Bestari A 2008 - Vol.2 - Set 2

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bestari A 2008 - Vol.2 - Set 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,644
  • Pages: 10
MODUL BESTARI ‘A’ PENGAJIAN AM KERTAS 2

2008

VOL 2 - SET 2 Edisi Guru

Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak BAHAGIAN A ISU - KEGANASAN ANTARABANGSA.

BIL

IDEA A. PUNCA BERLAKU KEGANASAN

HURAIAN

1.

Konflik agama antarabangsa

- Berlaku percanggahan pandangan antara dua puak penganut agama yang berbeza. - Mempunyai fikiran sempit – terlampau taksub dengan fahaman sendiri - Kedua-dua puak akan menjalankan aktiviti yang mempunyai kepentingan sendiri. - Keengganan kedua-dua puak bertolak ansur secara damai akan mencetuskan keganasan antarabangsa. - Contoh : Konflik penganut Hindu dan Islam di Gujarat, India

2.

Negara penceroboh bersikap angkuh.

- Kuasa veto disalahgunakan. - Menceroboh negara-negara tertentu dengan alasan membenteras keganasan antarabangsa. - Kuasa besar secara tidak langsung menghalalkan keganasan terhadap orang ramai. - Timbul penentangan dari penduduk tempatan kerana merasakan kepentingan mereka terancam - Contoh : Pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan

3.

Pemimpin diktator

- Memerintah secara kuku besi dan buat apa sahaja yang diinginkan oleh mereka. - Tiada demokrasi dan kebebasan diberikan kepada rakyat – menggunakan polis rahsia untuk mengekalkan kestabilan politik. - Menghalalkan keganasan dengan alasan tertentu. - Menyebabkan puak tertentu tidak puas hati dengan pemimpin. Contoh : Aung Sann Suu Kyi ditahan oleh pemerintah Myanmar yang bersifat militer.

4.

Keganasan sengaja disalahtafsirkan.

- Apabila sesuatu kaum itu membuat penentangan terhadap pencerobohan yang dibuat akan dianggap sebagai pengganas. Contoh : Pertubuhan Hamas memperjuangkan nasib penduduk Palestin. - Mereka melakukan pengeboman berani mati untuk memerangi keganasan Israel - Hamas mentafsir tindakan itu sebagai mati syahid tetapi Israel menganggapnya pengganas. - Israel menutup segala tindakan ganasnya terhadap penduduk Palestin.

5.

Konflik perkauman

- Sikap benci-membenci, salah faham dan hasutan perkauman mencetuskan keganasan. - Perselisihan berlaku apabila satu kaum lebih maju daripada kaum lain – kaum pendatang lebih maju daripada penduduk tempatan. - Timbul rasa tidak puas hati – berlaku perselisihan kaum. Contoh : Peristiwa 13 Mei 1969.

6.

B. KESAN DARIPADA KEGANASAN Keselamatan penduduk - Pergolakan politik dalaman negara menyebabkan terancam keganasan. - Pemimpin menyalakan api keganasan dan menghasut penyokong membenci kaum lain. - Hilang perasaan rasional. - Mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan dan

bertindak liar - Merosakkan harta benda dan melakukan pembunuhan. 7.

Menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

- Pelabur asing dan tempatan tidak berani melabur. - Tiada keyakinan berbuat demikian kerana takut kerugian. - Keganasan yang berpanjangan akan menjejaskan ekonomi dunia.

8.

Industri pelancongan terancam.

- Rampasan kapal terbang dan pengeboman bangunan menyebabkan pelancong takut. - Tidak berani ke negara yang dilanda pergolakan politik keganasan. - Agensi pelancongan akan mengalami kemerosotan.

9.

Negara / masyarakat akan menjadi huru-hara.

- Timbul kegiatan penghapusan etnik. - Saling mencurigai antara satu sama lain. - Perasaan dendam, iri hati, saling menuduh dan benci membenci akan timbul - Masyarakat tidak boleh bersatu padu dan keamanan tidak dapat dikecapi oleh masyarakat. - Negara tidak aman.

Contoh-contoh Soalan. 1. Keganasan dikaitkan dengan tindakan ganas yang menzalimi golongan yang tidak berdosa. Jelaskan punca berlakunya keganasan antarabangsa dengan mengemukakan contoh yang berkaitan. Skema : 4 + 0 2. Keganasan antarabangsa dikaitkan dengan konflik kaum yang berlaku di negara-negara tertentu. Huraikan punca keganasan antarabangsa ini berlaku dan implikasinya terhadap kestabilan politik dan ekonomi sesebuah negara. Skema : 2 + 1 + 1

BAHAGIAN B ISU - PERUBATAN HERBA BIL 1.

IDEA HURAIAN A : LANGKAH MENGEMBANGKAN PERUBATAN HERBA Meningkatkan penyelidikan dan - Mengadakan penyelidikan dan membangunkan disiplin pembangunan (R&D) dalam kurikulum dan pendidikan tumbuhan herba serta pembiakan baka tumbuhan herba - Mewujudkan pusat / kawasan tanaman pelbagai tumbuhan herba

- Kaedah mengklon spesies herba tempatan dengan luar - Kajian terhadap penyakit dan kesesuaian spesies herba 2.

Latihan, kemahiran teknikal, kepakaran

- Perlu dipertingkatkan beberapa kemahiran terutama dalam bidang tanaman spesies herba yang diimport dari luar, jenis tanah yang sesuai, baja, cuaca dan serangan penyakit - Mendapatkan tenaga pakar luar dan dalam negara - Wujud pusat latihan secara bersepadu

3.

Memperkenalkan teknologi dan peralatan pemprosesan

- Kepakaran dalam pengendalian komponen alat dan mesin yang moden dikendalikan sepenuhnya oleh komputer - Menambah produktiviti / pengeluaran dalam bilangan yang banyak - Memenuhi syarat piawaian dan ISO - Membina teknologi / jentera / mesin tempatan – yang menjimatkan kos

4.

Kualiti bahan dan produk siap proses

- Memenuhi piawaian dan bermutu untuk pasaran dalam dan luar negara (ISO) - Kualiti bahan mentah dan teknik pembikinan yang berkesan akan meyakinkan pengguna dan pengedar - Jenis herba yang berkualiti dari sumber tempatan / Quality Control

5.

Mempaten bahan hasilan intelek

- Produk hasilan herba dilindungi, hak milik cipta (sukar ditiru) - Dapat pengiktirafan kerajaan / labelan dan pemasaran meluas

6.

Produk herba di hospital / Farmasi kerajaan

- Pesakit hospital kerajaan diberi ubat-ubatan berasaskan herba - Kerjasama dengan farmasi kerajaan dan swasta - Produk herba diberi keutamaan berdasarkan penyakit di hospital kerajaan dan swasta

7.

B. MENGAPA PERUBATAN BERASASKAN HERBA MENDAPAT SAMBUTAN Mampu memperkuatkan sistem - Mengutamakan sistem pertahanan semulajadi imunisasi - Mampu membina sistem ketahanan badan daripada serangan pelbagai penyakit - 345 pesakit guna herba untuk mengubati penyakit kanser, diabetes dan kegemukan.

8.

Sumber perubatan alternatif

- Penyakit ganjil yang sukar dirawat dengan perubatan moden - Kaedah rawatan yang diyakini dan dipercayai berkesan - Tiada aplikasi kemahiran dan teknologi perubatan tinggi

9.

Tiada atau kurang kesan sampingan

- Menggunakan bahan asli seperti bunga-bungaan, daun kayu (lebih selamat) - Perubatan moden menggunakan ubat yang diproses secara kimia dan menyebabkan kesan sampingan seperti mengantuk.

10.

***Kos yang rendah

- Tidak memerlukan modal yang besar untuk tujuan pemprosesan - Tidak memerlukan peralatan yang canggih - Menjadi pilihan golongan berpendapatan rendah

11.

***Perubatan Warisan

- Merupakan perubatan turun temurun - Khasiatnya diketahui berdasarkan pengalaman hidup dan pemerhatian - Keberkesanannya diyakini

12.

13.

Mudah didapati

- Tidak perlu dapatkan rawatan doktor atau ahli farmasi - Memudahkan penduduk kawasan pedalaman - Hanya melibatkan daun, herba, buah dan akar

C. KESAN NEGATIF PERUBATAN HERBA Mendatangkan kesan - Pembuatan dijalankan secara kecil-kecilan sampingan - Penghasilan ubat-ubatan tidak mengikut spesifikasi yang tepat - Pengusaha tidak mengikuti kursus berkaitan farmaseutikal - Boleh memberi kesan sampingan kepada pengguna

14.

Tempoh pemulihan yang lama

- Hanya menggunakan bahan-bahan berasaskan herba - Tiada penggunaan bahan kimia / dadah yang akan mempercepatkan proses pemulihan - Tidak sesuai untuk penyakit yang kronik dan memerlukan rawatan / pemulihan segera - Lebih kepada tujuan mengekalkan kesihatan

15.

Keberkesanan

- Khasiat ubatan herba hanya diketahui melalui pengalaman hidup dan pemerhatian - Tidak melalui proses R&D - Keberkesanan boleh dipertikaikan

*** Idea 10 dan 11 hanya sesuai digunakan jika soalan berkaitan tumbuhan herba dikeluarkan dalam laras sastera (Bahagian A)

Soalan-soalan Contoh 1. Perubatan berasaskan herba semakin mendapat perhatian masyarakat. Langkah-langkah perlu diambil supaya perubatan alternatif ini dapat dikembangkan. Ulaskan pernyataan di atas. Skema: 2 + 2 2. Bincangkan kelebihan perubatan herba dan nyatakan faktor-faktor yang harus diambilkira sebelum menggunakan perubatan alternatif ini. Skema; 2 + 2

BAHAGIAN E BAHAGIAN E 10 (a). Berdasarkan rajah di bawah, huraikan proses penyediaan akaun sesebuah perniagaan. Pada pendapat anda, mengapakah dokumen penting dalam sesebuah organisasi? DOKUMEN DALAM SISTEM AKAUN PERNIAGAAN

Tunai (bil. tunai) P

Tunai (bil. tunai)

E

L A

N G G A

JUALAN/ KHIDMAT

Perniagaan

PEMBELIAN

N

P E M B E K A L

Hutang (invois pembekal)

Hutang (invois) Tunai/ cek Penghutang

Pemiutang

PENERIMAAN PEMBAYARAN (Resit Rasmi) (Baucar Pembayaran)

Nota : Dokumen -Bil Tunai, Invois,Resit Rasmi & baucer Bayaran

Sumber : Dewan Ekonomi, 2003

Skema Jawapan 10 (a). Pengenalan Dokumen merupakan keperluan utama dalam proses penyediaan akaun sesebuah perniagaan. A. Proses penyediaan akaun sesebuah perniagaan Pembelian 1. Pembekal memerlukan bahan mentah untuk memproses sesuatu produk. Semasa membuat pembelian pembekal boleh berurusniaga sama ada secara tunai (bil tunai) atas invois pembekal.

Jualan / Khidmat 2. Apabila pembekal menjual produk / perkhidmatan kepada pelanggan , pembayaran boleh dibuat sama ada secara tunai atau hutang. Sekiranya secara tunai pembekal akan mengeluarkan bil tunai, tetapi jika memilih secara hutang, pembekal ( pemiutang ) akan mengeluarkan invois ( butiran yang dibeli, jumlah dan tempoh bayaran ) kepada pelanggan ( penghutang ). Penerimaan dan Pembayaran 3. Usahawan juga terlibat dalam urusan penerimaan dan pembayaran wang dalam bentuk tunai / cek. Contoh : penerimaan ialah hasil jualan tunai, pembayaran hutang oleh pelanggan, model perniagaan ( resit rasmi ). Pembayaran seperti hutang, pembelian aset (Baucer Bayaran) B. Kepentingan dokumen 1. Dokumen penting sebagai transaksi dalam pengurusan fail. 2. Memudahkan pengurusan pengauditan sesebuah organisasi Kesimpulan: Sesebuah organisasi perlu menggunakan dokumen bagi meningkatkan keuntungan. Cadangan Skema : Calon perlu menjawab mengikut urutan 1, 2 dan 3. (sekiranya calon menjawab 1, 3 – markah 1/15) Nota: Skema

-

3+1=4

Isi Huraian Bahasa Impak

-

8(2x4) 1 2

Skema Jawapan 10 (b). Pengenalan Dokumen merupakan keperluan utama dalam proses penyediaan akaun sesebuah perniagaan. A. Proses penyediaan akaun sesebuah perniagaan Pembelian 1. Pembekal memerlukan bahan mentah untuk memproses sesuatu produk. Semasa membuat pembelian pembekal boleh berurusniaga sama ada secara tunai ( bil tunai) atas invois pembekal. Jualan / Khidmat 2. Apabila pembekal menjual produk / perkhidmatan kepada pelanggan , pembayaran boleh dibuat sama ada secara tunai atau hutang. Sekiranya secara tunai pembekal akan mengeluarkan bil tunai, tetapi jika memilih secara hutang, pembekal ( pemiutang ) akan mengeluarkan invois ( butiran yang dibeli, jumlah dan tempoh bayaran ) kepada pelanggan ( penghutang ). Penerimaan dan Pembayaran 3. Usahawan juga terlibat dalam urusan penerimaan dan pembayaran wang dalam bentuk tunai / cek. Contoh : penerimaan ialah hasil jualan tunai, pembayaran hutang oleh pelanggan, model perniagaan ( resit rasmi ). Pembayaran seperti hutang, pembelian aset (Baucer Bayaran) B. Bagaimana pengurusan dokumen yang sistematik membantu kejayaan organisasi 1. Pengurusan dokumen yang sistematik memastikan setiap transaksi direkodkan dengan sempurna. 2. Boleh mengelakkan jenayah kolar putih / penyelewengan dalam organisasi berkenaan. 3. Penting untuk pengauditan. 4. Penting untuk merangka perancangan strategik / pengkajian dan pembangunan organisasi pada masa depan.

Kesimpulan: Sesebuah organisasi perlu menggunakan dokumen bagi meningkatkan keuntungan. Cadangan Skema : Calon perlu menjawab mengikut urutan 1, 2 dan 3. (sekiranya calon menjawab 1, 3 – markah 1/15) Nota: Skema

-

Isi Huraian Bahasa Impak

-

3+1=4 8(2x4) 1 2

Isi Huraian Bahasa Impak

-

1 2

8

Related Documents