Akal

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Akal as PDF for free.

More details

  • Words: 3,312
  • Pages: 8
Aqal dan peranannya Masalah aqal ini kalau mahu diperbincangkan akan membawa kepada berlarut2 kerana panjang kupasan dan sejarahnya. Apa2pun pernah dikatakan tentang aqal yang taat apabila ditanya tentang ketuhanan llah. Aqal mengakuinya berbanding dengan nafsu yang membangkang dan dihumban ke neraka dan dibiarkan kelaparan sehingga akhirnya tunduk. Kalau mahu dikaji, aqal ini sefitrah manapun dia, ianya tertakluk kepada sesuatu yang sudah terzahir. Maka itu ianya hanya dapat menangkap sesuatu yang telah ditunjukkan kepadanya sahaja ataupun benda2 yang sudah terzahir tadi. Maka itu Adam yang diajar oleh Allah tentang nama2 benda itu dapat mengecam dan mengetahui benda2 tersebut dan malaikat yang tidak diajari Allah hanya mampu mengatakan yang mereka mengetahui apa yang diajarkan oleh Allah sahaja (lihat Al Quran). Jadi, apakah aqal itu dan adakah manusia itu diberi kelebihan dan berjawatan khalifah atas dasar beraqal semata2? Apabila dilihat, peranan aqal itu adalah untuk mengenal dan mengecam dan ianya adalah dacing atau neraca untuk meletakkan kebenaran itu pada tempatnya. Maka itu Islam hanya menghukum berdasarkan aqal. Orang gila yang tidak beraqal dan anak2 kecil yang belum cukup aqalnya, tidak jatuh hukum. Syariat itu tegak untuk mereka2 yang beraqal. Namun begitu ada juga manusia yang beraqal tetapi tidak mahu menggunakannya sebagaimana maksud dari Al Quran. Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya. (10:100) Maknanya manusia diberi pilihan untuk berbuat dosa atau pahala dan aqal itulah neracanya tetapi ramai manusia yang ingkar dan menuruti hawa nafsu masing2. Sebagaimana yang diketahui fitrahnya aqal itu tidak menjamin manusia menjadi insan yang benar2 insan. Ini kerana nafsu dan syaitan senantiasa menghalang2 manusia daripada taat. Aqal itu akan menjadi hati apabila ianya bersih dari syirik dan untuk sampai kepada pembersihan itu maka aqal itu hendaklah digunakan sebaik mungkin disamping memimpin aqal itu di atas jalan yang lurus. Penguasaan kepada aqal itu akan menghasilkan aqal yang boleh berdiri teguh tanpa diri seseorang itu dapat dikuasai oleh nafsu. Aqal yang benar memerlukan ilmu yang benar juga, kalau tidak ianya akan terlindung daripada kebenaran juga. Maka itu dengan sebab aqallah manusia itu dipikulkan amanah dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Ianya tidak ada pada selain manusia, malaikat dan jin. Mengapa manusia dan tidak malaikat? Persoalan inilah yang ditanya oleh malaikat yang merasa hairan kerana Allah mahu mengangkat manusia yang akan melakukan kerosakan di muka bumi ini sebagai khalifah. Penulis tidak mahu memanjangkan persoalan malaikat itu tetapi cukuplah dengan kenyataan bahawasanya malaikat itu tidak dijadikan khalifah kerana tiada nafsu, sedangkan tujuan Allah menurunkan makhluk ke bumi ini kerana: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. (76:2)

Perintah dan larangan itulah nilai kehidupan di dunia dan jika tiada syariat maka dunia ini bukanlah dunia tetapi syurga. Untuk itu nafsu itu perlu ada dan ianya jatuh kepada insan. Timbul pula satu persoalan, kalau nafsu menjadi perhitungannya mengapa pula jin pula diketepikan? Secara ringkasnya jin itu tidak dapat menjadi khalifah kerana tidak mempunyai unsur2 bumi di mana tanah menjadi dasarnya selain daripada air dan sebagainya lagi. Memakmurkan bumi ini memerlukan unsur2 bumi juga. Begitulah secara ringkasnya. Apapun sebab utama mengapa kedua2nya tertolak kerana ayat ini yang maksudnya: Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. (15:29) Inilah sebabnya mengapa manusia itu diberikan kemuliaan sebagai khalifah iaitu kerana ayat �dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku� dan tidaklah perlu dihuraikan dengan panjang lebar berkenaan Roh itu kerana ianya adalah urusan Allah. Cukuplah dikatakan ianya dapat dikaitkan dengan kata2 sufi iaitu �Barangsiapa mengenal dirinya maka mengenallah dia akan Allah.� (InsyaAllah bersambung)"

Apakah tanda2 atau bukti bagi statement di atas? Tandanya dapat dilihat semasa Mikrajnya Rasulullah di mana jibril tidak dapat melepasi satu tahap kerana sayapnya akan terbakar sedangkan Rasulullah yang membawa sifat insan (hamba) dapat meneruskan perjalanannya berjumpa dengan Allah. Apapun Allahlah Yang Maha Mengetahui. Berbalik kepada aqal tadi, nyatalah ianya merupakan antara anugerah yang mlayakkan insan itu bergelar insan dengan syarat ianya digunakan dengan cara yang benar dan bersungguh2. Ilmu itu berakhir dihujung aqal di mana ianya akan binasa/larut di dalam kebesaran Tuhan bersama2 aqal itu sendiri bilamana seseorang itu beramal dengan ilmunya dan menggunakan aqal itu sepenuhnya. Terbit satu lagi soalan, dari apakah pembinaan aqal itu? Adakah ianya terbina daripada unsur2 jasadi atau rohani? Kalau kita lihat, seperti hati, aqal itu letaknya pada pohonan jasad yang hidup dan sedar. Oleh kerana keterlibatannya dengan jasad maka jasad itu berupaya mempengaruhi aqal. Ini kerana aqal itu walaupun sifatnya suci tetapi mudah tertipu dan ianya juga tidak mempunyai kekuatan mempengaruhi/menyerang sebagaimana nafsu yang membawa sifat2 api yang selalu berkobar2 dan mudah merangsang ghairah insan untuk menurut kemahuannya. Apatah lagi nafsu itu mempunyai pengipasnya supaya api nafsu itu terus membakar jiwa2 insan sebagaimana yang disebut di dalam Al Quran: Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). (5:91) Maka itu untuk menang terhadap pengaruh nafsu dan syaitan ini maka diperlukan manusia itu satu jalan yang lurus sebagaimana digariskan di dalam syariat Islam itu sendiri di samping sentiasa menjana dan menjaga aqal supaya tetap jenih dan terang. Aqal itu perlu digunakan melihat kepada sesuatu yang haq dan sentiasa

memandang kepada kebesaran Tuhan, sebagaimana yang sering dinyatakan di dalam Al Quran tentang kejadian alam yang menunjukkan kebesaran Allah: Katakanlah: "Apakah di antara sekutu-sekutumu ada yang dapat memulai penciptaan makhluk, kemudian mengulanginya (menghidupkannya) kembali?" katakanlah: "Allah-lah yang memulai penciptaan makhluk, kemudian mengulanginya (menghidupkannya) kembali; maka bagaimanakah kamu dipalingkan (kepada menyembah yang selain Allah)?" (10:34) Aqal itu hendaklah sentiasa digilap dan diajar supaya tidak berfikir dan mengingat kecuali sesuatu yang berkaitan dengan kebesaranNya. Dari apa aqal itu dibina? Hanya Allah Yang Maha Mengetahuinya. Ianya bersifat ghaib sebagaimana ghaibnya hati dan ianya tidak terdaya disentuh tetapi mampu dirasakan kehadirannya dan diimani pula dengan hati. Begitulah besarnya peranan aqal yang menjadi penentu hala tuju hidup seorang insan, sesungguhnya ikhtiar dan usaha ditangan kita walaupun hakikatnya Allahlah yang menentukan segalanya. Firman Allah dalam surah ali-imran: (Azab) yang demikian itu adalah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, dan bahwasanya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hamba-Nya. (3:182) (InsyaAllah bersambung)"

Jalinan kasih sayang Nabi dan sahabat Rasulullah s.a.w. meninggalkan kota Makkah dalam suasana dihambat oleh rasa kebencian dan permusuhan sebahagian besar penduduknya. Berbeza dengan ketibaan Nabi s.a.w. di Madinah, baginda disambut oleh penduduknya yang ramah mesra dengan perasaan kasih sayang. sifat mahabbah penduduk Madinah menjadi penawar hati baginda yang tercalar oleh sikap permusuhan dan kebencian penduduk Makkah terhadap baginda. Sayang dan benci, dua sifat perasaan yang bertentangan, kedua-duanya merupakan naluri insan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Sekalipun ia bertentangan antara keduanya, namun ia tetap memberi manfaat kepada manusia. Ada sayang yang memberi manfaat dan boleh mendatangkan pahala atau dosa, kebencian juga begitu, memberi manfaat kepada manusia dan kadangkala mendatangkan bencana dan dosa. Sayang kena pada tempatnya akan mendatangkan kebajikan dan pahala, sebaliknya kebencian yang kena pada tempatnya juga mendatangkan kebajikan dan pahala. Kebencian penduduk Makkah terhadap Nabi s.a.w. merupakan tindakan yang tidak kena dan melampaui batas, lebih-lebih lagi terhadap insan yang sebaik Muhammad s.a.w., seorang yang dilantik oleh Allah SWT sebagai Nabi dan utusan-Nya di muka bumi ini. Kebencian penduduk Makkah terhadap Nabi s.a.w. sememangnya tidak berasas, ia bukan saja mendatangkan kesukaran terhadap mangsanya malah bagaikan menempa petaka dalam kehidupan mereka di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Penduduk Madinah telah meletakkan rasa hormat dan kasih sayang tepat pada tempatnya, iaitu terhadap Nabi dan Rasulullah. Seorang yang dipilih dan di asuh secara langsung oleh Allah SWT, untuk memikul tanggungjawab memimpin manusia ke arah kebenaran yang bersumberkan wahyu Ilahi. Justeru itu, apabila penduduk Madinah mendapat tahu bahawa Nabi s.a.w. yang paling mereka sayangi telah tiba di Madinah, maka mereka keluar beramai-ramai menyambut

ketibaan seorang yang paling dimuliakan dengan nasyid-nasyid dan syair-syair yang memuji-muji Nabi s.a.w.. "Tola'al Badru 'Alaina, Min tsaniyyatil Wada'ei, Wajabasy Syukru 'Alaina, Mada'a Lillahi Da'ei" Mereka menyifatkan Nabi s.a.w. ibarat bulan purnama yang menerangi kehidupan mereka di Madinah, justeru itu wajiblah mereka bersyukur ke atas Allah SWT yang memperkenankan harapan mereka. Puji-pujian yang terbit dari hati murni penduduk Madinah, bukanlah suatu lakonan, seperti lakonan umat di zaman mutakhir yang mengadakan perarakan menyambut perayaan Maulidur Rasul, pada ketika yang sama mereka tidak menghargai langsung syariat dan hukum-hakam yang dibawa oleh Nabi s.a.w.. Lidah mereka memuji Nabi s.a.w., pada masa yang sama mereka tetap mengagungkan undang-undang Barat. Bernasyid di majlis sambutan Maulidur Rasul sekadar tradisi atau budaya, bukan sebagaimana penduduk Madinah yang merasa amat bersyukur dengan ketibaan Nabi s.a.w. yang menerangi hidup mereka dengan syariat Islam. Sikap yang ditunjukkan oleh penduduk Madinah yang dikenali sebagai kaum 'Ansar', mendedahkan kasih sayang mereka terhadap Nabi s.a.w. begitu mendalam, melimpah dari hati penduduk Madinah sama ada lelaki atau perempuan semua peringkat umur. Mereka sanggup menunggu ketibaan Nabi s.a.w. sejak pagi hingga di tengah panas terik tengah hari. Selepas itu mereka pulang dan berazam untuk berdiri semula di tepi jalan pada keesokan harinya, bagi menunggu lagi ketibaan orang yang dikasihi Nabi Muhammad s.a.w.. Sebaik saja mereka melihat dari kejauhan ketibaan Nabi s.a.w. yang ditemani oleh Abu Bakar, maka kata-kata sanjungan terhambur dari lidah mereka bergema memenuhi ruang angkasa Madinah kerana terlalu gembira dapat menatap wajah Nabi s.a.w.. Sebaliknya Nabi s.a.w. juga sangat menyayangi kaum Ansar Madinah, seimbang dengan kasih sayang yang telah ditunjukkan oleh mereka. Banyak bukti yang menunjukkan para sahabat dari kalangan Ansar sangat menyayangi Nabi s.a.w., ia dapat dilihat sejak pertama kali penduduk Madinah menemui Nabi s.a.w. semasa menunaikan haji. Mereka telah mengadakan bai'ah untuk mengikat kesetiaan, untuk mempertahankan Nabi s.a.w. sekiranya terdapat ancaman dari musuh, ketika Nabi s.a.w. telah sampai ke Madinah kelak. Mereka akan pertahankan Nabi sebagaimana mereka mempertahan kaum keluarga mereka sendiri dari ancaman musuh. Sebaik saja Nabi s.a.w. sampai ke Quba, penduduk madinah berebut-rebut mempelawa Nabi singgah dan menginap di rumah mereka. Seorang sahabat dari kalangan Ansar iaitu Abu Ayub yang merasa amat bertuah apabila unta Nabi berhenti didepan rumahnya. Abu Ayub dan isterinya amat bersyukur kepada Allah SWT yang telah menganugerahkan tetamu ke rumahnya seorang Nabi yang agung. Rasa sayang dan hormat Abu Ayub sekeluarga terhadap tetamu agungnya itu dapat dilihat melalui cara Abu Ayub meraikannya. Beliau memiliki rumah dua tingkat, Nabi s.a.w. tetamu agungnya itu ditempatkan ditingkat atas. Beliau berbuat demikian kerana merasa tidak wajar tetamu yang mulia itu seolah-olah ditempatkan di bawah tapak kakinya. Abu Ayub dan keluarganya makan lebihan makanan yang dihidangkan kepada Nabi s.a.w.. Selain ingin mendapatkan keberkatan dari baki makanan yang telah disentuh oleh Nabi s.a.w., tetapi Abu Ayub juga melakukannya atas dorongan perasaan kasih terhadap Nabi s.a.w. yang sangat dimuliakan. Banyak riwayat mengenai para sahabat yang berebut-rebut mendapatkan air dari basuhan wudhuk Nabi s.a.w., sehingga tiada air wudhuk baginda titis ke bumi kerana tangan para sahabat begitu rapat menyambutnya. Ketika Nabi bermalam di rumah seorang muslimah bernama Ummi Sulaim, cuaca agak

panas menyebabkan keringat baginda mengalir ke tikar yang dibuat dari kulit. Ummu Sulaim telah mengambil keringat baginda dan disapu ke tubuhnya untuk mendapat keberkatan di samping dorongan kasih sayang terhadap Nabi s.a.w.. Kalau begitulah keadaannya bertawasul dengan kesannya yang berbentuk benda, sedangkan Nabi s.a.w. tidak menghalangnya, maka yang demikian itu bererti mengambil berkat dari Nabi s.a.w., adalah suatu yang tidak bercanggah dengan Islam. Bagaimanapun untuk mendapatkan suatu keberkatan selain dari Nabi s.a.w., maka perlulah diperhati dan diteliti benar-benar keadaan orang yang diambil keberkatannya itu seorang yang soleh dan warak. Jika tidak, dikhuatiri ia akan menjadi suatu budaya yang berbentuk khurafat, atau kemungkinan terpedaya dengan orang yang berlagak soleh dan warak. Ada pihak yang mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh para sahabat itu hanya bersifat 'tabarruk' (mengambil berkat) semata-mata, dan bukannya 'tawasul'. Sebenarnya tabarruk dan tawasul itu dua kalimah yang berbeza tetapi dari segi istilahnya adalah sama. Di mana ada keharusan bertawasul atas perkara-perkara yang berhubung dengan Nabi s.a.w., maka di sana terdapat tabarruk iaitu keberkatan. Sama ada tawasul dengan kebesaran Nabi s.a.w. atau dengan kesan-kesan Nabi (seperti air wudhuk dan peluh Nabi dan kain baju Nabi), ini adalah merupakan bahagian-bahagian tertentu yang termasuk dalam erti kata tawasul. Justeru tabarruk atau tawasul terhadap Nabi suatu yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam, dalilnya Nabi s.a.w. tidak melarang apa yang dilakukan oleh para sahabat, sedangkan ia berlaku di depan mata Nabi s.a.w. sendiri.

Menyakini Takdir Allah SWT

"Segala sesuatu itu ada dan akan terjadi sesuai dengan ketentuan qadha dan qadar. Ini merupakan keyakinan setiap muslim, para pengikut setia Rasulullah SAW. Yakni keyakinan mereka bahawa segala sesuatu di dunia ini tidak akan pernah ada dan terjadi tanpa sepengetahuan, izin dan ketentuan Allah SWT. Segala sesuatu itu ada dan akan terjadi sesuai dengan ketentuan qadha dan qadar. Ini merupakan keyakinan setiap muslim, para pengikut setia Rasulullah SAW. Yakni keyakinan mereka bahawa segala sesuatu di dunia ini tidak akan pernah ada dan terjadi tanpa sepengetahuan, izin dan ketentuan Allah SWT. "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." Q.S Al-Hadiid : 22 "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orangorang yang sabar." Q.S Al-Baqarah : 155 Cubaan bagi seseorang mukmin adalah kebaikan, �Sungguh unik perkara orang mukmin itu! Semua perkaranya adalah baik. Jika mendapat kebaikan ia bersyukur, maka itu menjadi kebaikan baginya. Dan jika ditimpa musibah ia bersabar, maka itupun sebuah kebaikan baginya. Dan ini hanya akan terjadi pada orang mukmin,� demikian

Rasulullah bersabda. Rasulullah juga telah berpesan, �Jika engkau memohon, maka memohonlah kepada Allah, jika engkau minta pertolongan mintalah kepada Allah. Ketahuilah bahawa seandainya seluruh makhluk berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu nescaya mereka tidak akan mampu memberikannya, selain yang telah ditetapkan Allah bagimu. Dan, seandainya mereka semua berkumpul untuk mencelakakanmu, nescaya mereka tidak akan mampu mencelakakanmu selain yang telah ditetapkan Allah atasmu. Pena-pena telah kering dan lembaran-lembaran telah dilipat.� Dalam sebuah hadith shahih yang lain disebutkan, �Ketahuilah bahawa apa yang akan menimpamu tidak akan pernah luput dan apa yang tidak akan menimpamu tidak akan pernah menimpamu.� Pernah pula Rasulullah mengatakan pada sahabatanya yang mulia, �Pena telah kering, wahai Abu Hurairah, berkaitan dengan apa yang akan engkau hadapi.� Di lain waktu Rasulullah memberikan panduan, �Kejarlah apa yang bermanfaat untukmu, dan mintalah pertolongan kepada Allah. Jangan mudah menyerah dan jangan pernah berkata, 'Kalau sahaja aku melakukan yang begini pasti akan jadi begini.' Tapi katakanlah, 'Allah telah mentakdirkan, dan apa yang Dia kehendaki pasti akan Dia lakukan.'� Dalam sebuah hadith shahih, Rasulullah bersabda, �Allah tidak menentukan sebuah qadha bagi hamba kecuali qadha itu baik baginya.� Berkaitan dengan hadish ini, Syaikhul Islam Ibnu Taimyah pernah ditanya, "Apakah maksiat itu baik bagi seorang hamba?" Beliau menjawab, "Ya! Namun dengan syarat dia harus menyesali, bertaubat, beristighfar, dan merasa sangat berasalah." Allah berfirman, yang ertinya; "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. " Q.S Al-Baqarah : 216

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman 01. 02. 03. 04. 05.

Bersyukur apabila mendapat nikmat; Sabar apabila mendapat kesulitan; Tawakal apabila mempunyai rencana/program; Ikhlas dalam segala amal perbuatan; Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. 07. 08. 09. 10. 11. 12. 13.

Jangan Jangan Jangan Jangan Jangan Jangan Jangan Jangan

menyesal atas sesuatu kegagalan; putus asa dalam menghadapi kesulitan; usil dengan kekayaan orang; hasad dan iri atas kesuksessan orang; sombong kalau memperoleh kesuksessan; tamak kepada harta; terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan; hancur karena kezaliman;

14. Jangan goyah karena fitnah; 15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri. 16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram; 17. Jangan sakiti ayah dan ibu; 18. Jangan usir orang yang meminta-minta; 19. Jangan sakiti anak yatim; 20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar; 21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil; 22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid); 23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu; 24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid; 25. Biasakan shalat malam; 26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah; 27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat; 28. Sayangi dan santuni fakir miskin; 29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah; 30. Jangan marah berlebih-lebihan; 31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan; 32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah; 33. Berlatihlah konsentrasi pikiran; 34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi; 35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan; 36. Jangan percaya ramalan manusia; 37. Jangan terlampau takut miskin; 38. Hormatilah setiap orang; 39. Jangan terlampau takut kepada manusia; 40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala; 41. Berlakulah adil dalam segala urusan; 42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah; 44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran; 45. Perbanyak silaturrahim; 46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam; 47. Bicaralah secukupnya; 48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya; 49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu; 50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur; 51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin; 52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga; 53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan; 54. Hormatilah kepada guru dan ulama; 55. Sering-sering bershalawat kepada nabi; 56. Cintai keluarga Nabi saw; 57. Jangan terlalu banyak hutang; 58. Jangan terlampau mudah berjanji; 59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara; 60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak berguna; 61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh; 62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar; 63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu; 64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita; 65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi; 66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya; 67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan 69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan. 70. Jangan melukai hati orang lain; 71. Jangan membiasakan berkata dusta; 72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian; 73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab; 74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan; 75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita 76. Jangan membuka aib orang lain; 77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita; 78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana; 79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan; 80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya; 81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara; 82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain; 83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara; 84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa; 85. Hargai prestasi dan pemberian orang; 86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan; 87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan. 88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita; 89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu; 90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana; 91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita; 92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina; 93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya; 94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban; 95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan; 96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri; 97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan; 98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merusakan; 99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

Related Documents

Akal
November 2019 38
Kerencatan Akal
June 2020 20
Tak Tercapai Akal Mu
November 2019 22
Bertindaklah Dengan Akal
April 2020 11
Akal Dan Wahyu.docx
June 2020 29

More Documents from "Muhammad Andhika Kusuma"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31