SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM SHAFEZAN BIN RUSLI G76427
BINCANGKAN KONSEP NEW PUBLIC MANAGEMENT. APAKAH ASPEK YANG DITEKANKAN DALAM PENGURUSAN AWAM BARU INI?
New Public Management (NPM) adalah suatu bentuk pengurusan atau pentadbiran awam baru yang digunakan oleh kerajaan sejak 1980-an untuk memodernisasi di sektor awam. Pengurusan awam baru yang luas dan sangat kompleks istilahnya yang digunakan untuk menggambarkan gelombang reformasi sektor awam di seluruh dunia sejak tahun 1980an. Hipotesis utama dalam gelombang reformasi NPM adalah bahawa lebih banyak orientasi pasaran di sektor awam akan mengarah pada kecekapan kos yang lebih besar bagi kerajaan, tanpa wujud kesan negatif pada objektifnya dan pertimbangan-pertimbangan lain. NPM lebih berorientasikan terhadap keputusan dan kecekapan melalui pengurusan yang lebih baik untuk kepentingan masyarakat awam. Hal ini dianggap boleh dicapai dengan melaksanakan persaingan, seperti yang dikenali dalam sektor swasta, untuk agensi-agensi dalam sektor awam, yang menekankan prinsip-prinsip ekonomi dan kepimpinan. Pengurusan awam baru bolehlah dikiaskan kakitangan perkhidmatan awam seperti pelanggan, dan sebaliknya warga negara sebagai pemegang saham.
Model bagi NPM ini
merupakan gabungan antara teori-teori ekonomi dan teknik pengurusan sektor swasta yang dimasukkan ke dalam sektor awam untuk tujuan penambah baikkan kelemahan. Konsep pengurusan awam baru ini adalah sebuah perspektif baru yang berkembang secara produksif pada awal 1990-an, yang berusaha untuk menggabungkan nilai-nilai utama pentadbiran perniagaan dalam rangka pentadbiran awam. Istilah New Public Management "dipakai untuk pertama kalinya oleh Christopher Hood pada tahun 1991 dalam penulisannya bertajuk 'A New Public Management for All Seasons' yang diterbitkan dalam jurnal dan juga disebut 'Public Administration beliau adalah seorang Professor di Universiti Oxford dan pengarah program penyelidikan ESRC Perkhidmatan Awam : Kualiti, Prestasi Dan Penyampaian.
1
SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM SHAFEZAN BIN RUSLI G76427
Jika dilihat dari perspektif sejarahnya bagaimana pendekatan pengurusan baru bagi sektor awam ini yang pada awalnya muncul di Eropah pada tahun 1980 dan 1990 sebagai reaksi dari model pentadbiran awam tradisional.
Pada awal perkembagannya, pendekatan pengurusan
moden tersebut memiliki banyak istilah seperti “managerialism”, “new public management”, “market-based public administration”, “post-bureaucratic”, paradigm dan “entrepreneurial government”. Istilah yang kemudian yang banyak dipakai untuk menyebut model pengurusan awam moden tersebut adalah “New Public Management” dan “Managerialism” sering saling disebut, namun istilah “New Public Mangement” yang kemudian yang banyak digunapakai.
Konsep NPM merupakan isu penting dalam reformasi sektor awam. Konsep NPM juga memiliki kaitan dengan permasalahan pengurusan tenaga kerja sektor awam kerana pengukuran tenaga kerja menjadi salah satu prinsip NPM yang utama. Gerakan NPM pada awalnya terjadi di negara – negara maju seperti di Eropah akan tetapi pada perkembangan konsep NPM telah menjadi satu gerakan global sehingga negara-negara membangun pun juga terpengaruh dengan penyebaran global dari konsep ini. Negara-negara maju seperti Amarika, Kanada, dan New Zealand telah mendahului dalam mereformasikan pengurusan awam di negara mereka dan menganggap model bagi NPM ini merupakan gabungan antara teori-teori ekonomi dan teknik pengurusan sektor swasta yang dimasukkan ke dalam sektor awam untuk tujuan penambah baikkan kelemahan. Antara faktor utama kejayaan sistem ini ialah pengagihan kuasa yamg lebih meluas kepada pengurusan sektor awam seperti memberi kuasa aotonomi mana-mana agensi awam yang dikenalpasti dan mereka diberi kuasa umtuk mengawal bajet serta pengurusan kewangan mereka, peningkatan penggunaan pasaran dan persaingan di dalam perkhidmatan awam dengan dasar pensyarikatan dan penswastaan, menekankan peningkatan tahap kualiti kerja serta daya pengeluaran dan mengutamakan perkhidmatan pelanggan Konsep pengurusan awam baru ini adalah sebuah perspektif baru yang berkembang secara produksif pada awal 1990-an yang berusaha untuk menggabungkan nilai-nilai utama pentadbiran perniagaan dalam rangka pengurusan awam. Sarjana mereka mentakrifkan SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM
2
SHAFEZAN BIN RUSLI G76427
pengurusan awam baru ini juga dikenali sebagai 'Entrepreneurial Government' bertujuan pada kecekapan, keberkesanan dan prestasi ekonomi di sektor awam dengan menggunakan konsep penilaian moden seperti penilaian prestasi, pemotongan kos, autonomi fungsional, insentif kewangan, pengeluaran, inovasi, dan sebagainya yang melibatkan kearah pembaharuan pengurusan awam agar ianya lebih efektif mengikut keadaan semasa. Seperti yang dinyatakan Perry dan KE JL Kraemer, NPM adalah penggabungan orientasi normatif pentadbiran awam tradisional dan orientasi instrumental pengurusan umum. Ringkasnya, pengurusan awam tujuannya berasal daripada pentadbiran awam dan ciri daripada pentadbiran perniagaan. Asas dasar disebalik pengurusan awam baru ialah untuk mencipta konsep-konsep baru, teknik dan prosedur untuk mencari hala tuju sektor awam sehingga boleh secara berkesan mencapai matlamat dalam persekitaran perubahan globalisasi dunia. Untuk tujuan ini, kaedah-kaedah, amalan dan prosedur daripada pentadbiran perniagaan secara tidak langsung membantu dalam menambah baik pengurusan
awam ini. Perkembangan peringkat pertama NPM banyak
berpandukan kepada-prinsip-prinsip pengurusan yang disarankan Taylor. Sementara itu, tokohyokoh NPM yang lain ialah Sterart dan Walsh dan Kooiman. Koiiman ada menyatakan bahawa pola hubungan masyarakat, pemerintah dan swasta merupakan hubungan yang kompleks,dinamis dan beragam. Perkembangan seterusnya muncul pula sistem pengurusan yang lebih mengutamakan pelanggan yang diperkenalkan. Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan sebelum ini, pelbagai tafsiran dan pemahaman untuk menyebut pendekatan pengurusan awam baru ini di sektor awam tersebut yang pada dasarnya bermula pada pandangan umum yang sama. Pertama, perubahan model pengurusan awam tersebut menunjukkan adanya perubahan besar dari model pengurusan awam tradisional menuju sistem pengurusan awam moden yang memberikan perhatian yang lebih besar terhadap pencapaian kerja dan akauntabiliti pengurus awam itu sendiri. Kedua, Perubahan itu menunjukkan adannya keinginan untuk bergerak dan berubah meninggalkan model birokrasi klasik menuju model organisasi moden yang lebih fleksible dan bersesuaian dengan keadaan semasa supaya lebih efektif. Ketiga, perlunya dibuat tujuan organisasi yang jelas dan tujuan SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM SHAFEZAN BIN RUSLI
3
G76427
personal. Hal itu bergantung pada perlunya dilakukan pengukuran atas prestasi yang mereka capai melalui indikator kerja dan wujudnya perubahan program secara sistamatik. Keempat, kakitangan senior tampaknya secara politik lebih “commit” terhadap pemerintah saat itu daripada bersikap “neutral” dan yang kelima, fungsi pemerintah tampaknya akan lebih banyak berhadapan dengan pasaran, misalnya tender oleh Osborne dan Gaebler (1992) disebut “catalytic government: steering rather than rowing”.
Keterlibatan pemerintah tidak selalu
bererti pemfasilitisan pemerintah melalui saranan birokrasi dan yang terakhir terdapat kecenderungan untuk mengurangi fungsi pemerintah melalui penswastaan dan bentuk lain dari pengurusan sektor awam. Bagi memenuhi ekspetasi pucuk pimpinan, kemahuan pelanggan dan menangani isu-isu semasa, pengurusan awam dari segi perkhidmatan dan pentadbirannya perlu terus meningkatkan usaha berasaskan ciri-ciri utama yang diperkenalkan melalui falsafah NPM seperti berikut : Pertama, menyediakan perkhidmatan yang berorientasi dan mesra kepada pelanggan.
Matlamatnya adalah dapat menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan cekap kepada masyarakat. Antara program yang dilakukan ialah dengan memperkukuhkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), menggalakkan inovasi, mempertingkatkan pelaksanaan piagam pelanggan, memeperkemaskan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dan berbagai lagi. Kedua, dengan memperbaiki sistem dan prosedur kerja kerana ianya memberi kesan
terhadap prestasi organisasi. Output yang tidak dapat memenuhi kehendak pelanggan atau perkhidmatan yang kurang memuaskan hati boleh disebabkan oleh system prosedur yang tidak cekap. Oleh itu, system output ini yang berkaitan prosedur perlulah bersifat dinamik dan fleksibel supaya mudah dilaksanakan dan dapat dijuruskan kepada pencapaian misi organisasi. Program-progaram untuk memperbaiki system dan prosedur memberi tumpuan kepada mengemaskini sistem pengurusan dan rekod, penggunaan borang yang bersesuaian dan ketelusan di dalam membuat keputusan, meningkatkan SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM SHAFEZAN BIN RUSLI G76427
4
automasi pejabat dan mewujudkan usaha-usaha ke arah pewujudan Paper Less Civil
Services. Ketiga, mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
kerana ianya dapat membantu sector awam dalam mencapai gerakan pembaharuan pengurusannya agar lebih teratur dan tersusun. Kecekapan dalam aplikasi penggunann teknologi maklumat merupakan medium penting dalam membantu pengurusan awam dalam membuat perancangan, pengesanan, pengawalan, dan membuat keputusan dengan lebih berkesan. Sebagai contoh di Malaysia, ICT terus dijadikan asas dalam usaha dalam meningkatkan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan dengan lebih berkesan seperti melalui pelaksanaan Kerajaan Elektronik (eServices), perolehan elektronik (Electronic Procurement-ep), Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Manajement Information System-HRIMS) dan kebanyakkan sistem ict tersebut telah dilaksanakan dan digunapakai di dalam perkhidmatan sektor awam. Keempat, mempertingkatkan Pelaksanaan Dasar Pensyarikatan dan Penswastaan
Malaysia. Dasar ini merupakan salah satu ciri NPM yang memberi penekanan kepada kerjasama erat antara sektor awam dan swasta dalam menghadapi saingan global. Faedah yang boleh dicapai daripada kerjasama pakatan kedua-dua sector ini ialah keuntungan yang lebih tinggi bagi sektor swasta yang mana akan membawa kepada peningkatan kepada pelaburan, perkembangan dan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi yang pesat akan seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan akan menambah hasil kerajaan dan dapatlah ia membiayai program-program pembangunan ekonomi dan perbelanjaan pengurusan kerajaan. Strategi persepakatan penting dalam usaha kerajaan memulih, mengembang dan memantapkan ekonomi Negara dari masa ke semasa. Dalam masa yang sama dasar penswastaan telah dapat mengurangkan kos pengurusan awam yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan sekaligus meningkatkan prestasi syarikat awam seperti Tenaga Nasional Berhad, Pos Malaysia Berhad, dan lainlain lagi khususnya dalam memberi perkhidamatan kepada pelanggan.
Kelima, memperkukuhkan struktur organisasi dan pengurusan sumber manusia. Ia adalah
merupakan kompenan penting yang perlu diberi penekanan dalam menyediakan jentera 5
pentadbiran yang efisyen dan berkesan struktur yang sistematik membolehkan organisasi mengendalikan pengurusan sector awam dengan lebih cekap dan efisyen. Bagi mengukuhkan struktur organisasi sektor awam tumpuan telah diberikan kepada usaha penyesuaian saiz dan penstrukturan semula organisasi dan meneruskan program penswastaan. Dalam aspek pengurusan sumber manusia program latihan kepada pekerja dan pentadbir dilaksanakan kepada semua peringkat dan memberi peluang juga untuk mereka meningkatkan kerjaya prestasi. Keenam, meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan displin. Kecekapan dan prestasi
kualiti yang tinggi perlu disokong dengan sikap anggota dan pentadbirnya yang mempunyai tahap displin yang tinggi. Anggota yang bertanggungjawab perlu melaksanakan setiap tugasan dengan sempurna berteraskan kepada nilai-nilai budaya yang baik dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan berkesan. Ia juga perlu mengikut
undang-undang
dan
peratauran
yang
telah
ditetapkan.
Mereka
bertanggungjawab member keterangan atau penjelasan ke atas tindakan dan prestasi mereka kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan pemantauan secara berterusan dilakukan. Ketujuh, kejayaan pelaksanaan segala usaha kea rah pembaharuan bergantung kepada
sejauh mana anggota-anggota perkhidmatan awam itu sendiri menghayati perubahanperubahan dan matlamat pelaksanaanya dilakukan. Perkara ini memerlukan proses pembudayaan yang berterusan supaya nilai-nilai kecemerlangan ini terus dilaksanakan, tumpuan telah diberi kepada beberpa langkah strategic bagi mengukuhkan usaha-usha penerapan nilai etika di dalam pentadbiran. Antaranya adalah penerapan nilai-nilai murni, memperluaskan system inspektorat dan meningkatkan mutu system pengiktirafan Berdasarkan kepada ciri utama di atas, secara umumnya, pengurusan awam baru ini merupakan satu usaha pembaharuan pengurusan dan pentadbiran awam untuk membawa perubahan ke atas sesuatu sistem pentadbiran kerajaan supaya pentadbiran dan sitem pengurusannya dapat dikemaskinikan dan dilaksanakan dengan lebih efisyen dan berkesan SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM SHAFEZAN BIN RUSLI G76427
6
kepada masyarakat awam khususnya dan amnya kepada pengurusan awam di dalam sesebuah negara. Sepertimana yang kita sedia maklum pengurusan awam itu dapat dilihat sebagai perantaraan di antara kerajaan dan rakyat bagi memenuhi citarasa, keperluan dan kehendak yang berkaitan dengan keupayaan kerajaan untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab kepada rakyat secara keseluruhannya. Justeru, secara jelasnya disini reformasi yang dibuat dalam pengurusan awam itu agar lebih baik menekankan tentang penyerapan pembaharuan pengurusan di sektor awam yang bertujuan untuk meningkatkan daya produktiviti dan kualiti pengurusan dan perkhidmatan awam di sesebuah negara. Pembaharuan yang dilakukan ini ialah usaha-usaha program yang dibentuk dan dilaksanakan berpandukan kepada keperluan semasa dan selaras dengan matlamat pembangunan sesebuah negara. Pembaharuan yang dilakukan meliputi pembaharuan daripada segi struktur, sistem dan pendekatan yang hendak dilaksanakan oleh organisasi. Program yang diwujudkan adalah bermotifkan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan para pegawai dan kakitangan dalam melaksanakan kerja dengan mencapai piawaian yang memuaskan berdasrkan usaha yang dijalankan. NPM merupakan teori pengurusan awam yang beranggapan bahawa praktik pengurusan swasta adalah lebih baik dibandingkan dengan praktik pengurusan pada sektor awam. Oleh kerana itu, untuk memperbaiki tenaga kerja sektor awam perlu digunakan beberapa praktik dan teknik pengurusan yang diterapkan di sektor swasta ke dalam organisasi sektor awam seperti aplikasi mekanisme pasaran, “Compulsory Competitive Tendering” CCT dan sebagainya. Penerapan konsep NPM telah menyebabkan terjadi perubahan pengurusan sektor awam yang drastik dari sistem pengurusan tradisional yang statik, biroktratis dan menjadi model pengurusan awam yang fleksible dan lebih mengakomodasi pasaran. Penerapan kosep NPM dapat dipandang sebagai suatu bentuk modenisasi atau reformasi pengurusan dan secara tidak langsung memberi kesan positif kepada pentadbiran awam juga. Perubahan tersebut juga telah mengubah peranan pemerintah terutama dalam hal hubungan antara pemerintah dengan masyarakat. Konsep “New Public Management” pada dasarnya mengandungi tujuh komponen utama seperti yang menyentuh berkenaan pengurusan profesional di sektor awam, wujudnya standard tenaga kerja dan ukuran tenaga kerja didalam sektor awam, penekanan yang lebih besar terhadap SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM SHAFEZAN BIN RUSLI G76427
7
pengendalian “output” dan “outcome”, pembahagian unit-unit kerja di dalam sektor awam, menciptakan persaingan di sektor awam, mengadaptasi gaya pengurusan di sektor perniagaan ke dalam sektor awam dan penekanan pada disiplin dan penghematan yang lebih besar dalam menggunakan sumber tenaga. Semuanya ini adalah untuk mengubah pengurusan awam yang lebih biasa bersifat seperti perusahaan. Pengurusan awam sebagai penyedia jasa bagi semua dan harus sedar akan tanggungjawabnya untuk menghasilkan layanan yang berkesan dan cekap kepada masyarakat. Persatuan Komanwel Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM), iaitu sebuah pertubuhan untuk pengamal pentadbiran awam dan ahli akademik di 54 negara Komanwel British menyatakan antara aspek yang ditekankan dalam reformasi ke arah pengurusan awam baru ini adalah memberikan perkhidmatan berkualiti dan efektif kepada pelanggan iaitu masyarakat atau rakyat di dalam sesebuah Negara. Selain itu ianya dapat mengukur dan menilai peningkatan prestasi organisasi dan individu di dalam sektor awam itu sendiri. NPM juga dapat memberi taraf autonomi dengan adil dan saksama sesama rakyat dan mengakui pentingnya menyediakan sumber manusia dan teknologi untuk memenuhi sasaran prestasi mereka selain itu pegawai awam perlu membuka minda untuk menerima pembaharuan di dalam system pengurusan dan pentadbiran awam dalam meningkatkan kualiti agar lebih efisyen. Jika dilihat dalam konteks Malaysia sendiri, bagi meningkatkan daya saing, perkhidmatan awam telah berusaha untuk menyediakan persekitaran yang dapat merangsangkan pertumbuhan ekonomi negara. Bagi menyempurnakan peranan ini perkhidmatan awam telah mengorak langkah dengan mengadakan program pembaharuan menjurus kepada meningkatkan kualiti sektor sokongan perkidmatan awam. Matlamat kepada usaha-usaha ini agar memastikan sektor awam mempunyai kualiti perkhidmatan yang baik berasakan kepada nilai-niali teras iaitu kualiti, produktiviti, inovasi, integrity, berdisplin dan profesional. Orientasi pada pelanggan adalah perkara yang diambil perhatian seterusnya dan perkara ini bolehlah disebut didalam konsep NPM berbunyi “ Segala sesuatu yang tidak bermanfaat bagi pelanggan adalah pemborosan”. Ungkapan ini bermaksud bahawa pengurusan bukanlah tujuan akhir dan ia hanya mempunyai satu tanggungjawab iaitu memberikan layanan kepada SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM SHAFEZAN BIN RUSLI G76427
8
rakyat yang memang berhak mendapatkannya.
Di beberapa negara pernah dikembangkan
“citizen carta”(piagam pelanggan/warga) yang merangkumi hak-hak apa saja yang dimiliki pelanggan sebagai pembayar cukai kepada negara. New Public Service diperkenalkan oleh David Osborne dan Ted Gaebler dan dijelaskan di dalam buku mereka, Reinventing Government 1992 yang menjelaskan pengutamaan layanan kepada pelanggan berdasarkan perkhidmatan yang berkualiti. Selain itu, pembaharuan pengurusan awam baru turut didorong oleh kombinasi ekonomi, soial, politik dan faktor teknologi baik di negara maju dan yang sedang membangun. Seterusnya, pengawalan yang bermaksud sebagai satu konsep gunasama mengendalikan pengurusan di sektor awam secara cekap dan ekonomis dalam rangka mencapai tujuan yang telah ditetapkan oleh pemerintah. Pengawalan harus menyediakan informasi yang ditubuhkan pada saat yang tepat. Informasi disesuaikan dengan tingkat yang dimiliki pengurusan politik atau pemerintah sebagai pihak perancang dan pentadbiran sebagai pelaksana. Aspek yang lain teknik informasi. Prinsip-prinsip pengurusan yang telah diuraikan di atas berserta bentuk pengendalian suatu sistem informasi yang sempurna. Penggabungan informasi dan komunikasi yang cepat, pemadatan data untuk pengendalian dan kemungkinan mengakses kumpulan data guna memenuhi keinginan pelanggan. Semua itu membolehkan jaringan alat pengolahan data sehingga pekerjaan biasa dilakukakan dengan cepat. Tanpa teknik informasi dan komunikasi yang menggunakan jaringan struktur, unit yang bekerja secara tengah tidak boleh dikendalikan dan tidak mungkin pula dapat buat pengolahan data pelanggan yang memuaskan. Secara praktiknya, NPM juga telah diaplikasikan di negara-negara yang sedang berkembang selain daripada negara-negara maju. Terdapat juga negara-negara yang sedang membangun itu terus aktif melakukan perubahan dan transformasi berterusan dalam struktur pengurusan awam di negaranya. Reformasi sektor awam banyak dipengaruhi peranan oleh World Bank, United Nations Development Programme (UNDP) iaitu sebuah rangkaian pembangunan global, sebuah pertubuhan penyokongan untuk perubahan dan menyambung negara-negara untuk pengetahuan, pengalaman dan sumber daya untuk membantu masyarakat membina kehidupan yang lebih baik, International Monetary Fund (IMF) dan Organisation for Economic Co-Operation and Development (OECD). Reformasi sector awam ini di Negaranegara yang sedang SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM
9
SHAFEZAN BIN RUSLI G76427
membangun banyak mengarah pada penerapan NPM. Perubahan yang dilakukan oleh Negaranegara berkembang tersebut dipengaruhi kepada pengurusan yang dilakukan oleh Negara-negara maju terutama Eropah, Amarika Syarikat, Kanada dan New Zealand. Beberapa pihak berpendapat bahawa New Public Management tidak sesuai diaplikasikan untuk negara yang sedang berkembang membangun. Antara persoalan yang dikemukakan adaptasi model NPM yang dilakukan negara-negara berkembang apakah memang benar-benar menjadikan lebih baik atau hanya sekadar perubahan luarnya saja. Apakah pengurusan baru yang dilakukan di negara-negara maju dapat diaplikasikan di negara berkembang. Hal tersebut menjadi pertanyaan kerana pengurusan dan sistem yang ada di negara-negara barat mungkin akan berbeza hasilnya jika dilaksanakan di tempat yang berbeza. Tingkat keberhasilan negara berkembang dan membangun dalam mengadaptasi prinsip pengurusan model barat memang bervariasi. Sebagai contoh, Malaysia menerapkan Total Quality Management (TQM) sebagai bentuk dari modernisasi pengurusan sektor awam dan penerapannya dianggap berjaya, namun Bangladesh dan beberapa negara Afrika banyak mengalami kegagalan. Implementasi NPM di negara-negara berkembang tidak mudah dilakukan kerana kecenderungan birokrasi masih ditahap tinggi. Pandangan bahawa NPM tidak tepat untuk negara-negara berkembang kerana alasan korupsi dan rendahnya kualiti dalam pengurusan adalah tidak tepat. Penerapan NPM pada negara-negara berkembang bergantung kepada faktor-faktor localised contingency dan bukan kerana ciri-ciri nasional secara umum. Faktor-faktor seperti korupsi dan lemahnya kemampuan pengurusan memang mempengaruhi sistem pentadbiran, akan tetapi localized contingencies lebih besar pengaruhnya sebagai penentu keberhasilan atau kegagalan upaya reformasi.
Terdapat juga beberapa masalah dalam menerapkan konsep NPM di negara yang sedang membangun. Antaranya, NPM berdasarkan pada penerapan prinsip atau mekanisme pasaran atas kebijaksanaan awam dan pengurusan. Hal ini juga berkait dengan pengurangan peranan pemerintah yang digantikan dengan pengembangan pasaran iaitu dari pendekatan pemerintah negeri (state centered) menjadi pasaran tertumpu (market centered approach). Selain itu, SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM SHAFEZAN BIN RUSLI
10
G76427
perubahan dari mekanisme birokrasi ke mekanisme pasaran apabila tidak dilakukan secara berhati-hati.
Hal ini juga berkait dengan permasalahan budaya korupsi yang kebanyakkan
dialami negara-negara membangun. Pergeseran dari budaya birokrasi yang bersifat patrionistik menjadi budaya pasaran yang penuh dengan persaingan memerlukan tenaga yang kuat untuk mengurangkan kuasa birokrasi. Terdapat juga masalah untuk berpindah pada model kontrak dalam pemberian pelayanan awam jika aturan hukum dan ianya tidak kuat. Model kontrak akan berjalan baik jika “outcome” mudah ditentukan.
Jika tujuan organisasi tidak jelas maka
penggunaan model-model kontrak kurang berhasil. Terdapat permasalahan politik yang lebih besar di negara-negara membangun dibandingkan dengan negara maju termasuk dalam hal-hal politik penyediaan layanan awam, pemberian kontrak kepada kroni-kroninya. Kesulitan penerapan NPM di negara membangun juga berkait dengan adanya permasalahan perlembagaan permodalan dan kapitalis sumber tenaga manusia.
Selain itu negara membangun terus
melakukan reformasi yang tidak berkait atau bahkan berlawanan dengan agenda NPM.
Kesimpulannya, NPM lebih berorientasikan terhadap keputusan dan kecekapan melalui pengurusan yang lebih baik untuk kepentingan masyarakat awam merupakan gabungan antara teori-teori ekonomi dan teknik pengurusan sektor swasta yang dimasukkan ke dalam sektor awam untuk tujuan penambah baikkan kelemahan. Gerakan NPM pada awalnya terjadi di negara – negara maju seperti di Eropah akan tetapi pada perkembangan konsep NPM telah menjadi satu gerakan global sehingga negara-negara membangun pun juga terpengaruh dengan penyebaran global dari konsep ini. Negara-negara maju seperti Amarika, Kanada, dan New Zealand telah mendahului dalam mereformasikan pengurusan awam di negara mereka dan menganggap model bagi NPM ini merupakan gabungan antara teori-teori ekonomi dan teknik pengurusan sektor swasta yang dimasukkan ke dalam sektor awam untuk tujuan penambah baikkan kelemahan. NPM merupakan satu usaha pembaharuan pengurusan dan pentadbiran awam untuk membawa perubahan ke atas sesuatu sistem pentadbiran kerajaan supaya pentadbiran dan sitem pengurusannya dapat dikemaskinikan dan dilaksanakan dengan lebih SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM SHAFEZAN BIN RUSLI G76427
11
efisyen. Konsep NPM dapat reformasi yang dibuat dalam pengurusan awam itu agar lebih baik menekankan tentang penyerapan pembaharuan pengurusan di sektor awam yang bertujuan untuk meningkatkan daya produktiviti dan kualiti pengurusan dan perkhidmatan awam di sesebuah negara. Sektor awam telah memperkenalkan pelbagai pembaharuan dalam pentadbiranyang bertujuan untuk menyesuaikan peranannya dengan tuntutan perubahan persekitaran yang dinamik. Reformasi peranan dan fungsi, stuktur dan proses, nilai dan corak minda merupakan antara langkah permulaan untuk meletakkan petanda awal kea rah pengurusan awam yang berkualiti, berdaya tahan dan kreatif. Secara umumnya pengenalan NPM telah member kesan yang sangat besar terhadap system pengurusan awam di seluruh dunia termasuklah Malaysia sendiri. sitem pengurusan awam yang lebih moden dan sesuai sekaligus dapat membantu meningkat dan mengenbangkan seperti yang diharapkan. Kerjasama semua pihak terutama daripada rakyat dan pelanggan yang berurusan dengan jabatan kerajaan juga dituntut bagi meningkatkan
lagi
mutu
perkhidmatan
awam
bertaraf
dunia.
Idea
dan
cadangan
penambahbaikkan mutu pengurusan di sector awam amat dialu-alukan dan bukan hanya member ulasan negative kepada setiap pelaksanaan kerajaan
RUJUKAN 12
Ahmad Atory Hussain. 1986. Pengantar Pentadbiran Awam. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Perkhidmatan awam Malaysia. 2004. Memperkukuhkan Agenda Pembaharuan (Laporan Pembaharuan dan kemajuan dalam perkidmatan awam tahun 2004 http://forum-politisi.org/downloads/New_Public_Management.pdf http://journal.uii.ac.id/index.php/sinergi/article/view/919/849 http://setabasri01.blogpost.com/2009/05/new-public-management.html http://unpan1.un.org/intradoc/groups/public/documents/ASPA/UNPAN000563.pdf
13