Bab2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

  • Uploaded by: Zul Hairey
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri as PDF for free.

More details

  • Words: 1,692
  • Pages: 12
BAB 2

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 PENGENALAN

Sepanjang Latihan Industri, pelatih banyak melakukan aktiviti latihan dari minggu pertama hingga minggu terakhir. Setiap minggu, pelatih melakukan pelbagai aktiviti yang berlainan. Setiap aktiviti yang dilakukan banyak memberi manfaat kepada pelatih

18

2.2 Minggu Pertama

Pada minggu pertama pelatih telah melaporkan diri ke Syarikat tempat menjalani Latihan Industri iaitu Syarikat Dunco Sdn Bhd yang bertempat di Wisma Kenatex, batu 5 1/2, Jalan Tuaran, Peti Surat 13846, 88844 Kota Kinabalu, Sabah. Semua pelatih di Firma ini menghadirkan diri untuk sesi orientasi mengenai polisi syarikat dan sesi pengenalan diri kepada kakitangan Syarikat yang dikendalikan oleh Puan Lena Linggan. Selepas menghadirkan diri untuk kedua-dua sesi tersebut, pelatih dihantar ke “Customer Service Department” iaitu bahagian untuk menjalani Latihan Industri. Pembantu pengurus iaitu Encik Mohd Hasbi Hajat selaku penyelia pelajar praktikal menugaskan Juruteknik, Encik Adrian Chu Jan Hong menerangkan tentang system yang digunakan di “Customer Service Department”. Salah satunya ialah “job ticket” mengandungi butir-butir seperti berikut; •

Nama Pelanggan



Alamat dan Nombor Telefon Pelanggan



Orang yang patut dihubungi



Nombor Tiket



Tarikh

19

2.3 Minggu Kedua Pada minggu ini pelatih diajar bagaimana untuk mamasang CPU baru iaitu memasang perkakasan computer dan membentuk CPU baru. Teknik pemasangan perkakasan computer merupakan satu kemahiran yang sangat mudah dipelajari. Sebelum memulakan pemasangan, semua peralatan dan perkakasan yang lengkap perlu dibekalkan. Peralatan dan perkakasan tersebut dipastikan berada dalam keadaan yang baik. Semasa kerja pemasangan dilakukan pula, langkah-langkah keselamatan mengikut ”standard ISO” perlu diikuti. Teknik yang dilakukan juga hendaklah tertib agar kerja pemasangan berjalan dengan lancar dan sebarang masalah dapat dielakkan daripada berlaku. Antara peralatan yang digunakan ialah:•

Skrudriver



Hard disk



Ram



Motherboard



Casing



Cd-rom



Processor dan cooler



Floppy drive



Power supply

20

2.4 Minggu Ketiga Pada minggu ini, Syarikat Dunco Sdn Bhd ditutup selama seminggu sempena meraikan Tahun Baru Cina. Semua staff dan pelajar praktikal diberi cuti selama seminggu. Ianya bermula dari 26.01.2009 hingga 31.01.2009.

2.5 Minggu Keempat Pada minggu ketiga pelatih diajar bagaimana untuk membuat pegujian keatas perkakasan komputer. Pengujian ini dilakukan adalah untuk memastikan perkakasan tersebut berfungsi dengan baik atau tidak. Contoh perkakasan komputer yang diuji ialah Ram, Motherboard dan Processor. Satu sambungan lengkap akan dilakukan dengan menggunakan perkakasan di atas. Satu-persatu peralatan diatas diuji dan bekalan kuasa diberikan. Melalui ini, setiap perkakasan boleh diuji dan memastikan setiap perkakasan tersebut boleh berfungsi dengan baik atau tidak.

2.6 Minggu Kelima Pada minggu ini pelatih diajar bagaimana untuk membaiki pc yang bermasalah contohnya ”No Display”. Untuk membaiki sebuah komputer, peralatan seperti skrudriver amatlah diperlukan.

21

2.7 Minggu Keenam Pada minggu kelima ini pelatih diajar bagaimana untuk membaiki pc yang bermasalah ”Pc Hang”. Pc menjadi ”Hang” adalah mungkin disebabkan data tidak tersusun. Masalah ini boleh diatasi dengan membuat ”Check Disk” dan ”Defragment” pada pc. Kaedah ini seharusnya dilakukan setiap minggu untuk memastikan sistem pc berjalan dengan lancar. Melalui amali ini, pelatih dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat.

2.8 Minggu Ketujuh Pada minggu ini pelatih dibawa keluar (Kampus INTAN) untuk memasang UPS di semua tempat yang mempunyai komputer. UPS ialah suatu alat yang digunakan untuk memberi bekalan kuasa kepada komputer apabila bekalan elektrik terputus. UPS boleh memberi bekalan kuasa sekurang-kurangnya 15 minit. Disana pelatih diberi tugas untuk memasang lebih 100 buah UPS pada setiap komputer. UPS hendaklah dipasang dengan kemas dan diuji selepas dipasang. UPS yang bermasalah akan ditukar dengan yang lain. Antara peralatan yang digunakan ialah UPS, Power Cabel dan test pen. Lankah-langkah keselamatan haruslah diutamakan semasa memasang UPS. Sebelum memasang, pastikan semua bekalan kuasa pada komputer tersebut dimatikan. Melalui aktiviti ini pelatih dapat mempelajari bagaimana untuk memasang UPS dapat mengetahui fungsinya.

22

2.9 Minggu Kelapan

Pada minggu ketujuh pelatih diajar bagaimana untuk memformat komputer. Memformat komputer bermaksud membersihkan ataupun memadamkan data pada hard disk yang terdapat di dalam komputer. Teknik ini perlu dipelajari kerana ia merupakan jalan terakhir untuk mengatasi masalah windows rosak, hang, atau dijangkiti virus bagi membolehkan komputer kembali berfungsi seperti biasa. Sebelum proses memformat dimulakan, semua fail penting yang terdapat dalam bahagian (partition) yang hendak diformat disalin (backup/copy) ke dalam partition lain atau cakerakeras lain (contohnya : external USB hardisk, hard disk) yang tidak diformat. Semua fail penting seperti nota pembelajaran, surat menyurat, dokumen-dokumen yang dirasakan penting disalin. Ini kerana apabila proses memformat dilakukan, segala maklumat akan hilang dan terpadam. Perisian cakera padat Windows® XP Service Pack 2 atau Service Pack 3 (Windows® XP CD) perlu disediakan kerana semua maklumat, komponen dan pemandu (drivers) terkandung di dalam cakera padat tersebut. Melalui aktiviti ini pelatih dapat mempelajari bagaimana untuk memformat computer dan ianya amat berguna untuk masa akan datang.

23

2.10 Minggu Kesembilan Pada minggu ini pelatih diajar bagaimana untuk menukar perkakasan komputer yang telah rosak kepada yang baru. Contohnya Ram, Power Supply, Motherboard dan Hard Disk. Setiap perkakasan yang ditukar haruslah dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak berlaku kesilapan. Peralatan seperti skrudriver amatlah diperlukan semasa proses penukaran.

2.11 Minggu Kesepuluh Pada minggu kesembilan pelatih telah didedahkan dengan salah satu projek Syarikat Dunco Sdn Bhd iaitu projek ”JPKN LEASING”. Dalam projek ini, pelatih diarahkan membantu staff disana. Pelatih diberi tugas untuk ”Install Windows” pada setiap pc iaitu sebanyak 120 unit. Selain itu, pelatih juga diberi tugas untuk memasang modem pada setiap pc. Sebelum kedua-dua proses di atas bermula, nombor siri bagi setiap CPU, LCD Monitor dan UPS diambil dan dicatatkan. Selain itu, pelatih diberi tugas untuk menguji setiap LCD Monitor dan UPS untuk memastikannya dalam keadaan baik atau tidak. Setelah semua proses telah selesai, cpu akan dibungkus dan dimasukkan ke dalam kotak.

24

2.12 Minggu Kesebelas Pada minggu ini pelatih dibawa keluar untuk memindahkan Server dari satu tempat ke tempat yang lain. Pelatih diberi tugas untuk membantu staff untuk mengangkat 2 buah Server. Penyelia tugas ini ialah En Marchoney John Martin. Melalui aktiviti ini pelatih dapat mempelajri bagaimana untuk membuka dan memasang Server. 2.13 Minggu Keduabelas Pada minggu kesebelas ini pelatih dapat mempelajari satu Sofware baru iaitu ”ACRONIS”. Ia digunakan untuk membuat ”backup” sebelum proses format dan juga digunakan untuk projek syarikat ini iaitu ”jpkn leasing” untuk install windows pada setiap komputer. Melalui aktiviti ini pelatih dapat mempelajari bagaimana untuk menggunakan sofware ini. 2.14 Minggu Ketigabelas Pada minggu ini pelatih diberi tugas untuk menguji 44 unit Lcd Monitor. Semasa menguji, bekalan kuasa akan dibekalkan. Paparan pada skrin diperhatikan. Langkah yang sama dilakukan pada Lcd Monitor yang lain. Pada minggu ini pelatih dapat mempelajari bagaimana untuk menguji Lcd Monitor. 2.15 Minggu Keempatbelas Pada minggu ini pelatih memohon cuti selama seminggu bermula dari 13.04.2009 hingga 18.04.2009. pelatih telah memohon cuti tersebut dengan Unit Latihan Industri dan telah diluluskan. Begitu juga dengan penyelia pelatih iaitu Encik Mohd Hasbi Hajat juga telah meluluskannya.

25

2.16 Minggu Kelimabelas Pada minggu ini pelatih diajar bagaimana untuk membaiki komputer yang bermasalah tanpa memformatnya. Salah satu caranya ialah ”Repair Windows”. Melalui cara ini, masalah seperti ”blue screen”, ”auto restart” dan lain-lain dapt diatasi tanpa memformatnya. Masa boleh dijimatkan melalui cara ini untuk sebuah komputer atau notebook.

2.17 Minggu Keenambelas Pada minggu ketiga pelatih diajar bagaimana untuk membuat pegujian keatas perkakasan komputer. Pengujian ini dilakukan adalah untuk memastikan perkakasan tersebut berfungsi dengan baik atau tidak. Contoh perkakasan komputer yang diuji ialah Ram, Motherboard dan Processor. Satu sambungan lengkap akan dilakukan dengan menggunakan perkakasan di atas. Satu-persatu peralatan diatas diuji dan bekalan kuasa diberikan. Melalui ini, setiap perkakasan boleh diuji dan memastikan setiap perkakasan tersebut boleh berfungsi dengan baik atau tidak.

26

2.18 Minggu Ketujuhbelas

Pada minggu ini pelatih mempelajari cara menyalin data(backup) pada komputer yang hendak di format dengan menggunakan perisian ”Norton Ghost”. Dengan Norton Ghost, Windows boleh di backup dengan menggunakannya. Misalnya, jika baru sahaja memformat komputer dan segala macam software yang perlukan telah di install, operasi Ghost boleh dilakukan terhadap Windows tersebut. Katakan Windows tersebut kemudiannya mengalami masalah sehingga tak dapat dibuka langsung. Restore sahaja fail Ghost tadi, dan Windows akan kembali seperti sediakala, lengkap dengan segala software yang telah install Selain itu, operasi Ghost juga sesuai digunakan jika mahu install Windows ke dalam beberapa buah PC. Buat backup Ghost pada PC pertama, kemudian restore fail Ghost tersebut kepada semua PC yang lain. Cara ini jauh lebih pantas kerana operasi restore Ghost cuma mengambil masa kurang 5 minit sahaja berbanding proses install Windows yang mungkin memakan masa hingga 30 minit.

2.19 Minggu Kelapanbelas Pada minggu ini pelatih diajar bagaimana untuk menyalin(backup) email secara manual dan dengan menggunakan Sofware. Menyalin(backup) email secara manual mungkin akan memakan masa kerana email akan disalin dengan satu-persatu. Manakala dengan menggunakan perisian, masa proses salin adalah lebih cepat. Antara perisian yang digunakan ialah “Microsoft Outlook Express”.

27

2.20 Minggu Kesembilanbelas Pada minggu ini pelatih diberi tugas untuk membantu staff dalam “Projek JPKN”. Antara tugas yang pelatih lakukan ialah mengangkat 120 unit Cpu, Lcd Monitor dan UPS. Selepas itu “Windows” akan dimasukkan pada setiap pc dan modem juga dipasang. Selain itu, semua peralatan seperti Lcd Monitor dan UPS diuji untuk memastikan tiada sebarang masalah.setelah semua proses selesai pc akan dimasukkan ke dalam kotak dan tunggu untuk dihantar. Pada minngu ini pelatih dapat merasai keadaan dalam pekerjaan yang sebenar. 2.21 Minggu Kedua Puluh Pada minggu ketujuh pelatih diajar bagaimana untuk memformat komputer. Memformat komputer bermaksud membersihkan ataupun memadamkan data pada hard disk yang terdapat di dalam komputer. Teknik ini perlu dipelajari kerana ia merupakan jalan terakhir untuk mengatasi masalah windows rosak, hang, atau dijangkiti virus bagi membolehkan komputer kembali berfungsi seperti biasa. Melalui aktiviti ini pelatih dapat mempelajari bagaimana untuk memformat computer dan ianya amat berguna untuk masa akan datang. 2.22 Minggu Kedua Puluh Satu Pada minggu ini pelatih lebih berada di dalam. Melakukan kerja seperti format komputer, memasang komputer, membaikpulih dan sebagainya.

28

2.23 Minggu Kedua Puluh Dua Merupakan minggu terakhir. Pelatih mempunyai banyak masa terluang kerana tidak banyak komputer dihantar ke firma ini untuk dibaiki. Pada hari terakhir, pelatih menyerahkan surat pengesahan tamat latihan industri kepada Pengurus di bahagian sumber dan manusia iaitu Tuan Simon Soon Yuk Fui untuk ditandatangani bagi menggantikan penyelia Latihan Industri iaitu Encik Mohd Hasbi Hajat yang tidak hadir kerana cuti sakit. Sementara itu, Encik Normon memberi penilaian terhadap pelatih. Pelatih berjaya menamatkan latihan industri tanpa melakukan sebarang kesalahan. Sepanjang latihan dijalankan, pelatih memperolehi banyak pengalaman kerja yang bersesuaian dengan kursus yang diambil. Pelatih juga dapat merasakan suasana bekerja yang sebenarnya.

29

Related Documents


More Documents from ""

Halaman Isi Kandungan
June 2020 14
Penhargaan
June 2020 17
7.2
June 2020 4
6
June 2020 8