Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

  • Uploaded by: mat2489
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal as PDF for free.

More details

  • Words: 1,587
  • Pages: 34
BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL  

DEFINISI TERENCAT AKAL AMERICAN ASSOCIATION ON MENTAL RETARDATION (AAMR) “Subsequence subaverage general intellectual functioning, excisting concurrently with deficits in adaptive behavior and manisfested during the developmental period, that adversely affects a child’s educational performance.”

DEFINISI TERENCAT AKAL

AMERICAN ASSOCIATION ON MENTAL RETARDATION (AAMRD) “Mental retardation is a disability characterized by significant limitation both in intellectual functioning and in adaptive behavior as expressed in conceptual, social and practical adaptive skills. This disability originates before age eighteen.”

• individu yang mempunyai had tertentu dari segi fungsi mental, di samping kemahiran yang rendah dari aspek tingkah laku penyesuaian. Tingkah laku penyesuaian melibatkan kemahiran penjagaan diri seperti kebolehan memakai pakaian, makan atau mengemas diri. Individu yang dikesan mengalami kerencatan akal ada kalanya tidak dapat menjaga diri sendiri atau hidup secara berdikari. Kecacatan ini lazimnya dikesan sebelum usia 18

KESIMPULAN DEFINISI TIGA KRITERIA UTAMA: 1. Kefungsian Intelek di Bawah Purata 2. Lemah Tingkah Laku Suaian 3. Kelihatan Semasa Zaman Kanak-Kanak Sehingga Usia 18 Tahun

KESIMPULAN DEFINISI 2.Kefungsian Intelek di Bawah Purata Kefungsian intelek di bawah purata ditunjukkan melalui kecerdasan intelek (IQ) melebihi daripada satu sisihan piawai di bawah min mengikut umur tertentu, iaitu dalam lingkungan 85 atau 85 bergantung kepada jenis ujian kecerdasan yang digunakan.

KESIMPULAN DEFINISI

2. Lemah Tingkah Laku Suaian Tingkah laku suaian bermaksud keupayaan individu untuk mencapai kehendak sosial dalam masyarakat bersesuaian dengan umur kronologinya. Kanak-kanak yang mempamerkan masalah dalam penyesuaian tingkah laku dikatakan mengalami terencat akal. Kriteria kemahiran yang termasuk dalam tingkah laku suaian adalah seperti berikut:

KESIMPULAN DEFINISI • Komunikasi - keupayaan bertukar-tukar idea, mesej, atau maklumat dengan orang lain sama ada secara lisan, isyarat, atau cara-cara lain, • Urus diri - keupayaan untuk mengurus kebersihan diri, makan, dan perkara lain yang berkaitan, • Kemahiran sosial - kebolehan berinteraksi dengan baik/sesuai dengan orang lain, • Kehidupan di rumah/domestik- kebolehan mengurus aktiviti harian kehidupan di rumah,

KESIMPULAN DEFINISI • Kesihatan dan keselamatan - berupaya memberi perhatian dan berjaga-jaga serta bertindak dengan cara yang tidak membahayakan diri dan orang lain, • Arah kendiri - keupayaan membuat keputusan dan melaksanakannya, • Akademik - membaca, menulis, matematik, dan kemahiran lain yang diperlukan untuk berdikari, • Menggunakan kemudahan awam berupaya mengenal pasti dan menggunakan perkhidmatan awam di

KESIMPULAN DEFINISI • Bagi kanak-kanak kecil, tingkah laku suaian termasuklah belajar merangkak, kemudian berjalan, dan belajar bercakap. • Di peringkat sekolah rendah, tingkah laku suaian termasuk mengambil giliran, mengikut arahan, dan bergerak bebas dan selamat di kawasan sekolah. • murid sekolah menengah pula, mereka berupaya pergi ke pusat membeli belah, makan bersama rakan, dan membuat persediaan untuk bekerja. Pelajar yang terencat akal minima mungkin mengalami

KESIMPULAN DEFINISI 3. Kelihatan Semasa Zaman Kanak-Kanak Sehingga Usia 18 Tahun • Ketidakupayaan intelek hendaklah ditunjukkan atau dikesan semasa zaman kanak-kanak sehingga umur 18 tahun. Oleh itu, kurang upaya intelek yang berlaku akibat daripada kecederaan atau penyakit selepas perkembangan awal kanak-kanak tidak dianggap sebagai terencat akal.

PENGKELASAN TERENCAT AKAL UKURAN IQ ARAS PENGKELASA N Ringan

STANFORDBINET (SP=16) 52 – 68

WESCHLER (SD=15) 55 – 70

SISIHAN PIAWAI DI BAWAH MIN 2 hingga 3

Sederhana

36 – 52

40 – 55

3 hingga 4

Teruk (severe)

20 – 36

25 – 40

4 hingga 5

bawah 20

bawah 25

melebihi 5

Sangat teruk (profound)

***Ukuran IQ adalah anggaran

Ciri-ciri Individu Terencat Akal Marilyn Friend (2005) 1. Ciri Kognitif mempunyai kesan ke atas beberapa dimensi kefungsian kognitif Ingatan Kanak-kanak terencat :akal mempunyai masalah ingatan seperti Generalis asi

kerap terlupa perkara yang sepatutnya dilakukan/ lupa perkara yang baru diajar. Kebolehan mempelajari sesuatu perkara dan menggunakannya pada situasi yang lain dikatakan sebagai generalisasi. Kanakkanak terencat akal menghadapi masalah membuat generalisasi dalam akademik, tingkah laku, dan interaksi sosial.

Metakogni kebolehan "berfikir tentang berfikir". Sekiranya menghadapi si sesuatu masalah dalam rutin harian, mereka akan menghadapi kesukaran menyelesaikannya Motivasi

mengalami masalah motivasi yang rendah seperti tidak mahu meneruskan sesuatu tugasan dan mudah berputus asa

Bahasa

Kebanyakannya lewat dalam perkembangan bahasa. Misalnya mereka mengambil masa yang lama hanya untuk memahami konsep mudah seperti konsep atas, bawah, tepi, dan sebagainya.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal 2. Ciri Akademik Dalam proses pembelajaran, murid terencat akal selalunya perlu bekerja lebih keras, membuat latihan yang banyak, dan memerlukan masa yang lama berbanding murid-murid normal yang lain Selain itu pencapaian akademik mereka adalah rendah.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal 1. Sosial Kebanyakan murid terencat akal menghadapi kesukaran dalam hubungan sosial. Kebiasaannya mereka kurang diterima oleh rakan sebaya dan mungkin diketepikan langsung. Keadaan ini disebabkan murid ini berkelakuan tidak matang, tidak dapat menyesuaikan diri dalam situasi sosial, dan mereka mempunyai masalah menguasai kiukiu sosial vana halus sehingga mereka kerap kali salah tafsir aksi-aksi murid lain.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal 4. Ciri Tingkah Laku Tambahan Terdapat sesetengah kanak-kanak terencat akal mempunyai tingkah laku yang khusus. Di antaranya adalah seperti mahukan ganjaran tertentu, menarik rambut, menggigit, atau tabiat suka mencederakan diri.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal 5. Emosi Memerlukan perhatian akibat daripada perasaan kesunyian, kemurungan, dan juga kemahiran sosial. 4. Ciri Fizikal dan Kesihatan mempunyai masalah kesihatan sampingan selain kecacatan yang dialami. Misalnya kanak-kanak Sindrom Down menunjukkan ciri-ciri kelainan pada muka, jari, dan badan serta penyakit penyakit seperti jantung berlubang dan paru-paru.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal Tumpuan • Tumpuan atau fokus dalam proses pembelajaran sangat penting untuk memahami sesuatu tugasan yang diberikan sebelum proses pembelajaran berlaku. Kebanyakan kanak-kanak sukar untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu atau sukar memberi tumpuan dalam tempoh masa yang lama • kanak-kanak ini juga tidak dapat menyelesaikan masalah kerana tidakupayaan untuk berfikir secara logik.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal Ingatan • Kajian menunjukkan kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah untuk mengingat maklumat yang diterima. Ketidakupayaan untuk mengingat maklumat yang disampaikan menghadkan kemampuan mereka untuk belajar. Keadaan ini merupakan halangan utama dalam proses pembelajaran di sekolah.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal Ingatan • Kebolehan mengingat merupakan proses pembelajaran yang kompleks dan memerlukan kaedah yang sesuai. Kanakkanak terencat akal menghadapi kesukaran untuk mengingat konsep serta perkara-perkara yang berkaitan teori tentang sesuatu perkara.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal Perkembangan Bahasa • Bahasa digunakan seawal usia kanakkanak untuk keperluan komunikasi, menyampaikan kehendak dan perasaan dalam sesuatu persekitaran (Hatton,1998). • Kelewatan perkembangan bahasa merupakan antara bukti jelas yang dapat dilihat pada kanak-kanak terencat akal (Warren & Abbeduto, 1992).

Ciri-ciri Individu Terencat Akal Perkembangan Bahasa • Masalah pertuturan seperti masalah artikulasi biasa boleh dikesan pada kanak-kanak terencat akal. Umumnya, bagi kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan, perkembangan bahasa mereka adalah selari dengan kanak-kanak normal, namun kemajuan perkembangan bahasa mereka agak perlahan sekiranya kategori yang dialami terencat akal teruk.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal Perkembangan Bahasa • Kelewatan perkembangan bahasa dalam kalangan kanak-kanak terencat akal mempunyai hubung kait dengan keyakinan diri. Kanak-kanak terencat akal sukar untuk menyampaikan bahasabahasa berasaskan linguistik dan menyebabkan penguasaan bahasa yang lemah.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal Pencapaian Akademik • kanak-kanak terencat akal lazimnya mempunyai pencapaian akademik yang rendah berbanding rakan sebaya normal yang lain. Kanak-kanak terencat akal juga sering mempunyai jangkaan pencapaian yang rendah disebabkan tahap kemampuan intelek yang dimiliki (Mac Millan, 1982).

Ciri-ciri Individu Terencat Akal Perkembangan Sosial • Kanak-kanak terencat akal lazimnya lebih sensitif dan emosional. Kanak-kanak ini juga menghadapi masalah dalam berkomunikasi dengan rakan sebaya. Kemahiran sosial kanak-kanak dipelajari sewaktu menerima pengajaran di sekolah. Namun begitu, kanak-kanak terencat akal ini tidak dapat memahami peranan menunggu giliran seperti menunggu giliran apabila seseorang selesai bercakap sebelum memulakan topik perbualan.

Ciri-ciri Individu Terencat Akal Perkembangan Sosial • Kanak-kanak terencat akal juga menghadapi masalah untuk memahami konsep-konsep sosial. Sebagai contoh, konsep wang. Mereka menghadapi masalah untuk memahami fungsi wang serta kegunaan wang dalam kehidupan harian. Kanak-kanak terencat akal juga sukar memahami kesan dan akibat sesuatu perhubungan. Contohnya, mengenal pasti bahawa terdapat kesan daripada setiap tindakan yang dilakukan.

KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT AKAL Analisis Tugasan Sesuatu kemahiran yang hendak diajar dijelaskan dengan terperinci dan di bahagikan kepada bahagian-bahagian kecil. Kemudian, bahagian-bahagian kecil tersebut disusun mengikut urutan yang dapat meningkatkan kefahaman. Juga, bagi setiap bahagian, tempoh masa untuk menguasinya dinyatakan.

KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT AKAL Penilaian Penilaian kerap dilakukan untuk memastikan sama ada sesuatu bahagian kecil itu dikuasai atau tidak. Sekiranya, penilaian tidak dilakukan, kesilapan yang dibuat oleh pelajar tidak dapat dikesan. Jika dibiarkan, pelajar akan terus melakukan kesilapan tersebut tanpa mengetahui. Bagi pelajar kerencatan mental ini boleh membawa kesan yang buruk kepada dirinya

KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT AKAL Gerak Balas Aktif Menentukan bahawa pelajar terlibat secara aktif dan setiap gerak balas pelajar dicatat. Contohnya, bilangan perkataan yang disebut, dan bilangan ayat yang ditulis oleh pelajar. Pengajaran diatur untuk menggalakkan pelajar memberi respons yang dipantau dengan rapi supaya maklum balas yang bermakna dapat diberikan

KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT AKAL Maklum Balas • memerlukan makluma balas serta merta tentang usaha mereka. Maklum balas merupakan pujian atau peneguhan positif lain bagi jawapan atau tingkah laku yang betul. Bagi jawapan yang salah, pelajar diberi galakkan dan peluang untuk membetulkannya.

KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT AKAL Maklum Balas • Maklum balas hendaklah tepat, serta merta, positif dan kerap. Contohnya, "Kamu dapat membaca 90 perkataan hari ini. Itu 10 lebih daripada semalam. Bagus". Kadang kala, pelajar kurang upaya tidak sabar mencuba berkali-kali untuk mendapat jawapan yang betul. Adalah dicadangkan guru membantu pelajar mendapat jawapan yang betul. Lamakelamaan, bantuan itu dikurangkan hingga pelajar mencuba sendiri

KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT AKAL Pemindahan Pembelajaran Pemindahan berlaku apabila sesuatu kemahiran atau tingkah laku yang dipelajari digunakan dalam situasi yang berlainan. Bagaimana ini dapat digalakkan? Salah satu cara ialah untuk memberi pelajar peluang mengamal seusuatu kemahiran dalam situasi berlainan. Contohnya, pelajar dibawa ke padang permainan untuk mempraktik kemahiran yang dipelajari dalam bilik darjah

Masalah bahasa kanak-kanak terencat akal • Bentuk bahasa • Kandungan bahasa • Penggunaan bahasa

Implikasi Terhadap Intervensi Bahasa • Kaedah penilaian bahasa • Strategi/ teknik intervensi yang spesifik • Keberkesanan komunikasi

Related Documents

Akal
November 2019 38
Terencat Aqal
October 2019 16
Kerencatan Akal
June 2020 20

More Documents from "b'lalang biru"