MODUL BESTARI ‘A’ PENGAJIAN AM KERTAS 2
2008
VOL 2 - SET 3 Edisi Guru
Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak
BAHAGIAN A ISU - PENYEBARAN FITNAH MELALUI INTERNET BIL 1.
IDEA HURAIAN A. SEBAB PENYEBARAN FITNAH Berpotensi dibaca oleh semua - Senang diakses pengguna Internet - Kenyataan fitnah berpotensi disebarkan ke seluruh dunia memandangkan internet boleh diperoleh dari setiap pelosok dunia. - Boleh berurusan di kedai siber.
2.
Disebarkan dengan mudah dan cepat.
- Semua maklumat dapat dibaca dengan cepat tanpa perlu pergi ke tempat kejadian. - Kosnya sangat murah.
3.
Penyebar fitnah sukar untuk dikesan.
- Penulis bebas menyebarkan fitnah tanpa perlu mendedahkan identiti. - Hal ini memberi peluang kepadanya untuk terus menabur fitnah.
4.
B. LANGKAH MENGATASI PENYEBARAN FITNAH Meminda undang-undang - Undang-undang lama yang tidak sesuai dengan siber. perkembangan teknologi maklumat perlu dipinda semula. - Mengenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
5.
Kerjasama pembekal perkhidmatan internet.
- Pembekal perkhidmatan internet (cth: TM Net) harus bekerjasama menyaring dan bertanggungjawab terhadap kenyataan fitnah di internet.
6.
Mendidik masyarakat menggunakan teknologi ke arah positif.
- Melalui Pendidikan - sistem pendidikan melahirkan manusia yang bertanggungjawab. - Masyarakat perlu dibentuk membina kekuatan dalaman dan mampu mengelak daripada melakukan perbuatan negatif.
7.
C. KESAN PENYEBARAN FITNAH Menjatuhkan maruah individu - Fitnah akan tersebar secara meluas. - Individu tidak boleh menjawab fitnah. - Terdapat individu tertentu mengambil kesempatan menjatuhkan orang lain.
8.
Menjejaskan keharmonian masyarakat.
-
Individu yang terlibat akan merasa marah. Cuba untuk membalas perbuatan tersebut. Timbul tuduh menuduh dalam kalangan masyarakat. Akhirnya akan berlaku pergaduhan di kalangan masyarakat. - Timbul huru-hara.
9.
Menjejaskan ekonomi negara
- Kerajaan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk menyiasat kesahihan berita yang disebarkan.
- Rakyat menggunakan kemudahan untuk memfitnah orang. - Negara tidak produktif kerana banyak fitnah yang tidak benar disebarkan. - Pelabur tidak berminat untuk melabur (takut risiko kerugian) 10.
Menjatuhkan imej negara
- Banyak negara yang terpengaruh dengan fitnah ini akan menjauhkan diri daripada negara kita. - Masyarakat antarabangsa akan memandang rendah kepada Malaysia. - Nama negara di persada dunia tercemar.
Contoh-contoh Soalan. 1. ‘Unsur fitnah melalui siber boleh memusnahkan sesuatu tamadun’. Fenomena ini akan menjadi kenyataan jika sesuatu usaha tidak diambil dengan segera. Bincangkan. Skema : 2 + 2 2. Penyebaran fitnah melalui internet merupakan satu cara yang berkesan untuk menjatuhkan kedudukan seseorang malah boleh menjejaskan martabat sesebuah negara. Jelaskan pernyataan ini. Skema : 4 + 0
BAHAGIAN B ISU :
BIL
KESIHATAN - SENAMAN
IDEA A. MANFAAT SENAMAN
HURAIAN
1
Mengelakkan penyakit kardiovaskular dan strok
- Kecergasan fizikal akan mempercepatkan pergerakan seseorang - Aktiviti ini menjadikan dinding arteri lebih kenyal dan kuat. - Merangsang aliran darah ke seluruh badan lebih lancar dan tidak dihalang. - Sebatian lemak dalam darah dapat dibersihkan dan mengelakkan berlakunya pembekuan darah - Aktiviti ini membolehkan oksigen dapat beredar ke seluruh badan dan mengelakkan pengenapan lemak dan kolesterol (mengelakkan sakit jantung dan strok)
2
Melancarkan proses penghadaman
- Aktiviti ini juga merangsang sistem enzim dan hormon - Makanan yang kita makan melalui pelbagai proses dalam badan kita, justeru perembesan enzim dan hormon ini, membantu melancarkan dan mempercepatkan proses pencernaan - Mengelakkan sembelit dan membantu melindungi daripada kanser usus besar - Menyihatkan sistem pencernaan kita
3
Menjamin kesihatan mental
- Senaman dapat menambah kekerapan aliran darah ke otak dan merangsang pengeluaran bahan kimia yang mempengaruhi aktiviti dan pertumbuhan sel otak - Perubahan biologikal ini membolehkan daya ingatan dan kebolehan menguasai ilmu yang baru meningkat. - Senaman menjadikan otak cerdas malah menghasilkan emosi yang positif dan mengurangkan stress / tekanan
4
Antipenuaan
- Aktiviti senaman yang tetap dapat memperlahankan proses penuaan - Aktiviti ini membolehkan bekalan oksigen dapat diedarkan ke seluruh badan dengan cepat terutamanya ke tisu-tisumemastikan pembentukan sel-sel baru dengan cepat (menggantikan sel-sel yang mati) - Senaman dapat menambah ketumpatan tulang melalui penyerapan kalsium dan kekuatan otot, lebih-lebih lagi otot jantung, menjadi lebih efisien untuk mengepam darah ke jantung, kadar metabolik menjadi mantap dan feksibiliti sendi juga meningkat - Dengan otot dan tulang yang sihat, mengelakkan penyakit osteoporosis dan osteoarthritis - Menjamin melambatkan proses penuaan dan meningkatkan jangka hayat
5
Mengurangkan risiko penyakit diabetes
- Boleh meningkatkan sensitiviti insulin, merendahkan glukos darah - Bagi pengidap diabetes jenis 2 (tidak memerlukan suntikan insulin) aktiviti bersenam yang tetap mampu memperbaiki glukos darah, mengurangkan hipertensi dan menormalkan lipid. B. KESAN NEGATIF JIKA TIDAK MELAKUKAN SENAMAN
6
Risiko mendapat penyakit kronik
- Melemahkan edaran darah ke seluruh badan - Bekalan oksigen berkurangan dan tidak sampai ke otak - Sistem enzim dan hormon tidak teransang menyebabkan daya ketahanan tubuh badan lemah - Banyak lemak terkumpul, saluran darah (arteri, vena) tersumbat - Boleh menyebabkan risiko penyakit kardiovaskular, strok, alzheimer
7.
Menyebabkan stress
- Saluran darah tidak dapat dibersihkan dengan teliti - Aktiviti perpeluhan tidak berlaku dan laluan penyingkiran bahan-bahan toksik lain tersumbat - Menyebabkan pengumpulan bahan toksik dalam badan - Menjadikan fungsi sistem badan lemah dan menganggu metabolism - Menyebabkan simptom kemurungan wujud dan memberi kesan psikologi akibat tekanan kehidupan yang banyak
8
Mengurangkan fungsi otak
- Aliran darah ke otak menjadi perlahan / lemah - Menyebabkan kekurangan oksigen yang dibekalkan ke otak, menganggu kecerdasan otak - Tidak dapat merangsang pertumbuhan sel otak - Perubahan biologikal tidak berlaku - Menyebabkan kemampuan menguasai ilmu dan mengingati maklumat / cepat lupa
9
Masalah obesiti
- Menyebabkan peningkatan partikel lipoprotein dalam saluran darah - Kolesterol yang digunakan untuk menghadamkan lemak dalam diet berlebihan - Proses pembakaran lemak menjadi perlahan - Otot-otot akan menjadi kendur dan tidak padat - Lemak-lemak yang berlebihan menyebabkan perut buncit
10
11
C. KESAN SENAMAN BERLEBIHAN Menyebabkan kecederaan - Otot mempunyai daya tahan tertentu dalam menanggung beban - Aktiviti senaman yang berlebihan akan menyebabkan otototot mengalami kecederaan - Secara tidak langsung akan menganggu keupayaan tendon atau ligamen berfungsi Keletihan
- Aktiviti yang melampau akan menyebabkan proses perpeluhan dan penyingkiran bahan-bahan buangan lain berlaku dengan cepat dalam jumlah yang banyak - Menyebabkan badan kehilangan yang banyak / dehidrasi - Kegagalan menggantikan kehilangan air dalam badan dengan segera
12
Kecacatan dan kematian
- Aktiviti senaman berlebihan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan - Menyebabkan kadar denyutan jantung menjadi lebih cepat dari biasa - Boleh menyebabkan vena mengembang secara melampau / pecah - Otot, sendi dan tendon yang koyak akan mencacatkan pergerakan individu (lutut,siku,pergelangan kaki)
D. CADANGAN MELAKUKAN SENAMAN 13 Teknik senaman yang betul - Mulakan dengan proses regangan - Lakukan secara sederhana dan tingkatkan aktiviti mengikut kemampuan 14
Mendapatkan nasihat doktor
- Golongan yang menghidapi penyakit kronik seperti masalah jantung, diabetes perlu mendapatkan nasihat doktor untuk melakukan aktiviti yang sesuai. - Bagi memastikan tekanan sistolik sentiasa berada pada paras antara 4 hingga 9 mm Hg - Bagi mengelakkan kematian secara mengejut akibat kegagalan sistem badan
15
Senaman secara berkala
- Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu - Antara 20 hingga 30 minit satu sesi
Soalan-soalan Contoh : 1. Senaman penting untuk menjamin kesihatan manusia. Bincangkan manfaat yang diperoleh daripada aktiviti ini. Skema : 4 + 0 2. Senaman yang berlebihan boleh memberi impak negatif kepada kita. Justeru, individu yang melakukan senaman perlu memikirkan kaedah terbaik melakukan senaman. Bincangkan. Skema: 2 + 2
BAHAGIAN E 9 (a).
Berdasarkan jadual, tafsirkan pengidap penyakit-penyakit terpilih di kalangan pekerja asing yang dilaporkan dalam tahun-tahun yang diliputi. Jelaskan langkah-langkah untuk mengurangkan masalah penularan penyakit di kalangan pekerja asing.
MALAYSIA: BILANGAN PENGIDAP PENYAKIT-PENYAKIT TERPILIH DI KALANGAN PEKERJA ASING YANG DILAPORKAN PADA TAHUN 2000 HINGGA 2003 Tahun Jenis penyakit Tuberkolosis HIV Malaria Denggi Jumlah
2000
2001
2002
2003
1310 383 5776 192 7661
1397 369 6826 193 8785
1506 307 7815 420 10048
2145 294 6658 2000 11097
(Dipetik dan diubahsuai daripada Majalah Massa, Januari 2004)
9 (b). Berdasarkan jadual, bandingkan pengidap penyakit-penyakit terpilih dalam kalangan pekerja asing yang dilaporkan bagi tahun-tahun yang diliputi. Jelaskan langkah-langkah untuk mengurangkan masalah penularan penyakit di kalangan pekerja asing.
MALAYSIA: BILANGAN PENGIDAP PENYAKIT-PENYAKIT TERPILIH DI KALANGAN PEKERJA ASING YANG DILAPORKAN PADA TAHUN 2000 HINGGA 2003 Tahun Jenis penyakit Tuberkolosis HIV Malaria Denggi Jumlah
2000
2003
1310 383 5776 192 7661
2145 294 6658 2000 11097
Dipetik dan diubahsuai daripada Majalah Massa, Januari 2004)
Skema Jawapan 9 (a). Idea A. Pola perubahan
Huraian
1. Pola keseluruhan meningkat berterusan
2. Pola meningkat i. Tuberkolosis ii. Denggi
2000 – 7 661 orang 2003 – 11 097 orang - Peratus peningkatan sebanyak 44.85% (3 436 orang) – (2000 hingga 2003) i. Tuberkolosis: 2000 – 1 310 orang 2003 – 2 145 orang - Peratus peningkatan sebanyak 63.74% (835 orang) – (2000 hingga 2003) ii. Denggi: 2000 – 192 orang 2003 – 2 000 orang - Peratus peningkatan sebanyak 941.67% (1 808 orang) – (2000 hingga 2003)
3. Pola menurun – HIV
2000 – 383 orang 2003 – 294 orang - Peratus penurunan sebanyak 23.23% (89 orang) – (2000 hingga 2003)
4. Pola tidak konsisten – Malaria
2000 – 5 776 orang 2002 – 7 815 orang 2003 - 6 658 orang - Peratus kenaikan sebanyak 35.30% (2 039 orang) – ( 2000 hingga 2002) - Peratus penurunan sebanyak 14.80% (1 157 orang) – (2002 hingga 2003)
B. Pola bandingan Tahun 2000
B. Pola bandingan Tahun 2001
B. Pola bandingan Tahun 2002
Paling tinggi: - Malaria – sebanyak 5 776 orang berbanding jumlah keseluruhan 7 661 orang. - Peratus sumbangan – sebanyak 75.39% Paling rendah: - Denggi – sebanyak 192 orang berbanding jumlah keseluruhan 7 661 orang. - Peratus sumbangan – sebanyak 2.50% (sederhana – mana-mana selain tertinggi dan terendah) Paling tinggi: - Malaria – sebanyak 6 826 orang berbanding jumlah keseluruhan 8 785 orang. - Peratus sumbangan – sebanyak 77.70% Paling rendah: - Denggi – sebanyak 193 orang berbanding jumlah keseluruhan 8 785 orang. - Peratus sumbangan – sebanyak 2.19% (sederhana – mana-mana selain tertinggi dan terendah) Paling tinggi: - Malaria – sebanyak 7 815 orang berbanding jumlah keseluruhan 10 048 orang. - Peratus sumbangan – sebanyak 77.77%
Paling rendah: - HIV – sebanyak 307 orang berbanding jumlah keseluruhan 10 048 orang. - Peratus sumbangan – sebanyak 3.05% (sederhana – mana-mana selain tertinggi dan terendah) B. Pola bandingan Tahun 2003
Paling tinggi: - Malaria – sebanyak 6 658 orang berbanding jumlah keseluruhan 11 097 orang. - Peratus sumbangan – sebanyak 59.99% Paling rendah: - HIV – sebanyak 294 orang berbanding jumlah keseluruhan 11 097 orang. - Peratus sumbangan – sebanyak 2.64% (sederhana – mana-mana selain tertinggi dan terendah)
C. Langkah membendung penularan penyakit dalam kalangan pekerja asing
1. Laporan kesihatan yang lengkap sebelum diambil bekerja di Malaysia – permohonan warga asing yang tidak melepasi piawaian kesihatan yang telah ditetapkan akan ditolak. 2. Peranan majikan – membawa pekerja membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. 3. Penyediaan tempat tinggal yang selesa dan bersih – elakkan kawasan setinggan. 4. Seminar / kursus – peranan agensi pekerja asing sebelum mula bekerja.
Skema: 2 + 1 + 1 Isi Huraian Bahasa Rumusan
: : : :
4 8 (4x2) 1 2
Skema Jawapan 9 (b). Idea
Huraian
A. Pola bandingan 1. Keseluruhan – pengidap (warga asing) penyakit terpilih lebih tinggi pada tahun 2003 berbanding 2000
-
2000 – 7 661 orang 2003 – 11 097 orang
2. Meningkat paling ketara sepanjang 2 tahun: - Malaria
-
5 776 orang pada tahun 2000 meningkat kepada 6 658 orang pada tahun 2003. Meningkat sebanyak 882 orang bersamaan 15.27%
3. Penyakit paling sedikit - 2000 – Denggi - 2003 - HIV
-
-
-
2000 – Denggi – sebanyak 192 orang (2.51%) daripada jumlah keseluruhan tahun berkenaan, 7 661 orang. 2003 – HIV – sebanyak 294 orang (2.65%) daripada jumlah keseluruhan tahun berkenaan, 11 097 orang.
B. Pola bandingan dalam tahun: 4.Tahun 2000
Paling tinggi: - Malaria – sebanyak 5 776 orang berbanding jumlah keseluruhan 7 661 orang. - Peratus sumbangan – sebanyak 75.39% Paling rendah: - Denggi – sebanyak 192 orang berbanding jumlah keseluruhan 7 661 orang. - Peratus sumbangan – sebanyak 2.50% (sederhana – mana-mana selain tertinggi dan terendah)
5. Tahun 2003
Paling tinggi: - Malaria – sebanyak 6 658 orang berbanding jumlah keseluruhan 11 097 orang. - Peratus sumbangan – sebanyak 59.99% Paling rendah: - HIV – sebanyak 294 orang berbanding jumlah keseluruhan 11 097 orang. - Peratus sumbangan – sebanyak 2.64% (sederhana – mana-mana selain tertinggi dan terendah)
C. Langkah membendung penularan penyakit dalam kalangan pekerja asing
6. Laporan kesihatan yang lengkap sebelum diambil bekerja di Malaysia – permohonan warga asing yang tidak melepasi piawaian kesihatan yang elah ditetapkan akan ditolak. 7. Peranan majikan – membawa pekerja membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. 8. Penyediaan tempat tinggal yang selesa dan bersih – elakkan kawasan setinggan. 9. Seminar / kursus – peranan agensi pekerja asing sebelum mula bekerja.
Skema: 1 + 1 + 2 Isi : Huraian : Bahasa : Rumusan :
4 8 (4x2) 1 2