Bestari A 2008 - Vol.2 - Set 1

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bestari A 2008 - Vol.2 - Set 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,436
  • Pages: 8
MODUL BESTARI ‘A’ PENGAJIAN AM KERTAS 2

2008

VOL 2 - SET 1 Edisi Guru

Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak

BAHAGIAN A ISU - PERUSAHAAN BATIK. BIL 1.

IDEA HURAIAN A. KEPENTINGAN PERUSAHAAN BATIK Sumber pendapatan negara - Lakaran batik yang indah boleh dikomersialkan. - Meningkatkan pendapatan negara melalui cukai.

2.

Peluang pekerjaan

- Mewujudkan peluang pekerjaan dalam industri batik. - Pendapatan yang diperoleh mampu meningkatkan taraf hidup daripada pelbagai sumber dalam industri batik.

3.

Memperkembangkan penyelidikan dan pembangunan

- Kajian dibuat untuk mempelbagaikan produk batik, di samping menghasilkan corak baru yang bermutu. - Memperkembangkan bakat semulajadi pengusaha di samping mewujudkan institusi formal yang menawarkan kemahiran seni batik.

4.

Mengekalkan warisan kraftangan tempatan

- Kemahiran pemprosesan batik perlu diperturunkan kepada generasi muda. - Mengekalkan corak batik yang bertemakan budaya setempat.

5.

Memperkenalkan identiti negara

- Melambangkan imej negara yang berunsurkan alam semula jadi seperti motif pucuk rebung yang berunsur tradisional yang dipelbagaikan dan disesuaikan dengan kehendak pasaran dalam dan luar negara.

6.

B. CABARAN Persaingan

7.

Kekurangan modal

- Sukar mendapat pinjaman dari institusi kewangan kerana dianggap pelaburan berisiko / kurang menguntungkan / pulangan lambat

8.

Sikap pengguna.

- Batik bukan menjadi pilihan utama kerana menganggap produk tempatan tidak berkualiti. - Mengutamakan produk lain dan yang berjenama.

9.

Tenaga buruh.

- Tenaga buruh kurang mahir dalam kalangan keluarga sendiri. - Golongan tua yang mewarisi bakat semakin ramai yang meninggal dunia sedangkan golongan muda tidak berminat mewarisinya / tiada generasi pelapis.

- Negara-negara jiran seperti Thailand, Filipina dan Indonesia juga menghasilkan batik. - Wujud persaingan pasaran dan harga daripada industri tekstil yang lebih murah.

- Tenaga kerja sukar dicari kerana kebanyakan

mereka menerima upah yang rendah 10.

Teknologi.

- Industri batik menggunakan teknologi yang kurang canggih. - Masih menggunakan peralatan tradisional. - Produktiviti berkurangan.

Contoh-contoh Soalan. 1.

Kerajaan telah mewajibkan kakitangan kerajaan memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis. Bincangkan faedah daripada pelaksanaan dasar berkenaan. Skema : 4 + 0

2.

Pelbagai langkah telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengkomersialkan industri batik di Malaysia. Bincangkan potensi dan masalah yang dihadapi oleh pengusaha batik dalam memajukan industri ini. Skema : 2 + 2

BAHAGIAN B

ISU : BIL 1.

PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

IDEA HURAIAN A : KEPENTINGAN / KEWAJARAN PENEROKAAN ANGKASA LEPAS Telekomunikasi - Membawa penciptaan dan pelancaran satelit komunikasi yang memungkinkan berita disebar ke seluruh dunia dalam masa yang singkat. - Memesatkan urusan perniagaan dan aktiviti komersial sesama manusia - Merapatkan perhubungan manusia.

2.

Kaji cuaca dan pengesanan pencemaran alam.

- Membolehkan pengkaji cuaca meramalkan keadaan cuaca di bumi. - Mengurangkan kesan-kesan malapetaka (kebakaran, tsunami,gempa bumi). - Satelit kaji cuaca membolehkan manusia lebih bersedia menghadapi pelbagai cabaran alam sekitar

3.

Perubatan

- Membolehkan manusia mencipta pelbagai alat baru – pakaian, makanan baru. - Ujian-ujian perubatan yang dijalankan boleh menghasilkan pelbagai pengetahuan perubatan baru.

4.

Pertahanan.

- Maklumat dari satelit-satelit pengintip yang dilengkapi kamera canggih akan mengukuhkan kedudukan pertahanan.

5.

Sumber logam dan tenaga baru

- Usaha penerokaan sumber galian. - Memungkinkan manusia mencari sumber logam-logam bagi menampung permintaan yang kian meningkat.

6.

B. KESAN NEGATIF PENEROKAAN ANGKASA LEPAS Keselamatan - Boleh membawa kepada pengorbanan jiwa jika pelepasan kapal angkasa tidak dirancang dengan teliti - Tragedi kapal angkasa Challenger yang meletup sebaik sahaja dilancarkan pada tahun 1986 menyebabkan kematian kepada semua anak kapal di dalamnya.

7.

Pencemaran alam

- Kemalangan satelit akan menyebabkan letupan yang kuat - Kemungkinan berlaku kebocoran radiasi yang boleh mencemarkan alam dan menjejaskan kesihatan manusia di muka bumi.

8.

***Perbelanjaan yang tinggi

- Menelan perbelanjaan yang amat tinggi - Tidak menjadi pilihan negara dunia ke 3 - Perbelanjaan lebih baik disalurkan kepada bidang lain yang lebih memerlukan seperti pendidikan, kesihatan

C. USAHA-USAHA UNTUK MEREALISASIKAN PENEROKAAN ANGKASA LEPAS DI

MALAYSIA 9. Penyediaan kursus-kursus aeroangkasa di institusi pengajian tinggi

- Bagi melahirkan tenaga kerja pakar / barisan modal insan negara dalam bidang aeroangkasa - Unjuran tenaga kerja telah dirangka untuk tempoh tahun 2000 – 2020. - IPTA yang telah menawarkan kursus berkaitan aeroangkasa adalah UTM, UPM, UiTM dan UIAM - Antara kursus yang ditawarkan adalah kursus Kejuruteraan aeroangkasa - Keperluan merekrut tenaga kerja bertauliah sebagai jurutera, juruteknik dan mekanik

10.

Pemindahan teknologi asing

- Memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roscosmos) bagi membangunkan industri aeroangkasa Negara - Program Angkasawan Negara telah dilancarkan pada 10 Oktober 2007 dan merupakan titik tolak kepada pembangunan industri aeroangkasa termasuk satelit - MOU dengan Roscosmos meliputi perjanjian untuk melatih dan menghantar seorang lagi angkasawan negara, Mejar Dr.Faiz Khaleed pada tahun 2010 / 2011

11.

Menjalankan penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

- Dilakukan oleh agensi yang terlibat secara langsung seperti Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) , CTRM dan DCA (Jabatan Penerbangan Awam) - R&D perlu untuk dijadikan pedoman arah tuju industri aeroangkasa negara selain membuka peluang kerjaya yang lebih banyak dalam bidang ini.

***idea ke 8 hanya boleh digunakan jika soalan berkaitan isu penerokaan angka lepas dikeluarkan dalam bahagian A (laras sastera)

Soalan-soalan contoh : 1. Penyertaan Dr.Sheikh Muszaphar Shukor dalam misi penerokaan ke angkasa lepas merupakan satu titik tolak kepada pembangunan industri aeroangkasa di negara kita. Huraikan kewajaran penerokaan angkasa lepas di negara kita dan nyatakan usaha-usaha untuk merealisasikannya. Skema : 2 + 2 2. Walaupun penerokaan angkasa lepas membawa manfaat dari segi jangka panjang tetapi implikasinya tidak harus dipandang ringan. Bincangkan. Skema : 2 + 2

BAHAGIAN E

10(a).

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan proses pengurusan bahan-bahan buangan secara bersepadu. Jelaskan kepentingan penggunaan semula bahan-bahan buangan kepada manusia.

PENGURUSAN BAHAN BUANGAN SECARA BERSEPADU

HASIL BUANGAN

ORGANIK

Sisa Pertanian dan Penternakan

Kertas

Gas

Cecair

Kayu Kayan

Baja Kompos

Pepejal

BUKAN ORGANIK

Kaca

Logam a

Plastik

KITAR SEMULA INSINERATOR TAPAK PELUPUSAN

Skema Jawapan 10 (a). Pengenalan - Selepas melalui proses pengilangan, produk akan dipasarkan kepada pengguna. - Pengguna yang menggunakan produk akan menghasilkan bahan-bahan buangan berbentuk organik dan bukan organik. A: Kaedah-kaedah Pengurusan Bahan Buangan 1. Kitar Semula - Bahan buangan bukan organik seperti kertas, kaca, logam dan plastik boleh dikitar semula. - Bahan-bahan buangan ini akan diasingkan mengikut jenis ke dalam tong-tong yang berasingan dan dihantar ke kilang primer untuk dikitar semula - Bahan-bahan yang telah dikitar semula akan dijadikan barang-barang sekunder. - Bahan organic daripada sisa buangan pertanian dan perhutanan boleh dikitar semula menjadi baja, makanan ternakan binatang dan biojisim. Baja diproses melalui proses pereputan dan penguraian sisa hasil pertanian. - Pengurusan bahan buangan organic dapat menjimatkan kos, mengurangkan pencemaran. - Bahan organic yang dikitar semula dapat melestarikan alam sekitar. 2. Insinerator

- Bahan organic seperti kayu kayan, kertas dan sisa buangan pepejal akan dibakar dalam sistem pembakaran tertutup atau incinerator. - Kaedah ini dapat mengurangkan risiko pencemaran dan melestarikan alam sekitar. - Bahan bukan organik juga boleh dibakar pada tahap suhu tertentu untuk melebur atau menghurai komponen seperti logam, kaca dan plastik. 3. Tanah Pelupusan - Bahan organik akan dilupuskan dengan cara menanam sisa buangan seperti kertas dan sisa pepejal. - Bahan bukan organik juga boleh ditanam supaya bahan buangan tidak mencemarkan dan membahaya kepada orang ramai. - Sisa pepejal di tapak pelupusan akan dikitar semula untuk dijadikan baja dan penambakan tanah rendah. B: Kepentingan penggunaan semula bahan-bahan buangan. 1. Mengurangkan masalah pencemaran alam. - Kitar semula boleh mengurangkan sampah dan pelepasan gas-gas toksik ke udara. - Kualiti air terjamin. 2. Menjimatkan sumber alam semulajadi - Mengurangkan kepupusan sumber alam semula jadi - Kitar semula kertas mengurangkan kegiatan pembalakan dan pengeluaran pulpa kertas - Kitar semula tin mengurangkan aktiviti perlombongan 3. Menghasilkan sumber tenaga baru - Najis haiwan menghasilkan biogas, misalnya gas metana - Sumber tenaga lebih murah, bersih dan mesra alam Cadangan Skema : Skema : 3+1 Isi : 4 Huraian : 8 (4 x 2) Bahasa : 1 Rumusan : 2 Pilihan kaedah tidak perlu ikut urutan. Skema Jawapan 10 (b). Pengenalan - Selepas melalui proses pengilangan, produk akan dipasarkan kepada pengguna pengguna yang menggunakan produk akan menghasilkan bahan-bahan buangan berbentuk organik dan bukan organik. A: Kaedah-kaedah Pengurusan Bahan Buangan Nota : ( Ikut skema jawapan 10 (a), no 1 hingga no 3 ) B: Langkah-langkah untuk menjayakan kempen kitar semula. 1. Kempen kesedaran melalui media massa.

- Menyedarkan masyarakat tentang kepentingan penjagaan persekitaran. - Mendidik masyarakat tentang kitar semula boleh mengurangkan sampah dan mengurangkan pelepasan gas-gas toksik ke udara. 2. Menambahkan bilangan pusat Kitar Semula - Pusat Kitar Semula perlu diperluaskan ke kawasan luar bandar, sekolah, pusat tumpuan masyarakat seperti stesen minyak, hospital, kompleks membeli belah. 3. Kerjasama pihak sekolah dan Pihak Berkuasa Tempatan - Menganjurkan pertandingan pengumpulan bahan-bahan kitar semula antara kelas. - Kelas yang pelajarnya paling banyak mengumpulkan bahan kitar semula diberikan penghargaan. - Pertandingan diadakan setiap bulan. Cadangan Skema : 3 + 1 Isi : 4 Huraian : 8 (4x2) Bahasa : 1 Rumusan : 2 Pilihan kaedah tidak perlu ikut urutan

Related Documents