Biskut Makmur Bahan-bahan: 600gm tepung gandum 1 ketul (250gm) mentega 3 biji telur minyak sapi secukupnya (lebih kurang 1 tin kecil) 500gm kacang tanah gula secukupnya Cara membuat: 1. Gaul tepung, telur dan mentega hingga rata. 2. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi lembut (doh) 3. Kacang tanah di kisar bersama gula dan dikepal menjadi bentuk bujur 4. Bungkus kacang yang telah dibentuk tadi dengan doh. 5. Bakar dengan suhu 170^C selama 15 minit atau sehingga kekuningan. 6. Salutkan biskut yang telah sejuk dengan gula aising atau gula halus