Kisah manusia yang gagal menggunakan akal dalam beragama. Terima satu hukum dan tolak satu hukum yang lain walaupun dari sumber yang sama.
TERIMA TERIMA maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat [ (58) Al Mujaadilah: 13 ] Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu [ (2) Al Baqarah: 183 ] Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah [ (3) Ali Imran: 97 ]
TOLAK TOLAK Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; [ (24) An Nuur: 2 ] Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka [ (5) Al Maa-idah: 38 ] Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. [ (2) Al Baqarah: 275 ] Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisaas" (balasan yang seimbang) [ (2) Al Baqarah: 178 ] Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) [ (33) Al Ahzaab: 59 ] dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka*; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka (diharamkan mendedahkan tubuhnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya, kecuali muka dan kedua tapak tangan).. [ (24) An Nuur: 31 ]
(Kami berikan kepadamu al-Fatihah dan al-Quran) samalah seperti Kami menurunkan (Kitab-kitab) kepada orang yang membahagi-bahagi, (Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Qur'an terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain). lain Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang KAFIR itu) semuanya (pada hari kiamat kelak). [ (15) Al Hijr: 90-92 ] { semua tafsir dipetik dari TAFSIR PIMPINAN AR RAHMAN; Jabatan Perdana Menteri }