SELAWAT KEATAS RASULLULLAH S.A.W. Rasullullah S.A.W. telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibrail A.S, Mikail A.S., Israfil A.S. dan Izrail A.S. telah berkata
Berkata Jibrail A.S.: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca Selawat keatasmu tiap tiap hari sebanyak sepuluh kali (10x), maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi Titian Siratul Mustaqiim seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S.:
"Mereka yang Berselawat keatas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S.: "Mereka yang Berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T. Dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T. mengampuni orang itu."
alaikat Izrail A.S pula berkata.: "Bagi mereka yang Berselawat keatasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembutlembutnya seperti aku mencabut ruh Para NabiNabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberi jaminan masingmasing untuk orangorang yang Berselawat keatas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukan ini, diharap pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk Berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Mudahmudahan kita menjadi orangorang kesayangan Allah S.W.T., Rasul dan Para Malaikat.
Insya Allah.
P/S : Sebarkanlah kelebihan ini untuk kebaikan bersama sama...