Bab 2 Zmn Penjajahan (bac)

  • Uploaded by: Cicit Bin Cucu
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 2 Zmn Penjajahan (bac) as PDF for free.

More details

  • Words: 2,801
  • Pages: 44
BAB 2 ZAMAN PENJAJAHAN

OBJEKTIF 



Menjelaskan kewujudan dan proses-proses penjajahan dari kuasa-kuasa asing serta kesan kepada masyarakat dan negara. Menghuraikan semangat penentangan terhadap penjajah dan menilai kesan-kesan penjajahan.

PENJAJAHAN

PORTUGIS

BELANDA

INGGERIS

JEPUN

KESAN

KESAN

FAKTOR KEDATANGAN

PENTADBIRAN

PROSES PENJAJAHAN PENENTANGAN KESAN

KESAN PENDUDUKAN JEPUN

PENGENALAN  

 



Kolonialisme - dasar /amalan sesebuah negara meluaskan pengguasaannya ke atas sesebuah negara lain. Imperialisme - dasar/tindakan sesebuah negara menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara2 lain. Nasionalisme – pergerakan utk mencapai kebebasan ekonomi dan politik drpd kekuasaan asing. Latar Belakang Penjajahan Negara telah dijajah oleh beberapa buah kuasa barat dan timur iaitu Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun termasuk Siam. Negara dijajah selama 446 tahun bermula dari tahun 1511 hingga 1957.

a) b) c) d)

Portugis (1511-1641) Belanda (1641-1824) Inggeris (1824-1941) dan (1945-1957) Jepun (1941-1945)

Sebab apa mereka datang :  Ekonomi (rempah-ratus, bijih timah dan emas)  Agama (sebarkan agama kristian). Kesimpulan, Tanah Melayu mempunyai pengalaman penjajahan oleh empat kuasa tersebut. British membawa pengaruh yang besar dalam sosiobudaya, ekonomi dan politik di TM.

Portugis Pengenalan  Menguasai Melaka pada tahun 1511sehingga 1641(130 tahun)  Hanya dapat menakluk dan menduduki bandar dan pelabuhan Melaka.  Tidak berupaya menakluki dan menduduki negeri-negeri lain kerana jumlah tenteranya yang tidak mencukupi.  Tujuan utama datang ke timur iaitu untuk menakluk dan menduduki Melaka yang merupakan pusat perdagangan.  Portugis masih lagi menghadapi serangan dan tentangan dari Sultan Mahmud.  Portugis terbabit dengan Perang Tiga Segi (Portugis, Aceh dan Johor) utk menguasai perdagangan Kepulauan Melayu.





Matlamat  ekonomi (rempah ratus, bijih timah dan emas)  mencari pelabuhan untuk menguasai perdagangan di kawasan timur (Melaka).  mengembangkan agama Kristian Kesan penjajahan  membawa kepada kemunculan kerajaan Melayu Johor-Riau  memperkenalkan sistem pentadbiran ketenteraan di Melaka  agama Kristian cuba di sebarkan  Kesan peninggalan seni bina (A Famosa).  Portuguese music (Jingling Nona) and community (Serani)  Pengenalan tulisan rumi  Perkataan bhs Portugis- ‘jendela, almari, garpu dan tuala’

A Famosa

Portugese Dance

Belanda Pengenalan  Kejatuhan Portugis di Melaka adalah hasil kerjasama antara Belanda dan Kerajaan Johor.  Abad ke 17, Belanda menumpukan perhatian kepada pelabuhan di Jawa. Belanda menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda pada 20 Mac 1602  1619 - Belanda telah mendirikan ibu pejabat tetap di Betawi (Batavia) Pulau Jawa.  Belanda menawan Melaka pada tahun 1641 daripada Portugis.  Penjajahan Belanda dengan tujuan :  menguasai perdagangan rempah-ratus di Kepulauan Melayu,  memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu

Belanda juga menguasai perdagangan bijih timah di Perak dan Selangor.  Belanda bersaing dengan British untuk menguasai perdagangan bijih timah di Tanah Melayu dan akhirnya mereka menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda (perjanjian London) pada tahun 1824. Proses Penguasaan Melaka 

  

Pertengahan 1640, Belanda bersatu dengan Johor menyerang Melaka, dan hanya dapat mengalahkan Portugis selepas enam bulan berperang. Januari 1641, Portugis menyerah kalah dan Belanda menguasai Melaka. Belanda mewujudkan monopoli terhadap seluruh perdagangan di Kepulauan Melayu.  Betawi – pusat perdagangan  Melaka – pengkalan untuk mengawal negeri-negeri TM yang kaya dengan timah.

Cara meluaskan perdagangan  Membuat perjanjian berdagang dan biasanya berat sebelah iaitu menguntungkan Belanda sahaja.  1642, desak Johor tandatangan satu perjanjian perdagangan yang mengkehendaki agar semua kapal yang belayar ke utara melalui Selat Melaka , hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Belanda.  Kurun 18, hadapi tentangan dan persaingan dari Bugis. Kesan Penjajahan Belanda 

Bangunan Stadhuys, Kota Belanda(Dutch Fort), Melaka Pulau Pangkor

Inggeris

Pengenalan British mula campurtangan di TM bermula 11 Ogos 1786 apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang.  16 Feb 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura melalui perjanjian antara Tengku Long dan Temenggung Abd Rahman.  Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 membuka jalan British menguasai Tanah Melayu  Inggeris berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun 1826.  Selepas perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula campurtangan di NNMelayu secara langsung. 

Faktor-faktor Campurtangan Inggeris a) Faktor ekonomi  Berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-19 di Eropah (industri mengetin makanan)  Tanah Melayu sebagai tempat pengeluar yang utama bijih timah. Selangor dan Perak negeri pengeluar utama. b) Faktor keadaan anarki  Masalah perang saudara antara pembesar. Perang Saudara (1867-1873) antara Tengku Kudin vs Raja Mahadi di Selangor.  Di Perak berlaku pergaduhan antara kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin  Kegiatan pelanunan

c) Faktor kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing  Kebimbangan British terhadap kuasa Barat seperti Russia, Perancis, Itali dan Jerman. Mereka bersaing untuk meluaskan jajahan takluk masing-masing.  Kuasa-kuasa tersebut boleh menjalinkan hubungan ekonomi dgn NNM

Perjanjian Inggeris – Belanda  Termenterai perjanjian antara British dengan Belanda pada 17 Mac 1824.  Belanda mengakui kehadiran British di Singapura dan menarik balik tuntutannya ke atas Belanda.  Dalam usaha untuk mengelakkan berlakunya konflik lagi, keduadua pihak bersetuju membahagikan wilayah;  Selat Melaka telah dibahagi dua  Selatan dan Barat berada di bawah Belanda  Utara dan Timur berada di bawah British  Singapura diakui wilayah British  Melaka ditukar suka sama suka dengan Bangkahulu (di pulau Sumatera) Kesan penting kepada Perjanjian Inggeris-Belanda:  Kepulauan Melayu terbahagi kpd dua pengaruh Ingeris dan Belanda  Perpecahan empayar Johor –Riau.  Persaingan antara British dan Belanda bertambah sengit

Campurtangan di Perak  Perak – negeri Melayu terawal menerima kemasukan pengaruh politik British. British mengambil kesempatan drpd : a) perebutan takhta kerajaan Perak - pertelingkahan antara Raja Yusof, Raja Ismail dan Raja Abdullah. b) pergaduhan kongsi gelap Cina - kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San (Perang Larut)  Penyelesaian - Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874  Sistem residen pertama wujud di Perak 1875. (J.W.W Birch) Campurtangan di Selangor  Masalah kutipan cukai di muara sungai dan masalah lanun diperairan Selangor.  Jun 1871, kapal saudagar Cina dirompak oleh pengikut Raja Mahadi. British hantar dua kapal Pluto dan Rinaldo serang kubu Raja Mahadi.  British ambilalih Selangor dan J.G. Davidson sbg residen pertama.

Campurtangan di Sg.Ujong dan Negeri Sembilan  Perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar – kuasa kutipan cukai bijih timah di Sg. Ujong.  Semua daerah di N9 jatuh ke tangan British dan akhirnya terima residen pada tahun 1889 - Martin Lister. Campurtangan di Pahang  Pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dgn Wan Mansur (1884).  Frank Swettenham di hantar ke Pahang untuk selesaikan masalah dan Sultan Ahmad menerima residen pertama Pahang J.P. Rodger pada 8 Oktober 1887.

Pegawai Inggeris Di Tanah Melayu

J.W.W Birch (Perak)

J.P. Rodger (Pahang)

Frank Swettenham (Residen-Jeneral Pertama)

Francis Light (Pulau Pinang)

Stamford Raffles (Singapura)

Sistem Residen  Bermula di Perak kemudian di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.  British berkuasa di NNMB dalam aspek – politik dan pentadbiran, ekonomi dan sosial.  Matlamat Sistem Residen : 1. keamanan melalui undang-undang 2. sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai teratur 3. ekonomi – eksploitasi sumber semulajadi - bijih timah Kesan-kesan sistem Residen a) Pembangunan ekonomi Negeri - perusahaan bijih timah, getah, kopi - kemasukan buruh Cina dan India - sumber ekonomi dimonopoli oleh British

b) Perubahan Politik - Sultan berkuasa pada Agama Islam dan adat-istiadat - Perubahan sistem pentadbiran - Residen berkuasa c) Perkembangan Sosial - infrastruktur jalan keretapi, jalan raya, pusat kesihatan, pos dan sebagainya. Negeri-negeri Selat (NNS)  Ditubuhkan pada 1826. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.  Diketuai oleh Gabenor – Robert Fullerton (pertama)  1 April 1867 – Unit NNS di bawah pejabat tanah jajahan di London.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)  1895, melalui Perjanjian Persekutuan - British tubuhkan NNMB iaitu empat negeri Perak, Selangor, N. Sembilan dan Pahang. 1 Julai 1896, penubuhan NNMB telah berkuatkuasa secara rasmi.  Diketuai oleh Residen Jeneral. Residen Jeneral pertama Frank Swettenham.  Faktor penubuhan NNMB a) Masalah kewangan di Pahang b) Kelemahan sistem residen c) Mengurangkan belanja untuk pentadbiran

Kesan penubuhan NNMB  British tubuhkan bbrp jabatan – jabatan kerja raya. Kemerosotan kuasa raja dan pembesar  Kuasa beralih kpd Residen Jeneral  Sistem pentadbiran tersusun – Majlis Mesyuarat Persekutuan  Timbul rasa tidak puashati di kalangan raja. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)  Ditubuhkan pada 1909 melalui perjanjian Bangkok.  Empat negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diambil alih oleh Inggeris melalui Perjanjian Bangkok. Johor menerima Penasihat British pada tahun 1914.

NNS NNMB NNMTB PERAK

PAHANG SELANGOR NEGERI SEMBILAN

Pengagihan Kuasa Pusat (Disentralisasi 1920-1941)  Pengagihan kuasa pusat (Dasar Disentralisasi) diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.  Faktor-faktor Disentralisasi diperkenalkan oleh British : a) Sultan di NNMB tidak berpuashati dgn pemusatan kuasa pentadbiran di tangan Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909 tidak berpihak kepada sultan. b) Menyatukan negeri-negeri Melayu (NNMB, NNMTB dan NNS) c) Mengurangkan perbelanjaan pentadbiran d) Persaingan kuasa antara Residen Jeneral dgn Pesuruhjaya Tinggi (pentadbiran)  Disentralisasi merupakan strategi British menguasai ekonomi di Tanah Melayu

Sistem Pentadbiran di Zaman Penjajahan Inggeris Sistem

Tahun Pengenalan Negeri-negeri Terbabit

Sistem Residen

1874-1889

Perak, Selangor, Pahang, N.Sembilan

Negeri-negeri Selat (NNS)

1826

Pulau Pinang, Singapura dan Melaka

Negeri-negeri Melayu 1896 Bersekutu(NNMB)

Perak, Selangor, N.Sembilan, Pahang

Negeri-negeri Melayu 1909-1919 Tidak Bersekutu (NNMTB)

Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor

Disentralisasi

Semua negeri di Tanah Melayu

1920-an

Reaksi Masyarakat Tempatan terhadap Penjajahan British

Penentangan Di Naning (1831-1832)  Naning merupakan sebahagian drpd Melaka. Gabenor Fullerton menyatakan Naning perlu bayar 1/10 drpd hasil ekonomi kpd British.  Cadangan british ditentang oleh Dol Said (Penghulu Naning). Perang Naning tercetus pd bulan Julai 1831.  Naning diisytiharkan sbg sebahagian wilayah Melaka.  Feb 1834, Dol Said menyerah diri. Penentangan Di Selangor  Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi dgn Raja Abdullah.  1868, Sultan Selangor lantik Tengku Kudin (Wizurai Selangor) dan bantu Raja Ismail merampas Klang. British campurtangan dan beri sokongan menentang Raja Mahadi. Walau pun hanya Perang saudara tetapi campurtangan British telah mendapat tentangan penduduk tempatan

Penentangan di Perak  Sebab penentangan British di Perak : a) British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh Sultan dan pembesar Melayu. b) Paksa sultan tandatangani surat penyerahan kuasa kpd kerajaan British 1875. c) Pembaharuan oleh J.W.W Birch: - hapus sistem perhambaan - beri perlindungan kpd hamba - campurtangan dlm adat resam org Melayu d) Sikap peribadi Birch - buat pembaharuan secara tergesa-gesa - tidak boleh berbahasa Melayu  Dato Maharaja Lela , Dato Sagor dan Pak Endut dan Seputum tentang British dan bunuh Birch pada Nov 1875 di Pasir Salak.  Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

Penentangan di Pahang  Penentangan bermula apabila British lantik J.P. Rodger sbg Residen Pahang 1888.Beliau telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret.  British memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut hasil hutan),cukai tanah dan sistem kerah.  Pembesar Melayu kehilangan kuasa dan mata pencarian lalu bangun tentang British. Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melancarkan Pemberontakan pada Disember 1891 dan serang balai Polis Lubuk Trua dan Kuala Tembeling.  Pemberontakan berakhir pada tahun 1895. Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam.

Penentangan di Kelantan  Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan kpd British dan James Scott Mason – penasihat British Julai 1909.  Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut).  Punca penentangan : a) ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram b) Sistem Tanah Baru 1915 c) Pengenalan cukai hasil pertanian d) Sikap pegawai British - Sikap Peg Daerah iaitu Che Abdul Latif menimbulkan kemarahan orang ramai. Tercetus pemberontakan diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh 29 April 1915. Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915.

Penentangan Di Terengganu  Pemberontakan di Terengganu yg diketuai oleh Hj Abd Rahman Hj Abdul Hamid (Hj. Abdul Rahman Limbong) dikenali sbg Pemberontakan Tani pada 1928.  Faktor pemberontakan Tani : a) Pungutan cukai-tanah, hasil tanah dan cukai kepala b) perkenalkan sistem pendidikan Barat c) perkenalkan pas kebenaran untuk membuka tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan.  Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang balai Polis dan pejabat Daerah di Kuala Berang.  Pemberontakan dapat ditumpaskan. Abd Rahman Limbong di buang ke Makkah.

Penentangan Di Sarawak  Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh Dinasti Brooke.  Beberapa pemberontakan: Rentap - 1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala manusia yang menjadi amalan tradisi org peribumi Sarawak. Melalui Rentap mereka menyerang kubu Brooke di Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke - Alan Lee. - 1861, Brooke lancar serangan besar-besaran kubu rentap di Bukit Sadok. Banting - ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan akibat tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan hapus adat dan amalan tradisi tempatan - 1908, Brooke berjaya tewaskan Banting.

Sharif Masahor - Penentangan berpunca drpd tindakan James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kwsn Sg. Rejang. - Sharif Masahor merupakan gabenor Sarikei di Sg. Rejang dilantik oleh Sultan Brunei. Beliau berpakat dengan Datuk Patinggi Abdul Gapur serang kubu Brooke di Kanowit Jun 1859. Serangan dapat dipatahkan oleh pihak Brooke. Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura dan Patinggi Abdul Gapur ke Betawi. Asun - Semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920, orang Dayak menentang pembayaran cukai dan memberontak di Sg. Kanowit diketuai oleh Penghulu Asun. - 1932, Asun menyerah diri dan dibuang negeri ke Lundu.

Penentangan di Sabah  Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British.  Dua pemberontakan tercetus iaitu : a) pemberontakan Mat Saleh - Mat Saleh berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat pengenaan cukai, pembangunan secara besar-besaran dan sekatan terhadap pembesar tempatan. - siri penentangan tercetus di Sg.Sugut (1894), serang pelabuhan Syarikat di pulau Gaya (1897). Akhirnya, Mat Saleh terbunuh pada 1900. b) Kebangkitan Rundum - diketuai oleh Antanum pada 1915. - faktor pemberontakan - cukai ke atas beras dan ubi kayu, ordinan hutan dan kerah rakyat membina jalan2 kecil di hutan. - Feb 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan. Gagal dan Antanum ditawan dan dihukum bunuh.

Gambar Tokoh Pejuang Mat Kilau

Tok Gajah

Mat Saleh

Dato Bahaman

Dato Maharajalela dan Dato Sagor

Rentap

Tokoh Pejuang Kemerdekaan Peringkat Awal Daerah/ Negeri

Tokoh Pejuang

Naning

Dol Said

Perak

Dato Maharaja Lela, Dato Sagor

Selangor

Raja Mahadi

Pahang

Dato Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah

Kelantan

Tok Janggut

Terengganu

Abd Rahman Limbong

Sarawak

Sharif Masahor, Rentap, Banting, Asun, Datuk Patinggi Abdul Ghapur

Sabah

Mat Saleh, Antanum

Jepun Pengenalan  8 Disember 1941, Jepun telah menyerang Tanah Melayu. Seluruh Tanah Melayu dan Singapura ditawan oleh Jepun pada 15 Feb 1942.  Faktor kejayaan Jepun menawan Tanah Melayu : a) Pihak British kurang bersedia b) Kelewatan bantuan ketenteraan dari London dan India c) Serangan melalui jalan laut. - tidak menggunakan jalan udara. Dua buah kapal British tenggelam Prince of Wales dan Repulse. d) Persediaan tentera Jepun yg lengkap e) Tentera Jepun yang terlatih dan berdisiplin

Tentera British Menyerah Kalah Kepada Jepun

Dua kapal British Repulse dan Prince of Wales

Pentadbiran Jepun  Bercirikan ketenteraan. Antara ciri pentadbiran ketenteraan Jepun: a) Tanah Melayu dikenali sbg Malai Baru diketuai oleh seorang Presiden Jepun atau Gunseikan b) Setiap negeri diketuai oleh Gabenor Jepun c) Singapura yg dikenali sbg Syonan. NNM Utara terdiri drpd Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah diserahkan negara Thai – Ogos 1943. e) Tubuh pasukan perisik tentera - Tekkikan, Kempeitai dan Toko. Kesan-kesan Pendudukan Jepun Kesan Sosial  Penindasan terhadap org Cina  Ramai pemuda tempatan dipaksa menjadi buruh paksa untuk membina Landasan Jalan Kereta Api Maut di sempadan negara Thai dan Burma

Masalah kesihatan ekoran kekurangan bekalan perubatan dan makanan tidak berzat.  Layanan Jepun terhadap orang tempatan berat sebelah. Org Cina diberi layanan buruk dan berbaik-baik dengan org Melayu. Timbul perasaan permusuhan antara kaum.  Sistem pendidikan Jepun diperkenalkan seperti bahasa JepunNippon-go dan lagu Kamigayo. Kesan Ekonomi  Perusahaan bijih timah dan getah semakin merosot ekoran British telah musnahkan kawasan lombong, ladang dan kilang.  Barangan keperluan berkurangan seperti tekstil, ubat-ubatan, beras. Makanan beras diganti dengan ubi kayu.  Nilai matawang jatuh. Wang pokok pisang dikeluarkan banyak tetapi tidak bernilai.  Masalah inflasi berlaku 

Kesan Politik  Beri kesedaran politik kpd penduduk tempatan akibat guna propaganda ‘Asia untuk orang Asia’  Org Melayu mendapat peluang pentadbiran  Timbul kesedaran Inggeris mempunyai kelemahan akibat dicabar oleh tentera Jepun  Lahir semangat nasionalisme seperti wujud Parti Komunis Malaya (PKM), Pembela Tanah Air (PETA), Kekuatan Rakyat Istimewa (KRIS)  Mengukuhkan sentimen kecinaan dan keindiaan di Tanah Melayu.

Tanah Melayu Selepas Pendudukan Jepun  Jepun berundur dari Tanah Melayu pada 15 Ogos 1945 setelah kalah di tangan kuasa Berikat dan akibat pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki.  PKM melalui Bintang 3 cuba menguasai T Melayu dan mencetuskan huru-hara.  British isytihar darurat dan tubuhkan Rancangan Briggs dan Templer untuk memulihkan semula keadaan darurat.  Rundingan Baling 1955 diadakan antara Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dengan Parti Komunis Malaya yang dipimpin oleh Chin Peng.  Pesuruhjaya Tinggi T Melayu isytiharkan darurat pada 17 Jun 1948 dan PKM diharamkan pada 23 Julai 1948.







Sir Gerald Templer (Rancangan Templer) perkenalkan sistem pembahagian wilayah kawasan putih dan kawasan hitam dan sistem kad pengenalan. Sir Harold Briggs telah mewujudkan kampung baru untuk menyekat pengaruh komunis melalui Rancangan Briggs. Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.

Related Documents

Penjajahan Bahasa
April 2020 18
Bac
October 2019 74
Exam Pcard Bac 2
October 2019 4
Bac-math-2004-2
July 2020 5

More Documents from ""