MODUL BESTARI ‘A’ PENGAJIAN AM KERTAS 2
2008
VOL. 2 - SET 4 Edisi Guru
Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak
BAHAGIAN A ISU - KEGANASAN RUMAH TANGGA BIL 1.
IDEA HURAIAN A. FAKTOR BERLAKU KEGANASAN RUMAH TANGGA Personaliti / sikap - Personaliti yang ganas, emosional, panas baran, hobi mendera menyebabkan berlakunya keganasan rumah tangga. - Terdapat juga sikap cemburu yang keterlaluan.
2.
Kitaran keganasan (sejarah keganasan semasa kecil)
- Terdapat pendera yang pernah mengalami kisah silam yang menyedihkan pada zaman kanak-kanaknya. – diasuh secara kasar oleh ahli keluarganya sendiri. - Ingin membalas dendam terhadap perbuatan yang dilakukan terhadapnya. - Ahli keluarga akan menjadi mangsa dendam.
3.
Kemiskinan / Tekanan hidup.
- Ahli keluarga yang mempunyai masalah tekanan hidup dan kesempitan wang akan bertindak ganas. - Mendorong wanita dijadikan alat untuk mendapatkan wang. Cth: Terdapat suami / bapa yang memaksa isteri / anak perempuan menjual maruah untuk menampung kehidupan.
4.
Penagihan arak dan dadah.
- Pendera hilang pertimbangan dan bertindak ganas terhadap keluarga. - Lupa akan tanggungjawab dan peranan sebagai suami dan bapa yang seharusnya melindungi keluarga.
5.
Kurang didikan agama dan moral.
- Tidak dapat membezakan yang baik dengan buruk - Sudah tidak waras untuk berfikir. - Beranggapan tindakan mendera bukan satu kesalahan
6.
B. KESAN KEGANASAN RUMAH TANGGA Tekanan emosi / trauma. - Mangsa keganasan rumah tangga akan menghadapi tekanan emosi. - Sentiasa dalam ketakutan dan hilang keyakinan diri / bertindak ganas. - Boleh bertindak melakukan jenayah yang lain.
7.
Keruntuhan institusi keluarga
- Tiada lagi kemesraan dalam kalangan keluarga - Timbul perasaan benci dan dendam. - Selalunya berakhir dengan perpisahan / perceraian
8.
Peningkatan kos.
- Kerajaan terpaksa menanggung kos untuk mewujudkan rumah perlindungan. - Kerajaan terpaksa menyediakan kursus khas / kaunselor bagi mengatasi masalah ini.
9.
C. LANGKAH MENGATASI KEGANASAN RUMAH TANGGA Tindakan undang-undang - Kelulusan Akta Keganasan Rumahtangga 1994 akan dapat melindungi mangsa keganasan rumah tangga. - Melalui akta ini, pesalah boleh didenda tidak melebihi
RM4000 dan penjara tidak lebih setahun. 10
Kaunseling/kursus perkahwinan
- Khidmat kaunseling perlu dilakukan sebelum atau selepas memasuki alam perkahwinan agar mereka memahami tentang kewajipan dan dasar-dasar perkahwinan. - Mewajibkan kursus perkahwinan kepada semua pasangan yang ingin berkahwin.
11
Peranan media massa
- Media massa berperanan secara proaktif sebagai sumber sebaran maklumat dalam usaha menyedarkan semula masyarakat tentang keganasan rumah tangga. - Menyiarkan berita-berita berkaitan keganasan rumah tangga agar menjadi panduan kepada seluruh masyarakat apabila membacanya.
12
Memantapkan pendidikan agama dan moral.
- Pendidikan yang berteraskan pengetahuan agama dan moral perlu dilaksanakan pada semua peringkat sekolah. - Penekanan kepada penghayatan agama dan moral. - Akan membentuk sebuah masyarakat penyayang dan bertanggungjawab.
13
Peranan masyarakat
- Masyarakat perlu mempunyai rasa tanggungjawab sosial untuk bersama-sama membantu mengatasi masalah ini.- menjadi mata dan telinga. - Melaporkan kepada pihak yang berkuasa jika terdapat keganasan keluarga yang berlaku di tempat masingmasing.
Contoh-contoh Soalan.
1. Keganasan rumah tangga berpunca daripada sikap individu dalam keluarga itu sendiri. Justeru, langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil bagi menyelamatkan institusi keluarga ini. Bincangkan. Skema : 2 + 2 2. Keganasan rumah tangga memberi kesan yang mendalam terhadap keutuhan sesebuah institusi keluarga. Oleh itu, usaha-usaha yang berkesan harus diambil dengan segera supaya keruntuhan institusi keluarga ini dapat diatasi. Ulaskan pernyataan di atas. Skema : 2 + 2
BAHAGIAN B ISU: SISA PERTANIAN – PEMBUANGAN TIDAK TERANCANG BIL 1
IDEA HURAIAN A. KESAN SISA PERTANIAN Pencemaran udara . - Sisa pertanian menghasilkan gas beracun seperti ammonia atau sulfur dioksida semasa proses pereputan. - Menyebabkan keracunan sekiranya terhidu atau termakan.
2
Mencemarkan sungai dan laut.
- Sisa dibuang ke dalam sungai dan laut – mengeluarkan bahan beracun - Menjejaskan hidupan akuatik dan habitatnya. - Sumber makanan atau protein terjejas.
3.
Menjejaskan kesihatan manusia.
- Udara tercemar menyebabkan penyakit bronkitis / kulit. - Pencemaran air menyebabkan cirit birit, muntah, taun.
4
B. MANFAAT PENGURUSAN SISA PERTANIAN SECARA SISTEMATIK Penghasilan kompos atau - Jerami, hampas tebu dan sekam padi boleh menghasilan baja . baja organik. - Baja organik dapat mengekalkan kelembapan dan mengurangkan larut resap zat makanan. - Proses metabolisme bakteria dalam media ini menyuburkan tanaman.
5.
Menjadi sumber makanan haiwan ternakan.
- Hampas kacang soya, daun kelapa sawit dan hampas isirung menjadi makanan binatang ternakan. - Dicampur dengan fosfat, bahan ini menjadi makanan seimbang. - Daun ubi kayu dan sayur yang dibuang . boleh diproses menjadi dedak (sumber makanan ikan air tawar.)
6.
Sumber tenaga alternatif – tenaga biojisim
- Air kumbahan daripada najis ternakan boleh menghasilkan tenaga biojisim - Najis haiwan dan sisa kelapa sawit (hampas atau isirung), diproses, menghasilkan gas metana - Gas ini menghasilkan pembakaran yang lengkap dan lebih mesra alam.
7.
Menghasilkan barangan kesihatan/ kosmetik
- Proses pengesktrakkan batang-batang kelapa sawit yang masih segar dan lembap,boleh menghasilkan glukosa (sesuai sebagai bahan perasa dalam minuman) - Bahan buangan bunga-bungaan (bunga raya, bunga mawar), boleh diproses untuk dijadikan jus minuman dan bahan kondisioner rambut, yang berkhasiat.
8.
C. KAEDAH PENGURUSAN SISA PERTANIAN Pengkomposan - Sisa pertanian seperti hampas tebu, sekam padi ,tandan dan batang kelapa sawit, dihasilkan melalui cara himpunan / cara lubang - Bahan-bahan sisa ini akan mengalami penguraian melalui proses metabolisme bakteria - Proses ini menukarkan bahan buangan pertanian menjadi
kompos, yang membekalkan nitrogen dan zat makanan lain yang diserap oeh tumbuhan 9.
Guna semula
- Hampas kacang soya hampas isirong ,dan daun kelapa sawit,boleh diguna semula sebagai makanan haiwan ruminan (seperti lembu dan kambing) - Apabila sisa –sisa ini dicampur dengan ferus fosfat,menjadikan kandungan makanan haiwan ini lebih seimbang dari segi kandungan zatnya.
10.
Kaedah biologi
- Najis haiwan seperti najis lembu,kambing dan ayam boleh menghasilkan biogas. - Air kumbahan haiwan yang mengandungi bakteria seperti Ecoli dan pelbagai parasit yang lain,akan mengalami pereputan melalui proses pembiakan mikrobiologi - Proses pereputan ini akan menghasilkan gas metana,(bahan api yang lebih sempurna pembakarannya)
11
Teknologi pengawetan
- Melalui teknologi ini, sisa pertanian seperti batang-batang kelapa sawit dan getah, menjadi kayu yang berkualiti untuk membuat perabot - Penggunaan bahan kimia, menjadikan kayu-kayu lebih kukuh dan tidak mudah diserang anai-anai - Keratan kayu atau reja-reja kayu boleh diproses menjadi papan lapis dan papan serpai
Soalan-soalan Contoh : 1. Pembuangan bahan-bahan sisa pertanian yang tidak terancang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Namun, pengurusan bahan buangan pertanian yang sistematik akan mendatangkan manfaat kepada manusia. Bincangkan. Skema: 2+2 1. Penebusgunaan bahan–bahan sisa pertanian secara sistematik, dapat memberi manfaat kepada manusia. Bincangkan kaedah pengurusan sisa–sisa pertanian yang memberi manfaat kepada manusia. Skema: 4+0 .
BAHAGIAN E Soalan ini mempunyai dua bentuk soalan, soalan 3(a) dan 3 (b) 3 (a) Berdasarkan jadual, huraikan perubahan kes kebakaran mengikut punca-punca terpilih dalam tempoh yang dinyatakan. Jelaskan mengapa berlaku peningkatan dalam beberapa kes kebakaran. Skema: a. Pola perubahan b. Alasan MALAYSIA: BILANGAN KEBAKARAN MENGIKUT PUNCA-PUNCA TERPILIH DARI TAHUN 1999 HINGGA 2002 Tahun Punca
1999 (kes)
2001 (kes)
2002 (kes)
Kilang Rumah Kediaman Kawasan Setinggan Bangunan lain (a)
246 1242 102 386
195 1207 145 428
161 1445 167 454
Kenderaan Kebun/Hutan/Belukar/Lalang Lain-lain (b)
1055 4927 3715
1002 6560 3750
956 13047 3651
Jumlah 11,673 13,287 19,881 Nota: (a) – termasuk gudang/sekolah/asrama/institusi/tempat hiburan/hospital dan klinik (b) - termasuk kapal terbang dan kapal laut (Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, 2003) 3 (b) Berdasarkan jadual di atas, tafsirkan perubahan kes kebakaran mengikut punca-punca terpilih dalam tempoh yang dinyatakan. Jelaskan mengapa berlaku peningkatan dalam beberapa kes kebakaran. Skema: a. Pola perubahan b. Alasan SKEMA: (Boleh digunakan untuk soalan 3 (a) dan 3 (b). Pengenalan Jadual menunjukkan jumlah kebakaran mengikut jenis dari tahun 1999 hingga tahun 2002 yang dipetik daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Idea A. POLA PERUBAHAN 1. Pola Keseluruhan didapati meningkat
Huraian -
1999 – 11,673 kes 2002 – 19,881 kes (Meningkat sebanyak 6594 kes dari tahun 2001) Peratus peningkatan 1999 – 2002 ialah sebanyak 70.32% atau 8208 kes
2. Pola Meningkat Berterusan i. Kawasan Setinggan ii. Bangunan lain dan isinya iii. Kebun/Hutan/Belukar/Lalang
i. -
Kawasan Setinggan 1999 – 102 kes 2002 – 167 kes (Meningkat sebanyak 22 kes dari tahun 2001) Peratus peningkatan 1999 – 2002 ialah sebanyak 63.73% atau 65 kes
ii. Bangunan lain dan isinya - 1999 – 386 kes - 2002 – 454 kes (Meningkat sebanyak 26 kes dari tahun 2001) - Peratus peningkatan1999 – 2002 ialah sebanyak 17.62% atau 68 kes iii. Kebun/Hutan/Belukar/Lalang - 1999 – 4927 kes - 2002 – 13,047 kes (Meningkat sebanyak 6487 kes dari tahun 2001) - Peratus peningkatan 1999 – 2002 ialah sebanyak 164.81% atau 8120 kes 3. Pola Menurun Berterusan i. Kilang ii. Kenderaan
i. Kilang - 1999 – 246 kes - 2002 – 161 kes (Menurun sebanyak 34 kes dari tahun 2001) - Peratus penurunan 1999 – 2002 ialah sebanyak 34.55% atau 85 kes ii. Kenderaan - 1999 – 1055 kes - 2002 – 956 kes (Menurun sebanyak 46 kes dari tahun 2001) - Peratus penurunan1999 – 2002 ialah sebanyak 9.38% atau 99 kes
4. Pola tidak konsisten i. Rumah Kediaman ii. Lain-lain
i. Rumah Kediaman - 1999 – 1242 kes - 2001 – 1207 kes (Menurun sebanyak 35 kes dari tahun 1999) - 2002 – 1445 kes (Meningkat sebanyak 238 kes dari tahun 2001) - Peratus penurunan dari 1999 hingga 2001 ialah sebanyak 2.82% - Peratus peningkatan dari tahun 2001 hingga 2002 ialah sebanyak 19.72%
ii. Lain-lain - 1999 – 3715 kes - 2001 – 3750 kes (Meningkat sebanyak 35 kes dari tahun 1999) - 2002 – 3651 kes (Menurun sebanyak 99 kes dari tahun 2001) - Peratus peningkatan dari 1999 hingga 2001 ialah sebanyak 0.94% - Peratus penurunan dari tahun 2001 hingga 2002 ialah sebanyak 2.64% B. Punca Peningkatan Beberapa Kes Kebakaran:
5. Kecuaian manusia : - membuang puntung rokok merata-rata - pembakaran terbuka - tiada alat pemadam api 6. Sistem pendawaian yang usang/tiada penyelenggaraan – bangunan lama 7. Faktor cuaca - kemarau 8. Aktiviti pertanian tradisional – pembakaran jerami, penerokaan tanah secara haram 9. Penggunaan bahan kimia yang mudah terbakar 10. Litar pintas 11. Tidak mematuhi peraturan – guna lilin/memasak di asrama/ubat nyamuk
Penutup: Semua pihak harus bersikap prihatin bagi mengelak kejadian kebakaran yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda. Skema: 3 + 1 Isi - 4 Huraian - 8 (4x2) Bahasa - 1 Rumusan - 2 Nota: Calon mesti mengemukakan nilai mutlak dan peratus sebagai bukti data mengikut tahun