Bestari A 2008 - Vol.2 - Set 5

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bestari A 2008 - Vol.2 - Set 5 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,414
  • Pages: 8
MODUL BESTARI ‘A’ PENGAJIAN AM KERTAS 2

2008

VOL. 2 - SET 1 Edisi Guru

Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak

BAHAGIAN A ISU - CETI HARAM BIL 1.

IDEA A. PUNCA EKONOMI Pengurusan kewangan yang lemah

HURAIAN -

Perbelanjaan melebihi pendapatan. Keperluan kehidupan yang melewati kemampuan. Mengamalkan aktiviti berhutang. Peminjam gagal melunaskan pinjaman. Meminjam wang daripada ceti haram untuk membayar hutang yang sedia ada.

2.

Polisi institusi kewangan

- Sikap pilih kasih terhadap permohonan pinjaman - Peniaga kecil.- kedudukan kewangan mereka yang tidak kukuh dan baru menceburi bidang perniagaan. - Prosedur pinjaman yang rumit dan mengambil masa yang lama – mereka mencari jalan mudah. Memilih saluran yang tidak sah.

3.

Pengagihan ekonomi yang tidak seimbang.

- Pembangunan negara tidak seimbang dengan kekukuhan fundamental diri. - Pembangunan ini menyebabkan rakyat berlumba-lumba untuk mencapai kemajuan. - Keciciran bererti kehinaan dan penurunan nilai kemanusiaan. - Rakyat sanggup berhutang bagi memenuhi kemewahan hidup

4.

B. PUNCA SOSIO BUDAYA Sikap peminjam / Suka berjudi - Suka mengamalkan aktiviti berjudi. / Melabur dalam skim cepat - Mereka yang kalah berjudi akan terdesak dan menerima kaya. apa-apa bentuk pertolongan wang. - Mengharapkan keuntungan segera tanpa memikirkan risiko yang akan dihadapi.

5.

Sikap pemberi pinjaman (ceti haram)

- Pandai mengambil hati peminjam. - Menghulurkan pinjaman wang ketika mangsa menghadapi kesempitan wang. - Boleh meminjam wang seberapa banyak yang dikehendaki dalam masa yang singkat tanpa memerlukan cagaran atau kertas cadangan.

6.

Perundangan yang lemah.

- Timbul kekeliruan mengenai perundangan yang mengawal selia aktiviti peminjam wang. - Tidak pasti siapa yang patut memantau dan mengambil tindakan serta mengikut akta apa. - Tindakan yang boleh diambil hanyalah terhadap ceti haram yang menggunakan kekerasan ke atas peminjam yang lewat atau gagal melunaskan hutang.

7.

C. KESAN Faedah yang tinggi

-

Ceti haram tidak berhati perut. Mengenakan faedah yang tinggi dalam tempoh satu

-

8.

Mencetuskan keganasan

-

9.

Ekonomi negara terjejas.

bulan. Faedah yang tinggi atau bayaran lewat Hutang akan berlipat ganda beberapa kali daripada jumlah pinjaman asalnya jika peminjam gagal menjelaskan pinjamannya. Peminjam yang tidak membayar hutang akan diugut, digertak dan dikasari Keluarga dan perniagaan mereka akan diganggu Ada peminjam yang dibunuh kerana melunasi hutang Ada peminjam terpaksa membunuh diri kerana tidak tahan akan ugutan ceti haram.

- Terdapat peminjam yang akan menghentikan perniagaan mereka kerana takut dengan ugutan ceti haram - Wang beredar dalam kalangan individu tertentu sahaja. - Berlaku pengangguran kerana operasi perniagaan ditutup. - Menjejaskan pendapatan negara dari segi cukai.

Contoh-contoh Soalan.

1. Ceti haram atau Along akan mengenakan faedah yang sangat tinggi, namun masih ramai orang yang mencari khidmat mereka untuk menyelesaikan masalah kewangan. Bincangkan faktor sosio budaya yang menyebabkan gejala ini masih berlanjutan dan kesannya kepada peminjam. Skema : 2 + 2 2. Segelintir masyarakat yang menghadapi masalah kewangan, meminjam wang daripada ceti haram atau along. Sungguhpun aktiviti ini memberi kesan kepada peminjam, tetapi perkhidmatan ini masih mendapat sambutan. Bincangkan. Skema : 2 + 2

BAHAGIAN B ISU - SISA TOKSIK BIL 1.

IDEA A. PUNCA Perindustrian

2.

Pertanian

3

Sisa buangan domestik

4

Bahan api

5

B. KESAN Kepupusan flora

HURAIAN - Sisa toksik terhasil daripada proses perkilangan yang menggunakan bahan kimia, bahan pelincir dan logam berat. - Sisa toksik yang dialirkan ke sumber air akan menjejaskan kualiti air dan mengancam hidupan akuatik. - Penggunaan racun serangga dan baja secara berlebihan akan menjejaskan pH tanah. - Sisa toksik ini memasuki sumber air menerusi pengaliran air di permukaan tanah, dan bawah tanah. - Hal ini akan menurunkan kualiti air. - Bahan buangan yang sering dikaitkan dengan penggunaan domestik adalah bahan organik daripada sisa pepejal, bahan soda dan amonia. Bahan ini tidak mereput dan membebaskan gas-gas beracun apabila bertindak balas dengan persekitaran. - Berpunca daripada minyak hitam, diesel, petrol (dibuang oleh pusat-pusat servis kenderaan) - Minyak kapal di perairan bocor atau tumpahan minyak oleh kapal pengangkut minyak - Bahan-bahan sisa yang dibuang, tanpa dirawat, mengakibatkan tanah akan tandus dan gersang - Sumber-sumber mineral semulajadi dalam tanah akan hilang, akibat tindak balas kimia yang berlaku - Mengakibatkan tumbuhan juga tidak subur kerana kandungan nutrien berkurangan / tidak sesuai dengan tumbuh-tumbuhan tersebut - Akibatnya tumbuhan itu akan terbantut / pupus akibat keracunan - Hasilnya juga mungkin berbahaya kerana mengandungi sisa toksik - Bahan-bahan toksik tersebut akan berpindah kepada haiwan-haiwan yang memakan tumbuhan itu

6

Pemusnahan hidupan akuatik

- Pembuangan sisa toksik ke dalam sumber air seperti sungai dan laut, akan menyebabkan sumber air itu tercemar - Fenomena ini menyebabkan ekosistem habitat akuatik tidak seimbang - Sisa toksik ini akan mencemarkan plankton dan seterusnya akan mengancam rantai makanan hidupan akuatik.

7

Mengancam kesihatan manusia

- Manusia akan mengalami keracunan jika terhidu atau termakan bahan yang mengandungi sisa toksik ini - Pendedahan terhadap merkuri akan menyebabkan kerosakan sistem saraf - Sisa toksik PAH (polycyclic aromatic hydrocarbons) daripada minyak mentah, menyebabkan penyakit kanser

8

C. RAWATAN Proses biologi

9

Proses fisiko-kimia

10

Proses terma

11

Pelupusan timbus tanah

- Melibatkan tindak balas mikroorganisma untuk menguraikan komponen-komponen organik dalam sisa buangan. - Proses ini akan mengubah struktur komponen organik, menguraikan sisa kepada gas karbon dioksida, air dan sisa bukan organik. - Pencampuran bahan kimia dengan sisa untuk mengehadkan perebakannya. - Teknologi pengekstrakan wap tanah, penjerapan karbon, pengoksidaan oksigen akan mengurangkan tahap ketoksikan sisa berkenaan. - Tenaga terma atau haba digunakan untuk menukarkan komponen organik dalam sisa kepada karbon dioksida dan wap air. - Isipadu sisa secara keseluruhannya akan dikurangkan dan bahan toksik dalam komponen organik dapat dihapuskan. - Sistem pelupusan timbus tanah direka bagi menampung sisa toksik yang dihasilkan. - Pembinaan sistem pengumpulan larut resap dan lapisan kalis air di bahagian bawah tapak pelupusan agar bahan pencemar tidak terkeluar dan meresap ke dalam tanah.

Soalan-soalan Contoh : 1.

Peningkatan sisa –sisa toksik di negara ini berpunca daripada pelbagai aktiviti manusia. Peningkatan ini memberi impak kepada hidupan sejagat. Bincangkan. Skema : 2 + 2

2.

Perkembangan sektor industri di negara ini , menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap penghasilan sisa-sisa toksik. Pertambahan jumlah sisa-sisa toksik ini menjejaskan alam sekitar. Bincangkan kaedah-kaedah yang efektif untuk merawat sisasisa toksik ini. Skema: 4 + 0

BAHAGIAN E 3 (a)

Berdasarkan maklumat di bawah, huraikan perubahan pensyarah di beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi tahun 1999,2000 dan 2001. Pada pandangan anda mengapakah berlaku peningkatan bagi jumlah pensyarah di institusi Pengajian Tinggi tersebut?

Skema: a. Pola perubahan b. Alasan

BILANGAN PENSYARAH DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM 1999

2000

UUM 6.53% UKM 16.71%

UUM 8.26%

UiTM 32.52%

UKM 15.79%

UM 15.51% UTM 14.77%

UM 14.89%

UPM 13.97%

UTM 13.96%

2001 10145 orang

UiTM 33.07%

UUM 8.66% UKM 14.98%

UPM 14.02%

10897 orang

UiTM 34.45%

UM 14.57% UTM 13.91%

UPM 13.44%

11429 orang

[Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Statistik, 2000]

3 (b) Berdasarkan maklumat di atas, tafsirkan perubahan bilangan pensyarah di beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi tahun 1999,2000 dan 2001. Pada pandangan anda

mengapakah berlaku peningkatan bagi jumlah pensyarah di institusi Pengajian Tinggi tersebut? Skema Jawapan : a. Pola perubahan b. Alasan SKEMA: ( Boleh digunakan untuk soalan 3 (a) dan 3(b) ) Pengenalan: Carta pai diberi menunjukkan bilangan pensyarah di universiti tempatan. Idea A. Pola Perubahan 1. Keseluruhan meningkat

Huraian -

2. Peratus meningkat, nilai mutlak (NM) meningkat i. UiTM ii. Universiti Utara Malaysia

1999 – 10145 orang 2001 – 11429 orang Peratus peningkatan – 13.28% Jumlah meningkat – 1347 orang.

i. UiTM - 1999 – 32.52% (3299 orang) - 2000 – 33.07% (3604 orang) - 2001 – 34.45% (3959 orang) ii. Universiti Utara Malaysia - 1999 – 6.53% (662 orang) - 2000 – 8.26% (900 orang) - 2001 – 8.66% (995 orang)

3. i. ii. iii.

Peratus menurun, NM meningkat UTM UM UKM

i. Universiti Teknologi Malaysia - 1999 – 14.77% (1499 orang) - 2000 – 13.96% (1521 orang) - 2001 – 13.91% (1598 orang) ii. Universiti Malaya - 1999 – 15.51% (1573 orang) - 2000 – 14.89% (1623 orang) - 2001 – 14.57% (1674 orang) iii. Universiti Kebangsaan Malaysia - 1999 – 16.71% (1695 orang) - 2000 – 15.79% (1721 orang) - 2001 – 14.98% (1722 orang)

4. Peratus tidak konsisten, NM meningkat - UPM B. Alasan

Universiti Pertanian Malaysia - 1999 – 13.97% (1417 orang) - 2000 – 14.02% (1529 orang) - 2001 – 13.44% (1545 orang) 5. Penstrukturan semula perjawatan di IPTA. 6. Kekosongan jawatan pensyarah di IPT kerana IPT menawarkan pelbagai kursus baru dalam bidang sains dan teknologi seperti aeroangkasa, bioteknologi, ICT dan

lain-lain, sebagai persediaan menghadapi era globalisasi. Penutup: Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada pencapaian cemerlang sesebuah Institusi Pendidikan. Skema Isi Huraian Bahasa Impak

-

3+1 4 8 1 2

Nota: Perenggan pola dan alasan diasingkan.

Related Documents