Berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w. Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Firman Allah: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat untuk Nabi . Hai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab: 56) Maka amalkanlah berselawat ke atas Nabi sekurang kurangnya 100 kali setiap hari dengan ikhlas. Ini boleh dilakukan di antara Maghrib dan Isya’ iaitu dengan berselawat dan berzikir. Banyak masa di antara dua waktu tersebut yang jika anda amalkan bersolat di masjid, daripada bercakap yang sia-sia, eloklah mengamalkan selawat dan zikir sementara menunggu solat Isya’. Carilah buku-buku yang lebih terperinci mengenai amalan berselawat ini kerana terdapat pelbagai nama selawat yang boleh diamalkan. Sebelum mengamalkan selawat ini, adalah digalakkan untuk berguru kerana dengan ini, kita akan lebih memahami aspek-aspek berselawat.
MAKLUMAT LANJUT: http://rahsiarezeki.com