menggunakan akaun hosting yang sama kerana jika anda hendak bertukar atau upgrade pada hosting yang lain pada masa akan datang ianya pasti akan memeningkan kepala anda ( saya sendiri telah mengalaminya dan tidak mahu anda mengalaminya ).
Apakah hosting? Hosting adalah tapak di mana laman web yang anda bina akan di tempatkan. Web host adalah server di mana laman web anda disimpan dan boleh diakses 24 jam sehari dari mana-mana sambungan internet seluruh dunia. Untuk membina perniagaan internet yang berjaya anda mesti mempunyai web hosting anda sendiri. Berikut adalah perkara penting untuk anda pertimbangkan sebelum membeli hosting untuk perniagaan internet. 1. Elakkan daripada menggunakan hosting percuma, kalau boleh jangan sama sekali. Ini adalah kerana ianya tidak menunjukkan profesional sesuatu laman web perniagaan dan pengunjung kurang memberikan kepercayaan atau perhatian mereka kepada laman-laman web ini. Selalunya pengendali hosting percuma ini akan meletakkan iklannya sebagai pengendali dan mungkin lain-lain iklan pada laman web tersebut. Juga tidak terdapat kemudahan berbanding hosting berbayar
seperti had storan data yang terhad, tidak dapat menggunakan software atau script untuk perniagaan, reka bentuk laman web yang terhad dan sebagainya. 2. Kapasiti storan data. Secara purata sebuah laman web adalah bersaiz 10K ke 50K. Gambar dan grafik lain selalunya dalam lingkungan 5K ke 50K. Ini bermakna jika laman web anda mempunyai 10 hingga 15 mula dengan setiap satunya mempunyai 2 – 5 gambar, maka anda memerlukan 400K ke 3MB saiz ruang server. Walaupun anda mempunyai jumlah muka surat yang banyak dengan berbagai grafik, ruangan sebanyak 100MB sudah memadai. Kebanyakan pengendali hosting memberikan ruang yang besar seperti 1GB walaupun mereka ketahui pengguna tidak akan menggunakan sepenuhnya ruang yang di sediakan. Ini biasanya di lakukan untuk menarik pelanggan membuat pembelian. 3. Bandwith atau Data Transfer Apabila pelawat melayari laman web anda, mereka akan menyebabkan sejumlah data di pindahkan dari server ke komputer anda. Jika anda mempunyai ramai pelawat yang melayari laman web anda, maka ini akan menyebabkan data yang berterusan di salurkan keluar dan akan membebankan operasi server terbabit. Atas sebab ini maka pengendali web hosting menghadkan jumlah data transfer ini. Untuk contoh di atas iaitu laman web anda bersaiz 1MB dan kita andaikan terdapat 100 pengguna melayari keseluruhan laman web anda sekali dalam sehari maka anda memerlukan data transfer sebanyak 100MB sehari atau 30GB sebulan.
4. Boleh menggunakan nama domain yang telah anda daftarkan di syarikat yang berlainan. 5. Boleh menggunakan lebih daripada satu nama domain pada satu-satu masa. Ianya lebih di kenali sebagai Add-on domain. Ini amat berguna kerana anda tidak perlu mempunyai hosting yang berlainan untuk tahap nama domain yang anda miliki dan ini akan membantu memjimatkan kos anda. 6. Mempunyai control panel yang mudah di gunakan. Ini penting untuk memudahkan anda untuk mengendali laman web anda dengan baik. Contoh control panel yang mudah adalah Cpanel ( Amat digalakkan ). 7. Menyediakan bantuan teknikal 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Pengendali hosting yang berkualiti biasanya menyediakan ruangan bantuan melalui e-mail
dan akan membalas e-mail dalam masa kurang 15 minit. Kebanyakan pengendali hosting yang baik pada ketika ini ada menyediakan ruangan chat secara live yang boleh menjawab permasalahan anda secara terus. 8. Server yang mempunyai Uptime 99% atau lebih. Dibawah ini adalah antara penyedia hosting di Malaysia untuk anda membuat perbandingan.
Antara perkara utama dalam membina perniagaan internet yang berjaya adalah membina kredibiliti pada laman web anda. Walaupun internet telah membuka luas berbagai peluang perniagaan kepada ramai pengguna namun ia juga telah di salah gunakan oleh ramai penyangak dan penipu atau lebih di kenali sebagai scam untuk merompak wang pengguna dengan cara penipuan. Perkara ini telah menjadikan pengguna internet lebih berwaspada dan tidak mudah untuk mempercayai sesuatu perkara yang mereka temui di internet terutama daripada seseorang yang mereka tidak kenali. Mereka juga lebih berhati-hati dan tidak mudah mendedahkan identiti atau maklumat peribadi. Atas sebab-sebab ini maka anda mengambil langkah penting untuk membina kredibiliti laman web dan diri anda. Nama domain: Perkara pertama dalam membina kredibiliti dalam perniagaan internet adalah nama domain. Ini akan lebih menyakinkan pengguna bahawa anda serius dalam perniagaan anda. Laman web yang di hostkan pada server percuma dianggap sebagai sambil lewa dan kurang menyakinkan. Alamat Untuk Di Hubungi: Adalah perkara penting untuk anda memberikan pengunjung laman web anda alamat lengkap untuk menghubungi anda atau sekurang-kurangnya alamat e-mail. Maklumat ini seharusnya mengandungi alamat penuh dan sebenar untuk menghubungi anda dan bukannya nombor Post Box di pejabat Pos. Perniagaan yang berselindung di sebalik PO Box kurang di percayai. Anda masih boleh menggunakan PO Box sekiranya di sertakan dengan alamat surat menyurat sebenar anda. Cara terbaik untuk menunjukkan maklumat ini adalah dengan membina laman berasingan pada laman web anda di labelkan Mengenai saya, Biografi Penulis dan sebagainya. Kandungan laman ini seharusnya mengandungi: • • • • •
Biografi Penuh anda Gambar anda Maklumat penuh anda dan atau Syarikat anda Maklumat laman web atau Syarikat anda Nama anda, alamat, nombor telefon dan e-mail
Laman Biografi ini amat penting untuk membina kredibiliti anda, terutama sekali jika anda menjual produk atau servis. Anda perlu melakukan apa yang perlu untuk menyakinkan pengunjung yang bakal menjadi pelanggan anda. Maklumat Privacy: Perniagaan yang berkredibiliti perlu memberitahu pelanggan secara terperinci apakah polisi berkenaan maklumat peribadi yang mereka ambil. Cara terbaik untuk memberitahu polisi syarikat atau perniagaan anda adalah dengan menyediakan laman Privacy yang mengandungi perkara berikut: • • • • • • •
• • •
Bagaimana anda merancang menggunakan maklumat yang anda ambil daripada pelawat atau pembeli. Adakah maklumat ini di jual atau dikongsikan dengan pihak ke tiga. Mengapa anda mengambil maklumat e-mail pelanggan dan untuk apa dan bagaimana anda menggunakannya. Mengapa anda merekod/mengesan alamat IP pengunjung anda. Memberitahu pengunjung bahawa anda tidak bertanggungjawab mengenai isu privacy ke atas laman web yang anda link kepadanya. Adakah anda mengadakan pertandingan atau kaji selidik dan apakah yang anda lakukan dengan maklumat yang anda perolehi. Adakah laman web anda mempunyai laman forum? Beritahu pengunjung bahawa segala maklumat yang diberikan atau di bincangkan akan manjadi maklumat umum dan pengunjung seharusnya berhati-hati dan bertanggungjawab. Adakah anda mempunyai langkah-langkah keselamatan untuk melindungi sebarang kerosakan atau kehilangan data atau penyalahgunaan maklumat yang perolehi. Memberitahu pengunjung bahawa mereka boleh mengeluarkan nama mereka dari senarai opt-in anda atau dari senarai mailing list anda. Menyediakan ruang menghubungi atau contact form untuk pengunjung atau pelanggan untuk menghubungi anda jika terdapat sebarang pertanyaan ( Sila lihat Video Tutorial membina contact form ).
Testimonial: Cara terbaik untuk meyakinkan bakal pelanggan anda adalah dengan menunjukkan testimonial daripada pelanggan anda yang terdahulu. Testimonial anda seharusnya mengandungi nama dan laman web pelanggan anda. Cuba elakkan testimonial yang berbentuk penerangan contohnya : “ Faisal adalah pereka laman web yang cemerlang dan saya sangat puas hati dengan hasil yang di berikan “ Sebaliknya tunjukkan testimonial berbentuk percakapan, contohnya: Faisal, laman web yang anda reka sangat menarik! Jualan saya telah meningkat sebanyak 200% pada hari pertama! Terimakasih kerana memberikan perkhidmatan yang cemerlang Anda dapat lihat perbezaannya? Testimonial yang kedua adalah lebih meyakinkan dan memberi impak yang lebih besar kepada bakal pelanggan anda untuk memasukkan testimonial mereka. Jaminan wang di kembalikan: Untuk menghilangkan rasa was-was atau ragu pada bakal pelanggan anda, cara terbaik adalah dengan memberikan jaminan wang di pulangkan jika mereka tidak berpuas hati. Berikan mereka jaminan wang di pulangkan tanpa risiko. Ini bukan sahaja membina kredibiliti malahan dapat menghilangkan rasa gusar dan kurang yakin pelanggan anda. Ia juga memberikan
keyakinan pelanggan terhadap anda dan produk yang anda berikan. Dalam pada itu anda semestinya menepati jaminan anda jika terdapat pelanggan-pelanggan yang menuntut jaminan tersebut. Hadapinya setiap tuntutan pelanggan dengan segera dan profesional. Pendapat / Pertanyaan: Terdapat ramai bakal pelanggan yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk atau perkhidmatan yang anda berikan. Untuk menambahkan lagi kredibiliti anda, sediakan borang feedback atau pertanyaan pada laman web anda. ( Sila lihat Video Tutorial Membina Contact Form ). Adalah amat penting untuk anda menjawab setiap pertanyaan tersebut seberapa segera yang mungkin. Menggunakan Secure Server: Jika anda memproses pembelian secara online, perkara terbaik adalah dengan menggunakan secure server atau server kawalan keselamatan yang tinggi. Selalunya server seperti ini akan bermula dengan http:// pada permulaan alamat url laman web anda. Untuk menggunakan perkhidmatan ini anda perlu hubungi pengendali hosting anda untuk keterangan lanjut. Kebiasaannya server seperti ini di kenakan bayaran bulanan tertentu untuk menggunakannya.
Menggunakan Sistem Pembayaran Yang Diyakini: Jika anda menerima bayaran melalui kad kredit, pastikan anda menggunakan perkhidmatan pemproses kad kredit atau Payment Processer yang telah dikenali ramai. Paypal, 2 Check Out dan World Pay. Berkongsi Kepakaran Anda: Antara cara terbaik untuk meningkatkan kredibiliti adalah dengan berkongsi kepakaran yang anda miliki. Anda boleh melakukannya dengan berbagai cara antaranya: • • • • • •
Menulis artikel Memberikan Tutorial percuma Memberikan kursus pendek percuma Menulis laporan Mengedarkan E-book percuma Menulis Ezine atau majalah ringkas
Berkongsi kepakaran anda ini akan memudahkan anda di kenali ramai sebagai pakar dalam bidang yang anda ceburi. Ini bukan sahaja mempopularkan anda malah meningkatkan kredibiliti anda di mata ramai.
Menerima Pembayaran Online Menerima pembayaran online melalui laman web perniagaan anda adalah suatu kemestian. Jika laman web anda tidak menerima bayaran secara online dan menerima tempahan online, anda akan kehilangan pelanggan. Kajian menunjukkan bahawa dengan membolehkan pengguna membuat pembayaran secara online seperti kad kredit, ia dapat menambahkan jualan sebanyak 400%. Sebagai tambahan jika anda dapat mempelbagaikan lagi kaedah pembayaran, anda dapat menambahkan lagi jumlah pelanggan anda. Dengan kepesatan teknologi masa kini, laman web perniagaan anda dapat menerima pembayaran secara online hampir serta merta ( bergantung kepada syarikat dan servis yang anda gunakan ). Menyediakan laman web anda untuk menerima bayaran online juga amat mudah. Apa yang perlu lakukan hanyalah meletakkan beberapa kod HTML pada laman web anda. Terdapat beberapa syarikat profesional di internet yang menawarkan perkhidmatan memproses kad kredit dan membolehkan laman web anda menerima bayaran melalui kad kredit. Syarikat ini di namakan Third Party Payment Processing Company. Syarikat ini menerima bayaran daripada pelanggan dan kemudian menyalurkan pembayaran itu kepada anda sama ada melalui cek atau terus ke akaun bank anda.
Kebanyakan syarikat pemproses kad kredit ini membolehkan anda menerima kad kredit utama dan cek elektronik. Sesetengah syarikat juga menyediakan telephone billing dan bayaran berulang untuk pembayaran keahlian bulanan dan sebagainya. Sebaik sahaja anda memohon dan membayar segala yuran yang dikenakan dan permohonan anda diluluskan, anda dapat menggunakan perkhidmatan mereka dengan serta merta. Anda perlu masuk ke dalam akaun anda dan melakukan beberapa konfigurasi. ( sila lihat Video Tutorial pendaftaran dengan Payment Proscessor Paypal dan 2 Check Out serta cara mengintegrasikannya dengan laman web ). Pembungkusan dan Penghantaran Selepas anda menerima tempahan, jika produk anda adalah dalam bentuk fizikal maka anda perlu menghantar produk tersebut kepada pelanggan. Terdapat dua kaedah penghantaran iaitu pos biasa atau pos laju. Pada waktu ini, hanya Pos Malaysia yang menawarkan kaedah pos biasa, lain-lain syarikat penghantaran seperti Fedex, Gdex, DHL dan sebagainya hanya menawarkan kurier atau pos laju. Kos penghantaran ini agak tinggi terutama jika lokasinya luar dari Malaysia. Jadi pastikan anda memasukkan kos penghantaran ini di dalam kos keseluruhan produk anda. Cara terbaik adalah anda mesti memberikan pilihan kepada pelanggan sama ada mereka ini menggunakan pos biasa atau pos laju atau anda boleh mengasingkan harga barangan dan kos penghantaran. Berbanding pos biasa, kaedah pos laju biasanya membolehkan anda dan pelanggan mengetahui status penghantaran atau
perkhidmatan tersebut mempunyai tracking system. Dengan kaedah ini anda dan pelanggan boleh mengetahui di mana lokasi bungkusan anda. Antara kaedah yang paling mudah untuk mengetahui kadar harga bagi penghantaran bungkusan adalah dengan melayari laman web Pos Malaysia di http://www.pos.com.my Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4
Laman Web Yang Efektif Dan Profesional
Semasa proses pembinaan laman web perniagaan anda perlu memfokuskan kepada tumpuan utama laman web anda. Jika anda membina sebuah mini-site anda seharusnya memfokus hanya kepada satu produk sahaja. Fungsi utama sebuah laman web perniagaan anda adalah untuk menjual. Itu adalah perkara utama dan laman web anda seharusnya tidak bercampur aduk dengan berbagai perkara lain seperti program affiliate, link-link ke laman web lain yang banyak, berbagai-bagai iklan, berbagai grafik, banner dan sebagainya kerana ini akan mengelirukan pengunjung laman web anda.
Jika pengunjung tidak dapat menjumpai produk yang anda ingin jual, maka anda akan kehilangan bakal pelanggan anda. Setiap bahagian laman web anda seharusnya menumpu kepada produk anda. Sebagai contoh jika laman web anda menjual alat yang dapat mengurangkan penggunaan petrol pada kereta dan anda memberikan lapuran kepada pelanggan anda, maka lapuran ini seharusnya berkaitan dengan produk atau servis yang anda ingin jual ( lapuran ujian keberkesanan, lapuran daripada SIRIM, lapuran daripada pihak profesional dan sebagainya ). Lapuran tersebut sebaiknya mengandungi permasalahan yang berlaku, cara-cara penggunaan dan kebaikan dan akhir sekali mempromosikan produk anda sebagai jalan penyelesaiannya. Ciri-ciri laman web yang efektif: Cepat untuk di buka – Mengikut kajian yang di lakukan oleh Forrester Research dan Gartner Group, laman web perniagaan telah kehilangan pendapatan 1.1 bilion hingga 1.3 bilion USD setahun di sebabkan pelanggan meninggalkan sesebuah laman web akibat lambat untuk di akses. Laman utama anda seharusnya boleh dibuka sepenuhnya dalam masa 8 saat jika menggunakan sambungan dial-up. Terdapat beberapa sebab laman web anda lambat untuk di akses: grafik yang besar, grafik yang terlalu banyak, grafik animasi, terlalu banyak banner, video dan special effects. Mudah untuk di navigasi – Pastikan pengunjung laman web anda mudah untuk melayari dari laman utama anda ke laman-laman lain yang terdapat pada laman web anda. Anda juga perlu meletakkan link untuk kembali ke laman utama untuk memudahkan pengunjung ke laman utama. Pastikan juga setiap link pada laman web anda berfungsi dan tiada link yang terputus. Kemas – Laman web anda seharusnya kemas dan tidak bercampur aduk dengan berbagai-bagai banner, banyak grafik animasi, warna dan huruf yang bermacammacam. Ini akan mengelirukan pengunjung, meghilangkan fokus, menyakitkan mata dan seterusnya mengurangkan jualan. Tanpa Plug-In Tambahan – Laman web perniagaan anda seharusnya boleh di buka tanpa perlu download berbagai perisian atau plug-in tambahan seperti flash, movie player dan sebagainya. Surat Jualan Yang Menarik
Laman web anda seharusnya bertindak sebagai surat jualan dan bukan brosure atau pamplet. Brosure atau pamplet hanya memberi tahu pengunjung mengenai produk anda dan sama sekali tidak membantu jualan. Setiap ayat dan perkataan pada surat jualan melambangkan peribadi anda dan perniagaan anda. Anda harus pelajari bagaimana untuk menulis ayat yang tepat menarik perhatian, menawan hati mereka dan seterusnya manjadikan mereka pelanggan anda. Surat jualan yang efektif adalah yang menggunakan teknik atau format direct respond iaitu mengajak pengunjung untuk memberikan reaksi atau bertindak. Jika surat jualan anda tidak menggunakan format ini, potensi untuk memperolehi jualan adalah amat rendah dan anda akan gagal. Berikut adalah perkara-perkara utama yang perlu ada pada surat jualan:
Headline – Headline adalah ayat pertama yang terdapat pada surat jualan anda. Headline ini mesti di tulis dengan huruf besar dan di bold kan. Jika headline ini tidak menarik dan di baca oleh pengunjung maka keseluruhan laman web anda tidak akan di lihat sama sekali. 80% daripada kejayaan surat jualan anda bergantung kepada headline yang menarik, menawan dan mempersonakan pengunjung. Tarik perhatian pengunjung dengan kata-kata menarik dan kelebihan produk anda. Jadikan headline pendek, padat dan mengujakan untuk menarik pengunjung membaca seterusnya kandungan surat jualan anda. Kebanyakan pengunjung hanya berminat keatas tawaran yang anda berikan. Berikan petunjuk kepada pengunjung bahawa terdapat berbagai tawaran yang terdapat pada surat jualan anda. Pembukaan – Beberapa ayat selepas headline. Cuba elakkan dari menggunakan ayat seperti Berikan saya sedikit masa untuk memberitahu anda mengenai……….. atau Saya hendak anda ketahui mengenai…….. kebanyakan orang tidak ambil kisah mengenai perkara-perkara begini. Apa yang mereka fikir adalah, apakah yang memberikan kebaikan kepada mereka. Jadi……… terus beritahu mereka mengenai apa yang mereka perlukan dan produk anda adalah yang terbaik untuk mereka. Anda boleh menulis dalam bentuk senarai dan menggunakan bullets atau nombor. Tawaran – Berikan mereka beberapa tawaran selepas ayat pembukaan. Contoh: Dapatkan set percubaan percuma anda dan gunakan selama 30 hari. Lihat hasil yang anda perolehi!! Dengan tawaran seperti ini sekurang-kurangnya pembaca merasa sedikit ketenangan kerana anda tidak mengenakan sebarang bayaran kepada mereka. Ini memberikan reaksi yang baik kepada pengguna. Antara idea yang baik adalah dengan meletakkan tawaran ini di beberapa tempat pada surat jualan anda. Faedah-faedah – Teruskan surat jualan anda dengan menyatakan faedah-faedah yang akan mereka perolehi. Beritahu mereka bahawa faedah-faedah ini akan mereka perolehi apabila mereka menggunakan produk anda. Jangan kemukakan soal pembayaran pada waktu ini. Tuliskan faedah-faedah produk anda dalam bentuk bullets. Faedah produk adalah berbeza dengan ciri-ciri produk. Motosikal 100cc 4-stroke memberikan lebih tenaga dan lebih effisien – ini adalah ciriciri produk. Sebaliknya
Penjimat Minyak Motosikal 100cc 4-stroke mengurangkan penggunaan minyak dan menjimatkan wang anda – ini adalah faedah. Memandangkan pengguna lebih mementingkan kepada faedah, penerangan faedah dalam bentuk bullets adalah senjata yang amat berguna untuk memenangi hati pengguna. Kaji dengan teliti produk anda dan senaraikan kesemua faedah-feadah yang boleh di perolehi dari produk anda. Feadah-faedah dalam bentuk bullets ini memberikan kesan keseronokkan kepada pengguna. Jika di lakukan dengan baik dan pada pengguna yang berpontesi, hasilnya amat jelas iaitu jualan.
Contoh faedah dalam bentuk bullets. • • • • •
500MB RAM memberikan komputer anda bergerak lancar tanpa tersekatsekat. Dengan 500MB anda boleh menggunakan banyak perisian dengan serentak. Perkhidmatan servis 24 jam membolehkan anda menyelesaikan sebarang masalah komputer tanpa perlu risau. Perisian Window XP di berikan percuma dan anda akan jimat RM500.00 Di berikan perisian percuma bernilai RM200 dengan setiap pembelian
Testimonial – tanpa testimoni surat jualan anda seolah-olah tidak berkuasa. Berikan ruang untuk pelanggan terdahulu memberikan testimonial terhadap produk anda. Testimoni yang baik daripada pelanggan yang berpuas hati akan memberikan keyakinan kepada pelawat dan akan meningkatkan jualan. Cara terbaik untuk mendapatkan testimoni adalah dengan menyediakan borang maklum balas pada laman web anda. Kebanyakan pelanggan tidak akan keberatan memberikan testimoni malah gembira untuk memberikan pendapat mereka. Testimoni memberikan 2 kebaikan kepada surat jualan anda. •
•
Menambahkan kredibiliti dan kepercayaan pengguna. Pendapat daripada pihak ke tiga akan membuatkan pengguna yakin bahawa terdapat ramai orang di luar sana yang tidak menggunakan produk anda dan telah mendapat kebaikan atau faedah daripadanya. Jaminan – Naluri pengguna tidak sanggup melakukan sebarang kesilapan terutama jika melibatkan wang yang banyak. Berikan mereka keyakinan untuk membeli produk anda dengan memberikan jaminan. 30 hari jaminan wang di kembalikan akan memberikan impak yang berbeza terhadap jualan produk anda.
Tindakan segera – Setelah melakukan kesemua di atas, galakkan pelawat melakukan tindakan. Beritahu pelawat bahawa mereka perlu bertindak segera. Contohnya klik di sini untuk penghantaran segera atau Dapatkan tawaran harga istimewa ini sebelum ia dinaikkan atau Daftar di sini untuk mendapatkan sampel percuma anda. ( Sebagai bacaan tambahan sila download E-book How to create Mini Sites that sell like crazy yang disertakan dalam pakej ini. E-book berharga USD23.00A ini adalah yang terbaik dan menjelaskan dengan terperinci bagaimana membina Mini Site dan surat jualan yang dapat menarik perhatian pembeli )
PELAN PEMASARAN YANG BERKESAN Kita telah sampai ke bahagian akhir membina perniagaan internet yang berjaya iaitu pelan pemasaran yang berkesan. Membina pelan pemasaran yang berkesan merupakan perkara yang amat penting dalam perniagaan internet. Di internet terdapat berbilion laman web dan anda merupakan salah satu daripadanya. Bagaimana pengguna internet dapat mencari atau menjumpai laman web anda daripada jumlah yang begitu banyak? Tidak kira betapa hebat produk atau perkhidmatan yang anda ingin berikan namun jika anda gagal memasarkan produk anda itu maka anda akan tetap gagal menjual. Untuk kejayaan yang cemerlang dalam perniagaan internet saya amat menggalakkan anda supaya melakukan pemasaran produk anda dengan konsisten dan berterusan sebaik sahaja laman web anda siap di bangunkan. Baiklah, oleh kerana bahagian ini merupakan yang terpenting maka saya akan memperincikan setiap langkah yang perlu anda ambil untuk memasarkan produk anda. Pelan pemasaran anda sebaik-baiknya terbahagi kepada dua bahagian iaitu, pelan jangka masa pendek dan pelan jangka panjang. Pelan jangka masa pendek adalah langkah segera yang anda lakukan untuk meningkatkan kadar pengunjung ke laman web anda. Walaupun teknik ini penting sebagai sebahagian pelan pemasaran, namun ianya adalah bersifat sementara dan anda tidak seharusnya terlalu bergantung kepadanya. Contoh pelan jangka masa pendek adalah membeli ruang iklan. Search Engine, ruangan forum dan sebagainya manakala pelan jangka masa panjang pula adalah senarai pelawat ( opt-in ), kandungan terkini dan dikemaskini ( good and fresh content ), pemasaran viral dan perhubungan pelanggan yang berterusan. Dengan melakukan kedua-dua pelan ini, anda akan mendapat aliran pendapatan yang berterusan daripada perniagaan internet anda. Di bahagian yang seterusnya, saya akan mendedahkan 13 teknik pemasaran internet yang paling berkesan untuk memasarkan produk anda. Kaedah-kaedah Efektif Pemasaran Internet 1. SEO atau Search Engine Optimization Kaedah SEO adalah kaedah dimana anda melakukan konfigurasi keatas laman web anda untuk mendapat kedudukan tertinggi di engine seperti Google, Yahoo dan MSN. Search Engine adalah tempat di mana kebanyakan pengguna internet melakukan carian terhadap apa yang mereka ingini. Dengan menempatkan laman
web anda pada tangga yang teratas atau pada muka pertama setiap carian, anda berpontensi untuk mendapat jumlah pengunjung yang ramai dan dalam masa yang sama meninggikan populariti laman web anda. Saya akan jelaskan bagaimana untuk menempatkan kedudukan laman web anda pada kedudukan yang terbaik. Untuk pengetahuan anda, proses SEO ini tidak berlaku dalam tempoh yang singkat. Ia mangambil masa sekurang-kurangnya 1 hingga 3 bulan. Terdapat 2 kaedah mengoptima laman web anda untuk SEO iaitu: 1. Onpage Optimization atau optimasasi pada laman web. 2. Offpage Optimization atau optimasasi luaran Onpage Optimization Untuk melakukan onpage optimization, anda harus terlebih dahulu membina sebuah laman web. Mungkin ada daripada anda yang berkata …….. ahh saya tak pandai membina laman web ……. bagaimana saya hendak membina laman web yang menarik? Sebenarnya menbina laman web tidaklah sesukar yang anda jangkakan. Terdapat berbagai perisian yang dapat membantu anda untuk membina laman web dengan mudah. Saya ingin cadangkan anda menggunakan perisian NVU jika anda inginkan laman web yang simple dan bagi yang benarbenar inginkan yang lebih advance saya amat-amat menggalakkan anda menggunakan Dreamweaver ( saya sendiri menggunakan perisian ini ). Anda boleh dapatkan perisian pada link di bawah:
• •
http://www.nvu.com ( perisian ini percuma ) http://www.adove.com/dreamveaver ( perisian ini berbayar, tetapi anda mencubanya selama 30 hari )
Didalam video yang saya sertakan, saya telah menunjukkan anda bagaimana untuk membina laman web mini site dan shopping site dengan perisian Dreamweaver, tidak sukar bukan? Baiklah sebelum anda membina laman web perniagaan anda perlulah terlebih dahulu memikirkan apakah keywords atau katakunci yang sesuai untuk laman web anda itu. Contohnya anda ingin menjual e-book mengenai pemakanan untuk diet maka katakunci yang sesuai adalah diet program. Sebelum anda memasukkan laman web anda, hendaklah terlebih dahulu melakukan sedikit kajian terhadap katakunci tersebut. Perkara ini AMAT PENTING dan mesti dilakukan untuk mendapat kedudukan yang terbaik di search engine. Terdapat beberapa perisian atau tools yang anda boleh perolehi percuma di internet untuk melakukan analisa keywords ini:
• •
http://www.goodkeywords.com ( perisian percuma untuk membuat analisa keywords ) http://inventroy.overture.com/d/searchinvetroy/suggestion ( laman web untuk membuat analisa keywords )
Kedua-dua tools ini amat sesuai untuk kajian keywords dan yang lebih menariknya ia adalah percuma. Setelah anda downlod dan install perisian goodkeywords, anda bolehlah mula memasukkan kata kunci untuk di buat kajian. Seperti dalam contoh senarai kata kunci yang berkaitan dengan diet program. Anda akan perhatikan screen shot di bawah, goodkeywords akan menunjukkan senarai katakunci yang berkaitan dengan diet program. Pada bahagian count pula akan menunjukkan pula jumlah carian yang dilakukan oleh pengguna internet pada bulan yang terdahulu. Anda akan dapati bahawa perkataan diet program telah di cari sebanyak 5,343 kali pada bulan yang terdahulu.
Onpage Optimization Hasil carian menggunakan perisian Goodkeywords
Nota. Elak dari menggunakan katakunci diet program untuk optimasasi laman web anda. Jika sesuatu katakunci telah dicari dengan jumlah yang banyak, kemungkinan
untuk anda mendapat kedudukan yang tertinggi adalah amat sukar. Sekarang kita lihat hasil carian dengan menggunakan Google untuk melihat berapa banyakkah laman web yang bersaing dengan menggunakan katakunci diet program. Hasil carian menggunakan search engine Google.
Jika anda ingin optimasasi laman web anda dengan katakunci diet program maka anda terpaksa bersaing dengan lebih 37 juta laman web! Ini satu angka yang sangat besar dan sudah pasti ianya amat sukar. Jika anda perhatikan pada baris pertengahan atau sedikit bawah pada senarai tadi, anda akan dapati terdapat katakunci lain yang kurang persaingan seperti diet loss program, diet meal program dan diet and exercise weight loss program. Ini adalah katakunci yang lebih sesuai untuk digunakan. Satu lagi kaedah yang sering digunakan pakar perniagaan internet adalah mengira KEI aatau keyword Effectiveness Index dimana KEI boleh didapati dengan menggunakan formula: KEI = P2/C dimana P adalah popularity dan C adalah competitor. ( formula ini telah diperkenalkan oleh Sumantra Roy, seorang pakar dalam SEO ) Kita kembali kepada perkataan diet program tadi dan dengan mengira KEI kita akan dapati: KEI = 5,3432 / 37,200,000 = 0.767 Lakukan kaedah ini dengan katakunci yang lain dan lihat KEI nya. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari dan mengumpul katakunci yang memberikan KEI yang tertinggi. Setelah mendapat katakunci yang sesuai, kita akan gunakan katakunci ini untuk optimasasi laman web atau membina laman web mesra SEO ( laman web yang mudah untuk search engine index ). Onpage Optimization Perkara yang anda perlu lakukan untuk optimasasi laman web: • •
Meletakkan katakunci dalam Meta Tag. Anda perlu memasukkan katakunci anda tadi didalam title, description, keywords pada kod meta tag anda. Menggunakan hending tags
dan pada bahagian awal kandungan laman web anda.
•
•
•
Mengunakan Image alternative text. Image alternative text adalah nama yang digunakan pada gambar atau animasi yang terdapat pada laman web anda. Contohnya header yang terdapat pada bahagian atas laman web. Optimasasi isi kandungan laman web. Kandungan laman web juga penting untuk proses optimasasi. Searh Engine akan menilai sesuatu laman web berdasarkan kandungan yang terdapat pada laman web tersebut. Jika anda menggunakan katakunci diet loss program untuk optimasasi laman web, maka anda seharusnya menggunakan perkataan tersebut 2 hingga 15 peratus kekerapan daripada keseluruhan isi kandungan laman web anda itu. Sebagai tambahan anda juga digalakkan untuk bold kan katakunci untuk menunjukkan betapa pentingnya perkataan tersebut. Pastikan anda bold katakunci pada kedudukan yang sesuai. Membina link dalaman. Salah satu cara Search Engine menilai kepentingan sesuatu laman web adalah melalui link yang terdapat pada laman web utama anda kepada mukasurat lain yang terdapat pada laman web anda.
TIP:
• • •
Anda boleh membuat kajian Meta Tag pesaing anda dengan menggunakan perisian percuma yang anda boleh download http://www.spadixbd.com/exracturl Anda boleh membuka Meta Tag dengan mudah melalui Tools yang terdapat pada laman web ini http://www.submitexpress.com/ Anda boleh membuat kajian keyword density ( berapa banyak sesuatu katakunci digunakan ) pesaing anda di laman web http://www.live-keywordanalysis.com.
Offpage Optimization Anda telah ketahui bagaimana onpage optimization dilakukan. Offpage optimization adalah lebih penting berbanding onpage optimization untuk menentukan kedudukan laman web anda di search engine. ( kedua-keduanya adalah perlu untuk hasil yang maximun ). Berbanding onpage optimization yang lebih menumpu kepada membina laman web, offpage optimization pada asasnya dinilai oleh Search Engine daripada kuantiti link dan kualiti link luaran yang terdapat pada laman web anda. Apa yang dimaksudkan adalah:
•
Laman web manakah yang link kepada anda. Berapa banyak laman web yang link kepada anda.
• • •
Berapakah Google Page Rank laman web yang link kepada anda.
•
Apakah tajuk atau keyword laman web yang lain yang link kepada anda. Apakah Anchor Text ( perkataan yang digunakan sebagai link, contohnya weight loss ) yang digunakan pada link, untuk link kepada anda.
•
Berapakah jumlah outbound links ( jumlah link kepada sesuatu laman web yang link kepada anda ). Jumlah yang sedikit akan meninggikan rangking laman web anda.
Untuk mengoptimasasi laman web menggunakan katakunci died loss program tadi, kita perlu menganalisa strategi link yang dilakukan oleh pesaing kita, matlamat kita adalah mencontohi laman web yang berada pada tangga 5 teratas dan melakukan yang lebih baik. Terdapat beberapa tools yang anda boleh gunakan untuk menganalisa link yang terdapat pada laman web pesaing anda. • •
BackLink Analyzer ( perisian yang anda boleh download percuma ) http://tools.seobook.com/backlink-analyzer/ Linkpopularity ( laman web yang menyediakan perkhidmatan analisa link popularity ). http://www.linkpopularity.com/
Setelah mengetahui strategi link laman web pesaing, kita perlulah cuba mendapatkan jumlah link yang lebih banyak. Hubungi setiap laman web ini melalui email secara berasingan dan minta pertukaran link dengan mereka iaitu anda meletakkan link mereka di dalam web anda dan mereka meletakkan link anda di laman web mereka.
TIP: Anda perlulah bersikap profesional dan rendah diri ( tidak salah jika untuk kebaikan anda juga ) ketika berhubung dengan mereka. Katakan anda amat tertarik dengan kandungan laman web mereka dan berminat untuk link kepada mereka dan sebagainya……….. Offpage Optimization Terdapat beberapa kaedah lain yang anda boleh gunakan untuk mendapat link ke laman web anda:
•
Menyediakan link page pada laman web anda. Ini akan mewujudkan suasana menang-menang kepada pengendali laman web atau webmaster. Anda tidak dapat melakukan pertukaran link dengan mudah tanpa mempunyai link page. Tiada siapa yang sukarela untuk link kepada laman web anda! ( kecuali laman web anda benar-benar popular ) Jadi – binalah satu mukasurat khas untuk pertukaran link ini. Anda boleh membina link page anda secara manual atau anda boleh install script yang sesuai. Anda boleh dapatkan link directory script percuma di link ini Duncan Carvers Link Management Assistant ( LMA ) free. http://www.onlinemarketingtoday.com/software/link-management
•
Menyertai atau mendaftar di laman DIRECTORIES. Salah satu kaedah yang paling mudah untuk mendapatkan link yang berkualiti adalah melalui directory. Anda hanya perlu pergi ke laman web directory yang banyak terdapat di internet, pilih kategori yang sesuai dengan laman web anda dan masukkan laman web anda didalam directory tersebut. Terdapat banyak laman web directory seperti ini di internet samada yang percuma atau berbayar. Dibawah ini adalah directory yang saya cadangkan:
Cari.Com – http://cari.com.my Gophee.Com – http://www.gophee.com Classifieds1000 – http://directory.classifieds1000.com/Malaysia/add_link.html Mesra.net – http://directory.mesra.net FreeIklan – http://freeiklan.com/register.asp Yahoo Directory – http://dir.yahoo.com GoGuides – http://linkopedia.com Blue Find – http://bluefind.com Seven Seek – http://sevenseek.com Jayde Directory – http://dir.jayde.com Ini hanyalah sebahagian kecil dari directory yang terdapat di internet. Anda boleh mencari banyak lagi directory seperti ini dengan mencari, free directory atau free classified di enjin carian Google atau Yahoo.
•
LINK EXCHANGE. Di internet terdapat laman web directory yang di bina khas untuk membuat pertukaran link ini. Apabila anda pergi ke directory ini, laman web yang terdapat disini telah bersedia untuk menerima pertukaran link. Apabila anda meminta untuk pertukaran link, kadar penerimaan adalah sangat tinggi. Bagaimana untuk mencari link exchange directory? Salah satu cara adalah dengan mencari link directory pada enjin carian, tetapi sebagai permulaan anda boleh layari laman web dibawah:
http://www.linkxchanged.com http://www.linkpartners.com http://www.link-exchange.ws http://www.linkmarket.net http://www.123exchangelinks.com http://www.linkateer.com http://www.gotop.com Laman web link exchange ini juga adalah tempat yang terbaik untuk anda sertai. Menyertai laman web ini bukan sahaja menarik lebih ramai link partners malah akan turut mendapat incoming links kepada laman web anda. Offpage Optimization
•
Mencari laman web yang menyediakan link page. Ini adalah salah satu cara mudah untuk mendapatkan link. Anda hanya perlu mencari laman web yang menyediakan pertukaran link atau link page. Anda hanya perlu pergi ke Yahoo, Google, atau MSN dan masukkan carian seperti berikut:
[[topik]] add url Anda perlu menukarkan perkataan [[topik]] dengan topik yang sesuai dengan laman web anda. Contohnya anda boleh meletakkan pil pelangsing add url atau produk kesihatan add url. Anda juga boleh menggunakan beberapa variasi yang berbeza seperti berikut: [[ topik ]] add link [[ topik ]] submit url [[ topik ]] submit link [[ topik ]] submit url [[ topik ]] submit partner Kebiasaannya laman web ini akan meminta anda meletakkan link url mereka terlebih dahulu di laman web anda. Link seperti ini dinamakan reciprocal link.
•
Rahsia laman web anda di indeks oleh Google dalam masa 24 jam. Anda mungkin pernah mendengar terdapat orang yang mendakwa boleh membuat sesuatu laman web, di indeks oleh Google dalam masa 1 hari. Sesetengah orang pula berpendapat ia adalah mustahil atau untuk memperolehinya, anda perlu menggunakan formula rahsia atau teknik advance. Sebenarnya untuk laman web anda di indeks oleh Google dengan cepat adalah mudah! Pertama saya ingin memberitahu perkara yang tidak perlu dilakukan. Tentu anda biasa mendengar bahawa anda perlu submit laman web anda ke enjin carian dan kemudian barulah spider enjin carian akan pergi ke laman web anda. Contoh url submission adalah seperti http://www.google.com/addurl.htm. Dalam laman web ini, Google ada menyatakan bahawa anda boleh menghantar laman web anda disini dan Google akan mengambil masa sehingga 6 minggu untuk melayakkan laman web anda dimasukkan dalam senarai indeks mereka.
Cara yang mudah adalah membeli text links. Jika anda memperolehi satu laman web dengan Page Rank 6 di link kan ke laman web anda, anda akan di indeks oleh Google dalam masa 3 hari. Jika anda mendapat satu laman web dengan Page Rank 7 di link kan ke laman web anda, maka laman web anda akan di indeks dalam masa 24 jam! Antara laman web yang menyediakan perkhidmatan ini adalah: http://www.textlinkbrokers.com http://www.text-link-ads.com http://www.linkadage.com ( Teknik ini sesuai jika anda mempunyai peruntukan yang lebih untuk pemasaran dan inginkan hasil yang segera ) •
Memberikan komen pada blog. Seperti mana yang anda biasa lihat, pada kebanyakan blog ada disediakan ruangan untuk memberi pendapat atau komen. Luangkan masa anda untuk pergi ke blog-blog yang berkaitan dengan perniagaan dan anda berikan komen anda di ruangan yang disediakan. Jangan lupa untuk meninggalkan url laman web anda.
2. IKLAN Jika anda benar-benar serius dalam perniagaan maka anda perlu membuat pelaburan terhadap perniagaan anda. Iklan adalah antara kaedah yang paling cepat, mudah dan berkesan untuk memasarkan perniagaan anda. Di internet terdapat berbagaibagai kaedah pengiklanan yang anda boleh lakukan dan kosnya amat berpatutan. Antara kaedah pengiklanan di internet adalah: Pay-per-click – Program ini membolehkan pelanggan mengiklankan laman web mereka melalui link ( samada text atau banner ) dan akan membayar kos pengiklanan bagi setiap klik adalah berbeza bergantung kepada perkataan ( keywords ) yang digunakan. Kos ini biasanya ditentukan melalui bidaan. Program PPC yang paling popular dan amat digalakkan adalah PPC search engine seperti Google Adwords dan Yahoo Oveture. http://www.adwords.com http://www.overture.com http://www.kanoodle.com Pay-per-impression – Terdapat banyak laman web pengiklanan yang mengenakan bayaran berdasarkan beberapa banyak paparan iklan anda dilakukan. Satu paparan iklan dikira apabila seseorang membuka satu laman web yang mengandungi iklan anda. Jika anda ingin melakukan promosi dengan kaedah ini sila pastikan bahawa laman web tersebut benar-benar ramai pengunjung. Anda boleh memeriksa populariti sesuatu laman web itu dengan melihat Page Rank ( page rank dinilai daripada 1 – 10 dimana 10 adalah yang terbaik ) laman web tersebut. Jika anda ingin mengetahui kadar trafik sesuatu laman web anda boleh pergi ke http://www.alexa.com Pay-per-sale – Program ini adalah berasaskan program affiliate. Anda perlu membayar komisen berdasarkan jualan yang berjaya dibuat oleh affiliate anda. Jika anda menjual produk digital, selain daripada mempunyai program affiliate anda sendiri, anda juga boleh menyertai program affiliate syarikat pengendali program affiliate seperti clickbank atau paydotcom. Syarikat ini menyediakan kemudahan untuk anda memasarkan produk anda.
3. Opt-In-List atau Senarai Pengunjung Berpotensi Sebaik sahaja laman web anda siap di bangunkan, anda perlu mula mengumpul senarai pengunjung berpotensi anda. Opt-in-list adalah senarai pengunjung yang melawati laman web anda hasil daripada iklan, promosi, search engine, rakan dan sebagainya. Menurut pakar pemasaran internet, the money is in the list. Mereka yang datang buat kali pertama ke laman web anda mungkin tidak akan membeli pada waktu ini tetapi sebenarnya terdapat keinginan pada mereka berdasarkan iklan atau promosi yang anda lakukan atau melalui carian yang mereka lakukan di Search Engine. Bagaimana untuk mendapatkan senarai pelawat anda ini? Cara yang paling mudah adalah menyediakan borang untuk mereka subscribe sebagai ahli. Anda perlu mendapatkan sekurang-kurangnya nama dan alamat e-mail pelawat. Untuk menggalakkan pelawat subscribe, anda perlulah memberikan sesuatu yang berguna untuk pelawat anda sebagai hadiah atau sebagai ucapan terimakasih selepas mereka subscribe. Contohnya anda boleh memberikan sampel percuma produk anda, memberikan tip-tip berguna, memberikan ezine atau majalah elektronik tentang
maklumat yang berkualiti dan berguna, dan sebagainya. Apakah kegunaan senarai pelawat ini? Menurut kajian oleh National Sales Executive Association di Amerika mengenai pemasaran di internet: 2% jualan adalah di dapati daripada follow-up pertama 3% jualan adalah di dapati daripada follow-up kedua 5% jualan adalah di dapati daripada follow-up ketiga 10 % jualan adalah di dapati daripada follow-up keempat 80% jualan adalah di dapati daripada follow-up kelima Daripada kajian ini dapat kita ketahui bahawa kebanyakan pelawat hanya akan membeli setelah kita menghantar e-mail follow up lebih daripada 5 kali: Senarai ini juga penting kerana melaluinya kita dapat berhubung terus dengan pelanggan. Mereka mungkin tidak berminat untuk membeli produk atau perkhidmatan anda sekarang, tetapi pada masa akan datang anda boleh menggunakan senarai ini untuk mempromosikan produk anda yang lain atau anda boleh membuat tawaran-tawaran yang menarik mengenai produk anda. Kaedah ini lebih di kenali sebagai Upsell. ( Sila lihat Video Tutorial Membina Borang Opt-In Autoresponder ) 4. AUTORESPONDER Autorespender adalah salah satu mekanisma utama untuk pemasaran perniagaan internet. Ia juga di kenali sebagai mailbots, automatic e-mail dan e-mail on demand. Autoresponder di cipta untuk memberikan respon ( tindakbalas ) secara automatik kepada setiap maklumat e-mail yang di terima. Terdapat dua jenis program autoresponder, program autoresponder yang di sediakan oleh pengendali autoresponder seperti Aweber dan Get Response atau script autoresponder yang perlu di install pada server anda dan dikendalikan oleh anda sendiri. ( Sila lihat Video Tutorial Memasang Sistem Autoresponder di laman web anda ).
Jika anda pergi ke sebuah kedai contohnya untuk membeli sebuah barangan, jurujual di kedai tersebut tersenyum dan melayan anda dengan mesra dan mengucapkan terimakasih setelah anda membuat pembelian. Suasana sebegini membuatkan anda merasa di hargai dan akan membuatkan anda lebih gemar untuk ke kedai tersebut di lain waktu. Perhatian jurujual secara peribadi kepada anda akan meninggalkan kesan di dalam hati anda. Suasana ini amat penting untuk menarik pelanggan. Di internet anda tidak dapat bersemuka dengan pelanggan anda secara terus tetapi anda dapat melakukannya menerusi e-mail yang di tulis dengan ayat dan kata-kata yang menarik. Pelanggan juga ingin sesuatu pertanyaan atau maklumbalas di layan dengan segera, di sinilah kegunaan Autoresponder amat di perlukan. Autoresponder akan menghantar message atau maklumat daripada anda secara automatik sebaik sahaja pelanggan menghantar e-mail kepada anda.
Autoresponder juga boleh di program untuk menghantar maklumat selang waktu yang anda tetapkan. Contohnya message pertama di hantar serta merta selepas pelanggan e-mail kepada anda, message kedua pula selepas 2 hari e-mail di hantar kepada anda dan sebagainya. Message atau maklumat ini perlu terlebih dahulu ditulis oleh anda dan letakkan di dalam autoresponder ini. Baiklah mari kita lihat apakah kebaikan-kebaikan dan kegunaan autoresponder ini: • • • • • • • •
Menghantar ucapan terimakasih setelah pelanggan membuat pembelian atau hanya sekadar melawat laman web anda. Membolehkan anda menghantar dalam selang waktu tertentu kepada pelanggan anda untuk mengeratkan lagi hubungan dengan pelanggan. Digunakan untuk menghantar majalah ringkas atau ezine dan artikel berkaitan perniagaan anda. Membina senarai alamat e-mail daripada pelawat atau pelanggan anda. Menyebarkan maklumat tentang barang terbaru perniagaan anda. Memberikan kursus-kursus pendek yang di bahagi-bahagikan kepada beberapa bab dan di hantar selang beberapa hari setiap satunya. Menghantar contoh servis atau produk yang anda jual. Menghantar secara testimonial daripada pelanggan anda yang terdahulu.
Beberapa kerap perlu anda menghantar e-mail kepada bakal pelanggan anda? Statistik menunjukkan bahawa 80% daripada pelawat hanya akan membeli daripada anda selepas menerima antara 5 hingga 7 e-mail daripada anda. Disinilah autoresponder dapat mengautomasikan penghantaran e-mail ini kepada bakal pelanggan anda. Apa yang perlu lakukan adalah menulis sebanyak 5 atau 7 message berasingan dan meletakkannya di dalam autoresponder. Andaikata satu daripada 20 pelawat anda mendaftar sebagai ahli mailing list anda, ini adalah satu peluang keemasan kepada anda. Daripada senarai ini anda dapat menggunakannya untuk mempromosikan perniagaan anda. Seperkara lagi anda juga dapat memperkenalkan mereka kepada berbagai lagi produk yang berlainan baik daripada anda sendiri atau daripada produk affiliate yang anda sertai.
5. AFFILIATE ( salah satu teknik viral marketing dan link building ) Jika anda membina perniagaan online, cara paling efektif untuk memasarkan produk anda adalah menerusi program affiliate. Affiliate berfungsi dimana pengunjung mendaftarkan diri menerusi borang yang anda sediakan di laman web anda. Mereka yang mendaftar akan menjadi affiliate atau ejen jualan anda dan mendapat komisen bagi setiap produk atau perkhidmatan yang dapat dijual menerusi link affiliate mereka. Terdapat dua kaedah menggunakan sistem affiliate ini. Pertama adalah dengan memasang sendiri sistem affiliate anda. Terdapat berbagai script atau perisian yang anda boleh gunakan samada percuma atau berbayar di internet ( contohnya boleh didapati di http://www.hotscript.com gunakan carian dengan katakunci affiliate script ). Anda perlu memasang sendiri script ini adalah
dalam bentuk PHP, CGI atau Perl. Script ini kemudian perlu di intergrasi kedalam laman web anda ( Sila lihat Video Tutorial Pemasangan Script Affiliate, Post Affiliate 1.3 yang disertakan sebagai bonus pada pakej ini ). Kedua adalah dengan menyertai program affiliate yang dijadikan oleh pihak ketiga seperti ClickBank.com, PayDot.Com atau Linkshare.com ( terdapat juga lain-lain syarikat seperti ini yang menyediakan perkhidmatan yang sama ). Mereka menyediakan kemudahan kepada anda untuk memasarkan produk anda dan menyenaraikan produk anda didalam sistem mereka. Ini akan memudahkan produk anda dilihat oleh ramai ahli affiliate yang kemudian akan memasarkan produk anda. Kebanyakan syarikat ini akan mengenakan caj atau fee antara 4% hingga 8% ke atas produk yang di jual. Anda juga perlu membayar komisen kepada affiliate yang memasarkan produk anda. Peratus komisen adalah bergantung kepada anda. Kebaikan-kebaikan sistem affiliate • •
• •
Membina agen-agen pemasaran secara automatik yang dapat menjana jualan yang lebih banyak Menjana lebih pengunjung ke laman web anda Membina back link ke laman web anda dimana back link ini amat di gemari oleh search engine dan menjadikan laman web anda di rank pada kedudukan lebih tinggi Mengurangkan kos pengiklanan kepada anda dimana agen secara tidak langsung akan bertindak sebagai agen pengiklanan anda
Untuk menjadikan sistem affiliate anda berkesan dan disertai ramai, anda perlu menjadikannya lebih menarik, antaranya dengan memberikan komisen yang lebih tinggi iaitu antara 30% hingga 70% bagi produk digital, menyediakan pertandingan dimana agen yang dapat melakukan jualan dalam jumlah dan waktu yang tertentu akan diberikan bonus, menyediakan kemudahan pengiklanan seperti grafik, banner, text link dan sebagainya. 6. BLOG ( salah satu teknik viral marketing ) Blog adalah sebuah laman web seolah-olah berupa diari yang mengandungi berbagai-bagai maklumat seperti cerita, pandangan, infomasi, berita, peristiwa dan sebagainya yang selalunya dikemaskini dengan kerap. Blog amat digemari pembaca terutamanya jika kandungannya menarik dan memberi infomasi berguna. Di waktu ini proses membina sebuah blog adalah amat mudah dan ianya percuma. Antara pengendali percuma blog adalah blogger.com dan wordpress.com. Saya percaya anda tentu sudah mengetahui cara-cara membina blog ini melalui video tutorial yang diberikan percuma di laman web monakas.com ( Jika belum sila dapatkannya disini http://www.monakas.com/cgi-bin/dwnld2131/tell.cgi ). Baiklah, apakah kegunaan blog ini sebagai alat pemasaran? •
•
Blog berupa sebuah diari anda dimana anda boleh berkongsi pengalaman, kepakaran dan maklumat berguna tentang diri anda atau perniagaan anda. Disini anda dapat keyakinan dan kredibiliti pelawat terhadap anda. Di dalam perniagaan internet, keyakinan pelanggan adalah perkara utama kerana mereka sama sekali tidak akan membeli daripada seseorang atau syarikat yang mereka tidak percayai. Blog dapat mengeratkan hubungan anda dengan pelawat. Dengan blog, anda dapat berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat. Blog menyediakan ruang ini
•
• •
•
di bahagian komen dimana pelawat dapat memberikan komen atau pendapat dan anda juga dapat memberikan pandangan anda secara terus. Blog yang selalu di kemaskini akan mempunyai audiens atau pelawat tetap yang selalu mengunjunginya. Disini anda secara tidak lansung dapat memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda, mempromosikan barangan terbaru dan sebagainya. Blog bertindak sebagai perantara diantara pelawat dan laman web perniagaan anda. Melalui blog, anda dapat menyediakan link-link yang akan terus membawa mereka le laman web perniagaan anda. Blog mudah di index oleh search engine. Blogger sebagai contohnya di punyai oleh Google dan search engine spider amat gemar mencari blog yang selalu di kemaskini dan mengandungi maklumat terkini. Blog mempunyai keupayaan Tag dan Ping dimana pemunya blog boleh ping blog mereka ke beberapa search engine popular supaya search engine mengindex maklumat yang terdapat pada blog mereka dengan segera.
7. Memberi Komen Di BLOG ( salah satu teknik link building ) Hampir sama seperti forum marketing, memberi komen pada pengguna lain adalah antara cara terbaik untuk mempromosikan laman web atau blog anda. Cari laman web yang berkaitan dengan laman web atau blog anda. Buat carian di: Blogger: http://blogsearch.google.com/?ui=blg Technorati.com: http://www.technorati.com atau di Google Blog Search: http://www.blogsearch.google.com Apabila anda telah menjumpai blog yang sesuai saya cadangkan anda untuk bookmark blog ini, cari lagi blog yang seumpamanya dan letakkan dalam folder yang sama supaya anda memerhati blog-blog ini. Apa yang perlu anda cari adalah pertanyaan yang anda boleh jawab atau komen. Jangan sekali-kali memberi komen seolah-olah anda ingin menjual jika tidak mahu komen anda di ban atau dikeluarkan dari senarai: Rahsia teknik ini adalah dengan memberikan jawapan atau penyelesaian terhadap soalan yang diajukan. Penyelesaian yang akan menjurus kepada produk yang anda jual. Di sini anda dapat menunjukkan kepakaran anda dalam sesuatu perkara. Berikan pertolongan atau nasihat yang dapat membantu penyelesaian permasalahan tersebut dengan percuma. Ini secara tidak langsung akan membina kredibiliti anda. 8. FORUM MARKETING Terdapat laman forum yang tak terkira jumlahnya di internet yang membincangkan berbagai topik. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari forum-forum yang sesuai dan menyertainya.
•
Sertai forum yang membincangkan topik yang anda gemari. Topik yang di bincangkan tidak semestinya berkaitan perniagaan yang anda lakukan. Ini adalah sebagai permulaan untuk memperkenalkan diri anda kepada masyarakat internet dan membina jaringan
• • • • • • •
( network ). Sertai ruangan forum sebanyak yang mungkin. Sebaiknya forum tersebut mempunyai kaitan dengan perniagaan anda. Pastikan forum tersebut mempunyai ahli yang ramai dan kerap di kunjungi. Selalunya terdapat panel pada bahagian bawah sesuatu forum yang menunjukkan jumlah pengguna forum tersebut. Pastikan laman web tersebut mempunyai populariti yang tinggi dan sudah berada pada rank yang tinggi. Gunakan nickname yang menarik ( pendek dan senang di ingat ). Anda juga boleh menggunakan nama laman web anda sebagai nickname. Ini juga salah satu cara mempromosikan laman web anda. Gunakan Avatar ( gambar kecil yang melambangkan penampilan anda ) yang menarik. Avatar ini boleh digunakan untuk menunjukkan penampilan anda atau perniagaan anda. Pastikan identiti anda di nyatakan dengan lengkap iaitu nama, nama perniagaan, alamat e-mail, laman web dan sebagainya. Kenali ahli forum anda dengan lebih dekat.
FORUM MARKETING Perkara utama yang anda cari pada forum-forum ini adalah soalan-soalan yang anda boleh dapatkan penyelesaian tersebut menjurus kepada perniagaan internet anda. Anda tidak perlu ( tidak digalakkan ) memperkenalkan terus kepada produk anda sebaliknya berikan mereka tip-tip atau nasihat yang berguna terlebih dahulu. Pastikan anda meletakkan sig file anda pada setiap post atau komen yang anda berikan. Ini adalah perkara penting untuk memberi ruang kepada pembaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai anda dan juga untuk membawa pembaca ke laman web perniagaan anda secara tidak lansung. Forum Di Laman Web Perniagaan Web Perniagaan Anda Sendiri Membina ruangan forum pada laman web anda juga adalah salah satu kaedah terbaik untuk membina kredibiliti perniagaan anda. Di ruangan forum ini pengguna atau pelanggan anda dapat bertukar-tukar pendapat dan memberikan komen mengenai produk anda. Ini secara tidak langsung memberi testimoni terhadap produk anda dan memberikan lebih keyakinan kepada bakal pelanggan. Terdapat berbagai script yang boleh anda gunakan untuk mengendalikan ruangan forum ini contohnya PhpBB dan Vbulletin. Anda boleh download script ini percuma di: http://www.flexbb.net http://www.sonicbb.com http://www.phpbb.com ( percuma ) http://vbulletin.com ( berbayar )
9. TAG AND PING
Anda sudah ketahui cara untuk membina blog dan anda sudah ketahui kebaikankebaikan blog, kini anda akan ketahui kaedah untuk mempopularkan blog anda iaitu tag dan ping. Apa itu tag dan ping. Tag adalah satu gambaran ringkas tentang laman web atau blog kita. Ia menggunakan laman web Bookmark seperti Technorati dan beberapa penyedia perkhidmatan social bookmarking di internet lain. Contohnya saya membuat blog tentang smoking. Jadi saya menjadikan tag sebagai stop smoking, smokimg habbit, control smoking dan sebagainya. Kemudian saya ping blog saya kepada laman web Bookmark ini. Saya gunakan Technorati sebagai contoh. Technorati akan menyenaraikan blog tersebut pada mengikut yang kita buat pada ranking pertama. Apabila orang lain akan menggunakan tag yang sama, blog tersebut akan turun. Tapi apabila kita menghantar post yang baru dengan menggunakan tag yang sama, ia akan kembali ke posisi di atas. Begitulah seterusnya. Jika tag yang di gunakan merupakan tag yang popular, maka kedudukannya akan cepat turun kebawah. Ping adalah satu program yang akan menghantar permintaan kepada sesuatu server melalui rangkaian internet untuk melihat samada komputer yang berada di tempat berlainan itu memberikan tindak balas. Secara ringkasnya tag dan ping adalah kaedah untuk menghantar maklumat daripada blog anda kepada search engine supaya ianya di index dengan cepat oleh search engine. Ia juga merupakan satu teknik yang di gunakan untuk mendapatkan backlink yang banyak. Ia merupakan satu teknik yang paling efektif dalam mendapatkan trafik yang tidak terhingga. Selepas anda menghantar post terbaru pada blog anda, maka anda bolehlah ping ke salah satu laman web terkenal yang mengindeks blog yang terdapat di internet iaitu technorati di http://www.technorati.com . Anda juga boleh ping blog anda ke beberapa service seperti technorati secara serentak di pingomatic http://www.pingomatic.com . 10. RSS ( salah satu teknik link building ) RSS adalah singkatan daripada Really Simply Syndication. Ini adalah kaedah di mana anda dapat mengambil maklumat daripada mana-mana laman web yang menyediakan kemudahan RSS ini dan meletakkannya di laman web anda. Anda juga boleh menggunakan teknik ini dengan menyediakan laman web RSS anda sendiri. Maklumat yang di perolehi melalui RSS ini akan di kemaskini secara automatik iaitu jika maklumat pada laman web sumber RSS berubah maka maklumat pada laman web anda turut berubah secara automatik. Faedah menggunakan teknik RSS: 1. Menjadikan laman web anda lebih bermaklumat. Pengunjung gemar kepada maklumat. Secara puratanya orang melayari internet untuk mendapat maklumat terutamanya yang memberi manfaat kepada mereka. Laman web yang bermaklumat digemari pengunjung dan akan lebih cenderung untuk melayarinya berulang kali. 2. Maklumat terkini dan dikemaskini. Jika anda mengambil RSS dari laman berita Yahoo contohnya, setiap berita terbaru akan dipaparkan terus di laman web anda. 3. Jika anda menggunakan RSS di laman web anda, pengendali laman web lain boleh meletakkan kandungan dari laman web anda secara automatik dan ini akan mempopularkan laman web anda.
( Blog yang anda bina contohnya dari blogger atau wordpress telah sedia ada ( built in ) mempunyai RSS feed, contoh url RSS feed adalah http://www.bloganda.blogspot.com/atomfeed.xml ) Anda juga amat digalakkan untuk menghantar RSS feed blog anda ke RSS directory. Anda boleh pergi ke http://www.masternewmedia.org/rss/top55/ dimana terdapat 55 blog directory. Dengan cara ini, anda juga akan menambah link backlink kembali ke blog anda dan ini amat di gemari oleh search engine. 11. Menulis Artikel ( salah satu teknik link building dan viral marketing ) Jika anda biasa melayari internet dan pernah subscribe di mana-mana laman web yang menawarkan ezine percuma, salah satu kandungan ezine adalah artikel yang di tulis sendiri oleh penulis ezine tersebut atau penulis undangan. Pada bahagian bawah sesuatu artikel itu terdapat beberapa baris perkataan mengenai penulis tersebut dan link kepada laman web penulis atau lebih di kenali sebagai bylines. Penulis telah memberikan kebenaran kepada pengeluar ezine tersebut dengan syarat meletakkan bylines penulis. Dengan menulis artikel seperti ini dan membenarkan mereka mengedar ezine tersebut secara percuma, artikel anda berpotensi dilihat oleh ribuan malah jutaan pembaca dan secara tidak langsung akan membawa pelawat ke laman web anda. Apakah yang perlu anda tuliskan pada artikel? 1. Anda boleh menulis mengenai apa sahaja kemahiran atau kepakaran anda. Artikel anda seharusnya menjurus kepada perniagaan internet anda tetapi tidak secara langsung memperkenalkan produk anda. 2. Elakkan sama sekali artikel yang berbentuk surat jualan. Pengguna akan mengelak daripada membaca artikel sebegini. 3. Pastikan tajuk yang menarik supaya pembaca akan terpanggil untuk terus membaca. 4. Sebaliknya artikel anda tidak mengandungi link affiliate kepada mana-mana produk atau perkhidmatan kerana akan membuatkan pembaca merasakan anda tidak boleh di percayai atau ada kepentingan lain. 5. Penulisan anda seharusnya ikhlas dan dalam bentuk informasi dan memberi pelajaran. Kongsi kepakaran atau pengetahuan yang anda miliki. Antara kaedah lain teknik artikel ini adalah dengan menghantar artikel anda ke laman directory artikel. Di Malaysia, laman-laman web seperti ini amat kurang sekali tetapi untuk pasaran yang lebih luas anda boleh menghantar artikel anda di lamanlaman web artikel ini: Ezine Articles - http://www.ezinearticles.com Article City - http://www.articlecity.com Author connection - http://www.authorconnection.com 12. E-BOOK ( salah satu teknik pemasaran viral ) E-book adalah singkatan daripada electronic books atau buku elektronik. E-Book mempunyai kandungan yang lebih banyak berbanding enzine atau artikel. Ia seolaholah sebuah buku cuma dalam bentuk elektronik. Apa yang anda sedang baca ini adalah contoh sebuah e-book. E-book mudah dihasilkan dan juga mudah untuk di sebarkan menerusi internet. Anda boleh menulis apa sahaja di dalam e-book. Bagi
tujuan pemasaran, kebanyakan internet marketing menggunakan e-book sebagai alat untuk memperkenalkan diri mereka dan perniagaan mereka kepada orang ramai. Pernahkah anda pergi ke laman perniagaan sebelum ini. Sewaktu anda melawati laman web ini, pasti ada di antara mereka yang akan menawarkan sesuatu yang percuma untuk anda, contohnya sebuah e-book berjudul Membina Perniagaan Dalam 3 Hari. Anda juga selalunya akan di berikan hak untuk mengedarkan atau memberikan e-book kepada sesiapa sahaja yang anda suka. Persoalannya, mengapa mereka memberikan segala maklumat ini secara percuma sedangkan ianya boleh di jual dengan harga tertentu? Tujuan utama memberikan secara percuma adalah untuk membina kredibiliti dan memperkenalkan diri mereka kepada ramai orang. Rata-rata pengguna internet terutama yang pertama kali pergi ke laman web perniagaan anda, tidak mengenali diri anda. Mereka tidak akan dengan mudah membeli produk atau perkhidmatan anda. Sebuah e-book yang di tulis dengan baik, dapat merapatkan jurang ini. Anda seolah-oleh berkomunikasi dengan pengguna tersebut dengan cara yang tersendiri dengan berkongsi kemahiran anda dengan mereka. Apabila anda menulis sebuah e-book, pastikan kandungannya bermanafaat dan berguna. Ini akan membuatkan anda lebih dihargai, lebih dikenali dan lebih dipercayai oleh pengguna. Di samping membina kredibiliti, anda juga dapat mempromosikan produk anda di dalam e-book tersebut atau memperkenalkan beberapa produk affiliate anda. Dengan cara ini, anda juga dapat menjana pendapatan sampingan melalui e-book tersebut. E-book juga amat mudah di sebarkan menerusi internet. Pembaca yang mendapati kandungan e-book anda menarik, pastikan akan menyebarkan kepada rakan-rakan mereka. Ini secara tidak langsung memperkenalkan anda kepada lebih ramai orang secara automatik tanpa perlu untuk anda bersusah payah membuat promosi. Bagaimana untuk menghasilkan e-book? Kebanyakkan e-book menggunakan format pdf. Terdapat berbagai perisian yang boleh anda gunakan untuk membina sebuah e-book. Antara perisian yang biasa di gunakan adalah Adobe Acrobat. Anda boleh download dan menggunakannya percuma selama 30 hari di http://www.adobe.com/download. Terdapat juga laman web yang menyediakan kemudahan membina fail pdf antaranya http://www.primopdf.com dan http://www.pdfpdf.com . 13. Mailing List Maling list adalah senarai e-mail yang anda perolehi daripada internet. Alamatalamat e-mail ini adalah daripada mereka yang berpotensi menjadi pelanggan anda. Cara yang paling mudah mendapatkan alamat e-mail di internet adalah melalui newsgroup seperti yahoogroups atau MSN groups. Bagi pengguna internet di Malaysia, terdapat ribuan group yang di bina baik di yahoogroups atau msngroups. Apa yang perlu lakukan adalah untuk mencari group-group yang berpotensi, mendapatkan alamat e-mail, dan seterusnya menghantar kepada setiap e-mail yang di perolehi. Bagaimana cara untuk mendapatkan senarai e-mail yang banyak dan menghantar ke semua e-mail tersebut secara serentak?
1. Pergi ke laman web yahoogroups di http://groups.yahoo.com. Masukkan kata kunci yang anda ingin cari contohnya perniagaan internet ke dalam kotak Find a Group dan tekan butang search.
2. Pilih group yang mempunyai ahli yang ramai dan berpotensi menjadi pelanggan anda. Seterusnya klik pada mana groups tersebut. 3. Anda sekarang berada pada laman web groups tersebut. Tuliskan atau copy alamat url groups tersebut kedalam notepad. Contoh url adalah http://groups.yahoo.com/group/duit_online/ 4. Gunakan perisian Atomic Email Hunter. Dowload perisian percubaan di http://www.massmailsoftware.com/extractweb. Anda dapat menggunakan perisian ini secara percuma selama 30 hari. 5. Masukkan alamat url yang anda copy daripada laman web groups tadi dan tekan butang go. Perisian ini secara automatik akan mencari alamat-alamat email yang terdapat pada groups tersebut. Simpan alamat-alamat e-mail di dalam Notepad. 6. Gunakan perisian percuma solways multimail, download perisian ini di http://www.sharewareplaza.com/Solways-Multimail-download_17923.html dan gunakannya untuk menulis e-mail dan menghantar ke semua alamat e-mail yang anda perolehi tadi dengan serentak. 14. Joint Venture atau Rakan Niaga Teknik Joint Venture adalah dengan mencari rakan niaga yang terbaik. Rakan niaga anda sebaik-baiknya ahli perniagaan internet yang telah lama menjalankan perniagaan mereka dan telah mempunyai pelanggan ataupun audiens mereka yang tersendiri. Mereka sebaik-baiknya telah di kenali ramai dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Tujuan anda membuat Joint Venture adalah untuk memudahkan anda terus di kenali ramai kerana rakan kongsi anda akan memperkenalkan anda kepada seluruh audiens yang di milikinya ( melalui laman web rakan kongsi ) Rakan kongsi akan turut mengumumkan anda dan produk anda kepada seluruh mailing list yang di milikinya. Ini akan memudahkan anda mempromosikan produk anda dengan kadar jualan yang tinggi kerana kebanyakan ahli mailing list rakan niaga anda tadi adalah senarai pengunjung dan pelanggan yang berpotensi tinggi. Pastikan anda mencari rakan kongsi yang berkaitan dengan perniagaan anda untuk hasil yang lebih berkesan. Perkongsian ini turut menjimatkan kos pengiklanan anda di mana produk anda turut di promosikan oleh rakan niaga anda. Bagaimana untuk mencari rakan kongsi dan meyakinkan mereka menjadi rakan kongsi anda? Anda perlu menghubungi mereka secara terus (e-mail atau telefon ). Nyatakan kepada mereka bahawa anda berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka. Perkenalkan produk anda kepada mereka dan beritahu mereka tentang kelebihan produk anda. Nyatakan potensi dan keuntungan yang bakal mereka perolehi melalui perkongsian ini. 15. Search Engine Submission Hantar laman web anda yang telah siap ke enjin pencari. Hantar pada search engine terutamanya MSN dan Yahoo. Google mengambil masa yang panjang untuk menyenaraikan laman web. Anda boleh kemana-mana search engine dan taip submit site. http://www.google.com/addurl.html http://search.yahoo.com/info/submit.html
http://search.msn.com/docs/submit.aspx?FORM=WSDD2 LookSmart: www.looksmart.com Open directory: www.dmoz.org AltaVista: www.altavista.com Lycos: www.lycos.com Hotbot: www.hotbot.com Overture: www.overture.com FAST: www.alltheweb.com Excite: www.excite.come AOL: www.searc.aol.com AskJeeves: www.askjeeves.com Dan banyak lagi. Sesetengah pakar internet marketing melarang menghantar ke search engine. Mereka berpendapat biarkan spider search engine mencarinya sendiri dan akan berada pada ranking yang terbaik. Tapi bagi saya tiada salahnya untuk anda submit laman web anda ke search engine directory ini. Secara peribadi laman web yang saya bangunkan, sekalipun tidak di hantar ke directory seperti ini tetap akan di index dalam masa lebih kurang dua minggu sahaja. Jika anda ingin melakukan submission ini dengan cara yang lebih mudah, anda boleh menggunakan software yang saya berikan secara percuma di bahagian bonus pakej ini. 15. Sig File Sig file adalah nama singkat bagi signature file iaitu pengenalan ringkas mengenai diri anda. Sig file selalunya di letakkan pada bahagian akhir sesuatu kandungan seperti e-mail, newsletter dan ezine. Ramai orang beranggapan sig file tidak penting. Anggapan begini amat salah sama sekali kerana jika sig file ini di gunakan dengan kaedah yang betul, ia pasti akan membuatkan anda lebih di kenali dan anda juga dapat membuat lebih banyak jaringan perniagaan. Saya ambil satu senario mengenai sig file ini……… Anda menghantar satu e-mail kepada rakan anda yang mengandungi berita-berita terkini yang sensasi yang menarik untuk di baca, rakan anda tadi akan membacanya dan oleh kerana kandungan tersebut amat menarik dan seronok di baca maka dia forward e-mail tersebut kepada rakan-rakannya atau melalui group-group. Selalunya maklumat sensasi mudah merebak. Katakan anda menghantar kepada 10 orang rakan dan mereka menghantar kepada 10 rakan yang lain. 1 x 10 = 10 10 x 10 = 100 100 x 10 = 1,000 1,000 x 10 = 10,000 10,000 x 10 = 100,000 100,000 x 10 = 1,000,000
Dengan hanya enam kali e-mail yang anda hantar tadi dan kemudian di forwardkan, e-mail tersebut sudah di baca oleh ( 10 + 100 +1000 + 10000 +100000 + 1000000 ) satu juta satu ratus sebelas ribu satu ratus sepuluh orang. Dengan itu juga e-mail yang mengandungi maklumat mengenai anda seperti nama , e-mail, alamat perniagaan anda akan di bawa bersama dan akan di lihat. Secara tidak langsung akan memperkenalkan anda dan perniagaan anda kepada ramai bakal pelanggan.
Di sini saya nyatakan e-mail, ezine atau maklumat yang biasanya di forwardkan oleh penerima e-mail. • • • • • • •
Cara buat duit di internet Benda-benda percuma Cerita-cerita lawak Gambar-gambar lawak Cerita-cerita / gambar artis Promosi-promosi menarik Tip-tip menarik mengenai kesihatan, agama, wanita dan sebagainya.
Contoh kandungan signature File ******************************************* Mohamad Najib Kasimin Monakas.Com – 8 Cara Mudah Perniagaan Internet http://www.monakas.com email : http://www.monakas.com/support ******************************************* Bagaimana untuk meletakkan sig file ini di dalam e-mail secara automatik? Sila ikuti langkah berikut ( bagi yang menggunakan yahoo mail ) Sig File Masuk kedalam akaun yahoo mail anda dan klik pada menu options.
Window seperti berikut akan terbuka. Seterusnya klik di Signature.
Masukkan Signature anda seperti contoh di bawah. Selepas siap, klik di menu save.
Di ruangan compose e-mail, pastikan anda check use my signature sebelum anda menghantar e-mail tersebut.
Di bawah adalah contoh e-mail yang menggunakan signature file ini.
Saya harap anda memperolehi manfaat daripada e-book dan Video Tutorial yang telah saya sediakan ini dan berharap anda dapat memulakan perniagaan internet anda dalam masa yang terdekat. Sebarang pandangan atau komen anda boleh hantarkan melalui support center http://www.monakas.com/pertanyaan/. Komen anda yang membina akan dapat membantu saya memperbaiki lagi kelemahan yang terdapat pada pakej ini. Bagi saya tiada sesiapa yang sempurna di dunia ini kecuali Tuhan yang maha esa. Sebagai kesimpulannya saya ingin menyatakan 3 perkara penting untuk anda…. Pertama: Lakukan sebaik mungkin apa yang saya tunjukkan di dalam e-book dan Video Tutorial ini. Lakukan lagi kajian tambahan menerusi internet dan sumbersumber lain yang bermanfaat mengenai perniagaan anda. Kedua: Elakkan dari menyertai sebarang skim menjana wang segera atau wang yang datang dengan usaha yang tidak sepadan. Ingatlah bahawa tiada istilah wang segera di dunia ini tanpa usaha. Ketiga: Saya amat-amat berharap, tolong jangan putus asa atas segala usaha anda. Setiap perniagaan atau pekerjaan akan menghadapi cabaran dan kesukaran. Jika tidak berjaya, minta bantuan daripada orang lain. Tanamkan semangat di dalam diri anda. Ingatlah………perniagaan internet di Malaysia ini masih baru dan anda adalah salah seorang perintisnya. Masih banyak lagi ruang untuk anda berjaya dalam bidang ini. Masih banyak lagi idea yang belum di terokai oleh usahawan internet di Malaysia dan anda mungkin menjadi pencetus idea itu dan menjadi antara jutawan internet Malaysia
Bersama Menuju Kecemerlangan Mohd Najib Kasimin B. Eng ( Hons ) Mechanical Engineering ( Uitm Shah Alam ) http://www.monakas.com
1. Pengenalan kepada nama domain Video 1 http://www.getsponder.com/member-only/video/intro/nadov-1/nadov-1.html 2. Mendaftar nama domain dengan salah satu registrar Video 2 http://www.getsponder.com/member-only/video/intro/nadov-2/nadov-2.html 3. Pengenalan kepada hosting dan panduan memilih hosting yang sesuai Video 3 http://www.getsponder.com/member-only/video/intro/nahostv-1/nahostv-1.html 4. Mendaftar akaun web hosting dengan pengendali web hosting Video 4 http://www.getsponder.com/member-only/video/intro/nahostv-2/nahostv-2.html 5. Mengintegrasi nama domain dengan akaun web hosting anda (DNS setting) Video 5 http://www.getsponder.com/member-only/video/intro/naintv-1/naintv-1.html 6. Menggunakan Control Panel pada akaun web hosting anda Video 6 http://www.getsponder.com/member-only/video/intro/naconv-1/naconv-1.html Video 7 http://www.getsponder.com/member-only/video/intro/naconv-2/naconv-2.html
Membina Laman Web Perniagaan ( Sesuai untuk menjual satu produk atau dikenali sebagai Mini Site )
7. Membina surat jualan yang Profesional ( template di sediakan ). Daripada membina grafik untuk header, memasukkan maklumat, photo, membina table, membina Cascading Style Sheet, membina dan meletakkan background image, mengubah warna dan font, meletakkan link dan kesemua perkara penting untuk membina laman web jualan yang profesional ( Video Tutorial ini akan menggunakan perisian Dreamweaver dan Photoshop ) Template http://www.monakas.com/member-only/addon/TemplatePercuma.zip Video 1 http://www.getsponder.com/member-only/video/mini/miniv-1/miniv-1.html Video 2 http://www.getsponder.com/member-only/video/mini/miniv-2/miniv-2.html 8. Upload laman web yang telah siap menggunakan FTP Video 3 http://www.getsponder.com/member-only/video/mini/miniv-3/miniv-3.html 9. Menggunakan Autoresponder dengan menggunakan syarikat pengendali autoresponder. Daftar dan Intragrasi code kedalam laman web anda Video 4 http://www.getsponder.com/member-only/video/mini/miniv-4/miniv-4.html 10. Install popup yang menarik pada laman web anda. Video tutorial ini akan menunjukkan bagaimana untuk meletakkan gambar/text/borang opt-in dan sebagainya pada popup ini Video 5 http://www.getsponder.com/member-only/video/mini/miniv-5/miniv-5.html Software/script http://www.monakas.com/member-only/addon/Popup.zip 11. Membolehkan laman web perniagaan anda menerima kad kredit. Pengenalan kepada Merchant Account atau syarikat pemproses kad kredit dan panduan memilih
syarikat yang sesuai. Video 6 http://www.getsponder.com/member-only/video/mini/miniv-6/miniv-6.html 12. Mendaftar dengan Paypal ( Syarikat pemproses kad kredit ) Video 7 http://www.getsponder.com/member-only/video/mini/miniv-7/miniv-7.html
13. Mendaftar dengan 2CheckOut ( Syarikat pemproses kad kredit ) Video 8 http://www.getsponder.com/member-only/video/mini/miniv-8/miniv-8.html 14. Mengintergrasikan payment processor Paypal dan 2CheckOut dengan laman web Video 9 http://www.getsponder.com/member-only/video/mini/miniv-9/miniv-9.html 15. Bagaimana untuk membolehkan produk digital yang di jual melalui internet di download hanya selepas bayaran dibuat. Setting pada laman web dan payment processor Video 10 http://www.getsponder.com/member-only/video/mini/miniv-10/miniv-10.html 16. Membina borang pesanan online supaya pembeli boelh memasukkan maklumatmaklumat pesanan dan perkara yang berkaitan. Software Form Creater Video 11 http://www.getsponder.com/member-only/video/mini/miniv-11/miniv-11.html Software http://www.monakas.com/member-only/addon/Form.zip 17. Membina contact form supaya pelanggan boleh menghubungi anda dengan mudah. Contact form ini dapat mengelakkan anda daripada bulk e-mail atau spam Video 12 http://www.getsponder.com/member-only/video/mini/miniv-12/miniv-12.html 18. Membuat percubaan sistem pembayaran dengan pembelian $0.00 untuk memastikan ianya beroperasi dengan betul Video 13 http://www.getsponder.com/member-only/video/mini/miniv-13/miniv-13.html
Membina Laman Web Interaktif ( Untuk menjual lebih dari satu produk atau lebih dikenali sebagai shopping site )
19. Download script ke komputer anda, unzip penjelasan kandungan dan membina database di hosting. Video 1 http://www.getsponder.com/member-only/video/shop/shopv-1/shopv-1.html Script Shop Script http://www.monakas.com/member-only/addon/Shop%20Script.zip
20. Setting pada script dan install ke hosting anda Video 2 http://www.getsponder.com/member-only/video/shop/shopv-2/shopv-2.html 21. Setting di Control Panel Script ( Admin Control Panel ) Video 3 http://www.getsponder.com/member-only/video/shop/shopv-3/shopv-3.html 22. Memasukkan produk yang hendak di jual pada database seperti gambar, keterangan mengenai produk dan harga produk. Video 4 http://www.getsponder.com/member-only/video/shop/shopv-4/shopv-4.html 23. Mengubah bahasa, perkataan dan ayat supaya bersesuaian dengan perniagaan anda. Video 5 http://www.getsponder.com/member-only/video/shop/shopv-5/shopv-5.html 24. Meletakkan sistem pembayaran kad kredit dan borang pesanan untuk bayaran secara online banking dan sebagainya. Video 6 http://www.getsponder.com/member-only/video/shop/shopv-6/shopv-6.html 25. Mengubah laman web yang di hasilkan supaya berindentitikan perniagaan anda seperti header atau banner syarikat, navigation bar, button, warna, gambar, link, berbagai banner dan sebagainya. Video 7 http://www.getsponder.com/member-only/video/shop/shopv-7/shopv-7.html 26. Bonus. Bagaimana meletakkan iklan ( dan dapat duit ) di dalam laman web anda. Video 8 http://www.getsponder.com/member-only/video/shop/shopv-8/shopv-8.html Membina Laman Web “Multiple Income” Laman web telah diuji dan di install tanpa sebarang masalah dengan menggunakan webhosting Hosgator. Untuk
mendapatkan special diskaun iaitu hanya USD0.01 ( bulan pertama sahaja ) sila klik disini http://www.hostgator.com/ untuk pergi ke Hostgator. Pergi ke bahagian webhosting dan pilih di pakej baby iaitu USD9.95/ month. Buat pembelian pakej ini. Di bahagian order wizard ( billing cycle ), pilih monthly @ 9.95 + Setup Free. Kemudian masukkan hgc25 di ruang kupon. Webhosting Hosgator juga menggunakan Cpanel dan membolehkan anda addon domain tanpa had.Nota: Promosi USD 0.01 ini terhad dan boleh berubah pad bila-bila masa
1. Langkah demi langkah – File transfer ( FTP ), setup permisson dan setting pada script Script http://www.monakas.com/member-only/addon/3-In-One-Site.zip 2. Langkah demi langkah – Setup pada control panel, menambah berbagai produk affiliate, pengiklanan Google Adsense/Yahoo search marketing dan produk sendiri. Video 1 http://www.getsponder.com/member-only/video/multi/3inone1/3inone1.html 3. Langkah demi langkah – menambah link, term of service, contact form, artikel dan keyword yang sesuai. Video 2 http://www.getsponder.com/member-only/video/multi/3inone1/3inone2.html 4. Langkah demi langkah – Mengubah tema laman web anda supaya unik dan berlainan daripada laman web lain. Video 3 http://www.getsponder.com/member-only/video/multi/3inone3/3inone3.html 5. Langkah demi langkah – Bagaimana untuk menentukan “ niche “ atau tema/kandungan yang popular, menguntungkan dan digemari ramai. Juga bagaimana untuk mendapatkan kandungan laman web dengan percuma dan mudah ( walaupun anda tidak tahu bahasa inggeris ) Video 4 http://www.getsponder.com/member-only/video/multi/3inone4/3inone4.html
Menawan pelawat/pengguna dengan Video dan Audio Software Video http://www.monakas.com/member-only/addon/VideoWebWizardProduct.zip Audio http://www.monakas.com/member-only/addon/Web%20Audio%20Plus.zip
1. Langkah demi langkah – Membina/convert video untuk laman web ( software di sediakan ) Video 1 http://www.getsponder.com/member-only/video/videoweb/videoweb1/videoweb1.html 2. Langkah demi langkah – Meletakkan video di laman web anda ( berbagai jenis player di sediakan ) Video 2 http://www.getsponder.com/member-only/video/videoweb/videoweb2/videoweb2.html 3. Langkah demi langkah – Membina dan convert audio untuk laman web. ( software disediakan ) Video 3 http://www.getsponder.com/memberonly/video/audioweb/audioweb1/audioweb1.html 4. Langkah demi langkah – Meletakkan audio di laman web anda ( berbagai jenis player di sediakan ) Video 4 http://www.getsponder.com/memberonly/video/audioweb/audioweb2/audioweb2.html Memasang sistem ‘ support ticket ‘ atau bantuan pengguna. Sistem bantuan ini akan memudahkan pelawat/pelanggan menghubungi anda. Script http://www.monakas.com/member-only/addon/eTicket-1_1.5.5.1.zip 1. Langkah demi langkah – Membina database FTP, setting pada installer, menukar ‘file pemission ‘ dan setup akaun. Video 1 http://www.getsponder.com/member-only/video/support/support1/support1.html 2. Langkah demi langkah – Kaedah menggunakan/mengendalikan sistem support ticket dari A – Z di terangkan dengan teperinci. Video 2 http://www.getsponder.com/member-only/video/support/support2/support2.html 3. Langkah demi langkah – Mengubah penampilan sistem support ticket ini. Video 3 http://www.getsponder.com/member-only/video/support/support3/support3.html
BONUS 1 SCRIPT Autoresponder Berserta Video Tutorial Langkah Demi Langkah Kaedah Pemasangan Script tersebut Pada Laman Web Anda 1. Download script, unzip, penjelasan kandungan script dan membina database di hosting ( 8 minit ) Video 1 http://www.getsponder.com/member-only/video/auto/autov-1/autov-1.html 2. Konfigurasi dan setting pada script ( PHP ). Transfer script ke hosting ke dalam folder yang betul ( 9 minit ) Video 2 http://www.getsponder.com/member-only/video/auto/autov-2/autov-2.html 3. Penerangan mengenai crontab dan setting crontab pada server anda ( 8 minit ) Video 3 http://www.getsponder.com/member-only/video/auto/autov-3/autov-3.html 4. Setting pada bahagian admin dan penjelasan teperinci cara penggunaan sistem autoresponder ini – setiap kempen, meletakan messege, menentukan masa penghantaran messege, meletakkan borang subsribe pada laman web dan sebagainya ( 18 minit ) Video 4 http://www.getsponder.com/member-only/video/auto/autov-4/autov-4.html 5. Script Infinite Responder Script http://www.monakas.com/member-only/addon/Infinite_Responder_v1.zip 6. Script Multimedia Autoresponder Script
http://www.monakas.com/member-only/addon/MediaAutoResponderProduct.zip 7. E-book Autoresponder Magic E-Book http://www.monakas.com/member-only/addon/am.zip 8. E-book Milion Dollar E-Mails E-Book http://www.monakas.com/member-only/addon/million.zip
BONUS 2 Script Affiliate Berserta Video Tutorial Langkah Demi Langkah Kaedah Pemasangan Script Tersebut Pada Laman Web Anda 1. Membina database dan setiap table/password pada database anda (7 minit ) Video 1 http://www.getsponder.com/member-only/video/affi/affiv-1/affiv-1.html 2. Konfigurasi dan setting pada sctipt ( PHP ). Transfer script ke hosting ke dalam folder yang betul ( 8 minit ) Video 2 http://www.getsponder.com/member-only/video/affi/affiv-2/affiv-2.html 3. Pengubah suaian laman web sistem affiliate anda supaya berindentitikan perniagaan anda seperti header, footer dan kandungan. ( 9 minit ) Video 3 http://www.getsponder.com/member-only/video/affi/affiv-3/affiv-3.html 4. Integerasi sistem affiliate dengan laman web dan pemproses kad kredit ( paymant processor ) dan cara penggunaan sistem affiliate ini (13 minit ) Video 4 http://www.getsponder.com/member-only/video/affi/affiv-4/affiv-4.html 5. Script Post Affiliate 1.3 Script http://www.monakas.com/member-only/addon/postaff13.zip
1.BONUS 3
5 Easy Ways To Maximize Your Adsense Commisions ( 10 set Video Tutorial daripada Louise Allport Video All http://www.monakas.com/member-only/addon/MaximizeAdSense.zip 2. How To Get Traffic and Make Money Using Myspace. ( 4 set Video Tutorial daaripada Tim Carter ) Video 1 http://www.getsponder.com/member-only/video/adsense/myspace1.zip Video 2 http://www.getsponder.com/member-only/video/adsense/myspace2.zip Video 3 http://www.getsponder.com/member-only/video/adsense/myspace3.zip Video 4 http://www.getsponder.com/member-only/video/adsense/myspace4.zip 3. Tempat Pasang Siap Adsense ( Hadiah Istimewa ) Template http://www.monakas.com/member-only/addon/adsense-template.zip
4. E-Book – The Adsense Traffic Guide E-Book http://www.monakas.com/member-only/addon/traffic.zip
5. E-Book – Adsense Revenue Exposed E-Book http://www.monakas.com/member-only/addon/AdsenseRevenueExposed.zip 6. E-Book – Unlimited Adsense Income E-Book http://www.monakas.com/member-only/addon/Unlimited%20Adsense%20Income.zip
BONUS 4 Pakej Reseller ( Produk Terbaru 2007 ) Lengkap Dengan Surat Jualan Profesional dan hak jualan semula 1. Pakej Reseller 1 Reseller 1 http://www.monakas.com/member-only/addon/reseller1.zip 2. Pakej Reseller 2 Reseller 2 http://www.monakas.com/member-only/addon/reseller2.zip 3. Pakej Reseller 3 Reseller 3 http://www.monakas.com/member-only/addon/reseller3.zip
BONUS 5 Affiliate Income Booster Script untuk melindungi link Affiliate Berserta Video Tutorial Langkah Demi Langkah Kaedah Penggunaan Script Tersebut Pada Link Affiliate Anda 1. Script Affiliate Income Booster + Extra Script Script http://www.monakas.com/member-only/addon/affbooster.zip 2. Video Tutorial Langkah Demi Langkah cara penggunaan script ini Video http://www.getsponder.com/member-only/video/ads/adsv-4/adsv-4.html
BONUS 6 Koleksi Script, Software, E-Book dan Template 1. Professional Webmaster Script Proscript http://www.monakas.com/member-only/addon/88pro.zip
2. Click Magnet Clickmagnet http://www.monakas.com/member-only/addon/clickmagnet.zip 3. Magic Subscriber Magicsubscriber http://www.monakas.com/member-only/addon/magicsubscriber.zip
4. Ultimate Ad Tracker Tool V2.1 Adtracker http://www.monakas.com/member-only/addon/adtrackerv2.1.zip
5. Site Submitter Submitter http://www.monakas.com/member-only/addon/Advanced%20Site%20Submitter.zip 6. Contact Form Creator Form http://www.monakas.com/member-only/addon/Form.zip
7. Cory Rudl E-Book Coryrudl http://www.monakas.com/member-only/addon/Coryrudl.1.zip 8. How to create Minisite that sell like crazy! Minisite http://www.monakas.com/member-only/addon/killer.zip
9. Online Advesting Advesting http://www.monakas.com/member-only/addon/advertising.zip
10. WITHDRAW PAYPAL MONEY Paypal http://www.monakas.com/member-only/addon/malaysia-paypal.zip
11. Template minisite Template http://www.monakas.com/member-only/addon/TemplatePercuma.zip
Semoga Berjaya Sekian Terima Kasih