KEPERIBADIAN DAN KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.W
Nabi
Muhammad s.a.w memiliki empat sifat terpuji yang utama iaitu siddiq (berkata benar), amanah (dipercayai), tabliq (menyampaikan), dan fatanah (bijaksana). Sifat Siddiq Nabi Muhammad diakui sendiri oleh orang arab Quraisy.
Baginda
digelar al-Amin oleh orang arab Quraisy kerana perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong Kewibawaan baginda sebagai tokoh pemimpim yang unggul terbukti sebelum dilantik menjadi rasul. Hal I ni dapat dilihat ketika baginda berusia 35 tahun, baginda pernah menyelesaikan suatu persengketaan dalam kalangan kabilah Quraisy.
Baginda
merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi kerana kepimpinannya serta sifat pengasih dan timbang rasanya. Baginda sering membantu isterinya memasak, menampal pakaian yang koyak, melayan anak, dan membersihkan rumah. Anak-anak diberikan pendidikan agama yang secukupnya dan baginda menjadikan diri baginda teladan kepada anak-anak.
Walaupun
kedudukan baginda tinggi dan dihormati oleh masyarakat tetapi baginda sentiasa merendah diri. Nabi Muhammad s.a.w juga terkenal dengan sifat bijaksana dalam menyelesaikan masalah. Sifat ini terserlah semasa baginda memeterai Perjanjian Hudaibiyah pada 628 M.
Sebelum
dilantik menjadi rasul, baginda sering memikirkan tentang kehidupan masyarakat disekelilingnya yang taksub dengan amalan jahiliah. Baginda telah mengasingkan dirinya daripada masyarakat dengan cara bertahannuth(mengasingkan diri untuk beribadat) di Gua Hirak.
Selepas
lebih 2 bulan baginda berulang alik dari Gua hirak akhirnya pada 6 Ogos tahun 610 M, bersamaan 17 ramadhan, Allah telah menurunkan wahyu yang pertama. Pada waktu itu nabi berumur 40 tahun Wahyu ini juga menjadi tanda pemisah antara Zaman Jahiliah dengan zaman islam
Wahyu
pertama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada nabi Muhammad s.a.w ialah surah al-Alaq. Ayat ini memerintahkan umat islam supaya membaca
Wahyu
kedua diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w., iaitu surah al-Muddasir, ayat 1-7. Wahyu ini merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah yang mewajibkan baginda menyampaikan ajaran islam kepada seluruh manusia.
Semenjak
turunnya ayat al-Quran ini Nabi Muhammad terus menerus menerima wahyu dan baginda telah menjalankan seruan kepada orang arab Quraisy Makkah. Baginda mula merancang untuk mengubah akidah dan kehidupan masyarakat sekeliling.