Bab 3 Perniagaan A 3

  • Uploaded by: FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 3 Perniagaan A 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,264
  • Pages: 42
3.4 GALAKAN & PERLINDUNGAN PERDAGANGAN

KANDUNGAN SUBTOPIK Pemasaran Antarabangsa  Peranan MATRADE  Perlindungan Perdagangan  Organisasi dan Blok Perdagangan Antarabangsa  Galakan-Galakan Perdagangan Antarabangsa  Sekatan-Sekatan Perdagangan Antarabangsa 

PEMASARAN ANTARABANGSA Kerajaan telah menubuhkan satu agensi untuk menggalakkan firma-firma tempatan menyertai pemasaran antarabangsa iaitu MATRADE. MATRADE – Malaysia External Trade Development Corporation Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen pada Julai 1992 untuk menggalakkan eksport negara dan bertanggungjawab membantu pengeksport dan pengilang tempatan menerokai pasaran baru.

PERANAN MATRADE Menggalak, membantu dan membangunkan perdagangan luar dengan tumpuan kepada eksport barang siap dan separa siap serta barang import terpilih. Menggubal dan melaksanakan strategi pasaran eksport nasional.

PERANAN MATRADE Mengendalikan penyelidikan pasaran dan membina kepakaran perdagangan dan mewujudkan pengkalan data yang komprehensif mengenai maklumat perdagangan. Menganjurkan program latihan bagi meningkatkan skil pemasaran antarabangsa kepada pengeksport Malaysia.

PERANAN MATRADE Memajukan dan melindungi kepentingan perdagangan antarabangsa di luar negara. Mewakili Malaysia di forum antarabangsa. Membangun, menggalak, menyelaras dan membantu dalam bidang perkhidmatan berkaitan perdagangan.

PERANAN MATRADE Menasihati kerajaan berkaitan perdagangan dan bertindak sebagai ejen kerajaan dalam perdagangan. Menemukan antara pengeksport tempatan dengan pengimport luar negara.

PERLINDUNGAN PERDAGANGAN  Pertahankan negara (melindungi firma

tempatan).  Melindungi industri yang baru.  Melindungi pekerja domestik daripada tenaga buruh asing.  Mewujudkan persaingan yang adil dan saksama.  Membalas tindakan/menentang dasar lambakan.

PERLINDUNGAN PERDAGANGAN  Lambakan – Jualan barang di luar

negara pada harga yang lebih rendah dari kos pengeluaran, harga pasaran tempatan atau harga di negara ketiga. Tujuannya adalah untuk menjual barangan yang pengeluarannya berlebihan tanpa memberi kesan kepada harga di pasaran tempatan.

PERLINDUNGAN PERDAGANGAN  Subsidi – Sumbangan kewangan

oleh kerajaan bertujuan untuk menggalakkan eksport atau melindungi daripada barangan import. Contohnya: pemberian geran, kos pinjaman yang rendah bagi pembeli asing atau pengeksport dan faedah dari segi cukai.

ORGANISASI & BLOK PERDAGANGAN ANTARABANGSA

• Pusingan Uruguay dan WTO • AFTA • NAFTA • EC

• EAEC • APEC • ASEAN • IMT-GT • IMS-GT • BIMP-EAGA

ORGANISASI & BLOK PERDAGANGAN ANTARABANGSA • Diwujudkan bagi memastikan dasar perlindungan tidak menyekat pertumbuhan perdagangan antarabangsa. • Bermula dengan GATT (Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan) – General Agreement on Tariffs and Trade.

ORGANISASI & BLOK PERDAGANGAN ANTARABANGSA • GATT diwujudkan oleh 23 buah negara pada tahun 1947 dan berpusat di Geneva. • Objektif utama ialah untuk mengurangkan halangan kepada perdagangan bebas dan menghapuskan diskriminasi dalam perdagangan antarabangsa.

ORGANISASI & BLOK PERDAGANGAN ANTARABANGSA • GATT telah dikendalikan dalam 8 sesi yang dikenali sebagai pusingan. • Pusingan pertama dalam tahun 1947 manakala pusingan terakhir pada tahun 1986 di Punta del Este, Uruguay. Juga dikenali sebagai Pusingan Uruguay.

PUSINGAN URUGUAY • Tujuan ialah untuk membebaskan perdagangan antarabangsa daripada halangan perdagangan tidak adil yang bertentangan dengan prinsip GATT. • Kejayaan utama: pengurangan tarif antara negara industri daripada purata 40% kepada 5% (sewaktu 7 pusingan GATT yang pertama) dan selepas Pusingan Uruguay, berjaya diturunkan lagi kepada 1/3 tahap

WTO • World Trade Organization – Pertubuhan Perdagangan Sedunia. • Ditubuhkan di Geneva pada 1 Jan. 1995 hasil dari perundingan Pusingan Uruguay (1986-1994). • Dianggotai oleh lebih 133 negara ahli.

WT O • Antara isu utama ialah: – Halangan ke atas pelaburan langsung asing. – Perlindungan kerajaan ke atas teknologi baru untuk melindungi industri domestik. – Undang-undang anti-lambakan (dumping).

WT O • Fungsi-fungsi WTO: – Menangani masalah negara anggota. – Mengendalikan perjanjian perdagangan WTO. – Mengendalikan forum perundingan perdagangan. – Memberi bantuan teknikal dan latihan kepada negara-negara

WT O • Fungsi-fungsi WTO: – Mengawasi polisi perdagangan negara anggota. – Bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa lain berkaitan perdagangan.

KESIMPULAN: GATT PUSINGAN URUGUAY WTO

EC (European Community) • Kesatuan Eropah – dibentuk pada 1957. Juga dikenali sebagai Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC) atau Pasaran Bersama Eropah (European Common Market). • 15 buah negara ahli (Belgium, Jerman, Perancis, Itali, Luxemborg dan Belanda, diikuti Denmark, Ireland, UK, Greek, Portugal dan Spain, kemudian Austria, Finland dan Sweeden).

EC (European Community) • Objektif utama ialah untuk menghapuskan halangan perdagangan antara ahli (Single European Act). • Merupakan pasaran import dan eksport terbesar di dunia. • Akhirnya dikenali sebagai EU (European Union) melalui Perjanjian Maastricht dan mewujudkan satu matawang tunggal – EURO.

NAFTA • North America Free Trade Agreement – Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara. • Perjanjian komprehensif yang dianggotai oleh USA, Kanada dan Mexico.

NAFTA • Ditubuhkan pada 1 Jan 1994, bertujuan memansuhkan halangan tarif dan bukan tarif ke atas 99% barangan dagangan antara ketiga-tiga negara dalam tempoh 10 tahun.

KESIMPULAN :

• EC dan NAFTA merupakan blok perdagangan paling menonjol kerana merangkumi 50% perdagangan dunia di samping melibatkan perjanjian seperti dasar pertahanan, dasar luar dan

APEC KERJASAMA EKONOMI ASIA PASIFIK

• Dibentuk pada November 1989. • 21 buah negara ahli merangkumi setengah daripada pengeluaran dunia dan 46% barang dagangan. • Delegasinya terdiri daripada Menteri Luar dan Menteri Perdagangan.

APEC KERJASAMA EKONOMI ASIA PASIFIK

• Dianggotai oleh Australia, China, Korea, Filipina, USA, Thailand, Vietnam, Brunei, Peru, Jepun, Papua New Guinea, New Zealand, Singapura, Malaysia, Taiwan, Mexico, Kanada, Indonesia, Rusia, Chile dan Hong Kong.

APEC KERJASAMA EKONOMI ASIA PASIFIK

• Tujuan APEC ialah: – Menggalakkan semangat perkongsian dan kerjasama ekonomi multilateral. – Menghalang tekanan perlindungan tekanan dan menyediakan cara yang berkesan untuk berurusan dengan konflik ekonomi.

APEC KERJASAMA EKONOMI ASIA PASIFIK

• Tujuan APEC ialah: – Mengembangkan kegiatan ekonomi dan kerjasama dalam bidang teknikal.

ASEAN

Association of Southeast Asian Nations • Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara. • Kawasan perdagangan bebas utama di Asia. • Dibentuk pada tahun 1967.

ASEAN

Association of Southeast Asian Nations • Dianggotai oleh Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Myanmar, Laos dan Kemboja. • Menggalakkan kerjasama pelbagai bidang termasuk industri dan perdagangan.

ASEAN

Association of Southeast Asian Nations

• Negara ahli dilindungi daripada halangan tarif dan bukan tarif. • Mempunyai saiz pasaran yang besar dan mempunyai banyak perbezaan seperti jumlah penduduk dan Keluaran Negara Kasar (KNK).

AFTA ASEAN FREE TRADE AREA

• Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN dan ditubuhkan pada 1 Jan. 1993. • Tujuannya adalah untuk mengurangkan tarif ke atas perdagangan bersama kepada maksimum 5% dan membentuk

AFTA ASEAN FREE TRADE AREA • Objektif: – Untuk meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang berdaya saing. – Mengecualikan halangan cukai – Membolehkan ASEAN memenuhi keperluan pasaran global.

EAEC EAST ASIA ECONOMIC CAUCUS • Perundingan Ekonomi Asia Timur • Satu projek ASEAN yang dikemukakan oleh PM Malaysia pada tahun 1990 dan disahkan pada tahun 1992. • Tujuannya adalah untuk mengadakan forum perundingan berkaitan isu ekonomi dan perdagangan untuk kepentingan bersama negara-negara rantau Asia Timur.

EAEC EAST ASIA ECONOMIC CAUCUS • Negara-negara anggota: – Negara-Negara ASEAN – Jepun – Korea Selatan – Taiwan – Hong Kong – China

IMT-GT Segitiga

Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (Indonesia, Malaysia, Thailand – Growth Triangle). Jalinan ekonomi 3 negara yang berkongsi persamaan dari perspektif sosial dan ekonomi.

IMT-GT  Merangkumi

kawasan seluas 324 561 km persegi yang meliputi 4 wilayah Indonesia (Acheh, Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Riau), 4 negeri utara Malaysia (Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak), dan 5 wilayah sempadan selatan Thailand (Songkhla, Yala, Pattani, Narathiwat dan Satun).

IMS-GT  Segitiga

Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Singapura (Indonesia, Malaysia, Singapore – Growth Tiriangle).  Ditandatangani di Johor pada 17 Dis. 1994.  Merangkumi wilayah Riau, Sumatera Barat, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Singapura.

IMS-GT  Menggalak

pembangunan, pengembangan dan integrasi dalam bidang perdagangan dan pengangkutan, komunikasi, pertanian, perhutanan, perkembangan infrastruktur industri dan industri sokongan.  Memaksimumkan peluang atau memperkuatkan hubungan 2 hala dan 3 hala.

BIMP-EAGA  Brunei,

Indonesia, Malaysia, Philippines – East ASEAN Growth Area.  Dipersetujui pada Mac 1994.  Objektif: Untuk memajukan prospek pembangunan melalui kerjasama ekonomi serantau.

BIMP-EAGA  Merangkumi

Brunei, Kalimantan Timur dan barat serta wilayah Sulawesi Utara (Indonesia), Sabah, Sarawak dan Labuan (Malaysia) serta Mindanao dan Palawan (Filipina).

Related Documents


More Documents from ""

Bab4 -. Perubahan E
November 2019 37
Peranan Wang
April 2020 20
Bab 2.1 Permintaan-1
November 2019 38
Info Transfer2
November 2019 39
Muet Strategies
November 2019 38