Bincangkan Pelaksanaan Naungan Melalui Pembayaran Jizyah Pada Zaman.docx

  • Uploaded by: Hui Ling Chieng
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bincangkan Pelaksanaan Naungan Melalui Pembayaran Jizyah Pada Zaman.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 5,873
  • Pages: 16
Bincangkan pelaksanaan naungan melalui pembayaran jizyah pada zaman Khalifah al-Rasyidin dan Khalifah Umayyah. Jizyah dapat diertikan sebagai cukai perlindungan yang dikenakan kepada golongan kafir zimmi iaitu orang bukan Islam yang menerima perlindungan nyawa dan harta benda daripada pemerintah Islam. Umumnya, jizyah yang dikenakan terbahagi kepada dua kategori, iaitu jizyah secara baik atas dasar kerelaan dan persetujuan serta jizyah secara paksaan di mana pemerintah Islam akan menentukan kadarnya. Pemerintahan Khulafa al-Rasyidin yang berpusat di Madinah terdiri daripada empat khalifah manakala pemerintahan kerajaan Umayyah yang berpusat di Damsyik dan berlangsung hampir 90 tahun terdiri daripada 14 orang khalifah. Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, golongan kafir zimmi dikenakan jizyah sebagai balasan perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Namun, hanya kafir zimmi yang memenuhi syarat sahaja akan dikenakan jizyah. Antaranya ialah lelaki yang sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka dan bukan ahli agama seperti pendeta dan paderi. Kewajipan membayar jizyah akan gugur jika seseorang kafir zimmi itu memeluk agama Islam atau kerajaan Islam gagal memberikan jaminan keselamatan nyawa dan harta benda mereka. Tegasnya, hanya golongan yang memenuhi syarat-syarat tertentu diperlukan membayar jizyah mengikut kadar yang berpatutan bersesuaian dengan kedudukan dan kemampuan individu tersebut. Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, pelaksanaan jizyah menjadi lebih signifikan. Ini kerana melalui pembayaran jizyah, hubungan diplomatik dan naungan antara Madinah dengan kerajaan lain dapat dibentuk. Misalnya, Khalifah Abu Bakar telah memberi pilihan kepada kerajaan Iraq dan Syria sama ada ingin diserang, membayar jizyah atau memeluk agama Islam. Iraq dan Syria kemudian memilih membayar 19 ribu dirham setahun sebagai jizyah dan tindakan ini telah membentuk hubungan diplomatik antara negara-negara tersebut. Melalui jizyah juga, beberapa kerajaan menjadi wilayah naungan kerajaan Madinah. Buktinya, setelah panglima Khalid al-Walid menawan kerajaan al-Anbar dan Ain al-Tamar, pembayaran jizyah terpaksa dibuat oleh kedua-dua kerajaan tersebut. Tegasnya, pelaksanaan jizyah pada zaman Khalifah Abu Bakar memperlihatkan pembentukkan hubungan diplomatik dan naungan kerajaan Madinah dengan kerajaan lain. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, sistem jizyah masih diguna dan dimantapkan. Hal ini ternyata jelas apabila beliau telah menugaskan para gabenor untuk menguruskan hal ehwal pembayaran jizyah oleh wilayah-wilayah taklukan Islam seperti Baitulmuqqadis, Babylon dan Byzantine. Berikutan dengan dasar perluasan Khalifah Umar al-Khattab, wilayah-wilayah seperti Tripoli, Nabawan dan Qairawan turut terletak di bawah naungan kerajaan Madinah dan dikehendaki membayar jizyah berdasarkan kadar yang ditetapkan. Malah, apabila Khalifah Uthman bin Affan menjadi Khalifah, wilayahwilayah tersebut masih kekal sebagai negeri naungan kerajaan Islam Madinah. Namun, akibat perpecahan semasa pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib, banyak negeri naungan Islam telah membebaskan diri dan menghentikan pembayaran jizyah. Ringkasnya, sistem jizyah terus dilaksanakan selepas Khalifah Abu Bakar walaupun pendapatan jizyah berkurangan pada akhir pemerintahan zaman Khulafa al-Rasyidin. Pada zaman Umayyah pula, pelaksanaan jizyah masih diteruskan tetapi konsep dan sistem pelaksanaannya berbeza antara khalifah mengikut falsafah masing-masing. Pada zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan, jizyah bukan sahaja dikenakan terhadap golongan zimmi malah turut dikenakan ke atas golongan Islam yang bukan berketurunan Arab (Mawali). Hal ini kerana ramai golongan bukan Arab memeluk agama Islam untuk mengelakkan diri daripada membayar jizyah dan ini telah mengurangkan punca pendapatan negara. Khalifah Abdul Malik juga telah mengubah pembayaran jizyah dalam bentuk hasil pertanian kepada bentuk tunai, malahan telah meningkatkan jumlahnya kepada empat kali ganda.

Golongan rahib pula dikenakan jizyah sebanyak satu dinar. Ini menunjukkan dasar pelaksanaan jizyah pada zaman Khalifah Abdul Malik telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat khasnya golongan mawali. Semasa pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, pembayaran jizyah oleh kerajaan naungan diguna untuk meluaskan syiar Islam dan menambahkan pendapatan negara. Oleh itu, beliau melakukan penaklukan dan menjadikan wilayah yang ditakluk sebagai naungan kerajaan Umayyah dan mengembangkan syiar Islam. Penaklukan beliau merangkumi wilayah China Barat dan India Barat. Contohnya, wilayah Sind, Multan dan Samarqand. Jelaslah bahawa, penaklukan dan naungan yang dilakukan bertujuan untuk menjana pendapatan negara melalui kutipan jizyah. Pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah melaksanakan beberapa perubahan terhadap jizyah dan cuba kembali kepada kaedah Islam yang sebenar. Beliau berusaha mengurangkan rasa tidak puas hari golongan Mawali dengan menggalakkan asimilasi dan perkahwinan campur dengan golongan Arab. Jizyah ke atas Mawali dimansuhkan asalkan mereka beragama Islam. Jizyah dan kharaj juga dibezakan di mana jizyah hanya dikenakan kepada golongan bukan Islam manakala kharaj dikenakan ke atas pemilik tanah tanpa mengira Islam atau bukan Islam. Setelah kewangan negara kukuh, kadar jizyah juga dikurangkan kepada kadar yang mampu dibayar. Jelaslah bahawa pelaksanaan jizyah yang adil ini berjaya menarik semula sokongan golongan zimmi dan Mawali terhadap kerajaan Umayyah. Kesimpulannya, pelaksanaan jizyah bukan sahaja membuktikan kekuasaan kerajaan Islam tetapi juga dapat meningkatkan sumber pendapatan negara. Pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab, pembangunan negara berkembang pesat ekoran peningkatan sumber pendapatan negara termasuk jizyah. Pada zaman Umayyah, pelaksanaan jizyah berbeza ekoran keperluan semasa kewangan negara Umayyah.

Persamaan pelaksanaan jizyah pada zaman Khalifah al-Rasyidin dengan Khalifah Umayyah 1. Jizyah dikenaan terhadap golongan bukan Islam sebgai bayaran jaminan perlindungan nyawa dan harta benda. 2. Jizyah sebagai sumber pendapatan negara untuk pembangunan negara. 3. Jizyah dikenaan dengan kadar berbeza bergantung kepada keadaan kewangan sesebuah wilayah yang dikuasai dan kemampuan rakyatnya

Perbezaan pelaksanaan jizyah pada zaman Khalifah al-Rasyidin dengan Khalifah Umayyah Khalifah al-Rasyidin

1. 2.

3.

4. 5.

Khalifah Umayyah

Jizyah dikenakan terhadap golongan zimmi shj. Jizyah dikenakan terhadap zimmi dan Mawali. Jizyah dibezakan dengan kharaj Jizyah dikenakan bersama-sama dengan kharaj. - Jizyah (zimmi) - Jizyah (zimmi dan Mawali) - Kharaj (pemilik tanah) - Kharaj (zimmi dan Mawali) Rahib tidak perlu bayar jizyah kerana tidak ada Rahib perlu bayar jizyah pendapatan tetap. - Satu dinar dibayar semasa pemerintahan Abu Malik bin Marwan. Jizyah dikenakan ikut kemampuan individu dan Jizyah dikenakan berdasarkan kepada keperluan wilayah yang dikuasai semasa kewangan negara. Gabenor wilayah Islam mengutip jizyah dan Jizyah diurus oleh kerjaan pusat Damsyik melalui hantar kpd kerajaan pusat di Madinah. Diwan al-kharaj (Jabatan Kewangan Negara)

Bincangkan hubungan diplomatik pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan khalifah al-Rasyidin

Hubungan diplomatik yang dipelopori oleh Nabi Muhammad S.A.W. bermula dengan termeterainya Perjanjian Aqabah kedua pada tahun 622 Masihi yang menjadi titik tolak pembentukan kerajaan Islam di Madinah. Semasa zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W., baginda telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara jiran untuk meluaskan syiar Islam dan menjaga kestabilan pemerintahan Madinah. Hubungan diplomatik dijalinkan melalui pelbagai pendekatan dan kaedah diplomasi yang kemudiannya diikuti oleh para Khalifah al-Rasyidin selepas kewafatan baginda. Salah satu cara perjalinan hubungan diplomatik Nabi Muhammad S.A.W. adalah menghantar perutusan ke negara luar. Melalui utusan, Islam dapat diperkenal dan disebarkan dan sekaligus menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan tersebut. Contohnya, Khalid al-Walid telah dihantar ke Najran untuk menjalin hubungan diplomatik dengan negara tersebut. Dengan kebijaksanaan para utusan tersebut maka terjalinlah hubungan antara Madinah dengan Najran. Tegasnya, utusan yang dihantar oleh Nabi Muhammad S.A.W.telah membantu agama Islam diterima secara baik dan terbuka oleh negara-negara luar. Selain itu, Nabi Muhammad S.A.W. juga melaksanakan hubungan diplomatik melalui penaklukan. Penaklukan dilakukan secara aman tanpa pertumpahan darah. Contohnya, dalam peristiwa penaklukan kota Makkah pada 630 Masihi, Saidina Uthman bin Affan pernah dihantar ke Makkah sebagai utusan untuk menjalinkan hubungan diplomatik. Walaupun utusan tersebut gagal pada peringkat awal namun dengan kebijaksanaan Nabi Muhammad S.A.W., perjanjian Hudaibiyah telah ditandatangani. Melalui perjanjian tersebut, persengketan antara umat Islam di Madinah dan orang Quraisy di Makkah dapat diatasi dengan mematuhi syarat-syarat yang dikenakan. Jelaslah bahawa Nabi Muhammad S.A.W berusaha menakluk Makkah secara aman bagi menjalinkan hubungan diplomatik sesama kerajaan. Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W., negara Islam diperintah oleh Khalifah al-Rasyidin. Pada zaman tersebut, hubungan diplomatik giat dijalankan antara Madinah dengan negara-negara lain. Walaupun Khalifah Abu Bakar berdepan dengan ancaman masalah dalam negara yang besar semasa pemerintahanya, namun hubungan diplomatik dengan negara luar masih dijalankan. Contohnya, beliau telah menjalinkan hubungan diplomatic dengan kerajaan Parsi, Rom dan Syria. Malahan, Khalifah Abu Bakar turut mengambil kesempatan dengan menghantar misi untuk mengislamkan masyarakat yang dizalimi oleh pemerintah Rom. Tegasnya, perjalinan hubungan diplomatik masih dititikberatkan selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W bagi mengukuhkan kerajaan Islam Madinah. Semasa zaman Khalifah Umar al-Khattab, hubungan diplomatik antara Madinah dengan kerajaan yang lain banyak terbentuk sehinggakan zaman ini disifatkan sebagai zaman keemasan. Hubungan diplomatik dijalinkan melalui penghantaran wakil atau utusan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Contohnya, Saad bin Abi Waqqas dan Muthana bin Harith telah dihantar ke Parsi untuk menjalinkan hubungan diplomatik. Pendek kata, hubungan diplomatik antara kerajaan amat diambil berat bagi memperkukuhkan kestabilan politik negara. Seterusnya, hubungan diplomatik juga terjalin melalui perjanjian damai yg ditandatangani pada zaman Khalifah al-Rasyidin. Ini dapat mengelakkan pertumpahan darah sekaligus mengekalkan keamanan kerajaan2 yg terlibat. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, beliau telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Palestin bagi menakluki Baitulmuqqadis daripada Kristian. Justeru, bagi mengelakkan peperangan daripada tercetus, perjanjian damai telah ditandatangani oleh kerajaan Islam Madinah dengan Artibun iaitu pemerintah Baitulmuqqadis. Selain itu, melalui perjanjian damai juga, hubungan diplomatik di antara Madinah dengan Mesir dapat dijalinkan setelah hubungan yang sedia ada menjadi tegang angkara kedegilan pemerintah Mesir. Jelaslah bahawa perjanjian damai merupakan salah satu kaedah unutk menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan luar.

Kesimpulannya, dapat difahamkan bahawa hubungan diplomatik antara negara adalah penting bagi memelihara, menjamin dan mengukuhkan kedudukan agama dan negara. Malahan hubungan yang erat turut mendatangkan manfaat yang besar kepada Islam apabila agama Islam dapat disebarkan dengan lebih luas lagi.

Bincangkan perhubungan luar yang dilaksanakan melalui perjanjian2 yang dimeterai pada zaman Khalifah Abbasiyah dan zaman Khalifah Uthmaniyah Huraikan siri perjanjian yang berlaku pada zaman Khalifah Abbasiyah dari abad ke 9 hingga 113 Masihi dan zaman Khalifah Uthmaniyah dari abad ke-17 hingga 19 Masihi.

Zaman Khalifah Abbasiyah dan Khalifah Uthmaniyah telah berlaku peluasan kuasa dan hubungan luar melalui beberapa siri perjanjian dengan beberapa kuasa besar luar. Perjanjian yang dipersetujui oleh kerajaan Islam bujan sahaja bertujuan mengeratkan hubungan malah turut dijadikan jalan penyelesaian kepada sesebuah konflik. Pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid, dasar perluasan kuasa telah dijalankan dengan menakluki Byzantine di Asia Minor. Khalifah Harun al-Rasyid telah menyusun angkatan tentera yang berjumlah 95 000 orang pada 782 M dan bersedia menyerang Byzantine. Beliau telah mengemukakan tiga perkara kepada pemerintah Byzantine iaitu sama ada memeluk agama Islam, membayar jizyah atau berperang. Sehubungan dengan itu, wakil Raja Byzantine iaitu Maharani Irene Leo IV yang mahu mengelakkan peperangan telah memeterai perjanjian dengan beliau dengan menyatakan kesanggupan membayar ufti tahunan sebanyak 90 000 dinar dan membenarkan perkembangan Islam dan aktiviti perdagangan orang Islam di Byzantine. Ini menunjukkan perjanjian Abbasiyah dengan Byzantine yang ditandatangani membolehkan berlakunya gencatan senjata selama tiga tahun di samping mengukuhkan kuasa kerajaan Abbasiyah. Walau bagaimanapun, perjanjian yang telah dimeterai dengan Maharani Irene Leo IV telah diingkari oleh Raja Nicephorus I. Nicephorus I meminta Khalifah Harun al-Rasyid membayar balik segala jizyah yang telah dibayar sebelumnya. Situasi ini telah menyebabkan Khalifah Harun menghantar wakil untuk menemui Raja Nicephoris I dan menyatakan penegasannya sama ada menghormati perjanjian atau berperang. Apabila Raja Nicephorus I mengingkari perjanjian yang ditandatangani, angkatan tentera Islam meneruskan penaklukan dengan menduduki bandar Heraclea, Tyans, Iconium dan Emphesus dan ke Pulau Cyprus. Kejayaan ini telah menyebabkan Raja Nicephorus I memeterai perjanjian dan membayar ufti kepada kerajaan bani Abbasiyah. Pendek kata, perjanjian dengan kerajaan Byzantine sekali lagi dibuat bagi menjamin kedudukan dan kekuasaan kerajaan Abbasiyah. Pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmun pula, dasar pentadbirannya yang lebih memfokuskan kepada perkembangan ilmu pengetahuan telah menyebabkan tiada peperangan dengan negara-negara luar. Kesannya, perjanjian2 yang ditandatangani sebelumya tidak dipatuhi oleh negara2 yang terletak di bawah pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah seperti Byzantine, Khurasan, dan Pulau Cyprus. Namun, masalah ini dapat diatasi oleh Khalifah al-Makmun dengan memerangi Byzantine. Jelaslah bahawa, sepanjang sejarah diplomatik antara kerajaan Abbasiyah dan Byzantine telah berlaku enam kali perjanjian damai yang kebanyakannya dimungkiri oleh Byzantine. Sultan Muhammad IV yang merupakan salah seorang khalifah Uthmaniyah juga pernah menandatangani satu perjanjian dengan Rusia iaitu Perjanjian Radsin. Perjanjian ini ditandatangani selepas kekalahan teruk dalam peperangan antara Uthmaniyah dengan Rusia. Melalui perjanjian Radsin, kerajaan Uthmaniyah terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Rusia dan membuka perniagaan kepada bangsa Cossack di Laut Hitam. Kesannya, Turki Uthmaniyah telah kehilangan kuasa perdagangan di Laut Hitam. Tegasnya, perjanjian Radsin yang ditandatangani telah melemahkan kerajaan Uthmaniyah terutamanya dari segi penguasaan ekonomi.

Seterusnya adalah ketika pemerintahan Sultan Ahmad III yang menandatangani Perjanjian Passarowit. Perjanjian ini ditandatangani dengan Austria dan Venecia selepas kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Petewarden. Kesannya, kerajaan Uthmaniyah kehilanagan wilayah Balkan termasuk Serbia dan Rumania manakala Venecia menguasai kawasan pantai Dalmatia. Selepas kekalahan tersebut, kerajaan Uthmaniyah mula menukar polisi pemerintahan dengan mengamalkan pendekatan mesra rakyat dengan mengambil kira pandangan masyarakat, mengurangkan cukai dan meningkatkan prasarana awam bagi memperoleh keyakinan dan sokongan rakyat semula. Tegasnya, perjanjian Passarowit yang ditandatangani memperlihatkan kelemahan kerajaan Uthmaniyah dalam menghadapi kuasa-kuasa Barat. Perjanjian San Stefano 1878 juga ditandatangani antara kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia pada tahun 1878 bagi menamatkan perang terakhir antara kedua-dua negara berkenaan. Perjanjian ini menyaksikan keuntunga berpihak kepda Rusia, iaitu mengesahkan kemerdekaaan Serbia, Montenegro, dan Romania. Ini jelas membuktikan bahawa perjanjian ini merugikan kerajaan Uthmaniyah. Kesimpulannya, siri perjanjian yang dilakukan pada zaman Abbasiyah dan Kerajaan Uthmaniyah memberi impak positif dan negatif kepada kerajaan itu sendiri. Bagi zaman Khalifah Abbasiyah, setiap perjanjian adalah untuk memperkukuhkan negara Islam dan penerusan syiar Islam manakala perjanjian yang dimeterai oleh kerajaan Uthmaniyah menggambarkan kelemahan kerajaan dalam menghadapi kuasakuasa Barat yang akhirnya menjadi titik tolak kejatuhan empayar Uthmaniyah.

Bincangkan pengurusan baitulmal pada zaman Khalifah Abbasiyah dari abad ke-9 hingga 11 Masihi. Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berperanan menyelenggarakan harta umum dan tempat menyimpan barang berharga kerajaan. Pengurusan baitulmal zaman Abbasiyah boleh dilihat melalui tiga fasa iaitu zaman pembinaan, zaman kegemilangan dan zaman kemerosotan. Pada zaman Abbasiyah, Khalifah Harun al-Rasyid telah meninggalkan sejumlah harta besar dalam baitulmal namun institusi kewangan tersebut semakin merosot selepas kemangkatan beliau. Pada zaman Abbasiyah, sumber utama kewangan baitulmal diperoleh dpd orang Islam melalui pungutan zakat. Contohnya, zakat harta benda seperti emas dan perak, zakat pertanian dan zakat ternakan. Sumber daripada orang bukan Islam pula diperoleh dpd bayaran jizyah dan kharaj. Usyur, iaitu cukai perniagaan turut dikenakan ke atas orang Islam dan bukan Islam mengikut kadar yang ditetapkan. Baitulmal juga mendapat sumber dpd ghamnimah, al-fay, harta peninggalan orang mati tanpa waris, harta karun, wasiat dan hadiah. Perkembangan ekonomi pada zaman ini menyaksikan pelbagai cukai perdagangan (usyur) diperkenalkan seperti cukai garam, cukai ikan, cukai kilang, cukai import dan sebagainya. Sumber terbesar baitulmal zaman Abbasiyah ialah kharaj dan usyur berikutan peluasan kuasa dan perkembangan pesat ekonomi. Jelaslah bahawa terdapat pelbagai sumber kewangan yang diperoleh dan disimpan di Baitulmal pada zaman Abbasiyah. Dari segi pentadbiran baitulmal, khalifah menguruskan baitulmal di peringkat pusat manakala gabenor dilantik di peringkat wilayah. Khalifah dan gabenor melantik amil-amil yang berkelayakan untuk memungut sumber2 baitulmal. Pada zaman pemerintahan Khalifah al-Mahdi, Jabatan Akauntan Negara ditubuh untuk mengawal akaun setiap jabatan kerajaan, khasnya mengenai hasil pungutan dan perbelanjaan yang dananya diambil dari baitulmal. Pada zaman Harun al-Rasyid pula, Diwan al-Kharaj iaitu Jabatan Percukaian dibentuk bagi mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan cukai tanah. Segala peraturan percukaian telah disusun untuk dijadikan panduan negara dan memudahkan amil bertugas memungut cukai serta mengelakkan penindasan terhadap rakyat. Ringkasnya, pentadbiran baitulmal yang sistematik dan berkesan berjaya menjana pendapatan dan kewangan baitulmal. Pada zaman Khalifah al-Mahdi, beliau berusaha menambahkan dana baitulmal melalui sistem Muqazamah. Di bawah sistem ini, cukai akan dikenakan berdasarkan hasil pertanian bersih. Pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid, baitulmal mencapai zaman kemuncaknya dan memberi sumbangan besar dalam bidang pentadbiran dan pembangunan negara. Contohnya, wang Baitulmal diguna untuk pembayaran gaji kakitangan kerajaan dan tentera, menaja kegiatan keilmuan, mendirikan masjid, sekolah, hospital, terusan air dan sebagainya. Semasa pemerintahan beliau, hasil perolehan baitulmal dari cukai sektor ekonomi mencecah 900 juta dirham (RM180 bilion) sehingga kota Baghdad muncul sebagai pusat ilmu dan perdagangan utama dunia. Sesungguhnya, para khalifah telah menguruskan sumber baitulmal dengan cekap dan ini memperkukuhkan kerajaan Abbasiyah. Namun, sumber kewangan negara merosot serta menyusutkan simpanan Baitulmal pada era pemerintahan khalifah2 Abbasiyah pada abad akhir ke-9 dan ke-10. Khalifah al-Mustain, misalnya, telah mengalami permasalahan dalam menambah kewangan negara dan simpanan Baitulmal kerana telah membelanjakan peruntukan yang banyak dalam menangani krisis Syakiriah dengan tentera Samarra pada tahun 863M. Pada zaman Khalifah al-Muhtadi pula, berlaku penyusutan yang teruk dalam harta Baitulmal. Walaupun beliau berusaha untuk memulihkan kewangan negara melalui pelbagai cara seperti pembayaran gaji tentera dan pegawai awam sebulan sekali, mewujudkan undang2 pusaka dengan tujuan sekiranya ada pihak waris yang tidak menuntut, harta pusaka akan menjadi milik Baitulmal. Namun, usaha2 tersebut masih menemui kegagalan. Tegasnya, keutuhan baitulmal semakin terjejas pada zaman akhir pemerintahan kerajaan Abbasiyah.

Pada zaman Khalifah al-Qadir, sumber baitulmal mengalami sedikit pemulihan disebabkan kejayaan tentera Abbasiyah memenangi peperangan di Turki, Wasit dan Basrah. Kesannya, banyak harta rampasan perang diperoleh. Malahan, serangan ke atas Batihah dan Basrah juga berjaya mencapai kejayaan. Mereka yang tewas telah bersetuju membayar cukai sebanyak 1 000 dinar setahun kepada kerajaan pusat Abbasiyah. Walau bagaimanapun, kejayaan beliau masih tidak mampu menyelamatkan kerajaan Abbasiyah daripada kemerosotan. Jelaslah bahawa walaupun Khalifah al-Qadir telah memulihkan sumber baitulmal pada zaman pemerintahannya tetapi pemulihan tersebut adalah agak terhad dan lewat sehingglah membawa kepada kemerosotan kerajaan tersebut. Kesimpulannya, baitulmal yang diperkenalkan sejak zaman Khulafa al-Rasyidin terus berfungsi hingga zaman Abbasiyah dan menjadi institusi terpenting dalam pembangunan negara. Namun, terdapat perbezaan cara pelaksanaan mengikut kerajaan yang memerintah. Pengurusan baitulmal zaman Abbasiyah memperlihatkan zaman pembinaan, kegemilangan dan kemerosotannya sehinggalah kerajaan tersebut diserang dan dikalahkan oleh orang Tartar.

Bincangkan pelaksanaan cukai pada zaman khalifah Abbasiyah dari abad ke-9 hingga ke-11 Masihi. Pada zaman khalifah Abbasiyah, wujud dua buah diwan (jabatan) utama iaitu Diwan al-Jund (Jabatan Ketenteraan) dan Diwan al-Kharaj (Jabatan Percukaian). Pelaksanaan cukai pada zaman kerajaan Abbasiyah meliputi tiga sumber utama iaitu kharaj, jizyah dan usyur. Kharaj merupakan cukai yang dikenakan ke atas pemilik tanah yang ditakluki oleh tentera Islam, jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan ke atas orang bukan Islam (zimmi) dan usyur pula merupakan cukai perniagaaan yang dikenakan ke atas semua peniaga Islam dan bukan Islam apabila mereka menjalankan perniagaan dalam negara Islam. Pada zaman Abbasiyah, Diwan al-Kharaj dibentuk untuk mengendalikan pentadbiran cukai tanah yang mengeluarkan hasil pertanian. Jabatan ini diketuai oleh seorang pegawai yang berkuasa melantik wakil2 pemungut cukai dan menentukan jumlah cukai mengikut keadaan dan kawasan tertentu. Pegawai ini juga bertanggungjawab memastikan semua pihak mematuhi peraturan dan pelaksanaan kutipan cukai berkenaan. Jabatan ini ditubuhkan memandangkan sektor pertanian merupakan bidang yang diceburi oleh majoriti penduduk. Hasil pungutan kharaj yang diperolehi begitu besar dan merupakan penyumbang utama baitulmal negara. Pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid, beliau telah mengarahkan Abu Yusuf bin Yaaqub, Qadhi Besar Baghdad supaya menyusun segala peraturan mengenai percukaian untuk dijadikan panduan dalam pentadbiran negara. Ekoran daripada itu, Kitab al-Kharaj yang menjelaskan secara terperinci berkenaan peraturan-peraturan yang berkaitan percukaian berjaya dihasilkan. Oleh itu, kewujudan Diwan al-Kharaj dan Kitab al-Kharaj membolehkan sistem percukaian boleh dirancang dan dilaksanakan secara lancar dan berkesan. Kharaj merupakan salah satu sumber terpenting baitulmal berikutan kemajuan pesat pertanian dan pembangunan negara. Dari segi pelaksanaan kharaj, kadar kharaj yang dikenakan tidak sama antara kawasan bergantung kepada lokasi kawasan, kualiti tanah, penggunaan alat siraman dan kualiti benih tanaman. Lazimnya, minima 10 dirham dikenakan bagi setiap unit tanah pertanian. Antara syarat tanah yang dikenakan kharaj adalah pemilik tanah merupakan penduduk zimmi, tanah kediaman yang dijadikan kawasan pertanian, tanah kharaj yang disewa atau dipajak dan pengecualian kharaj jika hasil pertanian musnah akibat bencana alam. Pada zaman Khalifah al-Makmun, cukai kharaj yang dipungut di wilayah Iraq berjumlah 27.8 juta dirham manakala di wilayah Khurasan sebganya 28 juta dirham. Tegasnya, cukai kharaj telah memberi sumbangan yang amat besar dalam meningkatkan simpanan Baitulmal. Khalifah Abbasiyah telah mengembalikan sistem pungutan jizyah seperti mana zaman Khulafa alRasyidin. Kadar tahunan jizyah ialah 48 dirham ke atas golongan kaya, 24 dirham ke atas golongan pertengahan dan 12 dirham ke atas golongan miskin. Pelaksanaan pungutan jizyah dipantau oleh gabenor2 wilayah yang dilantik oleh khalifah. Golongan yang dikecualikan jizyah termasuklah orang perempuan, kanak-kanak, orang tua, fakir miskin, golongan cacat dan lemah, hamba dan golongan sakit berpanjangan. Pada zaman Abbasiyah, tiada diskriminasi dalam pelaksanaan jizyah, berbeza dengan zaman Umayyah di mana orang Islam bukan Arab (Mawali) turut dikenakan jizyah. Sesungguhnya, pungutan jizyah dibuat secara sederhana dengan mengambil kira kemampuan dan keupayaan seseorang individu. Dari segi pelaksanaan cukai usyur pula, kadar usyur adalah berbeza terhadap jenis pedagang dan nilai dagangan. Cukai 2.5% dikenakan ke atas peniaga Islam, 5.0% ke atas peniaga kafir zimmi dan 10% ke atas peniaga kafir harbi. Jumlah usyur yang dikenakan adalah 200 dirham apabila cukup kadar nisabnya. Pelabuhan2 seperti Baghdad, Basrah dan Kaherah membolehkan pelbagai barangan diperdagang dan dikenakan cukai usyur. Bermula zaman pemerintahan Khalifah al-Mahdi, kerajaan Abbasiyah telah mengenakan cukai perniagaan di pasar dan kedai2 di sekitar kota Baghdad dan wilayah kekuasaan Islam

yang lain. Tegasnya, ekoran daripada perkembangan kegiatan ekonomi yang pesat, usyur menjadi cukai penting yang dikenakan ke atas para pedagang. Kesimpulannya, pelaksanaan sistem cukai yang sistematik dan terancang telah menyumbang kepada pembangunan dan kegemilangan kerajaan Abbasiyah. Sumber cukai yang stabil dan banyak menyebabkan kerajaan Abbasiyah mampu menyediakan pelbagai prasarana kepada masyarakat.

2.9 Bincangkan pelaksanaan zakat pada zaman Khalifah Abbasiyah dari abad ke-9 hingga 11 Masihi (LP, set 1, soalan 3) Institusi zakat merupakan institusi yang penting dalam sistem ekonomi Islam pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyah ( abad ke-9 hingga ke-11). Bincangkan (Pelangi, ms138-141)

Dari segi bahasa, zakat berasal daripada perkataan dasar zaka yang bererti penambahan dan penyucian. Dari segi syarak, zakat bermaksud sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada lapan golongan asnaf yang berhak menerimanya. Zakat terbahagi kepada zakat fitrah dan zakat harta. Zakat merupakan rukum Islam kelima dan muala difardukan pada tahun 2 Hijrah. Pelaksanaan zakat diteruskan oleh khalifah2 selepas kewafatan nabi termasuklah khalifah Abbasiyah yang dianggap period yang paling kaya dalam sejarah kekhalifahan Islam sehingga digelar zaman keemasan Islam (Golden Age) Dari segi pentadbiran dan institusi zakat, kadi yang pakar dalam bidang syariah dilantik pada zaman Abbasiyah bagi memastikan kelancaran kutipan zakat. Kerajaan Abbasiyah telah mewujudkan satu jawatan baru iaitu Ketua Kadi dan orang pertama yang menyandang jawatan ini ialah Abu Yusuf. Khalifah Harun alRasyid yang merupakan khalifah agung zaman Abbasiyah pernah juga mendapatkan khidmat nasihat daripada Abu Yusuf tentang isu-isu berkaitan zakat. Pentadbiran dan institusi zakat di peringkat pusat berada di bawah kuasa khalifah manakala di peringkat wilayah berada di bawah gabenor. Khalifah dan gabenor melantik amil-amil berkelayakan untuk urusan pungutan, agihan dan pemantauan pelaksanaan zakat. Tegasnya, dengan adanya sistem pentadbiran dan institusi zakat yang lebih sistematik, pelaksanaan zakat pada zaman Khalifah Abbasiya telah dapat diperkukuhkan. Dari segi jenis zakat, zakat pada zaman pemerintahan Abbasiyah terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah ditakrifkan sebagai zakat yang wajib ditunaikan selepas selesai mengerjakan ibadah pusaka pada bulan Ramadhan. Zakat ini bertujuan untuk menyucikan orang yang berpuasa daripada ucapan dan perbuatan yang sia-sia. Zakat harta pula merupakan harta benda yang diwajibkan zakat seperti binatang ternakan, emas, perak, barang perdagangan dan biji-bijian. Pada zaman Khalifah Abdul al-Dawlah, binatang yang dikenakan zakat adalah seperti kambing, biri-biri dan lembu yang syaratnya cukup nisab dab haul serta diternak di padang rumput bebas dan bukan untuk bekerja. Tegasnya, melalui zakat, pemberi boleh menyucikan harta benda yang dimiliki manakala penerima boleh memanfaatkan zakat yang diterima unutk menjalani kehidupan seharian mereka. Mengikut Imam Syafir, bayaran zakat fitrah dilakukan pada awal bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal iaitu sebelum solat sunat Aidilfitri kerana jika diberikan selepasnya akan dianggap sebagai sedekah biasa. Kadar yang dikenakan untuk zakat tersebut adalah sebanyak segantong (kira2 2.7kg) yang dikeluarkan daripada jenis makanan yang mengenyangkan dan makanan asas penduduk sesebuah negara seperti beras, gandum, barli dan seumpamanya. Zakat harta pula boleh dibayar pada bila-bila masa dan kadarnya sebanyak 2.5% daripada jumlah harta. Pada zaman Abbasiyah, zakat tersebut meliputi hasil pertanian daripada buah-buahan atau biji-bijian, binatang ternakan seperti unta, kambing, kerbau dan lembu, emas dan perak dpd jenis bahan galian ataupun mata wang serta barang perniagaan. Jelaslah bahawa pelbagai jenis zakat yang dilaksanakan pada zaman Abbasiyah membolehkan zaman tersebut digelar zaman keemasan Islam. Dari segi kutipan zakat pula, khalifah dan gabenor melantik amil-amil berkelayakan di peringkat pusat dan wilayah untuk urusan pemantauan, kutipan dan agihan zakat. Selain itu, amil bertugas memerhatikan golongan yang berharta, mentaksir dan seterusnya mengutip zakat daripada harta mereka.

Selain mengeluarkan zakat dalam bentuk harta benda yang ditetapkan, zakat juga boleh ditunaikan dengan tukaran wang tunai. Khalifah Abbasiyah telah melakukan beberapa penambahbaikan kepada hukum zakat dan memperluaskan asas zakat dengan mengenakan zakat ke atas sesuatu harta yang baharu ditemui atau baharu wujud dalam kalangan masyarakat Islam. Jelaslah bahawa khalifah Abbasiyah menguatkuasakan pungutan zakat secara tegas dalam usaha menegakkan hukum Allah. Dari segi agihan zakat, hasil zakat akan diagihkan kepada umat Islam yang layak menerimanya berdasarkan undang-undang Islam. Lapan golongan umat Islam yang layak menerima zakat (golongan asnaf) ialah fakir, miskin, amir, muallaf, riqab (hamba yang dijanjikan oleh tuannya untuk dimerdekakan), gharimin (orang muslim yang berhutang dan tidak mampu menjelaskannya), fisabililah (orang yang berjihad pada jalan Allah) dan ibn sabil (musafir yang kehabisan wang dan bekalan dalam perjalanan yang bertujuan baik). Sementara itu, hasil cukai yang diperoleh selain daripada zakat akan dibelanjakan untuk keperluan pembangunan negara. Urusan agihan zakat kepada golongan asnaf dilakukan oleh amil-amil berkelayakan yang dilantik oleh khalifah di peringkat pusat dan gabenor di peringkat wilayah. Ini menunjukkan melalui sistem zakat, golongan yang kaya atau berkemampuan mampu menyalurkan bantuan kewangan kepada golongan yang berkeperluan dan kurang bernasib baik. Secara tuntas, pelaksanaan zakat pada zaman awal kerajaan Abbasiyah tidak banyak berbeza dari zaman kerajaan Umayyah atau zaman sebelumnya. Zakat yang dikutip adalah untuk menjaga keadilan dan kemanan sosial pada zaman Abbasiyah dan terus diamalkan pada zaman selepasnya.

2.9 Huraikan kegiatan ekonomi dan faktor perkembangannya pada zaman Khalifah Abbasiyah dari abad ke-11 hingga 12 masihi. (LP, set 4, soalan 3) Kerajaan Abbasiyah merupakan zaman keemasan pencapaian ekonomi dalam sejarah kekhalifahan Islam, khasnya pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid. Terdapat empat sektor utama ekonomi yang menjadi tunggak kekayaan kerajaan Abbasiyah iaitu perdagangan, pertanian, perindustrian dan perlombongan. Perkembangan pesat dalam semua sektor ekonomi telah berlaku di seluruh kota besar empayar Islam termasuklah Baghdad, Basrah, Alexandria dan lain-lain lagi. Sektor perdagangan adalah salah satu kegiatan ekonomi pada zaman Khalifah Abbasiyah. Kota Baghdad merupakan pusat perdagangan utama dunia pada zamannnya. Sungai Tigris dan Furat menjadi pelabuhan transit bagi kapal2 dagang seluruh dunia. Kegiatan import dan eksport antara pedagang Islam dan China berkembang melalui jalan darat yang membawa kepada wujudnya ‘Jalan Sutera’. Peningkatan sektor perdagangan termasuk import dan eksport berlaku apabila kerajaan Abbasiyah berjaya membuka beberapa buah pelabuhan dan perbandaran baharu seperti Siraf dan Samara. Khalifah Harun al-Rasyid telah mengambil inisiatif membuka pelabuhan2 di sekitar Laut Mediterranean, Laut Hitam dan Laut Kaspian bagi tujuan meningkatkan sektor perdagangan. Melalui pelabuhan ini, terdapat beberapa jenis barang spt gula, kapas dan bahan2 mentah telah dieksport ke Asia, Timur Jauh dan Afriaka. Sementara barang2 yang diimport pula terdiri dpd rempah, sutera dan gading. Jelaslah bahawa aktiviti perdagangan telah berkembang pesat di seluruh negara dan menjadi sumber pendapatan utama kerajaan Abbasiyah. Selain itu, kerajaan Abbasiyah juga terlibat dlm pelbagai kegiatan industri khususnya barangan mewah spt gelas, tekstil & seramik. Di Baghdad, wujud pasar2 khusus utk memasarkan produk industri spt pasar besi, pasar tekstil, pasar seramik dsbnya. Pemerintah Abbasiyah tlh memberi insentif serta galakkan kpd usahawan tempatan agar melibatkan diri dlm perindustrian bagi mengawal keseimbangan perniagaan & pengaliran keluar kewangan yg berlebihan. Di Iraq, muncul industri pembuatan pakaian siap berkualiti tinggi yg diperbuat dpd sutera. Kebanyakkan produk berkenaan dieksport ke seluruh dunia dan amat popular di Eropah terutama di Paris & Itali. Di Parsi, kebanyakan industri tertumpu kpd pembuatan karpet & tekstil dlm pelbagai kualiti. Wilayah2 di bahagian barat Asia pula terkenal dengan pengeluaran permaidani, sutera, kapas sofa dan semua jenis alat kelengkapan rumah. Tegasnya, sektor industri telah menjadi satu dimensi baru dlm sektor ekonomi neg, malah menjadi satu penyumbang terbesar kpd kewangan negara. Pertanian merupakan bidang ekonomi yang paling banyak diceburi oleh golongan kelas pertengahan. Antara kawasan pertanian berpotensi tinggi adalah seperti di lembah sungai Tigris, Euphrates, Nil dan Eden. Hasil zakat dan cukai kharaj yang dikutip di kawasan ini merupakan sumbangan terbesar kepada perbendaharaan kerajaan Abbasiyah. Kerajaan Abbasiyah telah menyediakan pelbagai prasarana dan perhubungan ke kawasan pertanian seperti jalan air, jalan darat dan tali air. Antara tanaman penting ialah gandum, padi, barli dan kapas. Di kawasan rendah, pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuaran ditanam. Tanaman seperti kacang tanah, oren dan tebu juga ditanam. Semua hasil pertanian telah memberi pulangan besar kepada kerajaan. Cukai kharaj yang dipungut oleh Khalifah al-Makmun di wilayah Iraq berjumlah 27,800,000 dirham manakala di wilayah Khurasan sebanyak 28,000,000 dirham. Ini jelas menunjukkan kegiatan pertanian berkembang pesat pada zaman kerajaan Abbasiyah. Di samping itu, sektor perlombongan juga berkembang pada zaman Abbasiyah. Aktiviti melombong emas dan perak terdapat di wilayah Khurasan yang juga merupakan pengeluar batu mar mar dan batu merkuri terbesar pada masa itu. Di wilayah Kirman, perlombongan bijih timah dan perak dijalankan manakala Bahrain pula terkenal dengan pengeluaran batu mutiara. Perkembangan industri perlombongan bukan sahaja meningkatkan pendapatan negara, bahkan turut memberi kesan mendalam kepada gaya hidup rakyat, khasnya golongan elit. Ringkasnya, perkembangan perlombongan zaman Abbasiyah telah menjana pendapatan di samping memggubah gaya hidup Abbasiyah.

Antara faktor perkembangan ekonomi ialah peranan khalifah. Para khalifah memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan negara. Contohnya, Khalifah al-Mahdi berusaha keras membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat dengan pelbagai program ekonomi. Khalifah Harun al-Rasyid dan al-Makmun pula mengamalkan dasar timbang rasa ke atas rakyatnya dengan pengenalan cukai yang adil di samping memberi bantuan kepada wilayah yang miskin dan mundur. Khalifah Harun al-Rasyid telah membuka tanah baharu untuk pertanian dan membekalkan benih percuma kepad petani. Beliau juga membahagikan tanah kerajaan dan rampasan perang kepada tentera yang bersara dan rakyat miskin untuk kegiatan pertanian. Oleh itu, para khalifah yang bertimabng rasa dan menjaga kepentingan rakyat membawa kepada perkembangan ekonomi kerajaan Abbasiyah. Selain itu, kestabilan politik yang wujud dalam empayar Abbasiyah telah menggalakkan perdagangan domestic dan antarabangsa. Kegiatan ekonomi berkembang pesat dan mencapai kemuncak kemakmurannya pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid. Tindakan khalifah yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan dengan luar turut merangsang kemajuan ekonoi negara. Contohnya, Harun a-Rasyid telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan Perancis, China dan India. Jelaslah bahawa polisi khalifah yagn mementingkan kestabilan politik di samping tidak mengabaikan kebajikan rakyat telah memberi impak positif dalam merancakkan perkembangan ekonomi negara. Pada zaman Abbasiyah, sistem kewangan yang cekap juga diamalkan. Contohnya, pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid, mata wang dinar telah diperkenal dan digunakan. Bahkan, sistem perbankan, pertukaran mata wang, surat kredit, sistem cek, sistem timbang dan sukaran yang seragam dan adil turut wujud bagi memudahkan urusan ekonomi negara. Institusi perbankan yang beroperasi di semua bandar utama turut merangsang perkembangan kegiatan perdagangan. Ini menunjukkan sistem kewangan yang cekap ini telah menyumbang kepada kerancakan kegiatan ekonomi kerajaan Abbasiyah. Kemudahan prasarana dan pelabuhan juga merupakan faktor perkembangan ekonomi pada zaman Khalifah Abbasiyah. Pada zaman tersebut, muncul pelabuhan2 baharu spt Basrah, Cairo dan Alexandria yang menjadi nadi perdagangan darat dan maritime. Kerajaan menyediakan banyak kemudahan infrastruktur selaras dengan keperluan perkembangan ekonomi khasnya pertanian dan perdagangan. Contohnya, jalan raya, pelabuhan, kilang, rumah tumpangan, telaga air dan sistem pos. Selain itu, empangan dan tali air juga dibina untuk membantu para petani meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. Dengan perbendaharaan kerajaan (baitulmal) yang kukuh, pembinaan prasarana dapat dilakukan dengan bantuan para jurutera yang mahir. Sesungguhnya, prasarana dan pelabuhan yang baharu telah membantu perkembangan ekonomi pada zaman Abbasiyah. Tambahan pula, pertumbuhan industri kecil dan sederhana juga menyumbang kepada perkembangan ekonomi Abbasiyah. Pada zaman pemerintahan Harun al-Rasyid, industri2 kecil dan sederhana mula tumbuh di kota2 kerajaan Abbasiyah memandangkan permintaan yang tinggi terhadap hasil perusahaan. Penduduk desa yang mempunyai kemahiran pertukangan dan industri kecil dipindahkan ke kota dan diberikan pelbagai insentif untuk memajukan sektor perindustrian. Di Parsi dan Iraq, terdapat kilang permaidani dan tekstil. Di Asia Barat pula wujud industri kapas, satin, perabot dan perkakas dapur. Semua barangan ini bukan sahaja untuk kegunaan tempatan tetapi juga untuk dieksport. Kerajaan Abbasiyah juga giat menjalankan kegiatan perlombongan seperti emas, perak, besi dan tembaga. Jelaslah bahawa pengeluaran bahan2 ini telah merancakkan ekonomi Abbasiyah. Kesimpulannya, perkembangan dan kemakmuran ekonomi kerajaan Abbasiyah dalam sektor perdagangan, pertanian, perindustrian dan perlombongan membuktikan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran kerajaan. Kebebasan dan galakkan khalifah kepada rakyar agar melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi negara telah menampakkan kejayaan di mana semua lapisan rakyat dapat menikmati kemakmuran ekonomi yang melimpah ruah.

2.9 Bincangkan faktor kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan di Nusantara pada abad ke-15 Masihi. (LP, set 7, soalan 3) J67-68 Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenal pada abad ke-15M. Melaka menjadi tumpuan pedagang dari Timur dan Barat kerana memiliki pelbagai keistimewaan. Usaha berteruasan para pemerintaha turut mendorong perkembangan kegiatan perdagangan di Melaka. Sistem perdagangan yang teratur dan terancang turut menyemarakkan aktiviti perdagangan di Melaka. Faktor utama kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan di Nusantara pada abad ke-15M adalah peranan sultan sendiri. Pemerintahan yang berwibawa seperti Sultan Mansur Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Iskandar Syah telah menjadikan Melaka sebagai emporium perdagangan utama di Nusantara. Sultan Iskandar Syah telah membina jambatan di sungai berhampiran dengan istananya dan mendiri 30 buah khemah yang dijadikan tempat orang berniaga di atas jambatan berkenaan. Selain itu, bagi melebarkan urusan perdagangan, ikatan perkahwinan juga dijalankan. Contohnya, perkahwinan Sultan Iskandar Syah dengan puteri Pasai telah menyebabkan ramai saudagar Islam dari Pasai dating berdagang di Melaka. Sultan Mansur Syah turut menjalinkan hubungan perdagangan yang erat dengan China dan ini membolehkan China memasarkan barangan mereka ke Eropah melalui perairan Melaka. Sesungguhnya. Sultan memainkan peranan penting dalam menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang terkemuka di Nusantara pada abad ke-15M. Seterusnya, peranan pembesar juga tidak dapat diabaikan. Sultan dibantu oleh para pembesar berwibawa spt Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Laksamana dan Syahbandar. Bendahara yang terkenal adalah seperti Tun Perak dan Tun Perpatih Putih. Laksamana, Temenggung dan Syahbandar berperanan menjaga keselesaan dan keselamatan pedagang di Melaka seperti pedagang China, India, Arab dan Champa. Orang Laut yang terletak di bawah pengawasan Laksamana berperanan menjamin keselamatan nyawa dan harta benda para pedagang terutama menjaga perairan Melaka dari ancaman lanun. Syahbandar pula menguruskan segala urusan perdagangan spt kawalan sistem ukuran dan timbangan, pelaksanaan cukai dan penguatkuasaan peraturan. Selain itu, kiwi yang berperanan menjalankan kegiatan perdagangan pemerintah pula bertanggungjawab dalam urusan jual beli. Ringkasnya, sistem pembesar yang cekap membolehkan kegiatan perdagagnan berjalan dengan sistematik. Peraturan dan dasar perdagangan yang sistematik juga merupakan salah satu faktor kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan di Nusantara. Contohnya, pelaksanaan Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka membantu melicinkan pentadbiran Melaka kerana ia menjamin keselamatan perdagangan, jenayah dan pelanunan. Undang-undang Laut Melaka yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai lingua franca memudahkan interaksi antara pedagang dengan penduduk tempatan. Selain iru, surat izin perlu disediakan untuk memasuki pelabuhan Melaka. Urusan perniagaan dijalankan dlaam dua bentuk iaitu sistem tukaran barang dan sistem wang. Penggunaan mata wang dan ukuran timbangan yang standard telah memudahkan urusan jual beli. Tegasnya, Melaka mempunyai peraturan dan dasar perdagangan yang sistematik. Di samping itu, Melaka juga mendapat perlindungan daripada China. Melaka mendapat perlindungan rasmi dari China pada tahun 1405 selepas Maharaja Yung Lo mengiktiraf Parameswara sebgai Raja Melaka. Dengan itu, Melaka dilindungi oleh China daripada sebarang ancaman. Buktinya, Laksamana Cheng Ho telah melawat Melaka pada tahun 1409 dan memberi amaran kepada Siam supaya tidak mengancam Melaka. Perlindungan China membolehkan Melaka berkembang pada tahap awal tanpa berhadapan dengan ancaman Siam dan Majapahit. Oleh itu, perlindungan ini menyebabkan lebih ramai saudagar China mengunjungi pelabuhan Melaka dan menyebabkannya muncul sebagai pusat perdagangan di Nusantara.

Tambahan pula, kemudahan yang disediakan di pelabuhan Melaka juga membantu kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan. Kemudahan yang disediakan termasuk pelabuhan entreport, gudang2 besar menyimpan barangan, kemudahan pengangkutan seperti perahu, kapal dan gajah serta sumber tenaga yang cukup. Kemudahan membaiki kapal dan tempat tinggal untuk para pedagang juga disediakan oleh pemerintah. Perkhidmatan panduan dan arah pergerakan kapal pedagang juga disediakan bagi memudahkan pelayaran para pedagang. Justeru, pelbagai kemudahan yang disediakan di pelabuhan Melaka telah menarik para pedagang dari seluruh pelosok dunia berdagang di Melaka. Kesimpulannya, kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan utama di Nusantara didorong oleh faktor manusia dan geografi. Kewibawaan pemerintah dan pembesar serta lokasi strategik menyumbang kepada kemajuan perdagangan Melaka sehingga ke peringkat antarabangsa.

Related Documents


More Documents from "Muhammad Shiddiq Dwisurya"